BAB 16

Action Completed 1407

Raisa menekan punat lif. Sebaik saja pintu lif terbuka luas dia masuk kedalam. Punat tingkat 13 ditekannya. Fail berwarna coklat yang kini berada didalam tangan kanannya digengam erat. “Ada sesuatu yang tidak kena!”. Getus hatinya. Sebaik saja pintu lif terbuka ditingkat 13 dia terus berjalan dilaluan lorong pejalan kaki menuju kearah bilik yang terletak dihujung sekali. Dia menekan punat loceng sebelum pintu dikuak dari arah dalam. Wajah Arta menyambutnya. Kedua-kedua mereka melihat kearah laluan pejalan kaki jika ada yang mengikut. Setelah yakin, Raisa masuk kedalam sebelum menutup dan mengunci pintu dari dalam.

“Apa jadi Raisa?”. Soal Arta sambil anak matanya mengikut pergerakan Raisa yang berjalan keruangan tengah. Dia menghulurkan fail berwarna coklat yang dipegangnya sebentar tadi kepada Arta.

Arta menyambut huluran Raisa. Fail yang dipegang kejap oleh Raisa sejak tadi kini bertukar tangan. Arta mengeluarkan segala isi kandungan dari fail yang diberikan oleh Raisa kepadanya sebentar tadi. Dua helaian kertas mengenai perjanjian antara agensi dan Wan kamila. Projek sulit Suria. Projek sulit yang dikendalikan oleh Rekan. Keningnya bertaut. Kenapa fail sebegitu dihantar kepadanya dan Raisa.

“Dari mana kau dapat ini?”. Soal Arta. Dahinya berkerut-kerut.

Raisa mengelengkan kepalanya. “Aku tak tahu.”. Dia kemudian menunding kearah satu nota yang dilekatkan diatas fail berwarna coklat itu.

“To both of you. The one we trust”. Tutur Raisa. Raisa memeluk tubuhnya. Perasaan risau mula menyerangnya. Mereka berdua tidak boleh berjumpa begini terlalu lama atau suspek utama mereka akan mula syak wasangka akan mereka berdua.

“Sarah Jane?”. Soal Raisa bila mana Arta hanya mendiamkan diri.

Arta mengelengkan kepalanya. Tidak mungkin. Projek sulit dikendalikan oleh Yesa. Yesa tidak mungkin semudah ini membocorkan maklumat perjanjian untuk kes sulit Suria melainkan dia memerlukan pertolongan. Melainkan jika Rekan berada dalam bahaya. Tapi dia tidak boleh membuat sebarang andaian sendiri. Maka dia perlukan penjelasan.

“Yesa mungkin..”. Tutur Arta perlahan.

“Mungkin ini ada kaitan dengan Paswi?”. Tiba-tiba Raisa bersuara. Arta memandang Raisa tidak mengerti. Raisa menghela nafas berat. Dia masih belum memberitahu lagi hal itu kepada Arta. Barusan tadi dia mendapat maklumat dari orang Sarah Jane yang Paswi akan menjadi insider informer untuk kes yang mereka sedang kendalikan ini.

“Sarah Jane hantar Paswi untuk jadi insider informer untuk kita Arta. Sarah Jane mahu kita tangkap Hitam dua hari dari sekarang!”. Jelas Raisa.

Arta berjalan mendekati Raisa. Kini dia yakin memang ada seuatu yang tidak kena. Kalau mengikutkan perancangan awal, Hitam akan ditangkap lebih kurang seminggu dari sekarang. Mempercepatkan penangkapan atau perubahan perancangan disaat akhir adalah sesuatu yang bahaya. Jika Sarah Jane benar-benar mahu mengubah perancangan mereka atas sebab tertentu. Kenapa tidak Sarah Jane berjumpa dengannya dan berterus terang mengenai keadaaan sebenar.

“Will you be okay berseorangan?. Aku akan berjumpa dengan Thamin..”. Soal Arta tiba-tiba.

“Kenapa Thamin?”. Soal Raisa tidak mengerti.

“Mungkin Thamin adalah punca kepada Paswi dijadikan sebagai insider informer”. Jelas Arta. Paling tidak itu adalah alasan paling logik yang boleh dia fikir pada ketika itu.

Raisa mengangguk mengerti. “Be safe Arta. Aku rasa tak sedap hati. I had a feeling they know about us Arta. They know who we are. Mungkin kita patut beritahu agensi mengenai ini”. Raisa memberi cadangan. Sungguh dia rasakan suspek utama mereka Hitam sudah dapat menghidu siapa mereka yang sebenar cuma masih berpura-pura.

“I had a bad feeling about this case. About Hitam”. Sambungnya lagi. Entah kenapa perasaan takut semakin membuak-buak sebaik saja dia mendengarkan Arta mahu berjumpa dengan Thamin. Maka dia akan berseorangan buat beberapa hari. Tapi kerisauannya itu tidak diendah oleh Arta. Dia menghantar pemergian Arta kepintu bilik dengan pandangan hampa.

Arta menghentikan langkah kakinya secara tiba –tiba didepan pintu bilik sebelum memusingkan kembali tubuhnya. Dia kemudian berjalan mendekati Raisa. Dia menarik tangan wanita itu sebelum meletakkan sesuatu didalam tapak tangan Raisa.

“All is well Raisa. Tunggu aku balik”. Gula-gula berwarna biru bersalut plastik lutsinar itu dipandangnya. Lidahnya kelu. Baru dia hendak membuka mulut Arta sudah pun hilang disebalik pintu. Dia menghela nafas berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience