Completed
                        
1407
                    8 April 2020 ; 9.45pagi; D-DAY 1
Bunyi derapan kaki dari arah belakang jelas kedengaran membuatkan Sarah Jane menarik nafas dalam. Dia bangun berdiri sebelum memusingkan tubuh badannya menyambut empunya tubuh badan dengan senyuman manis.
“Sarah Jane..”. Sarah Jane memperkenalkan dirinya. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. Huluran tangannya tidak disambut oleh Wan Kamila. Sarah Jane menarik balik semula huluran tangannya. Wajah Wan Kamila yang masam mencuka dipandangnya sekilas. Anak lelakinya, Ewin turut memandangnya dengan wajah sebal.
“Duduk..”. Pelawa Sarah Jane. Dia duduk memerhati Wan Kamila dan Ewin yang merengus kuat sebaik saja mengambil tempat duduk dihadapannya.
“Macam mana dengan Suria. Kau dah jumpa dia?”. Soal Wan Kamila kasar.
Sarah Jane mengelengkan kepalanya perlahan. “Tapi Puan jangan risau. Kita akan lakukan seperti yang dijanjikan”. Tuturnya menyakinkan.
Kini giliran Ewin pula mendengus kuat. “Kalau agensi langgar perjanjian?. Apa yang kami akan dapat?”. Soalnya.
Sarah Jane tersenyum. Dia sudah dapat mengagagak soalan sebegini akan ditanyakan kepadanya. Orang seperti Wan Kamila sanggup lakukan apa sahaja demi wang. Walau membunuh darah daging sendiri.
“Agensi akan bayar pampasan. Total lost kepada kamu dan juga Wan Kamila. Jika kami kehilangan Eri Suria dan tidak berjaya membunuhnya”. Tutur Sarah Jane tenang.
Ewin tersenyum lebar. Puas barangkali dengan jawapan yang diberikan olehnya.
“Jadi jika Suria tak berjaya dibunuh dan hilang. Kamu akan bayar kami pampasan sama seperti jumlah harta yang sepatutnya kami dapat?”. Soal Wan Kamila untuk kepastian.
Sarah Jane mengangguk mengiakan. “I bet everything on both of you. Arta and Raisa”. Getus hati Sarah Jane. Dia perlu membeli waktu sehingga Suria selesai mendapatkan bukti kerja kotor Thamin.
Pada masa yang sama, dia sudah membuat keputusan untuk mengunakan imbuhan dari projek sulit “Sarah Jane” yang dikedalikan oleh Arta dan Raisa untuk dibayar sebagai pampasan kepada Wan Kamila. Itu adalah rancangannya. Agar Suria dan Rekan berjaya beroleh kebebasan. Yesa dan Thamin akan dia uruskan kemudian. Yang penting dia perlukan imbuhan dari projek “Sarah Jane” dan membayar Wan Kamila agar wanita itu bersetuju untuk melepaskan Suria dan menarik balik kontraknya dengan agensi.
“Baik...”. Jawab Wan Kamila. “Aku tunggu jawapan dari kau dan juga Yesa..”. Sambungnya lagi.
Seraya itu Wan Kamila dan Ewin bangun berdiri.
“Kau tahu bukan apa akan terjadi kepada kau dan agensi kalau kau tipu kami”. Soal Ewin mengugut. Sarah Jane mengangkat wajahnya memandang Ewin yang berdiri dihadapannya. Dia tidak menjawab soalan Ewin.
“Ingat janji kau!”. Tegas Ewin bila mana Sarah Jane mendiamkan diri. Dia menarik tangan ibunya untuk berlalu pergi meninggalkan Sarah Jane.
Sarah Jane menghela nafas berat. Sudah tentu jika mereka gagal tepati perjanjian. Reputasi mereka akan tercalar. Tapi Wan Kamila dan anaknya itu terlalu angkuh dan sombong. Apa mereka fikir dia akan biarkan saja perkara itu terjadi. Sudah tentu Yesa akan hapuskan mereka berdua terlebih dahulu sebelum ianya terjadi. Kata-kata bongkak dan angkuh dari mulut seorang lelaki yang belum cukup matang. Tidak tahu yang sebenarnya nyawa mereka yang sedang dipertaruhkan. They are dealing with the monster. Dia yakin melihatkan sikap Wan Kamila dan Ewin begitu, entah berapa kali Yesa membayangkan untuk membunuh mereka berdua. Yesa yang menahan perasaan kerana Wan Kamila dan Ewin adalah klien agensi. Wan Kamila tidak dapat membayangkan betapa dia sedaya upaya cuba untuk menghalangi semua dari menjadi lebih buruk dan mengambil pendekatan yang paling lembut dengannya.
“Madam Jane...”. Tegur Damas.
Sarah Jane memalingkan wajahnya kearah Damas yang sedang berdiri disebelah kanannya.
“Paswi..”. Maklumnya.
Sarah Jane memberi isyarat kepada Damas untuk memberikan laluan kepada Paswi untuk berjumpa dengannya. Sebaik saja Damas memahami isyarat yang diberikan oleh Sarah Jane, kakinya diatur melangkah keluar.
“Madam Jane..”. Tegur Paswi. Dia kemudian duduk dihadapan Sarah Jane sebaik saja wanita itu menyuruhnya untuk duduk.
Sarah Jane menarik nafas dalam sebelum menutur kata.
“Kamu tahu projek sulit “Sarah Jane”. Arta dan Raisa?”. Soal Sarah Jane kepada Paswi.
Paswi mengangguk mengiakan. Projek sulit yang dikendalikan oleh Sarah Jane sendiri bukannya Yesa seperti selalu. Diberikan nama projek sulit “Sarah Jane” bersempena dengan namanya sendiri. Sebuah projek yang dikatakan imbuhannya cukup banyak dan atas sebab itu Sarah Jane yang mengendalikan kes tersebut secara peribadi bukannya Yesa seperti selalu. Sebuah projek yang sudah dikendalikan hampir enam bulan oleh Arta dan juga Raisa. Yang mana tujuan utama mereka adalah untuk menangkap suspek utama yang diberikan nama “Hitam”. Tapi ada apa Sarah Jane menyebutkan soal kes itu kepadanya. Adakah memang benar apa yang Thamin katakan kepadanya mengenai Sarah Jane ingin meminta bantuannya.
“I need your help..”. Seraya itu Sarah Jane membuka mulut menghentikan lamunannya.
“Be the insider informer untuk Arta dan juga Raisa..”. Sambung Sarah Jane lagi.
“Baik Puan”. Jawab Paswi tanpa berlenggah walhal hatinya dipenuhi dengan syak wasangka. Kenapa Sarah Jane memerlukan bantuannya. Baginya Arta dan Raisa sudah lebih dari mencukupi. Melainkan Sarah Jane menyorokkan sesuatu. Ada sesuatu yang membuatkan Sarah Jane gusar.
“Damas will inform both of them mengenai kamu. From now on kamu perlu tahu apa yang kamu perlu buat”. Seraya itu Sarah Jane menolak satu fail berwarna coklat diatas meja dihadapan Paswi.
“Dokumen untuk projek ini..”. Jelas Sarah Jane. Paswi mengambil tanpa banyak soal. Dia mencuri pandang wajah Sarah Jane. “Ada sesuatu yang aneh..”. Getus hatinya.
Share this novel