Completed
                        
1407
                    7 April 2020; 8:52pm ; Kediaman milik Sarah Jane
“Madam Jane..”. Tegur Damas. Pembantu peribadi Sarah Jane sebaik saja wanita itu berjalan mendekatinya.
Sarah Jane berhenti disebelah Damas. Pandangannya dialihkan kearah lelaki itu. “Yesa dan Thamin sedang menanti didalam..”. Damas memberitahu. Sarah Jane menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Dia kemudian mengorak langkah kearah bilik kerja peribadinya.
Yesa dan Thamin bangun berdiri sebaik saja wajah Sarah Jane muncul disebalik pintu.
“Madam Jane..”. Panggil Yesa.
Sarah Jane mengambil tempat duduk diatas sofa. Dikanannya Yesa manakala Thamin berada dikirinya.
“Ada apa Yesa?”. Soal Sarah Jane. Walaupun sebenarnya dia dapat menebak tujuan utama Yesa memanggilnya pada malam itu bersama Thamin. Riak wajah risaunya cuba disorok sebaik mungkin. Yesa dan Thamin tidak boleh tahu apa yang dirancangkan di sebalik tabir. Yesa tidak boleh tahu mengenai Rekan ada bersama Suria pada ketika ini dan dia tahu benar dimana mereka berdua menyembunyikan diri pada ketika itu.
Dan yang paling utama, Thamin tidak boleh tahu yang Suria dihantar olehnya untuk menyamar sebagai Elis May dan mengumpul bukti segala kerja kotor Thamin. Dia tidak boleh tertangkap dengan Yesa mahupun Thamin. Tidak boleh sama sekali!. Jika tidak bukan Rekan dan Suria saja yang terluka. Dirinya sendiri juga akan turut dihapuskan begitu saja.
Yesa menyisip sedikit air dari gelas yang diletakkan diatas meja kaca dihadapannya. Pandangannya terarah kewajah Thamin buat seketika sebelum dia mengalihkan pandangannya kepada Sarah Jane. Hatinya ada rasa syak wasangka dengan Thamin. Mungkinkah Thamin yang sebenarnya menyembunyikan Suria dan Rekan darinya.
Semuanya berpunca dari fail berwarna coklat yang diterimanya pada pagi tadi.
-Rekan Harris sudah membelakangi agensi. Suria dan Rekan ada bersama menyembunyikan diri. Antara kamu bertiga. Ada yang membantu –
Yesa menarik nafas dalam. “Antara kamu bertiga, ada yang membantu”. Detus hatinya. Dia mengulangi ayat itu berkali-kali. Antara kamu bertiga itu merujuk kepada dirinya sendiri, Thamin dan juga Sarah Jane. Dia yakin sekali dan atas sebab itu dia menyuruh Anis mengatur pertemuan mereka bertiga pada malam itu.
Jika benar kehilangan Rekan sejak beberapa hari lepas adalah kerana Rekan mengkhianti agensi dengan melarikan Suria bermakna antara Thamin dan Sarah Jane adalah suspek utama yang membantu mereka berdua.
Tidak mungkin Sarah Jane. Gumamnya. Sarah Jane tidak sebodoh itu hendak masuk campur urusannya. Ianya akan membahayakan posisinya sebagai ketua agensi.
“Yesa…”. Panggil Sarah Jane.
Yesa tersentak sedikit. “Rekan hilang bersama Suria”. Tutur Yesa memberitahu tujuan utama dia meminta mereka untuk berkumpul pada malam itu. Matanya menikam anak mata Sarah Jane. Mencari perubahan riak wajah wanita itu. Tapi Sarah Jane tetap bersahaja. Dia tersenyum nipis sebelum menyambung bicaranya.
“Kamu yakin?”. Soal Sarah Jane semula. Thamin pula berdehem kuat.
“Dari mana kamu dapat maklumat Yesa?”. Soal Thamin pula. Rona wajahnya berubah.
Kini pandangan Yesa jatuh kewajah Thamin. Yesa tersenyum simpul. Wajah Thamin yang sedikit memerah membuatkan dia yakin Thamin sememangnya punya kaitan dengan kehilangan Rekan dan juga Suria. Laku Thamin sudah tertangkap olehnya. Jadi memang benar Thamin ada kaitan dengan kehilangan Rekan dan Suria!.
Thamin menunduk sedikit. Gelas berisi air dihadapannya diangkat mendekati bibirnya. Dia menyisip sedikit air. Tekaknya terasa kering.
Sial!. Yesa sudah dapat menghidu yang Rekan sudah hilang bersama Suria. Rahangnya bergerak-gerak. Dia sedar lambat atau cepat sudah pasti Yesa akan mengetahui Rekan sememangnya sudah melarikan diri dari agensi bersama Suria. Tapi dia tidak menyangka secepat itu. Sudahlah barusan malam semalam dia menyelesaikan pertukaran anak-anak Kampung Bidadari dengan dua kliennya. Bagaimana jika Yesa dapat menangkap Rekan dan Rekan mula membuka mulut mengenai kerja kotornya.
Bagaimana jika Rekan menyebut penglibatan Paswi juga dalam hal ini. Bagaimana jika akhirnya, Yesa berjaya menangkap dan membuatkan Paswi dan Elis May membuka mulut. Sial!. Thamin menyumpah dalam diam.
“Apa patut kita buat? Should we kill them?”. Soal Yesa. Bibirnya terangkat sedikit. Dia tersenyum herot. Seronok melihat Thamin yang gelisah seperti cacing kepanasan.
Dia sengaja bermain kata dengan Sarah Jane dan juga Thamin. Sarah Jane dan Thamin tahu benar peraturan mutlak agensi. Mereka yang menikam belakang agensi atau mengkhianati agensi harus dihapuskan. Tiada budi bicara atau jalan keluar lain.
Wajah Thamin yang jelas kelihatan terkejut dengan tutur katanya membuat kan dia semakin yakin Thamin telah menyembunyikan Rekan dan juga Suria. “Caught you there!”. Getus hati Yesa. Bibirnya merekah senyuman.
Sarah Jane menarik nafas dalam. Dadanya terasa sesak. Dilihatnya Yesa yang sedang memandang Thamin tanpa lepas. “Yesa ingatkan Thamin adalah dalangnya”. Getus hati Sarah Jane. Perutnya terasa sebu.
“Dua hari lagi sebelum hari jadi Eri Suria. Wan Kamila mahu dia dihapuskan tepat dua hari dari sekarang. Jika tidak bukan saja kita mengalami kerugian kerana kehilangan imbuhan. Malah kita akan mengalami kerugian untuk membayar pampasan dan juga reputasi... Our reputation will be doomed”.
“Don’t you think so Jane?”. Soal Yesa. Kini soalan Yesa tearah kepada Sarah Jane.
Sarah Jane menarik nafas dalam. Yesa sedang cuba mengugutnya dalam diam. Dalam kata lain, Yesa cuba menyampaikan pesanan kepadanya. Jika dia tidak membantu Yesa untuk mencari Rekan dan juga Suria. Maka segala kesalahan akan diletakkan diatas bahunya. Reputasi agensi yang tercalar juga akan diletakkan kesalahan pada bahunya. Maka Yesa akan punya peluang untuk menyingkirkannya.
“Aku akan berikan fail kes sulit Suria kepada kau Thamin. Jika kau sanggup membantu aku”. Yesa sengaja memasang umpan.
“Jangan!”. Sarah Jane menghentikan. Wajah Yesa yang terkejut dipandangnya. Dia menarik nafas dalam membetulkan posisinya sebelum membuka mulut.
“Ingat kedudukan kau Yesa di dalam agensi. Aku berikan kau kuasa untuk menjaga projek sulit dengan harapan besar. Bukan semudah itu untuk memberikan fail dan dokumen maklumat kepada pihak lain”. Tutur Sarah Jane.
“Maafkan aku Jane..”. Yesa menjawab. Senyuman yang menghiasi bibirnya sejak tadi mati. Amaran Sarah Jane ada benarnya. Dia terlalu seronok mengenakan Thamin hingga lupa akan hal itu.
Sarah Jane menarik nafas lega bila Yesa mempercayainya. Walhal dia menghentikan Yesa dari berkongsi maklumat fail dokumen kes Suria kepada Thamin dek kerana Thamin akan sedar Suria adalah Elis May. Dia tidak boleh membiarkan perkara itu terjadi. Tidak!.
“Bagi aku masa Yesa. Aku akan berjumpa dengan Wan Kamila esok”. Akhirnya Sarah Jane membuat kata putus.
“Tapi…”. Thamin mencelah. Dia tidak boleh membiarkan Sarah Jane masuk campur. Tapi jika dia berlebih-lebihan menentang maka Sarah Jane dan Yesa akan mula syak wasangka terhadapnya.
“Aku akan berjumpa dengan Wan Kamila esok. I will try to buy a bit of time”. Tutur Sarah Jane.
“Baik Jane. Sementara itu, aku akan cari Rekan dan juga Suria”. Jawab Yesa.
“Don’t do anything stupid Yesa. Get a clear prove Rekan betray us before you do anything”. Tegas Sarah Jane.
Yesa menganguk. Sudah tentu dia tidak akan semudah itu untuk membunuh Rekan. Rekan merupakan orang yang dipercayainya. Kesayangannya. Dia hanya perlu hapuskan Suria dan memanipulasi Rekan. Segala yang dia katakan tadi hanyalah omongan kosong untuk menangkap pelaku sebenar yang menjadi dalang menyembunyikan Rekan dan juga Suria. Pandangan Yesa jatuh kewajah Thamin. Jika benar Rekan dibantu oleh Thamin. Apa pulangan yang Thamin peroleh.
“Kamu Thamin. Aku perlukan Paswi..”. Tutur Sarah Jane. Kini perbualan mereka berarah kepada Thamin.
Dahi Thamin berkerut. Tidak mengerti.
“Aku mahu dia jadi insider informer untuk projek sulit “Sarah Jane”. Aku perlukan dia untuk jadi medium antara Arta dan juga Raisa”. Tutur Sarah Jane lagi.
“Beritahu dia untuk berjumpa dengan aku esok pagi”. Sarah Jane memberikan arahan terakhir sebelum akhirnya bangun berdiri. Tidak memberikan sebarang peluang kepada Thamin untuk menolak arahannya.
“Tonight discussion is done”. Seraya itu Sarah Jane berjalan keluar dari bilik yang menempatkan Thamin dan juga Yesa.
Yesa bangun berdiri. Melihat Thamin yang hanya menunduk. Bibirnya merekah senyuman. Kakinya diatur keluar dari bilik meninggalkan Thamin.
Sarah Jane berjalan mundar mandir didalam kamar peribadinya. Damas masih setia berdiri tidak jauh darinya. “Suria ada berikan sebarang maklum balas terkini mengenai Thamin?”. Soal Sarah Jane.
“Suria beritahu everything is almost done. Dia sudah dapatkan bukti mengenai Thamin. Tapi dia perlukan sedikit masa lagi. Thamin final projek”. Maklum Damas.
Sarah Jane mengangguk perlahan. “Kita tak punya masa. Bila-bila masa saja Thamin akan tahu yang Elis May dan Suria adalah orang yang sama. Yesa juga sedang mencari Rekan dan juga Suria”. Sarah Jane berdiri memeluk tubuh. Pagi esok dia perlu berjumpa dengan Wan Kamila untuk membeli sedikit masa. Selepas itu dia akan berjumpa dengan Paswi. Tapi masalah tidak akan selesai disitu saja.
“Hubungi Arta dan Raisa secara rahsia. Beritahu mereka berdua. Suspek utama Hitam akan ditangkap dua hari dari sekarang”. Sarah Jane memberi arahan.
“Tapi… bukannya ianya seminggu dari sekarang?’. Soal Damas. Keningnya bertaut.
“Kita tidak punya masa. I bet everything on Arta and Raisa currently. Their life and my life also”.
Share this novel