Completed
                        
1407
                    Thamin menarik tangan milik Suria mendekatinya yang sedang duduk. Suria menunduk sedikit mendekatkan tubuhnya. “Malam ini kamu berjumpa dengan Jian. Ingat apa yang aku pesan”. Bisik Thamin di telinga Suria.
“Malam ini, kau akan bawa keluar budak-budak itu dari rumah Kampung Bidadari. Sarah Jane tidak boleh tahu!. Kau perlu berhati-hati”. Sambungnya lagi.
“Baik Tuan”. Suria mengangguk mengiakan. Dia menegakkan kembali tubuhnya. Pandangannya jatuh ke wajah Thamin yang sedang memandangnya dengan serius.
Bunyi ketukan di pintu mengejutkan mereka berdua. Seraya itu terjenggol wajah seorang lelaki disebalik pintu berukir kayu. Suria menunduk sedikit menyorokan wajahnya.
“Arta!”. Thamin bangun berdiri. Matanya kembali memandang kearah Suria yang sudah pun membelakangkan Arta. Dia memberi isyarat kepada Suria untuk pergi dari situ secepat mungkin.
Arta berjalan mendekati Thamin. Matanya mengerling sekilas kearah sebelah kirinya melihat gadis itu yang berselisih dengannya.
“Arta..”. Panggil Thamin lagi. Cuba menarik perhatian Arta dari Suria.
Arta meletakkan satu fail berwarna coklat dihadapan Thamin. Thamin kembali duduk di atas kerusinya. Fail yang diberikan oleh Arta diambilnya sebelum dia mengeluarkan isi kandungannya.
“Wan Kamila”. Sebut Arta. Mencerlung mata Thamin saat nama itu menyapa deria telinganya.
“Siapa bagi kamu ini?”. Soal Thamin. Tapi soalannya itu tidak berjawab.
“Siapa Arta?”. Soal Thamin lagi. Nadanya sedikit meninggi. Adakah Yesa sudah dapat menghidu taktiknya mengunakan Rekan. Sial!. Teringat kembali pertemuannya dengan Yesa bersama Sarah Jane. Yesa sedang memasang umpan untuk melihat reaksinya barangkali.
“Yesa”. Jawab Arta sepatah. Dia memasang perangkap walaupun dia sendiri tidak pasti gerangan yang menghantar fail tersebut kepadanya dan juga Raisa. Raut wajah Thamin ditelitinya. Rahang Thamin yang bergerak-gerak.
“Jadi apa dia kata?”. Soal Thamin. Cuba berlagak tenang. Renungan Arta yang tajam dibalasnya.
Arta mendiamkan diri. Dia berfikir lama sebelum membuka mulut.
“Siapa Wan Kamila?”. Soal Arta tidak mengendahkan soalan Thamin.
“Ibu saudara Eri Suria”. Jawab Thamin bersahaja. Dipandangnya wajah Arta yang masih tidak mengerti. Meminta penjelasan.
“Wan Kamila kita punya klien baru. Suria adalah suspek kita”. Thamin menjelaskan. “Projek Suria..”. Sambung Thamin lagi.
Wan Kamila merupakan klien terbaru mereka. Bagaimana dia mengetahui itu, bila dia dapat fail misteri berwarna coklat dan juga selepas Rekan datang menemuinya dan melutut merayu meminta bantuannya. Sedangkan Rekan merupakan orang kuat Yesa. Sama seperti Paswi dengannya. Rekan yang terlalu bodoh!. Dengus Thamin. Bagaimana Rekan boleh jatuh cinta dengan suspek utama klien.
Wan Kamila merupakan ibu saudara kepada Suria. Projek yang diberikan nama Suria. Kes yang Yesa ikut secara rapat. Permintaan klien hanya satu. Menanti masa untuk membunuh Suria pada tarikh lahirnya. Tepat. Kerana mengikut wasiat jika Suria mati sebelum usia 25. Segala harta akan diberikan kepada badan kebajikan. Tapi jika dia mati selepas umur 25. Ibu saudaranya itu berhak memiliki segala kekayaan. Tapi ceritanya disini ialah bila Suria enggan memberikan walau sedikit harta kepada ibu saudaranya. Jadi atas sebab itu ibu saudaranya meminta pertolongan agensi dan Yesa menghantar Rekan untuk kes ini. Rekan yang jatuh cinta dengan Suria.
Rekan yang datang menemuinya untuk meminta pertolongannya. Meminta unuk menyembunyikannya dan juga Suria dari mata-mata agensi yang mencarinya. Sebagai pulangan Rekan akan menjadi anjingnya dalam diam. Menguruskan sindikitnya. Tapi jika Arta yang mencari mereka berdua. Ianya game over. Malah untuk dirinya sendiri juga. Mereka akan tahu yang dia memberikan perlindungan kepada Rekan dengan pulangan membantu penyeludupan kanak-kanak Kampung Bidadari.
“Motif?”. Soal Arta mematikan lamunan Thamin.
“Harta”. Jawabnya sepatah. Apa lagi alasan kukuh pertalian darah perlu membunuh antara satu sama lain melainkan kerna harta dan wang.
“Wan Kamila minta kita bunuh Suria pada hari lahirnya sebab harta hanya boleh dibahagikan kepada ahli keluarga jika wanita itu mati selepas umurnya cukup 25 tahun”. Jelas Thamin lagi.
“They fail to negotiate with her. Untuk bahagikan harta”. Thamin tergelak sinis dihujung katanya.
“Lain-lain maklumat?”. Soal Arta.
“Lain lain?”. Soal Thamin kembali.
“Kamu ingat Yesa akan berikan fail kes kepada aku?”. Soal Thamin lagi. Terdesak bagaimana pun Yesa. Tidak mungkin lelaki itu akan berkongsi fail kes yang diklasifikasikan sebagai rahsia dan tidak boleh dikongsi bersama mana-mana pihak. Yesa tidak akan melanggar tatatertib kerjanya.
“Bukan Rekan agen untuk kes sulit ni?”. Soal Arta lagi. Dia perlu tahu dengan siapa dia perlu berhubung untuk mencari keberadaan Suria. Mustahil kes sebegini mereka hanya menghantar mata-mata untuk mencari dimata keberadaan Suria.
“Yesa tidak beritahu kamu?”. Soal Thamin cuba menebak. Aneh sedangkan Arta datang menemuinya dengan membawa dokumen berwarna coklat itu yang dikatakan diberikan oleh Yesa kepadanya. Bagaimana Arta tidak mengetahui siapa agen untuk kes ini. Mustahil Yesa tidak memberitahu dan hanya menonong memberikan fail kes Suria kepada Arta. Dia harus tahu apa yang Yesa sedang fikirkan. Getus hatiya.
Arta mengelengkan kepalanya cukup untuk memberi jawapan kepada soalan Thamin itu.
Kening Thamin bertaut. Wajah Arta yang sedang berdiri dihadapannya tanpa riak dipandangnya tanpa lepas.
“Suria hilang tidak dijumpai. Yesa tak ada sebut mengenai Rekan?”. Soal Thamin memasang umpan. Arta mengelengkan kepalanya. Menidakkan. Bibirnya tetap terkunci rapat untuk tidak memberitahu perihal sebenar fail yang dia terima bukan datangnya dari Yesa. Kini tekaannya mengenai kemungkinan Thamin yang menghantar dokumen itu kepadanya dan juga Raisa adalah salah. Tekaan Raisa mengatakan Yesa yang menghantarnya juga sepertinya mustahil. Dari apa yang Thamin soal kepadanya, Yesa sepertinya sedang berusaha untuk menyorokkan perihal kehilangan Suria daripada agensi.
Gelengan kepala Arta membuatkan Thamin tersengih lebar. Yesa tidak bercerita hal yang sebenar kepada Arta mengenai kehilangan Suria dan juga Rekan. Kini dia yakin apa yang bermain di kepala Yesa. Yesa tahu benar kejadian Rekan tiba-tiba menghilangkan diri ketika mengendalikan Suria adalah sesuatu yang aneh. Tapi dia tidak punya bukti yang kukuh untuk menuduh Rekan. Jadi bila Arta bertanya soalan siapakah agen yang mengendalikan kes ini, Yesa tidak mahu menjawab. Tambahan pula antara Rekan dan Arta, Rekan lebih setia dengan Yesa. Bukan sahaja Arta berkemungkinan akan membahayakan Rekan, bahkan maruahnya juga akan tercalar jika Arta tahu yang Rekan mengkhianatinya. Jadi atas sebab itu, Yesa tidak menyebut nama Rekan. Tapi dalam masa yang sama dia memerlukan khidmat Arta untuk mencari Suria.
Yesa juga tidak tahu penglibatannya dalam menyembunyikan Rekan dan Suria sebagai pulangan kepada Rekan menjadi pembantunya untuk menjalankan sindikitnya. Yesa menghantar Arta kepadanya kerana dia memikirkan mereka mempunyai tujuan yang sama iaitu mengaut keuntungan dari kes Suria jika mereka berjaya membunuh wanita itu seperti yang diminta oleh Wan Kamila!. Thamin tersengih lebar. Kalini ini dia menang dan ternyata Yesa mudah-mudah sahaja diperbodohkan olehnya!. Kali ini kau kalah Yesa!.
Yesa memang tidak tahu mengenainya menyembunyikan Suria dan juga Rekan. Mengenai Rekan sebenarnya ada dengan Suria pada ketika ini. Nampaknya Yesa sedang terdesak mencari Suria dan meminta pertolongan Arta. Thamin tergelak kuat sambil diperhatikan oleh Arta.
Arta hanya memerhati. Kegilaan yang dia tidak mahu masuk campur. Yang dia tahu, dia hanya perlu menjalankan tugasnya dengan sempurna. Tapi sebelum itu dia harus tahu siapa Wan kamila dan kes Suria ini. Dia tidak bodoh. Dia perlu tahu dimana dia beripijak. Thamin dan Yesa mungkin licik dan akan mengunakannya. Perihal mengenai gerangan individu yang menghantar dokumen tersebut kepadanya dan juga Raisa perlu dicari. Mungkin individu tersebut cuba mencetuskan sesuatu antara Yesa dan juga Thamin dengan mempergunakannya dan juga Raisa.
Tapi buat masa ini, dia tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. Projek sulit Sarah Jane perlu dilaksanakan terlebih dahulu dan Raisa sedang menantinya.
Share this novel