Completed
                        
1407
                    Raisa menapak satu demi satu anak tangga kafe yang menghubungkan ruangan bahagian bawah yang sudah dipenuhi orang ramai dan bahagian atas yang masih lengang. Langkah kakinya diatur kearah satu sudut yang sedikit tersorok dari pandangan. Dia melepasi satu pasu bunga besar sebelum dia mengambil tempat di meja yang sedikit tersorok dibelakang pasu.
“Raisa..”. Tegur Yesa dari arah belakang. Seraya itu Raisa pantas bangun berdiri. Yesa memberikan isyarat untuk dia terus duduk. Raisa mengikut tanpa banyak soal.
“Better?”. Soal Yesa kepada Raisa sebaik saja dia mengambil tempat dihadapan wanita itu. Bibirnya merekah senyuman. Pandangannya jatuh kearah rambut Raisa yang sudah pun dipotong pendek separas bahu. Dia ingin menegur tapi...
Raisa tersenyum. Dia mengangguk sedikit. Mengiakan.
Yesa meletakkan kedua tanganya yang digengamkan bersama diatas meja. Ada keluhan halus keluar dari bibirnya. Kening Raisa terangkat sedikit.
“I need your help”. Akhirnya Yesa menutur bicara. Tujuan utama dia mahu berjumpa dengan Raisa pada tengah hari itu.
“Tolong apa?”. Soal Raisa kembali.
“Bantu cari Rekan dan Suria..”. Jawab Yesa. Dia memandang riak wajah Raisa yang terkejut dan keliru.
“Rekan dan Suria?”. Soal Raisa kembali. Tidak mengerti dengan permintaan Yesa. Bukankah Projek Suria dikendalikan oleh Rekan. Ada sesuatu terjadi pada Rekan barangkali. Dia bermain kata sendiri.
“Rekan larikan Suria..”. Jelas Yesa seolah dapat membaca soalan yang bermain difikiran Raisa.
“Larikan?”. Raisa terkejut bukan kepalang. Tidak mungkin Rekan melarikan Suria. Atas sebab apa Rekan perlu melarikan Suria. Dia tidak mengerti.
Yesa mengangguk sedikit. Dia menarik nafas dalam. “Rekan dah khianati agensi Raisa. Dia larikan Suria”. Yesa menutur kata perlahan. 
“kerana cinta..”. Sambung Yesa lagi. Dia membalas pandangan Raisa yang seolah tidak percaya. Anak mata hitam Raisa yang kelihatan bergetar. Ada riak ketakutan dari anak mata Raisa. Mungkin Raisa takut memikirkan apa yang akan terjadi pada Rekan. Berat hukumannya buat mereka yang sudah mengkhianati agensi. Mungkin Raisa mahu menidakkan kenyataan bahawa Rekan sudah pergi sejauh itu hanya kerana cinta.
Raisa menarik nafas dalam. Pandangannya ditundukkan. Jantungnya berdebar sakan. Jika benar Rekan sudah mengkhianati agensi dan melarikan Suria. Maka tujuan utama Yesa mahu berjumpa dengannya pada hari ini dan meminta pertolongannya tidak lain tidak bukan adalah untuk memburu dan menghapuskan Rekan dan juga Suria. Membunuh Rekan?. Mampukah dia buat semua itu. Ianya bukan mengenai kapasiti kekuatannya untuk melawan Rekan. Ianya lebih itu. Membunuh Rekan. Rakan sekerjanya yang dilatih bersama sejak tujuh tahun lepas?. Mampukah dia melakukannya?.
“I need your help untuk bantu Rekan.”. Tutur Yesa bila melihatkan Raisa yang hanya mendiamkan diri.
Raisa mengangkat wajahnya. Membantu Rekan?. Keliru dengan Yesa.
“Mungkin Rekan larikan diri dari agensi kerana fikirkan dia dan Suria akan dibunuh setelah apa yang mereka berdua lakukan. Tapi sejujurnya..”. Yesa menarik nafas berat sebelum nafasnya dihela perlahan.
“I want to help them. To protect them..”.
Raisa terdiam. Keningnya bertaut. Yesa mahu melindungi Rekan dan juga Suria?.
“Macam mana?”. Soal Raisa kembali. Dia yakin tidak semudah itu hendak membantu Rekan.
“Just bring Suria to me. Talk to Rekan and I know what I should do..”. Tutur Yesa.
“I will ask Jane to help us..”. Tambahnya lagi.
Raisa mengangguk perlahan.
Yesa melihat wajah Raisa yang bersetuju dengan rancangannya. Raisa akan menjadi senjatanya untuk memburu Rekan dan juga Suria. Wan Kamila dan Ewin sudah mati. Suria bukan lagi satu masalah buatnya. Tapi ianya akan jadi satu bebanan kesalahan jika Sarah Jane tahu dan gunakan ini sebagai bukti dia menyalahgunakan kuasanya. Jadi dia perlu dapatkan Suria. Meminta wanita itu meminda kesemua hartanya kepada agensi sebagai pulangan kepada kebebasan dia dan juga Rekan. Tapi!. Dia juga tidak mahu melepaskan Rekan begitu saja kepada Suria. Jadi dia perlu hapuskan Suria selepas itu. Menghapuskan kesemua yang terlibat dengan projek Suria. Selepas Rekan percaya yang dia sudah membantu sebaik mungkin. Maka Rekan akan merangkak kembali ke agensi mencarinya dan dia akan terus-terusan memanipulasi agar Rekan terus menjadi anjing setianya dan Sarah Jane tidak punya apa-apa bukti kukuh untuk menghukumnya lagi.
Share this novel