Completed
                        
1407
                    Masing-masing bertempiaran lari saat dua das tembakan dilepaskan secara rambang. Bunyi jeritan memenuhi ruangan utama agensi. Yesa berlari menuju ke lobi agensi bersama Anis. Langkah kakinya terhenti bila mana dia bertembung dengan Thamin. Masing-masing kemudian meneruskan perjalanan ke ruang legar.
“Rekan!”. Jerit Raisa. Dia mengacukan pistol kearah Rekan. Tapi Rekan tidak berganjak dari tempatnya. Lansung tidak terkesan dengan keberadaan Raisa.
Yesa mendekati perlahan-lahan langkah kakinya terhenti tidak jauh di belakang Raisa. Mata Rekan yang memerah dan rambutnya kusut masai dipandangnya.
“Rekan..”. Pujuk Yesa. Dia sudah dapat mengagak reaksi yang akan diberikan oleh Rekan setelah Suria dibunuh. Hasilnya Rekan muncul di agensi pada pagi ini dengan amukan.
“Rekan..” Kini Thamin pula memanggil. Yesa memandang Thamin tidak puas hati. Sudah tentu Thamin akan gunakan peluang ini untuk meletakkan kesalahan atas bahunya.
Rekan mengacukan pistol kearah Yesa. “Kau yang bunuh Suria?!”. Tengkingnya kuat.
Yesa mengelengkan kepalanya. “Bukan Rekan!”. Jawab Yesa. Dia menikam anak mata Rekan. Dia perlu membuat Rekan percayakannya. Dia perlu mendapatkan kepercayaan Rekan.
Rekan mendengus kuat. Air matanya dikesat mengunakan lengannya.
“Kau Thamin!. Kau bunuh Suria bukan!”. Kini Thamin pula menjadi sasarannya.
“Tak Rekan!. Tidak!. Bukan aku!”. Bersungguh Thamin mempertahankan dirinya. Takut jika Rekan bukan mulut mengenai kerja kotornya. Dia tidak boleh membiarkan Rekan tahu dia menghantar Paswi untuk membunuh Suria lewat malam semalam.
Rekan mengelengkan kepalanya. Air matanya merembes laju.
“Rekan..”. Panggil Raisa perlahan. Nadanya sedikit mendayu. Melihat Rekan dalam keadaan begitu membuatkan hatinya terasa pedih. Jika Thamin tidak membunuh Suria sudah tentu ini semua tidak terjadi!.
“Raisa. Aku…”. Rekan tidak habis menutur kata. Dia menelan air liurnya yang terasa seolah tersekat dikerongkongnya.
Yesa memberi isyarat kepada Raisa. Beberapa agen agensi sedang mendekati Rekan dari arah belakang. Menungu masa dan arahan darinya untuk menyerang Rekan dari arah belakang. Raisa membalas pandangan Yesa. Mengerti dengan arahan Yesa untuk mengalih perhatian Rekan dari sedar dirinya sudah dikepung dari arah belakang.
“Rekan..”. Panggil Thamin.
“Kau bunuh Suria bukan?”. Soal Rekan. Pistol yang dipegangnya kini kembali diacukan kearah Thamin. Matanya merah menyala menikam anak mata Thamin.
Thamin mengelengkan kepalanya laju.
“Bukan aku. Bukan aku!”. Thamin mempertahankan dirinya.
“Yesa yang bunuh Suria!”. Thamin tiba-tiba mula menyalahkan Yesa. Dia perlu mengambil peluang itu untuk membuatkan Rekan percaya bahawa yang membunuh Suria itu adalah Yesa.
“Thamin!”. Tengking Yesa kuat. Dadanya berombak laju.
“Kau yang bunuh Suria!”. Bidas Thamin.
Yesa mengengam penumbuknya. Mahu saja dia menumbuk wajah Thamin pada ketika itu. Rahangnya bergerak-gerak.
“Tuan..”. Panggil Raisa menenangkan Yesa.
Rekan tergelak kuat. Dia mengesat air matanya. Dia sudah tidak peduli siapa antara mereka yang membunuh Suria. Dia sudah tidak punya apa-apa lagi. Suria sudah tiada. Apa guna lagi untuk dia terus hidup.
Rekan mengacukan pistol ke kepalanya. Anak matanya dan Raisa bertaut.
“Rekan!. Jangan!”. Pinta Raisa. Jantungnya berdebar laju. “Jangan!”. Pintanya lagi.
Rekan tidak mengendahkan permintaan Raisa. Mindanya terasa kosong. Jiwanya terasa kosong. Dunianya terasa kosong.
“Sekarang!” Jerit Yesa kuat.
Seraya itu bunyi beberapa das tembakan jelas kedengaran memenuhi segenap ruangan agensi.
Raisa terduduk lemah menyembah lantai. Memandang Rekan dihadapannya. Beberapa agen agensi yang sedang berlari mendapatkan Rekan. Yesa dan juga Thamin seolah-olah bergerak perlahan disekelilingnya. Segalanya seolah terhenti buat seketika. Waktu dan masa seolah bergerak sangat perlahan. Halwa telinganya juga tidak mendengar sebarang bunyi. Segalanya sunyi dan sepi.
“Itu adalah harga bagi sebuah kebebasan Raisa”. Getus hatinya.
Share this novel