BAB 7

Action Completed 1407

Suria meneguk air dari dalam gelas yang diletakkan dihadapannya beberapa minit tadi. Kelibat wajah yang dinantikannya dan juga Rekan masih belum kelihatan. Dia mencuri pandang wajah Rekan yang penuh kegusaran dan semuanya berpunca darinya. Rekan memberitahunya yang dia gagal meminta bantuan dari Yesa. Melalui dari penceritaan Rekan, dia sedar peluang untuk mereka melarikan diri dari agensi sangat tipis. Air liurnya ditelan kasar.

Dia tidak kenal siapa itu Arta dan juga Raisa. Tapi melalui riak wajah Rekan ketika bercerita dan menyebut kedua nama itu. Jelas kelihatan riak ketakutan dan kegusaran di wajah Rekan. Sebaik saja usahanya untuk berjumpa dengan Yesa gagal. Rekan pulang kerumah dan memintanya untuk mengikutnya. Kata Rekan, dia mahu meminta pertolongan rakan baiknya Haswina Hassan.

Namun kelibat yang dinantikan oleh mereka masih juga belum muncul. Suria mencuri lihat wajah Rekan yang duduk disebelahnya. Perasaan bersalah mula menjalar disegenap urat sarafnya. Dia tidak patut menarik Rekan kedalam neraka kehidupannya. Apa yang terjadi pada Rekan sekarang adalah berpunca dari dirinya. Semua adalah salahnya. “Salah kau Suria!”. Dia tidak akan pernah memaafkan dirinya. Jika dia tidak jatuh cinta dengan Rekan dan membiarkan Rekan merasai perasaan yang sama sudah tentu semua ini tidak akan terjadi. Sudah tentu Rekan tidak perlu kehulu kehilir umpama orang hilang arah mencari jalan keluar untuk mereka. Sudah tentu Rekan tidak perlu mempertaruhkan nyawanya dengan menikam belakang Yesa dan juga agensi. Jujur dia sudah tidak sanggup melihat Rekan tidak keruan begitu mencari jalan perlindungan. Dia salah!. Dia silap!. Semua adalah salahnya. Suria menyalahkan dirinya berkali-kali.

Apa dia harus pulang bertemu dengan ibu saudaranya dan meminta maaf?. Tapi segalanya sudah terlambat barangkali. Jika dia pulang ke rumah itu. Dia mungkin tidak akan dapat menjejakkan kaki keluar lagi dan akhirnya rancangan ibu saudaranya dan sepupunya itu akan berjaya dilaksanakan tanpa ada sebarang halangan.

“Rekan!”. Laung seorang wanita yang sedang berjalan kearah meja yang diduduki oleh mereka berdua.

Suria mengalihkan pandangannya ke arah pintu utama. Seorang wanita berseluar jean dan tshirt berwarna hitam sedang menghampiri mereka dengan wajah sebal.

“Apa ni Rekan!”. Soalnya sebaik saja dia mengambil tempat duduk dihadapan mereka. Suria hanya mendiamkan diri. Membiarkan Rekan memulakan bicara.

“Bagitahu aku Rekan apa yang kau cakap melalui telefon tadi tak betul!. Kau gila?”. Soal Haswina bertalu-talu. Mukanya merah padam.

“Aku nak minta tolong Sarah Jane”. Tutur Rekan. Haswina mengelengkan kepalanya.

“Sarah Jane?’. Soal Haswina kembali dengan riak wajah tidak mengerti.

“Kau tahu siapa Yesa?. Kau tahu siapa Thamin?. Dua figura besar dalam agensi. Sarah Jane tak akan menentang Yesa dan juga Thamin semata kerana kau Rekan. Kau sedar tak?!”. Sungguh Haswina sudah mati kata. Sarah Jane tak akan membahayakan kedudukannya dengan mencabar Yesa. Tak akan pernah terjadi. Rekan harus sedar akan kenyataan itu walau sepahit mana pun untuk ditelan.

Wan Kamila sudah terang-terangan menandatangi kontrak bersama agensi melalui Yesa. Apa yang Rekan fikirkan dengan hendak meminta pertolongan Sarah Jane. Apa yang wanita itu mampu buat untuk mereka berdua. Perjanjian sudah termetrai. Sarah Jane tidak akan masuk campur urusan Yesa.

“Kalau kau tak mampu nak bantu aku..”. Rekan sudah bangun berdiri. Dia menarik tangan Suria untuk mengikutnya. Kecewa bila mana rakan baiknya tidak memberikan jalan penyelesaian buatnya. Namun, dia tahu apa yang Haswina katakan benar belaka.

Sememangnya ianya satu perkara yang amat mustahil untuk membuatkan Sarah Jane untuk bersetuju membantu mereka dan menentang Yesa.

“Rekan!”. Haswina turut bangun berdiri.

“Sarah Jane bukan penyelesaian masalah kau sekarang. Dengar cakap aku Rekan”. Pujuk Haswina. Sarah Jane tidak akan masuk campur urusan Yesa. Yesa sudah terang-terangan membuat satu perjanjian bersama Wan Karmila. Tukaran bagi perjanjian itu adalah wang dan nyawa!.

“Mungkin Thamin boleh bantu aku”. Tutur Reka tiba-tiba. Dia mengetap giginya kuat. Dia tahu Thamin adalah jalan penyelesaian terakhir yang patut dia fikirkan. Tapi jika Yesa dan Sarah Jane tidak boleh membantu dia sudah tidak punya pilihan lain.

“Rekan!”. Haswina meninggi suara. Wajah Rekan yang memandangnya seolah sudah nekad dengan keputusannya membuatkan Haswina sakit kepala. Dia memegang kepalanya yang terasa senak bila mendengarkan idea gila yang keluar dari mulut Rekan. Dia mendengus kuat. “Tak Rekan!. Kau tahu siapa Thamin dan bagaimana Sarah Jane cuba mencari peluang untuk jatuhkan dia”. Haswina mengingatkan.

Rekan menundukkan kepalanya. “Aku tak punya pilihan lain Wina. Melainkan melarikan diri”. Ada keluhan halus dihujung ayatnya. Jika tidak ada satu pun figura agensi yang mampu membantunya dan juga Suria. Maka melarikan diri adalah jalan keluar kepada semua ini.

“Kenapa kau pilih jalan ini Rekan?”. Soal Haswina dengan suara mendayu. Matanya redup memandang wajah Rekan. “Kau tahu bukan hukuman untuk agen atau perisik yang mengkhianati agensi?’. Soal Haswina lagi dengan nada separa merayu. Merayu agar Rekan sedar apa yang dia sedang lakukan pada ketika itu. Harga dan hukuman yang bakal diterima. Baik dirinya sendiri mahupun Suria.

“Kau akan faham satu hari nanti Haswina”. Jawab Rekan perlahan.

Haswina terdiam. Wajah Rekan yang kusut dipandangnya. Pandangannya kemudian dialihkan kearah wajah Suria yang sedang memegang erat pergelangan tangan Rekan. Suria yang sedang menatap wajah Rekan dengan penuh kekesalan tanpa Suria sedar yang dia sedang memerhati.

Haswina menarik nafas dalam sebelum menganggukan kepalanya perlahan. Faham benar apa yang cuba disampaikan oleh Rekan kepadanya. Dia tidak mampu untuk menghalang Rekan jika lelaki itu sudah nekad dengan keputusannya.

“Baiklah. Jaga diri kau baik-baik. Ingat Rekan, kalau kau dan Suria perlukan sesuatu kau boleh percayakan aku”. Akhirnya dia mengalah. Sungguh tidak ada apa yang dia mampu lakukan untuk Suria mahupun Rekan. Jika dia masuk campur dan Yesa tahu akan hal ini. Itu adalah perkara paling ngeri yang dia sebolehnya tidak mahu bayangkan.

Dia hanya boleh membantu untuk menyimpan rahsia mengenai Suria dan Rekan sebaiknya. Paling tidak hanya itu yang dia mampu tolong demi kebaikan Rekan dan juga Suria.

Rekan melangkah pergi meninggalkan Haswina bersama Suria. Tangan Suria digengamnya kuat. Dia tidak punya pilihan lain. Benar apa yang Haswina katakan. Sarah Jane tidak akan membantunya. Wanita itu tidak akan menentang Yesa hanya kerana alasan sebegini. Jadi, dia perlu berjumpa dengan Thamin. Itu adalah jalan terakhir. Jika ianya masih tidak berhasil, dia akan melarikan diri bersama Suria. Sebelum Yesa dapat menghidu hubungannya dengan Suria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience