Completed
                        
1407
                    Sarah Jane melihat jam dipergelangan tangannya. Jarum menunjukkan tepat jam enam petang. Dia memeluk tubuhnya. Pandangannya dilemparkan keluar jendela dari bilik kerjanya. Cahaya mentari terang sedang memenuhi ruangan kerjanya. Memandakan matahari bakal terbenam beberapa ketika lagi dan malam akan mengambil alih. Suasana sepi membuatkan hatinya berasa sedikit resah dan takut. Setengah jam yang lepas dia memberikan arahan kepada kesemua orang gajinya untuk mengosongkan rumah. Meninggalkannya bersendirian untuk berjumpa dengan Thamin pada malam ini. Damas yang berkeras hendak menemaninya tapi dia sudah nekad dengan keputusannnya.
Dia mengambil telefon pintarnya dari atas meja tidak jauh dari tempatnya berdiri sebentar tadi.
“Red Code”. Arah Sarah Jane sebaik saja panggilannya berangkat.
“Elit Agen Paswi Bakti..”. Sambung Sarah Jane lagi. Panggilannya diletakkan. Dia menarik nafas dalam. Harapnya agar rancangannya berjaya pada malam ini. Dia akan mengunakan Thamin untuk membantu Suria dan juga Rekan. Dia akan menjatuhkan pengaruh Thamin. Thamin perlu meletakkan jawatan secara suka rela jika tidak mahu segala bukti kerja kotornya terbongkar. Tapi dia tahu persis, tidak semudah itu Thamin akan menunduk. Jika sekalipun Thamin cuba membunuhnya pada malam itu, dia sudah awal-awal memasang perangkap dan jerat. Dia sudah mengunakan red code dan menyebut nama Paswi. Jika dia mati, maka Paswi juga akan mati. Kerana gagal misinya untuk melindunginya pada malam itu. Mereka akan mengorek maklumat dari mulut Paswi untuk mengetahui punca kematiannya.
Ianya hanya tinggal dua pilihan. Sama ada Paswi akan membuka mulut sendiri atau Thamin yang akan mengotorkan tangannya untuk menghapuskan Paswi. Tapi kedua-duanya akan membawa kepada pengakhiran yang sama. Mereka akan tahu Thamin adalah dalangnya. Tujuan utama dia pada malam ini adalah menyelamatan Suria dan juga menghancurkan Thamin.
Yesa tidak akan mampu menafikan penglibatannya dalam pembunuhan Wan Kamila dan juga Ewin. Dia akan memberikan segala imbuhan yang dia peroleh dari Thamin kepada Yesa. Sebagai pulangan agar Yesa bersetuju untuk melepaskan Rekan dan juga agar penglibatannya dalam pembunuhan Wan Kamila tidak dibongkarkan. Paling tidak, itu yang dirancangkannya jika dia terselamat pada malam ini.
Tapi sekiranya dia terbunuh pada malam itu. Sarah Jane menarik nafas dalam. Mungkin Paswi dan Thamin akan hancur. Tapi masih ada Yesa yang akan menjadi penghalang untuk Suria dan juga Rekan. “Only god can help Suria”. Perasaan menyesal mengantung Arta mula menular dalam dirinya. Jika Arta ada bersamanya sudah pasti dia dapat meminta bantuan Arta untuk menyelamatkan Suria jika dia dibunuh pada malam ini. Sudah pasti Arta dapat seal the deal dengan Yesa. Tapi dia sudah tidak ada sesiapa untuk dipercayai. Dia perlu bergerak sendiri and pray may god help us. Bisik Sarah Jane perlahan.
Share this novel