Bab 5
‘Spiced Lamb with Hummus, Pomegranate and Pita Bread. Please enjoy your lunch.’
Hayden berdiri tegak di hadapan meja pejabat sambil membaca nota yang diselitkan oleh chef peribadinya.
“Hmm… This meal is so well prepared and beautifully presented. It's clear you put a lot of effort and skill into it, Damya.” Hayden memberi komen walaupun hanya dia seorang diri pada ketika itu.
Damya sememangnya sangat mahir sengan masakan barat. Sebulan Damya bekerja untuknya, dan dapur rumahnya itu telah menjadi medan untuk Damya meningkatkan kemahiran. Malah, jumlah pengikutnya semakin ramai.
“Oh god!” Hayden memejam mata sambil menikmati hidangan itu. Sejak sebulan ini, dia ternanti-nanti waktu makan tengahari dan dia menjadi tidak sabar untuk pulang ke rumah. Kerana ternantikan makan malamnya yang selalu menarik!
Hayden lantas membuka laman sosial Melur Kitchen dan melihat gambar yang dikongsi oleh wanita itu.
‘Please buat kelas masak Puan Melur! Kami sanggup bayar berapa je!’
‘Setuju… Kelas masak, please. Menu macam ni wujud dalam restoran yang dapat Bintang Michelin je kut!’
‘Hebat Melur Kicthen! Boleh masuk Masterchef!’
Hayden tersenyum sambil membaca komen-komen tersebut.
“Aku pun belum sempat tuntut ilmu dengan dia…”
Hayden pantas menaip komen di bawah hantaran itu.
‘Saya request Italian Pizza.’
Hayden menunggu jika ada balasan. Dia yakin wanita itu membaca semua komen-komen.
’Arahan ke tu?’
Hayden menepuk meja apabila melihat wanita itu membalas bersama emoji kenyitan mata.
‘Yes!’
Hayden tersandar bersama satu rasa yang lapang. Adakah dia sudah obsesi dengan masakan Damya? Mungkin sudah ditakdirkan mereka bertemu?
”Tuan,” tegur Encik Fairuz apabila melihat lelaki itu tidak menyedari kedatangannya. Sedangkan dia sudah mengetuk pintu.
“Encik Fairuz! Terkejut saya,” Hayden menghela nafas kerana terlalu leka dengan telefonnya.
“Maafkan saya, tuan dah makan tengahari?” Soal Encik Fairuz sengan sopan. Lelaki di hadapannya itu adalah pewaris kedua AG Group dan proses penyerahan pewarisan belum diputuskan walaupun Dato’ Haizan berada di kedudukan lebih tinggi saat ini. Kini, Hayden selesa sebagai Ketua Pengarah AG Property, anak syarikat AG Group.
“Baru selesai, mari kita bincang.” Hayden bangun dari kerusi kulit dan berjalan ke arah sofa. Dia duduk menyilang kaki dan Encik Fairuz menyertainya.
“Tuan Hayden. Seperti yang tuan minta, saya telah siasat latar belakang Puan Damya…”
Hayden menyambut huluran sampul surat A4 di tangan Encik Fairuz. Dia membuka sampul tersebut dan mengeluarkan isinya.
“Saya akan terangkan,” Encik Fairuz memulakan bicara. “Puan Damya kehilangan kedua ibu bapa kerana kemalangan jalan raya dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya. Dia ada seorang lagi adik beradik tetapi saya tidak dapat maklumat lanjut. Tetapi, saudaranya itu di ambil oleh keluarga angkat.” jelas Encik Fairuz. Dia sebenarnya hairan apabila Hayden memintanya siasat tentang wanita itu.
Hayden mengangguk perlahan.
“Jadi… Dia ada ijazah Sarjana Muda.” Hayden masih membaca butiran wanita itu.
"Ya, betul. Jurusan ekonomi. Saya juga telah siasatan tentang perkahwinan dia.”
Hayden sempat mengangkat matanya melihat Encik Fairuz. Kemudian dia menyelak helaian belakang.
“Tuan Hayden. Suami Puan Damya nama Encik Aizat, seorang Penolong Pengurus Pemasaran di AG Group.”
Hayden membawa badannya ke hadapan. Wajahnya terus berubah serius dan dahinya berkerut. Encik Fairuz sudah dapat mengagak situasi itu. Pasti Hayden akan terkejut jika mendapat tahu suami chef peribadinya adalah staf di ibu pejabat AG Group.
“Kalau Tuan nak tahu, Aizat ni seorang yang bermasalah. Kerja pun teruk, kehidupan peribadi dia pun teruk. Banyak berhutang dan banyak masalah dengan rakan sekerja.”
Hayden ligat berfikir walaupun masih terkejut. Dia tidak mengenali suami Damya kerana pekerja AG group terlalu ramai. Tetapi, lelaki itu tentu sekali akan mengenalinya!
”Tuan rasa akan ada masalah ke?” soal Encik Fairuz. Bimbang. Sudahlah keadaan kesihatan Tuan Hayden bertambah baik kebelakangan ini.
“Buat masa ini keadaan terkawal…” ujar Hayden. Dia termenung jauh buat seketika.
“Tetapi, kenapa Tuan nak tahu tentang Damya?” soal Encik Fairuz kerana risau jika bosnya itu sedang angaukan bini orang. Parah!
“Saya beri dia kebebasan di rumah saya, sudah tentu saya nak pastikan latarbelakang dia. Tapi, tak sangka… Nasib baiklah saya tahu lebih awal.” Hayden mengeluh berat.
“Betul tu Tuan. Tuan perlu berhati-hati supaya tidak timbul isu. Aizat ni mungkin boleh bertindak luar jangkaan.” Encik Fairuz memberi peringatan kepada Hayden.
Aizat?
“Sekejap!” Hayden tiba-tiba teringatkan sesuatu. “Mana alamat dia?”
“Di sini, Tuan.” Encik Fairuz menunjukkan maklumat itu kepada Hayden.
Hayden meneliti alamat di atas kertas itu. Entah kenapa firasatnya kuat ketika itu.
“Saya kena pastikan alamat ni.”
***
Damya melangkah lemah ketika senja sudah mula melabuhkan tirai. Keadaan semakin gelap kerana cuaca agak mendung. Dia berjalan dari perhentian bas sehingga ke kawasan perumahan itu. Apabila melihat pintu pagar rumah ibu mentuanya, hati Damya kembali sendu dan galau.
Agak lama Damya berdiri di hadapan pintu pagar dan termenung.
“Hey! Kau terpacak apa depan pintu pagar! Bukalah pintu aku nak masuk kereta ni!” jerit Suri dari dalam keretanya.
Damya tidak sedar kakak iparnya itu telah pulang dari kerja dan berhentikan kereta di belakangnya.
Suri keluar dari kereta dengan berang apabila Damya masih kaku.
“Kau pekak ke?! Ketepilah, kalau nak berangan depan ni!” Suri menolak Damya dengan kuat sehingga Damya terdorong ke tepi.
Nasib Damya baik kerana dia sempat menahan diri dengan memegang pintu pagar.
“Apa ni Kak Suri! Tak boleh ke cakap elok-elok. Saya baru aje sampai. Dengan barang dapur penuh tangan ni.” balas Damya.
“Hishh! Meluat betullah!” Suri menolak pintu pagar tanpa pedulikan Damya yang terkial-kial dengan beg plastik di tangan.
Damya mengetap bibir. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh bertahan sehingga ke hari ini…
Hayden menutup tingkap kereta perlahan sebelum memandang ke hadapan. Sejak tadi dia berada di dalam kereta selepas mengikuti Damya pulang. Melihat layanan wanita itu kepada Damya, membuatkan Hayden hampir-hampir mahu keluar untuk campur tangan.
“Damya… Awak ke, perempuan malam tu…” Hayden terasa jiwa terlalu sakit apabila mengingati peristiwa malam itu. Apatah lagi… Wanita itu adalah Damya.
****
“I’m sooo happy for you Damya! Look at your smile!” Kyala menjerit gembira di dalam skrin.
Damya hanya tersenyum sambil menggeleng kepala ketika melayani panggilan video dari sahabatnya Kayla. Dia duduk di meja bar sambil menunggu pizza yang sedang dibakar siap.
“Aku dah agak, bila kau kerja dan dapat lari sekejap dari rumah neraka tu, hidup kau akan bermakna, Mya. Dah lama aku tak nampak kau senyum macam ni Mya. Barulah Mya yang aku kenal… cantik, sweet, baik hati.”
“Okey… terima kasih atas pujian. First gaji aku nanti, aku belanja kau okey!” ujar Damya, masih tersenyum. Walaupun dalam hatinya masih tersakiti dengan sikap Aizat dan keluarganya.
“Aku ikhlas la puji kau. Tapi… yes!! Aku nak makan sushi! Please!”
“Deal!” Damya angguk.
“Sabtu ahad kau cuti kan?” soal Kayla.
“Ya… Tapi, mustahil aku dapat keluar. Kau tahulah Aizat, mak dia lagi. So, nanti kita jumpa hari biasa. Aku akan minta dekat bos kelepasan sekejap.”
“Wah… sporting bos kau eh! Harap tak kantoi la… Diorang percaya kau kerja di restoran kakak aku. Nasiblah Kak Farah memang dah lama kenal kau. Dia pun betul-betul nak tolong kau.” ujar Kayla. Tiba-tiba dia berubah sayu.
"Aku akan perlahan-lahan cari bilik sewa. Tapi, kalau Aizat tahu. Matilah aku Kayla.” Damya mengeluh berat kali ini.
“Ish! Jangan cakap macm tu. Apa pun kali ni kau kena bersedia. Jangan jadi macam dulu...”
“Entahlah, Kayla. Aku pun belum cukup berani…” keluh Damya. Apabila mengingati dua tahun lepas, dia sememangnya amat malu dengan diri sendiri. Oleh itu, dia cuba untuk melupakannya.
“Mya… Kau kena berani dan kuat. Kau kena buktikan, wanita tidak boleh mudah ditindas. Aku yakin ramai wanita, para isteri di luar sana pun ada masalah macam kau. Tapi, diorang hanya pendam dan tak mampu nak ubah nasib diorang. Kau dah ambil langkah pertama Mya, kau kena teruskan.” hujah Kayla.
Kali ini Damya hanya membalas dengan senyuman pahit.
“Aku kalau boleh nak tinggal dengan kau. Cari rumah sewa sama-sama. Tapi, family aku tak bagi duduk luar selagi aku tak kahwin. Rumah family pulak dekat dengan office…” keluh Kalyla. Dia kesal kerana dia satu-satunya sahabat Damya tetapi tidak banyak boleh membantu. Apatah lagi dia akan berkahwin hujung tahun ini.
“Eh, aku tak kisahlah. Aku faham sangat. Bukan aku tak kenal family kau. Aku akan berdikari Kayla. Walau apa pun jadi di masa depan aku, aku akan bertanggungjawab dengan keputusan aku sendiri. Jadi, aku tak nak libatkan sesiapa.”
“Sebab tu aku tau kau kuat. I love you, Mya… Kalau kau susah ke apa, jangan lupa cari aku. Aku akan sentiasa sokong kau!”
“Love you too. Thank you, Kayla.”
Ting!
Damya tersentak apabila terdengar bunyi dentingan ketuhar. Piza ala Italinya sudah siap!
“Nanti kita sembang lagi, take care!” Damya melambai tangan ke arah skrin dan Kayla turut membalas lambaian itu sebelum panggilan ditamatkan.
Damya mengeluarkan piza klasik Itali atau Margherita dan diletakkan di atas meja makan. Seperti biasa Damya akan mengambil gambar dahulu. Dia tersenyum melihat kejadian piza itu.
“Tak sangka kau berbakat Mya!” Damya sempat memuji diri sendiri. Dia bahagia!
Ketika sedang leka menilai hidangannya sendiri, Damya dikejutkan dengan panggilan masuk yang tiba-tiba. Damya sempat melepaskan apron dan diletakkan di tempat penyangkut sebelum menyambut panggilan itu.
“Mya,” panggil lelaki itu.
Damya gugup. Dia agak kekok apabila lelaki itu mula memanggil nama panggilannya sejak beberapa hari yang lalu. Sudah tidak memanggilnya Puan seperti selalu. Mungkin, bagi lelaki itu mereka semakin rapat?
“Ya, Tuan Hayden.” Damya seperti biasa mahu meletakkan garisan di antara mereka.
“Is the lunch ready?”
“Ya, baru siap. Saya akan sediakan dalam bekas untuk beri kepada rider. Atau Encik Fairuz akan datang?” soal Damya untuk kepastian. Kadang-kala pembantu peribadi lelaki itu yang muncul.
“No, Mya. Awak boleh bawakan kepada saya?”
“Sorry?” Damya mengerutkan dahi. Apakah dia salah dengar?
“Kita ada meeting. Turun bawah dalam 15 minit lagi saya sampai.” tegas Hayden.
“Tapi, tuan…” Damya belum sempat meneruskan ayat, panggilan itu telah terputus.
“Aku ada buat salah ke?” Entah kenapa Damya menjadi gelisah ketika itu. Fikirannya buntu memikirkan kenapa Hayden mahu berjumpa!
***
Pintu lif terbuka dan Damya melangkah keluar bersama kotak piza di tangannya. Dia berjalan melewati pintu utama kondominium dan melihat sebuah kereta berwarna hitam jenis Bentley sudah terparkir di hadapannya. Terdapat seorang lelaki di sebelah kereta itu sedang melihat telefon di tangan.
Damya sempat memandang Hayden yang sedang leka, langkahnya sengaja diperlahankan. Lelaki itu memakai kaca mata hitam, berkemeja putih, sebelah tangan berada di dalam poket seluar dan kaki panjangnya bersilang ketika bersandar di badan keretanya. Persis model Bantley gayanya!
“You’re here!” Hayden baru tersedar Damya sudah muncul di hadapannya lalu kembali berdiri tegak.
Damya hampir tidak berkelip apabila Hayden kini berdiri di depan matanya.
“Tuan… Nampak berisi,” Damya kesal apabila terlanjur menegur tetapi dia tidak boleh menarik semula kata-katanya. Namun… Entah kenapa, dia seperti pernah melihat wajah itu. Semasa pertemuan pertama, lelaki itu kelihatan kurus. Kali ini… agak berbeza.
Hayden membuka kaca mata dan terkebil-kebil.
“Owh… Really?” Wajah lelaki itu berubah.
Damya menelan liur. “Maksud saya Tuan nampak sihat. Dari first time kita jumpa dulu…”
Hayden mengangguk. “Thank to you…”
“Tuan nak jumpa saya untuk apa ya?” Damya pantas mengalih topik.
“Get in the car.” Hayden membuka pintu membuatkan sekali lagi Damya gugup.
“Don’t worry. Saya tak culik orang,” kata Hayden. Dia masih memegang pintu kereta yang terbuka.
Damya terpaku lalu memandang Hayden tanpa berkelip. Dia seperti biasa mendengar kata-kata itu.
“Saya tak tahan panas,” Hayden mengangkat tangan melindungi mata seolah silau dengan cahaya matahari waktu puncak ketika itu. Ah, Hayden. Kenapa buat alasan bodoh.
Damya akhirnya akur dan terus masuk ke dalam kereta mewah itu. Kenapa dia juga rasa panas walaupun penghawa dingin cukup kuat di dalam kereta itu. Hayden menutup pintu kereta dan berjalan ke sebelah pintu pemandu. Damya sekali lagi melawan rasa gentar. Jangan ditanya kenapa. Sesiapa pun akan gementar jika berhadapan lelaki seperti ini!
“So, awak buat piza?” soal Hayden sambil mula memandu.
“Saya baca komen tuan tu…” Damya kekal serius. Supaya Hayden tidak salah tanggapan. Damya masih sedar siapa dirinya.
“Saya makan dengan teratur selama sebulan ni, saya betul-betul ingin berterima kasih kepada puan.” kata Hayden. Dia juga cuba membuat suasana menjadi selesa.
“Itu memang tugas saya. Lagipun gaji saya sangat banyak. Saya kena buat yang terbaik.”
“Sebut tentang gaji. Awak boleh check akaun, rasanya sudah masuk.”
“Owh… Tak apa. Saya tengok kemudian. Terima kasih,” ucap Damya. Dia berasa lega walaupun tidak sabar untuk menerima gaji pertama.
“Awak akan belanja siapa untuk gaji pertama?” soal Hayden. Dia sempat melirik untuk melihat reaksi Damya.
“Kawan saya, dia adalah penyokong kuat saya…” Ayat Damya tersekat di situ. Adakah jawapannya akan membuat lelaki itu syaki sesuatu? Oh tidak Damya… Kau tidak boleh tunjuk sebarang kelemahan supaya pekerjaan kau tidak terganggu.
“Owh… friend. I thought that person was your husband.”
Damya memilih untuk diam. Mengapa dia gelisah begini?
“So, kita pergi ke sebuah tempat. I have something to discuss with you. Tapi, sebelum tu saya akan makan lunch di dalam kereta. Are you okay?” soal Hayden apabila menyedari soalannya tadi terlalu peribadi.
“Okey, tak ada masalah.” jawab Damya.
Kenderaan itu berhenti di sebuah tempat parkir berhadapan restoran mewah yang menjadi tempat pertemuan pertama mereka sebelum ini. Damya menyerahkan kotak pizza yang diletakkan di atas ribanya sejak tadi.
“Wow… I like it!” Hayden menberi komen selepas suapan pertama.
“Ini adalah perisa tradisional Italian Pizza.” jelas Damya. Dia gembira apabila mendengar komen Hayden.
“Hey, please join me.” kata Hayden. Dia benar-benar menikmati suapannya.
“Tak apa, saya dah makan. Hati-hati dengan baju awak!” Damya begitu drastik mengambil tisu dan menahan cebisan piza yang hampir terjatuh di tangan Hayden.
Hayden tercengang.
“Oh...”
Dia melihat ke arah bajunya yang berwarna putih. Masih bersih! Sebab itulah dia tidak pernah makan di dalam kereta.
Damya tersedar lalu mengalihkan tangannya.
“Thanks…” kali ini Hayden menoleh memandang Damya. Sejak tadi, dia cuba bersahaja.
“Er… Nak makan di luar? Kita cari tempat yang sesuai,” cadang Damya. Mereka tiba-tiba canggung!
“I’m fine. Tak kan nak berkelah di luar?”
Damya ketawa malu. “Betul juga…”
“Hmm… I’m done. Thank you again for the fantastic pizza.” puji Hayden sambil mengelap bibirnya dengan tisu bersih. Dia cuba untuk tidak menunjukkan keterujaan ketika makan masakan wanita itu seperti mana ketika seorang diri.
Damya hanya membalas dengan senyuman. Dia sangat gembira jika seseorang berpuas hati dengan masakannya. Itulah rasa kepuasan yang sukar diungkapkan.
***
“Kelas masakan?” soal Damya agak terkejut. Mereka berdua duduk berhadapan di dalam restoran tersebut. Hanya Damya memesan segelas minunan dan sepotong kek. Sebagai syarat untuk duduk di dalam restoran itu.
“Ya. Kalau awak setuju, saya akan anjurkan program kelas masakan. Saya sudah siapkan proposal dan sekarang di peringkat penilaian. Kertas cadangan saya juga akan dihantar kepada beberapa agensi NGO. Saya rasa mesti ramai followers awak akan sertai kelas ni kalau awak setuju. Saya nak Damya sertai saya ataupun… Jadi rakan kongsi saya.”
“Kelas masak?” Sekali lagi Damya melihat kertas cadangan di atas meja dan menyemak satu persatu.
“Tapi, kelas ini tidak terbuka kepada semua orang. Awak pernah dengar VIP Cooking class?”
Damya menggeleng dengan wajah polosnya.
“Kebanyakan wanita high class sangat suka memasak. Tetapi, bukan hidangan biasa. Wanita golongan VIP akan membayar mahal untuk kelas masakan mewah. Di sebalik semua ini… Kita juga akan mendapat keuntungan besar.” hujah Hayden dengan keyakinan.
Damya terngaga apabila mendengar penjelasan Hayden.
“Maksudnya… Saya akan jadi cikgu kelas masakan VIP?”
“Awak sangat layak…” puji Hayden.
Damya seperti bermimpi dan mahu menampar pipinya. Tawaran ini sangat hebat untuk ditolak. Tetapi…
“Kelas ini akan di adakan waktu malam?” soal Damya lagi.
“Ya, saya juga akan mencari beberapa orang chef lain untuk lengkapkan jadual. Awak boleh pilih hari apa awak free. Kita akan susun jadual nanti.”
“Tuan Hayden… Macam mana tuan terfikir untuk buat kelas ni?”
Hayden terdiam. Adakah Damya mahu mendengar jawapan yang jujur?
“Saya mahu ubah hidup seseorang…”
“Apa?”
“Bukan ke… Dengan masakan, boleh mengubah hidup seseorang. Seperti awak mengubah hidup saya. Dari sudut pemakanan saya…” Hayden cuba mengalih fikiran wanita itu dengan jawapan twist!
“Saya… kena fikir dahulu. Tetapi, tawaran ini sangat hebat Tuan Hayden. Saya mungkin tak akan dapat tawaran ni dari sesiapa pun…” jawab Damya dengan jujur. Mahu sahaja dia menangis gembira di situ.
Hayden mengangguk perlahan. Dia faham situasi wanita itu. Entah kenapa… wanita ini seringkali membuatnya tidak henti berfikir. Hayden semakin ingin tahu lebih mendalam tentang wanita di hadapannya ini.
“Jika awak setuju, lepas ni kita akan kerap berjumpa untuk bincang tentang projek ini. Kita akan curi sedikit masa ketika awak bekerja. Ataupun sebelum awak balik kerja.”
“Saya akan beri jawapan secepat mungkin.” jawab Damya bersama senyuman kelat. Adakah Aizat akan setuju? Damya perlu meneruskan langkah ini lebih jauh. Peluang sudah berada di hadapan matanya!
Hayden hanya memandang wajah Damya yang sedang meneliti kertas kerja itu. Agak lama sehingga fikirannya melayang…
****
Imbas kembali…
Dua tahun lalu…
“Hayden, you tak akan beritahu mummy dan daddy you kan?”
Hayden memandang ke hadapan dan fokus dengan pemanduan. Dayana masih di dalam talian, dia tidak mahu fikirannya menjadi lebih kusut. Lagipun keadaan jalan agak gelap ketika itu.
“Hayden you dengar tak?”
“I’m driving, Yana.” jawab Hayden. Pendek
“I akan kahwin dengan abang you. Kita akan tinggal serumah. I tak nak Tan Sri dan Puan Sri tahu pasal kita dulu. Yes, diorang tahu kita belajar tempat yang sama. Tapi, diorang tak tahu kita pernah bercinta kan?”
“Sebelum I maki you, I akan letak,”
“Hayden!!” jerit Dayana.
Tut…..
Hayden menekan butang cancel apabila Dayana membuat panggilan lagi. Dia bukanlah penyabar sangat!
“Shit!” Hayden menekan brek mengejut apabila melihat seseorang di hadapannya muncul secara tiba-tiba. Keadaan jalan yang gelap membuatkan Hayden hilang tumpuan. Tayar keretanya berdecit dan hampir berpusing kerana dia sempat mengelak.
Kenderaan itu berhenti. Hayden tercungap kerana terkejut. Dia pantas membuka pintu kereta untuk melihat keadaan orang yang hampir dilanggarnya.
“Hello! Are you okay? Are you okay, miss?” Hayden cuba melihat keadaan wanita itu yang terduduk di tepi jalan. Beg galasnya berterabur. Hayden berasa kesal dan cuba bertanya lagi keadaan wanita itu yang kelihatan terkejut.
“Awak cedera ke?” Hayden cuba menyentuh bahu wanita itu dengan teragak-agak.
“Sa… saya okay. Sorry…” Wanita itu seperti akui kesilapannya. Tetapi keadaanya sangat lemah ketika itu.
Telefon wanita itu berdering. Hayden melihat skrin telefon wanita itu yang pecah, mungkin terjatuh ketika insiden tadi.
Aizat.
Nama itu naik di skrin tetapi wanita itu tidak pedulikan panggilan itu.
“May I help you? Kalau cik cedera saya boleh hantar ke hospital,”
Wanita itu tiba-tiba menangis. Hayden cuak!
“Saya okey…” Wanita itu gagahkan diri untuk bangun. Dia mengambil beg pakaiannya yang terlempar jauh. Hayden turut membantu.
”Cik nak ke mana? Saya boleh tolong hantarkan.” Hayden menawarkan pertolongan dengan ikhlas kerana melihat keadaan wanita itu yang menyedihkan. Dia lari dari rumah ke? Detik hati Hayden.
“Hari dah lewat malam, cik tak patut jalan seorang diri.” ujar Hayden lagi.
“Saya… nak balik rumah.”
“Baik, saya tolong hantar,”
Wanita itu seperti teragak-agak, malah dia tidak berani untuk memandang Hayden. Mungkin dia malu dengan keadaan dirinya. Rambutnya yang kusut juga menutupi separuh wajahnya. Mujurlah Hayden memastikan itu benar-benar manusia!
“Don’t worry. Saya tak culik orang. Trust me,”
Share this novel
test_account