Bab 27
Dato’ Haizan melihat penampilan dirinya di cermin sehingga dia berpuas hati. Makan malam keluarga adalah jadual penting yang wajib disertai mereka. Walaupun tinggal serumah tetapi rumah agam itu terlalu besar untuk mereka. Oleh itu, ahli keluarga itu jarang bertemu melainkan menetapkan masa untuk berjumpa.
Malam itu mereka akan meraikan hari lahir Puan Sri Rosena yang ke-61 tahun. Dato’ Haizan melirik melihat isterinya, Datin Dayana yang masih belum siap merias wajahnya.
“Kenapa you nak beriya sangat ni? Sebab Hayden datang?” soal Dato’ Haizan dengan nada sinis.
Datin Dayana tidak peduli dengan sindiran Dato’ Haizan. Dia masih menumpukan perhatian pada solekan matanya.
“I dengar Hayden akan bawa seseorang. Bakal isteri dia ke?” soal Dato’ Haizan lagi. Cuba untuk memancing Dayana berbual.
Dayana akhirnya berhenti seketika.
“Nampaknya, macam itulah. Tapi, you jangan risau. Perempuan itu cuma nobody.” Dayana tersengih sinis.
“Nobody?” Dato’ Haizan kelihatan agak teruja sebelum dia ketawa sumbang.
“Kenapa Hayden berani sangat bawa perempuan macam tu untuk kenalkan kepada daddy?”
“Sebab mommy you suka perempuan tu. Menarik kan? Mungkin mommy cari orang gaji untuk Hayden, bukannya isteri. You pun tahu adik you macam mana. Tak ada perempuan kelas atasan yang sanggup jadi orang gaji untuk lelaki cerewet macam Hayden.”
Dato’ Haizan semakin galak melepaskan tawa. Entah kenapa dia berasa gembira dengan berita seperti itu. Hayden tidak dapat kukuhkan reputasi dengan menjadi menantu bangsawan seperti Tengku Abdullah. Sudah tentu itu berita yang sangat baik.
“Patutlah you bersemangat malam ni…” Dato’ Haizan memegang bahu Datin Dayana dari belakang.
“I tetap akan sokong you untuk jadi pewaris. Walaupun you bukan anak kandung, tetapi you ada potensi untuk kukuhkan jawatan sebagai CEO.” balas Datin Dayana.
“I tak suka you ungkit hal itu. Malam ni, kita akan sokong Hayden dengan perempuan tu. You jangan rosakkan majlis!” pesan Dato’ Haizan.
Datin Dayana terdiam apabila Dato’ Haizan memberi amaran. Sudah tentu dia tidak hanya mendiamkan diri setelah hatinya disakiti!
“Well… I tak akan rosakkan majlis, but I have a surprise.” ujar Dayana.
Langkah Dato’ Haizan terhenti apabila berada di pintu. Dia menoleh melihat Datin Dayana yang masih di meja solek.
“I don’t like a surprise! Better you just be nice. Kalau betul perempuan tu nobody, I akan sokong!”
****
“Are you ready?” Hayden menoleh melihat Damya yang kelihatan anggun pada malam itu.
Damya melihat rumah agam keluarga Hayden di hadapannya dari dalam kereta mewah lelaki itu. Mereka baru sahaja tiba tetapi Hayden memberi sedikit ruang kepadanya untuk bertenang.
”Adakah keluarga awak tahu tentang saya dan Datin Dayana?” soal Damya. Dia mula gementar tetapi cuba untuk bernafas dengan tenang.
“Don’t worry about that. Saya akan uruskan. Awak cuba perlu hadir dan jadi pasangan yang ideal untuk saya.” Hayden mencapai tangan Damya yang terasa sejuk.
Damya memandang wajah Hayden lalu tersenyum nipis. “I trust you…”
“Thank you for your trust. I won't let you down.” Hayden sempat kenyitkan mata sehingga Damya tersenyum lebar.
“Come on!” Hayden membuka pintu kereta lalu berjalan ke pintu sebelah Damya.
Damya menyambut huluran tangan lelaki bersut kemas itu lalu melangkah keluar dari kereta. Hayden mengambil tangan Damya lalu diletakkan di lengan kanannya. Mereka berjalan beriringan memasuki rumah agam tersebut.
“Selamat datang Tuan Hayden dan Puan Damya,” sapa penyambut tetamu yang berada di hadapan pintu utama.
Hayden memberi senyuman dan membawa Damya ke ruang tamu utama. Ketika itu Damya semakin terasa gementar namun dia sangat mempercayai Hayden yang gagah di sebelahnya. Entah kenapa, setiap kali berada di sisi lelaki ini, dia akan berasa selamat.
”Hadiah mummy saya sudah hantar. She like it.” ujar Hayden untuk berbual pendek bagi mengurangkan debaran Damya.
Damya angguk lalu tersenyum. Dia sempat melihat penampilannya pada malam itu amat berbeza dari hari biasa. Hayden membawanya ke butik mewah dan dia dirias oleh orang yang professional. Sekaligus, menjadikan Damya lebih elegan dan jelita sehingga Hayden tidak dapat mengalihkan pandangan.
Akhirnya mereka tiba di ruang tamu utama, Damya pantas melepasan lengan Hayden dan berdiri tegak di sebelah lelaki itu.
Puan Sri Rosena tersenyum lalu bangun berdiri.
“Kamu berdua sudah sampai,”
“Hi, mom. Happy birthday.” Hayden mendepakan tangan lalu Puan Sri Rosena memeluk anak lelaki kesayangannya itu.
“Thank you so much, son.”
Hayden melepaskan pelukan lalu mandang Tan Sri Musa yang sejak tadi hanya memerhati. Dato’ Haizan juga berada di situ dan hanya tersenyum nipis memerhatikan wanita di sebelah Hayden.
“Dad, how are you?” sapa Hayden.
”Hmm… Siapa tu?” soal Tan Sri Musa lalu memandang tepat ke arah Damya.
Damya terkedu tetapi tetap memberi senyuman mesra.
“Daddy, ini Damya.”
Tan Sri Musa mengangkat kedua belah kening.
“Muda lagi. How old are you?” soal Tan Sri Musa.
“Dia seorang wanita yang cukup matang.” pantas Hayden menjawab apabila Damya teragak-agak.
“Duduklah. Kenapa nak berdiri.” Puan Sri Rosena terus mencelah.
Hayden mengambil tempat di sofa dan Damya duduk di sebelah Hayden.
“Cantik kan, bakal menantu awak. Pandai jaga makan minum Hayden pulak tu. Tengoklah Hayden sekarang, besar betul.” Puan Sri Rosena ketawa sambil menyentuh bahu Hayden yang lebar.
Merona merah wajah Damya. Dia tidak berani memandang Tan Sri Musa.
Dato’ Haizan turut memerhatikan Damya. Tidak dinafikan wanita pilihan Hayden itu sangat menarik. Tetapi, kalau bukan dari keluarga bangsawan, tiada gunanya juga. Sepatutnya wanita seperti itu hanga disimpan untuk mengisi waktu sunyi. Bukannya menjadi isteri!
“Jadi… Kamu anak yatim? Tiada keluarga?” soal Tan Sri Musa dengan serius.
Damya menggenggam tangannya sendiri.
“Ya… Saya anak yatim. Keluarga…” bergetar suara Damya saat itu.
“Daddy,”
“Kenapa kamu nak bercakap bagi pihak dia?!” Tempelak Tan Sri Musa apabila Hayden mahu bersuara.
“Maaf sebab lambat turun,”
Datin Dayana muncul dan terus mengubah suasana. Semua mata serentak memandang ke arah Dayana yang berpenampilan agak menonjol pada malam itu. Dia memakai dress berwarna merah dengan solekan yang tebal.
Dato’ Haizan langsung memberi isyarat supaya Dayana duduk di sebelahnya.
“Oh… Tetamu kita sudah sampai. Hai, Damya. Kita jumpa lagi. Welcome to our home.” Dayana tersenyum lalu menghulurkan tangan kepada Damya.
Damya gamam. Hayden merenung tajam ke arah Dayana yang penuh dengan kepura-puraan.
“Kamu pernah jumpa?” soal Tan Sri Musa.
Puan Sri Rosena tidak mencelah kerana mahu mendengar apa yang Dayana mahu katakan.
“Damya, bangun sekejap.” Dayana terus menarik Damya sehingga wanita itu berdiri di sebelahnya.
Dato’ Haizan mengerutkan dahi melihat tingkah laku Dayana. Hayden mahu menghalang tetapi Puan Sri Rosena menahannya.
“Daddy, mummy dan semuanya. Saya minta maaf, sebab perlu katakan perkara sebenar pada malam ini.” ucap Dayana lalu memegang lengan Damya yang hanya mampu memandang Dayana dengan penuh tanda tanya.
“Apa Datin nak cakap ni?” bisik Damya perlahan.
Dayana tersenyum lagi. Tan Sri Musa semakin tidak sabar.
“Apa sebenarnya kamu nak cakap, Dayana?!” soal Tan Sri Musa tegas.
“Daddy… Sebenarnya, Damya adalah adik saya. Kami berpisah sejak kecil sebab saya diambil oleh keluarga angkat. Tetapi, selepas itu saya alami demam panas dan ingatan saya jadi teruk. Sejak itu saya tidak ingat tentang keluarga kandung. Sebab itulah saya beritahu semua orang saya tiada ahli keluarga kandung. Tetapi, beberapa bulan lepas, Damya muncul dan mengaku saya kakak dia. Saya ambil masa untuk ingat semula untuk terima dia sebagai adik saya. Sekarang, saya sudah ingat tentang Damya… Dia adik saya yang hilang.” Dayana terus memeluk Damya dengan erat.
Tan Sri Musa dan Dato’ Haizan paling terkejut dan tercengang di tempat duduk mereka. Puan Sri Rosena hanya mampu mengeluh halus melihat lakonan Dayana.
Hayden hampir tersengih sinis tetapi dia perlu menghormati Tan Sri Musa dan tidak mahu menimbulkan kekacauan memandangkan Dayana mempunyai perancangan yang halus.
Damya memandang Dayana tanpa segaris senyuman walaupun kakaknya itu menunjukkan kemesraan palsu yang begitu hebat di hadapan Tan Sri Musa.
“Apa yang berlaku ni? Adik beradik? Macam mana…” Tan Sri Musa kelihatan bingung.
“Awak tahu hal ni?” soal Tan Sri Musa kepada Pan Sri Rosena.
“Saya pun baru tahu…” dalih Puan Sri Rosena.
“Adik? Kenapa tak pernah beritahu I? You bergurau ke?!” tanya Dato’ Haizan kerana masih belum dapat menerima kenyataan itu.
“Kan saya dah cakap… Saya pun susah nak terima perkara yang saya tak ingat. Sekarang, saya gembira sebab masih ada keluarga. Kan Damya?” Dayana masih tidak melepaskan Damya di sebelahnya.
“Makin pening kepala. Macam keluarga P Ramlee. Terpulanglah! Pergi siapkan makan malam. Daddy naik atas dulu. Haizan, Hayden, kita ada meeting.” Tan Sri Musa terus bangun dan beredar.
“Baik, daddy.” serentak Dato’ Haizan dan Hayden menjawab. Mereka berdua bangun dan terus mengikuti Tan Sri Musa.
Puan Sri Rosena turut bangun berdiri apabila hanya mereka bertiga berada di situ.
“Damya, awak boleh bantu saya di dapur kan?” soal Puan Sri Rosena tanpa pedulikan Dayana.
“Boleh, Puan Sri. Tapi, saya nak bercakap dengan Datin sekejap.” jawab Damya dengan sopan.
“Baiklah…” kata Puan Sri Rosena lalu beredar dari ruang tamu utama.
Dayana terus melangkah menjarakkan diri dari Damya yang masih berdiri kaku.
“Lakonan apa ni Kak Dahlia? Tentu akak benci saya panggil macam tu kan?” soal Damya.
Dayana terus ketawa sinis walaupun hakikatnya dia mahu menyembur Damya saat itu juga kerana menyebut nama asalnya.
“Kau jangan lupa diri, Damya. Kau sedar siapa aku? Aku menantu sulung keluarga ni. Jaga kata-kata kau!”
“Saya tak teringin pun nak mengaku kita adik beradik. Kenapa tiba-tiba kakak mengaku?”
“Kalau aku tak mengaku sekarang, daddy akan lebih curiga bila dia dapat tahu. Sekarang… Lebih baik kita berlakon berbaik aje. Kita tak rugi apa-apa. Kan?” tutur Dayana dengan sinis bersama muslihat.
Damya mengetab bibir. “Kakak memang bermuka tembok. Jadi saya tidak terkejut."
“Kau jangan kurang ajar di sini, Damya. Kau belum kenal siapa aku. Kau ingat aku tak tahu apa-apa pasal kau? Kau ni lebih licik dari yang aku sangka.”
Damya tersentak. Apa yang Dayana tahu?
“Sekarang, pergi ke dapur sebab itu memang tempat yang sesuai untuk kau! Aku akan join meeting dengan Tan Sri. Sekarang kau tahu kan level kau di mana?” sindir Dayana lalu melangkah menuju ke tangga untuk naik ke tingkat atas.
Damya memejam mata dan melepaskan keluhan berat. Dia hampir sahaja tewas melawan semangat yang merudum. Tetapi, dia perlu menghadapi juga situasi seperti ini sekali lagi dalam hidupnya. Adakah dia membuat pilihan yang tepat?!
****
“Semua bahan sudah sedia?” soal Puan Sri Rosena kepada pembantu dapur yang turut serta menyediakan makan malam keluarga.
“Sudah siap, Puan Sri.”
Damya berdiri di sebelah Puan Sri Rosena sambil memerhatikan bahan-bahan yang sudah siap sedia di atas meja.
“Kita hanya perlu memasak. Kamu mahu lihat bahan-bahan kalau ada yang kurang?” tanya Puan Sri Rosena kepada Damya.
“Tak apa, saya akan cari kalau tak cukup. Puan Sri boleh pergi berehat. Saya akan sediakan semuanya.” jawab Damya.
Puan Sri Rosena terus tersenyum. “Mana boleh saya biarkan tetamu buat kerja sorang diri. Kamu pakai cantik-cantik macam ni, tak apa ke buat kerja dapur?”
“Tak apa. Baju saya selesa.” jawab Damya dengan ikhlas.
Puan Sri Rosena kemudian meminta pembantu dapur untuk beredar dan tinggal hanya mereka berdua di situ.
“Tentang Dayana… Adakah kamu rasa terganggu tadi?” soal Puan Sri Rosena, kedengaran dia mengambil berat dengan perasaan Damya.
Damya menggeleng perlahan. “Dia memang kakak saya. Baguslah kalau semua orang tahu.”
Puan Sri Rosena terus mengeluh. “Banyak lagi yang Tan Sri tidak tahu. Tapi, Tan Sri pasti akan dapat tahu juga. Saya cuma boleh pesan… Tolong bertahan.”
Damya terdiam dan kelu mendengar permintaan dari wanita itu.
“Tak apalah. Lama-lama kamu akan biasa. Tan Sri mungkin nampak seperti itu, tetapi dia akan terima apa sahaja yang menguntungkan. Kamu mampu jaga Hayden untuk kami. Itu sudah memadai…” luah Puan Sri Rosena.
Damya angguk perlahan. “Saya akan bertahan…”
“Bagus.” Puan Sri Rosena tersengih.
“Ah… Macam mana result dengan doktor?” Tiba-tiba dia teringat akan pemeriksaan Damya di klinik kesuburan.
“Semuanya baik. Saya tidak ada masalah apa-apa. Nanti doktor akan beri keputusan lengkap kepada Puan Sri.” jawab Damya. Dia sendiri turut berada lega walaupun perkara itu jauh dari fikirannya.
“Alhamdulillah… Baguslah kalau macam tu. Kamu sihat, dan saya yakin Hayden pun sihat.” Puan Sri Rosena terus berubah ceria.
Damya terasa segan dan dia hanya mampu tersenyum.
“Adakah Tan Sri tahu status saya? Kalau boleh saya tidak mahu sembunyikan apa-apa sebelum memulakan sesuatu pertalian.” luah Damya dengan jujur sehingga menyentuh hati Puan Sri Rosena.
“Jangan risau. Saya akan jelaskan semua perkara. Kamu memang berbeza dengan Dayana…”
Suasana sepi sekita dan masing-masing melayan perasaan. Puan Sri Rosena sedar, status dan kisah silam Damya agak sukar untuk meyakinkan Tan Sri Musa.
“Mari kita mulakan! Banyak kerja kita ni.” Puan Sri Rosena terus menyinsing lengan bajunya.
Damya mengambil apron dan memakai di badannya. Puan Sri Rosena melihat sahaja pergerakan Damya yang langsung tidak kekok di dapur. Dia yakin, pilihannya itu adalah tepat!
****
Tan Sri Musa menutup fail tebal di atas meja kerjanya. Cermin mata ditanggalkan lalu diletakkan di sebelah. Anak dan menantunya berada di hadapannya dan masing-masing diam membisu selepas perbincangan mereka selesai.
“Rombakan lembaga pengarah akan berlaku tidak lama lagi. Buat persiapan seperti yang kita bincangkan tadi. Jadi, kamu berdua boleh keluar dulu kecuali Hayden.” arah Tan Sri Musa.
Dato’ Haizan dan Datin Dayana saling memandang antara satu sama lain apabila Tan Sri Musa meminta mereka keluar
“Tunggu apa lagi? Daddy ada hal nak bincang dengan Hayden secara peribadi.” kata Tan Sri Musa dengan agak tegas.
“Baik, daddy.” Dato’ Haizan terus bangun diikuti oleh Dayana yang kelihatan tidak berpuas hati.
Pintu bilik ditutup rapat. Tan Sri Musa kembali memberi fokus kepada Hayden yang kelihatan tenang sejak tadi.
“Kenapa pilih wanita seperti itu? Mummy kamu kata dia janda. Betul ke?”
Hayden menarik nafas panjang. Dia tahu bukan mudah mendapatkan restu dari Tan Sri Musa apabila calon isterinya bukanlah sekufu.
“Mummy juga dulu seorang janda sebelum kahwin dengan daddy. Dan dia tidak mempunyai anak dengan suami pertama.”
Wajah Tan Sri Musa terus berubah. “Mummy kamu adalah dari golongan kenamaan! Sedangkan daddy dulu cuma pemandu keluarga dia. Kejayaan daddy hari ini adalah kerana mummy kamu!”
“Tak ada bezanya, daddy. Saya yakin, Damya akan menjadi tulang belakang saya. Saya juga yakin, saya boleh bina keluarga yang sempurna bersama dia.”
“Siapa bekas suami dia? Dia baru bercerai? Adalah kamu punca dia bercerai?!” Suara Tan Sri Musa semakin meninggi.
“Anggaplah dulu jodoh dia tidak panjang. Sekarang, kita hanya perlu pandang ke hadapan. Kalau daddy ingin lihat saya menjadi pewaris, sila terima Damya dalam keluarga ni. Atau… Saya boleh memilih untuk membawa dia ke luar negara.”
“Hayden!!” Tan Sri Musa terus menepuk meja dengan wajahnya yang berkerut.
“Hish! Susah bercakap dengan orang mabuk bercinta! Mahu lari ke luar negara konon! Daddy boleh sekat semua duit kamu! Pergilah kutip buah di negara orang tu.”
“I like fruits, dad.” Hayden tersengih.
Tan Sri Musa terus memicit kepalanya. Darahnya sudah naik!
“Keluar! Nanti daddy turun.”
Hayden tersenyum lalu bangun berdiri. “Thank you, daddy.”
*****
Share this novel
sepi...
alamakkkkk lamanya
lama dh xmuncul 2 ketuii pengantin baruuu nihh..