Bab 10
Kasut tumit tinggi yang dipakai Damya terasa goyah ketika perlu melangkah pantas demi menyaingi langkah Hayden yang luas. Tangan Damya ditarik bersama genggaman yang kuat. Damya terpaksa menarik kain dress yang agak ketat menggunakan sebelah lagi tangan. Air matanya merembes keluar melihat amukan di mata Hayden walaupun lelaki itu sepatah pun tidak berbicara.
Mereka berhenti di hadapan pintu sebuah suite mewah. Damya memandang Hayden dengan terketar-ketar apabila melihat lelaki itu mengeluarkan kad akses.
“Tuan…” panggil Damya yang sudah pucat.
Hayden melangkah masuk tanpa pedulikan kebimbangan Damya. Tangan wanita itu masih tidak dilepaskan sehingga pintu suite itu ditutup rapat.
“Kita tak boleh berada di sini.” Damya pantas menolak Hayden untuk membuka pintu tetapi sedikit pun lelaki itu tidak berganjak dengan kekuatan Damya yang tidak seberapa.
“Saya tak tahu awak ada part time job?” kata Hayden dengan renungan tajam.
Damya terpaksa mendongak untuk melawan padangan itu.
“Stay out of my business, Tuan Hayden.” Damya menahan sebak.
Hayden selangkah ke hadapan dan Damya terpaksa mengundur. Wanita itu pucat tetapi Hayden tidak gentar.
“Kenapa? Ada masalah kewangan? Kenapa jumpa lelaki tua tu? Why not me?”
Hayden menarik dagu Damya agar tatapan mereka kembali bersatu. Mata hazel Hayden mencari anak mata Damya yang takut untuk membalas renungannya.
Dada Damya sesak apabila nafas Hayden menampar wajahnya. Cukup dekat. Tetapi dia lebih bimbangkan renungan itu. Seumur hidup dia tidak pernah melihat amukan dari dalam seperti itu.
“Tuah Hayden… Awak dah salah faham. Saya bukan seperti itu.” Air mata Damya kembali bergenang.
“Then… Who the fuck told you to do that?!”
Damya hanya mampu menggeleng bersama air mata. Sudah cukuplah dia mahu membuka pekung di dada. Dia masih perlu memelihara maruah yang masih bersisa.
“Awak tahu tak, lelaki bila mabuk dia tak peduli siapa pun awak? Awak isteri orang ke, awak pelayan ke! Atau… awak memang suka macam tu?!” Hayden terus menerus melepaskan kemarahannya. Dia menahan suara sehingga bergetar di dada.
Damya terasa tubuhnya mengecil dan terus berundur sehingga terasa rapat di bucu katil.
Hayden berhenti apabila Damya tidak mampu bergerak.
“Berapa bayaran awak nak? Awak ingat saya tak boleh bagi?” Hayden membuka kot dan melempar ke atas katil.
“Tuan Hayden! No! Saya… bukan…” kali ini Damya terus menangis teresak-esak. Dia terduduk di atas katil dan menekup muka dengan kedua belah tangan.
Hayden masih berdiri tegak. Darahnya sudah naik sehingga kepala melihat situasi ini.
Damya hampir menjerit apabila tangannya direntap oleh lelaki itu. Hayden menarik Damya bangun dan mencengkam kedua belah bahu Damya lalu menunduk di hadapan wanita itu.
“How do you know? I’m here… and my problems?” soal Damya perlahan.
Agak lama Damya melihat Hayden diam dengan matanya dipejam rapat. Mungkin sedang mengawal kemarahannya… Damya yakin Hayden bukan lelaki yang akan melampaui batas.
“I know because I'm observant. Maybe I don't react but I notice everything…” balas Hayden dengan suara yang garau. Kali ini dia melepaskan bahu Damya dengan lemah.
Damya semakin keliru. Apa yang Hayden tahu tentang dirinya? Mereka tidak pernah bercakap soal peribadi sehinggalah pada malam ini. Tetapi Damya tidak mahu perbualan mereka berpanjangan memandangkan situasi tidak tepat. Lebih lama dia berada di situ, akan lebih membuka ruang yang selama ini Damya cuba tutup dengan rapat.
“I’m sorry… Saya tak bermaksud nak takutkan awak, Damya. Saya cuma kecewa nampak awak macam ni…”
Damya menyeka air matanya. Dia menoleh ke tepi dan menarik nafas dalam sehingga kekuatannya kembali.
“Saya perlu keluar, suami saya tunggu di bawah. Kalau dia tahu… Hancur semua apa yang saya rancangkan selama ni.”
Hayden perlahan-lahan melepaskan bahu Damya.
“I’m here, Damya. Awak rasa saya nak biarkan sesiapa hancurkan impian awak?”
Damya menoleh kepada Hayden. “Saya mahu lakukan sendiri Tuan Hayden. Saya tidak mahu libatkan sesiapa. Terutamanya awak…”
Sedar atau tidak… Damya akan menyesal jika Hayden terpalit dengan masalahnya. Mana mungkin dia membiarkan lelaki sebaik Hayden menanggung sesuatu yang rumit seperti masalah rumahtangganya. Imej lelaki itu pasti tercalar!
Hayden tidak mampu menjawab sepatah pun apabila wanita itu menolaknya sebegitu. Apa yang mampu dilakukan Hayden? Memaksa bukan sikapnya… Tetapi, jika kesabarannya tercabar. Hayden tidak lagi peduli!
“Awak boleh pergi sekarang…” kata Hayden perlahan lalu memusingkan badan membelakangkan Damya.
“Tuan Hayden… Thank you but… I’m sorry.” Ucap Damya walaupun hanya memandang belakang Hayden yang tegap berdiri.
“Go… Damya. Leave me alone… or you want to stay?”
Damya pantas mengundur dan melangkah luas ke pintu. Jiwanya terasa remuk tetapi dia harus bertahan!
Hayden mengetap rahang ketika berdiri tegak memandang dinding kaca. Sekali lagi dia melepaskan wanita itu setelah diselamatkan?
“Sekali lagi… You can't run away from me anymore. I have my limits, Damya!”
****
Damya melangkah longlai memasuki bilik. Solekannya rosak kerana air mata yang mengalir tanpa henti. Tetapi, sedikit pun Aizat tidak peduli. Apa yang lelaki itu tahu, bergembira dengan apa yang telah diperolehi setelah mempergunakan isteri sendiri.
Ketika Damya membuka anting-anting di cuping telinga, dia memerhatikan wajahnya di cermin meja solek. Entah kenapa, tiba-tiba dia melihat di dalam cermin seorang lelaki asing muncul dari belakangnya. Damya hanya terdiam dalam lamunan sehingga tangan sasa itu menyentuh pinggannya dari belakang. Memeluknya erat dalam dakapan yang hangat. Damya memejam mata apabila bibir lelaki itu mendarat di bahunya, kemudian leher dan berakhir di pipinya yang mulus.
“Mya… Just put your trust in me,” bisik suara garau itu.
Damya membuka mata dan tersedar. Air matanya kembali mengalir. Damya menyentuh pipinya yang hangat apabila bayangan itu langsung menghilang. Sentuhan itu walaupun hanya banyangan… membuat hati Damya remuk, hancur berkeping.
“Hayden…” Tanpa sedar bibirnya menyebut nama lelaki itu.
“What’s wrong with you, Damya…” Damya meletakkan kedua tangan di atas meja untuk menahan dirinya. Dia menggeleng perlahan untuk menepis bayangan aneh itu.
“Hey, Damya!”
Damya yang terkejut terus menoleh dengan wajah yang pucat. Aizat muncul dengan senyuman seperti kerang busuk.
"Aku baru dapat panggilan. You know Damya… I got that promotion! Aku berjaya Damya. Tak sangka secepat ni bos approved!” Aizat ketawa gembira.
Damya hanya berdiri kaku memandang Aizat yang sedikit pun tidak merasakan apa-apa setelah membuat dirinya berada dalam situasi seperti itu.
"Well, Damya.” Aizat memegang kedua belah pipi isterinya itu.
“Did anything happen? Macam mana bos aku boleh setuju secepat ni?” soal Aizat serius.
Damya terus menepis tangan Aizat.
“Apa yang awak nak dengar? Awak dah dapat apa yang awak nak kan? Kenapa awak nak peduli lagi apa yang terjadi? Selepas awak suruh saya masuk dalam bilik tu, sepatutnya awak tahu apa pun boleh berlaku!”
Aizat mengetab bibir. “Hey, Damya… Kau jangan emotional sangat. Aku buat semua ni untuk kita. Kau pun akan senang kan? Tak luak pun apa kau buat tu!”
“Stop it, Aizat! Jangan cakap apa-apa lagi sebelum saya menggila malam ni. I’m done!” Damya menarik tuala dan terus masuk ke dalam bilik mandi.
***
“Woo… chest workout hari ni!” tegur Zayn sambil meneguk air mineral di sebelah Hayden yang sedang melakukan senaman dada.
Suasana gimnasium pada hujung minggu itu agak penuh dengan pengunjung. Tidak kira lelaki dan wanita. Zayn mengambil peluang itu untuk mencuci mata. T-shirt tanpa lengannya sudah pun bermandikan peluh selepas membuat senaman berat.
Hayden tidak peduli dengan teguran Zayn di sebelah. Dia hanya fokus dan berkeringat.
“Lain macam kau hari ni, Hayden? Jangan push sangat nanti cedera.”
Zayn menggeleng kepala melihat Hayden yang sejak tadi senyap. Pada mulanya lelaki itu yang ajaknya datang, hujung-hujung jadi batu dan berkhayal.
Hayden akhirnya menyangkut beban di tempatnya, dan perlahan-lahan bangun dari pembaringan. Wajahnya bermandi peluh, dadanya terasa mengembang.
“Well done, bro!” Zayn menumbuk dada Hayden sambil tersengih.
Hadyen mengambil tuala dan lap mukanya yang panas. Zayn hanya memerhati sahabatnya itu tanpa berkelip.
“Kau broken ke?” soal Zayn tanpa sengaja.
Hayden membalas dengan menunjukkan jari tengah lalu pantas bangun berdiri dengan selamba.
Zayn meledak ketawa besar!
“Siapa pulak kali ni?”
Hayden meneguk sebotol air yang dibawanya sehingga habis. Serabut kepalanya ketika itu ditambah pula dengan lawak Zayn.
“Aku tak fahamlah… Siapa yang asyik tolak kau ni? Perempuan sekarang mental tak betul ke?” Zayn masih galak mengusik lelaki dingin itu.
“Kalau dekat sini, kau jeling sikit bersusunlah datang. Kau suka try yang mencabar ke?”
“Perempuan semua sama je…” balas Hayden.
“Pulak… Sah broken ni!” Zayn ketawa lagi sehingga merah wajahnya. Semakin galak dia mengusik Hayden.
“Kau dah lama tak kena buku lima?” Hayden menunjukkan pula buku limanya yang kekar.
“No… Thanks!” Zayn masih ketawa sambil menepis lengan Hayden.
“Jomlah… Petang ni kita pergi hiking! Selagi aku ada, kau tak akan murung!” kata Zayn kali ini lebih serius lalu menepuk bahu Hayden.
“Aku akan kembali ke AG Group.” tiba-tiba Hayden menukar topik yang lebih serius.
"What? Kau betul ke ni?” soal Zayn seakan tidak percaya. “Di situ ada Dayana dan Haizan.”
“Sampai bila aku nak lari?”
Zayn mengangguk perlahan lalu mengerti. “Selama ni kau selalu mengalah dengan abang kau. Sudah tiba masanya Hayden. Dapatkan apa yang sepatutnya milik kau…”
Hayden melepaskan nafas yang berat. Dia perlu segera kembali ke AG Group untuk mengawal situasi. Walaupun pasti akan ada yang tidak senang dengan kehadirannya.
****
Beberapa hari berlalu sehingga keadaan kembali tenang. Damya meneruskan rutinnya seperti biasa di rumah Hayden. Sehingga waktu untuknya berehat, Damya duduk di ruang tamu sambil mengemas kini laman sosialnya, Melur Kitchen. Jumlah pengikutnya naik mendadak sehingga dia mendapat beberapa mesej untuk tawaran kerjasama.
Damya terpaksa menolak kerana dia masih perlu merahsiakan identitinya. Keadaan dirinya yang belum stabil tidak mengizinkan Damya untuk memunculkan diri di hadapan umum. Ketika itu Damya masih mencari bilik sewa yang berdekatan dengan kawasan kediaman Hayden. Jika ada sekalipun, terlalu mahal. Baru tiga bulan berkerja dengan Hayden, simpanannya masih sedikit kerana perlu membayar komitmen lain termasuk hutang Aizat.
Sabar Mya… tidak ada benda yang boleh dibuat dengan terburu-buru.
Ketika Damya sedang asyik dengan telefon dia terpandang beberapa buah majalah di bawah meja kopi. Entah kenapa selama ini dia tidak pernah usik barangan lain selain di dapur. Damya tertarik untuk membaca majalah berkaitan dunia korporat dan mengambil sebuah majalah di bawah meja.
“Semua tentang business…” komen Damya.
Sampai di satu mukasurat, tangan Damya terus terhenti. Dia mengangkat majalah itu agar lebih dekat dengan matanya.
Wajah seorang wanita di sisi seorang lelaki dalam kolum business couple terus membuat hati Damya bagai direntap!
“Akak…” Damya menekup mulut dengan tangannya yang menggigil.
Damya pantas membaca segala butiran dan melihat syarikat wanita itu bekerja. Selepas mendapat segala info, Damya terus mencapai beg tangannya dan berlari keluar.
****
Jika benar wanita itu adalah kakaknya, berakhirlah penantiannya selama 20 tahun ini. Kereta yang membawa Damya berhenti di hadapan sebuah bangunan iaitu Menara AG Group yang berdiri megah. Damya melangkah keluar dengan dada yang berdebar hebat. Dia mendongak melihat bangunan tinggi itu dan dia sedar, itu adalah tempat kerja Aizat.
Tetapi, Aizat keluar daerah pada hari itu membuatkan Damya semakin berani. Dia harus memastikan perkara itu dengan matanya sendiri walaupun pastinya sukar. Apakan daya, Damya tidak mampu menahan rasa rindu untuk menunggu lebih lama. Dengan menarik nafas yang panjang, Damya memasuki bangunan itu.
“Yes, may I help you?” soal seorang wanita penyambut tetamu di kaunter hadapan.
Damya berdebar tetapi dia perlu teruskan. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk berjumpa kakaknya selain dari datang ke syarikat tempatnya bekerja.
“Saya… Saya nak jumpa seseorang.” ujar Damya.
Wanita itu sempat melihat Damya dari atas ke bawah tetapi kekal memberi senyuman atas tugasnya.
“Boleh saya tahu siapa?”
Damya terkebil-kebil kerana nama wanita itu dan kakaknya agak berbeza. Tetapi Damya terlalu yakin mereka orang yang sama.
“Dayana, Nama dia Dayana.”
“Dayana? Maksud cik, Datin Dayana?”
Damya tidak pasti tetapi pantas dia mengambil majalah di dalam beg lalu ditunjukkan kepada wanita itu.
“Ya, ini Datin Dayana kan?”
Wanita itu mengetab bibir seperti perlu bersabar dengan Damya.
“Maaf cik. Kalau tak ada temujanji tak boleh jumpa sebarangan dengan orang atasan AG Group. Gambar ni adalah Datin Dayana, HR Director AG Group. Nampaknya cik pun tak tahu tentang orang yang cik nak jumpa. Maafkan saya, saya tidak boleh beri kebenaran untuk masuk.” jelas wanita itu dengan tegas.
“Jadi, macam mana saya nak dapatkan temujanji?” soal Damya dengan keliru. Keyakinan dirinya terus merudum.
“Cik. Temujanji perlu dibuat melalui setiusaha Datin Dayana. Kalau cik tidak tahu cara untuk hubungi setiausaha Datin, maknanya cik bukan datang untuk urusan kerja. Jika untuk urusan peribadi, Datin tidak akan layan.”
Damya terus terpempan. Tiada lagi yang mampu dikatakan di situ. Damya mengucapkan terima kasih lalu berjalan menjauhi kaunter. Dia hanya memandang sekeliling untuk melihat kesibukan staf AG Group yang keluar masuk. Mata Damya tiba-tiba tertumpu kepada lif jenis transparent elevator yang sedang turun ke lobi.
Damya dapat melihat satu sosok tubuh wanita memakai blaus merah cukup elegan keluar dari lif dengan bergaya. Rambut perang wanita itu melepasi bahu dan langkahnya cukup meyakinkan.
“Kak Dahlia…” Suara Damya tersekat kerana dia terlampau tergamam.
“Kak Dahlia!” Kali ini Damya memanggil dengan lebih lantang.
Langkah Dayana terus mati. Dadanya tiba-tiba bergetar hebat sebelum memusingkan badannya.
Damya tidak sedar dia telah melangkah menghampiri wanita itu dengan kelihatan tergamam.
“Akak…” Mata Damya bergenang. Dia menggigil ketika memandang wajah itu lebih dekat.
Dayana mengetap bibir. Dia berundur setapak ke belakang.
“Who are you?” soal Dayana penuh kebimbangan.
“Mya… Ini Damya. Akak…”
“No! I don’t know you… Kenapa panggil I Dahlia?”
Damya memejam mata sehingga air mata yang ditahan-tahan akhirnya mengalir.
“Akak…” Damya membuka mata lalu melihat tangan Dayana yang memegang kemas tali beg tangannya.
“Tanda tu… tak akan hilang walaupun akak tukar nama.”
Dayana pantas sorokkan tangannya ke belakang. Wajahnya terus merah padam apabila Damya dapat melihat tanda lahir di tangannya.
“Hey… Jangan nak tiba-tiba panggil I kakak! I tak ada adik beradik sebab I anak tunggal. Dan… I tak kenal orang macam you. Pergi dari sini sebelum I panggil pengawal.” Dayana menekan suaranya dengan wajah yang marah.
Damya menekup mulut kerana menahan sebak.
“Nenek sampai hujung hayat dia teringatkan kakak… atuk dan nenek dah meninggal. Tetapi, akak sekali pun tak balik…”
“Jangan melampau! Guards!!” jerit Dayana kepada pengawal yang berada di pintu utama.
“Akak!” Damya cuba memegang tangan Dayana tetapi wanita pantas menepis.
“Datin!” tegur pengawal itu.
“Bawa keluar perempuan ni! Datang entah dari mana nak minta sedekah!”
Damya terasa dunianya gelap! Remuk hatinya saat itu sehingga dia tidak mampu bernafas.
“Cik, sila keluar!” tegas pengawal itu.
“Kau jangan muncul di sini lagi ye!” Dayana terus memberi amaran.
Damya menyeka air mata dan menepis tangan pengawal yang cuba memegangnya.
“Saya akan keluar sendiri.” Damya menukar laluan dan melangkah laju menuju ke pintu utama sambil menyeka air mata yang tidak mahu henti walaupun setelah dihina sebegitu!
Dayana menggenggam tangan menahan perasaan yang bercampur-baur.
“Tuan Hayden!” tegur Encik Fairuz apabila melihat Hayden berdiri kaku di tepi dinding ketika memerhatikan kejadian yang baru berlaku di hadapannya.
“Kenapa Puan Damya datang ke sini? Dia nak jumpa suami dia ke? Tetapi kenapa dia bercakap dengan Datin?” bisik Encik Fairuz yang tertanya-tanya.
“Get the car!” arah Hayden.
“Tapi, Tuan. Kita ada perjumpaan dengan ahli lembaga pengarah. Tan Sri akan mengamuk kalau tuan tak hadir.” Encik Fairuz jelas ragu-ragu dengan arahan itu.
“I won’t say it again!” tegas Hayden.
Encik Fairuz terpaksa akur dan berlari menuju ke lif untuk mendapatkan kereta di basement.
****
Damya menangis teresak-esak sambil duduk atas kerusi panjang di taman bersebelah kondominium. Dia melepaskan segala yang terbuku di hati setelah terlalu lama dipendamkan. Apa yang paling melukakan hati Damya, sehingga hujung nyawa Che Melur iaitu neneknya, masih menyebut tentang kakaknya itu.
Mana mungkin seorang nenek akan melupakan cucu dan darah daging sendiri. Damya tidak peduli orang memandangnya ketika itu, dia tidak dapat menahan tangisannya lagi.
“Damya…”
Suara itu menyapa pendengaran Damya dengan lembut. Perlahan-lahan Damya mendongak dan melihat Hayden berdiri di hadapannya. Dalam esakan yang masih bersisa, Damya turut bangun berdiri.
“Tuan Hayden…”
“Kenapa menangis di sini?” soal Hayden kerana dia masih belum tahu punca sebenar. Siapa Dayana sebenarnya?
Damya hanya mampu menggeleng dan tangisannya semakin berat. Hayden menyentuh kepala wanita itu lalu membawanya ke dalam dakapan.
Damya sikitpun tidak menolak. Malah dia menangis semahu-mahunya di dada Hayden.
Hayden mengusap perlahan belakang Damya untuk memberi sedikit ketenangan. Tetapi Damya malah lebih beremosi sehingga membasahi kemeja lelaki itu dengan air matanya yang hangat.
Share this novel
hihihihi suweet laaa…bile laa diorg akn bersatu…author jgn wat ending sad2 tau
Adoiii damya hati2.. takut kantoiii
U..... romanticnya