Bab 11
Hayden mengatur langkah tenang ketika menuju ke bilik persidangan walaupun dia sebenarnya sudah terlewat. Encik Fairuz di belakang lelaki itu pula yang mengelabah dan bimbang. Sudahlah itu hari pertama Hayden kembali ke AG Group dan dia telah membuat Tan Sri Musa menahan marah di dalam bilik persidangan.
Zetty pantas menghampiri Hayden dengan cemas apabila melihat ketibaan lelaki itu.
“Tuan Hayden, they’re in conference room. President want you in there as soon as you arrive.” kata Zetty yang sejak tadi berdiri di hadapan pintu bilik persidangan menunggu ketibaan abang sepupu merangkap bosnya itu.
Hayden hanya angguk dan terus menarik pintu bilik persidangan. Dia melangkah masuk dan semua mata terus tertumpu kepadanya.
Tan Sri Musa merenung tajam ke arah Hayden dan Dato’ Haizan sekadar tersenyum pahit. Dia tidak menyangka adiknya itu akan kembali ke AG Group secepat itu. Kedudukannya menjadi tidak selesa namun Haizan yakin dengan setiap perancangannya.
Hayden mengambil tempat di sebelah kiri Tan Sri Musa dan bertentangan dengan abangnya Dato’ Haizan. Dayana berada di sebelah lelaki itu dengan lagak bersahaja.
“Well… this is my second son, and he is back to AG Group as Chief Operating Officer or COO from today. Please give him a welcome.” ucap Tan Sri Musa dengan serius.
Tepukan gemuruh dari ahli pengarah bergema di dalam bilik persidangan dan Hayden bangun untuk memberi salam penuh hormat. Dato’ Haizan dan Datin Dayana terpaksa juga mengumtum senyum dan memberi tepukan perlahan.
“Congratulations on your new role! Our team is looking forward to sharing many successes.”
Hayden menyambut huluran tangan dari ahli lembaga pengarah yang hadir.
“Welcome aboard! We are looking forward to working with you.”
“Thank you,” balas Hayden.
Tan Sri Musa hanya memerhati suasana itu apabila semua ahli lembaga pengarah kelihatan kagum dengan kehadiran Hayden. Dia lega walaupun tetap bimbang. Hayden mempunyai rekod dengan hospital psikiatri dan perkara itu sedikit menggusarkan Tan Sri Musa. Walaupun penyakitnya tidak serius, tetapi siapa tahu isu itu boleh diperbesarkan.
“Hayden… Jumpa daddy di office lepas ni,” kata Tan Sri Musa dan Dato’ Haizan hanya memerhati perbualan itu.
“You rasa kenapa Hayden kembali?” bisik Datin Dayana kepada suaminya di sebelah.
“I have no idea…” jawab Dato’ Haizan. Serius.
“Kenapa daddy tawarkan jawatan COO, saya sebenarnya belum layak.” ujar Hayden di hadapan Tan Sri Musa.
Lelaki itu duduk di kerusi kulit dengan serius memandang anak lelakinya itu. Hanya mereka berdua di dalam pejabat pengerusi ketika itu.
“Sampai bila nak tunggu layak? Kalau tidak cuba tak akan tahu kemampuan kita di tahap mana. Jangan jadikan kelemahan kamu sebagai halangan untuk maju ke hadapan Hayden. Semua orang percaya kamu layak berada di sini." tegas Tan Sri Musa.
Hayden memilih untuk diam.
Tan Sri Musa memberi renungan lebih tajam melihat kegusaran Hayden. Anak lelakinya itu seperti berada di dalam dilema yang besar. Walaupun Hayden cuba menyembunyikannya, Tan Sri Musa sudah tentu lebih awal makan garam dan pernah menjadi muda.
“Can you tell me what's going on? Datang lambat pada hari pertama lantikan. Buat semua lembaga pengarah tertunggu. Ini bukan Hayden yang daddy kenal. What’s wrong, Hayden? Kamu mahu lepaskan semuanya kepada abang kamu begitu sahaja?”
Hayden tidak dapat membalas renungan mahupun kata-kata bapanya itu.
“Kamu ingat daddy tidak tahu?”
Kali ini Hayden mengangkat wajahnya memandang Tan Sri Musa.
“Apa maksud daddy?”
“Dayana… Sebab dia ex girlfriend kamu dan kahwin dengan Haizan?”
Hayden lantas tergamam kerana tidak menyangka Tan Sri Musa telah mengetahui perkara itu.
“Daddy diam bukan bermakna daddy tak tahu apa-apa. Mummy mungkin naif dan daddy pun tak nak dia tahu hal ni… tapi daddy lebih faham perubahan anak-anak daddy. Selepas daddy siasat… betullah, Dayana memang ada hubungan dengan kamu semasa di UK. Betul atau tidak?”
Hayden terpaksa mengangguk. “Itu kisah lama daddy. Dan itu bukan masalah lagi.”
“Habis tu apa masalahnya sekarang? Di mana semangat kamu?” tekan Tan Sri Musa.
“I’m okay, dad. Saya akan ambil tanggungjawab untuk pikul jawatan ni. Tentang hari ni… Saya ada urusan penting tadi. I’m sorry.”
“Hayden… Tentu kamu tahu kenapa daddy terlalu berharap kepada kamu. Walaupun daddy tidak mahu bangkitkan hal ni, tetapi… ia tetap akan berlaku. Daddy tidak boleh serahkan segalanya kelada Haizan walaupun…”
“Daddy… Saya tak akan rebut apa-apa. Kalau dia lebih layak…”
“No… Jika kamu tidak layak, dan tidak diakui oleh lembaga pengarah. Barulah daddy akan fikirkan tentang dia.”
Hayden terdiam kerana tidak mampu melawan kata-kata Tan Sri Musa. Bebanan di jiwanya semakin berat apabila kembali ke AG Group. Kisah silam pasti akan berbangkit apabila tiba masanya…
“Let’s get back to the point. Ini tugas pertama kamu.” Tan Sri Musa menyerahkan satu fail kepada Hayden.
Hayden membuka fail tersebut dan meneliti isi kandungannya.
“Dapatkan kerjasama dengan Tengku Abdullah untuk projek terbaru kita.”
“Dia tidak pernah bekerjasama dengan kita, daddy. Semua projek kita dia tolak.”
“Sebab tu kali ni daddy hantar kamu,”
Hayden sekali lagi terpempan. Dia sangat lemah dengan PR dan Tan Sri Musa sedang mengujinya dengan keras.
“Haizan pun gagal. So…” Tan Sri Musa memandang serius anak lelaki harapannya itu.
“Okay.” jawab Hayden lalu mengambil fail itu.
Tan Sri Musa akhirnya tersenyum.
****
“Tahniah… selamat kembali ke AG Group. Nampaknya, jawatan baru tu sesuai dengan kau.” ucap Dato’ Haizan kepada Hayden yang baru masuk ke dalam pejabatnya.
Hayden sempat melirik melihat Haizan memegang plat nama dan jawatan baharunya di atas meja.
“How are you, abang?” soal Hayden bersahaja.
Dato’ Haizan tersengih kelat. “Aku yang sepatutnya tanya kau. Macam mana keadaan kau sekarang? Well… dari kecil aku yang selalu kena jaga kau. Sekarang bila dah besar, kau dah lupa semua tu.”
“Jangan risau abang. Saya masih tak lupa sampai hari ni… Mana mungkin saya lupa…” Hayden membalas pandangan Haizan.
Dato’ Haizan ketawa. “Kau pandai ambil hati mummy dan daddy dan jadi anak kesayangan. Apa yang kau nak mesti kau dapat. Tetapi aku… kena berusaha keras. Jadi Hayden… Kau terlalu manja untuk berada di sini. Apa pun good luck…” Dato’ Haizan menepuk bahu Hayden sebelum melangkah keluar dari pejabat Hayden.
Hayden terdiam dan berdiri tegak di tengah-tengah pejabatnya. Kata-kata Haizan hanya membuatkan Hayden sayu. Mereka pernah membesar bersama seperti adik beradik lain. Tetapi, segala berubah sejak mereka meningkat remaja. Hayden hanya mampu mengeluh berat mengenangkan perkara itu.
****
Cahaya bulan purnama semakin terang apabila awan bergerak pergi. Dada langit kelihatan indah pada malam itu. Tetapi, Dayana sedikitpun tidak dapat menikmati segala keindahan itu kerana ketenangannya diragut. Dia duduk di tepi kolam sambil menggigit kuku ibu jari kerana fikirannya kacau bilau. Matanya hanya memandang air kolam yang tenang diterangi cahaya bulan.
“Damya…” Sebaris nama itu meniti di bibir Dayana tanpa sedar.
“Who?”
Dayana tersentak lalu menoleh melihat kehadiran suaminya Dato’ Haizan.
“Nothing. Cuma tengah fikir tentang kerja…” Dayana berpura-pura senyum.
Dato’ Haizan mengambil tempat di sebelah isterinya itu.
“Hmm… Jangan terlalu fikirkan hal kerja. Dah lama kita tak balik rumah mama dan papa. Diorang sihat?” soal Dato’ Haizan.
Dayana cuba mengekalkan senyumannya. “Sihat. I baru je singgah rumah minggu lepas. Sekejap aje.”
“Boleh I tanya something?” Tiba-tiba Dato’ Haizan berubah serius.
“Yes…” jawab Dayana.
"Apa perasaan you sebagai… anak angkat? Sorry I tak pernah tanya…”
Dayana tergamam mendengar soalan dari Haizan. Sebenarnya, rahsianya sebagai anak angkat hanya diketahui oleh Haizan ketika mereka membuat permohonan untuk berkahwin. Dayana terpaksa menceritakan hal sebenar.
“Kenapa you tanya? I tak pernah rasa diri I anak angkat dalam my family. I pun tak nak benda ni berbangkit selepas kita berkahwin. Kenapa tiba-tiba you spoil mood I?” Dayana jelas agak terganggu ketika itu.
“Kenapa you emosi sangat ni? I cuma nak tahu…”
“Enough Haizan. I tak suka topik ni!” tegas Dayana.
“Okey… I tak tanya lagi. I pun tak suka cerita pasal kisah silam… cuma hari ni…” Dato’ Haizan tiba-tiba agak terganggu ketika itu.
“Kenapa? Sebab Hayden ke? Kenapa you risau sangat? You anak lelaki sulung dan you lebih hebat dari dia. Kenapa you nak bimbang?”
Haizan terdiam dan hanya memandang air kolam yang jernih.
“Sayang, kenapa ni?” Dayana menyentuh bahu Dato’ Haizan yang tiba-tiba diam seribu bahasa. Nampaknya Dayana turut menjadi bimbang apabila melihat keyakinan Haizan yang merudum.
“I akan lebih yakin selagi you ada dengan I…” kata Dato’ Haizan. “I akan pastikan semua ni milik kita.”
“Of course… I tak akan berpaling tadah.” Dayana tersenyum walaupun dia sendiri terganggu dengan kepulangan Hayden dan juga kemunculan tiba-tiba adiknya, Damya. Tetapi, Dayana mahu melupuskan ingatan itu, dia tidak akan pernah mengakui masa silamnya!
****
“Ini latar belakang Tengku Abdullah dan maklumat peribadinya, bos.” ujar Zetty ketika menyerahkan lampiran kertas kepada Hayden.
Hayden membaca dengan seimbas lalu kerana dia akan fokus kemudian. Ketika itu mereka bertiga termasuk Encik Fairuz duduk berbincang tentang perancangan bertemu Tengku Abdullah.
“Dia suka hadiri majlis makan malam. Selalu kerjasama yang berjaya adalah ketika beliau di meja makan, Tuan Hayden. Dia peminat makanan barat dan itulah maklumat yang boleh kita guna. Tapi…” Encik Fairuz tidak dapat menyambung ayat itu.
“Itu pula masalah terbesar saya…” Hayden terus tersandar di sofa empuk.
Zetty turut mengetab bibir. “Tiada cara lain ke? Mungkin ketika bermain golf? Mood dia pasti bagus masa tu.”
“Dato’ Haizan sudah cuba, Tengku lagi marah bila Dato’ tunjuk pandai…” celah Encik Fairuz.
Zetty terus menepuk dahi.
Hayden tersengih. “Dia tahu semua yang datang kepada dia membawa projek mega yang terbaik. Jadi… Dia akan pilih mengikut mood dan bagaimana cara orang cuba ambil hati dia.”
“Kita kena rancang dengan teliti…” ujar Zetty. Otaknya pesat berfikir.
“Er… Tuan. Rasanya lunch belum sampai?” Tiba-tiba Encik Fairuz teringatkan jadual makan Hayden.
Hayden melihat jam di tangannya. Barulah dia tersedar lalu terus memeriksa telefonnya. Dia tidak terima sebarang mesej dari Damya ataupun panggilan dari rider.
Ketika itu juga nombor telefon penghantar makanan muncul di skrin dan Hayden pantas menjawab.
“Tuan, makanan lambat sikit. Saya baru nak on the way.”
“Kenapa? Ada masalah ke?” soal Hayden.
“Nampak seperti cef tuan tidak sihat. Dia nampak pucat tadi.”
Hayden pantas bangun berdiri. “Tak perlu buat penghantaran. Saya akan balik!”
“Tuan Hayden!” tegur Encik Fairuz yang terpinga-pinga.
Zetty hanya terdiam dan melihat kebimbangan Hayden. Lelaki itu kemudian cuba menghubungi seseorang tetapi tidak berjawab.
“Ada masalah ke, Tuan.” soal Zetty akhirnya. Tidak pernah dia melihat kerisaun sebegitu di wajah Hayden sebelum ini.
“Encik Fairuz, saya keluar sekejap.” Kata Hayden lalu mencapai kunci kereta di atas meja.
“Tuan nak balik rumah ke? Saya akan ikut.” Encik Fairuz pantas bangun.
“I’m fine, Encik Fairuz.” jawab Hayden dan terus bergerak pergi.
“Tuan Hayden!” Encik Fairuz hanya mampu memanggil tetapi tidak berdaya untuk mengejar bosnya itu.
“Balik rumah…” Zetty menggigit hujung batang pen.
”Wah…” Zetty kemudian tersenyum-senyum.
“Puan Sri akan bunuh saya…” Encik Fairuz terus terduduk lemah.
“Jangan risau…. Aunty open minded. Cuma saya tak pasti dengan uncle…” kata Zetty.
“Puan Sri memang terbuka. Tetapi bukan dengan isu sensitif seperti ini. Itu isteri orang Cik Zetty… Bukan janda.” jelas Encik Fairuz.
“Kalau Tan Sri tahu, lagilah bahaya. Silap-silap Tuan Hayden terus tak ada personal cef.” Keluh Encik Fairuz lagi.
“Jangan risau… Tuan Hayden hebat dalam hal ni. Dia pasti lawan habis-habisan. Nampak muka dia? Macam nak meletup tadi!” Zetty masih tergelak gedik.
Encik Fairuz hanya mampu menggeleng kepala dan mengeluh berat.
Hayden menekan butang lif dan pintu terus tertutup sehingga tiba di tingkat 8. Pintu terbuka dan dua individu berdiri di hadapannya. Hayden memberi isyarat supaya masuk kerana mereka berdua tergamam di situ.
”Tuan Hayden!” Ruslan terus tersenyum lebar lalu masuk dan berdiri di sebelah kanan Hayden. Serorang lagi staf AG Group masuk dan berdiri di sebelah kiri Hayden.
Seketika Tuan Ruslan menelan liur apabila berdepan dengan situasi itu.
“Ermm… Tahniah Tuan Hayden. Selamat kembali ke AG Group.” ucap Tuan Ruslan.
Hayden berdiri tegak dan terdiam memikirkan dua individu yang berdiri di kiri dan kanannya.
“Kenalkan, ini pengurus baru Marketing Department. Encik Aizat.” ujar Ruslan lalu memandang riaksi wajah mereka. Ruslan masih mengingati peristiwa malam itu tetapi dia yakin Aizat tidak mengetahui apa yang terjadi.
“Tuan Hayden. Nice to meet you,” ucap Aizat agak kekok.
Hayden kekal tenang walaupun di dalam hatinya bergetar hebat.
“You nampak muda… Macam mana boleh cepat naik pangkat? You guna cara apa?” soal Hayden bersahaja. Menahan perasaan sehingga terasa mual.
Aizat terkesima lalu memandang bosnya Tuan Ruslan yang sudah cuak.
“Err… Encik Aizat sangat cemerlang Tuan Hayden.” jawab Ruslan tergagap-gagap.
Hayden menoleh kepada Ruslan sambil tersengih sinis.
“Are you sure…”
Tuan Ruslan menelan liur.
“Tuan… Malam tu…” bisiknya perlahan.
”Why? Do you want to know if I enjoyed that night?”
Ruslan terus terdiam dan menelan liur. Dia menggigil tetapi cuba bertenang.
Aizat hanya diam membatu kerana tidak tahu hujung pangkal cerita. Dia hanya melihat wajah bosnya yang pucat dan gementar ketika berdepan Hayden.
“Er… Tuan nak keluar lunch ke? I’ll treat you, sir.” kata Tuan Ruslan untuk menutup rasa gugupnya.
“No, thanks. I have a date.” Hayden tersengih sinis lalu melangkah keluar dengan pantas apabila pintu lif terbuka.
Aizat tergamam melihat figura itu amat tegas dan sinis. Sehingga Tuan Ruslan gementar sebegitu rupa.
Tuan Ruslan memgambil sapu tangan lalu mengelap dahinya yang memercik peluh sejuk.
“Apa yang Tuan Hayden cakap tadi?” soal Aizat.
“Er… Tak ada apa-apa. Kau jangan risau Aizat. Semuanya okey. Kau dah dapat pangkat yang berpuluh orang rebut. Jangan bimbang dan terus pandang ke hadapan. Bos-bos besar memang perangai macam tu!” kata Tuan Ruslan lalu pura-pura tidak ada apa yang berlaku.
****
Hayden menekan pedal minyak sehingga kenderaannya bergerak dengan laju di atas lebuh raya. Dia memaki hamun sepanjang perjalanan walaupun pada masa yang sama bimbang dengan keadaan Damya yang tidak dapat dihubungi.
“I’m proud of you, Hayden. I’m proud of you.” Hayden mengangguk sendiri dengan wajah yang tegang apabila mengingati pertemuan dengan Aizat di dalam lif tadi.
“Ini kerja gila…” Hayden akui tindakannya dan menggeleng kepala.
Hayden melepaskan nafas yang panjang dan tidak sabar untuk sampai ke destinasi.
Kereta yang dipandu Hayden berhenti di hadapan pintu utama kondo tanpa diparkir di basement. Dia menyerahkan kunci kereta kepada pengawal untuk mengubah keretanya ke petak khas. Hayden berlari anak sehingga masuk ke dalam lif dan menunggu dengan gelisah untuk naik ke tingkat 15.
Apabila tiba di hadapan pintu rumahnya, Hayden teragak-agak untuk membuka pintu. Dia cuba menekan loceng beberapa kali tetapi Damya tidak membuka pintu. Panggilannya juga tidak dijawab.
Tidak mahu menunggu lagi, Hayden pantas menekan nombor kata laluan dan membuka pintu kondonya.
“Damya?” panggil Hayden.
Hayden terus terpandang sekujur tubuh sedang terbaring lemah di atas sofa panjang. Lantas Hayden mendekati wanita itu.
“Damya, are you okay?” Hayden menyentuh bahu wanita itu dan cuba mengejutkannya.
“Are you sick?” Hayden menyentuh pula dahi wanita itu. Panas.
“Damya!” Hayden menepuk pipi Damya dengan lembut.
Perlahan-lahan Damya membuka mata dan merenung Hayden di hadapannya.
“Tu… Tuan? Why are you here?” Damya berusaha untuk bangun dengan lemah.
“I’m worried about you! Awak tak jawab call. Rider cakap awak tak sihat.”
Damya menggeleng perlahan. “My handphone. Saya buat mood senyap. Saya cuma tak nak diganggu. Saya nak berehat sekejap aje. Kenapa awak balik? Damya tetap kelihatan marah walaupun wajahnya pucat.
Hayden terus gugup dan tidak dapat menjawab soalan itu.
“Awak dah lupa? Kalau kita jumpa dalam rumah ni. Saya akan berhenti!” tegas Damya dalam suara serak. Tekaknya terasa perit.
“No… No… Please. I’m sorry okay. I just… I just worried about you. Jom kita pergi klinik. Please…”
“Tak nak. Saya okey. Tuan tolong pergi sekarang… atau, saya akan keluar.” tegas Damya lagi.
”Damya…” Hayden mengetap rahang.
“Baik, saya keluar.” Damya memaksa dirinya bangun dan mencapai beg tangannya.
Hayden menyelak rambut ke belakang kerana terasa darahnya menyerbu muka.
“Damya… jangan berani keluar!”
Damya tidak peduli kerana jiwanya cukup sakit ketika itu. Tekanan yang datang bertubi-tubi menyebabkan tubuhnya tidak mampu bertahan lagi. Dia demam sejak semalam tetapi tetap datang kerja kerana tidak sanggup berada di rumah mentuanya. Sekarang… Hayden menganggunya ketika waktu berehat? Muncul di rumah dan berdua-duaan begini… Jiwa Damya semakin tenat!
“Let’s go to the clinic!” Hayden terus merentap tangan Damya.
“Kenapa awak nak tunjuk caring sangat? I’m not your wife!” bentak Damya.
Hayden tergamam. Mata mereka bertentangan hebat saat itu.
“So… Where’s your husband now?!” Hayden menekan suara.
Kali ini Damya pula tergamam. Bergetar bibirnya ketika itu mahu membalas tetapi tiada upaya lagi.
“Tuan Hayden, please… Leave me alone…” Damya mengesat air mata.
“Okay… Fine.” Hayden mengangguk. “Saya bagi awak cuti seminggu. Jangan muncul di sini dalam tempoh itu. Pergi klinik dan berehat. Minggu depan, projek kita akan bermula. Kita perlu berjumpa dengan cef terpilih. Saya tak mahu tengok keadaan awak teruk macam ni!” tegas Hayden.
Damya memgangguk perlahan. “Saya faham…”
Hayden melepaskan keluhan berat untuk sekian kalinya. Dia masih memandang Damya yang kelihatan sakit dari dalam. Persoalan memgenai Dayana juga masih tidak terjawab. Apa yang membuat Damya begitu tersiksa seperti itu?
“I’m leaving.” kata Hayden lalu bergerak ke pintu dengan berat hati. Dia tidak mampu mengawal kedegilan Damya selagi wanita itu bukan haknya. Ketegasan Hayden terbatas!
Damya hanya memandang lelaki itu keluar dan pergi. Dia akhirnya terduduk dengan lemah.
“Tuan Hayden… Awak sudah melepasi garisan. Saya bimbang kita akan… melampaui batas.” Damya memegang dadanya yang berdebar masih belum reda.
Mahu sahaja dia memeluk erat lelaki itu sebentar tadi. Melepaskan segala keluhan dan kesakitan. Jika ia berlaku… maruahnya akan berada di bawah telapak kaki.
Haiii. Jangan lupa follow PJ di facebook, ig dan akaun novelplus puteri jacaranda ye. Thank you!
Share this novel
E
Mlm yufudjdjdhmduss
F loo