Bab 20: Camera

Romance Series 733860

Bab 20

Kedengaran suara Tan Sri Musa ketawa ketika berbual dengan seseorang di talian telefon. Puan Sri Rosena hanya tersenyum apabila melihat angin suaminya yang sangat baik pada petang itu sehingga meminta mereka sekeluarga untuk berkumpul di ruang tamu utama.

Dato’ Haizan dan Datin Dayana yang baru pulang dari pejabat turut serta di ruang itu sambil menantikan butir bicara dari Tan Sri Musa.

Akhirnya Tan Sri Musa menamatkan perbualan. Wajahnya kelihatan berseri dan tersenyum lebar.

“Mana Hayden? Belum sampai lagi?” soal Tan Sri Musa.

“Sekejap lagi sampailah tu.“ jawab Puan Sri Rosena lalu menghulurkan secawan kopi panas kepada Tan Sri Musa.

“Ada apa, daddy? Macam ada berita baik?” Dato’ Haizan sudah tidak sabar.

Datin Dayana hanya diam. Dalam kepalanya bermain beberapa isu yang mungkin timbul.

“Yes, a good news!” Tan Sri Musa menghirup kopi dengan penuh penghayatan.

“Adakah tentang perkahwinan Hayden?” Teka Dato’ Haizan. Dia cuba menebak.

Puan Sri Rosena tersengih. “Bertuahlah kalau itu beritanya...”

“Well… Boleh jadi juga. Sebab berita baik ini pun ada kena mengena dengan calon isteri yang daddy cadangkan.” kata Tan Sri Musa.

Datin Dayana terus dapat agak tentang perkara itu. Adakah tentang Tengku Anis? Rasa tidak senang mula bertapak di hatinya.

“Mom, dad. Sorry to keep you waiting.” sapa Hayden yang baru tiba di ruang itu.

“Hayden… please seat.” Tan Sri Musa tampak lebih gembira saat melihat kemunculan Hayden.

Dato’ Haizan tidak mampu untuk menatap wajah adik lelakinya itu. Tetapi dia perlu berlagak tenang. Manakala Datin Dayana tidak puas mencuri pandang Hayden yang mengambil tempat di sisi Tan Sri Musa.

Puan Sri Rosena mengesan perbuatan Dayana sehingga dia menjadi tertanya-tanya. Pandangan itu sungguh aneh!

”Hayden. Daddy baru dapat tahu Tengku Abdullah telah hulurkan kerjasama. Daddy betul-betul tak sangka kamu berjaya dapatkan persetujuan Tengku Abdullah secepat ini.”

“Betul ke?“ Puan Sri Rosena seakan tidak percaya. Pada awalnya dia sudah anggap Hayden gagal apabila membuat penolakan kepada Tengku Anis.

Hayden angguk bersama senyuman.

“Alhamdulillah… Tahniah sayang!” Puan Sri Rosena terus mencapai tangan anak lelaki keayangannya itu.

Dato’ Haizan merasakan wajahnya panas diserbu darah. Datin Dayana sudah dapat agak berita itu dan terus tersenyum.

“Congratulations on the amazing news! I always knew you could do it. You worked so hard and pushed your abilities to the limit to make this success happen.” ujar Datin Dayana.

Dato’ Haizan kelihatan tidak senang dengan ucapan Dayana kepada Hayden.

“Thank you,” Hayden hanya membalas ringkas.

“Tahniah, Hayden.” Dato’ Haizan terpaksa juga memberi ucapan supaya tidak kelihatan janggal.

“Thank you, abang.” Hayden tetap menghormati abangnya itu walaupun mereka berdua mempunyai sejarah yang panjang.

“Kita kena raikan… Apa kata awak masak sedap-sedap untuk malam ni.” Tan Sri Musa terus memberi cadangan kepada isterinya.

“Tak ada masalah. Hayden tentu rindukan masakan mummy!”

“I’m so sory. Saya ada jemputan malam ni. InsyaAllah, next time saya akan datang.” Hayden membuat penolakan dengan sopan.

Puan Sri Rosena mengeluh hampa. Walaupun dia terlalu sayangkan Hayden, dia tidak boleh terlalu tonjolkan apatah lagi di hadapan Haizan. Anak sulungnya itu sangat kuat cemburu sehingga dia perlu menjaga perasaan kedua anaknya sama rata.

“Tak apa macam tu. Kita jumpa lain kali. Tapi… Daddy sangat berharap, kalau daddy ada berita yang lebih baik dari ni. Tentang Tengku Anis…” Tan Sri Musa jeda.

“Daddy. Saya dan Tengku Anis tidak ada apa-apa hubungan. Saya dapatkan kerjasama Tengku Abdullah hasil usaha saya dan team.” jelas Hayden.

“Hayden… Tengku Anis adalah calon yang paling sesuai. Tidak boleh ke kalau berkawan dulu?” Tan Sri Musa berubah tegas.

“Awak jangan risau. Biar urusan jodoh Hayden saya yang uruskan. Awak cuma fokus kepada hal company. Jangan beri tekanan kepada Hayden.” Puan Sri Rosena terus mencelah apabila suasana hampir berubah tegang.

“Hmm… Kalau biarkan kepada awak. Jadi bujang terlajaklah anak kita. Nak tunggu saya tutup mata dulu baru nak buat majlis riuh rendah? Awak sukalah tu.” tempelak Tan Sri Musa.

Puan Sri Rosena terus ketawa halus. “Jangan risau, orang macam awak umur panjang. Tidak tahun ni, tahun depan. Saya janji!” Puan Sri Rosena terus mengangkat tangan kanannya.

Hayden menarik nafas panjang mendengar kedua ibu bapanya bertengkar kecil hanya kerana hal jodohnya.

“Bukan ke… Hayden sudah ada teman wanita? Bila nak kenalkan kepada kita?” Dayana tiba-tiba bersuara sehingga Haizan turut terkejut.

Puan Sri Rosena terus mematikan senyumannya mendengar ketelanjuran kata Dayana di hadapan Tan Sri Musa.

Hayden menoleh memandang Dayana yang hanya tersenyum sumbang. Mahu sahaja dia menyembur Dayana tetapi dia menahan dengan sabar.

“Teman wanita? Hayden… Betul ke?” soal Tan Sri Musa dengan serius.

Puan Sri Rosena terus bimbang tetapi tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan dia sendiri tidak pasti dengan cerita itu.

“Belum sampai tahap itu daddy.”

“Jadi, bukan antara calon yang mummy cari?”
Hayden terdiam.

“Hayden, kamu cuma boleh keluar dengan calon yang mummy kamu cari. Kalau kamu cari sendiri, daddy bimbang hanya akan dapat perempuan mata duitan. Kamu akan menyesal di kemudian hari.” tegas Tan Sri Musa.

Datin Dayana terpukul dengan kata-kata Tan Sri Musa sehingga terasa panas mukanya!

“Sudahlah tu… Biar saya uruskan ye, Tan Sri!” Puan Sri Rosena terus memujuk Tan Sri Musa.

Tan Sri Musa lantas bangun dan diikuti Hayden serta Haizan.

“Baiklah… kita bersurai.” Tan Sri Musa terus melangkah keluar dari ruang tamu.

Puan Sri Rosena terus menghela nafas panjang.

“Hayden, tolong jangan buat daddy marah dengan isu macam ni.”

“I’m sorry, mummy. Saya perlu pergi sekarang.” Hayden meminta diri dan turut meninggalkan ruang tamu.

"Hayden masih belum matang, mummy. Dia ikutkan sangat darah muda dia tu. Biasalah, perempuan zaman sekarang, memang mata duitan macam daddy cakap.” kata Dato’ Haizan dengan selamba sambil melirik kepada isterinya yang masam mencuka.

“Tahulah mummy uruskan Hayden.” Puan Sri Rosena tidak betah lagi berada di situ dan terus meninggalkan kedua pasangan tersebut.

****

Aizat melihat jam ditangan dan menunggu dengan tidak sabar sambil bersandar di badan keretanya. Dia kelihatan gelisah, dan berharap dapat membalas perbuatan Damya kepadanya malam ini. Wanita itu padanya sangat licik dan melampau!

Suasana malam itu agak berangin. Dia memilih kawasan tempat letak kereta awam yang agak lengang untuk menemui Damya. Sebuah kenderaan memasuki kawasan itu dan parkir berhadapan kereta Aizat.

Aizat menjenguk jika kereta itu yang membawa Damya. Dia sudah meminta wanita itu datang seorang diri tetapi kenapa kereta itu parkir di situ.

Seorang wanita keluar dari tempat duduk pemandu dan berjalan ke arah Aizat yang kelihatan tercengang.

“Kau buat apa kat sini? Mana Damya?!” soal Aizat dengan meninggikan suara.

“Mana barang-barang Mya? Bagi aku sekarang.” Kayla menghulurkan tapak tangan kepada Aizat yang mula kepanasan.

“Eh, sial lah kau, Kayla! Kau nak main-main dengan aku?! Perangai kau ni memang macam jalang tau tak? Kau dah racun kepala otak bini aku supaya ikut perangai jalang kau! Kerja di kedai kakak kau konon! Aku bersabar dengan kau ni pun dah cukup bagus tau tak!” herdik Aizat menghamburkan kata-kata kesat yang terbuku di hati.

Kayla kembali menyilang tangan ke dadanya. Dia kekal tunjuk berani walaupun agak gementar dengan sikap psiko Aizat!

“Habis tu… Kau yang psiko ni macam mana pulak? Betapa teruk kau layan Damya dari awal kahwin sampai sekarang! Jantan macam apa kau ni!”

“Kau jangan nak masuk campur! Sekarang mana Damya? Dia ada dalam kereta kau kan?!” Aizat terus menolak Kayla dan melulu ke arah kereta wanita itu.

“Aizat!!” Kalya cuba menarik lengan Aizat yang mahu menggila saat itu.

“Ketepilah! Kau jangan sampai aku lempang kau kat sini!” ugut Aizat dengan matanya yang mencerlung tajam menahan marah.

“Kau jangan jadi gila Aizat! Cukuplah tu!” jerit Kayla sekuat hati.

Aizat terus mengangkat tangan dan mahu menampar Kayla kerana berang.

“Stop it, Aizat!” Damya terus keluar dari kereta dan menjerit kepada lelaki itu.

Aizat menoleh bersama senyuman sinis.

”Haa… Ada pun. Kalau kau keluar tadi, tak adalah jadi kecoh macam ni. Sayang…” Aizat tersengih lalu menghampiri Damya.

“Mya!” Kayla terus berlari mendekati Damya.

“Kau jangan masuk campur, Kayla. Ini hal suami isteri. Aku belum ceraikan perempuan ni la!” Aizat pantas menarik lengan Damya dengan kasar.

“Kayla! Kau balik dulu! Aku tak nak kau dalam masalah nanti.” kata Damya.

Kayla kelihatan menggigil kerana ketakutan melihat amukan Aizat.

“Kau faham pun, Damya! Ikut aku!” Aizat pantas menarik Damya menuju ke keretanya di hadapan dengan kasar.

“Kita bincang di sini aje Aizat!” jerit Damya dan cuba lepaskan pegangan lelaki itu.

Aizat tidak peduli dengan rontaan Damya dan terus menolak wanita itu ke dalam keretanya. Dia berlari ke tempat pemandu dan dengan sepantas kilat keretanya terus meluncur laju meninggalkan tempat itu.

Kayla gamam. Terlalu pantas sehingga dia tidak dapat berbuat apa-apa. Nampaknya Aizat sangat bertekad! Kayla masuk dalam keretanya lalu memeriksa sesuatu!

*****

“Awak bawa saya ke mana ni?!” Damya cuba melepaskan tangannya dari genggaman Aizat.

“Baik kau diam dan ikut je! Kau nak sangat bercerai kan? Jadi kau kena dengar cakap aku!”

Damya menelan liur dan cuba mengikut rentak Aizat walaupun penuh dengan kebimbangan. Rasa ketakutan itu mengusai Damya sehingga badannya menjadi seram sejuk. Namun, dia tidak melawan kata-kata Aizat ketika dibawa ke dalam sebuah kelab malam yang mewah.

“Aizat… Ada apa kat sini?” soal Damya.

“Cuma ada party biasa! Kau akan seronok, Damya!” Aizat tersengih lalu menarik Damya ke dalam sebuah bilik.

“Kenapa ada tempat macam ni?!” Damya melihat keadaan bilik itu yang mempunyai katil dan mini bar!

Aizat mengunci pintu dan mencekak pinggang melihat Damya dari atas ke bawah.

“Aku nak kau layan pelanggan VIP malam ni. Dari situ… Aku akan dibayar mahal. Cukup kan untuk tebus cerai yang kau nak sangat tu?!” ejek Aizat.

Air mata Damya bergenang kerana menahan marah sehingga menggigil tubuhnya.

“Apa yang buat awak jadi segila ini, Aizat? Saya tak sangka awak sanggup… Saya masih isteri awak Aizat. Awak boleh biar orang lain sentuh saya?” Air mata yang jernih itu akhirnya menitis.

Aizat ketawa lantang. “Kenapa, kau nak aku mulakan dulu ke?”

Damya berundur apabila Aizat mendekatinya.

“Keluar Aizat!!” jerit Damya.

“Hmm… Aku dah hilang selera dengan kau. Bila bayangkan sekejap lagi… Kau akan layan lelaki lain. Kau tak ada pilihan Damya. Kalau aku dapat duit untuk malam ni, aku janji akan turun mahkamah.” Aizat menarik dagu Damya sehingga wanita itu terpaksa menatap wajah bengis itu.

“Kau lebih teruk dari binatang, Aizat!”

“Kau yang buat aku jadi macam ni. Ingat tu… Kalau kau masih taat jadi isteri aku, sekarang mesti kau sedang buat kerja rumah dengan aman tenteram. Tapi, kau pilih nak lari dari aku. Inilah balasannya… Aku tak nak hilang kau dengan sia-sia je. Kau ni banyak gunanya untuk aku!”

Aizat melepaskan cengkaman di dagu Damya.

“Jangan larikan diri dan… buat kerja betu-betul!” Aizat terus menolak Damya sehingga wanita itu terjatuh ke atas katil yang empuk.

Aizat lantas keluar dari bilik itu dan menguncinya dari luar.

Ruslan ketawa besar dan minum sehingga hampir mabuk. Aizat setia di sisinya dan turut minum dengan sedehana. Dia perlu kekal waras pada malam itu.

“Macam mana? Kau dapat tak bawa isteri kau datang?” bisik Ruslan di telinga Aizat. Bunyi muzik yang rancak membuatkan suaranya tenggelam timbul.

Aizat angguk dengan wajah yang serius.

Semakin galak tawa Ruslan pada ketika itu. “Semua orang yang minum malam ni, I yang belanja. Today is my birthday!” jerit Ruslan sekuat hati sambil mengangkat botol wine di tangannya.

Suara tepukan bersama ucapan hari lahir menjadi riuh rendah sehingga suasana semakin bingit.

“Bagus, Aizat… Bagus! Kau tahu isteri kau yang cantik tu sangat berguna!” Ruslan menepuk belakang Aizat yang sedang mengelamun jauh.

“Siapa… Siapa yang tuan panggil malam ni?” soal Aizat.

Ruslan angguk beberapa kali. “Hmm… Kau jangan risau Aizat. Kau nak tahu satu rahsia…”

Aizat cuba menjarakkan diri dari wajah Ruslan yang nafasnya berbau kuat. Lelaki itu sudah mula mabuk.

“Malam tu… Masa kau bawa isteri kau jumpa aku. Aku serahkan dia pada orang atasan kita. Ha…ha” Ruslan tidak dapat menahan tawa.

“Apa?” Aizat terus mengerutkan dahi.

“Iya… Sebab tu kau dapat jawatan tu. Kebetulan orang atasan kita datang, dia berminat dengan isteri kau. Dan… Isteri kau mahu pula ikut dia. Haih… isteri kau tu nampak aje baik, tapi liar di dalam!”

Aizat terus tergamam. Dia celaru sama ada mahu melepaskan kemarahan atau cuba bertenang. Apa yang pasti dia amat tekejut dengan pengakuan Ruslan itu.

“Siapa orang tu?!”

“Kau jangan marah Aizat. Kenapa tengok aku macam tu? Kau dapat apa yang kau nak kan?! Ini… malam ni…” Ruslan tiba-tiba memasukkan tangan ke dalam saku kotnya lalu mengeluarkan sekeping cek.

“Dia suruh aku serahkan cek ni kepada kau. Sebab aku dah janji dengan dia, untuk bawa perempuan malam tu. Nampaknya, orang atasan kita tu, teringatkan bini kau!”

Aizat tidak dapat menahan kemarahannya lalu mencengkam kolar baju Ruslan.

“Siapa orang tu?! Beritahu aku!”

“Tenang, Aizat. Kau tengok dulu cek ni!” Ruslan menepis tangan Aizat.

Tangan Aizat menggeletar saat melihat jumlah wang di cek tersebut. Walaupun angkanya besar, tetapi dia mahu tahu siapa orang atasan mereka itu! Patutlah Damya tidak menolak pada malam ini!

“Dia sudah sampai dan aku suruh dia masuk ke bilik tu. Kau jangan ganggu diorang…” Ruslan ketawa lagi apabila melihat wajah Aizat yang ketat itu. Puas hatinya dapat mempermainkan lelaki bodoh seperti Aizat. Selebihnya dia juga mendapat manfaat!

Kepala Aizat terus menjadi kembang!

“Saya nak tahu siapa lelaki tu!” Aizat terus bangun dan cuba untuk melangkah pergi ke bilik VIP di hujung kelab malam itu tetapi tiga orang lelaki bertubuh sasa terus menahan Aizat di hadapan pintu tanpa sebarang bicara.

“Ketepilah! Aku nak cari bini aku!” jerkah Aizat.

Ruslan menggeleng kepala lalu bangun berdiri di sebelah Aizat.

“Kau dah dapat bayaran Aizat! Jangan buat hal kat sini! Kalau tak… Aku sendiri akan pecat kau!!”

“Arghhh!!” Aizat menjerit lalu menolak lelaki bertubuh sasa di hadapannya tetapi tidak berjaya.

“Bawa dia keluar!” Arah Ruslan lalu ketawa sinis melihat Aizat ditarik keluar oleh ketiga bodyguard itu.

****

Damya menangis teresak-esak kerana dia masih ketakutan walaupun berada seorang diri di dalam bilik itu. Dia bimbang jika lelaki tidak dikenali muncul di sebalik pintu yang terkunci rapat itu.

Klak!

Damya pantas bangun berdiri dan jantungnya hampir tercabut sambil menanti siapa yang membuka pintu.

Seorang lelaki melangkah masuk dengan kaki kanan lalu menutup dan kunci pintu bilik itu dari dalam. Lelaki itu berdiri tegap di hadapan Damya yang sudah berlinang air mata.

“Tuan Hayden!” Damya membuka langkah luas dan terus memeluk kejap lelaki bersut kemas itu.

Hayden melepaskan nafas lega apabila melihat keadaan Damya yang baik. “Are you okay, Damya? Are you hurt?”

Damya menggeleng dalam esakan yang semakin reda.

“It’s okay. I’m here…” Hayden mengusap kepala Damya lembut.

“Saya takut… Kalau orang lain yang datang.”

“I won’t let it happen!”

Damya mendongak dan perlahan-lahan menjarakkan diri apabila dia kembali tenang. Mata mereka saling bertatapan. Wajah Hayden kelihatan penuh sesalan kerana membiarkan Damya melalui situasi seperti ini.

“Tunggu sekejap, saya nak ambil sesuatu.” Hayden melepaskan tangan Damya lalu bergerak ke sebuah pasu bunga yang teletak di atas meja. Dia mengambil sebuah kamera yang tersembunyi lalu mengeluarkan kad memori dari dalam kamera tersebut lalu disimpan di dalam saku kotnya dengan selamat.

Damya hanya memerhati tindak-tanduk Hayden yang sangat serius.

“Kita kena padam rakaman yang tak patut…”

“Sorry?” soal Damya yang keliru.

Hayden akhirnya tersengih. “Masa awak peluk saya…”

Damya tersedar lalu menutup mulut dengan kesal. Rakaman berjaya merakam setiap kata-kata Aizat untuk dijadikan bukti. Itulah perancangan mereka.

Hayden berjalan ke arah Damya sambil melihat sekeliling. “Nampaknya kita kena duduk sekejap. 30 minit okey?” soal Hayden selamba.

Damya kaku. Wajahnya terus berubah. Merah.

“Atau satu jam?” soal Hayden lagi.

“Terpulang kepada awak.” jawab Damya.

“Hmm...” Hayden melihat jam di tangan.

“Atau kita boleh keluar sekarang?” Cadang Damya yang masih berdiri tegak.

“Saya baru masuk sini lima minit… Awak jangan remehkan saya Damya.” Hayden selamba.

Damya terus duduk di bucu katil dan menoleh ke arah lain. Panas sungguh mukanya ketika itu.

“Mya…”

Suara Hayden kedengaran dekat ketika menyebut namanya. Damya merasakan pergerakan dan dia yakin Hayden duduk di sebelahnya.

“Kawan awak okey ke?”

Damya akhirnya menoleh kepada Hayden apabila gelora di dadanya semakin tenang.

“Rasanya dia okey. Dashcam kereta dia pun berfungsi dengan baik. Saya yakin kita pun dapat rakaman Aizat paksa saya.” jelas Damya.

Hayden angguk beberapa kali. Pengahawa dingin berada pada suhu tertinggi, tetapi kenapa badannya berpeluh?

“Are you okay?” Kali ini Damya pula bertanyakan keadaan lelaki itu. Kelihatan peluh yang merembes di dahi Hayden yang luas.

Adakah dia minum sesuatu? Hayden cuba imbas kembali ketika dia sampai di kelab itu dan berada di sebuah bilik VIP bersebelahan bilik Ruslan. Lelaki itu datang dan memberinya minuman soda dari gelas kaca yang jernih. Hayden terpaksa berlagak santai dan menerima minuman itu.

Hayden pantas bangun serta merta. Dia yakin Ruslan tentu campurkan sesuatu ke dalam minumannya kerana lelaki itu berkali-kali menyuruhkan berseronok!

“Tuan Hayden, kenapa?”

“Jangan dekat Damya!” Hayden menolak Damya menjauhinya.

Damya terkebil-kebil dan tidak faham dengan situasi itu.

Hayden memejam mata dan mengawal nafanya yang bergelora.

“Awak nak air?” Damya pantas mengambil botol air mineral dan membukanya. Dia menghulurkan kepada Hayden.

Hayden menangkap tangan Damya sehingga botol air itu terlepas dan jatuh ke lantai. Bersepah air sehingga mengena badan Damya.

“Hah!” Mata Damya membesar saat melihat dadanya yang jelas kelihatan akibat blausnya basah!

Hayden menatap tepat ke dada Damya. Damya terus memusingkan badan dan menutup dadanya dengan tangan. Badannya menggeletar hebat.

“Mari kita keluar dari sini Tuan Hayden!”

“I don’t think so…”

“Tuan Hayden…”

Hayden memeluk Damya dari belakang. Nafasnya turun naik dengan pantas.

Damya cuba melepaskan diri kerana dia tidak boleh membiarkan dirinya hanyut.

“Tolong sedar! Awak tak akan buat macam ni!”

“I know… But…”

“Please…” Damya cuba sedarkan Hayden yang seperti tenggelam dalam keinginannya ketika itu.

Hayden mengawal kewarasannya yang semakin hilang. Pelukan kejap di tubuh Damya perlahan dilepaskan.

“Awak keluar… Bawa orang lain ganti awak.”

“No!!” Jerit Damya sekuat hati bersama tamparan hebat di pipi Hayden sehingga lelaki itu tersedar.

Hayden terkebil-kebil melihat mata Damya yang merenungnya seperti mahu menelannya hidup-hidup!

“Kita keluar sekarang!” Damya terus menarik tangan Hayden dengan sekuat tenaganya menuju ke pintu!

****

Share this novel

Yuslina
2024-02-27 08:22:54 

Harap2 hari ni PJ update lagi

khaez
2024-02-27 00:16:18 

Arghh Tak sabar nak tunggu next chapter

MOMMY FA
2024-02-26 23:32:26 

hahahhahaha.. damya tak rela org lain hayden terkam .. jeng jeng jenggg


NovelPlus Premium

The best ads free experience