Bab 18: Royal Suite

Romance Series 733860

Bab 18

“Seared Scallops With Brown Butter and Lemon Pan Sauce for the entree.” jelas Ketua Butler pada malam itu kepada Tengku Abdullah apabila hidangan entree dihidangkan.

Hayden mengangguk kepada Daniel yang cekap pada malam itu. Tengku Abdullah memandang hidangan yang cantik itu dengan teliti. Dia melihat ke kiri dan kanan pinggan serta menarik bau hidangan itu dengan nafasnya.

“Bau sedap…” komen Tengku Abdullah.

“I’m sure you’ll love this meal.” kata Hayden yang turut serta di meja makan VVIP.

Tengku Abdullah menoleh kepada Hayden. “Jadi, khabar angin tu tak betul?”

“Sorry, Tengku?” Hayden kekal tenang dengan senyuman nipis.

Datin Dayana yang berada di hujung meja memasang telinga dan memerhati keadaan itu. Dia tidak sangka Hayden mempunyai taktik tersendiri untuk mendekati Tengku Abdullah.

“Orang cakap kamu tak akan makan bersama sesiapa. Malam ni, kamu makan semeja dengan saya.”

“Saya berbesar hati untuk makan bersama Tengku. Please, enjoy your dinner.”

Tengku Abdullah mengangguk dan memulakan suapan. Wajahnya berubah seiring dengan suapan pertama.

“Hmm… Kamu ada citarasa yang tinggi. Chef dari hotel mana?” soal Tengku Abdullah.

“My personal chef… Do you like it?”

“Wow… Anak kedua Tan Sri Musa ada cef peribadi? Nampaknya kamu sangat teliti dengan makanan. Patutlah nampak sihat.”

Hayden kekal tersenyum.

“Mushroom Risotto for first main and we have steak for next main dish.” kata Danish lalu menghidangkan menu utama yang pertama di hadapan Tengku Abdullah.

“Risotto…” Tengku Abdullah tersenyum lebar.

“Your favourite Italian dish, honey. I buat pilihan tepat bawa you ke sini kan?” bisik Puan Sofea di sebelah Tengku Abdullah.

Datin Dayana merenung makanan yang dihidangkan di hadapannya oleh pelayan. Nampak menyelerakan tetapi dia hatinya masih terbuku melihat Hayden yang sedikit pun tidak peduli dengan kewujudannya.

Tengku Anis juga tidak lepas memandang Hayden di hadapannya, walaupun senyuman dan lirikan matanya tidak bersambut.

“Well… Nice party and nice meals.” komen Tengku Abdullah lagi. Dia kelihatan begitu menikmati makan malamnya ketika itu.

Hayden melepaskan nafas lega apabila mendengar pujian dari Tengku Abdullah yang juga sangat cerewet dengan makanan. Hayden turut menikmati masakan Damya pada malam itu sehingga tersenyum sendiri. Ini kali pertama dia dapat makan malam satu meja bersama pelabur. Semunya berkat usaha Damya, cef peribadinya!

DAMYA menyelak langsir dan mencuri pandang ke kawasan tepi kolam renang yang begitu meriah dengan tetamu. Majlis semakin ke penghujung dan Damya sudah tidak melihat kelibat kakaknya, Datin Dayana. Muzik masih dimainkan dengan rancak, makan malam utama telah selesai dan Damya masih berdebar menanti reaksi atau komen dari pasangan VVIP itu tentang menu yang disediakannya.

Dari dalam bilik Hayden, Damya dapat menyaksikan majlis yang berlangsung dengan meriah tanpa dapat disertainya. Dia sedar, majlis itu hanya dihadiri golongan kelas atasan dan sukar untuk Damya menyesuaikan diri. Ketika itu, mata Damya terus memandang pasangan VVIP itu yang ingin beredar dari majlis, para tetamu mengiringi pasangan tersebut keluar kawasan itu. Hayden kekal di sebelah Tengku Abdullah dengan gaya cukup berkeyakinan.

Damya menutup langsir dan bergerak ke sofa panjang di dalam bilik tidur mewah itu. Nampaknya, Tengku Abdullah dan isterinya tidak bermalam di Villa Lilibet. Debarannya masih terasa dan dia sangat berharap majlis itu berjalan lancar terutamanya hidangan untuk makan malam utama. Damya menarik nafas panjang lalu meletakkan kepala di lengan sofa. Dia keletihan.

Bunyi deringan telefon membuatkan Damya bingkas menegakkan badan sehingga jantungnya bergerak laju. Damya melihat nama di skrin menyebabkan dia teragak-agak untuk menjawab panggilan itu.

Aizat.

Damya membiarkan panggilan itu sepi sehingga Aizat membuat panggilan kali kedua. Kali ini Damya memutuskan untuk menjawab kerana dia sedar masalah mereka sebenarnya masih belum selesai.

“Hello…” jawab Damya.

“Mya, kau ada mana sekarang?” terjah Aizat tanpa berbasa-basi.

Damya mengawal rasa gelisah yang tiba-tiba datang menyerang emosinya.

“Awak dan keluarga awak dah halau saya. Awak masih layak ke tanya saya soalan tu?”

Kedengaran Aizat ketawa mengejek di hujung talian. Lebih kepada menahan sakit hati.

“Berani kau cakap macam tu, Damya. Kau bodohkan aku dan keluarga aku dengan alasan nak bekerja. Akhirnya kau ikut jantan! Aku dah tahu yang kau sebenarnya tak bekerja dengan kakak Kayla! Sebenarnya kau kerja apa Damya? Kau pura-pura baik depan aku tapi di luar kau jual diri! Sepatutnya dah lama aku buat kau jadi pelacur kalau macam ni perangai kau!” Herdik Aizat.

Damya mengetap bibir, menahan air mata yang mahu tumpah apabila mendengar hinaan seperti itu dari suaminya sendiri. Benar, dia juga mempunyai dosa yang besar kepada Aizat kerana menipu selama ini. Tetapi, hanya itu satu-satunya jalan untuk dia melepaskan diri.

“Jangan sampai aku paksa Kayla cerita semuanya, Damya!”

“Tolong jangan libatkan orang lain, Aizat! Kita sudah setuju untuk berpisah jadi awak tak perlu tahu apa-apa tentang saya lagi.”

“Siapa kata aku setuju?” Tawa Aizat semakin menjadi-jadi.

“Damya… Damya… Kau ingat senang ke nak bercerai? Hak itu ada pada tangan aku. Kau ingat tu!”

“Saya akan cabut hak awak Aizat. Isteri juga ada hak bila perkahwinan itu mendatangkan mudarat pada dirinya!” tegas Damya. Dadanya semakin berdebar ketika itu kerana menahan rasa marah.

“Perempuan murahan macam kau akan dapat balasan, Damya! Kau ingat tu!”

Damya bangun berdiri dan mahu melepaskan kemarahannya yang sejak tadi ditahan tetapi tiba-tiba telefonnya direntap oleh seseorang. Damya pantas menoleh dan melihat Hayden sedang memegang telefonnya dengan wajah serius.

“Hayden…” Damya hanya mampu menyebut nama itu dengan perlahan kerana bimbang didengari oleh Aizat yang masih di talian.

Hayden meletakkan telefon Damya di telinganya. Dia mendengar suara seorang lelaki sedang memaki hamun Damya.

“Cut the shit!” Hayden bersuara dengan tegas dan garau sehingga Aizat tiba-tiba terdiam kerana terkejut.

“Kau… Eh, siapa kau! Kau dengan bini aku sekarang?!” Aizat terus menjerit lantang.

Damya pantas menggeleng kepala dan cuba mengambil telefon di tangan Hayden tetapi tidak berjaya.

“Jumpa aku kalau kau tak puas hati…” jawab Hayden.

“Siapa kau? Cakap!”

Damya tidak dapat menahan lagi dan terus menarik tangan Hayden. Telefon itu berjaya dirampas semula dan dia terus menamatkan panggilan itu.

“Tuan Hayden, awak tak patut buat macam ni. Awak nak keruhkan keadaan ke?” Damya cuba mengawal suaranya agar tidak kedengaran mahu memulakan pertengkaran.

“Kenapa awak layan panggilan dia? Awak masih anggap dia suami awak ke?” tegas Hayden.

Damya mengeluh berat. Hayden kelihatan sedang menahan marah dengan apa yang berlaku.

“Awak tak faham Tuan Hayden… Macam mana pun hakikat itu tidak boleh kita nafikan.”

Hayden terus melonggarkan tali lehernya dengan wajah yang merah padam. Dia ingin membawa berita gembira tetapi situasi itu terus merubah moodnya.

“Saya tak nak kita bergaduh malam ni. Sepatutnya kita happy sebab majlis berjalan lancar.” kata Hayden dengan nada kesal bercampur tegas.

Damya meletakkan telefon di atas sofa dan terduduk lemah. Dia juga tidak mahu memanjangkan perbalahan yang tidak menguntungkan seperti itu.

“Maafkan saya…” ujar Damya perlahan.

Hayden masih berdiri tegak dan memandang Damya yang hanya menunduk melihat lantai. Wajah sayu wanita itu ditatap lama bersama keluhan berat.

“Awak okey kalau kita berkongsi bilik?”

Damya pantas mendongak memandang wajah serius Hayden ketika itu. Adakah lelaki ini sudah hilang akal?!

“Apa awak cakap ni, Tuan Hayden? Awak waras ke tidak?” soal Damya. Matanya tidak berkelip memandang Hayden.

“Semua bilik sudah penuh. Zetty pun berkongsi bilik dengan anak Tengku Abdullah. Jangan risau, saya tak berkongsi katil dengan sesiapa…” kata Hayden lalu melepaskan kot di badannya.

Damya terus bangun berdiri kerana bingung dengan cadangan tidak masuk akal itu.

“Awak nak semua orang dalam vila ni pandang serong kepada saya ke?”

“Tak ada siapa yang peduli, Damya. Awak tidur di dalam bilik dan kunci. Saya guna ruang tamu.” jelas Hayden. Bilik itu dinamakan Royal Suites, berkonsep seperti bilik apartment yang mempunyai bilik, ruang makan, serta ruang tamu.

Damya mengeluh berat buat sekian kalinya. Dia terlalu letih untuk keluar dari vila ini dan mencari tempat penginapan yang lain. Hayden selalu diluar jangkaan!

“Baiklah… Saya akan ambil bantal dan selimut untuk awak.” kata Damya lalu berjalan ke dalam bilik. Kemudian dia keluar membawa bantal dan selimut kepada Hayden.

“Awak boleh mandi dulu, saya tunggu di sini.” kata Damya lalu kembali duduk di sofa. Dia kekal tenang dan tidak mahu berbual panjang.

“Good decision.” kata Hayden lalu mengambil bagasi di tepi pintu dan membawa masuk ke dalam bilik. Dingin.

Damya tersandar lemah apabila situasi berubah tegang antara mereka. Semuanya berpunca dari panggilan Aizat. Damya tahu, Hayden amat marah dan masih menyimpan dendam terhadap lelaki itu.

****

Zetty kelihatan teruja sambil melambai tangan kepada Damya yang sedang berjalan ke tengah padang yang lapang dalam kawasan Villa Lilibet. Damya membalas lambaian Zetty yang kelihatan begitu ceria.

Cuaca begitu cerah pada pagi itu, awan pun kelihatan bertompok-tompok putih di sana sini. Sesekali angin bertiup damai menolak tompokan awan di dada langit. Damya mengecilkan mata apabila cahaya matahari lembut bersinar di sebalik awan.

Sebuah helikopter dengan kapasiti empat penumpang sudah tersedia di belakang Zetty. Damya berhenti di sebelah wanita itu yang sentiasa kelihatan gembira.

“Cantik kan cuaca pagi ni! Macam tahu-tahu aje kita nak sky tour!” Zetty sempat mengambil gambar dada langit.

Damya hanya tersenyum. Sesekali dia memandang jauh ke Villa Lilibet yang gah di belakang mereka. Hayden masih belum muncul. Ketika Damya bangun awal pagi, Hayden sudah pun bersiap dan mereka masih tidak bercakap.

“Sorry! Semalam sepatutnya kita berkongsi bilik. Tapi, anak Tengku Abdullah pulak tak nak balik. Terpaksa saya berkongsi bilik dengan dia sebab bilik lain semua penuh dengan tetamu.” ujar Zetty kepada Damya yang kelihatan agak suram pada pagi itu.

“Tak apa… Saya faham.” jawab Damya.

Zetty terus tersenyum simpul. “Awak kongsi bilik dengan bos kan?”

Damya terkedu dengan soalan itu. Wajahnya terus berubah.

“Tak apa… Biasalah tu. jangan segan dengan saya.” Zetty terus ketawa kecil.

“Saya bukan macam tu, Cik Zetty. Saya harap awak tak salah faham. Saya tahu Cik Zetty tahu saya tinggal di rumah Tuan Hayden. Tapi, tak ada apa-apa antara kami.”

Zetty terus ketawa lalu menampar bahu Damya.

“Kan saya dah cakap. Saya tak fikir apa-apa. Malah saya gembira bila nampak Tuan Hayden akhirnya nampak normal. Orang ingat dia gay tau!”

Terus terbuka luas mata Damya ketika itu. Lelaki itu sentiasa berdebar apabila tubuh mereka bersentuhan. Damya sendiri dapat mendengar degupan jantung lelaki itu. Mustahil dia seorang gay. Damya akhirnya tersenyum dan mengeleng kepala tanpa sedar.

“Yes! Awak pun nafikan ye, Damya!” Sekali lagi Zetty ketawa suka.

Damya tersedar lalu mematikan senyumannya dan berubah cuak. Ketika itu juga mereka menoleh melihat Hayden sedang berjalan ke arah mereka bersama seorang wanita muda di sisinya.

“Hmm… Tengku Anis. Memang tak putus asa betul dia!” Rungut Zetty.

Damya cuba mengamati wajah Tengku Anis yang dimaksudkan oleh Zetty. Dia tersentak apabila mengingati wajah wanita itu ketika peristiwa di restoran!

“Tengku Anis…”

“Ya, dialah anak Tengku Abdullah. Dia akan join kita tour sebab tergilakan Tuan Hayden! Ini pesaing awak Damya. Hati-hati…” Nasihat Zetty bersama keluhan.

Damya tidak menganggap wanita itu adalah pesaing, kerana hubungannya dengan Hayden masih majikan dan pekerja yang kadang kala tersasar. Bukannya pasangan kekasih.

“You pun ada?” soalan pertama dari Tengku Anis sudah dijangka apabila melihat Damya berdiri di sebelah Zetty.

Hayden tidak peduli dengan keadaan itu kerana sudah faham dengan kerenah Tengku Anis. Dia terus naik ke dalam kokpit untuk persedian berlepas.

“Tengku, ini Damya. Dia adalah cef peribadi Tuan Hayden.” Zetty memperkenalkan Damya dengan berhemah.

Tengku Anis tersengih meleret. “Jadi you yang memasak semalam?”

“Ya, Tengku.” jawab Damya.

“Okay, let’s go! Siapa akan duduk di depan?” kata Zetty lalu menoleh ke arah Hayden yang sedang memakai penutup telinga. Dia seperti tidak peduli. Adakah mereka bergaduh? Zetty menoleh pula kepada Damya yang sudah naik ke tempat duduk belakang.

Sah… Ada yang tak kena ni. Gumam Zetty di dalam hati.

Tengku Anis pula terus meluru ke naik di tempat duduk hadapan bersebelahan Hayden.

“Safety first, okay! Ready for takeoff.” Hayden memberi taklimat ringkas dan menghidupkan enjin helikopter berkenaan sebelum rotor helikopter mula berpusing dengan laju.

Helikopter mula naik dengan ketinggian rendah dan sebelum semakin tinggi dan meninggalkan helipad di halaman Villa Lilibet.

Damya berdebar dengan pengalaman pertamanya itu dan gerakan helikopter itu pada awalnya agak bergegar sebelum stabil apabila mula terbang tinggi.

“Nampak pulau tu? Cantiknya!” jerit Tengku Anis di hadapan.

Damya turut melemparkan pandangan ke arah pulau-pulau kecil yang terdapat di perairan tersebut.

“Thank you, Tuan Hayden! I’m so happy!” Tengku Anis tiba-tiba memeluk lengan Hayden.

Zetty menelan liur lalu memandang Damya yang hanya diam menikmati keindahan alam dari ketinggian itu.

Hayden membiarkan Tengku Anis membuat apa sahaja selagi mana tidak menjejaskan tumpuannya. Dia sengaja ingin memancing rasa cemburu di hati Damya yang tegar itu. Semalaman dia sukar untuk tidur apabila mengingati Damya yang sedang beradu di dalam biliknya. Tidak adil jika hanya dia seorang menanggung rasa!

Cukup 30 minit Hayden kembali membawa helikopter tersebut menuju ke Villa Lilibet dengan kelajuan sederhana. Tengku Anis sempat mengambil gambar mereka berdua dan memuat naik di media sosialnya. Dalam hanya beberapa minit jumlah tanda suka menjadi ribuan.

Rata-rata pengikutnya memuji lelaki di sebelahnya kacak dan bergaya. Tengku Anis semakin seronok!

Zetty mengangkat mata ke atas melihat kelakuan Tengku Anis yang masih kebudak-budakkan. Mustahil akan dapat memikat hati Hayden jika begitu perangainya. Hayden lelaki yang matang, dan hanya wanita anggun seperti Damya dapat menggugah hati lelaki itu.

Helikopter itu kembali ke helipad dan menunggu bilah helikopter itu berhenti sebelum semua penumpang dibenarkan turun bagi menjamin keselamatan. Hayden menanggalkan penutup telinga lalu membuka pintu kokpit dan melompat turun.

Tengku Anis tersenyum apabila membuka pintu kokpit dengan harapan Hayden akan membantunya untuk turun.

“Come on, Mya…”

Zetty ternganga apabila melihat Hayden menghulurkan tangan kepada Damya di pintu penumpang. Tengku Anis terus menoleh dengan wajah terkejut.

Damya menggeleng kepala kepada Hayden.

“Saya boleh turun sendiri.”

Hayden pantas mencapai pinggang Damya dan menurunkan wanita itu tanpa banyak bicara! Damya tergamam namun tidak dapat berbuat apa-apa sehingga Tengku Anis merengus geram.

Zetty kemudian menahan tawa sambil melihat wajah masam mencuka Tengku Anis! Akhirnya kita sudah dapat pemenang!

****

Semua pakaian dan barangan peribadinya telah dimasukkan ke dalam bagasi. Damya bersedia untuk meninggalkan bilik setelah memastikan tiada barangan yang tertinggal. Pintu bilik dibuka dan Damya melangkah keluar. Dia melihat Hayden sedang duduk di sofa seperti sedang menunggunya. Lelaki itu leka dengan telefon pintarnya di tangan.

“Saya akan tumpang Cik Zetty balik KL.” ujar Damya.

Hayden mengangkat muka dan bertentang mata dengan Damya sehingga wanita itu lemas sendiri dengan renungan tajam itu.

“Saya dengar Tengku Anis nak tumpang tuan.” sambung Damya. Berlagak tenang walaupun jiwanya bercelaru saat itu. Dia sendiri tidak pasti dengan perasaanya sendiri.

“Don’t be ridiculous, Damya. I hate it!”

Damya kekal tenang walaupun Hayden sudah meninggikan suara.

“I’m leaving now.” kata Damya lalu menghayun langkah ke arah pintu utama suite tersebut.

Hayden bangun dan melangkah luas menyaingi langkah Damya. Dia pantas menutup semula pintu yang dibuka Damya sehingga wanita itu tersentak!

“Hayden!” Damya terasa jantungnya mahu luruh kerana terkejut dengan tindakan lelaki itu yang begitu drastik.

Hayden menolak Damya rapat ke pintu dan merenung tajam mata wanita itu.

"I don’t care anymore… Saya akan settle hal awak dan Aizat. And…”

“And what?” soal Damya yang ingin tahu niat sebenar Hayden. Dia juga sudah tidak tertahan dengan sikap Hayden seperti ini. Dia juga wanita yang mempunyai rasa yang bergelora. Apatah lagi dengan godaan demi godaan dari lelaki ini.

“Saya tak nak dengar penolakan lagi. Seperti hari ni dan sebelum ni.” bisik Hayden dengan dekat.

“Tuan Hayden…” Damya berdebar tetapi masih waras. Dia cuba menolak Hayden tetapi sedikit pun tidak berganjak.

“Kalau awak bayar Aizat dan bebaskan saya. Saya tentu akan terikat dengan awak. Itu bukan kebebasan yang saya nak. I want a new life…” Damya akhirnya berterus terang. Tidak mungkin dia ada masa depan dengan lelaki dari golongan atasan seperti Hayden.

“Teruk sangat ke kalau terikat dengan saya?”

“Yes. Saya dah penat dengan ikatan. Lima tahun yang sia-sia. Awak tak faham…”

“Belum cuba belum tahu, Damya…” bisik Hayden.

Damya mengeluh berat. Lelaki ini kuat benar mengujinya.

”Please… Kita kena keluar dari sini.” Damya menunduk apabila debaran di dadanya semakin ganas. Jika dibiarkan, dia sendiri akan tewas.

Hayden tersengih apabila melihat Damya kalah dengan renungannya.

”Awak masih nak balik dengan Zetty? Saya akan suruh dia tumpangkan Tengku Anis.”

Damya akhirnya mengalah. “Baiklah.Saya balik dengan awak.”

“Macam itulah… Jangan marajuk lama-lama.”

“Siapa merajuk?!”

Hayden terus menekup mulut Damya dan menolak rapat wanita itu ke pintu Royal Suite.

“Don’t lie. I can see from your eyes!”

Share this novel

Rahamah SpWsA
2024-02-23 16:34:49 

sama lah asal baca kisah hayden dengan damia.. dada kita pun sama berdebar seolah kita damya hahahaha

ayuni
2024-02-22 00:57:35 

bergetar jiwa raga… tq PJ


NovelPlus Premium

The best ads free experience