Bab 1: Kedegilan

Romance Series 673305

Bab 1

Laporan di atas meja di diselak satu persatu bersama sedikit kerutan di dahi. Kemudian lelaki itu membuka cermin matanya dan letak di sebelah. Dr. Ali bersandar dan memandang pesakit di hadapannya. Seorang lelaki dewasa yang nampak sihat tetapi mempunyai masalah yang berat. Masalah atau penyakit? Kedua-duanya.

“Tuan, nampaknya kesihatan tuan makin merosot. Tuan hilang 10kg dalam setahun. Kalau terus dibiarkan… Boleh mendatangkan bahaya lain nanti.” ujar Dr. Ali. Doktor pakar yang telah merawat lelaki itu lebih 10 tahun.

“Saya boleh ulas dari sudut psikiatri, tetapi ini melibatkan kesihatan fizikal Tuan Hayden. Dah lama saya pantau kes tuan, nampak semakin pulih tetapi sejak setahun kebelakangan ni, kenapa boleh semakin teruk?” soal Dr. Ali lagi, kali ini lebih serius. Mereka hanya bertemu 6 bulan sekali, tidak kerap kerana bukan kes serius. Tetapi, dia perlu memberi perhatian kerana lelaki di hadapannya itu adalah pesakit VIPnya, cuma sekarang mereka sudah menjadi rapat dan lebih terbuka.

“Teruk sangat ke?” Lelaki itu tersengih. Dia kelihatan tenang, duduk bersilang kaki dan bersandar dengan santai. Lengan kemejanya diturunkan perlahan selepas mengambil tekanan darah. Jelas urat tangannya yang kelihatan. Dia masih aktif bermain gym dan bersukan. Berat badannya juga masih ideal. Entah kenapa yang dikatan dia semakin teruk? 10kg bukan masalah besar.

“Gastrik dan tekanan darah rendah. Bukan perkara kecil Tuan Hayden.” Balas Dr. Ali seolah dapat membaca fikiran Hayden.

Heydan tersengih nipis. “Saya masih boleh bertahan…”

Dr. Ali membawa badannya ke hadapan dan merenung lelaki itu. “You need somebody to take care of you. I’m not joking here, Hayden.”

Hayden mengetap rahang. Tidak terduga itu nasihat dari pakar sakit jiwa!

“I’ll take care of my self. Saya kurus sikit je, BMI masih normal.”

“Jadi, kenapa rutin pemakanan Tuan dah berubah?”

“Saya dah pindah keluar dari rumah family setahun lepas. Saya bagi alasan masalah pemakanan dah okay, kalau tak my parents tak akan bagi pindah keluar. Tapi, masalahnya… Saya kena masak sendiri dan saya sangat busy. Saya cuma sempat buat breakfast dan dinner bila balik kerja.” jelas Hayden kepada doktornya itu.

“Jadi tuan skip lunch?”

Hayden angguk.

Dr. Ali sekali lagi mengeluh. “Saya yakin tuan hanya makan simple untuk dinner. Balik kerja pun dah lewat. Akhirnya tak cukup zat dan nutrisi. Macam saya cadangkan sebelum ni, dapatkan tukang masak peribadi, atau… Tuan kahwin je.” Kali ini Dr. Ali menyelitkan gurauan.

Kali ini terangkat sedikit kening Hayden. “Saya prefer cadangan pertama. Sebab saya dah cuba cari beberapa orang, semua tak penuhi kriteria.”

“Tuan nak pilih calon isteri ke tukang masak ni?” Dr. Ali ketawa ringan sehingga menampakkan barisan giginya yang putih.

“Both…” Hayden turut bergurau. “Jangan putar belit. Kita tengah cakap pasal masalah pemakan sekarang.”

“Okay… Okay. Saya pun serius ni.” Dr. Ali menyembunyikan senyumannya. Hayden adalah lelaki yang mempunyai segalanya, tetapi…

“Macam inilah, lagi 3 bulan datang jumpa saya semula. Saya nak tengok perkembangan tuan masa tu. Kalau makin merudum, saya terpaksa on ubat semula.”

“Eh, Dah lima tahun saya tak makan ubat. Kenapa tiba-tiba?” Dahi Hayden berkerut. Sudah lama dia berjuang supaya tidak bergatung kepada ubat psikiatri.

“Sebab air kosong yang saya sediakan ini pun tuan tak minum. Sebab tuan bayangkan gelas tu diguna oleh beratus orang dalam hospital ni kan?”

Kali ini Hayden terpaksa akur. Dia sangat dahaga. Tetapi dia tidak mampu meneguk air di dalam gelas itu.

Hayden sebenarnya mengalami masalah fobia makanan yang teruk sejak di bangku sekolah rendah. Dia hanya boleh makan makanan yang disediakan di rumah dan dijamin bersih 100%. Sudah 20 tahun dia tidak makan di luar atau restoran. Malah, dia sanggup berlapar… dan kadang-kadang kebuluran. Ketika dia berusia 20 tahun, barulah dia berjumpa dengan pakar dan dirujuk kepada bahagian psikiatri. Setelah melakukan beberapa ujian, dia disahkan mengalami Sindrom yang dikenali sebagai Gangguan Penyekat Pengambilan Makanan (ARFID), menyebabkan penghidapnya sangat cerewet memilih makanan.

“Jadi, tuan kena selesaikan masalah ni. Sindrom tuan tidak terlalu serius sebenarnya, kalau ada orang yang boleh sediakan makanan untuk tuan dengan teratur dan ikut waktu yang betul. Tuan cuma tidak boleh makan makanan di luar. Sebelum ni Puan Sri yang sediakan makanan untuk tuan dari dulu. Sekarang bila tuan nak berdikari, tuan kena buktikan yang tuan boleh survive. Tuan tahu kan saya kena lapor keadaan kesihatan tuan kepada Puan Sri?” Jelas Dr. Ali tanpa selindung.

“Saya akan belanja doctor and your staff for lunch hari ni. Kita anggap settle okey?”

“Rasuah ke ni?” soal Dr. Ali yang sudah masak dengan sikap anak lelaki kedua Puan Sri Rosena itu.

“I got to go. Ada meeting.” Hayden terus bergegas bangun dan mengambil briefcase di sebelahnya.

“Ingat lagi 3 bulan temujanji kita!” Dr. Ali sempat berpesan sebelum Hayden keluar sambil mengangkat tangan kanan.

Dr. Ali akhirnya mengeluh sambil menggeleng kepala.

*****

“Tuan, ini proposal dari syarikat BB Holding. Mereka hantar wakil untuk lunch meeting di Grand Hotel.” Encik Fairuz, PA lelaki itu menghulurkan sekeping sampul surat berukuran A4 dari tempat duduk pemandu kepada bosnya di belakang.

Hayden menyambut sampul tersebut. “Macam biasa, bagi alasan kita dah makan. Saya tak akan lama-lama.”

“Baik, tuan.” Akur lelaki berusia 40-an itu. Ketika itu juga kedengaran perutnya berkerongcong. Aduh… masa inilah dia nak buat hal.

“Encik Fairuz lapar ke?” Soal Hayden sambil membelek kertas di tangannya.

Kenderaan itu berhenti di lampu isyarat.

“Sa… Saya okey aje tuan. Nanti saya makan roti.” Encik Fairuz mengetab bibir tanpa dilihat oleh Hayden.

“Kalau Encik Fairuz lapar, boleh makan dengan wakil BB holding nanti.

“Eh! Tak apa, tuan. Jangan macam tu, tuan tak makan, macam mana saya nak makan.”

“Okay, lepas meeting hantar saya ke office dan encik boleh pergi makan.”

“Baik bos!”

Lega. Nampaknya mood bosnya itu baik. Kalau tidak dia lebih banyak berdiam diri. Hanya bercakap perkara penting dan cukup berhati-hati dengan orang sekeliling.

Hayden melihat jam Rolex di pergelangan tangan kirinya. Sudah hampir 16 jam dia tidak menjamah makanan. Kali terakhir dia hanya makan pada jam 8.00 malam. Dia tidak sempat membuat sarapan pagi kerana perlu hadiri mesyuarat di luar daerah. Sekarang sepatutnya waktu makan tengahari tetapi dia perlu hadiri pejumpaan dengan klien.

Hayden menarik nafas panjang kerana terasa tubuhnya sudah memberi tindak balas.

***

“Tak sabarnya! Bulan depan kita pergi Bangkok. Kawan Iffah baru aje balik dari Thailand, dia cakap sekarang memang ramai bercuti ke sana. Bersepah orang Malaysia. Makanan halal pun banyak.”

“Awak kalau bab makan memang nombor 1 ye,” gurau suaminya Zaki, anak sulung Puan Juriah.

“Iyelah… bosan jugak asyik makan masakan rumah ni je. Balik-balik menu yang dia suka. Bukan nak ikut selera kita. Beriya try masakan itu ini. Macamlah nak jadi cef.” sindir Suri apabila melihat Damya datang ke ruang tamu untuk hidangkan teh selepas makan malam.

“Janganlah potong mood saya nak susun itinerary kita nanti.” kata Iffah sambil menjeling Damya. Tangannya berhenti menulis di kertas putih tentang perancangan family vacation mereka nanti.

“Teruskan aje, Iffah. Mak nak dengar itinerary kita nanti. Bukan selalu kita dapat bercuti sekeluarga. Semua orang sibuk.” Puan Juriah mencelah apabila anak menantunya tiba-tiba terganggu dengan kemunculan Damya.

Damya hanya diam ketika menghidang teh di atas meja, kemudian dia bergerak keluar dari ruang tamu apabila terasa dirinya seperti orang asing. Ya, dia seperti orang gaji sahaja di rumah itu. Tetapi, Damya sudah tidak merasai apa-apa. Hinaan, kutukan dan cakaplah apa sahaja. Jiwanya telah lama mati. Benar, seumur hidup itu terlalu lama.

Jam menunjukkan 10.00 malam. Damya terasa amat mengantuk tetapi dia perlu selesaikan juga melipat pakaian yang berbakul-bakul. Kerjanya tidak pernah selesai dari pagi sehingga ke malam. Mungkin ini nasib wanita yang tidak bekerja sepertinya? Dipandang rendah dan seperti tidak berguna di mata ahli keluarga ini? Walaupun dia bekerja keras dari pagi hingga ke malam menguruskan rumah ini, dia tetap dikatakan tidak menyumbang apa-apa.

Akhirnya dia selesai menyusun semua pakaian itu. Nanti pandai-pandailah tuannya datang dan ambil sendiri. Damya bangun dan terasa kakinya lenguh kerana duduk terlalu lama. Dia masih terdengar suara gelak tawa ahli keluarga itu di ruang tamu tingkat bawah. Tanpa pedulikan rasa yang mula mengusik di jiwa, Damya meninggalkan ruang tamu tingkat atas itu untuk ke biliknya.

“Okay, good night,”

Damya tersentak apabila melihat Aizat berada di dalam bilik dan baru selesai bercakap telefon.

“Bila awak balik? Saya tak perasan...” tegur Damya.

Aizat hanya menoleh sekilas lalu kembali menatap skrin telefonnya. Dia sedang bersiap untuk mandi. Hanya memakai tuala dan berdiri di sisi katil.

“Apa yang awak perasan dalam rumah ni? Periuk belanga awak je.”

Damya memgetap bibir. ”Saya suka memasak. Salah ke?”

"Tak salah. Itu memang kerja awak. Dah lah, saya nak mandi.” Aizat berjalan menuju ke bilik mandi.

“Awak ikut kan trip ke Bangkok?”

Kaki Aizat berhenti melangkah apabila mendengar soalan dari Damya. Dia menoleh.

“Apa masalah ni? Aku perlu minta kebenaran kau ke?”

“Saya tak diajak kan? Tak ada tiket untuk saya. Saya pun tak ada passport.”

“Kalau semua pergi siapa nak jaga rumah ni? Kalau perompak masuk macam mana?” Aizat mula meninggikan suara. Bosan sungguh dia melihat wajah isteri yang tidak ceria itu. Serabut!

“Perompak? Awak risaukan rumah ni daripada saya ke? Saya kena tinggal sorang-sorang…” Damya cuba menepis rasa kesal tetapi bertandang jua.

“Eh. Ini bukan first time kan? Selama ni pun kau jaga rumah kan?”

“Awak… Kali ni seminggu. Lama awak… Tak kan awak tak risau langsung? Saya ni isteri awak tau. Menantu keluarga ni. Tapi kenapa saya dilayan macam orang asing. Macam orang gaji!” Damya menahan suaranya supaya pertengkaran mereka tidak didengari ahli keluarga lain. Jika tidak, teruk dia dimaki nanti.

“Kau tu yang tak tahu diuntung! Duduk rumah ni free je. Makan minum kau semua orang bagi. Apa kau nak lagi? Dilayan macam permaisuri? Hakikatnya, apa pun kau tak boleh bagi kepada aku. Anak pun kau tak boleh bagi. Aku bertahan dengan kau ni pun, sebab aku kesian dengan kau. Jadi, duduk diam-diam dan sedar diri.” Aizat puas hati dapat menempelak Damya di hadapan muka seperti itu.

Melihat Damya terpempan dan tidak lagi bersuara, Aizat terus masuk ke dalam bilik mandi lalu menghempas pintu dengan kuat.

Damya terus terduduk di bucu katil. Kali ini dia tidak mampu menahan lagi. Air matanya menitis juga walaupun ditahan. Genggaman tangannya semakin erat. Dia mahu menjerit dan menggila!

Damya sering dituduh mandul kerana tidak pernah hamil sepanjang 5 tahun berkahwin. Puan Juriah, ibu mentuanya juga sering berkata seperti itu tanpa usul periksa. Dia sudah mengajak Aizat untuk pergi membuat ujian kesuburan tetapi lelaki itu tolak. Sehingga kini, Damya tidak tahu apa masalah dirinya sehingga sukar untuk hamil.

Tetapi… kegusaran itu hanya pada awal perkahwinan, sekarang dia amat bersyukur kerana tidak mempunyai anak. Apatah lagi dengan suami yang tidak menghargainya! Tidak sama sekali!

Jadi, untuk apa air matanya pada malam itu? Damya bersedih kerana dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu dan berlindung. Dia anak yatim yang dibesarkan oleh datuk dan neneknya. Apabila datuk dan neneknya meninggal dunia beberapa tahun lalu, dia benar-benar menjadi sebatang kara.

Rumah pusaka juga telah di ambil oleh bapa saudaranya, dan bapa saudaranya tidak pernah peduli dengan hidupnya lagi. Damya sedar, hanya rumah Puan Juriah tempatnya berlindung sedang dirinya tidak mempunyai apa-apa.

*****

Puan Sri Rosena bergegas menuju ke wad VIP di hospital itu dengan langkah yang luas. Wajahnya penuh kebimbangan dan nafanya turun naik ketika bergerak dengan laju. Dia melihat seorang lelaki sedang berdiri di hadapan pintu wad dan menghampirinya.

“Tell me what happened, Fairuz?!” soal Puan Sri Rosena dengan tegas. Nafasnya juga tercungap-cungap.

Encik Fairuz menunduk matanya kerana takut bertentangan mata dengan wanita itu.

”Maafkan saya, Puan Sri. Saya dah hantar Tuan Hayden balik ke rumah. Selepas satu jam, tuan call saya kerana dia terasa tidak sihat. Mungkin serangan gastrik. Bila saya sampai ke kondo, saya nampak Tuan Hayden dah pengsan.” jelas Encik Fairuz dengan berhati-hati.

“Kan saya dah cakap tolong jaga dia! Kenapa sampai masuk hospital? Haishh… budak degil ni!” Marah Puan Sri Rosena. Sebenarnya dia marahkan anak lelakinya itu tetapi dilepaskan pula kepada pembantu peribadi Hayden.

“Saya nak masuk sekarang.”

“Baik, Puan Sri.” Encik Fairuz lantas memberi laluan kepada Puan Sri Rosena. Dalam hatinya turut risau kerana Hayden telah memberi amaran supaya tidak laporkan kepada Puan Sri Rosena. Tetapi, dia juga lebih takut jika Puan Sri Rosena dapat tahu sendiri. Silap-silap dia boleh dibuang kerja!

Pintu wad dibuka, Puan Sri Rosena terus berjalan ke arah katil. Dia melihat anak lelakinya sedang tidur dengan tenang.

“Apa nak jadi ni, Hayden? Kenapa pindah keluar kalau tak boleh jaga diri…” Puan Sri Rosena terduduk dan mula menangis.

“Mummy?” Hayden membuka mata perlahan.

Puan Sri Rosena mengesat air matanya dan lantas memegang lengan Hayden. “Anak mummy okey?”

“I’m okay, mummy. Tapi… macam mana mummy…” Hayden bangun untuk duduk. Puan Sri Rosena pantas membantu anak kesayangannya itu.

“Jangan salahkan Encik Fairuz. Kalau mummy tahu sendiri, mummy akan pecat dia. Ini benda serius, Hayden. Sampai boleh pengsan sorang-sorang kat rumah. Awak nak mummy mati cepat ke risaukan awak?!”

“I’m okay, mummy.” Hayden mengeluh halus. Sakit kepalanya bertambah.

“Hayden, kalau macam ni, mummy nak Hayden pindah balik ke rumah keluarga kita. Mummy dah tak nak dengar apa-apa alasan lagi!” tegas Puan Sri Rosena.

“No, mummy. Saya tak akan pindah.” Hayden lebih tekad. Tidak mungkin dia kembali lagi ke rumah itu. Cukuplah sekali sekala untuk menjenguk ahli keluarga.

“Kenapa degil sangat? Apa yang buat Hayden tekad sangat nak keluar? Mummy betul-betul tak faham.”

“Hayden cuma nak berdikari. That’s all mummy.” Hayden menyimpan rasa pahit di sebalik wajah seriusnya.

“Baiklah. Kalau tak nak pindah cepat cari isteri untuk jaga awak!”

“No, mummy!” Hayden bertambah stres. Berkerut dahinya.

“Eh, semua tak nak. Nak tunggu apa lagi, Hayden bukannya muda lagi. Dah 32 tahun.” Puan Sri Rosena sedar inilah peluang untuk bercakap tentang jodoh Hayden.

Hayden memicit dahi. Adakah darahnya telah naik? Bukan mudah untuk hentikan Puan Sri Rosena.

”Mummy, please…” Hayden menekan suaranya yang dalam.

Puan Sri Rosena tiba-tiba membesarkan matanya. ”No… No… Please say no, Hayden. Tak mungkin Hayden geli dengan perempuan jugak?!”

"Ada beritahu Dr. Ali tentang ni?” Puan Sri Rosena semakin bimbang apabila melihat reaksi Hayden yang hanya diam.

Hayden meraup muka yang merah padam. Apa pula yang Puan Sri Rosena merepek kali ini.

“Mummy baliklah. Dah lewat ni. Mesti mummy tak nak daddy tahu kan?” Hayden cuba mengalih topik.

Puan Sri Rosena mengeluh berat. ” Mummy belum gila lagi. Daddy mesti bertambah kecewa dengan Hayden.”

“Kalau macam tu mummy balik dulu. Saya akan selesaikan masalah saya sendiri. Mummy jangan risau.”

“Ini last warning. Kalau Hayden sakit lagi, mummy akan paksa Hayden pindah balik rumah. Dan mummy akan cari calon isteri untuk Hayden. No matter what!”

Hayden hanya mengangguk sahaja supaya Puan Sri Rosena berpuas hati.

“Take care, mummy.” Hayden kembali baring dan memejamkan mata.

"Degil betul…” keluh Puan Sri Rosena sebelum melangkah keluar.

Share this novel

sayang su
2024-01-22 23:03:25 

Baca prolog pun dah kembang kepala, berapa bab pj? Nak kena sediakan mental dan emosi yang stabil untuk baca hahaha

Ida
2024-01-11 14:36:46 

Best2. Nak lg..

mslvoe
2024-01-09 08:20:32 

pj.. adoiii i tak suka baca half² kalau boleh nk lengkap semua. sorry sikap tamak datang bila pj release story


NovelPlus Premium

The best ads free experience