Bab 13
Damya kehilangan tenaga akibat kekurangan nafas. Hayden masih belum melepaskan Damya, dia tidak menyangka sejauh itu dia boleh pergi dengan seorang wanita. Selama ini, fikirannya akan terganggu dengan segala bentuk pemikiran ke arah fobia dan alergi.
Hayden akhirnya melepaskan wanita itu tetapi masih mengekalkan jarak yang dekat. Damya dapat menyedut udara dan terus tersedar di hadapan wajah Hayden. Wajahnya pucat, bibirnya terasa kebas!
“What… The hell, Hayden!” Damya terus melepaskan tumbukan tepat di muka Hayden.
Muka Hayden berpaling ke kanan. Dia seperti baru tersedar dan kembali menoleh kepada Damya yang kelihatan berang seperti mahu meletup.
“Awak ingat saya apa?!” jerit Damya dengan lantang. Air matanya terus bergenang. Badannya menggigil!
“I’m sorry…” Hayden terkesima walaupun pipinya terasa perit. Tumbukan Damya agak kuat walaupun dia pasti tiada kesan.
“Awak pun sama macam lelaki lain! I thought you are different. Saya balik sendiri!” Damya bingkas membuka pintu kereta yang tiba-tiba terasa payah pula.
“Damya!” Hayden cuba menarik tangan wanita yang sedang marah itu. Betullah orang cakap, peluk biawak lagi senang dari perempuan yang sedang marah!
“Don’t touch me!” Damya menepis tangan Hayden.
“Okay! But don’t get out.” tegas Hayden.
Damya terdiam. Dia memejam mata saat
membelakangi Hayden dan menarik nafas panjang.
“Saya masih isteri seseorang, Tuan Hayden. Jangan buat saya rasa macam murah.”
“No… Sebab awak mahal saya sentuh awak. Saya tidak sentuh sesuatu yang murah atau kotor.”
Ah! Damya semakin bengang. Hayden masih tidak mengaku kesilapannya malah masih menegakkan benang yang basah.
“Saya hantar awak balik.” Hayden terus menekan pedal minyak dan kenderaan itu bergerak.
“Stop! Stop! Saya tak nak tengok muka awak hari ni!”
“Paling muka ke luar sana.” arah Hayden dengan selamba.
Dia tersenyum di dalam hati. Walaupun berpeluh juga dia menahan rasa tidak selesa ketika bercium tadi, dia berjaya melepasi halangan itu. Isteri orang? Persetankan.
“Beritahu saya kenapa awak buat macam tu? Awak ingat kiss tu benda main-main ke?!” Damya masih tidak berpuas hati.
“I just…” Hayden berjeda.
“Just what?!”
“Seumur hidup saya… Saya tak boleh nak sentuh perempuan macam tu. Saya risau… Kalau saya memang tak akan boleh langsung. Macam mana saya nak kahwin… Ada anak-anak. You don’t understand Damya…”
Damya terasa mulutnya terbuka luas kerana terlampau terkejut dengan jawapan Hayden.
“You test me like test drive? Are you serious? Kalau macam tu… Awak nak test tidur dengan mana-mana perempuan ke sebelum kahwin? Are you that crazy?”
“Cadangan yang bagus…” Hayden mengangguk lalu tersengih. Dia tidaklah segila itu Damya…
“Punya ramai perempuan di dunia ni… Saya juga jadi mangsa awak. Kalau sekali lagi… Saya bunuh awak Tuan Hayden!”
“Saya takut… Awak yang teringat nanti.”
“Stop the car! Stop the car!”
Hayden hanya membiarkan Damya mengamuk dan tidak peduli. Dia cuba memberi fokus dengan memikirkan kejadian sebentar tadi. Nampaknya dia masih normal… Hayden tersenyum di dalam hati!
****
Datin Dayana menguyah perlahan makanan yang terhidang di atas meja. Fikirannya masih terganggu sehingga menggugat seleranya walaupun sedang menikmati makan tengahari di hotel mewah. Dato’ Haizan kelihatan sedang menikmati makanannya tanpa sedari Dayana yang sejak tadi banyak berdiam diri.
Wajah Dato’ Haizan ditatap oleh Dayana sambil meneliti sesuatu. Haizan lebih rendah dari Hayden, berkulit hitam manis dan badannya berisi. Tanda penuan juga semakin jelas dengan rambutnya mulai memutih. Berbeza dengan Hayden, tinggi lampai, bertubuh tegap, berkulit cerah, mata yang redup, rambut yang hitam berkilat… Jauh berbeza.
“Kenapa you tenung I macam tu? Tak pernah tengok I makan?” soal Dato’ Haizan.
Dayana terpaksa mengukir senyuman pahit. Dia mengambil gelas kaca berisi air kosong dan meneguknya perlahan.
“Kalau you dengan Hayden… Mesti you tak akan menikmati saat seperti ni kan? You kena masak, sediakan dia lunch, dinner. Setakat tu aje level you…” Dato’ Haizan sempat melontarkan sindiran kerana dia agak terganggu kebelakangan ini. Dia bimbang Dayana akan berubah apabila Hayden kembali ke AG Group. Dia tidak dapat mempercayai walaupun wanita itu isterinya sendiri. Dayana penuh muslihat demi kepentingan diri. Tetapi, dia terpaksa bersabar demi mendampingi wanita secantik Dayana.
Dayana tersengih mendengar sindiran suaminya.
“Kenapa you insecure sangat ni? Hayden bukan pilihan I dari dulu dan sehingga sekarang.”
“Yes I know… Sekarang dia pun sudah move on. Lagipun dia tak akan ambil bekas sesiapa.” Dato’ Haizan masih terus memberi sindiran sehingga berubah air muka Dayana.
“Stop talking about him, Haizan. Nampak ketara sangat you cemburu. Come on, dia adik you yang ada sindrom pelik! Dia jauh di bawah you, Haizan! You hampir sempurna untuk jadi pewaris AG Group.” tegas Dayana yang semakin muak dengan sikap Haizan ketika itu.
“Okay! I’ll stop now.” Dato’ Haizan mengalah apabila melihat Datin Dayana berang.
“But… I wanna ask you something.” Dayana meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan.
Dato’ Haizan mengangkat matanya ketika sedang khusyuk menikmati hidangan. “Go ahead,”
“Kenapa… mummy jalani rawatan IVF untuk dapatkan Hayden?” soal Dayana beserta debaran yang terkawal.
Dato’ Haizan kelihatan agak tersentak namun dia berjaya berlagak tenang.
“How did you know? I don’t think mummy has tea talk with you.”
Dayana tersengih sinis. “I know when I want to know.”
“Well… Mummy susah nak dapat anak. Macam you… Kenapa? Nak cuba IVF ke?” sindir Haizan lebih tajam apabila privasi keluarganya cuba dikorek oleh Dayana.
Dayana terus tersentap. “I bukan susah nak dapat anak! Cuma I yang belum ready. Sudahlah Haizan. I’m done.” Dayana terus bangun meninggalkan meja itu serta suaminya Dato’ Haizan. Baiklah… Dia akan mencari sendiri jawapan itu!
****
Puan Juriah berdiri mencekak pinggang di kebun bunga yang berada di halaman banglonya. Sudah agak lama dia tidak menjenguk keadaan taman itu kerana sibuk dengan persatuan dan kelas senam tari yang disertainya siang dan malam. Ketika itu juga dia melihat Damya pulang dari kerja dan memasuki pagar rumah. Wajah menantunya kelihatan masam mencuka dan dia sendiri terlupa bila kali terakhir melihat Damya tersenyum. Hodoh benar perangai!
“Damya! Kau sini sekejap!” Pekik Puan Juriah.
Damya baru sampai di hadapan pintu dan tidak jadi untuk masuk ke dalam rumah. Dia melihat muka ibu mentuanya yang seperti singa kelaparan di Afrika. Dengan rambutnya yang tidak pernah kalah, kembang dan diwarna hitam berkilat.
“Ada apa mak?” soal Damya dengan serius apabila dia mendekati Puan Juriah.
“Kau tengok semua pokok bunga dah mati! Rumput pun dah naik sampai atap rumah! Kau buat apa selama ni? Aku suruh kau jaga rumah ni macam dulu walaupun kau gatal sangat nak kerja! Apa ni… Apa ni?!” Puan Juriah terus berteriak sambil menunjukkan pokok-pokok bunga yang sudah kering dan rumput yang mulai panjang.
“Pokok bunga pun ada hayat dia mak. Macam mana kita jaga pun, kalau nak mati dia mati. Macam manusia juga…”
“Kau cakap apa ni?! Apa pasal cakap pasal mati ni? Oh… Kau nak aku mati cepat? Lepas tu senang kau nak jadi permaisuri dalam rumah ni?” Puan Juriah semakin panas dengan jawapan selamba Damya.
“Ramai dalam rumah ni mak. Kenapa mak nak letak semua beban atas saya? Memanglah saya orang yang rajin, tapi bukan untuk dikerah. Orang bekerja pun kalau kena kerah, boleh report kepada Pejabat Buruh, tetapi saya? Sudahlah buat semuanya percuma, kena kerah macam hamba abdi… Macam zaman Firaun.”
“Apa… Apa kau cakap!” Puan Juriah terus menampar muka Damya ketika itu.
Damya terkesima lalu memegang pipinya yang berbirat. Pedih. Tetapi… Dia puas hati.
“Kau dengar sini, Damya! Kalau kau cuba kurang ajar lagi, kau akan tahu langit tinggi rendah. Kau ingat kau dah kerja kau nak besar kepala? Eh… Aizat tak akan senang-senang lepaskan kau, jangan berangan nak keluar dari rumah ni cari jantan lain! Jadi kau jaga eh perangai kau!” herdik Puan Juriah lagi.
“Kalau mak benci saya… Kenapa tidak suruh Aizat ceraikan saya?”
Mata Puan Juriah terus terbuntang luas mendengar keceluparam Damya. Makin panas hatinya saat itu. Belum sempat dia menjawab, Damya sudah bergerak meninggalkannya di situ. Puan Juriah mengetap bibir geram. Dahulu dia bersabar kerana Damya mudah dikerah membuat semua pekerjaan di rumah itu. Sekarang, dia seperti mahu menghalau Damya tetapi perlu bersabar kerana Aizat masih memerlukan isterinya itu.
“Selepas kami dapat kaut semua duit kau, barulah aku humban kau keluar dari rumah ni. Ingat senang-senang aje nak tinggalkan anak aku!”
*****
Dr. Ali menyemak laporan kesihatan terbaru Hayden lalu membuat perbandingan dengan tiga bulan lepas. Dr. Ali mengangguk seperti berpuas hati lalu menutup fail laporan itu. Dia memandang Hayden di hadapannya yang kelihatan lebih segar dan sihat dari sebelum ini.
“Good… Berat tuan naik dengan BMI yang perfect. Kondisi tuan sekarang adalah yang terbaik dalam 4-5 tahun kebelakangan ini. Tahniah…” ujar Dr. Ali.
“Well… Mungkin kita dah boleh… close the case?”
“No… No… Tuan Hayden. Saya masih perlu membuat pemantaun terhadap tuan. So, let’s talk about how you fix your problems? Selain sudah jumpa orang yang uruskan pemakan.” soal Dr. Ali.
Hayden kelihatan sedikit kecewa apabila dia masih perlu dipantau oleh psikiatri. Dia sedar penyakit mental mempunyai pelbagai jenis dan kondisi.
“Saya jalani hidup seperti biasa tetapi keadaan bertambah baik.” jawab Hayden.
Dr. Ali mengangguk lagi dan cuba untuk mengajak Hayden bercerita lebih lanjut.
“Kebimbangan Puan Sri… About your personal life Tuan Hayden. Saya tidak bermaksud ingin campur tangan tapi, saya diamanahkan untuk bantu Tuan Hayden. Do you still… Rasa tak boleh ada hubungan dengan wanita? I mean sensual touch.”
“I don’t think so… I feel better now. I can kiss someone. It was good, right?” jawab Hayden dengan lebih terbuka. Dia terpaksa berkongsi perkembangan dirinya orang yang ahli.
“Oh my god…” Dr. Ali tersenyum senang. “Ini perkembangan yang bagus. Puan Sri tak perlu bimbang lagi. Soon… dia boleh dapat menantu.”
Hayden menggeleng perlahan. “Tidak juga.”
“Kenapa?” soal Dr. Ali yang kembali bimbang.
“Saya rasa masih tidak selesa untuk berkongsi bilik dengan sesiapa. Berkongsi katil atau…” Hayden melepaskan nafas berat apabila terasa bulu lehernya meremang.
“Itu masalah kecil. Tuan hanya perlu mencari seseorang yang boleh faham keadaan tuan. Lambat laun semua akan okey.”
Hayden mengangguk perlahan sambil memikirkan sesuatu.
“Mungkin saya boleh cuba…”
“Good! Ini perkembangan yang sangat bagus. I’m happy for you, Tuan Hayden. But… Tuan kena hati-hati, serangan fobia akan menyerang lebih kuat setiap kali tuan mendapat kejutan. Seperti tiga tahun lepas, tuan termakan makanan yang paling tuan alergik dan tuan terus pengsan. Seminggu di hospital kerana muntah teruk. Sebenarnya itu bukan punca dari makanan kotor, makanan itu keadaan baik tetapi mental tuan yang menolak makanan itu.” jelas Dr. Ali dengan panjang lebar.
“Saya faham. Terima kasih untuk hari ini. So, when is our next appointment?”
“Tiga bulan lagi. Saya perlu periksa jika keadaan personal life tuan semakin baik. Jika tuan dapat berkahwin, ia satu pencapaian terbesar saya sepanjang lebih 10 tahun merawat tuan.”
Hayden hanya tersenyum nipis. “Saya belum ada calon.”
“Jadi… siapa yang…” Dr. Ali nampaknya semakin keliru.
Hayden hanya menggeleng perlahan. “I got to go.”
Dr. Ali terpaksa melepaskan Hayden untuk hari itu walaupun perbincangan mereka sedang rancak dan menarik. Hayden memang seorang perahsia dan hanya akan memberitahu perkara penting.
****
“Your lunch is ready, Tuan Hayden.” kata Encik Fairuz.
Hayden sedang fokus menyemak laporan di mejanya terus memandang ke arah meja kecil yang menjadi sudutnya untuk makan di pejabat.
“Okay!” Hayden bangun dan berjalan ke arah meja itu kerana dapat menghidu bau yang sangat sedap.
“Marah-marah pun masih masak. Damya sangat komited bila bekerja.” Hayden tersengih sendiri lalu membuka bekas makanan.
“Pasta?” Hayden agak hairan kerana menu seperti itu selalunya adalah makan malam. Waktu tengahari Hayden akan meminta makanan berat.
Kerana terlalu lapar, Hayden tetap juga menyuap pasta itu ke dalam mulutnya.
“Tawar?” Dahi Hayden terus berkerut.
“Ada apa masalah, Tuan Hayden?” Encik Fairuz pantas menghampiri Hayden dengan bimbang.
“No… I’m okay. Tapi… macam ada tak kena dengan masakan Mya… Semalam pun. Tak ada rasa…”
“Saya akan hubungi Puan Damya!” Encik Fairuz terus mengambil telefonnya di dalam saku kot.
“It’s okay. Masa ni dia tengah rehat.” Halang Hayden.
Encik Fairuz akur dan menyimpan semula telefonnya. Dia melihat Hayden tetap makan makanan tersebut walaupun rasanya tawar.
“Kenapa tuan habiskan?”
“Kadang-kadang hidup pun ada pahit, manis, tawar… Inikan pula makanan.” Komen Hayden selamba. Pasrah.
“Stok garam di rumah habis mungkin…” sambungnya.
“Mustahil tuan…”
“Kita anggaplah begitu, jom sambung kerja.” Hayden terus bangun dan tersenyum memikirkan ulah si Damya.
****
Damya berjalan seperti biasa membawa beg tangan lusuh yang belum ditukar walaupun dia mempunyai wang. Setiap sen duitnya berharga demi masa hadapannya, jadi dia perlu berjimat. Dia duduk di tempat biasa di taman belakang kondo sambil menunggu Hayden yang mahu berjumpa selepas waktu kerja. Memikirkan sahaja tentang lelaki itu, suhu darahnya kembali panas. Sesekali terimbas juga ciuman panas lelaki itu yang mahu ditepis. Jika dia tidak mengawal diri, entah apa yang akan terjadi.
“Coffee…”
Damya mendongak melihat lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Bila dia sampai? Damya tidak sedar kerana sejak tadi termenung. Lelaki itu menghulurkan kopi sejuk dari jenama terkenal kepadanya.
“Saya sempat singgah beli tadi…” kata Hayden lalu duduk di sebelah wanita itu.
Damya hanya memegang bekas kopi itu tanpa meminumnya. Moodnya masih belum baik! Dia menanti juga jika lelaki itu ingin berjumpa kerana mahu bercakap tentang masakannya hari ini.
“This is the contract. Saya sudah jumpa Chef Aariz dan dapatkan tanda tangan dia.” Hayden menyerahkan sampul surat bersaiz A4 kepada Damya dengan harapan wanita itu akan teruja.
“Saya ingat tak jadi…” komen Damya.
“Sekarang ni… Kalau awak nak Gordon Ramsay pun, saya sanggup pergi cari dia.”
Damya terpaksa juga tersengih apabila melihat terdesaknya Hayden untuk memujuk.
“Tak susah pun nak pujuk awak ya…” Hayden terus tersandar lega.
“Are you sure…” kata Damya lalu membelek kontrak tersebut.
“Sebagai denda, seminggu awak akan makan makanan tawar. Supaya lepas ni awak beringat."
“Awak letak racun pun saya makan, puas hati?” Balas Hayden.
Damya masih kekal selamba dan perpura-pura membelek kontrak.
“Racun apa awak nak…”
Hayden tersengih kacak. “Racunlah hati saya!”
Tangan Damya terhenti. Hampir bergetar tetapi dia kekalkan wajah selamba apabila menoleh kepada Hayden.
“Saya tambah lagi seminggu!” ugut Damya.
“No, please sayang!”
"What?!” Damya melopong.
“What? What I’m saying?!” Berubah wajah Hayden ketika itu. Dia terlepas cakap kah?
“Tuan Hayden! Saya nak balik!” Damya terus bergegas bangun dan berjalan laju meninggalkan Hayden.
“Aku cakap apa tadi?! Damn it!” Hayden menyumpah dirinya!
Share this novel
update lagi sis
hari ni ada lg tak pj
Tak sabar nk tunggu next….