Bab 25
Puan Sri Rosena meletakkan cawan kopi di sebelah Tan Sri Musa yang tekun membaca di mejanya. Dia tidak berganjak dan berdiri di sebelah suaminya itu sehingga Tan Sri Musa menjadi janggal.
“Kenapa? Ada apa nak cakap?” soal Tan Sri Musa lalu menutup bukunya. Dia menatap wajah Puan Sri Rosena yang kelihatan serius.
“Saya ingin beritahu sesuatu,”
“Duduklah,” Tan Sri Musa mempelawa isterinya duduk di sofa berhadapan mejanya. Dia kekal di situ dan menanti Puan Sri Rosena memgambil tempat.
“Ini tentang Hayden…” Puan Sri Rosena cuba bertenang sebelum perdebatan bermula di antara mereka. Dia sedar, untuk mendapatkan persetujuan suaminya bukanlah perkara yang mudah. Tetapi, urusan rumah tangga adalah di bawah tanggungjawabnya. Dia yakin Tan Sri Musa masih percayakan kebijaksaan seorang ibu rumah tangga.
Tan Sri Musa terus menanggalkan kaca mata dan dan memberi fokus kepada Puan Sri Rosena.
“Kalau tentang penyakit dia saya tak mahu dengar. Awak yang kena uruskan semua tu. Yang saya tahu, dia perlu bersedia segi mental dan fizikal sebagai seorang pewaris. Dan satu lagi, persedian untuk kukuhkan kedudukan dia dengan perkahwinan yang menguntungkan. Itu tugas awak.” tegas Tan Sri Musa.
Puan Sri Rosena menarik nafas panjang sebelum menghirup teh panas yang berbau harum. Tan Sri Musa belum mengusik kopi yang disediakan.
“Tan Sri… Walaupun awak tidak peduli dengan penyakit Hayden dan selalu cakap semua itu mengarut, awak patut ingat satu perkara. Hayden adalah satu-satunya anak kita. Saya tidak akan biarkan hidup dia musnah hanya dengan impian dan harapan awak yang terlalu tinggi. Saya tidak peduli dengan syarikat awak. Saya cuma tidak mahu anak saya menderita.” Puan Sri Rosena meletakkan cawan teh di atas piring tanpa memandang Tan Sri Musa yang pasti akan berang.
Tan Sri Musa merenung tajam wajah isterinya. Berdesing telinganya ketika itu.
“Awak yang tak pandai jaga dia. Kenapa biarkan dia dapat penyakit tu! Dia lahir dengan normal! Siapa patut bertanggungjawab sekarang?!”
”Ya, saya akui itu salah saya. Tetapi, siapa yang mulakan dulu? Awak beritahu Haizan yang dia adalah anak angkat dan Hayden pewaris sebenar. Haizan cemburu dan bagi adik dia makan makanan yang teruk sehingga keracunan. Kita tak boleh salahkan Haizan sebab sesiapa pun akan mendapat tamparan yang hebat. Semuanya sebab awak terlalu tegas. Siapa peduli tentang pewaris, Haizan juga anak kita sebab kita jaga dia sejak lahir.” hujah Puan Sri Rosena yang kekal tenang mengawal situasi.
Ya, Hayden hampir mati sewaktu itu sehingga dia sanggup menukar dengan nyawanya! Tetapi, keajaiban berlaku dan Hayden dapat diselamatkan. Namun, anaknya itu tidak lagi normal seperti sebelumnya.
“Ia sudah 20 tahun lebih… Sepatutnya Hayden sudah sembuh. Bukankah dia dipantau doktor yang hebat? Dan tentang pewaris… Kalau saya mati memang Hayden pewaris yang sah. Apa bezanya?!” Tan Sri Musa masih tidak berpuas hati.
Puan Sri Rosena memejam mata untuk bertenang. Bertikan lidah dengan Tan Sri Musa tidak akan pernah menyebelahinya.
“Kita patut berhenti bertekak tentang hal sudah lepas. Sekarang, saya mahu katakan sesuatu.” kata Puan Sri Rosena.
Tan Sri Musa merengus halus lalu bersandar di kerusi.
“Saya terpaksa jelaskan keadaan Hayden. Doktor Ali beritahu Hayden semakin baik, tetapi dia tidak boleh berada dalam tekanan yang boleh kembalikan trauma. Dia akan terkena serangan panik.”
Tan Sri Musa mengeluh mendengar penjelasan isterinya. Dia pernah melihat Hayden diserang panik ketika majlis konvokesyen di London. Beberapa orang rakannya cuba menyuap kek ke dalam mulut Hayden sehingga termuntah dan tidak dapat bernafas. Akhirnya dia juga yang panik melihat keadaan Hayden!
“Serangan panik sudah lama tidak berlaku, tetapi baru-baru ini Doktor Ali cakap Hayden kena serangan panik kerana kebimbangan melampau.” jelas Puan Sri Rosena lagi.
“Sekarang ni apa yang awak nak cakap sebenarnya?” Tan Sri Musa dapat merasakan isterinya itu menyimpan sesuatu yang lebih penting.
“Bila awak paksa dia berkahwin, dan suruh saya memilih calon yang tepat. Saya tidak dapat mencari sesiapa pun yang mampu menjaga Hayden dan memahami keadaan dia. Dr. Ali sahkan yang Hayden juga tidak boleh berhubungan dengan wanita. Bukan dia tiada naluri tetapi…” ayat Puan Sri Rosena terus tergantung.
“Kalau dah kahwin siapa akan peduli. Pandai-pandailah dia nanti. Kalau susah sangat boleh buat IVF. Selepas dapat zuriat semua tu tak penting lagi. Perempuan sekarang lebih pentingkan duit dari semua tu. Hayden boleh bagi segala-galanya.” ujar Tan Sri Musa dengan serius.
“Awak sanggup tengok hidup anak orang lain macam tu? Jadi isteri boneka? Malah, Hayden pun tak akan bahagia.”
“Habis nak buat macam mana lagi? Tak kan tak bagi dia kahwin sampai bila-bila?!”
“Sebenarnya… Ada seorang perempuan yang Hayden boleh terima. Dr. Ali beritahu hanya wanita itu Hayden boleh berhubungan. Sebab… Mereka boleh berkongsi sudu, minuman, dan…”
“Dan apa?!” Terbeliak mata Tan Sri Musa saat itu.
“Pendek kata Hayden tidak geli dengan perempuan tu.” Pantas Puan Sri Rosena jelaskan tanpa membuka cerita Hayden.
“Karut! Siapa perempuan tu? Datang dari keluarga mana?”
“Hanya wanita kebanyakan. Tetapi dia seorang tukang masak. Selama ini dialah cef peribadi Hayden dan uruskan pemakan Hayden. Sehingga Hayden semakin sihat mental dan fizikal. Awak juga dapat lihat keadaan Hayden sekarang, dia lebih mempunyai keyakinan diri dan cemerlang sehingga dapat pujian lembaga pengarah.”
“Orang kebanyakan? Awak dah hilang akal ke Puan Sri?!”
“Tan Sri! Wanita ini juga yang bantu Hayden dapatkan kerjasama dengan Tengku Abdullah. Hayden dapat duduk semeja dengan Tengku Abdullah dan bentangkan projek AG Group. Sebab wanita ini menyediakan masakan untuk majlis anniversary Tengku Abdullah.” jelas Puan Sri Rosena tanpa mengambil nafas. Dia perlu yakinkan suaminya itu tidak boleh tidak.
Tan Sri Musa bangun berdiri tegak dengan kedua belah tangannya disilang ke belakang sambil memandang ke luar jendela. Dia membelakangi isterinya Puan Sri Rosena yang kekal tenang di tempat duduknnya. Dahi Tan Sri Musa berkerut sehingga keningnya hampir bertemu.
Puan Sri Rosena menanti jawapan Tan Sri Musa yang sedang berfikir panjang.
“Saya yakin, wanita ini mampu menjadi tulang belakang Hayden. Lebih dari apa seorang wanita bangsawan mampu buat. Kedudukan tidak penting kalau tidak dapat bantu support Hayden dari segi kesihatan mental dan fizikal dia. Anak kita perlukan seseorang seperti wanita ini… Barulah dia boleh menjadi pewaris seperti yang awak nak.”
Tan Sri Musa masih diam. Dia memejam mata rapat dan menarik nafas yang panjang.
“Bawa dia jumpa saya dalam perjumpaan keluarga.” kata Tan Sri Musa.
Puan Sri Rosena tersenyum lalu bangun berdiri.
“Baik. Saya akan beritahu Hayden.”
Tan Sri Musa mengeluh berat apabila melihat isterinya itu terus beredar dengan tenang. Puan Sri Rosena adalah wanita yang penuh perancangan di dalam diam. Tanpa sedar dia sendiri berada dalam kawalan wanita itu.
*****
Damya membuka pintu sebuah butik mewah di dalam gedung beli-belah itu dan melangkah masuk dengan kekok. Dia disambut oleh seorang pekerja butik berpakaian kemas namun, tiada segaris senyuman di bibir wanita itu.
“Yes, can I help you?”
“Ermm…” Damya terus kaku kerana dia benar-benar tidak biasa di tempat seperti itu.
“Saya perlu beli hadiah untuk seseorang.”
Wanita itu tersenyum lalu memberi laluan kepada Damya. Beberapa pelanggan yang ada di situ terus menoleh melihat Damya seperti tidak yakin dengan kemampuannya.
“Semua items di butik ini memang sesuai untuk dijadikan hadiah yang eklusif. By the way, what's your price range?" soal pembantu jualan itu sambil melihat Damya dari atas ke bawah.
“I’ll decide for myself whether or not it’s too expensive.” jawab Damya.
Wanita itu tersengih dan terus berjalan ke hadapan. Nampaknya pelanggannya itu terlalu yakin. Adakah dia tidak nampak nama butik di hadapan?
“This is our new arrival Hermes handbag. Baru sampai pagi tadi dari French.” Wanita itu menunjukkan sebuah beg tangan mewah di atas meja pameran.
“Owh… Yes, I’m sure I’d like to see that bag.” kata Damya lalu ingin mengambil beg tangan itu.
“Excuse me!” Tiba-tiba seseorang telah memintas Damya dan mengambil beg tangan itu.
“Datin!” Pembantu jualan itu terus cuak dan berdiri dengan tegak.
“You nak bagi kepada siapa ni? Who are you?” Datin Dayana terus menoleh melihat wanita berpakaian sederhana yang berdiri di belakangnya.
Terbeliak mata Dayana saat itu dan Damya hanya berdiri dengan tenang.
“Kau buat apa kat sini?” soal Dayana spontan.
“Sama seperti kakak. Saya datang untuk beli beg tu.” Damya memandang beg tangan mewah di tangan Dayana.
“Siapa kakak kau!!” jerit Dayana lantang sehingga pembantu jualan itu terkejut. Pelanggan yang lain pun turut memberi perhatian penuh kepada mereka.
“Maafkan saya Datin. Saya tersasul. Hampir 20 tahun dulu saya memanggil seseorang yang seperti Datin sebagai kakak. Sekarang, dia bukan kakak saya lagi. Susah pula nak ubah panggilan.” Damya tersenyum.
“Jangan kurang ajar! Kenapa kau datang ke sini? Sini bukan tempat untuk orang macam kau! Kau nak bayar pakai apa? Jangan malukan pelanggan tetap di sini dengan kehadiran orang miskin macam kau. Kasihannya hidup kau Damya! Sebab tu aku tak pilih jalan hidup macam kau.” ejek Dayana dengan rasa sakit hati yang sekian lama terpendam.
Damya tersengih pahit. Dia cuba untuk menghalang rasa sakit yang bertandang.
“Walaupun hidup saya tidak seuntung Datin. Sekurang-kurangnya saya berpijak di dunia yang nyata. Saya tidak perlu berselindung atau menukar identiti.”
“Kau keluar dari sini!” Dayana terus menapak ke hadapan dan menolak bahu Damya dengan kuat tanpa dijangka.
Damya tidak dapat mengawal badannya dan dia terus jatuh ke lantai selepas terlanggar meja kaca pameran. Pembantu jualan itu menjerit apabila beg tangan yang berada di tempat pameran turut terjatuh akibat dilanggar tubuh Damya. Pelanggan lain sudah mula berbisik-bisik dan ada yang ketawa.
Dayana tersengih sinis. “Macam mana kalau semua beg ni rosak? Kau nak bayar pakai apa Damya? Call the police! Ada orang rosakkan barang berharga!” Dayana mencekak pinggang di hadapan Damya.
“Oh my god! Macam mana ni! Kamu jangan lari! Kamu mesti bayar harga kerosakan! Saya akan call manager dan pengawal.” Jerit pembantu jurujual itu.
Damya memejam mata dan menahan sakit hati. Kenapa dia bersetuju dengan Hayden untuk datang ke butik ini mencari hadiah kepada Puan Sri Rosena sempena hari jadinya. Dia sepatutnya tidak datang ke tempat seperti ini dan dimalukan!
Ketika Damya berusaha untuk bangun telefon bimbitnya berbunyi di dalam beg tangannya. Damya melihat ke dalam beg dan nama Hayden tertera di skrin. Dia perlu pergi dari sini tanpa melibatkan Hayden yang sedang menunggu di kereta.
“Ambil nombor telefon saya. Saya akan bayar harga kerosakan.” kata Damya kepada pembantu jurujual.
Dayana terus ketawa. “Kau ingat boleh selesai macam itu aje ke? Kalau rosak, kau terpaksa beli semua beg tu! Kalau tak mampu, mereka akan saman!”
“Datin! Siapa yang buat saya jatuh?! Ini bukan salah saya!” Damya berani bertentang mata dengan Dayana.
“Salah kau sebab masuk tempat untuk golongan atasan macam ni! Semua pelanggan jadi tidak selesa dengan kehadiran orang macam mau. Sakit mata!” Sembur Dayana di hadapan muka Damya.
“Macam ini ke sikap orang high class? Akak patut sedar diri. Memang jelas sangat kakak macam orang tak bertamadun!”
“Jangan panggil aku kakak!” Dayana terus mengangkat tangan dan mahu menampar pipi Damya. Namun, tangannya tiba-tiba ditangkap oleh seseorang.
Dayana kaku apabila lengannya berada dalam genggaman seorang lelaki dengan kejap. Malah, pandangan mata lelaki itu tajam menikam Dayana.
“Hay… Hayden?!” Dayana kelu.
Damya yang memejam rapat perlahan-lahan membuka matanya. Dia terus terkejut melihat kehadiran Hayden di situ yang kelihatan tidak ragu-ragu.
“Jangan you berani sentuh dia!” tegas Hayden lalu melepaskan tangan Dayana dengan kasar.
”Hayden, perempuan ni rosakkan barang!” Adu Dayana tanpa mengetahui siapa Damya di sisi Hayden.
“Berapa harga kerosakan semua beg tu?!!” Hayden tiba-tiba mengamuk lalu merampas beg di tangan Dayana. Kemudian beg itu dihempas ke lantai.
“Oh my god!!” Semua orang di dalam butik itu melopong.
Mata Dayana terbeliak sehingga mulutnya turut ternganga melihat beg edisi terhad itu sudah bersepah di lantai.
“Sekarang apa lagi yang rosak?! Tell me!” kata Hayden dengan begitu marah.
“No! Tuan Hayden, please!” Damya terus menarik tangan Hayden dengan wajah pucat lesi. Dia bimbang Hayden akan merosakkan keseluruhan kedai. Sejak bila lelaki ini baran?!
“Wait. Why are you touching him?!” soal Dayana saat matanya terarah melihat lengan Hayden dipegang erat oleh Damya.
“Oh… Lupa nak kenalkan. She is my fiance, dan I yang suruh dia datang beli hadiah untuk Puan Sri. Puas hati?” Hayden menatap mata Dayana yang kelihatan mula menggigil.
“No! No! Tak mungkin!” Dayana menggeleng kepala tidak percaya.
Hayden menuding jarinya tepat ke muka Dayana. “I dah lama bersabar dengan you. Sebab I masih hormat you sebagai kakak ipar I. Tapi… hari ni you dah melampau! Sekali lagi kalau you buat dia macam ni. Bukan beg ni aje yang rosak. I akan musnahkan semua yang you ada. I don’t make a joke.”
Dayana terkedu wajahnya berubah merah padam. Dia melihat Damya dengan rasa tidak percaya!
“Talk to my laywer. He will arrive soon.” kata Hayden kepada pembantu jurujual itu lalu menarik Damya keluar dengan langkah yang luas.
“Oh my god… Tunang orang kaya rupanya. Haih… kecoh betul. Nampak sangat kita tahu siapa yang low class kat sini. Jomlah.” kata salah seorang pelanggan kepada rakannya sambil menjeling ke arah Dayana.
Dayana mengetap bibir dan menggenggam tangannya yang mula menggeletar. Entah kenapa dia mahu menjerit sekuat hati ketika itu!
Tak mungkin! Tak mungkin!!!
*****
Damya menyeka air mata yang tumpah kerana terlalu kecewa. Diperlakukan seperti itu oleh darah daging sendiri lebih menyakitkan daripada penghinaan yang diterima sebelum ini dari keluarga Aizat. Dia cuba mengawal kesedihan ketika berada di sisi Hayden. Lelaki itu sejak tadi diam dan fokus dengan pemanduan.
“Sorry, saya sepatutnya teman awak dari awal tadi.” Akhirnya Hayden bersuara dengan begitu serius. Dia masih tidak dapat bertenang dengan kejadian sebentar tadi dan menggenggam stereng kereta dengan erat menahan sabar.
“Tak apa…” Damya masih mengesat air mata terakhir yang masih bersisa. Emosinya semakin stabil.
“Saya tak percaya darah daging sanggup buat macam tu.” Hayden mengetap rahang. Entah kenapa dia teringatkan seseorang apabila situasi tadi berlaku kepada Damya. Ketika kecil dahulu, nyawanya hampir melayang kerana abangnya, Haizan.
“Abaikan dia. Dia kakak ipar awak jugak. Macam mana pun tetap akan berjumpa. Jangan panjangkan hal ni.” kata Damya lalu memegang lengannya yang tiba-tiba baru terasa sakit. Sejak jatuh tadi dia tidak berasa apa-apa.
“Are you okay?” Hayden terus membelek lengan Damya.
“Sikit aje.” kata Damya lalu menarik nafas panjang. Dia cuba melupakan perkara yang memalukan sebentar tadi.
“Kita ke klinik.” Hayden terus memberi signal dan kereta itu masuk ke susur kiri.
“Sikit aje awak!”
“Jangan degil.” tegas Hayden.
Damya akhirnya diam dan tidak melawan lagi. Dia cuma mahu berehat sahaja ketika itu. Letih jiwanya, sakit seluruh badannya.
“Dayana sudah tahu tentang awak. Tak mustahil kalau dia akan selidik semua tentang awak nanti. Dia mungkin akan burukkan imej awak di mata mummy dan dan daddy. Tapi… Saya tak akan biar semua tu berlaku.” ujar Hayden.
“Boleh tak…” Damya menoleh memandang wajah Hayden yang masih lagi serius.
“Kalau saya tak pergi masa hari jadi Puan Sri?”
“Bukan ada majlis pun. Mummy cuma buat makan malam keluarga. Awak kena hadir. Tan Sri mahu kenal dengan awak.”
“Tan Sri?” Dada Damya terus berdebar hebat. Kenapa dia boleh lupakan figura itu selama ini?!
“Mummy ajak awak masak makan malam bersama dia. Itu kepakaran awak kan?” Hayden menoleh sekilas melihat kebimbangan yang terbit di wajah Damya.
Damya mengeluh berat.
“Jangan mengeluh, kalau tak nak saya fikir awak akan lari masa wedding nanti.”
Damya terus tergelak. Dia menoleh melihat Hayden yang masih serius memandu.
“Risau jugak eh…” ujar Damya. Manja.
“Of course…” balas Hayden. Dia menahan senyuman. Lapang dadanya mendengar suara manja Damya. Semakin hari Damya banyak menunjukkan sisi lain. Semakin Hayden teringin untuk meneroka!
“Jangan mengamuk macam tadi lagi. Bukan macam diri awak tau…” kata Damya lalu menyentuh lengan Hayden. Lembut.
Dia pula terpaksa memujuk lelaki itu! Sejak tadi anginnya masih tidak baik.
“She deserved it!”
“Jangan marah lagi,” Kali ini Damya menyentuh pipi Hayden.
Hayden akur. Dia tidak dapat menahan dirinya dari cair dengan pujukan wanita itu.
“Come on, Damya…” Hayden menarik tangan Damya lalu memberi ciuman lembut di belakang tangan wanita itu.
****
Share this novel
sombong yee..tan Sri musa...padahal dia bekas pemandu...lagi baik pn Sri...lapang data terima siapa jodoh hayden...yg penting blh jaga anak dia dgn baik....bln Karen's duit Dan jabatan hayden....semoga Spa yg pn Sri buat dpt tercapai...ttg dayana and haizan....tamak yg akan menyesat kan
Cpt2lah kahwin.. Nt terbabas teruk kanggg?
x sabar nk tunggu kisah seterusnya