Bab 26
Encik Fairuz duduk berhadapan Puan Sri Rosena dan mereka duduk menikmati makan tengahari lebih awal di sebuah restoran Jepun. Encik Fairuz menggunakan bahasa badan yang penuh sopan ketika menuang teh hijau di dalam cawan kecil lalu diberikan kepada wanita itu. Mereka memgambil ruang santapan privasi dengan bilik gaya Jepun dan suasana penuh klasik.
“Terima kasih kerana menjaga Hayden dengan baik, Fairuz.” Puan Sri Rosena tersenyum hambar. Walaupun dia semakin lega dengan perubahan Hayden, namun dia belum melihat kesudahan yang baik. Ketika masa itu tiba, barulah dia boleh bernafas lega.
“Saya yang patut ucap terima kasih kerana Puan Sri mempercayai saya,” ujar Encik Fairuz.
Puan Sri Rosena angguk perlahan. “Kalau tak ada kamu, Hayden tentu banyak membuat kesilapan. Sedangkan, ramai musuh dalam selimut sedang menunggu dia membuat kesilapan dan terus mencari ruang untuk jatuhkan dia.”
“Saya tak akan biarkan semua itu berlaku, Puan Sri. Masa depan AG Group di tangan Tuan Hayden. Dia perlu dilatih menjadi seorang pewaris walaupun dia tidak bersedia.”
“Dia bukan tidak bersedia, dia cuma tak mahu berebut dengan Haizan. Dia pernah beritahu Tan Sri supaya beri segalanya kepada Haizan.” keluh Puan Sri Rosena.
Encik Fairuz terdiam sejenak.
“Tuan Hayden sangat hormati abangnya, dan dia kesal hubungan mereka menjadi renggang apabila dewasa. Tetapi, sekarang dia sudah faham tanggungjawab sebagai pewaris.” ujar Encik Fairuz.
“Saya tidak pernah membezakan mereka. Namun, sejak kejadian buruk menimpa Hayden, saya sendiri bimbang dengan Haizan. Jika perkara seperti itu berlaku lagi hanya kerana ketamakan.” Puan Sri Rosena tidak dapat menyembunyikan kebimbangan itu.
”Jangan bimbang Puan Sri, saya sentiasa pantau setiap pergerakan yang mencurigakan dalam AG Group.” tegas Encik Fairuz dengan yakin.
Puan Sri Rosena tersenyum hambar. “Baiklah kalau begitu. Cuma… Saya rasa ada lagi perkara yang kamu sembunyikan dari saya. Ada perkara lain yang saya perlu tahu kan?”
“Maksud Puan Sri?” Encik Fairuz agak keliru.
“Tentang Hayden dan Damya. Selain dari bekas suami dia adalah pekerja AG Group, tentu ada lagi rahsia lain?” teka Puan Sri Rosena.
Encik Fairuz terus tergamam. Sukar untuk menyembunyikan sesuatu dari Puan Sri Rosena. Benar, dia belum memberitahu tentang hubungan Damya dan Dayana, menantu sulung wanita itu.
“Rasanya saya telah jelaskan semuanya yang Puan Sri patut tahu. ”
“Saya tahu Hayden tak akan biarkan kamu membuka semua rahsia dia. Tapi jangan lupa saya adalah orang yang bawa kamu ke dalam AG Group… Jadi, beritahu saya kalau ada lagi perkara yang saya perlu tahu.”
Encik Fairuz menghela nafas perlahan. Dia tahu ada sesuatu yang tidak boleh disembunyikan dari Puan Sri Rosena. Apatah lagi wanita itu pernah berjasa kepadanya.
“Sebenarnya… Ia tentang Datin.”
Puan Sri Rosena terus mengerutkan dahi. “Kenapa dengan Datin?”
“Seperti yang Puan Sri tahu, Datin Dayana dibesarkan oleh keluarga angkat. Dia juga tidak pernah bercerita tentang keluarga kandung dia dan mengaku dia tiada saudara mara.”
Puan Sri Rosena masih menanti kenyataan yang lebih penting dari Encik Fairuz. Wajahnya kelihatan tertanya-tanya.
“Sebenarnya, Datin Dayana dan Damya, bakal isteri Tuan Hayden adalah dua beradik. Mereka berpisah sejak kecil.”
“Apa?!” Puan Sri Rosena jelas terkejut besar.
“Benar, Puan Sri. Tetapi, hubungan mereka tidak baik.”
Puan Sri Rosena terus tersandar. Dia benar-benar tidak menjangkakan hal tersebut. Adakah Tan Sri Musa akan menerima dengan baik kenyataan seperti itu? Dia sendiri pun masih tercengang!
“Macam mana boleh jadi macam ni…” keluh Puan Sri Rosena.
“Satu lagi… Datin dan Tuan Hayden pernah menjalinkan hubungan semasa di UK. Mereka lebih rapat dari kawan biasa. Tetapi… apabila pulang ke Malaysia, Datin memilih Datuk Haizan.” jelas Encik Fairuz. Dia terpaksa menjelaskan segalanya walaupun rahsia itu hanya diketahui oleh beberapa orang terdekat dengan Hayden.
Sekali lagi mata Puan Sri Rosena terbeliak.
“Apa?!”
*****
“Datin!”
Zetty terus bangun dari tempat duduknya apabila melihat Datin Dayana melulu berjalan menghampiri pintu pejabat Hayden.
”Ketepi!” Marah Dayana apabila melihat Zetty cuba menghalang laluannya.
“Datin, Tuan Hayden ada meeting dengan staf. Saya akan beritahu apabila selesai.”
Mata Dayana terus mencerlung tajam memandang tepat kepada Zetty.
“Kau sedar tak diri kau siapa? Kau cuma setiausaha dan I adalah pengarah HR. Berani you halang I! I nak jumpa Hayden sekarang!”
Zetty menahan sakit hati dengan senyuman terpaksa.
“Saya tahu, Datin. Tetapi, saya cuma jalankan tugas saya sebagai setiausaha. Tuan Hayden masih belum selesai meeting.”
“I don’t care!” Dayana terus menolak Zetty ketepi dan membuka pintu pejabat Hayden.
Zetty tidak dapat menghalang dan langsung mengikuti langkah Dayana masuk ke pejabat Hayden.
Hayden tergamam apabila melihat kemunculan Dayana dan Zetty di muka pintu. Apa pula kali ini? Melihat sahaja wajah Dayana yang seperti mahu meletup, Hayden cuba untuk mengawal situasi.
“Tuan Hayden, Datin mahu berjumpa. I’m sorry.” kata Zetty dengan bimbang.
Hayden melihat kedua orang staf di hadapannya yang turut terpinga-pinga.
“I’m in a meeting, Dayana. Why are you here?” soal Hayden.
“I have to talk to you,” Dayana memberi alasan dengan wajah serius.
Zetty melihat wajah Hayden tegang. Dia memberi arahan kepada dua orang stafnya untuk bersurai dan Dayana terus melangkah masuk. Zetty terpaksa menutup pintu pejabat dengan rasa menyampah terhadap wanita tidak sedar diri itu!
“Serbu masuk pejabat I macam ni… Ini bukan seperti diri you. Dulu, you tak akan buat orang fikir you terhegeh-hegeh kepada I. What is going on?” tempelak Hayden.
Dayana terus terdiam. Dadanya turun naik menahan rasa sakit hati dengan ayat Hayden.
“Kenapa you malukan I di butik tu?! Sebab perempuan bodoh tu? Tunang? You jangan nak menipu I Hayden. Family you tak akan terima perempuan macam tu!!” jerit Dayana sehingga Hayden terpaksa menutup bidai dengan alat kawalan supaya orang di luar tidak nampak perbalahan mereka.
“Perempuan macam mana maksud you? Itu bukan masalah you. Sama ada keluarga I terima atau tak.” balas Hayden. Dia masih duduk di kerusinya dan Dayana berdiri tegak dengan wajah bekerut!
“Dia tak boleh jadi isteri you Hayden! Dia tak boleh masuk dalam family kita! I akan terima kalau you pilih orang lain sperti Tengku Anis. But not her!!”
Hayden tercengang kemudian tersengih sinis.
“Apa masalah you ni? Kenapa I perlu restu dari you?” Hayden sengaja menguji Dayana walaupun dia tahu apa yang terpendam di hati wanita itu.
Dayana selangkah ke hadapan dan meletakkan kedua tapak tangannya di atas meja Hayden. Matanya merenung tepat ke wajah lelaki itu.
“Kenapa you pilih perempuan tu?! Sebab you tahu apa hubungan kami kan? You sengaja nak sakitkan hati I!”
“Come on! Kenapa I nak sakitkan hati you? You mean nothing to me.” Hayden sengaja membalas renungan Dayana dengan sinis.
Dayana terus berdiri tegak dengan rasa seperti mahu meletup. Panas hatinya dan panas wajahnya mendengar kata-kata pedas dari Hayden!
“You nak balas dendam kan? Sebab I pilih abang you!”
Hayden akhirnya ketawa. “Rasanya… Bila tengok you mengamuk macam ni. I rasa you dah tahu you salah buat pilihan kan?”
Dayana terus menolak segala fail di atas meja Hayden sehingga semuanya jatuh ke lantai! Bersepah!
Hayden hanya mampu tersandar di kerusi sambil melihat amukan Dayana. Masih tidak berubah sejak dahulu.
“I tak peduli! Jangan bawa perempuan tu ke dalam family kita atau… I akan buat dia merana!”
“Wait… You bercakap tentang Damya kan? Adik you sendiri… Kenapa you nak buat dia merana? Apa dosa dia kepada you?” soal Hayden dengan tenang. Dia cuma mahu melihat sejauh mana Dayana mahu menunjukkan kegilaannya.
Dayana mengetap bibir. Badannya kelihatan menggeletar menahan marah.
“I yakin dia goda you sebab dengki dengan I! Dia mahu dapatkan you untuk berlagak kepada I. You fikir dia ikhlas ke dengan you!”
“Dia bukan mata duitan macam you, Dayana. Dia juga tidak terdesak seperti you. I yang ajak dia kahwin. Bukan dia yang goda I. So… tolong keluar sebelum I habis limit sabar layan kerenah you.” arah Hayden lalu menunjuk jarinya ke arah pintu.
Dayana terpempan. Dia mahu memukul Hayden sekuat hati tetapi itu adalah mustahil. Air matanya terus mengalir kerana terlalu tertekan.
“Terimalah hakikat, Dayana. Sia-sia you buat macam ni. I tak akan berganjak dari keputusan I.” kata Hayden lalu bangun berdiri dan berjalan ke arah pintu.
Dayana pantas menghalang Hayden lalu memeluk lelaki itu dengan erat.
“Please… I tak sanggup, Hayden.”
Hayden cuba menolak Dayana tetapi wanita terus menghamburkan tangisan di dadanya.
“Jangan berlakon sedih di sini. I tahu niat you.” Hayden terus menolak Dayana dengan kasar sehingga wanita itu terdorong ke belakang.
“Go! Sebelum orang nampak perangai buruk you ni!” Jerkah Hayden tanpa peduli lagi sehingga Dayana terkejut besar.
*****
Damya menarik nafas sehingga bau kari yang dimasaknya masuk ke rongga hidung. Dia tersenyum lalu kembali menyambung memasak hidang makan tengahari untuk Hayden. Rutin hariannya masih tidak berubah walaupun hubungannya dengan Hayden semakin berkembang. Kelas masakan pula semakin mendapat sambutan sehingga mereka terpaksa membuka kelas lebih dari tiga hari. Pendek kata, Damya semakin sibuk!
Ting!
Damya melihat mesej masuk di telefonnya. Dia menanggalkan sarung tangan ketika mencuci di singki lalu memgambil telefon itu.
‘Saya akan lunch di rumah,’
Terbeliak mata Damya lalu pantas membalas.
‘Jangan kerap datang. Tak eloklah awak.’
‘Saya tak ada rekod buruk kan? Awak tak percaya saya ke?’
Damya menepuk dahi. Hayden memang tak tahu mengalah!
‘Bukan masalah tu. Kalau kena tangkap macam mana?!’
‘I akan bertanggunjawab!’
’Tuan Hayden!!’
Damya mengetap bibir geram lalu mencekak pingggang. Dia hampir melompat apabila mendengar pintu utama kondo itu dibuka dari luar.
“Oh my god!!” Damya hampir menjerit dan pantas merapikan rambut dan pakaiannya. Dia yakin wajahnya cukup serabai kerana tidak sempat membuat persediaan. Sudahlah dia sedang memasak! Hayden memang tidak dijangka!
Melihat wajah cuak Damya di dapur membuatkan Hayden tersengih selamba.
“Kenapa tengok saya macam tu?” soal Hayden yang segak bergaya di hadapan Damya.
“Awak patut cakap lebih awal. Datang macam pencuri!” Marah Damya.
Hayden ketawa kecil. “Kenapa? Risau tak sempat bersiap?”
Damya malu dan terus memalingkan wajahnya.
“Awak tetap cantik. Jangan risau.” kata Hayden lalu menghampiri dapur dan melihat masakan Damya.
Damya memberi laluan kepada Hayden dan berpura tidak dengar pujian lelaki itu.
“Kari? Awak jarang masak kari. Mimpi apa hari ni?” soal Hayden selamba.
“Saya cuma cuba masak lauk kegemaran Tan Sri. Sebelum sediakan untuk daddy awak nanti, saya nak awak rasa.”
Hayden angguk faham. “Daddy memang suka kari. Saya rasa nampak okey,” komen Hayden.
“Awak pergilah tunggu di meja. Nanti saya hidangkan.” ujar Damya tanpa kekok. Dia seolah sudah terbiasa dengan kehadiran lelaki itu.
Hayden menoleh kepada Damya yang sambung membasuh alatan memasak di sinki tanpa pedulikan dia lagi.
“Awak letih tak memasak untuk saya?” soal Hayden tanpa berganjak.
“Saya ikhlas. Awak jangan risau.” jawab Damya.
Damya kaku apabila Hayden tiba-tiba memeluknya dari belakang. Ini yang dia bimbangkan!
“Thanks,” bisik Hayden. Pelukan dieratkan.
Damya terasa sukar untuk bernafas dan dia cuba untuk membebaskan diri.
“Pergi tunggu di meja, Tuan Hayden.”
“Sekejap je,” bisik Hayden.
Damya akur dan membiarkan Hayden terus memeluknya. Lama.
Sepi. Hayden tidak berkata sepatah perkataan saat memeluk Damya dari belakang.
“Tuan Hayden?”
“Saya tak nak awak terluka. Tetapi… Saya bimbang kalau saya akan buat awak terluka selepas kita menjadi suami isteri.”
Damya tersenyum pahit. “Itu lumrah rumah tangga…”
“Selepas kita berkahwin, awak akan nampak lebih banyak kekurangan saya.”
Damya cuba menoleh memandang Hayden.
“Saya pun banyak kekurangan.”
“Awak mampu bersabar?” soal Hayden dengan serius.
Damya angguk perlahan. “Saya akan bersabar,”
Hayden akhirnya tersenyum lalu memusingkan Damya sehingga menghadapnya.
“Give me hug!”
Damya menggeleng lalu menolak Hayden sehingga berundur dari dapur.
Hayden ketawa bahagia lalu pergi menunggu di meja makan. Dia memerhatikan Damya yang tersenyum sambil menghidangkan makanan di atas meja.
“Awak buat saya tak sabar nak kahwin. You will be a good wife.” puji Hayden sehingga Damya terasa pipinya panas.
“And… You will be a good husband.” Damya sengaja mencuit hidung Hayden sehingga lelaki itu tercengang.
Hayden pantas menarik tangan Damya sehingga wanita itu terduduk di atas pahanya. Damya terkejut sehingga hampir menjerit.
“Tuan Hayden!”
“Bau kari pun awak tetap wangi,” usik Hayden dengan sengaja.
“Waktu ni memang semunya wangi awak…” jeling Damya.
“Iyake? Banyak pengalaman awak kan. Tak nak kongsi ke?”
Terbeliak mata Damya. Hayden ketawa.
“Jahatnya dia!” Damya menampar lembut wajah Hayden.
Hayden membalas dengan mencium pipi Damya dan bibirnya terus merayap ke leher wanita itu.
“Hayden! Stop it!!” Damya menolak Hayden sehingga badan lelaki itu tersandar di kerusi.
“Awak memang suka ambil kesempatan kan?! Cepat makan dan pergi sambung kerja.” Damya mahu bangun dari riba lelaki itu tetapi sudah tentu ada halangan!
Tangan Hayden melingkari pinggang langsing Damya dengan erat.
Damya akhirnya merangkul lehar Hayden dan membalas tatapan lelaki itu. Hayden sepertinya inginkan perhatian.
“Why?” soal Damya.
“I miss your hug, I miss your smell, I miss how you made me feel.” ucap Hayden sambil mengusap lembut belakang wanita itu.
Damya terasa dadanya kembang mendengar luahan lelaki itu. Namun, dia tidak mahu hanyut dengan gelora jiwa yang sepatutnya dikawal.
“Let me go…” bisik Damya bersama senyuman.
Hayden akur lalu meleraikan pelukan di pinggang wanita itu. Damya pantas bangun berdiri.
“Okay. I’m starving. I need to eat something quick.”
“Lunch is served…” kata Damya lalu menunjukkan hidangan yang sudah tersedia.
“Join me, please.”
Damya tersenyum lalu duduk berhadapan lelaki itu. Hayden mengambil sudu dan garfu untuk memulakan suapan. Setiap pergerakan Hayden sentiasa membuat Damya tertarik di dalam diam. Hayden mempunyai gaya tersendiri sehingga membuat ramai wanita terpesona. Namun, hanya mereka yang mampu menguruskan lelaki ini, akan dapat bertahan.
“Kenapa tenung saya macam tu?” Hayden sempat bertanya.
“Tunang saya kacak.” Damya senyum.
Hayden terus tersedak sehingga terpaksa mengambil air kosong. Merah padam wajahnya!
Akhirnya mereka ketawa.
*****
Hajar berjalan dengan langkah yang luas memasuki pejabat Datin Dayana. Wajahnya penuh kebimbangan kerana tahu mood bosnya sangat teruk pada hari itu. Dayana mengamuk tanpa sebab dan memarahi semua staf ketika mesyurat. Sebagai setiusaha Datin Dayana, dia perlu sentiasa bersedia menghadapi perubahan emosi wanita itu.
Datin Dayana mendongak dengan wajah tegang apabila melihat setiausahanya itu datang. Dia masih tidak dapat mengawal marah yang terpendam sejak bertemu Hayden hari ini.
“Apa yang you dapat, Hajar! Tell me right now!”
Hajar berdiri tegak berhadapan dengan Datin Dayana.
“Maklumat tentang wanita itu, saya sudah dapat.” ujar Hajar lalu menyerahkan sehelai dokumen kepada Dayana.
Berkerut dahi Dayana ketika membaca butiran tentang adiknya, Damya.
“Memang dia pernah berkahwin. Dia sudah bercerai. Lima bulan lepas?!” Dayana ketawa.
“Kenapa Tuan Hayden pilih perempuan macam ni? Nampak sangat dia ada niat lain!” kata Hajar untuk menyokong emosi Dayana.
“Macam tidak percaya…” Damya tersengih sinis.
“Datin… Ada maklumat yang lebih penting,” kata Hajar dengan senyuman bangga kerana menjumpai sesuatu yang pasti mengejutkan Datin Dayana!
*****
Share this novel
knpe lme xupdate ni pj... kmne pj mnghilg ni.....
rindunya dekat Damya n Hayden
Bila nak update PJ...dh rindu Ni..plsss