Bab 12: Rakus

Romance Series 673305

Bab 12

Datin Dayana keluar dari bilik dan menutup pintu rapat. Ketika itu dia melihat pembantu rumah sedang membawa bakul kosong dan berhenti di pintu bilik mentuanya. Dayana menghampiri wanita itu apabila hatinya terdetik sesuatu.

“Datin,” tegur pembantu rumah itu. Dia memegang tombol pintu tetapi Dayana menahan.

“Puan Sri ada di rumah?” soal Dayana.

“Tidak ada, Datin. Puan Sri keluar.”

“Baiklah… Biar saya kemas bilik Puan Sri hari ni…” kata Dayana, cuba menutup niatnya.

“Tapi, Datin.” Wanita itu teragak-agak. Bimbang dimarahi Puan Sri Rosena kerana membiarkan menantu sulung keluarga ini membuat kerja rumah.

“Awak boleh turun dan buat kerja lain.” kata Dayana lalu melangkah masuk ke dalam bilik itu meninggalkan pembantu rumah yang terpinga-pinga.

Dayana memandang sekeliling bilik dengan tema Timur Tengah itu. Pelbagai hiasan mewah menghiasi dinding, lampu dan hiasan siling yang mengagumkan.

“Tinggi cita rasa mummy… just like you Hayden.” Damya tersengih sendiri apabila mengingati bekas kekasihnya itu. Hayden… si cerewet!

Dayana memandang frame gambar di atas meja. Terdapat banyak gambar keluarga tetapi Dayana mencapai gambar konvokesyen Hayden di UK bersama kedua ibu bapanya. Dia menatap wajah Hayden yang masih muda dan kacak pada masa itu.

“Siapalah perempuan yang boleh bertahan dengan you… Nak kiss pun leceh!” Dayana merengus sendiri apabila melihat gambar Hayden lalu mengingati saat mereka bermadu kasih.

“Don’t kiss me! I tak suka lipstick you lekat dekat I.” ejek Dayana mengulangi kata-kata Hayden yang menampar kenangan.

“Kalau tak pakai lipstik… alasan baru lepas makan. Macamlah mulut aku ni jijik sangat. Arghh!” Dayana meletakkan semula gambar Hayden di atas meja dengan kasar.

Dia melepaskan nafas kasar dan mahu menepis memori lalu bersama Hayden.

Dayana kembali melihat sekeliling seolah sedang mencari sesuatu. Dia sendiri tidak pasti, tetapi keluarga ini seperti menyimpan banyak rahsia. Selain penyakit pelik Hayden, tentu ada lagi yang mereka cuba sembunyikan dari umum.

Mata Dayana terlihat laci meja yang tertutup rapat. Dia memandang ke pintu untuk memastikan tiada siapa yang melihatnya di dalam bilik itu sebelum membuka laci meja. Terdapat banyak album lama yang disimpan dengan baik di situ. Dayana mengambil salah satu album dan membelek kulit luar yang unik. Puan Sri Rosena sangat teliti dalam pemilihan barang-barang berharga. Walaupun hanya sekadar album.

Dayana menyelak satu persatu helaian album dan melihat gambar-gambar lama keluarga Tan Sri Musa. Gambar Tan Sri Musa dan Puan Sri Rosena bersama suaminya Haizan ketika kecil tanpa Hayden. Jarak umur Haizan dan Hayden juga agak jauh, bermakna ketika itu Hayden belum lahir.

Sehingga ke helaian tengah album, Dayana agak tertumpu kepada gambar Puan Sri Rosena di sebuah hospital bersama Tan Sri Musa dan seorang doktor warganegara asing. Dayana membaca tulisan tangan di bawah gambar itu.

“My IVF journey.”

Dayana mengerutkan dahi lalu membuka helaian belakang. Dia membaca lagi tulisan tangan yang tertera.

“Thank you, Dr. Hayden Brooks, for making our dreams come true.”

Jantung Dayana tiba-tiba berdebar apabila melihat gambar-gambar Hayden ketika bayi bersama doktor tersebut.

“Nama Hayden sempena nama doktor ni…” fikir Dayana saat itu.

“Kenapa mesti IVF?” Dayana semakin keliru tetapi dia cuba bertenang.

“Mungkin mummy susah nak dapat baby lagi selepas Haizan.” Dayana terus menutup album itu dan menyimpannya di tempat asal. Dia perlu segera keluar dari bilik sebelum ditangkap oleh sesiapa. Namun, Dayana tetap tidak sedap hati!

****

“Wah… Semakin berani kau eh? Keluar hujung minggu macam ni. Puan Juriah tak membebel ke?” soal Kayla sambil meniup kopi panasnya.

Mereka berdua santai di kedai kopi kegemaran mereka pada waktu petang itu. Bau haruman kopi membuatkan Damya hampir melupakan bebanan jiwanya.

“Aku dah tak peduli. Dia senyap bila aku bagi dia duit poket macam menantu lain. Tapi, taraf aku masih rendah di mata dia. Dia kata aku kerja macam mak cik kantin jangan nak berlagak sangat.” jawab Damya selamba.

Kayla terus ketawa terbahak-bahak ketika itu sehingga hampir tersedak.

“Mak cik kantin apa lawa macam ni Mak Long Juriah. Adui… Tak faham aku. Aizat macam mana sekarang? Jangan cakap kau tiba-tiba bahagia pulak!” tempelak Kayla.

Damya tersengih sinis. “Bahagia? Lepas dia nak jual aku sekali lagi. Kau fikir aku bahagia?”

“Oh ya!” Kayla terus menepuk tangan apabila mengingati perkara itu.

“Betul… Memang tak guna la Aizat ni. Aku tak sangka betul masa zaman belajar dulu dia nampak baik aje kan. Rupanya…” Kayla mengetap bibir geram. Kalaulah dapat diputarkan waktu, mahu sahaja dia menghalang perkahwinan Damya dan Aizat. Tetapi apalah daya, jodoh itu takdir yang sudah tertulis. Sedangkan dahulu…. Damya seorang gadis periang yang hampir semua orang cemburu.

Damya merenung wajah Kayla yang tiba-tiba berkhayal jauh.

“Kau ada beritahu siapa-siapa tentang aku malam tu?” soal Damya dan memecah lamunan Kayla.

Kayla pantas mengambil kopinya semula. “Siapa? Aku… Tak beritahu sesiapa pun.”

Damya mengecilkan mata melihat wajah Kayla yang cuak.

“Lain kali jangan buat macam tu lagi. Dia tu bos aku, Kayla. Kau jangan salah faham.”

Kayla menahan senyuman sehingga matanya berkelip-kelip. “Tapi dia pergi kan…”

“Kayla!” Damya terus mencubit lengan sahabatnya itu.

“Auchh! Sakit!” rengek Kayla.

“Dia suka kau, Mya! Memang nampak ketara!” usik Kayla lagi.

“Ini bukan kisah fairytales Kayla! Kita sedang berpijak di bumi yang nyata. Apa yang paling utama, aku kena selesaikan masalah aku dulu.” tutur Damya dengan tegas.

Kayla akhirnya mengalah dan kembali serius.

"Aku tahu… Tapi, kenapa kau belum bertindak lagi?”

Damya kembali bersandar dan termenung panjang. Demamnya baru sahaja sembuh, tetapi dia tidak betah berada di rumah itu. Sehari pun penuh dengan keterpaksaan.

“Aizat… Dia pernah beri aku syarat dulu. Kalau nak bercerai.” keluh Damya perlahan.

“Syarat apa?” Kayla terus memberi fokus.

“Tebus talak…”

“Khuluk?” Kayla membesarkan matanya.

Damya angguk perlahan.

“Oh my god… Dayusnya kau Aizat!” Kayla benar-benar tidak percaya.

“Kali ini kalau aku minta lagi… Dia pasti akan meminta benda yang sama. Jadi, aku perlu kumpul duit yang banyak Kayla. Aku akan tebus diri aku dari lelaki tu!” tekad Damya sehingga berkerut dahinya menahan emosi.

“Aku tak percaya betul… Tebus talak bukan main-main. Kau kena bayar kepada suami kau untuk dia lepaskan kau.” Kayla masih belum tenang dengan apa yang baru dia dengar dari mulut Damya.

“Aku cerita ni…. Sebab aku tak nak kau fikir aku mengalah dengan Aizat. Tidak sama sekali Kayla. Once aku dah tekad. Aku tak akan paling belakang.”

“Aku faham… Aku percaya dengan kau. Semua ni perlu dinoktahkan.”

“Satu perkara lagi… Aku tak nak sesiapa pun tahu tentang hal ni Kayla. Please…” pohon Damya bersunguh-sungguh.

“Okey… Aku faham. Sorry untuk malam tu. aku cuma bimbang, bukannya aku tak nak pegang amanah kau.”

“Past is past. Cuma kali ni aku betul-betul harap kau boleh pegang rahsia ni…” kata Damya lagi.

"Sure…” Kayla terus memegang tangan di atas meja bersama senyuman untuk menyuntik kepercayaan Damya.

“Thanks, Kayla. Kau pun tahu aku tak ada sesiapa lagi. Kalau aku berpisah dengan Aizat, aku akan terkontang-kanting dalam dunia ni…” luah Kayla perlahan.

“… Dulu aku masih muda dan aku sangat takut. Aku takut kalau aku tak mampu nak survive. Kali ni… Aku rasa aku lebih kuat.” sambung Damya.

Kayla mengangguk perlahan dan menepuk lembut tangan sahabatnya itu.

“Kau tak akan seorang diri Damya. Aku kan ada… Lagipun, oh ya…Tentang kakak kau… Kau cakap nak cuba cari dia dan buat hebahan di laman sosial. Kau dah cuba ke?” soal Kayla apabila teringatkan tentang kakak kandung Damya tidak dapat dihubungi sejak sekian lama.

Damya tersenyum pahit. “Aku rasa dia dah mati…”

“Damya!” Kayla benar-benar terkejut kali ini.

“Dia bukannya hilang… Rumah pusaka arwah atuk aku masih ditempat yang sama. Bukan susah nak cari pun, melainkan kau hilang ingatan, atau dah mati… atau memang sengaja lupa asal usul.”

Kayla mengeluh berat kali ini. “Aku harap kau kuat Damya. Kalau aku di tempat kau, belum tentu aku bertahan…”

****

Damya menarik nafas dalam-dalam bersama senyuman untuk memulakan hari pertama kerja pada minggu itu. Dia mengumpul semangat yang sebenarnya berada di penghujung. Saki bakinya masih tersisa dan hanya itulah yang dia pertahankan saat ini.

Damya masih berdiri di hadapan bangunan kondo bersama bungkusan makanan dan menunggu seseorang di situ. Dia melihat penampilannya dan cuba untuk yakin dengan diri sendiri. Warna biru lembut memang sesuai dengan kulit Damya yang putih kemerahan.

Kereta model Bently berwarna hitam menghampiri kawasan kondo dan berhenti di hadapannya. Damya tersenyum nipis dan berlari anak ke arah kenderaan itu. Dia mahu melepaskan segala masalahnya ke belakang dan mulai pandang ke hadapan!

“Tuan,” tegur Damya bersama senyuman manis lalu duduk di sebelah lelaki itu yang segak berkemeja biru. Alamak… Boleh tersama pula. Getus hati Damya.

Hayden mengangkat sedikit cermin mata hitam dan memandang Damya yang sedang memakai seat belt.

“Raya sedondon ke ni?” Komen Hayden.

Damya tersenyum. Manis.

“Kebetulan, Tuan Hayden. This is your lunch. Saya letak di belakang.” kata Damya lalu meletakkan bekal makanan Hayden di kerusi belakang.

Lelaki itu menurunkan semula cermin mata dan mula memandu.

“Do you feel better?” soal Hayden kemudian.

“Yes, thank you sebab bagi cuti…” jawab Damya walaupun masa cuti banyak dihabiskan dengan membuat kerja rumah di rumah mentuanya. Tetapi, Damya mengambil juga masa untuk bertenang.

“Ini kontrak dengan client kita nanti. No matter what kita kena dapatkan dia. Dia cef yang pakar dalam pastry and dessert dan terbaik dalam negara.” ujar Hayden lalu mengambil sampul surat di belakang.

Damya dapat menghidu bau Hayden yang sangat wangi apabila lelaki itu mencapai surat kontrak di belakang. Ketika itu lampu isyarat sedang merah. Damya agak terganggu buat seketika.

“Awak boleh semak,”

“Saya tak berapa pandai bab kontrak,” jawab Damya.

“Jadi awak kena biasakan mulai hari ini, Damya.”

Damya mengangguk perlahan dan membaca seimbas lalu kontrak tersebut.

“Tawaran ni sangat menarik. Saya pasti tak ada siapa akan tolak.” kata Damya.

“Cef ni sangat sibuk dan terkenal. Peluang adalah 50-50. Dia juga ketua cef di hotel lima bintang.”

“Oh my god…” Damya benar-benar teruja.

Mereka berdua berjalan beriringan ketika melewati restoran di hotel tersebut. Damya semakin teruja dan tidak sangka akan datang ke tempat seperti itu. Bertemu dengan Ketua Cef? Dia semakin berdebar dan tidak sabar untuk melihat siapa gerangan orangnya.

Damya dan Hayden berhenti apabila kedatangan mereka disambut oleh seorang lelaki bersut kemas dengan tag nama sebagai pengurus.

“Have a seat, Tuan Hayden and madam. Cef akan datang sekejap lagi.” kata lelaki itu lalu menunjukkan tempat duduk di meja VIP.

Hayden menarik kerusi untuk Damya dan wanita itu duduk dengan sopan. Hayden pula mengambil tempat di sebelahnya.

“You look nervous. Relax and breathe.…” bisik Hayden.

Damya mengangguk dan cuba untuk tenteramkan dirinya. Selang beberapa minit seorang lelaki berpakaian seragam cef yang lengkap berjalan dengan penuh gaya ke arah mereka.

Damya terus memandang ke hadapan dan melihat figura itu semakin menghampiri mereka dan Damya hampir terngaga melihat lelaki tampan itu.

“Cef Aariz Tahir!” Damya menekup mulut.

“Dia terkenal kan…” Hayden tersengih melihat keterujaan Damya.

“Hai, saya Aariz.” Lelaki itu memperkenalkan diri dan menghulurkan tangan kepada Hayden.

“Hayden, and she is Damya.”

Damya turut menyambut salam lelaki itu dengan wajahnya yang panas. Dia adalah pengikut dan peminat lelaki itu selama ini!

“Saya dah baca email dari Tuan Hayden. Saya juga sudah teliti perancangan tentang program kelas masakan tu…” Aariz terdiam sejenak lalu memandang ke arah Damya.

Damya terkedu dan Hayden turut menoleh melihat wanita di sebelahnya. Ada apa dengan Damya?

“I’m sorry… You Damya…” Aariz seperti memikirkan sesuatu.

“Yes… Senior…” jawab Damya tidak dapat menahan senyumannya.

“Oh my god… Patutlah saya macam familiar!”

Hayden terus tergamam melihat situasi itu.

“Awak junior falkulti kewangan….”

Damya menekup mulut. “Cef kenal saya ke? Maaf sebab masa di kampus saya tak kenal cef. Tetapi, ada kawan-kawan saya cakap, cef popular Aariz Tahir adalah senior universiti kita dulu.”

Aariz terus ketawa dan menepuk tangan.

“Di universiti dulu saya memang low profile. Tetapi saya pun sama macam mahasiswa lain. Pantang ada event best-best mesti kami sampai. Tambahan lagi fashion show kampus. Budak-budak fakulti fesyen cari model-model dari mahasiswi cantik macam Damya. Kami pun tak lepas peluang nak tengok… Ramai juga nak try Damya masa tu tapi dah ada boyfriend pula.” Panjang lebar Aariz membuka kisah lalu. Jelas wajahnya teruja bertemu dengan rakan sekampus walaupun berbeza tahun.

Damya hanya menahan ketawa dan tersenyum lebar.

“Sorry Tuan Hayden. Damya ni dulu popular di universti kami. Orang panggil ratu cantik kampus.” jelas Aariz apabila melihat Hayden seperti tertanya-tanya.

“I see…” komen Hayden selamba.

Damya menyelit rambut di telinga untuk mengurangkan rasa segan apabila lelaki itu mengungkit kisah lalunya.

“How are you, Damya? You mesti sudah berjaya sekarang. Jadi, you salah seorang cef yang akan join cooking class tu? Saya tak sangka awak terjun dalam bidang ni.” Aariz semakin galak berbual sehingga terlupa tujuan sebenar pertemuan mereka ketika itu.

“Saya minat bidang ni sekarang. Sebab itu kami datang ke sini dan sangat berbesar hati kalau cef mahu bekerjasama…” ujar Damya untuk kenbali kepada tujuan asal. Lirikan mata Hayden terus membuat Damya mengawal keterujaannya.

“Well…” Aariz Mengangguk perlahan.

“Saya dapat banyak tawaran untuk kerjasama dan jadual saya sangat padat…”

Damya menunggu jawapan lelaki itu dengan berdebar. Dia sangat berharap Cef Aariz bersetuju kerana dia sangat teringin untuk belajar dengan lelaki itu!

“Tapi saya tak boleh menolak kalau tawaran itu datang dari Damya… my junior.” sambung Aariz.

Damya terus tersenyum lebar dengan mata yang bersinar. “Thank you so much chef!”

“My pleasure… Lagipun Damya buat saya terimbau masa zaman belajar yang happening dulu.”

Damya mengangguk perlahan. “Saya pun sangat merindui zaman tu…”

Hayden berdeham beberapa kali dan membuat mereka berdua tersedar. Aariz kembali fokus kepada Hayden yang sejak tadi hanya diam memerhati.

“Tuan Hayden, should I sign the contract now?” soal Aariz dengan terbuka.

Damya menoleh melihat Hayden di sisinya.

“I’m sorry. Saya terlupa bawa kontrak. We’ll see next time.” kata Hayden.

“Oh… Okay…” Aariz terkebil-kebil lalu tersengih.

Damya terus melopong. Kenapa dengan Hayden? Bukankah dia membawa kontrak itu?

“Alright … I’ll serve our special cake today. Wait a minute.” Aariz bangun dari kerusi dan terus ke belakang.

Hayden membetulkan kot di badannya dengan selamba. Damya tidak berani untuk bertanya apa-apa ketika itu sehinggalah Aariz datang semula membawa dua hidangan kek di atas meja.

“Greek orange honey cake is served!” ucap Aariz.

“Oh my god…” Mata Damya jelas bersinar sehingga Aariz tersenyum lebar.

“Sweet, sour… Just perfect!” Komen Damya selepas suapan pertama. Seumur hidup inilah kek paling sedap pernah dinikmatinya.

“Tuan Hayden! You should try this!” Spontan Damya membawa sudunya yang berisi kek kepada Hayden.

Hayden kaku dan hanya matanya bergerak melihat sudu itu dan Damya silih berganti. Aariz turut tergamam melihat hubungan yang rapat antara dua individu itu.

“Oh… Sorry…” Damya seperti baru teringat Hayden tidak akan makan makanan di luar. Dia menarik semula tangannya.

Pantas Hayden memegang tangan dan menahan pergerakan Damya. Dia merenung jauh ke dalam mata Damya sehingga wanita itu kelu.

Tanpa disangka, Hayden menarik tangan Damya lalu membawa sudu itu ke dalam mulutnya. Damya terkejut dengan tindakan Hayden dan melihat perubahan wajah lelaki itu. Merah padam!

“Are you okay, Tuan Hayden?” soal Aariz. Adakah kek itu tidak kena pada selera Hayden.

“Good… but excuse me!” Hayden pantas bangun dan menolak kerusi ke bekalang. Dia terus melangkah luas menuju ke tandas.

Damya cuak dan berusaha untuk mengawal keadaan.

“Sorry chef! Tuan Hayden sebenarnya kurang sihat hari ni. Tetapi dia tetap nak hadir temujanji.”

Aariz mengangguk perlahan. “I feel sorry for him. Kita akan tangguh meeting. Call me later, Damya.” Aariz terus mengeluarkan kad namanya dan berikan kepada Damya.

“Sure… Thank you,”

Hayden terus terbatuk di toilet bowl dan menahan rasa termuntah sehingga urat di dahinya nampak jelas dan berpeluh. Hayden menahan diri di dinding dan memejam mata rapat.

“Why… Selalunya aku akan muntah sampai pengsan!” Hayden tidak percaya dengan diri sendiri. Bagaimana dia boleh bertahan apabila berkongsi sudu dengan orang lain?!

Hayden kembali berdiri tegak dan memandang cermin. Dia cuma merasa loya… Tetapi dapat menahan diri dari memuntahkan segala isi perut.

“Apakah ini?” Hayden masih tertanya-tanya.

Damya masuk ke dalam kereta dan duduk dengan selesa di sebelah Hayden. Dia menoleh melihat lelaki itu yang banyak berdiam diri dan fikirannya melayang entah ke mana.

“Are you okay?” soal Damya.

“I’m fine…”

“Boleh saya tanya… Kenapa tidak serahkan kontrak tadi? Cef Aariz bersedia untuk kerjasama…” soal Damya yang masih keliru dengan sikap Hayden.

Hayden hanya diam dan tidak memberi sebarang jawapan. Dia juga masih belum gerakkan kereta itu. Hmm… itu pun satu lagi masalah. Semakin berat kepala Hayden ketika itu.

“Why… can you talk to me?” Damya sekali lagi spontan memegang lengan Hayden dan menggoncang tangan lelaki itu.

“Tuan Hayden…” kali ini Damya bersuara lebih lembut tanpanya sedari. Memaksa lelaki itu memberi jawapan.

Hayden memandang tangan Damya yang berada di lengannya. Lantas tangan itu digenggam erat. Damya terkejut tetapi tidak dapat menarik semula tangannya itu. Hayden menoleh memandang wajah Damya dengan dekat.

“Can I try to do something?”

“Wha… what?” Damya langsung gugup ketika membalas renungan Hayden.

“I’m sorry.” Selesai ucapan itu Hayden terus menarik leher Damya dan sepantas kilat bibirnya melekat di bibir Damya yang basah.

Damya membuka matanya luas dengan rasa terkejut yang hampir meletupkan dada. Hayden merasakan penolakan tetapi dia harus mencari kepastian!

Dada Hayden ditolak sekuat hati tetapi sedikit pun tidak bergerak. Damya tidak mampu melepaskan diri sehingga dia akhirnya terpaksa menghadap ciuman rakus itu!

Share this novel

norsila
2024-02-05 09:08:59 

eemm brani nya hayden...abislah..huu

Al-Haz Al-Zai
2024-02-03 13:32:55 

OMG......

Elya Maisara
2024-02-03 12:11:43 

Omg heyden !! More please PJ ?


NovelPlus Premium

The best ads free experience