Bab 22
Cuaca berubah mendung. Titisan air hujan mulai menitis sehingga mengena wajah wanita itu yang sedang mendongak melihat dada langit yang terbentang luas. Segaris senyuman mekar walaupun titisan hujan itu semakin lebat. Dia memejam mata dan menikmati suasana itu yang amat tenang. Jiwanya seolah sedang terbang bebas seperti burung merpati, tanpa sedar dia mendepakan kedua belah tangan.
Orang ramai berpusu-pusu mencari tempat berteduh. Damya masih kekal di tengah laluan berjalan kaki atau trek jogging di taman itu. Pakaian sukannya semakin basah. Damya tiba-tiba ketawa halus dan lama-kelamaan dirinya basah kuyup dan dia sangat menikmati hujan lebat pada petang itu.
Sudah agak lama Damya tidak menikmati kebebasan dan ketenangan seperti itu. Kini, semangatnya semakin utuh untuk meneruskan kehidupan. Dia tidak peduli lagi dengan kisah lalunya yang gelap gelita, kini dia sedang melihat cahaya walaupun matanya terpejam rapat.
Apa yang dia mahukan, hanyalah kebahagian diri sendiri.
“Damya… Jangan pernah jemuskan hidup kau dalam cerun yang sama lagi. Cukuplah! Kali ini kau sudah bebas! I’m free!!” Damya menjerit sekuat hati lalu meluaskan langkah dan sambung berlari.
Berlari adalah hobinya ketika zaman belajar, sebab itulah dia seorang yang cergas dan memiliki berat badan yang ideal. Tetapi, segala hobi dan kegemarannya telah terpadam sejak menjadi isteri Aizat. Kini, dia ingin memulakan segalanya dari awal dan membuat semua perkara yang telah lama ditinggalkan.
“But you miss him…”
“No! I’m not!”
Damya berteriak dengan diri sendiri dan terus berlari menuju ke keretanya di tempat parkir. Apabila sampai, Damya terus masuk dan duduk di tempat pemandu. Mujurlah dia baru membeli kereta itu dan belum sempat mengoyak plastik. Keadaannya yang basah lencun itu membuatkan Damya kesejukan.
“Kenapa kau bodoh sangat Damya! Call him!” Damya memegang stereng dengan kejap. Matanya memandang ke hadapan walaupun penglihatannya terbatas dengan air hujan yang lebat.
“Mungkin dia mahu beri kau masa untuk bertenang dalam tempoh ni…” Damya akhirnya tersandar lemah. Semangatnya terus menjunam apabila ingatan terhadap lelaki itu mengusik ketenangannya.
“Baiklah… Kita tentu akan berjumpa juga di majlis pelancaran kelas masakan esok!” Damya terus menghidupkan enjin dan menukar gear D untuk bergerak. Sudah agak lama dia tidak memandu, jika tidak dialah balaci keluarga Aizat untuk mengambil dan menghantar anak-anak ipar birasnya ke sekolah.
Damya menggeleng kepala apabila teringatkan situasi memeritkan ketika masih menjadi isteri Aizat. Memori itu kadang-kala hinggap di fikiran kerana terlalu lama menghantui hidupnya.
****
Bangunan dua tingkat itu mulai dimasuki para tetamu jemputan. Kain rentang yang besar tertulis perasmian VIP Cooking Class terpampang di pintu masuk bangunan itu. Aras bawah terdapat dewan dan mini perpustakaan untuk pelbagai buku masakan dari cef-cef terkenal seluruh dunia. Manakala tingkat satu terdapat dapur dan telah diubah suai menjadi kelas masakan dan tingkat tiga merupakan pejabat pentadbiran.
Damya kelihatan sibuk mengedarkan risalah atau pamplet tentang info kelas masakan mereka kepada tetamu yang hadir. Kayla turut berada di situ dan membantu Damya mengedarkan risalah.
“She look so happy…” ucap Kayla perlahan sambil memandang lurus kepada Damya di hadapannya.
“She deserve it,”
Kayla menoleh melihat seorang wanita cantik yang turut tersenyum melihat Damya. Entah bila wanita itu datang berdiri di sebelahnya sehingga Kayla tidak menyedarinya.
“Awak kenal Damya?” soal Kayla.
Wanita itu tersenyum lebar. “Saya Zetty, setiusaha Tuan Hayden.” Zetty menghulurkan tangan sebagai salam perkenalan kepada Kayla.
Kayla seperti baru tersedar dan terus menyambut huluran tangan Zetty. “Oh, jadi ini Cik Zetty. Saya pernah dengar nama awak dari Damya. Dia cakap awak sangat baik dan cantik.” kata Kayla dengan teruja melihat wanita itu.
Zetty hanya tersenyum. “Saya pun banyak dengar tentang awak. Awak kawan yang sangat baik kepada Damya.”
“Kami kenal sejak di Universiti. Sebenarnya, Damya yang sangat baik dengan saya sejak zaman belajar.”
“Damya memang seorang yang baik hati. Sebab itu dia dapat mencuri hati seorang lelaki yang hebat.” Zetty tersengih penuh makna.
“Siapa lelaki tu? Adakah di sana?” soal Kayla lalu menunjuk jarinya kepada seorang lelaki yang segak berdiri di sebelah Damya dan mereka dilihat sedang berbual mesra.
Kayla tersenyum sendiri kerana mahu memancing suasana. Dia tahu maksud Zetty tentang lelaki yang hebat itu, tetapi lelaki itu telah mendera perasaan sahabatnya untuk beberapa bulan ini.
Zetty terus menandang ke arah lelaki yang dimaksudkan oleh Kayla. Ternyata lelaki itu bukanlah Hayden tetapi salah seorang cef yang akan menjadi guru masakan di situ. Damya dan lelaki itu kelihatan rapat dan perbualan mereka diselang seli dengan gelak tawa.
“Chef Aariz Tahir…” Zetty menyebut nama lelaki itu dengan perlahan.
“Ya… Mereka semakin rapat sejak bekerjasama untuk kelas masakan ini dan juga kolaborasi buku mereka nanti. Mereka juga nampak secocok.” Kayla tersengih lebar, menanti reaksi Zetty.
“Well… He is not gentleman. Orang lain yang usaha, orang lain yang dapat manfaat.” komen Zetty.
“Zaman sekarang, siapa cepat dia yang dapat Cik Zetty.” Kayla ketawa halus.
“Salah tu… Siapa yang lebih berkuasa, dia yang akan dapat.” Zetty mengenyit mata kepada Kayla sebelum bergerak ke hadapan dan menuju ke arah Damya yang masih berbual dengan Aariz Tahir.
“Tak sangka akhirnya kita akan mulakan kelas ni minggu depan. Mesti awak sangat teruja, Damya.” Zetty menyentuh lengan Damya yang sedang asyik berbual dengan lelaki itu.
“Oh, Cik Zetty.” Damya agak terkejut, kemudian dia tersenyum manis kepada Zetty.
“You look so beautiful today, Mya.” Puji Zetty.
“Awak juga Cik Zetty. Terima kasih sebab membantu untuk majlis ni.” ucap Damya.
“No worries, Mya.” Zetty kemudian menoleh kepada lelaki bergaya di sebelah Damya.
“Chef! Nice to meet you,”
“Nice to meet you too, miss.” Aariz agak kekok apabila melihat pandangan wanita itu yang sukar untuk ditafsirkan.
“Well… Damya, Look at our guests. Kebanyakan yang datang akan menjadi pelajar awak nanti. Di situ ada Datin Medina, Datuk Hajar pun ada. Di sana Puan Qairina. Wow… semuanya VVIP. Awak kena berkenalan nanti.” Zetty kelihatan teruja apabila menunjukkan kepada Damya para tetamu yang hadir.
“Oh… Di situ Datin Julia, Datin Sofea. Oh my god… semua ni mungkin sebab kita ada tarikan iaitu Chef Aariz kita.” Zetty sengaja mengenyit mata kepada lelaki itu.
Wajah Aariz berubah merah padam. Sememangnya tetamu yang hadir sedang mencuri mengambil gambarnya sejak tadi.
“Bahaya juga ni…” Zetty ketawa kecil.
“Siapa tu?” bisik Damya kepada Zetty apabila melihat ke pintu masuk. Seorang wanita pertengahan umur berpakaian elegan tetapi cukup sopan memasuki ruang itu. Semua tetamu menoleh ke belakang dan melihat wanita itu berjalan masuk bersama seorang lelaki tinggi lampai di sebelahnya.
“Oh… My… God.” Zetty terngaga. Matanya juga tidak berkelip dan lurus memandang ke hadapan.
Damya berdiri kaku dan masih tertanya-tanya.
“Puan Sri Rosena… Hayden’s mother!” bisik Zetty. Dia sendiri tidak sangka Hayden akan menjemput Puan Sri Rosena. Adakah Hayden mempunyai rancangan yang tersendiri?
Berdegup kencang jantung Damya saat itu apabila melihat kehadiran Hayden bersama ibunya. Spontan kakinya berundur setapak ke belakang sehingga Aariz menyentuh lengannya.
“Are you, okay?” soal Aariz.
Damya mengangguk perlahan. Pengacara majlis terus membuat ucapan dan meminta semua tetamu mengambil tempat masing-masing. Damya dan Aariz duduk di barisan paling hadapan bersama seorang lagi cef yang akan menjadi tenaga pengajar.
Suasana berubah senyap apabila pengacara memulakan majlis serta memberi ucapan penghargaan. Damya mencuri pandang Hayden dan ibunya yang berada di atas pentas dalam dewan tersebut. Hayden kelihatan tenang berbual dengan Puan Sri Rosena yang kelihatan memberi fokus pada anak lelakinya itu.
“Damya… Take it easy. Saya pun tak sangka Puan Sri akan datang. Jangan risau, awak guru masakan di sini, kena confident okey!” bisik Zetty di sebelahnya, memberi kata-kata semangat.
”It’s okay, I’m fine.” Damya cuba untuk tersenyum.
Tepukan gemuruh dari tetamu bergema apabila Hayden bangun untuk memberi ucapan bagi perasmian. Damya memandang lelaki itu yang sedang berucap. Hayden menjelaskan tentang tujuan kelas masakan itu dilaksanakan dan juga ucapan penghargaannya kepada mereka iaitu tenaga pengajar yang terlibat. Saat namanya disebut Hayden, lelaki itu menatapnya untuk kali pertama sejak tiba di majlis itu.
Damya tidak memberi sebarang reaksi. Wajahnya bersahaja dan Hayden tidak berjaya mengalih pandangannya. Sehingga ucapannya terhenti seketika.
Puan Sri Rosena kemudian memandang Hayden yang tiba-tiba terdiam sebelum menyambung ucapannya dengan sedikit gangguan.
Damya turut memberi tepukan gemuruh apabila Hayden menamatkan ucapan dengan perasmian kelas masakan itu. Hayden gementar setelah memandangnya? Damya tersengih sendiri.
Puan Sri Rosena turun bersama Hayden dan berjalan ke arah tetamu VIP di barisan paling hadapan. Ketika itu Damya turut bangun dan menunggu Puan Sri Rosena hampiri tempat mereka selepas bersalaman dengan tetamu VIP yang lain. Sementara itu Damya cuba mengawal pernafasannya yang tiba-tiba gementar.
“Puan Sri, thank you for coming.” ucap Zetty dengan ramah. Mereka berdua berbalas senyuman.
”Kamu sudah banyak tolong Hayden. Thank you so much.” Puan Sri Rosena memeluk Zetty dengan mesra.
“Aunty, ini Damya. Salah seorang guru masakan di sini. Sebelahnya itu Chef Aariz Tahir dan Chef Azuan. Mereka juga tenaga pengajar.” kata Zetty lalu melirik kepada Hayden yang berdiri di belakang Puan Sri Rosena. Lelaki itu kelihatan selamba.
“Damya? Awak seorang cef?” soal Puan Sri Rosena.
Damya gugup tetapi akhirnya dia berjaya menarik nafas yang panjang.
“Maaf, Puan Sri. Saya bukan cef yang bertauliah. Tetapi, saya seorang yang sangat suka memasak. Cooking is something I am passionate about.” jawab Damya dengan sangat yakin.
Puan Sri Rosena kelihatan angguk beberapa kali lalu menghulurkan tangan kepada Damya. Dengan pantas Damya memyambut huluran tangan itu dengan sopan.
“Good luck.” ucap Puan Sri Rosena.
“Thank you, Puan Sri.”
“Well… Tengok tangan ni pun tahu, memang seorang yang suka memasak dan pandai buat kerja rumah. Sama macam tangan saya.” Puan Sri Rosena membandingkan tangannya dengan Damya di mana kelihatan parut-parut halus kesan dari memasak.
Damya tersenyum dan Puan Sri Rosena melepaskan tangannya.
“Hampir 40 tahun saya memasak untuk keluarga. Walaupun dulu saya bekerja. Seorang wanita memang perlu tahu macam mana untuk uruskan pemakanan suami dan anak-anak. Jangan biarkan mereka makan di luar selalu. Itu kunci kebahagian saya dan Tan Sri. Jadi… Kamu memasak untuk siapa, Damya?” soal Puan Sri Rosena dengan mendadak selepas bercerita ringkas tentang dirinya. Dia masih menanti jawapan dari Damya.
Zetty menelan liur dan melirik kepada Hayden. Hayden turut memandang wajah Damya yang masih kekal tersenyum. Aariz juga kekal tenang di sebelah Damya bersama senyuman mesra.
“Saya memasak untuk orang yang sukakan masakan saya.” jawab Damya.
Zetty akhirnya tersenyum lebar. Hayden terus memandang ke arah lain.
Sekali lagi Puan Sri Rosena angguk. “Bagus… Maknanya masakan kamu hebat. Good luck, young lady.”
Damya melepaskan nafas lega apabila Puan Sri Rosena akhirnya beredar ke jamuan makan di sebelah. Zetty membawa Puan Sri Rosena untuk menjamu selera dan Aariz masih berdiri di sebelah Damya.
“Jom, awak mesti lapar.” ajak Aariz.
“Awak pergi dulu dengan Chef Azuan. Saya ada urusan sikit.” kata Damya lalu beredar dari situ. Dia berjalan ke arah belakang menuju ke tandas wanita.
Damya masuk ke dalam tandas dan melihat wajahnya di cermin. Saat itu Damya melepaskan rasa gemuruhnya yang sejak tadi terpendam. Entah kenapa dia begitu berdebar melihat wajah Puan Sri Rosena sedangkan mereka tidak ada kena mengena.
Selepas beberapa minit, Damya berjalan keluar dari tandas dan langkahnya terus berhenti mendadak. Dia mendongak melihat Hayden yang berdiri tegak di hadapannya.
“Ya, Tuan Hayden?” sapaan Damya kedengaran formal.
Hayden berdiri tegak dengan kedua tangannya berada dalam saku seluar.
“Let’s talk.” Hayden mengorak langkah menuju ke tangga untuk naik ke tingkat atas walaupun bangunan itu mempunyai lif.
Damya teragak-agak ketika itu, dia menoleh melihat sekeliling jika ada tetamu yang melihat mereka. Apabila keadaan nampak ‘clear’, Damya turut mengikuti Hayden dari belakang.
Hayden menolak pintu dapur yang telah diubah suai lalu melangkah masuk diikuti Damya.
“Kita tak boleh tinggalkan majlis. Ada apa awak nak cakap?” soal Damya dengan tidak sabar lagi. Dia sebenarnya bimbang memandangkan ramai orang berada di bawah terutamanya Puan Sri Rosena. Walaupun… Dia sebenarnya menyimpan rasa dengan lelaki itu. Hari ini mereka bertemu jua selepas berapa bulan.
Hayden bersandar di sebuah meja. Dia menyilang tangan di dada dan terus menatap wajah Damya.
”How are you?”
“Saya sihat. Sebab itu saya ada di sini.”
“Do you have any question?” Duga Hayden.
Damya tersengih nipis. “No,”
“Are you sure?” Hayden mengangkat kening.
“Tuan Hayden… Kita kena turun ke bawah sebelum orang sedar kita di atas.” kata Damya dengan tegas lalu memusingkan badannya untuk beredar.
“I’m not done yet!” Hayden bertindak pantas menarik lengan Damya sehingga wanita itu kembali menghadapnya.
Mata Damya terbuka luas kerana terkejut sehingga mereka saling bertatapan. Kening Hayden kelihatan berkerut. Wajahnya kelihatan menahan marah yang Damya sendiri tidak pasti.
“Tuan Hayden! Let me go! Kita boleh berbincang kemudian.” desak Damya. Dia cuba melepaskan cengkaman tangan Hayden di lengannya.
“Damya… Sekarang tak ada apa yang boleh halang saya lagi. I don’t care anymore. I just wanna hug you.”
Tanpa melanjutkan kata, Damya terus ditarik ke dalam dakapannya. Damya kaku dan kelu. Sementara dia bimbang mereka akan dilihat sesiapa.
“Tahniah… Untuk kebebasan yang awak mahu. Sekarang awak berhak menentukan jalan hidup awak. Saya hanya mampu bantu sampai setakat ini.”
Tubuh Damya dilepaskan perlahan. Hayden kemudian melangkah meninggalkan wanita itu yang tergamam kaku.
Damya terdiam sehingga beberapa detik. Kata-kata Hayden benar-benar mengusik perasaanya. Benar, dia mahukan kebebasan tanpa mahu sebarang perhubungan lagi sehingga dirinya bersedia. Adakah lelaki itu terlalu mengerti atau sedang menghukumnya?
Bunyi deringan telefon membuatkan Damya tersentak dari lamunan. Dia melihat di skrin dan nama Chef Aariz terpapar membuat panggilan masuk.
“Hello, Mya. Where are you? I’m waiting for you here.”
“Sorry, I’m coming.”
****
Share this novel
apa kesudahan mrka ni..xsbr next
huuu smpai ni joo.huu..tk apolah ..bina kerjaya dulu..huuu
sampai setakat ini??? btl2 nk lepaskn mya ke?? zetty ngn aariz ni kenal ke??