Bab 15: Bara

Romance Series 733860

Bab 15

Wanita itu masih membelek kertas di atas meja untuk sekian kalinya seolah-olah keputusan itu boleh bertukar. Ataupun, dia sebenarnya masih tidak percaya. Datin Dayana akhirnya mengoyakkan kertas itu lalu dibuang ke dalam bakul sampah di bawah meja.

“Arghhh!” Datin Dayana memegang kepala dengan kedua belah tangannya sehingga rambutnya kusut.

“Kau tipu aku Haizan! Kau cuma anak angkat! Tetapi kau berlagak macam kaulah pewaris sah AG Group!!” bentak Dayana.

Setelah puas melepaskan kemarahnnya Dayana bangun dari kerusi dan berdiri tegak. Dia membuat panggilan kepada Dato’ Haizan tetapi lelaki itu tidak menjawab.

“Kau kena bertanggungjawab dengan semua penipuan kau, Haizan!” jerit Datin Dayana.

“Datin,”

Datin Dayana menoleh ke belakang dan melihat setiausahanya sedang berdiri di pintu pejabatnya dengan wajah terkejut.

“What?” soal Dayana. Dia cuba mengawal dirinya dan kembali berlagak tenang.

“Datin ada meeting sekarang,” kata wanita itu.

Datin Dayana melihat jam di tangan dan barulah dia tersedar waktu telah bergerak sepanjang dia mengelamun memikirkan tentang Haizan.

“Siapa ambil meeting? CEO?” soal Dayana sambil mengemas dokumen di atas meja.

“CEO tak ada Datin, outstation. COO akan ganti.”

Mendengar sahaja perkataan itu, Dayana terus memandang jauh ke hadapan. Wajah Hayden terbayang di dalam matanya. Satu penyesalan hinggap di sudut hati Dayana kerana menolak lelaki itu suatu masa dahulu. Dia sudah tersalah percaturan!

“Datin, are you okay? Atau nak saya minta Vice Director kita untuk wakili Datin?”

“I’m fine. I’ll go for the meeting.” kata Dayana lalu melangkah ke arah pintu sambil merapikan rambutnya.

“Saya tak nak dengar masalah di tapak projek. Tapi, saya nak tahu apa punca masalah itu dan cara kamu semua nak selesaikan.”

Datin Dayana mencuri pandang Hayden yang sedang serius mempengerusikan mesyuarat.

“Jumlah pekerja kita tidak mencukupi di tapak projek di sana Tuan Hayden.”

“Jadi HR tidur ke?” soal Hayden, selamba tetapi cukup tegas.

Datin Dayana terus membuka matanya dengan luas. Hadyen membalas renungan Dayana sehingga wanita itu menjadi kelu.

“Kalau kerja tidak siap dalam tempoh yang diberikan, siapa akan tanggung kos?” soal Hayden lagi.

“Marketing, kenapa jualan unit masih sama dengan bulan lepas? Tapi… saya nampak ada peruntukan masuk untuk iklan bulan ni. What happened?”

Tuan Ruslan menelan liur. Keadaan bilik meeting menjadi sunyi sepi sehingga tiada siapa berani bersuara.

“Kami… Kami akan tingkatkan usaha, Tuan Hayden.” Tuan Ruslan akhirnya bersuara.

“No… bukan tingkatkan apa yang kamu dah buat. Tapi buat pembaharuan. New planning. Bukan ke you ada pengurus muda yang sepatutnya banyak idea?”

Tuan Ruslan terkebil-kebil apabila semua pengarah sudah tersengih-sengih memandangnya. Panas wajahnya ketika itu.

Fokus Hayden beralih kepada telefonnya yang tiba-tiba berbunyi. Dia melihat nama Encik Fairuz naik di skrin dan pantas menjawab panggilan itu.

“Yes,”

“Tuan, saya di hadapan rumah tuan untuk ambil lunch. Tetapi tiada siapa membuka pintu. Saya call Puan Damya tetapi tidak berjawab.”

Hayden memandang ke hadapan apabila semua orang sedang memberi fokus kepadanya.

“Cuba buka pintu.” Hayden memberi arahan.

“Are you sure, Tuan Hayden?”

“Yes,”

“Saya sudah masuk, nampaknya… Puan Damya tidak ada.”

Hayden mengerutkan dahi lalu memutuskan panggilan itu. Dia terus menghubungi Damya tetapi tidak berangkat.

“Ada masalah ke, tuan?” soal salah seorang pengarah.

“Looks like we’ve finished. Thank you,” Hayden terus bangun dari kerusi dan bergerak keluar dengan langkah yang luas.

Datin Dayana mengetap bibir apabila melihat Hayden bergegas pergi seperti itu. Apakah urusan penting sangat yang Hayden utamakan dari mesyuarat itu?

****

“Aku nak kau sign ni!”

Damya terbaring lemah kerana sudah seharian tidak diberi makan dan minum. Tubuhnya sudah menggeletar dan air matanya telah kering.

“Mak… Kenapa… Mak tergamak buat saya macam ni?”

Puan Juriah terus menolak kepala Damya yang sedang terbaring lemah. Mereka hanya memberi sedikit minuman dan makanan kepada Damya dengan sengaja.

“Sebab kau sakitkan hati aku! Sejak kau melawan cakap aku dan keluar bekerja, kau sepatutnya dah boleh fikir apa balasan kau. Aizat banyak berlembut dengan kau ni! Sampai kau nak conteng arang di muka aku. Siapa jantan yang bela kau di luar tu? Sampai kau ada simpanan banyak macam tu?”

“Tu duit Mya, mak… Tolonglah…” Damya merayu walaupun tenaganya sudah habis.

“Sekarang kau kena bayar harga maruah keluarga kami yang sudah kau pijak! Cepat sign!”

“Itu semua fitnah, mak. Mya tak ada hubungan dengan siapa pun…”

“Suri nampak dengan mata kepala dia sendiri! Kau dengan jantan kaya beramah mesra dalam kereta! Kalau kau tak sign, jangan harap aku izinkan Aizat lepaskan kau! Biar kau merana dalam rumah ni!” tekan Puan Juriah lagi.

Damya memejam mata dan meraung di dalam hati. Inilah titik paling terendah dalam hidupnya. Adakah dia akan berakhir di sini? Damya hanya memandang sayup-sayup kertas putih dintangan Puan Juriah. Hatinya semakin parah.

****

Hayden berdiri di sebelah keretanya bersama Encik Fairuz dan menunggu seseorang di hadapan sebuah rumah. Hayden kelihatan tidak tenang walaupun dia cuba untuk mengawal kebimbangannya. Sudah dua hari Damya tidak dapat dihubungi dan dia sudah tidak mampu berfikir positif lagi.

“Tuan Hayden…” Kayla keluar dengan tergesa-gesa dari rumah keluarganya.

Dia menghampiri kedua lelaki berpakaian kemas yang berdiri di sebelah sebuah kereta mewah. Mereka kelihatan seperti pasangan ahli korporat yang berkedudukan tinggi. Berkarisma. Buat seketika Kayla kagum dengan figura itu.

“Cik Kayla, awak dapat hubungi Damya?” soal Hayden.

Kayla menggeleng dengan wajah bimbang.

“Saya cuma dapat hubungi Aizat semalam dan dia cakap bawa Damya pergi bercuti. Selepas tu, saya sudah tidak dapat hubungi dia.”

Hayden mengerutkan dahi apabila mendengar jawapan yang sama dari Kayla. Semalam dia bersabar kerana Kayla memberitahu perkara itu dan kebetulan Aizat juga mengambil cuti.

“Masalahnya… Damya tidak minta cuti dari saya. Dan kenapa mesti dia off telefon?”

Kayla dapat melihatan kebimbangan yang terpamer di wajah Hayden ketika itu. Jelas Damya adalah seseorang yang penting bagi lelaki itu.

“Kita patut report polis! Dia sudah lebih 24 jam hilang!” cadang Kayla.

“Dia bukan bawah umur, dan dia adalah isteri orang. Keluarga atau suami dia yang sepatutnya buat report.” jawab Encik Fairuz.

“What’s nonsense? Macam mana kalau suami dia sendiri yang cuba buat sesuatu?” kata Kayla yang semakin buntu.

Hayden terus bersandar di badan kereta dan memegang dahinya. Darahnya sudah naik ke kepala.

“Mari kita ke rumah Damya.” cadang Hayden. Dia boleh sahaja buat kerja gila!

“Tuan Hayden! Ini bukan jalan penyelesaian. Tuan tolonglah sedar! Kalau benda ni tersebar, Tan Sri akan lebih mengamuk. Saya sudah cukup banyak menutup lubang yang tuan gali, dan tuan nak sia-siakan usaha saya selama ni? Saya bukan menjaga anak lelaki Tan Sri, tetapi saya sedang melindungi waris tunggal AG Group! Please, Tuan Hayden!” Kali ini Encik Fairuz meninggikan suara buat pertama kalinya di hadapan Hayden.

Kayla terus terdiam melihat kemarahan Encik Fairuz yang begitu serius ketika itu, sehingga Hayden sendiri tergamam.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk beritahu Tan Sri sendiri kalau tuan sengaja ingin tersilap langkah. AG Group bukan organisasi main-main yang tuan nak jual dengan masalah perempuan. AG Group dibina untuk letakkan usahawan Melayu di tangga teratas dan digeruni. Begini sahaja tuan nak calarkan imej AG Group? Hubungan sulit dengan isteri staf sendiri?!”

“So, what should I do?!!” Hayden bangun menegakkan badannya dan berhadapan dengan Encik Fairuz.

“Jauhkan diri dari masalah mereka. Puan Damya sendiri tak nak tuan masuk campur urusan dia. Jadi… Kita patut tunggu sahaja. Mustahil Aizat akan buat benda bodoh. Dia masih perlukan pekerjaan di AG Group.”

Kayla hanya mampu berdiam diri melihat pertelingkahan dua individu itu. Encik Fairuz di mata Kayla memiliki pendirian yang tegas dan berpandangan jauh demi melindungi Hayden.

“What if she’s dying?!” Hayden terus mencengkam kolar baju Encik Fairuz dengan berang.

“Saya sudah hantar orang untuk pantau rumah tu! Tiada tanda-tanda pelik Tuan. Kita cuma kena bersabar!” kata Encik Fairuz walaupun dia kurang nafas kerana lehernya dicengkam Hayden.

“Tu… Tuan Hayden.” Kayla cuba menenangkan lelaki itu dan bimbang ahli keluarganya keluar apabila mendengar pertengkaran itu.

Hayden melepaskan kolar baju Encik Fairuz dengan rasa kecewa. Dia mampu membuat sesuatu tetapi kenapa begitu banyak halangan? Dia tahu Encik Fairuz tidak akan khianati dirinya, tetapi lelaki itu terlalu keras memainkan peranan untuk melindungi waris AG Group dari pelbagai sudut.

****

Damya menangis teresak-esak apabila melihat seluruh wang simpanannya telah dikeluarkan oleh Aizat. Malah, dia juga terpaksa tandatangani surat untuk menjual sebidang tanah kepada Pak Longnya. Ketika itu seluruh ahli keluarga Aizat sedang memandang sinis terhadapnya.

“Semua duit kau ni aku akan guna untuk bayar hutang. Tapi, belum cukup lagi Damya…” kata Aizat dengan sinis lalu memicit pipi Damya yang lemah.

Damya tidak mampu melawan kerana dia tidak bertenaga. Ketika itu dia sudah berada di ruang tamu setelah diseret keluar oleh Aizat.

“Pasal jantan kaya tu… Bawa dia jumpa aku, kalau kau nak aku lepaskan kau?!”

“Saya… Tak akan maafkan awak, Aizat. Awak rampas semuanya dari saya. Sekarang awak hina saya macam ni…”

“Peduli apa aku. Ini baru permulaan Damya… Kau belum kenal aku lagi! Keluar… Keluar dari rumah ni sekarang!” jerkah Aizat.

Suri hanya tersengih sinis melihat Damya yang seperti sampah ketika itu. Puas hatinya melihat Damya terseksa. Suaminya Ammar hanya terdiam di sebelah.

“Aku dah tak nak simpan menantu macam kau Damya! Cukuplah Aizat terseksa dengan perangai jahat kau tu. sudahlah tak pandai hormat suami dan mentua, perangai pun macam jalang. Berambus keluar dari rumah aku sehelai sepinggang!” jerit Puan Juriah.

Aizat terus menarik tangan Damya dan membawanya ke pintu yang telah dibuka luas oleh Suri. Badannya Damya ditolak keluar dengan kasar oleh Aizat sehingga wanita itu tersungkut di lantai.

Damya menjerit kesakitan apabila dahinya terhantuk di simen lantai yang keras. Dia menangis semahu-mahunya walaupun itulah kebebasan yang dia inginkan. Damya gagahkan diri untuk bangkit walaupun lututnya terasa amat lemah. Dia melangkah satu persatu sehingga melepasi pagar.

Air mata Damya mengalir seperti air hujan. Kali ini situasi lebih teruk dari dua tahun lalu walaupun dia sudah membuat perancangan. Mungkin inilah takdirnya…

Damya tidak peduli walaupun suasana malam itu sangat sepi, dia melangkah tanpa hala tuju dan hanya bebekalkan sedikit tenaga yang bersisa.

****

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Hayden masih tidak dapat melelapkan mata dan hatinya juga tidak tenteram. Saat jiwanya benar-benar tertekan, Hayden terasa badannya berpeluh. Matanya terpejam rapat apabila jantungnya tiba-tiba berdegup laju.

Serangan panik atau anxiety telah menyerangnya semula secara tiba-tiba. Hayden terasa nafasnya semakin pendek. Dia turun dari katil dan mencari sesuatu di dalam laci meja sebelah. Tangannya menggigil untuk mengawal rasa getaran itu.

“Hayden… Please help me…”

Suara Damya tiba-tiba menyapa di telinganya membuatkan serangan itu semakin kuat. Bunyi nafas Hayden juga semakin sesak apabila dia tidak menjumpai ubat penenang di dalam laci. Dia sudah terlalu lama tidak mengambil ubat itu setelah sekian lama tidak diserang panik.

Hayden akhirnya terjatuh di atas lantai. Peluh membasahi dahinya, nafasnya semakin tidak teratur. Kali ini bayangan lalu kembali berlayar di matanya. Wajah Haizan ketika berusia remaja sedang ketawa bersamanya yang masih kecil. Ketika itu dia masih bersekolah rendah.

“Happy birthday, Hayden.”

Suara ramai orang mengucapkan selamat hari lahir kepadanya bergema di telinga. Ketika itu suasana sangat meriah… banyak makanan terhidang dan dia sangat menikmati majlis itu. Sehingga Haizan menariknya pergi ke taman untuk bermain dengan rakan-rakan lain. Ketika itu Haizan memberinya sekotak hadiah yang berisi makanan jalanan.

“Mummy akan marah kalau tahu. Ini hadiah dari abang. Kau teringin makan kan? Tetapi mummy tak bagi sebab makanan di tepi jalan tak bersih.”

“Wah… Memang saya teringin nak makan! Setiap kali balik sekolah mesti akan nampak kawan-kawan makan.” ujar Hayden dengan polos. Dia gembira mendapat hadiah itu dari abangnya.

“Cubalah!” Haizan menyerahkan sekotak sosej pelbagai perisa kepada Hayden.

Hayden membuka mata apabila kenangan itu kembali di ingatannya.

“Arghh…” Hayden memegang jantungnya yang berdegup laju.

Selepas Hayden makan makanan itu, dia terus dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan yang parah. Dia muntah dan cirit birit yang teruk. Seminggu koma di ICU dan hampir tidak dapat diselamatkan…

Hayden gagahkan diri untuk bangun. Ingatan itu benar-benar membuatnya kembali merasai kesakitan di waktu itu. Umurnya panjang pun adalah satu keajaiban kata doktor yang merawatnya. Puan Sri Rosena trauma, dia juga trauma… Sehingga ke hari ini…

Jantungnya perlahan-lahan bergedup dengan tenang. Hayden kembali menarik nafas panjang dan dalam-dalam sambil menyandar di katil. Dia terduduk di lantai serta meluruskan kakinya.

“Serangan anxiety datang… Sebab aku terlalu bimbang ke?” Hayden berkira-kira untuk menghubungi Dr.Ali tetapi mematikan niatnya. Dia bimbang untuk terus bergantung kepada ubat-ubatan.

Hayden perlahan memegang dadanya yang mengalami debaran yang dasyat sebentar tadi.

“Saya akan cari awak Damya…” Hayden gagahkan diri untuk bangun. Dia mencapai kunci kereta di atas meja dan melangkah longlai keluar dari bilik.

“I’ll find you…”

Hayden membuka pintu rumahnya dan dia terus terpaku di situ. Matanya terbuka lebih luas untuk melihat dengan jelas supaya dia tidak berkhayal.

“Tuan Hayden…”

“Mya…” Hayden kaku melihat Damya di hadapan matanya dengan wajah yang kusut. Damya kelihatan lemah dan tidak bertenaga. Air matanya juga mengalir perlahan di pipinya yang mulus.

“Damya…” Belum sempat Hayden melangkah Damya terus memeluknya erat. Lingkaran tangan wanita itu kejap di pinggang Hayden.

Damya menangis dan meraung di dada Hayden sehingga lelaki itu tergamam. Setelah tersedar barulah Hayden membalas pelukan wanita itu. Kejap.

“Damya… what’s going on? I’m so worried about you.” Hayden mengawal rasa debaran yang kembali menggila.

“I don’t know where to go…”

Mendengar kata-kata Damya, Hadyen terus menarik wanita itu ke dalam kondonya. Damya tersandar di pintu yang ditutup rapat oleh Hayden. Mata mereka bertentangan lama.

“You come to the right place…” bisik Hayden. Dia menyentuh pipi Damya yang kelihatan kurus. Lalu dia melihat sedikit luka di dahi Damya.

“What have they done to you?!” soal Hayden penuh dengan dendam kesumat apabila melihat keadaan Damya seperti itu.

“I have lost everything…” jawab Damya dengan nafasnya yang sesak.

“You have me…” Hayden lantas memberi kucupan di dahi Damya dengan memejam matanya rapat.

“Thank you… Sebab kembali dengan selamat.” Bisik Hayden.

Damya turut merasai kehangatan kucupan Hayden di dahinya. Tangisannya semakin reda tetapi kesedihannya tiada kesudahan. Saat itu dia hanya memikirkan tempat untuk berlindung adalah di sisi Hayden. Sulit keputusannya tetapi kakinya tetap melangkah ke sini.

“You didn’t deserve what they did to you… I’ll make them pay the price!” tekad Hayden ketika melihat air mata Damya yang masih bersisa. Dia menyeka air mata itu dengan lembut.

“Can I stay?” soal Damya dalam kepayahan.

“Sure… Saya boleh tidur di hotel,” Hayden terpaksa tersenyum hambar walaupun dalam keadaan suram. Keadaan Damya lemah dan dia masih bimbang.

Damya menahan Hayden dengan menyentuh lengan lelaki itu.

“Saya percaya awak, Tuan Hayden…” luah Damya.

Hayden mengangguk perlahan lalu menarik Damya ke ruang tamu. Kemudian Hayden membawa segelas air dan pakaian untuk ditukar kepada wanita itu. Hayden duduk di sebelah Damya lalu melekatkan plaster di dahi wanita itu.

“Esok kita pergi klinik,”

"Saya okey, saya cuma perlukan rehat,” jawab Damya dan cuba menjarakkan diri dari Hayden. Dia bimbang benar dengan keputusan gilanya pada malam itu.

“Kalau macam tu. Bersihkan diri awak, dan tidur dengan nyenyak malam ni.” tutur Hayden dengan perlahan.

“Thanks…” ucap Damya. Wajahnya terasa panas kerana perasaan malu tiba-tiba menguasai diri.

“Damya… If you need me… ketuk pintu.”

“No…” Damya menggeleng.

“But I need you…” Sekali lagi Hayden menarik Damya dalam pelukannya.

Kali ini Damya kaku tetapi dia langsung tidak menolak. Hayden seperti tidak mahu melepaskannya.

“Tuan…” Akhirnya Damya cuba meleraikan pelukan itu.

“I’m sorry. Have a good sleep,”

Hayden tersenyum lalu bangun meninggalkan Damya di situ. Dia kembali ke biliknya dengan jantung yang hampir tercabut! Tetapi, kemarahannya kembali membara apabila melihat keadaan Damya yang tidak terurus sebentar tadi.

Share this novel

mynn.nnym
2024-02-13 09:55:54 

Ei baboonnya si aizat n family. Tq PJ nak lagikk

Siti Rohani Idris
2024-02-13 07:35:00 

pay back time aizat

Ida
2024-02-12 23:24:14 

Kurang ajaq punya laki. Mya jgn lemah. Cari jalan balas balik


NovelPlus Premium

The best ads free experience