Bab 17: Villa Lilibet

Romance Series 733860

Bab 17

Sebuah Bentley Flying Spur model sedan berwarna gelap memasuki perkarangan vila mewah yang terlerak di pinggiran pantai Port Dickson. Tertera nama Villa Lilibet di papan tanda pintu pagar utama. Vila yang tersembunyi dari kesibukan kota dan penuh privasi itu tersergam megah dengan berkonsepkan zaman pertengahan Eropah.

Damya tidak berkedip memandang pemandangan landskap sepanjang perjalanan memasuki kawasan hartanah tersebut. Seumur hidupnya, itulah kali pertama dia menjejak kaki di tempat seperti itu.

“What a view…” kata Damya apabila melihat taman yang luas dipenuhi tumbuhan yang menghijau.

“Siapa pemilik tempat ni?” soal Damya kemudian.

Hayden tersenyum nipis sambil memandu dengan kelajuan yang perlahan. Damya masih menanti jawapan dari lelaki dingin yang kadangkala manis itu.

“Mine...”

Damya membuka matanya dengan lebih besar secara spontan.

“Awak… Awak pemilik tempat ni? Macam mana… Awak masih muda.” Damya seakan tidak percaya dengan kekayaan lelaki itu.

“Pemilik asalnya adalah orang British. Saya beli 5 tahun lepas.” jelas Hayden.

Damya masih tergamam dan kagum dengan lelaki seperti Hayden. Hayden tidak terlalu menunjuk kekayaannya walaupun dia mempunyai segala-galanya. Sederhana tetapi cukup rapi. Berbeza dengan lelaki lain yang dilihat di media sosial, jika mempunyai wang mereka pasti akan menunjukkan segalanya.

“Saya mempunyai tuah dalam pelaburan kerana saya ada sifu iaitu pakar saham. Jadi, bila saya dapat keuntungan, saya akan membeli aset. Vila ni saya jadikan rumah percutian mewah, dan saya sewa dengan harga yang tinggi kepada VVIP atau kerabat diraja yang mahu datang bercuti. Jadi, saya jaga kualiti dan servis yang terbaik. Dalam vila ni ada semua kemudahan contohnya, gym, spa, cinema room, chef, butler and…”

“And?” soal Damya dengan teruja.

“Helicopter for ride and tour…” sambung lelaki itu tanpa menbangga diri tetapi cukup sekadar penjelasan yang ringkas.

“Amazing…” Damya mengangguk perlahan sambil menikmati pemandang yang luar biasa di hadapannya.

“Kebanyakan VVIP datang ke sini untuk cari ketenangan. Jadi, saya ciptakan semua itu untuk memberi mereka kepuasan. Kadang-kala ada syarikat korporat yang buat persidangan di sini. Conference room juga tersedia.”

“Saya tidak sangka… Awak sangat berbakat dalam business.” puji Damya dengan spontan.

Hayden mengangguk perlahan. “Saya bukan anak manja. I have my own business.”

“Mesti keluarga tuan sangat bangga dengan tuan…”

“Tidak juga…” kata Hayden lalu berhentikan kereta di hadapan pintu vila setelah melalui bulatan fontain atau air terjun buatan yang melambangkan kemegahan sesebuah hartanah.

“Kenapa?” Kali ini Damya kehairanan.

“Saya tiada pewaris… Bekerja bagai nak gila, kumpul harta banyak-banyak. Tapi, saya tiada isteri atau anak. Sampai sekarang, keluarga saya masih tidak berpuas hati.”

Damya terkesima mendengar penjelasan Hayden itu.

"Kenapa tidak cari isteri?” Damya memberanikan diri untuk bertanya soalan itu. Dadanya turut berdebar kencang. Cari pasal sungguh.

Hayden menoleh kepada wanita yang sedang menatapnya itu. Mata mereka bertentangan.

“Mungkin jodoh saya milik saya orang…”

Sekali lagi Damya tersentak. Pada masa yang sama, pintu kereta sebelah Hayden telah dibuka oleh penyambut tetamu. Hayden menanggalkan cermin mata gelap dan terus melangkah keluar. Damya sekali lagi termenung apabila kata-kata Hayden itu mengganggu ketenangan. Ribut di jiwanya kembali bertandang.

“Hey… Come with me, madam.”

Lamunan Damya pecah berderai apabila Hayden menghulurkan tangan di sebelahnya. Pintu kereta dibuka tanpa Damya sedar dan lelaki itu menanti tangannya disambut. Muka Damya terus berona merah, dia menyambut huluran tangan Hayden dan melangkah keluar dari kenderaan itu.

Damya mendongak melihat keindahan vila itu dengan lebih jelas. Tanpa sedar, tangannya masih dalam genggaman Hayden ketika mereka melangkah masuk ke dalam vila.

“The preparation for our VVIP guest is almost done, sir.” tutur Ketua Butler bernama Daniel dengan penuh tertib.

“Good. Bawa Puan Damya ke dapur untuk berkenalam dengan team yang akan membantu dia nanti. Saya akan pergi lihat persiapan di belakang.” arah Hayden.

Damya masih kekok dengan individu yang berada di vila itu, mereka kelihatan utamakan protokol. Apabila Hayden bergerak meninggalkannya, Damya berusaha untuk menyesuaikan diri.

****

“Tak sangka Tengku Abdullah terima hadiah dari Tuan Hayden, untuk sambutan anniversary di sini. Besar harapan kita kali ni. Semoga beliau setuju mengikat kontrak dan melabur dengan projek kita.” kata Encik Fairuz yang kelihatan gembira sambil melihat beberapa orang pekerja sedang membuat persiapan meja di halaman belakang bersebelahan kolam.

“Kita selalu terima tempahan private party di sini, tapi kali ini saya nak konsep yang lebih berbeza. Kita fokus kepada suasana romantis. Isteri Tengku Abdullah masih muda. Konsep mestilah segar.” ujar Hayden.

“Ya, Tuan Hayden. Vila ini akan dibanjiri ros merah yang segar!” jawab Encik Fairuz.

Hayden melonggarkan tali lehernya untuk bernafas dengan lebih selesa. Nampaknya cinta akan mekar dengan penuh kehangatan di vila miliknya pada malam ini. Alangkah bagus kalau dia pun mempunyai pasangan…

Satu keluhan berat terbit di bibir Hayden.

“Tuan Hayden…”

Hampir luruh jantung Hayden mendengar sapaan yang lembut itu. Dia menoleh ke belakang dan melihat Damya datang dengan senyuman yang lebar. Makin bergetar dadanya.

Encik Fairuz terus meminta diri untuk memberi ruang kepada Hayden dan Damya. Walaupun dia menentang hubungan terlarang seperti itu, dia tetap menghormati kedua mereka.

“Awak sudah tengok kitchen?” soal Hayden yang tampak tenang di luar.

Damya mengangguk. “Saya sudah bekenalan dengan orang yang akan bantu saya. Saya juga telah beri taklimat untuk persiapan malam ni. Saya akan mula sekejap lagi.” kata Damya lalu melihat jam di tangannya.

“Ada apa yang awak perlu? Boleh beritahu saya dan Encik Fairuz.”

“Semua sudah tersedia. Saya sudah periksa tadi. Cuma… Saya nak tahu, siapa Tengku Abdullah? Sebelum ni awak cuma cerita tentang makanan kegemaran dia.”

Hayden bergerak ke hadapan dan duduk di sebuah kerusi panjang. Dia meminta wanita itu duduk di sebelahnya sambil membuang pandangan ke pantai yang pasirnya memutih. Dapat dilihat dari jarak itu.

Damya sempat menikmati keindahan dan ketenangan bayu laut dan menyapa. Walaupun jiwanya masih belum bebas, tetapi dia tidak lemas apabila berada di sisi lelaki itu.

“Tengku Abdullah adalah seorang kerabat. Dia adalah individu yang memiliki banyak cash. Dan dia suka membuat pelaburan. Cuma dia sangat memilih. Puas saya cuba aturkan pertemuan dengan dia, tetapi gagal. Akhirnya saya berjaya jumpa isteri dia, dan saya tawarkan private party di sini. Isteri dia terima dan pujuk Tengku Abdullah ke sini untuk sambutan anniversary diorang yang ke-2. Isteri pertama dia sudah meninggal, dan ini isteri muda.” jelas Hayden satu persatu.

Damya mengangguk faham. “Nasib baik isteri dia main peranan. Awak bernasib baik Tuan Hayden.”

“Iyake? Hmm… Sebenarnya awaklah peranan penting untuk malam ni. Saya sangat harapkan awak kali ni, Damya…”

“I’ll do my best. Saya nervous tetapi saya ada keyakinan!” Jelas kelihatan semangat Damya yang berkobar.

Hayden tersenyum hambar kerana hatinya masih bimbang. Ini adalah harapan yang terakhir untuk buktikan kemampuannya kepada Tan Sri Musa.

“Saya akan bersiap untuk ke dapur. Jumpa malam ni di sini! Jangan risau Tuan Hayden, ramai di belakang awak.”

“Baiklah…” Hayden bangun berdiri dan membetulkan kotnya. Saat itu juga lengannya tiba-tiba dipaut dari belakang.

“Boss! Sorry lambat!”

Damya terkejut tetapi akhirnya dia tersenyum apabila melihat kemanjaan Zetty di sisi abang sepupunya.

“Potong gaji.” gurau Hayden dalam wajah serius.

Zetty terus memuncungkan bibir. “Sekarang bukan waktu pejabat, jadi arahan itu terbatal. Sekarang saya adik boss! Nak naik heli boleh?!”

"Bayar dulu!” Hayden menolak kepala Zetty yang menempel di lengannya dengan hujung jari.

“Kedekut! Abang ada lesen kan, jomlah bawa kitaorang!” desak Zetty, manja.

Hayden ada Private Pilot Licence? Damya terpaku sebentar. Lelaki ini semakin mahal…

“Dah lama abang tak fly…”

“Tipulah. Dulu dengan Kak Dayana…” Zetty terus menekup mulut apabila terlepas cakap.

Hayden pantas menoleh ke arah lain. Damya terus terpaku apabila nama kakaknya disebut. Sejauh mana percintaan mereka agaknya sehingga wajah Hayden berubah seperti itu? Adakah Dayana masih di hati Hayden? Detik hati Damya.

Zetty terasa dia sudah terlanjur bergurau lalu perlahan-lahan mengundurkan diri sambil melambai kepada Damya.

Hayden masih termenung jauh apabila tiba-tiba mengingati Vila Lilibet itu pernah menjadi saksi kisah percintaannya dengan Dayana. Mereka bersiar-siar dengan helikopter peribadi milik Hayden dan meraikan sambutan hari lahir Dayana dengan meriah di sini. Tetapi, semua itu sudah tinggal kenangan di hati Hayden. Tidak lagi berbekas atau meninggal kesan. Hanya sekadar memori yang masih bersisa.

“Kakak saya… Adalah cinta pertama awak, Tuan Hayden?” soal Damya perlahan.

“Mari kita fokus untuk malam ni, Damya.” kata Hayden lalu melangkah meninggalkan Damya tanpa jawapan kepada soalan wanita itu.

Damya membiarkan dirinya untuk bertenang sebentar. Dia tidak cemburu, tetapi kenapa hatinya terasa pedih? Adakah kerana wanita itu adalah kakak yang membenci dirinya? Wajah Dayana yang sinis mencemuh dirinya tiba-tiba terlayar di mata.

****

Malam itu kelam pekat, tetapi menjadi terang dengan cahaya lampu yang bergemarlapan. Tetamu VVIP telah pun tiba lewat petang tadi dan terus berehat di bilik yang telah tersedia. Kini, pasangan yang diraikan itu telah turun dan menyambut kedatangan tetamu yang mula hadir. Suasana semakin meriah, DJ jemputan memainkan peranannya memutarkan muzik yang membangkitkan suasana.

Kolam yang luas dipenuhi dengan taburan ros segar bersama lilin-lilin yang terapung. Meja yang tersedia mulai penuh dengan tetamu, manakala Tengku Abdullah dan isterinya kelihatan gembira ketika menyambut kehadiran tetamu jemputan dari kalangan golongan atasan.

Hayden kelihatan segak bersama Zetty yang kelihatan jelita dengan busana berwarna royal blue. Mereka berdiri di sebelah meja VVIP sementara Tengku Abdullah dan Puan Sofea masih berbual dengan tetamu.

“Damya masih dalam kan?” soal Hayden kepada Zetty yang ketika itu sedang memanjangkan leher melihat tetamu yang mungkin dikenalinya.

“Ya, dia ketua chef kan hari ni.” Zetty tersenyum. Damya sangat bersemangat dilihatnya pada hari ini.

“Oh my god…” Mata Zetty terus terarah ke pintu gerbang iaitu laluan masuk ke party.

Hayden turut memandang ke tempat yang sama lalu dia menjadi kaku. Suasana yang meriah bertukar hening apabila Hayden melihat Dayana berjalan masuk seorang diri lalu menemui Puan Sofea dan Tengku Abdullah.

“Mestilah dia datang… Puan Sofea kenalan dia. Tapi, kenapa dia sanggup datang ke sini?!” Zetty menggigit bibir tidak berpuas hati.

“You tak check senarai tetamu ke?” soal Hayden sengan serius.

“I’m sorry…” Zetty mengeluh kesal.

Hayden mengetap rahang. Wajahnya terus berubah tegang. Fikirannya hanya memikirkan seseorang ketika itu.

Datin Dayana menoleh melihat sekeliling dan akhirnya terhenti apabila menatap lelaki tampan di satu sudut. Agak lama mereka saling bertatapan. Hati Dayana terasa pedih apabila mendapat jemputan dari Puan Sofea serta lokasi majlis yang tidak dijangka. Villa Lilibet!

“Boss! Tak rosak ke plan kita?” bisik Zetty.

“Kawal keadaan di luar. Saya masuk ke dalam.” Hayden terus bergerak meninggalkan Zetty dan memasuki vila.

Dayana berhenti melangkah apabila Zetty tiba-tiba muncul menghalang jalannya. Terus Hayden hilang dari pandangannya ketika itu.

“Hai, Datin. Tak sangka jumpa di sini. Mana Dato’ Haizan?” Zetty cuba untuk beramah mesra walaupun dia muak melihat wajah sombong Datin Dayana.

Dayana menghela nafas. “Puan Sofea tu kawan I. Kenapa you rasa I tak boleh sampai ke sini?”

“Well… Pelik jugak sebab Datin datang seorang diri. Kenapa? Ada sesiapa yang Datin nak jumpa di sini ke?” soal Zetty dengan sinis.

“You jangan lebih-lebih Zetty. Ingat you tu anak saudara Tan Sri, you ada hak nak kurang ajar dengan I!”

“Kenapa marah sangat ni? Nanti cepat tua, Datin. I cuma tanya aje. Kalau nak jumpa Tuan Hayden, baik lupakan. Tuan Hayden dah berpunya… Dia dah lupakan cinta pertama dia. I’m happy for him!” Sinis Zetty menempelak Dayana yang selama ini dipendam lama. Puas hatinya melihat wajah merah padam Dayana ketika itu.

“Excuse me… You secretary Tuan Hayden kan?”

Datin Dayana dan Zetty yang sedang tegang itu serentak menoleh melihat seorang wanita muda sedang berdiri di sebelah mereka.

“Yes.” jawab Zetty.

“I’m Tengku Anis… I ada urusan yang belum selesai dengan Hayden. Di mana I boleh jumpa dia?”

“Tengku Anis? Oh… anak perempuan Tengku Abdullah!” Zetty terus memaniskan wajahnya.

Datin Dayana lantas bergerak meninggalkan mereka dengan panas hati. Kenapa pula Tengku Anis mencari Hayden? Semakin membara hati Dayana saat itu, sehingga masam mencuka wajahnya.

Zetty sempat melirik melihat Dayana pergi meninggalkan mereka menuju ke dalam vila, kemudian dia kembali memandang wanita kecil molek di hadapnnya.

“Tengku, rasanya Tuan Hayden ada urusan penting sekarang. Nanti saya beritahu dia yang Tengku nak jumpa.” jelas Zetty penuh tertib. Tengku Anis adalah anak perempuan Tengku Abdullah, dia tidak boleh sebarangan atau sambil lewa.

Tengku Anis menyilang kedua belah tangan rapat ke dada, dia memandang Zetty dengan pandangan yang halus.

“I tahu apa tujuan Hayden buat party ni untuk my daddy dan mak tiri I. Sebab nak ambil hati diorang kan? Tapi, kalau Hayden tak nak jumpa I, I akan beritahu my dad, yang Hayden sengaja malukan I masa janji temu. Lepas tu… Jangan harap tujuan kau orang akan berjaya.” sinis Tengku Anis menyembur kata-kata kepada Zetty ketika itu.

Zetty kekal memberi senyuman walaupun sudah memaki hamun di dalam hati. Cis… badan kecik, pendek, kau bukan taste Tuan Haydenlah. Memang patut kena reject.

“Tengku… Mari kita selesaikan hal ni secara professional. Saya minta maaf bagi pihak Tuan Hayden. Saya akan sampaikan kata-kata Tengku kepada beliau.”

Tengku Anis sengaja memandang sekeliling. “Tempat ni milik Hayden kan? Dia cukup kaya untuk jadi menantu Tengku Abdullah. Beritahu dia… Dia akan menyesal kalau tolak I macam tu je!”

Zetty menahan ketawa. Lucu juga Tengku Anis yang kelihatan sangat jujur. Menyesal pula dia memaki wanita itu di dalam hati. Nampak masih muda dan banyak menurut kata hati.

“Tengku suka Tuan Hayden ke?” Zetty cuba melihat reaksi wanita itu. Walaupun tempat itu sudah mula meriah, mereka berdua masih kekal berdiri di tepi kolam.

Tengku Anis menyambut air minuman dari pelayan yang lalu berhampiran mereka. Dia meneguk air itu sehingga habis separuh.

“Dia kacak, kaya, wangi… Siapa je tak suka. Dia perfect kan?”

Zetty menggeleng perlahan. “Mana ada manusia perfect Tengku… Tuan Hayden pun banyak kelemahan.”

“Betul ke? Betul ke gossip yang dia… Gay? Sebab tak suka perempuan!”

Terus meletus tawa Zetty saat itu. Dia semakin tidak tahan dengan wajah jujur Tengku Anis.

“Mana mungkin dia gay, Tengku. Tuan Hayden, romantik tau. Kalau dengan perempuan yang dia sayanglah…”

“Siapa perempuan tu? Perempuan yang macam maid tu ke?!” Terbeliak mata Tengku Anis apabila mengingati tentang wanita yang muncul ketika mereka sedang bertemujanji.

"Maid?” Zetty mengerutkan dahi. Terus dia teringatkan tentang Damya. Mungkinkah itu wanita yang dimaksudkan Tengku Anis.

“Oh… Rasanya, saya tak boleh kongsi kisah peribadi Tuan Hayden. Tetapi… Saya sangat berharap kalau Tengku maafkan Tuan Hayden. Tuan Hayden sudah berusaha keras untuk majlis ni.” pinta Zetty dengan bersungguh-sungguh.

“Boleh… Dengan satu syarat!” Tengku Anis menunjukkan jari telunjuk yang lurus.

“Apa itu?” soal Zetty cuak. Apa lagi anak bongsu Tengku Abdullah ini mahukan? Terpaksa juga zetty melayan kerenahnya.

“I nak… Hayden bawa I naik heli round PD esok. I tahu dia ada license!”

Zetty terus ternganga. Macam mana dia mahu tepis kali ini. Tengku Anis nampak bersungguh-sungguh dengan matanya yang bulat itu. Comel tetapi… Arghh! Dasar anak manja!

“Saya… Saya akan cuba tunaikan.” Zetty akhirnya tersenyum sumbang.

“I know you can do it! Jom, teman I makan!” Tengku Anis terus ketawa suka sambil menarik lengan Zetty.

“Maaf, saya tengah kerja.” Zetty cuba untuk menolak. Ah… sudah.

****

Damya menanggalkan apron dan toque blanche atau topi khas untuk tukang masak di dalam bilik stor sebelah dapur. Dia keletihan tetapi sangat berpuas hati dengan kerja yang dihasilkan malam itu. Hidangan utama telah siap dan sedia untuk dihidangkan oleh pelayan. Dia berdebar dan berdoa agar segalanya berjalan lancar.

Setelah mengambil masa untuk berehat, Damya keluar dari stor dan kembali ke dapur.

“Semua sudah dihidangkan?” soal Damya kepada semua pembantunya.

“Yes, chef!” jawab mereka serentak.

“Dah berapa kali saya cakap, jangan panggil saya macam tu. Saya bukan cef bertauliah.” Damya tersenyum dalam merendah diri.

“Yes, madam.” jawab mereka.

Kali ini Damya lebih kaget. Itu panggilan Hayden kepadanya di hadapan semua pekerja Villa Lilibet. Damya semakin rasa segan dengan panggilan seperti itu. Sesungguhnya dia tidak layak…

“Madam, Tuan Hayden cari. Dia di luar.”

Tiba-tiba sahaja salah seorang pembantu dapur masuk dengan tergesa-gesa.

Damya mengangguk lalu beredar dari ruang dapur yang luas seperti dapur hotel lima bintang. Dia tidak selesa dengan penampilannya ketika itu kerana sudah pasti tidak kelihatan rapi.

Langkah Damya semakin luas, bibirnya menguntum senyum dan dia memanggil nama lelaki itu yang sedang berdiri tegak di hadapan.

“Tuan Hayden!”

Pada waktu yang sama, wajah Hayden berubah apabila dia ternampak kelibat seseorang memasuki ruang itu tanpa sempat dia memberitahu Damya.

“Damya!” Hayden pantas menarik wanita itu dan menolaknya rapat ke dinding.

Damya tergamam apabila wajah Hayden begitu rapat dan mengepungnya di dinding. Hayden menunduk dan mendekati bibir Damya sehingga wajah wanita itu pucat.

“Tuan!”

“Silent!” bisik Hayden garau. Dia tidak dapat menerangkan keadaan sebenar kepada Damya saat itu.

Langkah Dayana mati apabila melihat tubuh Hayden dari belakang sedang sedang memeluk seorang wanita. Matanya turut terbeliak. Berderau darah Dayana dan tubuhnya tiba-tiba menggigil melihat posisi Hayden. Siapa wanita itu?! Dayana terasa darah menyerbu ke mukanya dan terus menghayun langkah ke arah pasangan itu.

Tangan Dayana tiba-tiba direntap oleh seseorang dan tubuhnya terdorong ke belakang sehingga keluar dari ruang itu. Datin Dayana pantas menoleh melihat wajah Zetty yang seperti mahu menelannya hidup-hidup.

“Kau tak malu ke?! Kau tak nampak Tuan Hayden buat apa? He’s with his girlfriend! Kau siapa nak ganggu diorang?!”

“Kau!” Dayana menuding jari tepat ke wajah Zetty tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Zetty bukan sekadar setiausaha Hayden, tetapi ahli keluarga rapat Tan Sri Musa!

“Kau berambus dari sini perempuan! Sebelum perangai buruk kau ni sampai kepada Tan Sri!” ugut Zetty dengan amaran.

Datin Dayana menggigil menahan marah lalu menolak Zetty ketepi sebelum melangkah pergi. Dia sudah mahu meletup!

DAMYA cuba untuk bertentang mata dengan Hayden apabila nafas lelaki itu bersatu dengannya. Dia sendiri tidak pasti kenapa lelaki itu berkelakuan aneh sehingga bibir mereka hampir bertemu. Tetapi, Hayden kekal kaku sehingga beberapa waktu.

“Why?” soal Damya perlahan.

“Kakak awak di belakang tadi…” balas Hayden.

Damya membuka mata dengan luas berserta dadanya terus berombak laju.

“Dia nampak saya?” Damya jelas sangat bimbang.

“Nampak… Tapi, dia tak tahu siapa wanita bertuah tu.” Hayden meleretkan senyuman.

“Tuan Hayden…” Perlahan-lahan Damya menolak dada lelaki itu apabila keadaan sudah reda. Rasanya Dayana sudah beredar.

Hayden menangkap tangan Damya di dadanya. Matanya masih menatap wajah wanita itu yang gelisah.

“Pergi ke bilik saya… Tunggu di situ sampai majlis selesai.”

“Nampaknya saya tak boleh keluar…” keluh Damya.

“Belum tiba masanya…” Hayden akhirnya melepaskan Damya.

Damya menarik nafas panjang yang rasa sesak sebentar tadi.

“Sebagai ganjaran… Esok saya bawa awak naik heli. Are you happy?” Hayden mengangkat kening sebelah.

Damya akhirnya tersenyum mekar sehingga Hayden menjadi kelu. Mahu sahaja dia meneruskan niatnya tadi, tetapi Damya pasti akan dendanya lebih teruk kali ini. Parah jika itu terjadi, baik disimpan sahaja walaupun perit.

“I love your smile…” bisik Hayden dan Damya akhirnya tersenyum lebih lebar. Maka, makin berdebarlah hati lelakinya.

Share this novel

Guest User
2024-08-15 17:16:48 

test_account

MOMMY FA
2024-02-18 17:14:50 

makin ranciakkkk. Hahahahhaha

Rahamah SpWsA
2024-02-18 14:19:37 

complicated...damya..


NovelPlus Premium

The best ads free experience