Bab 14: Terperangkap

Romance Series 733860

Bab 14

Hayden tidak dapat fokus kepada kertas kerja di hadapannya yang sudah bertimbun untuk ditelitinya. Dia masih bingung memikirkan cara untuk mendapatkan kerjasama Tengku Abdullah yang kini sedang berada di luar negara. Tokoh korporat itu dijangka akan pulang pada minggu ini dan jadualnya sudah pun penuh.

“Tuan Hayden!” tegur Encik Fairuz sehingga membuatkan Hayden tersentak.

“Yes,” Hayden kembali menegakkan badan. Jauh lamunannya sehingga dia tidak menyedari kehadiran PAnya itu.

“Kita sudah dapat laporan,” Encik Fairuz menyerahkan satu sampul kepada Hayden.

“Kenapa lambat?” soal Hayden sambil melihat sampul itu.

“Maaf tuan, kita perlu berhati-hati. Ramai orang-orang Dato, di sini. Setiap pergerakan kita diperhatikan. Tetapi keadaan di kondo masih selamat. Pergerakan keluar masuk sangat ketat. Cuma tuan perlu hati-hati apabila berada di luar.”

“Hidup saya terlalu menarik nampaknya sampai Haizan nak tahu semua benda…” Hayden sempat tersengih sinis.

“Kisah dia lebih menarik Tuan Hayden. Sila semak apa yang saya jumpa…” Encik Fairuz tersenyum puas.

Hayden pantas membuka sampul surat itu dan mengeluarkan kertas putih. Berkerut Hayden membaca setiap butiran yang terkandung di dalam dokumen itu.

“What a surprise. Rupanya saudara kandung Puan Damya yang hilang itu… Adalah Datin Dayana. Sebab itu kita pernah nampak mereka seperti bertelagah tempoh hari.” jelas Encik Fairuz sambil melihat wajah Hayden yang masih terkejut.

“Tetapi… Nampaknya Datin tidak mengakui Damya itu adiknya.”

“Perempuan ni…” Hayden mengetuk kertas itu dengan jarinya beberapa kali.

”Memang tak sedar diri…” Hayden memejam mata lalu membayangkan perasaan Damya pada hari itu. Patutlah tangisannya seperti melepaskan kekecewaan yang amat menyakitkan. Tiada yang lebih menyakitkan daripada dikhianati ahli keluarga sendiri. Dia lebih mengerti…

Bunyi telefonnya membuatkan Hayden kembali sedar. Marahnya masih belum reda walaupun terpaksa dipendam. Dia melihat nama daddynya Tan Sri Musa terpamer di skrin.

“Hi, dad.” jawab Hayden.

“Hayden, jangan lupa hari ni. Daddy sudah minta mummy uruskan semua. Jumpa Tengku Anis, dan cuba ambil hati dia. Itu sahaja cara yang ada untuk dapatkan kerjasama dengan Tengku Abdullah.”

“Daddy, saya boleh uruskan sendiri!” jawab Hayden. Rupanya wanita yang diaturkan oleh Puan Sri Rosena pada hari ini adalah anak Tengku Abdullah. Bertambah sakit kepalanya.

“Hayden! Daddy tak akan ulang. Pastikan kamu dapat persetujuan Tengku melalui anaknya.”

Talian terus terputus dan Hayden tersandar di kerusi. Begitu banyak kejutan nampaknya hari ini.

“Are you okay, sir?” soal Encik Fairuz.

“Encik Fairuz? Apa yang perempuan paling benci?”

“Sorry?” Encik Fairuz terkebil-kebil.

“Okay… I’ll do it.” Hayden terus bangun dan mengambil kotnya.

****

Wajahnya kelihatan tersenyum tetapi hakikatnya tiada segaris senyuman mahupun sinar di mata Damya saat merenung ke dalam cermin di hadapannya. Hanya sekadar bayangan, namun ia seperti realiti. Damya sendiri sudah lupa bila kali terakhir dia benar-benar bahagia. Ataupun, dia bimbang untuk membuka ruang di hatinya dan cukup berhati-hati…

Sayang? Dia tersasulkah?

Damya menyentuh bibir dan memorinya kembali bermain di mata. Bibir Hayden yang hangat, wangian yang terbit dari tubuh lelaki itu, serta nafas lelaki itu yang tiba-tiba menghembus ingatan. Juga panggilan spontan dari Hayden yang menggetarkan jiwa…

Damya melepaskan keluhan halus lalu menepis kenangan itu. Dia tidak boleh alpa, Hayden hanya menggunakannya sebagai bahan uji kaji untuk memastikan keadaan dirinya itu.

“Cantiknya! Sesuai dengan kau Mya.”

Damya terus tersentak dan menoleh melihat Kayla di sebelahnya. Dia baru sedar mereka sedang berada di dalam pusat membeli belah. Kayla telah mengambil cuti beberapa hari dan hari ini tiba-tiba mengajaknya untuk shopping. Terpaksalah Damya mengorbankan waktu rehatnya untuk menemani sahabatnya itu.

“Tak adalah. Aku cuma pegang aje.” Damya menyangkut semula baju yang diambil tadi.

“Kau kerja teruk-teruk tapi berkira nak membeli. Beli ajelah Mya. Tapi jangan melaram depan Aizat. Jahat kan aku?!” Kayla terus ketawa sumbang di hujung ayatnya.

Damya hanya tersengih dan terus membelek pakaian di situ.

“Dendam sangat ye kau dengan Aizat.” komen Damya.

”Mestilah! Eh, dia dah hancurkan life kawan aku. Kalau aku jumpa dia, memang aku karate aje!”

“Kau jangan celupar. Tempat kerja dia bukan jauh pun. Kalau kantoi nampak aku dekat sini, siapa yang kena karate nanti?” Damya sempat menjeling Kayla.

“Ops!” Kayla terus menutup mulutnya. “Jom, jom kita pergi makan. Hari ni aku belanja.” Kayla terus menarik lengan Damya bergerak dari situ.

“Kau belum habis shopping kan?” soal Damya.

“Nanti kita sambung! Aku lapar ni.” ujar Kayla sambil melihat jam tangannya.

Damya akur walaupun berasa tidak sedap hati keluar di tempat awam seperti itu. Bimbang akan terserempak dengan sesiapa terutamanya Aizat.

”Kenapa masuk restoran mahal macam ni. Banyak duit kau.” ujar Damya yang terkejut melihat Kayla membawanya masuk ke dalam restoran mewah di dalam mall tersebut.

“Aku dapat bonus. Don’t worry. Kau pesan aje okey!” Kayla benar-benar teruja ketika itu dan terus mengambil tempat di sudut yang tenang.

Damya menggeleng kepala lalu duduk di hadapan Damya.

“Oh my god!” Mata Kayla tiba-tiba membesar apabila terpandang seseorang di meja belakang Damya.

Damya terus kaku melihat wajah Kayla ketika itu. Berderau darahnya.

“Kenapa?!” soal Damya perlahan tetapi keras. Dia tidak berani langsung untuk menoleh ke belakang atau bergerak.

“Aku nampak someone… Di belakang kau.”

“Sial… Siapa pulak? Ipar biras aku ke?” tanya Damya cuak.

Kayla menggeleng.

“Aizat?” Damya semakin gelabah.

“Boss… Boss kau. Hayden.”

Damya terus menekup mulutnya dan sebelah tangan lagi di dada.

“Dia nampak aku tak?” bisik Damya.

Kayla mengangguk perlahan. “Dia asyik pandang belakang kau.”

“Jom blah…” rayu Damya. Walaupun dia tidak membuat silap apa pun, dia tidak selesa bertemu dengan lelaki itu di tempat seperti itu secara kebetulan. Kenapa dia langsung tidak perasan tadi?

“Tapi… Dia dengan someone. Girlfriend dia ke?” soal Kayla sambil mencuri pandang wanita di hadapan lelaki itu.

“Lantak dialah. Jom kita pergi tempat lain.” Damya pantas bangun dan menarik beg tangannya.

Damya terpaksa memusingkan badan untuk bergerak ke pintu utama restoran, namun dia langsung tidak memandang pasangan di meja berdekatan.

“Damya!” panggil Kayla.

Damya meluaskan langkah tetapi tiba-tiba tangannya ditarik dari belakang sehingga tubuhnya berpusing.

“Ah!” Damya terkejut sehingga hampir menjerit. Tubuhnya terasa melayang apabila direntap seperti itu.

Kayla menekup mulut apabila melihat Hayden mencengkam lengan Damya kemas di hadapan seorang wanita cantik yang terus terpingga-pingga. Dia pula yang teruja!

“Tuan Hayden?” Damya cuba mengawal dadanya yang turun naik dengan laju. Gementar melihat renungan tajam lelaki itu.

"Nak pergi mana?” soal Hayden dengan suara garau.

“Sa… Saya nak makan di tempat lain.” jawab Damya.

”Why?”

Damya tidak dapat menjawab soalan itu namun lengannya masih tidak dilepaskan Hayden.

“Who is she?” Wanita di meja itu terus bangun berdiri.

Damya menelan liur yang terasa perit. Dia memandang wanita cantik yang kelihatan kecewa itu. Terpancar jelas di wajahnya.

“Tell my mother… You yang menolak I. Sebab… I bukan type you. Tak manis kalau, orang tahu I yang tolak you kan?” ucap Hayden kepada wanita itu.

“What the hell, Hayden? Kalau you dah ada girlfriend, kenapa mak you masih nak aturkan blind date?! You cuma nak malukan I ke? Patutlah ramai girls cakap you ni red flag! Menyesal I datang! And one more thing… Perempuan low class ni memang sesuai dengan you!” bentak wanita itu sebelum melangkah pergi dengan berang.

Damya terus merentap tangannya semula apabila pegangan Hayden semakin longgar. Kayla terus terduduk semula kerana terkejut bercampur rasa lucu dengan drama swasta yang baru ditontonnya.

“Sekali lagi awak gunakan saya? Kali ini untuk menolak perempuan?” soal Damya dengan serius.

“Bukan macam tu! Saya memang…” Hayden terus mengeluh berat apabila melihat wajah Damya yang jelas sedang marah.

“Saya tidak kisah kena hina, itu memang makanan saya. Tapi… Apa awak buat ni Tuan Hayden? Kalau terus menerus macam ni, saya akan berhenti.” tegas Damya yang marah bercampur kecewa.

“No! Tak ada siapa yang akan berhenti. Saya memang nak bercakap dengan awak. So… Let’s talk!” Hayden dengan pantas menarik Damya keluar dari restoran tersebut meninggalkan Kayla yang melopong dari jauh.

“Baiklah… Aku akan makan sorang. Untungnya kau, Damya. Cinderella ke Rapunzel ni? Gosh! Tak sia-sia aku jadi posmen karat hari ni. Dapat makan free dekat tempat mewah macam ni. Thank you Tuan Hayden!” gelak Kayla seorang diri sambil membelek menu. Hebat juga lakonanya tadi kan? Hiks!

“Tuan Hayden!” Damya cuba menahan lelaki itu dari terus bergerak. Tangannya masih dalam genggaman Hayden.

Hayden menolak Damya ke satu lorong yang sunyi. Damya rapat ke dinding apabila Hayden berdiri begitu dekat dengannya.

“Ada apa? Kita boleh berbincang di telefon atau jumpa petang nanti.” ujar Damya yang kelihatan tidak selesa.

“Sorry pasal tadi. Macam yang awak dengar, my mom yang aturkan. Saya susah nak lepaskan diri bila di usia macam ni.” jelas Hayden walaupun tidak ditanya oleh Damya tentang wanita itu.

“No need to explain , Tuan Hayden. Tak ada kena mengena dengan saya…”

“Jadi kenapa awak nak lari?” Hayden semakin mendekat.

Damya menolak dada Hayden sebelum perkara lain berlaku sehingga lelaki itu berhenti.

“Tuan Hayden, please…”

“Damya, saya yakin kita berkongsi rasa yang sama.” Hayden merenung tepat ke dalam mata Damya yang sudah bergenang.

Damya menggeleng dan menahan rasa yang bercampur-baur.

“Tell me… What can I do? Saya adalah bos suami awak Damya. Lambat laun semua akan terbongkar.”

“Bos?” Damya masih keliru dan air matanya tiba-tiba sahaja mengalir. Kenapa emosinya cepat benar terganggu apabila bersama lelaki ini?

“AG Group… Saya adalah COO AG Group. Dan Dayana… Kakak ipar saya.” jelas Hayden satu persatu.

“Dayana?” Damya bertambah keliru saat itu.

”I know everything about you, Damya. Also about your sister Dahlia.”

Damya hampir terduduk tetapi tubuhnya ditahan oleh Hayden.

“Tell me what can I do for you?” soal Hayden lagi.

Damya masih menggeleng dengan linangan air mata.

“Saya akan uruskan masalah saya sendiri, Tuan Hayden. Awak sepatutnya jauhkan diri dari masalah saya.”

“Okay. Kalau macam tu. Saya akan uruskan sendiri tanpa persetujuan awak.”

“Tuan Hayden! Please… Satu-satunya perkara yang awak boleh tolong saya… Tolong beri saya peluang untuk terus bekerja dengan awak. Tanpa buat saya rasa nak melarikan diri dari awak. Saya perlukan pekerjaan… Saya perlukan wang yang cukup hasil dari titik peluh saya. Dan saya mahu berjaya dengan kelas masakan yang kita usahakan. Itu sudah memadai…” luah Damya dari sudut hatinya yang paling dalam.

Luluh hati Hayden mendengar luahan jujur itu walaupun dia mahu mendengar lebih lagi.

"Apa yang awak minta tu sudah lama saya bagi dan usahakan. Tetapi, saya tetap tidak nampak awak gembira. Baiklah… Saya ada tugas untuk awak. Kalau awak berjaya, saya akan beri awak bonus yang besar.”

Damya pantas mengangguk. “Baik, apa tugas tu?”

“Tetapi… sekali lagi kita akan outstation. Awak okey ke?”

Damya tidak dapat menjawab dengan pantas ketika itu kerana agak terkejut. Dia bimbang sengan persetujuan yang semberono.

“Kita perlu ke mana?”

“Tidak jauh. PD je.”

“Port Dickson?”

“Memandangkan awak pandai dalam Public Relations, bantu saya untuk dapatkan kerjasama dengan Tengku Abdullah.”

Damya mengesat air mata yang bersisa. Wajah serius Hayden ditatap lama.

“Jangan risau, saya bukan nak gunakan kecantikan awak.”

Damya hanya terkebil-kebil dan terus menunduk.

“Kita akan pergi hujung minggu ni. Saya akan hantar details di mesej.”

“Baiklah…” Damya mengangguk perlahan.

****

Dayana berjalan mundar-mandir di hadapan Jabatan Kimia sebuah hospital swasta sambil menunggu seorang staf keluar untuk bertemu dengannya. Fikirannya amat terganggu ketika itu dan dia sangat berdebar.

“Datin,”

Dayana menoleh melihat seorang kakitangan hospital itu datang membawa satu sampul surat.

“Here are the results.”

“Thank you,” ucap Dayana sebelum kakitangan jabatan itu masuk semula ke dalam.

Dayana menarik nafas panjang sebelum membuka sampul itu dengan berhati-hati. Dia tekad untuk membuat ujian DNA ke atas suaminya dan kedua ibu bapa lelaki itu. Tangan Dayana bergeletar walaupun belum membaca keputusan di bawah. Dia meneliti nama dan beberapa butiran mengenai ujian DNA yang telah dilakukan.

“Oh my god…” Dayana terduduk apabila melihat keputusan yang tertera.

“Tak mungkin!”

****

Damya masih termenung di hadapan cermin meja solek. Entah kenapa sejak kebelakangan ini dia gemar memandang cermin dan melihat dirinya sendiri. Keadaan dirinya bertambah baik, tetapi masih memberontak dari dalam.

Hayden.

Nama itu disebut di dalam hatinya. Bagaimana boleh terjadi? Dayana… Kakak Ipar Hayden? Jadi… Dayana juga adalah bekas kekasih Hayden jika benar cerita yang disampaikan oleh Zetty.

Dan… Hayden juga adalah atasan Aizat? Damya kembali resah apabila memikirkan perkara itu. Kenapa selama ini dia tidak pernah bertanya tentang pekerjaan Hayden. Patutlah lelaki itu amat tenang… Hayden tahu segalanya tentang dirinya. Fikirannya menjadi pesat ketika itu memikirkan segala macam perkara yang mengejutkan.

Plak!

Tersentak dari lamunan, Damya terus duduk dengan tegak dan sambung menyikat rambutnya yang baru dikeringkan selepas mandi. Dia melihat Aizat menutup pintu bilik dan berjalan ke arahnya.

Aizat menyentuh kedua belah bahu Damya dari belakang dan mendekatkan mukanya di sebelah pipi Damya.

“Aku nak cakap sikit.” ucap Aizat lalu menarik Damya untuk bangun.

Damya bangun berdiri dan menghadap Aizat yang masih memegang kedua belah bahunya dengan kejap.

“Mak beritahu kau sekarang berani melawan cakap dia. Kau kenapa Damya? Nak aku kurung kau semula dalam rumah ni?!” bentak Aizat.

Damya menahan diri ketika itu dan cuba bertenang. Dia tidak boleh terburu-buru melawan suaminya itu.

“Kenapa awak hanya dengar sebelah pihak? Dari dulu sehingga sekarang. Awak juga yang dengar cakap mak supaya suruh saya duduk rumah sepanjang lima tahun. Saya buat semua itu… Dengan harapan hak saya sebagai isteri ditunaikan. Tetapi, awak dan keluarga awak hanya anggap saya orang gaji. Sekarang, saya cuma ingin pertahankan diri saya sendiri bila awak pun tak dapat membela saya. salah ke?” ujar Damya panjang lebar walaupun dia sedar semua itu hanya sia-sia.

“Eh! Aku tak peduli semua tu. Sekarang ni, semua orang dalam rumah ni kena hormatkan mak! Kau siapa nak marah mak aku!”

Damya terus terdiam. Dadanya terasa mahu pecah kerana menahan rasa. Mahu sahaja dia menumbuk muka Aizat ketika itu.

“I’m your wife!” balas Damya dengan suara yang bergetar. Matanya membalas renungan tajam Aizat dengan lebih tegas.

“Wife?!” Aizat terus menolak Damya sehingga wanita itu terjatuh di atas katil.

Damya bingkas bangun tetapi Aizat telah menekan badannya.

“Kau sendiri sudah lupa tugas kau sebagai isteri, sekarang kau tiba-tiba nak sebut?!”

Damya sedar dia tidak boleh menjerit di dalam rumah itu dan hanya nampu menolak Aizat sekuat hatinya.

“Awak jangan nak paksa saya!”

Aizat semakin berang melihat penolakan Damya dan dia cuba mengawal isterinya itu.

“Apa masalah kau sekarang ni? Kenapa? Kau ada jantan lain?!”

Pang!

Damya terus menampar Aizat dan menolak tubuh lelaki itu sekuat tenaga. Dia bingkas bangun dan berdiri di sisi katil. Wajah Aizat berubah merah padam dan dia turut bangun berdiri.

“Lepaskan saya, Aizat! I’m done with you! Saya akan jadi gila kalau terus bersama awak!” Sekali nafas sahaja Damya meluahkan apa yang selama ini terpendam. Tubuhnya menggigil dan dia memegang lengan kanannya.

“Apa kau cakap?” Aizat selangkah ke hadapan tetapi Damya berundur.

“Banyak sangat ke duit kau sekarang? Jadi… Inilah tujuan kau keluar cari kerja? Kau jangan cabar aku Damya! Kau nak buat lagi perangai dua tahun lepas?”

“Cakaplah apa awak nak cakap. Saya akan keluar dari rumah ni. Saya harap, kita boleh dapat kata sepakat. Awak pun bukan sayangkan saya. Awak sendiri pun tak tahu apa awak nak dalam hidup awak. Awak hanya tahu habiskan duit buat benda sia-sia dan itulah kegembiraan awak. Tapi saya? Saya juga perlu cari kebahagian saya.”

“Kebahagian apa kau nak ni? Dari jantan mana? Kau cakap!!”

“Tak ada kena mengena dengan mana-mana lelaki lain. Saya hanya mahu bebas dan bina semula hidup saya yang awak rampas!” luah Damya dengan tegas. Dia tidak peduli lagi!

“Jangan bermimpi Damya!”

“Saya akan bayar! Berapa awak nak saya akan bayar.” Damya semakin berani ketika itu.

Aizat ketawa sinis sambil memandang Damya dari atas ke bawah.

“Jadi, jantan mana yang nak beli kau dari aku?”

Damya mengetap bibir yang bergetar hebat.

“Saya akan jual bahagian tanah saya kepada Pak Long. Dari dulu dia minta. Saya akan jual sekarang.” Akhirnya jatuh air mata Damya menitis di pipi. Itulah harta terakhir dari datuk dan neneknya. Walaupun hanya sedikit dia terpaksa lepaskan.

“Oh… Dari dulu aku suruh kau jual kau degil. Sekarang kau sanggup nak jual semata-mata nak bayar aku? Berapa sen sangat tanah sekangkang kera tu? Kalau kau betul-betul tekad… Kau bawa jantan kaya yang kau goda tu, jumpa aku. Kau ingat aku tak tahu… Ada orang nampak kau naik kereta mewah dengan jantan lain. Kalau ke mahkamah ni… Kau layak ke nak tuntut cerai dengan aku? Aku akan gantung kau tak bertali sampai kau mampus!”

“Baguslah kalau awak dah tahu. Saya boleh keluar sekarang!” Damya terus mengambil beg tangannya dan bergerak pantas ke arah pintu.

“Kau nak pergi mana Damya!” jerit Aizat.

Damya tekad, walaupun dia terpaksa tidur di bawah jambatan sekalipun dia sanggup! Mujurlah sekarang dia sudah mempunyai sedikit simpanan. Damya berlari menuruni anak tangga dengan sehelai sepinggang, dia hanya nampak pintu rumah yang selama ini ingin dipecahkan!

“Hey, Damya!” Suri pantas berlari ke arah pintu apabila melihat Aizat mengejar Damya.

“Ketepi Kak Suri!” jerit Damya apabila melihat kakak iparnya itu cuba menghalang pintu.

Puan Juriah dan ipar birasnya yang berada di ruang tamu turut bangun melihat situasi itu.

“Jangan bagi perempuan tu keluar!” jerkah Aizat.

Puan Juriah terus menonong ke arah Damya dan menampar wajah itu dengan sekuat hatinya.

“Tak tahu malu punya menantu! Kau nak lari dari anak aku lagi? Kau nak pergi mana? Ikut jantan?!”

“Cakaplah apa pun! Saya akan keluar dari rumah ni! Jangan siapa pun halang saya. Cukuplah lima tahun saya bersabar!” jerit Damya walaupun matanya berpinar menerima tamparan dari Puan Juriah.

”Kau nak malukan muka aku kat luar tu? Kau tak jaga maruah keluarga ni dan maruah Aizat. Aku akan ajar kau cukup-cukup!” Puan Juriah terus menarik tangan Damya sekuat hatinya.

"Lepaskan saya mak!”

Aizat turut memegang tangan Damya dan mengikut arahan Puan Juriah untuk menolak Damya ke dalam sebuah bilik kecil bersebelahan ruang tamu.

“Tolong Aizat, please! Jangan kurung saya dalam ni!” rayu Damya ketika tubuhnya ditolak ke dalam bilik kecil itu.

“Kau tak akan keluar sampai kau sedar diri!” herdik Aizat lalu menutup pintu bilik itu selepas berjaya menjatuhkan Damya.

“Aizat!! Aizat!!” Damya mengetuk pintu dengan kuat sambil meraung.

“Tolong… tolong saya…” Damya terduduk apabila rayuannya tidak mungkin akan didengari sesiapa pun.

“Tolong saya…” Damya masih meraung dan menangis teresak-esak. Dia melihat sekeliling dan bilik itu tidak mempunyai tingkap. Bilik itu adalah bilik untuk orang gaji tetapi tidak pernah berfungsi. Damya benar-benar terperangkap di situ!

Share this novel

Norhafiza Othman
2024-02-11 10:05:39 

Aduiii x sabar la Damya.. kata nk plan elok2..

irenerose
2024-02-10 22:41:43 

Ayooo Tuan Hayden dah meluahkan perasaan..?hehehe mental la family Aizat ni..?


NovelPlus Premium

The best ads free experience