Bab 9: Dingin

Romance Series 733860

Bab 9

Damya akhirnya menguntum senyum apabila melihat Hayden masih serius. Apa agaknya yang menimbul kekacauan di fikiran lelaki ini? Sehingga dua minggu menghilang… Sehingga Damya sendiri menjadi buntu, gelisah tidak bertepi.

“Saya cuma bimbang, saya ada membuat silap atau… Tuan tersinggung dengan saya?” Damya menepis soalan Hayden tanpa sebarang jawapan. Lelaki memanglah suka menduga, dialah yang perlu bijak mengawal situasi.

Hayden meletakkan kertas di atas meja, mengubah sedikit kedudukan dengan lebih selesa. Wajah Damya masih belum mampu ditatap.

“Damya…” Hayden mengetuk perlahan pen hitam Santos de Cartier yang rekaannya cukup elegan di atas meja. Untuk beberapa detik.

“Yes…” sahutnya.

“I’m sorry kalau… Saya buat awak terganggu. Sebenarnya, saya ambil dua minggu ni untuk bertenang.”

“Bertenang?” soal Damya polos.

Hayden tidak dapat menahan dirinya untuk menatap wajah itu. Mata mereka akhirnya bertentangan lama.

“Kita akan bekerjasama dalam projek ni. Dan saya tidak main-main dengan projek ni, Damya. Saya tak nak ada apa-apa halangan yang boleh gagalkannya. So, let's keep it professional. Maafkan kalau saya… melebihi batas sebelum ni.”

Damya mengangguk faham. “Itulah yang saya buat sekarang…”

Hayden mengetab bibir, menarik nafas dalam-dalam.

“Saya nampak sesuatu dalam diri awak. Saya yakin awak akan berjaya suatu masa nanti… Dan saya akan jadi penyokong kuat awak. Jangan lupa… I’m your fan.”

Damya ketawa halus. Kebimbangannya pun berakhir. Dia kembali bernafas dengan tenang tanpa peduli Hayden yang menahan rasa yang membuku.

“Mari lupakan apa yang berlaku. Kita mulakan semula.” jawab Damya.

Hayden mengangguk setuju walaupun berat.

“Sebenarnya susah bila bekerja dengan perempuan cantik. Apalah nasib saya…” Hayden cuba menahan senyuman. Kali ini dia kembali bersahaja.

Damya terus ketawa walaupun pipinya terasa panas. Lelaki ini bimbang jatuh hati kepada wanita yang salah mungkin? Damya mengerti, lelaki normal seperti Hayden hanya tertarik bukannya serius untuk menyerahkan hati kepada wanita biasa sepertinya. Damya sendiri tidak pernah meletakkan sebarang harapan hatta bermimpi, dia hanya mempunyai satu impian… Iaitu mahu bebas dari belenggu hidupnya saat ini, dan dia mahu mencapai seuatu dalam hidupnya.

“Tuan Hayden… Thank you so much.” ucap Damya lalu menghulurkan tangan kepada Hayden.

Hayden menatap tangan halus itu sebelum kembali memandang Damya. “For what?”

"For everything…”

Hayden mengangkat tangan dan menyambut tangan Damya dan digenggam kemas. Ada sesuatu yang terus terlintas di benak Hayden.

“Well… You take good care of yourself,” komen Hayden apabila tangan itu sangat lembut dan halus dirasainya.

Damya hanya membalas dengan senyuman ringkas. Nasihat dari Zetty dan kisah lalu lelaki ini masih berlegar di minda Damya. Dia tidak boleh mengambil mudah dengan perkara itu. Masa hadapannya pun masih samar-samar selagi mana Aizat masih suaminya.

“Rasanya cukup untuk hari ni, saya akan hantar awak balik kondo. Prepare dinner yang mudah je. Masa pun dah tak banyak sebelum awak balik,” kata Hayden sambil melihat jam di tangan.

Damya akur dan mereka bergerak bersama-sama keluar dari restoran dua tingkat tersebut.

Dalam perjalanan Damya memilih untuk untuk memandang keluar tingkap. Walaupun hanya pemandangan kesibukan kota, Damya rasa lebih selesa. Hayden juga banyak menyepi, dia hanya fokus memandu dan melayan kesesakan jalan raya.

“Kayla?” Damya mengerutkan dahi ketika memandang seorang wanita yang sedang berdiri di hadapan perhentian bas. Benarlah kawasan itu berdekatan dengan tempat kerja Kayla.

“Siapa?” soal Hayden lalu melihat juga di seberang jalan.

“Kawan saya,”

“Oh… Kawan yang awak belanja masa first gaji?”

Damya angguk. Cermin kereta ini cukup gelap kan? Dia tidak mahu Kayla tahu dia berada di dalam kereta mewah Hayden. Susah mahu menjawab nanti.

Tiba-tiba Hayden membelok kereta dan berhenti di bahu jalan. Damya langsung terpingga-pingga.

“Kenapa?” soal Damya, cuak.

“Buka tingkap, tanya dia kalau nak tumpang. Nampak macam dia tunggu teksi or grab.”

Belum sempat Damya menjawab Hayden sudah menurunkan tingkap keretanya. Terus Kayla memandang ke hadapan dan melihat wajah Damya yang pucat lesi.

“Damya!” Kayla melopong. Tetapi dia melangkah juga mendekati kereta model Bently tersebut.

“Kay… Kayla kau nak ke mana?” soal Damya tergagap. Hayden… memang ada penyakit suka tumpangkan orang kah? Dia pula bimbang! Sukar untuk jelaskan keresahan hatinya walaupun di hadapan sahabatnya sendiri.

”Kereta aku rosak. Masuk bengkel. Aku sebenarnya balik awal sebab nak ke bengkel ambil kereta.” jelas Kayla sambil melihat ke dalam kereta dan terus ke tempat pemandu.

Oh my god…

“Kau nak tumpang ke?” soal Damya lagi kerana sudah tidak dapat mengelak.

“Hmm… Aku pun belum sempat tempah driver. Boleh saya tumpang?” Kayla bertanya kepada pemandu yang berkaca mata gelap itu.

“Sure,” balas lelaki itu.

Damya menarik nafas panjang ketika Kayla masuk ke tempat duduk belakang.

“Oh my god… Thank you mister…?" soal Kayla dengan teruja.

“Hayden, bos Damya.” jawab Hayden lalu meneruskan pemanduan.

“Ya, ya saya tahu. Tapi… Damya… Kau cakap bos kau tua?!”

Hayden pantas menoleh ke sebelah melihat Damya yang terkebil-kebil.

“Ya… Dia lebih tua dari kita,” jawab Damya dengan senyuman sumbang. Sudah agak Kayla akan menimbulkan masalah lain…

Kayla hanya ketawa panjang. Sudahlah itu pengalaman pertamanya menaiki kereta mewah itu, terkejut pula dengan lelaki yang memandu di hadapan. Seriuslah Damya… mati-mati Kayla percaya bosnya itu lelaki berusia. Hidup-hidup dia ditipu Damya!

“Tuan Hayden, I’m sorry okay. I mungkin salah faham dengan Damya.” Kayla masih menahan senyum lalu mencuit Damya di hadapan.

“It’s okay, Miss Kayla. Damya, awak cakap nak singgah mart kan?” Hayden berhentikan kereta di hadapan sebuah mini pasaraya di tepi jalan.

“Oh, ya.” kata Damya lalu membuka tali pinggang keselamatan. “Sekejap ya,” katanya lalu bergegas keluar.

Kayla berdehem beberapa kali walau tekaknya tidak gatal. Dia juga memerhatikan kenderaan itu dengan teruja.

“This is my card,”

Tiba-tiba Hayden menghulurkan kad busines kepada Kayla di belakang.

Dengan gugup Kayla menyambut kad itu. Dia juga terkebil-kebil apabila dapat melihat wajah lelaki itu dengan lebih jelas. Oh my god, Damya… Macam mana kau boleh kekal waras berada di sisi lelaki seperti ini?!

“Since you’re Damya’s best friend, call me if anything happens.” ujar Hayden dengan serius.

“Baik… Saya faham.” Kayla memahami maksud Hayden tanpa perlu dijelaskan. Nampaknya, ada seseorang di belakang kau Damya. Detik hati Kayla. Dia tersenyum lalu menyimpan kad itu dengan baik.

***

Malam itu agak sunyi di banglo milik Puan Juriah. Nampaknya seluruh ahli keluarga keluar makan malam di luar. Seperti biasa, Damya tidak di ajak kerana Aizat juga belum pulang. Damya mengambil peluang itu untuk berehat lebih awal dan melihat album lama yang sudah lama tidak diusik.

Damya memandang kalender dan tarikh pada esok hari adalah memori yang tidak mungkin dapat dihapuskan dalam kamus hidupnya. Cukup 20 tahun pemergian kedua ibu bapanya. Wajah mereka ditatap lama oleh Damya. Kemudian, wajah kakaknya pula ditatap penuh rasa rindu.

“Adakah Mya perlu guna media sosial untuk cari akak?” Damya tertanya-tanya sendiri dalam rasa sebak.

Air mata yang hampir tumpah terpaksa diseka apabila Aizat muncul di dalam bilik. Damya pantas mengemas album lama tersebut dan tidak menunjukkan perubahan emosi.

"Mya… Aku nak cakap sikit,” Aizat meletakkan kunci kereta dan sebuah beg kertas di atas meja lalu menghampiri Damya di bucu katil.

“Ada apa?” Damya memberi ruang kepada Aizat duduk di sebelahnya.

“Kau boleh tolong aku kan?”

“Tolong apa lagi ni Aizat?” soal Damya dengan serius dan tegas.

Aizat meletakkan tangannya di pinggang Damya sehingga isterinya itu menjadi kaku.

“Pakai cantik-cantik. Malam ni kita keluar dinner…” bisik Aizat sambil mencari pipi Damya. Satu ciuman singgah di pipi gebu itu.

Damya terasa meremang lalu pantas bangun berdiri.

“Saya tak lapar,”

Aizat terus menarik lengan Damya sehingga wanita itu jatuh terduduk di atas ribanya.

“Aku ada beli kau gaun cantik. Pakai dan bersiap. Kau jangan cakap tak nak sementara mood aku baik ni…” bisik Aizat dengan tegas.

Damya sedar dia tidak mempunyai pilihan. Kerisauannya dengan sikap Aizat yang tidak menentu lebih dibimbangkan. Sejak di Universiti, Aizat sering mengawalnya dan Damya tidak pernah berani untuk melawan sehingga mereka berkahwin. Pada mulanya Damya memikirkan sikap Aizat itu kerana terlalu mencintainya, tetapi telahannya meleset. Aizat adalah lelaki psiko! Dia hanya ada sikap ingin memiliki.

Aizat melangkah dengan senyuman memasuki sebuah restoran di dalam hotel mewah. Damya di sebelahnya kekok tetapi tertanya-tanya apakah tujuan Aizat membawanya ke tempat seperti itu. Hari ini bukan hari lahirnya atau ulang tahun perkahwinan. Jika ulangtahun sekalipun, Aizat tidak akan seromantis itu!

“See… Semua orang pandang isteri aku yang cantik ni,” Aizat tersenyum bangga dengan Damya yang kelihatan anggun dalam dress berwana biru gelap.

Mereka mengambil meja di satu sudut dan Aizat memesan makanan yang mahal. Selepas pesanan sampai, Aizat makan dengan senang hati tetapi Damya masih ragu-ragu.

“Aizat, untuk apa semua ni? Please tell me what do you want?”

Aizat tersenyum meleret dan mencapai tangan Damya lalu diusap lembut.

“Aku perlu naik pangkat Damya. Barulah gaji aku naik dan kita akan lebih senang. Dulu kau pernah ajak aku pindah kan? Keluar dari rumah mak?”

Damya menarik perlahan tangannya. Dia sudah mula tidak sedap hati!

“Apa maksud awak ni?”

“Bos aku tengah minum di atas. Dalam private club. Aku cuma… Nak kau teman dia.”

Damya tergamam hebat saat itu. Terasa menggigil tangan mahu menampar muka Aizat di hadapannya!

“Awak dah gila ke?!” Marah Damya.

“Hey, Damya! Kau dengar dulu. Aku cakap kau pergi teman aje! Aku bukan jual kau kat jantan lain. Duduk aje diam-diam di situ. Diorang ada meeting dan mesti ada perempuan cantik! Dia tak akan ajak kau ke bilik. Percaya cakap aku!”

Air mata Damya bergenang bersama badannya yang menggigil menahan marah dan kecewa. Remuk hatinya saat itu walaupun Aizat bukan lagi berada di hatinya.

“Lebih baik awak bunuh saya aje, Aizat. Daripada awak hina saya macam ni…” Setitis air mata itu jatuh juga di pipi.

“Come on, Mya! Kau tak boleh tolong aku ke? Ini aje peluang aku Mya! Kalau kau tak boleh tolong aku… Jangan harap esok kau dapat pergi kerja lagi! Kalau lari ke mana pun, kau tak akan terlepas daripada aku! Aku sumpah Damya!” Bentak Aizat dengan lebih keras. Matanya juga tajam menikam wajah Damya.

Bibir Damya bergetar untuk meluahkan apa yang terbuku. Dia amat kecewa sehingga nafasnya menjadi sesak.

“Macamlah kau tak biasa buat! Dulu kau boleh tolong aku kan? Sekarang apa beza!”

Damya memejam mata rapat. Air mata lebih banyak mengalir tanpa mampu ditahan lagi. Ya, sejak dulu Aizat sering menggunakannya seperti ini untuk pelbagai urusan demi kepentingan diri. Dahulu dia bodoh dan mampu tunduk sahaja dengan permintaan Aizat. Kegilaan apakah ini? Sampai bila dia harus dipergunakan seperti ini?

Walaupun hanya perlu menjadi wanita cantik dan duduk di sebelah lelaki tidak dikenali, ia cukup merendahkan statusnya sebagai wanita dan juga isteri!

“Last warning Damya. Kalau kau tak setuju, kau akan menyesal! Ini last aku minta tolong kau buat benda ni. Aku janji!”

Damya menyeka air mata yang bersisa di dagu. Dia menarik nafas yang amat dalam.

Ini juga kali terakhir… Selepas ni, aku tak akan dipergunakan lagi. Kau juga akan menyesal Aizat…

“Damya!” panggil Aizat apabila melihat isterinya itu terus kaku.

“Baiklah… Last time Aizat. Last time…” jawab Damya.

Aizat tersenyum lebar. “Yes! Aku tahu kau boleh buat Damya!”

*****

Ruslan bergelak tawa di dalam bilik VIP di private club hotel mewah tersebut. Walaupun mesyuarat telah selesai mereka mengambil peluang untuk berhibur sementara malam masih muda. Gelas-gelas kaca memenuhi meja, botol-botol arak mahal menjadi santapan selepas makan malam mewah.

Pintu bilik itu terbuka dan Ruslan yang sedang meneguk wine pantas menoleh. Dia melihat seorang wanita muda yang jelita berada di muka pintu.

“Hey… come in. Come in…” Ruslan semakin galak ketawa bersama rakan-rakannya.

“Well… Aizat hantar you kan?” soal Ruslan.

Damya hanya kaku dan berdiri di belakang pintu.

"Duduk di sebelah I…” arah lelaki berusia 40-an itu.

Damya sedar dia tidak dapat melarikan diri dari situasi ini. Apa yang dia tahu dari pengalaman lalu, dia cukup yakin dengan dirinya. Akhirnya Damya duduk di sisi lelaki itu.

“I Ruslan. Marketing Director, boss Aizat.” Tuan Ruslan menghulurkan tangan kepada Damya.

Damya tidak menyambut dan hanya duduk dengan tenang. Ruslan akhirnya ketawa.

“You tahu apa perlu buat kan? Layan kami minum… Kalau you bagus, I akan fikirkan kenaikkan pangkat Aizat.” Ruslan tersengih sambil meneliti wanita di sebelahnya itu.

Damya mengambil botol wine dan menuang ke dalam gelas kaca lalu diberikan kepada setiap lelaki di dalam bilik itu. Setiap kali itu juga jiwanya rasa direntap hebat.

“Yeah! Barulah datang mood minum macam ni! Good job beautiful lady!”

Mereka ketawa dan ketawa! Damya menggenggam tangan menahan perasaan. Dia melihat jam, dan tidak sabar untuk keluar dari situ!

“Cantik macam ni… Kenapa tak kerja full time di sini? Mesti dapat bayaran mahal…” Ruslan menahan diri untuk menyentuh wanita itu.

“Saya tidak berminat.” tegas Damya.

“Tapi, you nampak macam dah biasa…” Ruslan cuba menyentuh rambut Damya.

Damya pantas menepis dengan keras. “Tugas saya cuma menuang minuman,”

Ruslan ketawa lagi, kali ini lebih meleret.

“Bila dah masuk dalam ni… Buat apa nak peduli pasal tugas? Kan…” Ruslan bertindak lebih berani dengan menyentuh dagu Damya.

Pintu bilik itu tiba-tiba dibuka dengan kasar. Semua yang berada di dalam terkejut besar melihat kemunculan seorang lelaki tinggi lampai di hadapan pintu.

Damya hampir ternganga. Jantungnya terus berdegup kencang!

“Tu… Tuan Hayden!” Ruslan melopong dan terus duduk dengan tegak.

“Ada party di sini… Dan saya tak diajak?” Hayden masuk dengan langkah bersahaja.

Damya terasa dadanya berombak kencang. Bagaimana Hayden boleh muncul? Tiada siapa tahu dia di situ melainkan… Ya Kayla! Untuk keselamatan Damya hanya memberitahu Kayla.

“Tuan Hayden, silakan! Kami tak tahu Tuan minum…” Ruslan seperti cacing kepanasan dan kelam kabut menyambut kedatangan Hayden.

“You, tuangkan kepada Tuan Hayden!” arah Ruslan kepada Damya.

Damya masih kaku. Dia sebenarnya mahu menjerit dan berlari keluar!

“No thanks… Saya datang sini sebab, nak jumpa Tuan Ruslan.” Kata Hayden dan dia sempat melirik melihat wajah Damya yang pucat lesi.

“Jumpa saya untuk apa Tuan?”

“Bulan lepas tuan ada jumpa saya untuk minta tolong tentang satu projek di Johor. Saya dah fikirkan semula. Rasanya saya boleh bantu dapatkan persetujuan Tan Sri.”

Ruslan terus ketawa besar dan mencapai tangan Hayden.

“Thank you so much Tuan Hayden! Saya ingat Tuan sudah menolak. Apa yang saya boleh buat untuk berterima kasih kepada Tuan?” soal Ruslan dengan gembira.

Hayden memandang ke arah wanita di sebelah Ruslan.

“Siapa perempuan di sebelah tuan?” soal Hayden penuh kepuraan.

"Ini… Oh ini… Kenapa? Tuan… mahu perempuan ni?”

“Kalau you tak kisah,” jawab Hayden.

Ruslan terus menoleh kepada Damya.

“Kau ikut lelaki ni! Jangan risau pasal Aizat. Aku akan luluskan kenaikkan pangkat dia!” Bisik Ruslan keras.

Damya menggenggam tangan. Hayden sengaja bukan?

Hayden bangun berdiri sambil membetulkan kot di badannya.

“I nak perempuan tu, kalau tak. Lupakan pasal projek tu.”

Ruslan pantas menarik Damya bangun dan menolaknya kepada Hayden dengan kuat sehingga Damya melekat di dada Hayden.

Hayden menatap mata bundar milik Damya yang sedang basah. Air mata menunggu masa untuk tumpah!

Tetapi Damya lebih gementar melihat padangan mata yang dingin itu! Hayden merenung tajam dengan wajah merah padam.

Share this novel

irenerose
2024-01-28 16:03:55 

Bijak Hayden ambil peluang guna Kayra ek.. tak terlambat walau sesaat..hehehe PJ cantik cepat update ye..hehehe

Yuslina
2024-01-28 11:17:10 

Malam ni boleh la update lagi satu chap ye???

MOMMY FA
2024-01-28 02:01:42 

tak sabar nk tgk mya jatuh kat hayden , hahahah aduh


NovelPlus Premium

The best ads free experience