Bab 23
Damya menyelak rambutnya ke belakang apabila terasa mengganggu fokusnya ketika itu. Dia duduk di sebelah Aariz yang sedang menunjukkan lakaran buku resepi masakan mereka di dalam skrin komputer riba. Seperti biasa mereka akan berjumpa di restoran tempat bekerja Aariz setiap kali perlu berbincang tentang projek mereka.
Damya berdebar juga untuk membuat penampilan pertama dalam dunia masakan dan menonjolkan identitinya. Malah, Damya dalam perancangan untuk membuat video masakan di studio dan menampilkan dirinya di skrin.
Ramai pengikutnya tidak sabar untuk melihat kemunculannya kelak. Jumlah pengikutnya sudah mencanak naik sejak menjadi guru masakan. Ini kerana Damya turut membuat konten di kelas masakan bersama pelajarnya. Bukan sebarangan anak murid, mereka adalah individu kelas atasan yang bersemangat untuk belajar menu masakan mewah.
“Apa pendapat awak dengan design dan layout buku ni? Kalau awak rasa tak menarik boleh beritahu saya. Saya akan minta designer buat semula, sampai awak puas hati.” tanya Aariz. Dia sempat menoleh melihat wajah Damya di sisinya.
“Saya rasa semuanya okey. Gambar-gambar pun nampak clear dan menarik. Saya puas hati.” komen Damya lalu tersenyum puas.
“Kalau awak puas hati, kita akan hantar kepada syarikat cetakan. Saya ada team yang akan buat marketing. Awak juga boleh iklan di platfom awak.” jelas Aariz dengan bersemangat.
Damya angguk dan masih melihat skrin komputer riba Aariz. Tangannya bergerak di skrin untuk menyemak setiap muka surat.
“Damya, we should take a break. Time for dinner.” Aariz melihat jam tangan dan menanti reaksi Damya.
“Sounds good.” Damya menutup komputer riba itu dan meletakannya di tepi.
Aariz bangun dan memgambil tempat di hadapan Damya. Kemudian lelaki itu membuat panggilan dan memesan beberapa menu kepada pekerjanya.
“Well… Saya nampak awak sibuk sekarang, Damya. Ke sana ke sini dengan pelbagai aktiviti. Awak nampak seperti…” Aariz jeda.
Damya tersengih nipis. “Seperti apa, chef?”
“Tak ada siapa yang menghalang awak…”
Damya angguk perlahan. “Ya, saya sekarang memang fokus untuk kerjaya saya.”
“I’m sorry for asking this question…” Aariz menatap mata Damya yang bundar. Mata itu sungguh menawan dan mampu menggugah hati setiap lelaki yang memandangnya.
“Saya ada dengar… Tapi, saya tak berani tanya awak sebelum ni. Are you divorced?”
Damya tidak terkejut dengan soalan itu memandangkan status dirinya sudah mulai dihidu orang sekeliling. Terutamanya para pelajar kelas masakan mereka.
“Hmm… Hal ini agak peribadi tetapi saya tak boleh juga nak simpan. Yes, chef. It was a few months ago....”
“Oh, I’m sorry, Damya…” kata Aariz dengan wajah serius.
Damya pantas menggeleng. “I’m fine…”
“So… You want the divorced? Because you look strong. Lebih kuat dari sebelum ni.”
“I could say… Yes. Actually, I’m grateful. Saya yang mahukan perpisahan. Jadi, saya sangat hargai kebebasan yang saya ada sekarang.”
Aariz tersenyum panjang. “Betul, awak nampak berbeza dari dulu. Sekarang lebih berani, tegas dan penuh keyakinan. Malah semakin cantik seperti Damya yang kenal di kampus dulu.”
Damya menegakkan badannya apabila makan malam mereka dihidangkan oleh pelayan.
“Saya bersyukur sebab dapat peluang kedua dalam hidup saya. Orang kata, seumur hidup itu terlalu lama. Saya tidak sanggup habiskan seumur hidup saya membuat perkara yang tidak mendatangkan kebahagian.”
“So, you should find your own happiness.”
“Yes, I did. Like now…” Damya mengangkat sudu lalu menikmati pasta yang terhidang.
Aariz ketawa perlahan. “Please enjoy your meal.”
“How about you chef? Are you happy with your life now?” soal Damya.
Aariz angguk perlahan. “I’m happy but…”
Damya mengerut dahi menanti Aariz bercerita lanjut. Mereka jarang berbicara seperti itu sebelum ini. Entah kenapa Damya berminat untuk mendengar lebih dalam tentang lelaki itu. Aariz seorang lelaki yang pandai menyimpan rahsia, rata-rata wartawan tidak dapat mengintai kisah peribadi lelaki ini.
“Mungkin kisah kita hampir sama. Cuma saya lebih tragis.” Aariz mula menyelak sedikit kisah peribadinya.
“Kalau chef tak boleh kongsi, It’s okay.” pantas Damya menghentikan lelaki itu.
Aariz tersenyum.
“Saya juga pernah bercerai. Cuma 2 tahun dapat bertahan. Saya berkahwin dengan wanita berasal dari Italy. Kami berkenalam ketika saya kursus masakan di sana. Selepas kami kembali ke Malaysia, dia tidak dapat sesuaikan diri. Akhirnya kami berpisah.”
Damya terus kelu sehingga tidak mampu berkata-kata.
“I love her. And I miss our daughter.” Sambung Aariz dengan penuh penghayatan.
Damya menekup mulut dan dia benar-benar terkejut. Air mata Aariz kelihatan bergenang sebelum dia kembali tersenyum.
“Don’t worry… Saya sudah move on.”
“Jadi, cef ada anak dengan bekas isteri?” Damya berhati-hati ketika bertanya hal peribadi seperti itu.
“Ya, anak perempuan. Saya tidak tahu dia pregnant semasa dia pulang ke Italy.”
Damya mengetap bibir dan dapat merasai keperitan yang ditanggung lelaki itu.
“How old is she?”
“3 years. Saya pernah jumpa dia beberapa kali, kalau saya ke Italy.” Aariz tersenyum hambar.
“I’m sorry… Saya tak nafikan cef lebih terkesan apabila alami kegagalan rumah tangga. Kita di situasi berbeza, tetapi kita belajar perkara yang sama. Hidup perlu diteruskan…”
“You are right. Life must go on. Buka buku baru dan jangan toleh ke belakang. Kalau awak mahukan nasihat untuk bangkit dari kegagalan, feel free to ask me anytime..” tutur Aariz dengan ikhlas.
Damya tersenyum lebar. Terkesan dengan kisah Aariz sehingga dia tidak mampu bersuara lagi. Damya cuba selesaikan makan malam itu dengan senyap dan fikirannya terus melayang jauh.
“Damya… Saya rasa kita memang mempunyai takdir yang sama.” Tiba-tiba Aariz bersuara menepis kesepian antara mereka.
Damya mengangkat wajah dan pandangan mereka bersatu.
“Adakah… Are you ready for a new relationship?”
Soalan dari Aariz terus menggugah ketenangan Damya saat itu.
“Saya… Belum bersedia.” jawab Damya. Jujur.
Aariz tersenyum kerana dapat menduga jawapan dari wanita itu.
“Tell me when you’re ready.”
****
“Hmm… My husband memang sangat happy bila I masuk kelas masakan ni. Dia puji I masak semakin sedap sebab sangat improve dari dulu. Menu-menu pulak sangat high class!” Datin Medina menepuk tangan sendiri sambil ketawa gembira.
“I setuju! Tengoklah menu malam ni! Ravioli Lasagna! Italian sangat! Mak mentua I mesti puas hati I masuk kelas you, Cikgu Damya! Misi cairkan hati mak mentua is done!” Giliran Datin Julia pula memuji.
Damya tersenyum kepada para pelajarnya yang semakin hari semakin teruja.
“Thank you so much. I’m happy when I can help you to improve your cooking skills. For tonight, kita akan gabungkan dua jenis pasta yang sangat menjadi kegemaran orang Italian. In this case, we layer meat sauce, store-bought ravioli, and tons of melty mozzarella with ricotta.” jelas Damya lalu menujukkan di skrin projektor yang terdapat senarai resepi serta penerangan.
“Cikgu Damya! Chef Aariz dah ada teman wanita ke?”
Damya terkedu lalu memandang wajah para pelajar di hadapannya. Sudah lari tajuk nampaknya.
“Kami pun pelajar Chef Aariz. Dia banyak puji Cikgu Damya. Ahh…Kamu berdua nampak sesuai sangat!”
“Cikgu Damya, cantik… Pandai masak, mesti ramai nak buat menantu kan?”
“Jangan potong line… Chef Aariz lebih sesuai dengan cikgu kita.”
Damya hanya tersenyum lalu menggeleng kepala. Sejak kelas bermula, mereka lebih banyak bergosip dari fokus kepada masakan. Pening kepala juga Damya.
“Ini kelas untuk cari jodoh untuk saya ke?” Damya cuba bergurau supaya kelas mereka tidak menjadi bosan.
“Apa salahnya! Cikgu Damya suka lelaki macam mana? Kami ramai kenalan! Nasib baik anak saya perempuan!“ kata Datin Sofea pula.
”Mestilah lelaki idaman Cikgu Damya macam Chef Aariz kita!”
Suasana semakin riuh sehingga Damya sukar untuk mengawal keadaan.
“Ini kelas masakan ke tempat potong bawang?”
Damya tersentak termasuk kesemua pelajarnya. Mereka menoleh ke belakang untuk melihat siapa pemilik suara itu. Damya terus berdiri tegak apabila melihat seorang wanita berjalan masuk ke dalam dapur dengan selamba.
“Puan Sri!”
Masing-masing menyebut nama gelaran wanita itu selepas terkedu seketika.
“Cikgu Damya sibuk ke? Boleh kita bercakap?” soal Puan Sri Rosena apabila menghampiri Damya.
“Er… Boleh, Puan Sri.” jawab Damya lalu menyerahkan senarai resepi kepada pelajarnya.
“Sila teliti dulu bahan masakan. Saya akan kembali sekejap lagi.”
“Baik cikgu,”
Damya akhirnya mengiringi Puan Sri Rosena keluar dari kawasan dapur dan bisikan dari pelajarnya pun mula kedengaran.
Puan Sri Rosena duduk di dalam pejabat Damya sambil melihat persekitaran bilik itu. Citarasa wanita itu agak menarik sehingga membuatkan Puan Sri Rosena terleka dengan beberapa portrait gambar serta lukisan yang tergantung di dinding.
“You have good taste. Pejabat kamu teratur dan kemas. Seperti tuan badan.”
Damya tersenyum lalu menghulurkan secawan teh kepada Puan Sri Rosena dengan sopan.
Puan Sri Rosena kelihatan tenang walaupun wajahnya masih serius. Dia jarang minum teh dan berbual dengan orang yang tidak biasa. Walaupun dengan menantunya sendiri. Melainkan dia berasa selesa dengan orang itu.
“Please make yourself comfortable, Puan Sri. Bilik pejabat ni simple sahaja. Tapi, saya memang sukakan seni yang sederhana namun indah untuk dipandang. Seperti lukisan itu, gambaran seorang wanita sedang minum teh atau kopi di waktu petang. Saya tenang setiap kali melihatnya…”
Puan Sri Rosena angguk setuju. “Itu hobi saya diwaktu petang. Kalau boleh saya tak mahu diganggu waktu itu. Kita nampaknya sukakan perkara yang sama.”
Damya tersenyum lagi. “Saya juga suka minum kopi di taman perumahan. Sambil menikmati waktu petang yang nyaman. Tetapi… Saya suka kalau di temani seseorang yang saya selesa.”
“Betul… Hanya seseorang yang kita selesa.” Puan Sri Rosena akhirnya tersenyum nipis.
“Jadi, siapa orang yang kamu selesa itu? Lelaki yang disebut mak cik bawang tadi ke?”
Damya pantas menafikan. “Jangan salah faham Puan Sri. Mereka cuma bergurau.”
Puan Sri Rosena meletakkan cawan di atas pinggan pelapik lalu diletakkan di atas meja dengan tertib.
“Well, Damya… Saya datang ni bukan nak bersembang kosong. Saya ada perkara penting yang ingin saya katakan.”
Damya kembali berdebar yang sejak tadi cuba dikawal. Wajahnya turut berubah dan jelas ketara.
“Ada apa Puan Sri?”
“Tentang kamu dan Hayden…”
Damya terus gugup. Dia menggengam tangan yang tiba-tiba menjadi sejuk.
“Apa maksud Puan Sri? Saya dan Tuan Hayden?”
“Saya tahu… Segalanya. Bukan dari Hayden, tapi saya sendiri siasat. Susah juga sebab Hayden sangat berhati-hati. Tapi… Saya ibu dia. Macam mana pun saya tetap akan tahu.”
“Puan Sri, saya dan Tuan Hayden…”
“Dengar dulu…” Puan Sri Rosena menahan Damya. “Saya tahu Hayden banyak tolong kamu. Bantu kamu dapatkan perceraian, pekerjaan, dan juga kedudukan yang selesa di sini. Pendek kata, kamu betul-betul ditaja anak saya.”
Damya mengeleng tetapi tidak mampu bersuara kerana Puan Sri Rosena belum selesai ketika itu.
“Paling saya terkejut… Kamu tinggal di rumah Hayden. Dan saya juga baru tahu kamu personal chef dia. Oh my god…”
“Puan Sri, izinkan saya betulkan…” ujar Damya dengan suaranya yang bergetar.
“Saya tahu semuanya… Kamu bercerai, dan sekarang kamu sudah bebas. Nampaknya gossip pun sudah mula terbesar. Kamu dengan Chef Aariz? Selepas gunakan anak saya?”
“Bukan, Puan Sri! Saya tak ada hubungan dengan Chef Aariz.”
“Sebagai seorang ibu… Saya sangat bimbang dengan Hayden. Hanya saya sahaja yang tahu kelemahan Hayden. Dan sekarang mungkin kamu juga tahu. Saya nak betulkan keadaan sebelum menjadi rumit!” tegas Puan Sri Rosena.
Damya terus terkunci bicara. Dadanya seperti mahu meletup kerana tidak mampu pertahankan dirinya. Mungkin Puan Sri Rosena sedang menilai dirinya begitu murah ketika ini.
“Saya rasa… Kamu tahu cara terbaik untuk balas budi Hayden kan?” soal Puan Sri Rosena dengan pandangan yang tajam.
Damya terus menunduk. Dia menahan air mata yang mahu tumpah. Sebenarnya dia sedang menahan diri dari menggeletar, kerana trauma dengan layanan Puan Juriah dahulu. Kini, dia hampir di situasi yang sama.
“Saya faham, saya akan jauhkan diri dari Tuan Hayden.” luah Damya setelah mengumpul kekuatan.
Puan Sri Rosena ketawa perlahan. “Apa ni? Adakah saya bawa sampul wang untuk kamu tinggalkan Hayden?”
Damya keliru lalu mengangkat wajahnya memandang wanita itu.
“Jadi isteri Hayden. Hanya kamu orang yang mampu berada di sisi anak saya yang banyak kelemahan.” tegas Puan Sri Rosena.
Damya tersentak hebat. Kali ini dia benar-benar menggigil sambil memandang wajah Puan Sri Rosena yang serius.
“Jaga diri kamu, sebagai bakal menantu saya. And one more thing… Saya tak perlukan jawapan kamu.” Puan Sri Rosena bangun lalu mengambil beg tangan mewahnya di sebelah.
“Pergi sambung kelas. Saya dengar banyak pujian tentang kamu.” Puan Sri Rosena terus berjalan menuju ke pintu dan keluar dari pejabat Damya.
Damya terkebil-kebil sehingga terasa sukar untuk bernafas! Apa yang baru berlaku?!
*****
Damya melangkah longlai ketika keluar dari lif dan berjalan menuju ke pintu rumah. Apa yang Puan Sri Rosena maksudkan? Adakah wanita itu serius? Mana mungkin dia tidak boleh memberi jawapan? Adakah ini satu paksaan? Tetapi… Jika dia menolak, apa yang akan terjadi kepadanya?
Damya semakin buntu sehingga lututnya terasa longgar. Dia berusaha juga berjalan sehingga tiba di hadapan pintu rumah dan menekan pin keslematan.
Apabila pintu terbuka, Damya melangkah masuk dengan lemah. Dia keletihan dan otaknya lebih memenatkan. Malam semakin larut dan suasana semakin sunyi. Langkah Damya mati apabila melihat satu sosok lelaki sedang duduk di wing chair sedang menantinya di situ.
“Tuan Hayden!” Mata Damya akhirnya terbuka luas. Lelaki itu kelihatan fokus membaca majalah di tangan. Kemeja putih dibuka butang tiga dari atas, lengan pula disingsing sehingga ke siku. Nampaknya lelaki itu baru pulang dari pejabat.
“Tuan Hayden, kenapa awak datang ke sini?!” soal Damya apabila panggilannya tidak disahut lelaki itu.
Hayden akhirnya letak majalah itu di sebelah. Dia bangun dan berdiri di hadapan Damya yang kelihatan gelisah.
“Kenapa? Tak biasa nampak saya dalam rumah ni?” soal Hayden dengan suara yang garau.
“Please… Saya tak nak dituduh perempuan murahan. Jangan keluar masuk rumah ni walaupun rumah ini adalah rumah awak. Atau saya akan pindah.“ tegas Damya.
“Senangnya… Semakin hari, awak semakin lupakan saya.”
“Tuan Hayden, saya janji akan bayar semuanya kepada awak. Saya juga akan cari rumah lain sebab saya tak mampu pun nak sewa rumah ni. Saya bukan nak larikan diri. Cuma saya nak kita kekal professional.“
“Hmm… Saya dapat tahu Puan Sri jumpa awak. Sebab itu saya datang ke sini. Saya nak tahu apa dia cakap? Kenapa dia jumpa awak?”
Damya terus kelu. Adakah Hayden tidak tahu?
“Tak ada apa…”
“Mustahil! Puan Sri bukan sejenis yang buang masa jumpa seseorang yang tak penting. Apa dia mahu dari awak? Dia tahu awak tinggal di sini? Dia nak halau awak? Tell me, Damya! Barulah saya dapat tolong awak!” Desak Hayden.
“Tu… Tuan… Saya rasa… Puan Sri salah faham. Dia patut tahu kita sebenarnya tak ada hubungan…”
“Hubungan macam mana, Damya?” Hayden selangkah ke hadapan dan menarik kedua bahu Damya dalam genggaman tangannya.
“Tolong jelaskan kepada Puan Sri… Kita tak mungkin akan berkahwin.”
”What?! Puan Sri ingat kita akan berkahwin?”
“No… Dia minta saya jadi isteri awak.”
Hayden terdiam. Matanya tidak melepaskan wajah Damya saat itu.
“Hari ni… Dia bawa saya beli cincin. Dia paksa saya bertunang dengan wanita pilihan dia. And what… awak orang tu?!”
Mata Damya terus membesar dan tubuhnya tiba-tiba menggigil. Adakah Puan Rosena begitu serius?
“Tuan Hayden! Apa perlu kita buat?”
Hayden menelan liur yang pahit lalu melepaskan Damya.
“Kalau my mom sudah serius… Tak ada apa yang boleh halang dia. Prepare yourself.”
Hayden terus berjalan menuju ke pintu dengan langkah yang luas.
“Tuan Hayden!! Tolong buat sesuatu! Kita tak boleh kahwin! Saya baru nak hidup bebas!” Damya mengejar Hayden dan menarik baju lelaki itu dari belakang.
Hayden menoleh dengan wajah yang tegang.
“Buatlah apa yang awak suka. Saya pernah halang awak ke?”
Damya mengetap bibir dengan air mata yang bergenang.
“Macam mana kalau keluarga awak layan saya dengan teruk? Saya tak mampu hadap lagi benda yang sama…”
“I’m not Aizat… You know me better. Listen here, Damya. Kalau awak halang saya nak keluar sekali lagi… Malam ni juga awak jadi isteri saya!”
Damya terus tersedar dan melepaskan baju Hayden yang direntap kemas sebentar tadi.
“Go… Go!” Damya terus menolak Hayden keluar dan menutup pintu!
Share this novel
Harap PJ update lagi chapter baru.. Sabar menanti..
plz update pj
Ishhhh... DAMYA Jgn la jual mahal sgt.... Lps ni dh kahwin Jgn lupa selalu belai2 abang hayden.. Hahahhaha.. Eiii