“DATUK, saya rasa mungkin pengirim bunga tu salah seorang daripada wanita yang pernah datuk jumpa selama ini.”
Beritahu Harraz sebaik sahaja masuk ke dalam bilik rawatan Hud Aariz dengan nafas yang tercungap-cungap.
“Maksud you orang tu memang ada di sekeliling kita ke?”
Hud Aariz menyoal dengan nada suara yang mendatar tanpa riak marah ataupun teruja. Dia hanya mahukan kepastian daripada Harraz. Dia tidak mahu percaya bulat-bulat dengan dakwaan Harraz.
“Saya dimaklumkan oleh salah seorang nurse tadi yang pengirim bunga tu seorang wanita bekerjaya sebab pakaian dia dan dia juga seorang wanita muda yang berpenampilan kemas.”
“Hurm okay. So, you rasa siapa wanita yang berpakaian kemas, bekerjaya dan muda tu?”
Harraz memandang Hud Aariz tanpa berkelip. Anak mata mereka bertaut tetapi Harraz terus menundukkan kepalanya. Dia yang tadinya cemas, sudah mulai tenang.
“Entahlah, datuk. Saya pun tak pasti.”
Harraz menggaru kepalanya. Hanya itu jawapan yang dia mampu berikan buat masa ini.
“Ada apa-apa hint lagi tak? You dah tengok cctv?”
“Tak lagi, datuk.”
Dahi ditepuk perlahan. Hud Aariz memejamkan matanya buat seketika.
Harraz yang melihat kelakuan Hud Aariz terus duduk di atas katil dan kedua-dua belah tangannya naik memegang pipi Hud Aariz.
“Datuk sakit kepala ke? Nak saya panggilkan doctor?”
“You buat apa ni?”
Tubuh Harraz ditolak kasar.
“You jangan sentuh I. Berdiri bulu roma I tau tak. You berambus sekarang.”
Sebiji bantal dilemparkan ke arah Harraz.
“Arghhh…”
Tangan memegang perut. Berkerut wajah Hud Aariz menahan sakit akibat daripada pergerakan yang drastik.
“Ta… tapi datuk, saya nak temankan datuk tidur di sini.”
“Siapa suruh you temankan I? I taknak tengok muka you. Pergi balik. Keluar!”
“Errr tapi…”
“Get out, now!”
Lintang pukang Harraz mengatur langkah meninggalkan bilik rawatan tersebut. Dia berdiri membelakangi pintu sebaik sahaja pintu ditutup tanpa menghiraukan 2 orang bodyguard di situ. Malang betul nasibnya hari ini. Sudahlah tadi dimarahi oleh Datuk Seri Hisham, sekarang dimarahi oleh Hud Aariz pula. Entah apa pula nasibnya esok.
Sebaik sahaja Harraz meninggalkan bilik itu, Hud Aariz kembali termenung memikirkan apa yang disampaikan oleh Harraz sebentar tadi. Siapa orang terdekat yang dalam diam sukakan dia? Dhia Safiya? Tidak mungkin kerana Dhia Safiya sudahpun menjadi miliknya. Lisa? Mustahil Lisa kerana sekarang Lisa berada di dalam tahanan polis. Tiara? Wanita itu jarang bertemu dengannya. Murni? Eh dah kenapa pula dia, atau mungkin juga Puan Siti? Tidak logiklah kalau Puan Siti kerana dia isteri orang, nanti dibelasah oleh suaminya pula. Harraz? Sudah buang tebiat agaknya tiba-tiba Harraz menjadi lelaki gay. Tidak!
“Seram sejuk pula bila memikirkan yang Harraz tu gay. Patutnya I suruh jer Harraz tu kahwin dengan Lolita tapi kalau Harraz kahwin dengan Lolita, makin kerap la I jumpa dengan Harraz. Oh no. Stress!”
Keluhan kecil keluar daripada mulut Hud Aariz. Kad kecil yang berada di atas meja dipandang dengan pandangan kosong. Dia perlu mencari siapa sebenarnya pengirim bunga misteri itu. Apapun niatnya, dia perlu menerima balasan. Siapa tahu, niat yang pada mulanya baik tetapi bertukar menjadi jahat pula. Yang terluka nanti, pasti orang sekeliling yang dia sayang.
“Aku akan cari kau walaupun kau lari ke hujung dunia sekalipun. Kau tidak akan terlepas!”
Jemarinya mula digenggam menjadi penumbuk. Wajah yang tenang mula bertukar menjadi bengis. Bayangan gelap seorang wanita muncul dalam fikirannya. Suatu hari nanti, pasti rahsia pengirim bunga misteri itu akan terbongkar.
*
Dhia Safiya berjalan membuntuti Hud Aariz dan Harraz naik ke tingkat atas apabila disuruh oleh Datin Seri Badriah. Wajah tua itu kelihatan ceria, mungkin kerana satu-satunya anak teruna yang dia ada sudah kembali ke rumah dan kesihatannya juga semakin membaik.
Hari ini merupakan kali kedua Dhia Safiya memijakkan kaki ke rumah banglow itu. Selepas dia dan Hud Aariz bertunang, belum pernah lagi penghuni rumah itu mengundang dia ke rumah mereka. Mungkin kerana penghuni rumah itu terlalu sibuk atau tiada kepentingan untuk dia ke rumah banglow itu. Lagi pula, dia tidak begitu rapat dengan mereka. Tanpa dia sedar satu keluhan kecil keluar daripada mulutnya.
“Cik Dhia, saya turun ke bawah sekejap.”
Terangkat tinggi kedua-dua belah bahu Dhia Safiya kerana terkejut apabila ditegur oleh Harraz.
“Cik Dhia okay ke?”
Dhia Safiya menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum nipis.
“Saya okay. Takpa, Encik Harraz turunlah ke bawah. Biar saya temankan datuk di dalam bilik.”
“Baiklah, Cik Dhia.”
Harraz memerhatikan sosok Dhia Safiya sehingga wanita itu masuk ke dalam bilik Hud Aariz. Dia terus menapak ke tingkat bawah kerana perlu mengambil barang yang masih tertinggal di dalam kereta.
Di dalam bilik, Hud Aariz sibuk menatap telefon pintar yang berada di tangannya sehingga dia tidak sedar kehadiran Dhia Safiya. Dia meletakkan telefon pintar di atas meja kecil di sebelah katil dan terus membuka butang baju yang melekat di tubuhnya. Baju kemeja itu dilemparkan ke belakang.
“Harraz, nanti ambilkan tu…”
Hud Aariz terkaku sebaik sahaja berpaling ke belakang apabila melihat seseorang sedang berdiri betul-betul di belakangnya.
“Errr Har… Harraz turun ba… bawah.”
Beritahu Dhia Safiya dengan suara gementar selepas menurunkan baju kemeja yang hinggap di wajahnya. Dia tertunduk malu apabila terpandang tubuh Hud Aariz yang tidak berbaju.
“Anje? Hurm kenapa anje ada dalam bilik hubby ni?”
“Errr tadi Harraz… anje… sini…”
“Owh, okaylah. Hubby nak mandi, anje nak… temankan hubby ke?”
Senyuman nakal terukir di bibir Hud Aariz. Muncul idea nakal dalam kepalanya. Inilah peluang untuk dia mengenakan Dhia Safiya.
Dhia Safiya agak terkejut mendengar kata-kata Hud Aariz. Sebagai wanita yang sedari kecil lagi dididik dengan ilmu agama, dia tidak akan membuat sesuatu yang dilarang dalam agama.
“Eh taklah. Kenapa pula anje nak buat macam tu? Mana anje tahu hubby nak buka baju. Kalau anje tahu, anje tak akan masuk dalam bilik hubby. Hubby yang salah. Kenapa tiba-tiba nak buka baju?”
Lantang Dhia Safiya bersuara padahal dia hanya mahu menyembunyikan rasa gugup.
“Hahaha… ni kan bilik hubby. Suka hati hubbylah nak buat apa pun. Anje dah masuk bilik hubby so…”
Hud Aariz yang masih lagi tidak berbaju itu mula berjalan mendekati Dhia Safiya. Senyuman nakal di bibirnya semakin melebar.
“Hubby nak buat apa? Jangan dekat, nanti anje jerit biar datin dengar.”
“Jeritlah. Biar satu rumah ni dengar. Biar semua orang tahu yang anje ni nak ambil kesempatan dekat hubby.”
“Hah? Mana ada anje buat macam tu. Hubby yang tiba-tiba buka baju, bukan salah anje pun. Eee jangan dekatlah. Anje taknak. Hubby belum pun sebut aku terima nikahnya lagi…”
Dhia Safiya menutup kedua-dua belah matanya. Baju Hud Aariz yang berada di dalam genggaman dipeluk kuat.
Hud Aariz terus menarik baju yang berada di tangan Dhia Safiya lalu disarungkan semula ke tubuhnya.
“Hahaha…”
Tawa besar terhambur daripada mulut Hud Aariz. Wajah takut Dhia Safiya sangat mencuit hati. Puas hatinya dapat mengenakan tunangnya itu.
“Tahupun takut. Nasib baik kita belum kahwin lagi, kalau tak…”
Senyum nakal terlakar di bibirnya. Bahagia rasa dapat melihat wajah Dhia Safiya yang panik.
“Hisyyy suka main-main macam tu. Hubby ingat boleh takutkan anje ke? Memang taklah. Sikit pun anje tak takutlah.”
Dhia Safiya mendengus geram. Dia berdiri sambil memeluk tubuh. Jelingan tajam diberikan kepada Hud Aariz.
“Yalah tu tak takut. Tadi dia juga yang jerit janganlah dekat, anje taknak. Hubby belum sebut… hahaha.”
Kening Dhia Safiya mula berkerut. Panas hatinya diperlakukan begitu oleh Hud Aariz.
“Awak yang mulakan tadi. Perangai macam budak-budak. Berdosa tahu tak bergurau macam tu. Ingat sikit yang awak dan saya bukannya suami isteri. Bukan mahram!”
Hud Aariz merasa tertampar dengan kata-kata yang dihamburkan oleh Dhia Safiya. Dia berjalan mendekati Dhia Safiya semula. Anak matanya tajam menikam wajah tunangnya itu.
“Awak? Anje panggil hubby awak? Dalam sekelip mata saja, anje dah berubah.”
Dhia Safiya tunjuk muka menyampah. Ingatkan perut sahaja yang terluka, rupanya otak juga turut terluka. Lelaki mereng. Desis Dhia Safiya dalam hati.
“Hubby yang mulakan tadi. Kenapa nak salahkan anje pula?”
Sekali lagi Dhia Safiya cuba pertahankan dirinya. Dia tidak mahu kalah dengan lelaki di hadapannya itu.
“Anje ku sayang, anje ingat hubby ni dah tak waras ke sampai sanggup buat yang bukan-bukan dekat anje. Hubby ni belajar alif ba ta lebih awal daripada anje okay, so hubby lebih tahu mana yang baik dan mana yang tidak baik. Hubby nak jadikan anje ratu dalam hidup hubby. Mana mungkin hubby sanggup buat perkara terkutuk tu. Faham?”
Laju jari Hud Aariz menjentik dahi Dhia Safiya. Rasa puas pula dapat menyakat wanita kesayangannya itu.
“Aduh, sakitlah.”
Dhia Safiya menggosok-gosok dahinya.
“Yalah tu ratu. Entah-entah anje ni ratu yang ke seratus. Dalam hati hubby tu, anje yang paling last sekali…”
Sambungnya lagi. Suaranya diperlahankan. Dhia Safiya tunduk menekur lantai. Tiba-tiba sahaja perasaan sedih timbul dalam hatinya. Bukan dia sengaja hendak merengek manja, tetapi hatinya dapat merasakan yang dia dan Hud Aariz tidak akan bersatu.
“Apa yang anje merepek ni? Hubby sayang anje sorang saja. Mana ada orang lain. Hubby tak akan menduakan anje. Percayalah cakap hubby ni.”
Dhia Safiya mengangkat wajah. Dia mendongak menatap wajah Hud Aariz yang sedang berdiri di hadapannya. Jantungnya mula berdegup laju. Wajah tampan Hud Aariz ditatap tanpa berkelip. Benarkah lelaki di hadapannya ini akan menjadi miliknya?
Anak mata Hud Aariz bergerak-gerak mengamati wajah Dhia Safiya. Tidak pernah dia berada sedekat itu dengan tunangnya. Jantung yang sedang berdegup laju itu seakan-akan mahu melompat keluar daripada tubuhnya. Dirinya seperti telah terpukau dengan kesempurnaan raut wajah yang dimiliki oleh Dhia Safiya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia merangkul sosok yang berada di hadapannya.
“Ehem. Datuk, Cik Dhia.”
Hud Aariz dan Dhia Safiya berpaling memandang Harraz yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik.
“Saya mengganggu perbincangan datuk dan Cik Dhia ke?”
Hud Aariz menjarakkan dirinya dengan Dhia Safiya dan terus berpaling membelakanginya. Dia membutangkan semula baju yang mendedahkan tubuh badannya sedari tadi.
“I nak mandi.”
Hud Aariz terus menapak ke bilik air dan membiarkan Dhia Safiya dan Harraz. Dia perlu berpura-pura tenang walaupun hatinya sedang meronta-ronta ingin memeluk Dhia Safiya.
“Errr saya nak turun ke bawah.”
Dhia Safiya berjalan laju meninggalkan Harraz. Wajahnya terasa panas memikirkan apa yang berlaku sebentar tadi. Peluh di dahinya mula merembes keluar. Rasa malu terhadap Harraz bukan kepalang lagi. Bagaimana agaknya dia hendak berdepan dengan Harraz selepas ini? Dia yakin yang Harraz sedang menertawakannya dalam diam.
“Errr okay, datuk dan Cik Dhia.”
Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Harraz masih lagi tertanya-tanya dengan apa yang telah berlaku antara bosnya dan Dhia Safiya. Apa perkara yang mereka berdua bincangkan sehingga mereka kelihatan terlalu serius. Mungkin juga mereka bincangkan urusan pejabat. Biarlah, lebih baik jika dia tidak ikut campur urusan mereka.
*
2 minggu kemudian
Sekembali Hud Aariz ke pejabat disambut meriah oleh lembaga pengarah dan para pekerja selepas 2 minggu dia diberikan cuti sakit. Selama itu juga, banyak projek baru yang terpaksa ditangguhkan akibat daripada kemalangan yang berlaku tetapi ramai pelabur yang berminat untuk bekerjasama dengan syarikat Hud Aariz.
“Selamat kembali, Datuk Hud.”
Tangan dihulur kepada Hud Aariz.
“Terima kasih, Datuk Zakaria. Thanks for coming today. I risau kalau I dah terambil masa you.”
“Its okay, datuk. I'm so happy we got the chance to meet today. Syukur sangat dapat tengok datuk kembali ke syarikat.”
“Alhamdulillah, dah lama sangat saya berehat. Datuk Zakaria, berkenaan dengan projek sebelum ini, apa kata kita bincang dalam bilik mesyuarat. I rasa banyak benda yang kita miss out tentang projek ini…”
“Sure. I dah bawa semua dokumen penting berkenaan projek itu, yang Harraz maklumkan dengan assistant I, so don't worries. Hurm I tengok datuk semakin bersemangat nampaknya.”
“Iya ke? Maybe sebab terlalu lama I berehat, so now I dah fully charged. Itu yang nampak bertenaga.”
“I pun rasa macam tu, datuk. Ada hikmah juga atas apa yang berlaku kan. Akhirnya datuk tahu siapa kawan dan siapa lawan.”
Hud Aariz menganggukkan kepalanya. Semua yang telah berlaku di dunia ini, ada hikmah yang telah Allah tetapkan. Lisa yang pada mulanya nampak baik, rupanya menjadi duri dalam daging. Percayalah yang setiap kejahatan pasti akan dibalas.
“Datuk Hud, bilik mesyuarat sudah disediakan.”
“Thanks, Murni. This way, datuk.”
Hud Aariz dan Datuk Zakaria berjalan beriringan masuk ke bilik mesyuarat. Pembantu Datuk Zakaria membuntuti mereka dari belakang.
“Harraz, awak tak ikut sekali ke?”
Murni mula menyoal sebaik sahaja kelibat mereka bertiga hilang.
“Tak. Datuk nak saya settlekan kerja sikit.”
“Oh. Hurm nanti kita keluar lunch sekali nak tak?”
Murni menundukkan wajahnya apabila ditatap oleh Harraz.
“Saya ada temujanji sekejap lagi. Lagipun saya perlu selesaikan kerja yang datuk amanahkan. Mungkin lain kali. Maafkan saya.”
“Eh takpa, saya okay saja. Saya boleh keluar makan dengan Puan Siti. Awak jangan risau. Errr saya pergi siapkan kerja saya...”
“Saya minta maaf ya, Murni.”
Murni mengganggukkan kepalanya. Dia tersenyum nipis. Ada riak kecewa pada wajah itu. Dia berjalan perlahan-lahan meninggalkan Harraz bersendirian.
Tanpa pedulikan Murni, Harraz menapak laju masuk ke dalam ‘lift’. Dia perlu selesaikan urusan yang Hud Aariz amanahkan kepadanya. Dia mengeluarkan telefon pintar yang berada di dalam poket ‘blazer’ yang dipakai lalu laju jarinya menari-nari di atas skrin telefon. Langkahnya laju menapak keluar daripada ‘lift’. Dia mendapatkan Pak Samad yang sudah menunggu di luar bangunan.
“Pak Samad, bawa saya ke tempat yang saya beritahu semalam. Kita kena cepat balik semula sebelum datuk habis meeting.”
“Baik, Harraz. Pak Samad tahu jalan tikus untuk cepat sampai.”
Kereta yang dipandu Pak Samad laju menyusur di atas jalan raya. Mereka berdua hanya diam sahaja sepanjang perjalanan ke destinasi. Harraz sibuk melayan perasaan dan Pak Samad pula lebih fokus pada pemanduan.
Share this novel