"DATUK?"
Harraz membeliakkan matanya. Terkejut dengan kedatangan Hud dan Pak Samad di kediamannya tanpa pengetahuannya.
Macam mana datuk tahu rumah aku? Bisiknya dalam hati.
"Selamat pagi, Harraz," ucap Hud sambil tersenyum senget.
"Apa… apa datuk buat dekat sini? Sekarang ni… err pukul… err…" Harraz memandang sekeliling. Mencari jam pada dinding.
"Pukul 7.30 pagi," maklum Hud.
"Ha… awalnya. Datuk… kenapa… datang pagi-pagi ni?"
Hud senyum. "I nak jumpa dengan you. I nak you serahkan semua resume yang Murni bagi kepada you."
Harraz garu kepala. "Err ada tapi err saya… saya lupa lah letak dekat mana. Kejap saya cari."
Harraz masuk ke dalam rumah, diekori oleh Hud dan Pak Samad. Hud terbatuk kecil sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang tamu. Mulutnya ternganga apabila melihat ruang tamu yang berselerak dengan buku majalah, pakaian, peralatan permainan video dan sampah sarap yang bersepah di atas lantai.
"Sorry, datuk. Saya tak sempat nak kemas." Harraz mengutip pakaiannya lalu dibuang ke dalam bilik. Dia tersengih-sengih.
"It's okay, Harraz. I cuma terkejut cara hidup you… macam ni," sindir Hud sambil berhalan mengelilingi ruang tamu. "Hurm okay, mana resume tu?"
Harraz ternganga. "Datuk serius ke? Sekarang?"
"Yes."
"Errr boleh tak kalau nanti saya cari sebab… err… saya tak tahu lah ada dekat mana."
"Hmmm…" gumam Hud. "kalau macam tu, you pergi mandi dan bersiap. I tunggu you. Kita pergi office sama-sama."
Kening Harraz berkerut. Dia menelan liur. Wajah Pak Samad dipandang minta simpati.
Pak Samad mendekati Hud. "Datuk, apa kata kalau saya hantar datuk pergi office dulu. Lagipun ada lagi sejam setengah nak sampai waktu pejabat."
Hud melihat jam pada pergelangan tangannya. "Takpa, Pak Samad. I boleh tunggu. Nanti kita boleh sarapan sama-sama. Harraz, you pergi bersiap. Sekarang!"
"Errr baik, datuk." Harraz berlari masuk ke dalam bilik.
Hud melabuh duduk di atas sofa. Tangannya diletakkan di atas pemegang kerusi sambil bersandar pada sofa. Kaki kirinya bersilang di atas kaki kanan.
Pak Samad pula hanya berdiri di sebelah Hud. Matanya meliar melihat sekeliling ruang tamu pangsapuri kos rendah yang disewa oleh Harraz. Ruang dalam rumah yang sederhana besar, mempunyai dua bilik, serta bilik air dan tandas yang berasingan. Sesuai sangat untuk golongan bujang.
Hampir 30 minit, Harraz keluar daripada bilik setelah siap berpakaian. Bibirnya lebar tersenyum.
"Datuk, jom…" ajak Harraz.
Hud bangun membetulkan blazer yang melekat di tubuhnya. "Okay, jom…"
Pak Samad dan Harraz membuntuti Hud dari belakang. Langkahnya laju menapak ke pintu lift. Sampai sahaja di tingkat bawah, mereka menuju ke tempat parking kereta yang berada di tepi jalan.
Hud langsung melabuhkan punggungnya di dalam perut kereta setelah pintu kereta dibuka oleh Pak Samad. Dia menyilangkan kakinya sambil bersandar santai.
"Harraz, jangan lupa ingatkan Puan Siti untuk suruh Dhia Safiya datang interview. Secepat yang mungkin. No more excuses. Faham?"
"Baik, datuk. Saya akan ingatkan dia."
"Good."
"Datuk, hari ni datuk ada appointment dengan Cik Tiara untuk sign kontrak menjadi duta produk kita yang terbaru. Datuk nak dia datang office ke?"
"Sure."
"Baik, datuk. Saya setkan masa sebelum waktu lunch. Nanti lepas lunch pula, kita ada meeting dengan Datuk Halim."
"Again? I rasa dalam minggu ni saja dah berapa kali I ada meeting dengan dia. I dah bosan nak hadap muka dia."
"Sabar, datuk. Dia tu boleh dikatakan sebagai aset kita. Ke datuk nak minta sales kita wakilkan datuk?"
Hud mengeluh. "Nevermind. I jer lah yang pergi."
"Okay, datuk. Tu saja."
"Thanks, Harraz."
"Sama-sama." Harraz memandang ke depan sambil mengukir senyum. Sesekali dia akan menoleh memandang Hud yang sedang memejamkan mata.
Datuk Hud nampak hensem hari ni. Geramlah! Desis Harraz dalam hati.
PAK Samad memberhentikan kereta di hadapan pintu masuk lobby syarikat. Belum sempat Hud melangkah keluar, keretanya diserbu oleh wartawan yang telah menunggu di sana. Mereka mengerumuni kereta sehingga Hud tidak dapat keluar. Pengawal keselamatan yang berada di sana berlari mendekati kereta dan cuba untuk mengawal keadaan.
"Datuk, apa hubungan datuk dengan model bernama Lisa dan Tiara?" soal seorang wartawan wanita.
"Datuk, betul ke mereka bergaduh kerana datuk? Betul ke datuk bercinta dengan mereka?" soal seorang lagi wartawan.
"Datuk, tolong jelaskan datuk. Kenapa tiba-tiba datuk melarikan diri semalam? Adakah sebab datuk taknak hubungan datuk terbongkar?" Soalan daripada wartawan yang lain pula.
Hud hanya diam sahaja di dalam kereta. Dia menongkat kepala. Keningnya berkerut hingga hampir bercantum. Harraz pula nampak gelisah. Kepalanya terteleng ke kanan dan ke kiri, cuba mencari jalan untuk keluar daripada kereta.
"Datuk, apa kita nak buat ni?" soal Harraz gelisah.
"I nak keluar. Biar I jawab semua soalan wartawan tu. I tak salah so buat apa I nak takut," kata Hud lalu menolak pintu kereta.
"Errr datuk…" panggil Harraz tetapi tidak dipedulikan.
Pak Samad dan Harraz turut keluar daripada kereta. Mereka berlari mendekati Hud yang sedang dikerumuni oleh wartawan.
"Tolong bagi ruang kepada datuk dan tolong jangan tolak," beritahu Harraz tegas.
"Sabar semua. I akan jawab semua soalan. So, siapa dulu nak bertanya? Okay you…" Harraz menunjuk ke arah seorang wartawan perempuan.
"Datuk Hud Aariz, semalam berlaku satu pergaduhan besar antara model semasa pelancaran cawangan baru Syarikat A&B Enterprise, adakah berkaitan dengan datuk?" soal wartawan itu.
Hud berdeham. "Maksud you Lisa dan Tiara? Untuk pengetahuan you dan semua, Lisa adalah duta syarikat kami dan Tiara pula akan menandatangani kontrak sebagai duta baru di syarikat kami. Tentang hal pergaduhan semalam, I rasa tu bukan masalah I dan tiada kaitan langsung dengan I. One more question."
"Datuk Hud, betul ke Lisa tu teman wanita datuk dan datuk adalah 'sugar daddy' dia?" soal seorang wartawan lelaki pula.
Hud ketawa. "Sugar daddy? What nonsense are you talking about? Lisa or siapapun tak ada kena mengena dengan I," terang Hud lagi. Anak matanya merenung tajam wajah wartawan yang bertanya. "You, please don't spread false news. You as a journalist, you should be smarter to get better news." tegur Hud kepada wartawan tersebut.
"No more question. Thank you," ucap Hud sambil tersenyum.
"Terima kasih, semua. Tolong bagi laluan kepada datuk." Harraz menepis mikrofon yang menghala ke arah Hud. Dia sedaya upaya menolak para wartawan yang cuba mendekati bosnya itu.
HUD mendengus kasar sebaik sahaja keluar daripada pintu lift. Dia berjalan laju menuju ke pejabatnya tanpa menegur staf yang berselisih dengannya. Salam daripada Murni juga tidak dibalas.
Murni menjongket keningnya ke arah Harraz. Harraz mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.
"Harraz, nanti you minta security kita halau semua wartawan dekat bawah tu. Waktu lunch nanti, I taknak dia orang ada dekat bawah!" herdik Hud.
"Ba… baik, datuk."
Hud menumbuk meja. Badannya bersandar pada kerusi. Tangannya pula diletakkan di atas pemegang kerusi sambil jemarinya bermain-main dengan rambutnya.
"Hisy, tak guna! Kalau hari-hari macam ni, boleh bankrupt syarikat I!"
"Err sabar, datuk. Tak baik untuk kesihatan datuk." Harraz mendekati Hud. Dia menyentuh bahu Hud lembut. "Biar saya urut datuk. Datuk kena bertenang. Tak boleh selalu stress."
Hud menelan liur. Bulu romanya mula menegak. "Tak… tak payah. I tak suka orang pegang-pegang I."
Harraz kembali berdiri di tempatnya. Wajahnya muram.
"You cakap dengan Puan Siti, minta Dhia Safiya tu datang office hari ni juga. Lepas lunch nanti."
"Tapi lepas lunch kita ada meeting dengan Datuk Halim, datuk."
"Errr kalau macam tu, lepas kita habis meeting dengan Datuk Halim."
"Lepas tu kita dah booking restaurant yang baru buka dekat hujung jalan sana tu. Datuk kata nak try makan makanan dekat sana..."
"Penting ke?"
"Penting, datuk. Tu kan favourite datuk."
"You cancel jer lah. I dah takda mood nak makan."
"Tapi, datuk… nanti rugi lah kita."
"Okay, kita pergi makan. Lepas makan minta Dhia tu datang."
"Dah lewat datuk. Boleh ke?"
"Kalau semua tak boleh, you minta dia datang interview dekat rumah I jer. Suruh dia tunggu dalam bilik I, nanti balik office, I interview dia luar dalam!"
"Serius ke, datuk?" soal Harraz terperanjat. Matanya bulat.
"Of cause lah I tak serius! Murni… Murni!" Jerit Hud kuat.
"Yer, datuk." Tergesa-gesa Murni menghampiri meja Hud.
"Murni, you tolong bawa Harraz keluar, Now!" tengking Hud. "And please cancel makan petang I dekat restaurant tu. Lagi satu, I nak Dhia Safiya datang interview hari ni juga. Faham?" pesannya dengan wajah yang menyinga.
"Baik, datuk." Murni menarik Harraz keluar daripada bilik Hud.
"Datuk… kenapa…"
Murni mencubit lengan Harraz sehingga dia terjerit kecil.
Harraz yang masih keliru dengan apa yang sedang berlaku hanya mampu menurut sahaja. Dia membuntuti Murni keluar daripada pejabat Hud. Sempat dia menoleh melihat Hud yang membelakangkan mereka.
DHIA Safiya berjalan masuk ke dalam pejabat Hud mengekori Murni yang berjalan di hadapannya. Wajahnya nampak terkejut sebaik sahaja dia pijakkan kakinya ke dalam pejabat. Bilik yang besar dan kemas. Perabot kayu yang nampak mahal, cantik tersusun di tepi dinding. Tingkap yang besar di sepanjang dinding bilik menghadap bangunan KLCC tetapi ditutup separuh dengan kain tirai yang panjang hingga ke lantai.
Mesti seronok kerja dekat sini. Tak sabarnya nak dapat kerja. Semoga aku dapat kerja ni. Aamiin. Doanya dalam hati.
"Datuk Hud, ni Cik Dhia Safiya. Dia datang untuk interview," beritahu Murni. Satu fail diletakkan di atas meja.
Hud yang sedang membelakangkan mereka lalu berpusing menghadap mereka.
"Thanks, murni. You dah boleh keluar." Hud tunduk melihat fail di atas meja. Dia membuka fail tersebut.
"Cik Dhia Safiya. Silakan duduk…" Hud mengangkat wajahnya.
Anak mata Hud dan Dhia bertembung. Hud merasakan ada getaran di dalam hatinya. Lama mereka saling menatap sehingga Dhia melarikan anak matanya. Sejak akhir-akhir ini, nama itu yang sentiasa meniti di bibirnya, hanya kerana Harraz.
"Terima kasih, datuk." Dhia duduk di hadapan Hud. Dia tunduk.
"Hmmm okay, Cik Dhia. I tak suka nak bercakap panjang lebar, so boleh perkenalkan diri you dan kenapa you nak bekerja dengan syarikat ni."
"Selamat petang, datuk. Saya Dhia Safiya. Saya seorang graduate daripada universiti tempatan dalam bidang ijazah sarjana muda perakaunan dan baru jer bulan lepas hari konvokesyen saya. Errr saya belum berkahwin dan tidak merancang untuk berkahwin buat masa sekarang. Hmmm kenapa saya memilih syarikat ni? Sebabnya pertama saya ingin menunjukkan skill saya dalam bidang perakaunan dan kedua sebab syarikat ni berpotensi untuk jadikan saya seorang accountant yang dapat menjalankan tugas dengan amanah. Selain tu sebab saya nak errr gaji. Saya pun tak kisah jika ditukar ke tempat lain dalam tempoh saya menjadi staf syarikat ni lagi."
Hud angguk. "Okay good. So berapa gaji yang you harapkan daripada kami?"
"Errr kalau boleh dalam RM2.3k and above..."
"Okay. Esok you dah boleh mula bekerja dengan starting gaji RM2.5k. Selamat datang ke syarikat kami, Dhia Safiya."
Dhia ternganga. Anak matanya bergerak-gerak. Air liur ditelan. Terasa tersekat-sekat di kerongkongnya.
"Murni…" panggil Hud.
"Yer, datuk."
"Bawa Cik Dhia jumpa Puan Siti and please proceed offer letter untuk accountant baru kita."
Murni memandang Dhia yang masih lagi tergamam. "Baik, datuk. Errr Harraz nak jumpa dengan datuk."
"Nooo, Harraz again. Beritahu dia I taknak jumpa dia hari ni."
"Baik, datuk. Cik Dhia boleh ikut saya."
Dhia bangun dan berdiri di tempatnya. "Terima kasih, datuk. Jumpa datuk esok," ujarnya sambil senyum.
Hud angguk. Sempat dia mengekori Dhia dan Murni dengan bola matanya. Dia tersenyum tipis.
"Harraz…" Hud memicit kepalanya. "Kenapalah budak ni buat aku sakit kepala setiap hari. Patutnya aku lanyak jer dia, biar dia tahu siapa aku," gumamnya bersama keluhan kecil.
"Datuk cari saya?"
Muncul Harraz tiba-tiba di muka pintu.
"Murni!!!" Jerit Hud kuat.
"Datuk, saya ada."
"No! Not you!"
"Datuk, ada orang nak jumpa," beritahu Murni tiba-tiba di muka pintu.
Hud tergamam. Harraz membatu.
Share this novel
Heheheh saja jer kot...
kenapa Ngan Harraz ni