MAWAR: BAB 5

Romance Series 69343

HUD menunggu jawapan Harraz yang masih berdiri kaku sambil memandang ke arahnya. Dia pasti, Harraz yang memberinya bunga mawar tersebut. Pasti Harraz ingin mempermainkannya sementelah sikap Harraz semakin pelik kebelakangan ini.

"Datuk nak?" soal Harraz lalu mengeluarkan bungkusan dari dalam bajunya.

Hud tersentak. Matanya membulat. "A… apa ni?" tergagap-gagap soalan yang dilontarkan.

"Pancakes. Panas lagi ni, berpeluh-peluh saya. Nasib baik tak terbakar dada saya ni. Saya belikan untuk datuk sekali. Saya tahu mesti datuk skip breakfast kan pagi ni," kata Harraz sambil tersengih-sengih.

Dengusan kecil keluar daripada mulut Hud. Dia tunduk. Matanya terpejam tetapi buka semula lalu menoleh melihat Harraz dengan ekor matanya.

Harraz menelan liur. "Errr kalau datuk taknak, saya bagi dekat Murni."

Hud menarik dan menghembuskan nafasnya kasar. "Hmmm takpa. You bagi dekat Murni." Harraz mencampakkan bunga mawar ke dalam tong sampah di sebelah meja. "So Harraz, hari ni I ada meeting dengan siapa?" soalnya yang baru bersandar pada meja. Kakinya bersilang dan tangannya memeluk tubuh.

"Takda siapa." Balas Harraz.

"Datuk Halim?"

"Takda."

"Tiara? Lisa? Datuk Malik? Errr Datuk Wong?"

"Takda."

"Huh?" Hud mengangkat tangannya tinggi. "What happened? I memang betul-betul dah miskin ke?"

"Belum lagi, datuk sebab aset kita semakin bertambah dan baru 2 hari sebelum ni saya maklumkan dengan datuk yang saham syarikat kita naik hampir 12 peratus. Jadi, datuk belum lagi miskin," terang Harraz panjang lebar.

"So? Kenapa I macam rilex sangat jer. Semua orang dah taknak jumpa jejaka tampan ni ke?"

"Bukan datuk tapi saya kosongkan jadual datuk sebab datuk kata nak rehat."

"What? Are you crazy? Bila I kata I nak rehat?" Melopong mulut Hud.

"Saya belum gila lagi, datuk. Saya ikut apa yang datuk pesan jer..." Harraz tunduk.

"Astaghfirullahalazim. Murni… Murni!" teriak Hud kuat. Dia melabuh duduk sambil menongkat kepalanya.

Tergopoh-gapah Murni mengatur langkah masuk ke dalam bilik Hud. "Yer, datuk. Ada apa yang boleh saya tolong?"

"Murni…" panggil Hud dengan suara perlahan. Terasa perit tekaknya saat hendak menelan liur. "Tolong bawakan I paracetamol…"

"Baik, datuk." Murni berlari keluar.

Harraz mendekati Hud "Datuk okay ke? Datuk nak saya tolong picitkan kepala datuk?"

"No. Please, Harraz. Don't disturb me today. I nak rest," maklum Hud tanpa memandang wajah Harraz.

Harraz bungkam. Dia hilang kata-kata.

Murni kembali semula membawa segelas air putih dan piring yang berisi dua biji paracetamol. Paracetamol tersebut dihulurkan kepada Hud. Hud menelan ubat lalu badannya bersandar pada kerusi. Dia membelakangkan mereka berdua.

"Korang boleh keluar," arah Hud.

"Saya juga ke, datuk?" soal Harraz.

"Especially you, Harraz."

Murni memandang Harraz. Riak wajah Harraz muram bercampur sedih. Lagaknya seperti orang yang cintanya telah ditolak. Murni menggumam. Terasa ingin ketawa melihat wajah Harraz.

"Datuk still nak jumpa Cik Dhia? Atau datuk nak saya maklumkan kepada Cik Dhia yang datuk tak sihat?" tanya Murni perlahan.

"Takpa. I still akan jumpa dengan Cik Dhia." Hud berpusing mengadap mereka. "Disebabkan hari ni I terlampau free, so I akan enjoy masa free I puas-puas dengan Cik Dhia and Harraz, make sure esok jadual I you susun semula. Jangan suka-suka hati nak ubah jadual kerja I. You tahu kan berapa banyak I akan rugi hanya disebabkan oleh kecuaian you, Harraz. You faham?"

Harraz angguk. "Faham, datuk."

"Okay, tu saja…"

"Baik, datuk." balas kedua-dua mereka serentak.

Harraz dan Murni keluar daripada bilik Hud. Murni kembali ke tempatnya. Harraz pula berdiri bersandar pada meja kerja Murni sambil memeluk tubuh. Dia kelihatan tidak bermaya. Mulutnya muncung. Murni yang melihat Harraz dalam keadaan begitu hanya mampu menggeleng.

"Kau okay ke, Harraz?" soal Murni.

"Okay."

"Yer ke?" Murni mencebik.

Harraz angkat muka. "Ha ah errr tapi kan, kenapa datuk cam marah jer? Saya ada buat salah ke?"

"Saya rasa awak tak buat salah, cuma…hmmm…"

Wajah Murni ditenung. "Cuma apa?"

"Cuma awak buat dia rasa menyampah."

Harraz bungkam. Bibir bawahnya digigit. Keningnya berkerut. "Eh, tapi saya tak buat apa pun. Apa yang saya buat tu untuk kebaikan datuk. Awak tengok la sejak Cik Lisa datang, datuk asyik sakit-sakit jer. Saya rasa ni salah Cik Lisa. Apa kata kalau kita mintak datuk batalkan kontrak dengan Cik Lisa."

"Hisy, awak jangan memandai ek. Saya taknak terlibat. Nanti kalau datuk mengamuk, kita kena buang kerja tau. Awak tengok apa jadi kat En. Baharom, accountant kita dulu. Salah sikit jer, habis semua." Murni merapat ke tepi telinga Harraz. "Awak nak ke macam tu?" bisiknya perlahan.

Harraz mencebik. "Taknak taknak. Hurm tapi saya kasihankan datuk lah."

"Kalau awak kasihankan datuk, awak jangan la kacau dia. Saya rasa selama ni awak yang buat dia sakit kepala. Yang awak pandai-pandai pergi ubah jadual dia tu dah kenapa?"

"Saya ingat datuk nak berehat. Manalah saya tahu. Apa kata kalau saya buat appointment baru? Awak rasa datuk setuju tak?"

Murni menatap wajah Harraz. "Awak ingat sekali awak dah batalkan appointment tu, senang-senang ke awak nak buat appointment baru? Ni bukan drama tau. Ni realiti."

"Hurm habis tu?"

"Awak masuk dalam bilik awak, awak buat lah apa awak nak buat. Jangan kacau saya. Saya nak pergi cari Cik Dhia. Nanti kang tak pasal-pasal saya kena marah disebabkan awak!" Murni menuding jari telunjuknya ke arah Harraz sambil membesarkan matanya.

Kening Harraz berkerut. "Kenapa awak tak call jer Cik Dhia?" soalnya. "Eh kenapa pula salah saya. Saya tak bersalah," sangkalnya. Baru tersedar yang Murni menyalahkannya.

Murni jelir lidah ke arah Harraz.

"Awak dengar tak yang saya tak bersalah!" teriaknya kuat.

Murni meletakkan jari telunjuknya di bibir. Dia berlalu ke arah pintu lift untuk turun ke tingkat bawah. Dia perlu maklumkan kepada Dhia yang Hud mahu bertemu dengannya. Sengaja dia mahu melarikan diri daripada Harraz.

HUD berdiri di tepi tingkap sambil merenung bangunan pencakar langit KLCC yang berdiri teguh di hadapannya. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Fikirannya melayang memikirkan kata-kata Datin Seri Badriah. Cadangan uminya itu membuatnya merasa tertekan. Bukan kerana tiada calon tetapi kerana terlalu ramai calon sehingga dia tidak mampu memilih. Ramai dalam kalangan mereka yang setaraf dengan keluarganya tetapi Hud merasa jijik dengan sikap dan tingkah laku mereka yang berlagak tidak kena tempat.

Lama Hud berdiri sambil termenung di tepi tingkap sehingga dia tidak perasan bunyi ketukan di pintu biliknya.

"Datuk…"

Hud menoleh. "Cik Dhia?"

"Yer, saya. Datuk nak jumpa saya?"

"Ha ah. Yer. Sila duduk…" ujar Hud. Dia berjalan ke arah mejanya lalu melabuh duduk.

Dhia duduk menghadap Hud. Beberapa fail tebal diletakkan di atas meja. "Datuk nak saya tunjukkan perbelanjaan kita yang sebelum ni ke?"

"Sila. Kalau boleh yang 3 bulan sebelum En. Baharom resign."

"Okay, datuk. Ini perbelanjaan kita yang bulan lepas. Kalau datuk tengok kan, yang ni apa yang kita belanja dan yang ini pula errr apa yang kita untung. So daripada sini kita dapat tengok lah..."

Sepanjang penerangan Dhia, Hud hanya tersenyum sahaja. Dia tidak memberi tumpuan kepada apa yang keluar daripada mulut Dhia, sebaliknya Hud menilik wajah Dhia yang putih bersih itu.

Cantiknya Dhia ni. Matanya besar, hidungnya mancung, bibirnya seksi, mukanya bujur sireh, ada lesung pipit pulak tu. Kalaulah dia jadi isteri aku, akulah orang yang paling happy dalam dunia ni. Puji Hud dalam hati.

"Datuk faham ke?" soal Dhia apabila melihat Hud termenung.

"Hah? Ha yer, saya faham. So, kalau kita nak tambah lagi pekerja, you rasa okay tak?" soal Hud sengaja menyembunyikan perasaan gugupnya.

Dhia diam. Dia menggigit bibir bawah seperti sedang berfikir. "Hmmm datuk nak tambah dekat mana yer? Maksud saya cawangan mana tu? Or dekat bangunan ni jer?"

"Cawangan kita yang dekat Selangor," beritahu Hud.

"Oh… kalau dekat situ, saya sarankan kita jangan tambah terlalu ramai sebab staf kita kat sana dah cukup, sebab kalau kita tambah lagi lebih daripada 5 orang, kita terpaksa keluarkan belanja lebih besar dan saya risau nanti staf kita yang ramai tu akan curi tulang. So, kat situ kita akan rugi sebab tiap-tiap bulan kita bayar gaji, termasuk dengan overtime pekerja…" terang Dhia panjang lebar.

"Okay. Kalau kita kurangkan overtime macam mana?"

"Boleh tapi kita kena tengok juga, datuk. Saya risau kalau overtime kurang, produk yang kita keluarkan pun semakin berkurang. Kualiti produk kita pun belum tentu terjamin. Nanti staf kita pula cuma makan basic saja, kesian dia orang..."

Hud angguk. "Betul jugak tu. So, buat masa ni kita just tambah 2 or 3 person jer lah. Kita boleh bahagi overtime sama rata dan dah takda masalah produk tak cukup. Okay, good Dhia. I suka cara you," puji Hud.

Dhia senyum. "Biasa jer, datuk. Ni kan cuma common sense kita jer. Saya fikir cam tu sebab saya pun staf juga…"

"Staf macam you lah yang kita perlukan. Tak tindas staf bawahan. Boleh fikir positif dan jaga kebajikan orang lain. Good." Hud mengangkat ibu jarinya.

"Biasa-biasa jer, datuk." Pipi Dhia merah merona.

"Errr kalau I nak tanya something personal, boleh?" soal Hud.

Dhia menjongket keningnya. "Apa tu, datuk?"

Hud mengetuk-ngetuk meja dengan hujung jarinya. "Hurm you dah ada boyfriend ke?"

Dhia terdiam. Wajah Hud direnung tetapi dia tunduk pula. "Errr belum lagi, datuk."

"Owh, okay. Sorry sebab I masuk campur urusan peribadi you."

"Takpa, saya okay jer. Hmmm datuk nak saya hantar rekod perbelanjaan kita yang baru ke?" Sengaja Dhia menukar topik.

Hud angguk. "Yes, please. Nanti saya tengok."

"Okay, datuk. Errr datuk ada apa-apa lagi ke?" soal Dhia. Dia mula merasa kekok apabila Hud menatapnya lama.

"Takda apa dah. Tu saja. Thank you, Cik Dhia."

Dhia bangun. "Sama-sama. Kalau macam tu, saya keluar dulu lah…"

Hud angguk. Matanya mengekori langkah Dhia sehingga sosok tubuh itu keluar dari biliknya. Degupan jantungnya seakan berhenti. Akhirnya, ada juga wanita yang berjaya membuat hatinya berdebar-debar. Wanita bernama Dhia Safiya ini, seorang wanita yang mempunyai pakej lengkap dan sesuai untuk dijadikan sebagai isterinya.

"HARRAZ, hari ni I perlu balik awal," maklum Hud.

"Baik, datuk tapi kenapa? Sebab datuk takda appointment ek?"

Wajah Harraz dijeling dengan ekor matanya. "Siapa yang buat I lapang sangat hari ni?"

"Errr saya, datuk tapi takkan lah datuk taknak buat benda lain." Harraz merapat ke meja Hud.

"Maksud you?" soal Hud hairan.

"Jom la kita pergi tengok wayang ke, ronda KLCC ke. Kan datuk ada duit banyak…"

Hud ketawa geli hati. Ketawanya terbahak-bahak. Merasa lucu dengan cadangan yang keluar daripada mulut Harraz.

"Kenapa, datuk?" tanya Harraz hairan.

Hud senyum sumbing. "You ajak I keluar dating ke, Harraz?"

Kening Harraz berkerut. "Kalau lelaki dengan lelaki pun orang panggil dating ke, datuk?"

"Yer lah. Hmmm you suka I?" soal Hud berterus terang.

Wajah Harraz merah merona. Bibirnya mengukir senyum.

"Harraz, for your information. I ni lelaki tau and I ni lurus, so you batalkan niat untuk suka dekat I sebab benda tu never ever happened. I taknak nanti nabi pun taknak mengaku kita ni umat. You faham?"

Harraz diam. Dia tunduk.

"Harraz, are you listening?"

Harraz dongak. "Dengar, datuk tapi saya… saya…"

"Just stop It!" Hud tunjuk muka menyampah. "Call Pak Samad. I nak balik sekarang. I ada dinner dengan family I malam ni," beritahu Hud dengan suara yang mendatar.

Harraz masih lagi berdiri kaku di tempatnya. Anak matanya bergerak-gerak.

"Hurry up, Harraz!"

Senyap.

"Harraz!" tengking Hud.

"Yer, saya. Saya, datuk." Bulat mata Harraz terbeliak. Terkejut dengan herdikan Hud.

"Call Pak Samad, se… ka… rang!"

"Yer, datuk." Harraz mengeluarkan telefon bimbit langsung menghubungi Pak Samad.

Hud bangun daripada duduk. Dia melangkah keluar daripada bilik pejabatnya meninggalkan Harraz bersendirian. Dia menuju ke arah pintu lift. Sempat dia membalas sapaan Murni sebelum masuk ke dalam lift dan turun ke tingkat bawah.

Harraz mengejar dari belakang. "Bye, Murni."

"Eh, errr bye." balas Murni dengan kerutan di keningnya.

Sampai sahaja Hud di lobby syarikat di tingkat bawah, Pak Samad sudah sedia menunggu. Langkah Hud semakin laju menuju ke arah kereta. Harraz pula mengejar dari belakang.

Baru sahaja Hud ingin melangkah masuk ke dalam perut kereta, tiba-tiba Pak Samad menghulurkan setangkai bunga Mawar kepadanya. Sama seperti tadi, tanpa nota.

"Datuk, bunga ni untuk datuk," beritahu Pak Samad disusuli dengan senyuman.

Hud mengerutkan keningnya sambil mengecilkan matanya. "Kenapa tiba-tiba Pak Samad bagi I bunga?"

"Bukan saya yang bagi ke datuk tapi ada seorang lelaki yang pakai cap bagi pada saya. Dia kata bagi kepada Datuk Hud."

"Mana dia?" soal Hud tegas.

"Sana," tunjuk Pak Samad. "Dia dah per…" kata-kata Pak Samad tergantung.

Hud terus berlari ke arah yang ditunjuk. Dia mula memerhatikan figura lelaki yang dikatakan oleh Pak Samad tadi tanpa menunggu Pak Samad habis bercakap. Anak matanya meliar mencari kelibat lelaki yang memakai topi tetapi tidak juga kelihatan. Sekejap ke kiri dan sekejap dia berlari pula ke kanan. Dia mendengus kasar apabila tidak menemukan figura tersebut.

"Jom balik…" ujar Hud dengan nafas yang tercungap-cungap.

Pak Samad membuang bunga tersebut ke atas lantai lalu menutup pintu kereta. Harraz yang sedari tadi hanya berdiri kaku terus masuk ke dalam kereta. Kereta itu perlahan-lahan meninggalkan pekarangan kawasan syarikat.

Bunga mawar yang jatuh di atas lantai dikutip. Tangannya menggenggam kuat tangkai bunga mawar tersebut. Anak matanya melirik ke arah kereta Hud yang meninggalkan kawasan syarikat. Ada senyuman di hujung bibirnya.

Share this novel

Zue
2023-09-13 02:15:20 

sapa tu.....misteri sungguhlah


NovelPlus Premium

The best ads free experience