MAWAR: BAB 15

Romance Series 69343

"HUD Aariz!" panggil Datuk Seri Hisham sebaik sahaja melihat wajah Hud.

Hud yang baru sahaja menapak masuk ke dalam rumah terus berjalan ke arah abinya yang berada di ruang rehat. Wajah Datuk Seri Hisham kelihatan marah.

"Kenapa ni, abi?" tanya Hud berpura-pura.

Datuk Seri Hisham melemparkan naskah surat khabar di atas meja kopi. "Ni apa ni?"

Hud tunduk melihat tulisan di atas surat khabar. "Hurm ni cuma berita tak betul jer, abi. You know, reporters kan suka tulis yang bukan-bukan."

"Tapi kali ni dah melampau! Kamu baca apa yang dia orang tulis? Datuk Hud penyebab Datuk Andrew bunuh diri. Kamu tahu tak berita ni dah malukan abi." Datuk Seri Hisham melabuhkan punggungnya di atas sofa. Keluhan berat dilepaskan.

"Abi, berita ni tak betul. Abi pernah ke tengok Hud kacau sesiapa? Takda kan. So, berita ni memang sengaja nak jatuhkan company Hud. Hud rasa memang ada yang nak fitnah Hud."

Kening Datuk Seri Hisham berkerut. "Siapa yang nak fitnah kamu? Kamu ada musuh ke?"

Hud mengangkat kedua-dua bahunya. "Entahlah, abi. Hud pun tak tahu siapa yang dengkikan Hud sangat tu," ujarnya lalu melabuh duduk agak jauh sedikit.

"Umi pun tak suka bila ada berita macam tu." Sampuk Datin Seri Badriah tiba-tiba. Dia meletakkan dulang berisi air tea di atas meja kopi. "Abang, nah minum dulu."

"Tahulah, umi tapi kan Hud tak tahu siapa punya kerja. Lagipun kalau dah masuk dunia perniagaan ni kan memang macam tu. Ada jer yang nak jatuhkan kita. Betul tak, abi?"

Datuk Seri Hisham mendengus perlahan. "Errr Hud, kamu dah berbincang dengan Dhia pasal urusan meminang nanti?"

"Eh, cepatnya. Belum sempat Hud nak bercinta dengan dia. Lagipun baru jer sehari Hud keluar dating dengan dia, takkan tiba-tiba dah nak kena bertunang. Haha…" Hud berhenti ketawa apabila direnung tajam oleh uminya.

Terdengar Datin Seri Badriah pula mengeluh. "Habis tu kamu nak tunggu 10 tahun 20 tahun baru nak bertunang ke? Lagi cepat lagi bagus. Umi tak suka kalau kamu tu bawa anak dara orang ke hulu dan ke hilir tanpa ikatan yang sah. Malu muka kami nanti."

Hud mendekati uminya. Jemari uminya digenggam kemas. "Ala, umi ni. Nanti Hud bincang dengan dia. Sekarang ni Hud sibuk sikit. Hud janji takkan lama."

Datin Seri Badriah memandang wajah suaminya. Dia memandang pula wajah Hud. "Hurm yer lah tu. Ingat tau, jangan nak malukan umi dan abi, kalau tak, siap lah kamu!"

"Yer, saya menurut perintah." Balas Hud selamba.

Dari jauh Harraz menjenguk mereka di ruang rehat. Dia menggaru kepalanya tetapi tetap mengatur langkahnya.

"Assalamualaikum…" ucap Harraz sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.

Semua yang berada di ruang rehat memandang ke arahnya.

"Waalaikumsalam. Ha Harraz, kamu dari mana ni?" soal Datin Seri Badriah apabila melihat wajah Harraz.

"Saya dari luar, nak jumpa datuk sekejap."

Hud bangun lantas menarik tangan Harraz ke luar rumah. Mereka menapak ke sebuah pondok di tepi kolam renang.

"Macam mana kes semalam?"

"Dia orang akan siasat butir peluru tu didaftarkan atas nama siapa…"

Hud memasukkan tangannya ke dalam poket keluar. Dia berdiri memandang kolam renang di hadapannya. "Siapalah punya kerja yer? You rasa siapa Harraz? Maybe Lisa tak?"

"Boleh jadi tu, datuk. Dia pun dah lama tak muncul kan. Maybe sebab dia nak balas dendam dengan datuk."

"I pun rasa macam tu lah. Hisy dia ni memang lah. Sengaja cari pasal…" marah Hud disusuli dengan keluhan berat.

"Along…" panggil Zanita kuat.

"Apa lah budak ni nak, tak boleh tengok orang senang. Ada apa, Lolita?" tanya Hud dari luar.

"Along… along… along…"

"Yer, I tak pekak lagi. Ada apa?" soal Hud sambil keningnya berkerut.

"Errr Lolita nak ajak abang Harraz keluar boleh tak?"

Harraz menelan liur.

Hud menoleh memandang Zanita dan Harraz silih berganti. "Kenapa nak ajak dia? Ajak jer lah along."

"Taknak lah. Lolita nak ajak abang Harraz pergi beli barang lukisan. Lukisan Lolita tu nak kena submit minggu depan."

"You jangan berani-berani nak mengorat PA I, Lolita…" ujar Hud berunsur amaran.

Zanita menjelirkan lidahnya ke arah Hud. "Tahulah. Abang, jom." Zanita menarik tangan Harraz lalu meninggalkan Hud yang masih keliru.

"Budak ni kan, belum sempat lagi aku habis cakap… hisy…" keluh Hud sambil mengetap bibir.

Harraz membuntuti Zanita tanpa sepatah kata. Sempat dia menoleh memandang Hud sambil tersengih.

"Abang, cepatlah. Nanti umi nampak kang."

"Yer yer. Abang cepat lah ni…" balas Harraz mula melajukan langkah.

Mereka masuk ke dalam kereta Harraz. Kereta Harraz perlahan-lahan meninggalkan pekarangan rumah. Di dalam kereta, mereka hanya diam sahaja. Zanita membuang pandang ke luar tingkap. Harraz pula memberi tumpuan pada pemanduan.

"Okay kita dah sampai dah," beritahu Harraz apabila berhenti di hadapan sebuah cafe.

"Sini ke kita nak jumpa dia?"

Harraz angguk.

"Mesti cantik kan girlfriend abang. Jomlah, tak sabar nak jumpa dia…" Dengan bangga Zanita melangkah keluar daripada perut kereta.

"Eh kejap lah. Lolita… Lolita… Hisy budak ni kan," desis Harraz sambil mengetap gigi.

Zanita berjalan masuk ke dalam cafe. Dia berdiri di muka pintu sambil memerhati ke dalam cafe tersebut. Dia memeluk tubuh sambil mengerutkan keningnya.

"Mana satu ek ex-girlfriend abang Harraz ni? Hmm…" gumam Zanita sambil menggaru dagunya.

"Lolita, kejap…" Harraz berdiri di sebelah Zanita.

"Abang, yang mana satu ex abang?" soalnya dengan wajah hairan.

Harraz mengulum senyum. "Tu, sana tu." Tunjuknya ke arah seorang wanita.

Zanita mengecilkan kelopak matanya. "Mana?"

Harraz menarik tangan Zanita. "Jom, kita pergi dekat dia."

Mereka berjalan beriringan ke arah seorang wanita yang berusia awal 50-an tahun. Tangan Zanita masih kemas di dalam genggaman Harraz.

"Ni ex abang, Hawa." Bisik Harraz di telinga Zanita.

Zanita melopong sambil memandang Hawa dari atas hingga ke bawah. Dia menelan liur.

"Errr ni girlfriend saya yang baru. Sayang, perkenalkan ni Hawa." Beritahu Harraz.

Zanita tersengih-sengih menunjukkan baris giginya. Dia melambai ke arah Hawa. "Hi, Hawa. Saya errr Lolita. Girlfriend abang Harraz. Hurm baby, kita taknak lama-lama tau kat sini. Nanti kan kita nak pergi jalan-jalan," ujar Zanita manja.

Hawa mendengus kasar. "Baby, kenapa baby nak tinggalkan sayang. Jangan lah tinggalkan sayang. Sayang sayangkan baby."

Hawa cuba menarik jemari Harraz tetapi ditepis oleh Zanita. Zanita muncungkan mulutnya.

"Sorry, Hawa. Saya dah ada sayang baru. So, jangan ganggu saya lagi." Luah Harraz selamba.

Zanita menatap wajah Hawa. "Jangan nak ganggu boyfriend I lagi tau. I tak suka." Matanya sengaja dibesarkan. "Biy, jomlah. Jangan layan mak cik ni."

"Baby… baby…" panggil Hawa kuat sehingga menarik perhatian orang sekeliling.

Sempat Zanita menjelirkan lidahnya ke arah Hawa. Mereka berlalu meninggalkan Hawa sendirian. Keluar sahaja dari dalam cafe, Zanita ketawa terbahak-bahak.

"Abang, kenapa abang punya girlfriend dah mak cik. Dah habis ke perempuan kat dunia ni sampai abang pilih dia. Haha…"

Harraz mencebik. "Habis tu dah habis ke lelaki kat dunia ni sampai pilih pak cik tua?"

Zanita menoleh memandang Harraz dengan ekor matanya. "Biarlah, at least dia kaya. Bukan cam abang, sia-sia jer habiskan duit dekat mak cik tu. Dah la berkedut. Rambut pulak mengerbang cam hantu Mak Limah. Seramlah…" kutuk Zanita sambil menggerak-gerakkan badannya.

"Sekurang-kurangnya dia tu single, bukannya suami orang. Cuba Lolita cakap dengan abang, apa yang bagusnya Datuk Halim tu? Kenapa Lolita suka dekat dia?"

Zanita memandang Harraz sekilang. Dia melabuh duduk di atas kerusi di luar cafe. "Lolita suka dia sebab dia romantik."

"Maksudnya?"

"Dia belikan Lolita bunga dan hadiah tau. Dia dah janji nak kahwin dengan Lolita tapi tiba-tiba jer along nak potong line. Bencilah!" Marahnya sambil menumbuk tapak tangannya.

Harraz melabuh duduk di hadapan Zanita. "Lolita, adik tahu tak yang dia tu suami orang dan ada anak. Adik nak malukan umi dengan abi ke? Nak malukan along? Silap haribulan, umi dan abi hantar Lolita pergi pulau Tiga Segi Muda tu tau."

"Segi Tiga Bermuda lah!"

"Samalah tu. Ha nak ke? Duduk kat situ sorang-sorang." Sambungnya lagi.

Zanita tunduk. "Tapi Lolita sayangkan dia."

"Adik, cinta tu buta tahu tak, sebab tu adik buta pilih Datuk Halim tu. Kalau umi dan abi hantar adik ke pulau tu, abang tak tolong tau. Duduklah dengan zombie, hantu pocong, hantu pontianak…"

Zanita memukul tangan Harraz. "Hisy dia ni kan. Jomlah balik. Nanti Lolita nak cerita kat along yang abang Harraz ada girlfriend mak cik. Biar along ketawakan abang…"

Harraz menjuihkan bibirnya. "Eh, kita pula yang kena. Cakaplah, tak kisah pun."

Zanita menjeling ke arah Harraz. Harraz membuat benda yang sama kepada Zanita. Sempat Zanita mencubit lengan Harraz lalu ketawa sambil berlari masuk ke dalam kereta. Harraz hanya mampu menggeleng melihat gelagat Zanita.

PINTU bilik pejabat Hud diketuk perlahan. Murni menolak pintu dan menjenguk ke dalam. Terlihat Hud sedang menatap komputer di hadapannya. Perlahan-lahan Murni mendekati Hud.

"Errr datuk."

"Yer, Murni. " Hud dongak. "Ada apa?"

"Hmmm nanti sebelum lunch datuk ada appointment dengan Cik Melati dekat company dia."

"Cik Melati?" Hud menggaru kepalanya. "Oh yang perabot tu kan."

"Ya, datuk. Cik Melati minta maaf sebab dia tak dapat datang ke sini."

"Takpa, Murni. Siapa pergi jumpa siapa pun takpa, asalkan kerja jalan jer. Hmm you beritahu Pak Samad suruh siapkan kereta, I nak pergi sekarang. Thanks, Murni."

Hud kembali tunduk.

"Errr datuk."

"Yer, ada apa lagi, Murni?" Soal Hud tanpa memandang wajah Murni.

"Hmm takda apa."

"Okay, you dah boleh keluar."

Riak wajah Murni mula berubah sebaik sahaja keluar dari bilik Hud. Dia kembali ke mejanya. Dia memandang pula bilik Harraz yang kosong. Keningnya berkerut.

"Mana Harraz pergi yer. Hurm…" Murni mula menghubunginya nombor telefon Pak Samad. "Hello, Pak Samad. Datuk minta Pak Samad siapkan kereta. Datuk nak pergi jumpa suppliers. Okay, bye." Murni meletakkan gagang telefon.

Tidak lama selepas itu, Hud keluar dari biliknya. Dia mendekati meja Murni. "Murni, kalau ada apa-apa you call I, okay. Maybe sebelum lunch I balik. Nanti you pergi lunch macam biasa."

"Baik, datuk."

Hud berjalan ke arah lift lalu turun ke tingkat bawah. Pak Samad sudah sedia menunggu di hadapan pintu utama. Harraz yang baru sahaja datang langsung berdiri di sebelah Pak Samad.

"Baru nampak muka you. You pergi mana?" soal Hud sebelum masuk ke dalam kereta.

Harraz melabuh duduk di sebelah Hud. "Saya belikan datuk air ni." Dia menghulurkan sebekas air kepada Hud.

Hud menyambut bekas air. "Thanks, Harraz. Pak Samad, pergi ke Lur Furnitures." Arah Hud.

"Ya, datuk "

Sepanjang perjalanan ke sana, mereka hanya diam sahaja. Hud sibuk menatap tablet di atas pahanya. Harraz pula hanya melempar pandang ke luar tingkap.

Sampai sahaja ke syarikat Lur Furnitures mereka langsung naik ke tingkat atas. Hud dan Harraz dibawa masuk ke bilik mesyuarat lalu diperkenalkan kepada Melati yang merupakan CEO syarikat berkenan. Selesai sahaja mesyuarat, mereka menandatangani kontrak bersama.

"Alhamdulillah, thanks Cik Melati. I harap lepas ni syarikat kita dapat bekerjasama dengan baik…" ujar Hud lalu melemparkan senyuman kepada Melati.

Melati membalas senyuman Hud. "Insyaallah, saya yakin syarikat kita akan berjaya melalui projek ni." Balasnya sambil tersenyum.

"I minta diri dulu," ujar Hud.

"Sure. Sarah, please bawa Datuk Hud Aariz ke depan..."

"Baik, Cik Melati."

Hud berjalan di hadapan dan Harraz pula membuntutinya dari belakang.

"Datuk, terima kasih sekali lagi." Ucap Sarah.

Hud angguk lalu turun ke tingkat bawah bersama Harraz.

"Datuk, dengar cerita kan, Cik Melati ni dulu perempuan simpanan Mr. Eric yang ada kelab malam terbesar tu. Dia orang pun ada buat khidmat pelacuran."

Hud hentikan langkahnya. Dia menoleh menghadap Harraz. "Mana you tahu?"

"Saya tahu lah. Saya pun ramai kawan-kawan yang bekerja dengan Mr. Eric tu. Cik Melati ni pun bekas pelacur tau." Bisiknya perlahan.

"Hisy, I tengok dia sopan jer berpakaian. Jangan sibuk hal orang. You ni dah macam perempuan lah. Busybody jer kerja…"

Hud berjalan laju ke arah kereta yang teleh sedia menunggu.

"Errr…" Harraz menggaru kepalanya. Dia berlari mengekori Hud.

"Harraz, kes tu macam mana?" soal Hud sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

"Masih dalam siasatan lagi. Mungkin dah tak lama lagi kita dapat tahu siapa punya kerja."

"Okay, good."

"Errr datuk, datuk perasan tak yang sekarang ni datuk dah tak dapat bunga. Maybe orang tu dah malas kot nak bagi bunga kat datuk."

Hud mengangkat kedua-dua bahunya tinggi. "Entahlah, maybe kot. Baguslah tu, I pun tak perlu susah payah nak tahu siapa dia."

"So, jadi ke tak ni datuk kita nak pergi cari dia?"

Hud merenung wajah Harraz dengan wajah yang berkerut. "Mestilah jadi. You ni kan, selalu buat I sakit kepala lah, Harraz."

Harraz tersengih. "Tapi kan dia dah tak bagi bunga…" Dia berhenti bercakap apabila Hud merenungnya lama.

Pak Samad membelok masuk ke pekarangan syarikat. Dia berhentikan kereta di hadapan pintu utama. Seorang wanita tua tiba-tiba mengetuk cermin kereta lalu menghulurkan sekuntum mawar merah kepada Hud. Hud terpaksa menerima dalam keadaan terpaksa. Hud menghulurkan bunga tersebut kepada Harraz. Dia duduk memicit kepalanya.

Harraz membaca tulisan di dalam nota kecil pada bunga tersebut.

["And you left when I needed you the most."

A broken heart,
Mawar.]

"Datuk…"

"Takpa, Harraz. Biarkan jer. I nak tengok sejauh mana permainanan dia." Hud melangkah keluar daripada kereta lalu menapak ke tingkat atas.

Harraz mengejar Hud dari belakang. Bunga mawar itu masih berada di dalam genggamannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience