MAWAR: BAB 11

Romance Series 69343

HUD menilik jam jenama Rolex pada pergelangan tangan kirinya. Jarum jam menunjukkan hampir pukul 2 petang tetapi kelibat Harraz masih juga tidak kelihatan. Selepas Pak Samad menghantar makanan kepadanya, Harraz sudah tidak berada bersama Pak Samad. Beritahu Pak Samad tadi Harraz berjumpa dengan seseorang tetapi tidak pula dia beritahu siapa orang itu.

Hud mengatur langkah keluar dari bilik pejabatnya. Dia mendekati meja Murni. Terlihat Murni sedang sibuk menulis sesuatu di atas kertas.

"Murni…"

"Yer, datuk." Murni dongak langsung berdiri.

"Ada nampak Harraz tak?"

"Takda, datuk."

"Hmm manalah dia ni pergi. Okay, thanks." kata Hud ingin melangkah pergi.

"Errr datuk nak pesan apa-apa ke dekat dia?"

"Takda apa, cuma nanti…"

"Datuk." panggil Harraz.

Hud dan Murni menoleh ke arah Harraz.

Nafas Harraz tercungap-cungap apabila mendekati Hud dan Murni.

"You ni dah kenapa Harraz, lari daripada hantu ke?" soal Hud dengan kening yang berkerut.

"Takda apa, datuk. Saya nak bagi datuk ni," Harraz menghulurkan sesuatu.

Hud mengambil bungkusan di tangan Harraz. "Benda apa ni?" soalnya sambil menatap wajah Harraz.

"Datuk tengok lah dulu," balas Harraz dengan wajah yang ceria.

Bungkusan tersebut dibuka. Sekeping kek diletakkan di dalam kotak berbunga. "Hmm cake strawberry?"

"Datuk suka kan?" tanya Harraz. Bibirnya melakar senyum manis.

"Harraz, you tahu kan I tak makan benda manis. Murni, nah untuk you. You makan lah…" Hud memandang Harraz dari atas hingga ke bawah. Bungkusan tersebut diletakkan di atas meja.

Riak wajah Harraz bertukar muram. Wajah Murni ditenung.

Murni menoleh memandang wajah Harraz. "Errr tapi datuk, Harraz belikan untuk datuk." Murni merasa serba salah. Pasti Harraz akan merajuk dengannya nanti.

"Takpa, I bagi you. Harraz, follow me. Hurry up!"

Hud melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Gayanya seperti seorang bangsawan yang sedang melawat kawasan.

Mata Harraz mula berkaca. "Okay, datuk." balasnya perlahan. Harraz membuntuti Hud sambil memandang Murni dengan ekor matanya.

Murni muncungkan mulut. Dia menggaru kepalanya yang tiba-tiba sahaja gatal. Melihat riak wajah Harraz, pasti Harraz sedang marah kepadanya. Dia duduk di tempatnya semula. Keluhan kecil keluar daripada mulutnya.

"Matilah aku. Maunya Harraz tak bercakap dengan aku lepas ni. Datuk ni betul-betul buat aku serba salah lah," gumam Murni apabila Hud dan Harraz beransur masuk ke dalam bilik pejabat. Dia meletakkan bungkusan tersebut di atas meja kecil di sebelahnya.

Di dalam bilik Hud, Harraz hanya diam sahaja menunggu arahan daripada Hud. Kepalanya tunduk tanpa memandang wajah Hud.

Hud yang perasan akan keadaan Harraz hanya mampu melepaskan keluhan kecil. Sikap Harraz menjadi semakin pelik akhir-akhir ini. Nak dikatakan orang angau, tak ada pula angaunya itu.

"Harraz, you okay?"

"Okay jer, datuk."

Hud geleng. Cam budak-budak. Desis Hud dalam hati.

Harraz dongak. "Apa, datuk?" soalnya tiba-tiba.

"Takda apa. I belum lagi bercakap. Hmm okay, macam mana tadi? You dah jumpa orang tu?" soal Hud tanpa melihat wajah Harraz. Wajahnya bertukar garang.

"Saya dah pergi kedai dia datuk. Dia kata bagi dia masa 3 hari. Dia akan cari perempuan tu. Errr pasal bayaran, saya rasa macam tak sesuai dengan kerja yang dia akan buat ni."

"Berapa dia nak?" Hud berpaling menghadap Harraz.

"RM20,000.00 ringgit."

Kening Hud berkerut. "Just to find that woman?" Dia ketawa kecil. "Bagi jer lah berapa dia nak."

"Datuk, saya rasa perempuan tu tak penting buat masa ni. Datuk tak rasa rugi ke nak bazirkan duit banyak macam tu sebab nak cari seorang pengirim bunga tu jer…"

Hud mendekati Harraz.

Harraz menelan liur.

Bahu Harraz ditepuk perlahan. "You tahu kan I jenis yang tak suka bila ada orang permainkan I and that person is that woman. I will look for her until she comes kneeling in front of me!" Jemari Hud dikepal. Dia membelakangkan Harraz semula. Bibir diketap. Jemari yang dikepal tadi menumbuk-numbuk tapak tangannya.

"Tapi datuk, macam mana kalau dia tu orang yang datuk kenal? Apa datuk nak buat dekat dia?"

Hud berjalan ke arah meja. Dia duduk di atas kerusi. Jemarinya bersilang lalu diletakkan di atas meja sambil menongkat dagu. Dia diam. Selepas itu, dia mula memicit kepalanya.

"Datuk rasa orang tu siapa?" soal Harraz.

"Seriously, I rasa orang tu…" Hud diam.

Harraz mendekati meja Hud.

"Dhia Safiya," sambung Hud.

Harraz mengerutkan keningnya.

"Kenapa datuk fikir orang tu Cik Dhia?" Harraz tertanya-tanya dengan andaian Hud.

"I don't know, maybe she deliberately wants to prove that she loves me." Hud tersenyum senget.

Harraz tersenyum nipis. "Datuk yakin ke dia yang bagi bunga tu?"

Senyuman di bibir Hud mati.

"Sebelum ni datuk pernah tak kenal sesiapa atau girlfriend datuk yang dulu ke, yang datuk cinta mati sangat-sangat tapi dah putus di tengah jalan tiba-tiba nakkan datuk balik."

Hud mengetuk-ngetuk mejanya dengan hujung jari telunjuk. Anak matanya mula bergerak-gerak. Keningnya mula berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu.

"No one's," jawabnya pendek.

Harraz mendengus perlahan. "Ingatkan ada tadi. Takkan datuk takda girlfriend dulu?"

"Ada tu ada tapi…" Hud menjuihkan bibir. "just two or three months only."

"Hmmm susah jugak kan macam ni."

Keluhan berat keluar daripada mulut Hud. "It's okay, Harraz. You bayar jer investigator tu. Maybe lepas ni I dah tak perlu fikirkan siapa yang banyak sangat duit boleh belikan I bunga mawar setiap hari."

"Baik, datuk. Saya akan beritahu dia untuk buat kerja secepat yang mungkin."

"Good," balasnya.

Harraz berjalan keluar meninggalkan bilik pejabat Hud.

Hud masih lagi menongkat dagu. Kata-kata Harraz sebentar tadi bermain-main di fikirannya. Andai pengirim bunga tersebut ialah Dhia, dia perlu tahu mengapa Dhia mahu berbuat demikian tetapi jika bukan, apa niat sebenar pengirim bunga tersebut.

Datin Mastura tersenyum selepas mendengar kata-kata Datin Seri Badriah. Mungkin impiannya untuk berbesan dengan Datin Seri Badriah itu akan jadi kenyataan. Jika hajatnya berbesankan orang yang sekufu dengannya, pasti harta mereka tidak akan jatuh ke tangan orang lain yang hanya akan menumpang harta mereka sahaja.

"Betul tu kata you. Budak zaman moden ni memang cukup susah kalau nak carikan dia orang tu jodoh. Lebih-lebih lagi bila semua dah ada kerjaya masing-masing," ujar Datin Mastura pula.

"Betul sangat tu, datin. Nanti I cuba berbual dengan Hud. Mana tahu dia tergerak hati dan terima anak you. Hud tu bukannya pernah serius dalam bercinta ni. Dia lebih suka bekerja. Kalau boleh, weekend pun dia nak pergi kerja. Nasib baik dia tak pindah ke tempat kerja. Hmmm tak faham dengan Hud tu…" cerita Datin Seri Badriah diakhiri dengan keluhan kecil.

Datin Mastura ketawa selepas mendengar keluhan Datin Seri Badriah yang panjang lebar itu. "Biasalah tu, datin seri. Kalau dah cintakan kerja, memang macam tu lah. Bagus lah tu dia fokus dengan kerja dia. Dia takdalah buang masa ke hulu ke hilir dengan entah mana-mana perempuan kan."

"Betul tu, datin. I setuju sangat cakap you. Perempuan zaman sekarang ni bukannya you tak tahu, sanggup gadai maruah sebab nakkan orang kaya. Nauzubillahiminzalik. Risau lah. Suami-suami kita pun kena jaga, nanti disambar penyondol pula," kata Datin Seri Badriah sekadar memanjangkan perbualan.

"I setuju dengan kata-kata you tu. Risau juga kan kalau tiba-tiba suami kita pula yang jadi mangsa. Ya Allah, takutnya..."

"Betul tu. Lebih menakutkan daripada tengok cerita seram kan," Datin Seri Badriah berhenti berbual apabila kereta yang dipandu oleh pemandunya berhenti di hadapan mereka. "Datin Mastura, driver I dah sampai, nanti kita berbual lagi yer. Kalau ada apa-apa berita baik, I beritahu you. Harap sangat you berbesan dengan I," tuturnya penuh pengharapan.

"Insyaallah, aamiin. Harap-harap lah kan. I pun nak sangat berbesan dengan you…" balas Datin Mastura.

"Aamiin. I balik dulu yer. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Datin Mastura memerhatikan Datin Seri Badriah masuk ke dalam kereta.

Tidak lama selepas kereta Datin Seri Badriah beredar meninggalkan pekarangan hotel, pemandu Datin Mastura pula menyusul. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya sepanjang perjalanan pulang. Tidak henti-henti dia berdoa di dalam hati semoga Hud akan suka kepada Dhia.

"Hud, nanti turun bawah sekejap yer. Umi ada benda nak cakap sikit," jerit Datin Seri Badriah apabila melihat figura Hud dari jauh.

"Ada apa tu, umi." soal Hud yang baru sahaja menapak naik satu anak tangga ke tingkat atas.

"Ada benda penting umi nak berbual. Pergilah rehat dulu."

Hud berjalan mendekati uminya di ruang rehat. "Umi cakap sekarang lah. Alang-alang Hud dah ada ni."

"Ha yer lah. Hud, umi dah jumpa calon yang sesuai untuk Hud. Hud jangan fikir banyak, Hud cuma kata setuju jer…"

Hud mengerutkan kening. "Umi ni tiba-tiba pula. Takda angin takda ribut tiba. Taknak lah Hud. Entah siapa-siapa umi pilih."

"Hisy, orang yang umi pilih ni mestilah orang yang baik-baik, daripada keluarga yang baik-baik. Takkan umi nak pilih entah siapa-siapa." Uminya menjeling ke arah Hud. "Dia tu anak Datin Mastura, memang umi dah kenal pun dengan keluarga dia orang tu."

"Datin Mastura? Hud tak kenallah, umi. Umi jangan la susah-susah, tahu lah Hud cari calon Hud sendiri. Umi risaukan adik sorang jer dah la. Okaylah, umi. Hud naik atas dulu," balasnya lalu mengatur langkah ke arah anak tangga dan menapak ke tingkat atas.

"Kamu ni kan, dengar lah dulu apa umi nak cakap ni. Hud… Hud…" panggilnya kuat. "Astaghfirullahalazim budak ni. Susah betul diajak berbual."

Hud buat tidak endah. Sayup-sayup kedengaran suara uminya berleter. Dia ketawa kecil. Seronok apabila dimarah oleh uminya. Dia masuk ke dalam bilik seraya melompat naik ke atas katil. Dia berbaring sambil matanya menatap siling. Kedua-dua tangannya diletakkan di belakang kepala. Siapapun wanita yang uminya ingin kenalkan kepadanya, tetap tidak dapat menandingi wanita bernama Dhia Safiya. Suka betul dia terhadap wanita itu.

SEUSAI sarapan, Hud mengarahkan Pak Samad menghantarnya ke syarikat A&B Enterprise kerana dia ada temujanji bersama Datuk Halim dan Tiara. Harraz diminta supaya menunggu dia di sana sementelah dia tidak mahu Harraz tergesa-gesa ke rumahnya.

"Selamat pagi, datuk"

"Pagi, Harraz. Dah lama sampai?"

"Tak, baru jer."

"Jom kita masuk."

Harraz mengekori Hud dari belakang. Matanya meliar memerhatikan sekeliling kawasan syarikat tersebut. Walaupun Datuk Halim merupakan salah seorang pemegang saham di syarikat Hud tetapi mereka tetap perlu berwaspada.

Sampai sahaja di tingkat atas, mereka disambut oleh pembantu Datuk Halim. Mereka berdua dibawa ke bilik mesyuarat untuk bertemu dengan Datuk Halim yang telah sedia menunggu.

"Good morning, Datuk Halim." Ucap Hud lalu menghulurkan tangan kepada Datuk Halim dan dua orang pekerjanya.

"Morning, Hud. Sila duduk," balas Datuk Halim. Dia menyambut tangan Hud dan bersalam pula dengan Harraz. "Ini, Tiara. I tahu you mesti dah kenal dia kan?"

"Yer, I dah kenal dia semasa pelancaran cawangan baru datuk hari tu. Hi Cik Tiara. Nice to meet you again."

Tiara senyum. "Hi, datuk Hud. Selamat berkenalan lagi sekali."

Hud senyum.

Setelah semuanya duduk di tempat masing-masing, staf Datuk Halim mengedarkan fail berkenaan produk baru mereka.

"So, dalam fail itu ada maklumat berkenan produk baru syarikat kami. Sales I, En. Mokhtar akan menerangkan kelebihan produk baru ini yang akan dilancarkan tidak lama lagi," beritahu Datuk Halim.

Hud dan Tiara angguk. Mereka memberi tumpuan pada tayangan slide yang berada di hadapan mereka.

"Okay, seperti yang kita tengok dekat slide ni, berkenaan produk baru yang akan kami perkenalkan ini adalah produk yang mesra alam…" terang staf Datuk Halim.

1 jam berlalu selepas usai penerangan daripada staf Datuk Halim. Mereka telah setuju untuk menandatangani kontrak antara dua syarikat.

"Terima kasih Datuk Halim, Tiara. I harap kerjasama kita kali ini berjalan dengan lancar. I harap kita dapat mencapai target seperti yang kita harapkan," ujar Hud apabila berjabat tangan dengan Datuk Halim.

"Insyaallah, Datuk Hud. I pun harap kerjasama kita akan berjalan lancar," balas Datuk Halim sambil tersenyum.

Tiara yang berdiri di sebelah Datuk Halim hanya tersenyum sahaja.

"Nanti kita jumpa lagi…" ujar Hud sebelum melangkah meninggalkan bilik mesyuarat tersebut.

"Excuse me, Datuk Halim. I nak berbual dengan Datuk Hud sekejap," beritahu Tiara.

Datuk Halim angguk.

Tiara berlari ke arah Hud yang berada tidak jauh dengannya.

"Datuk Hud, sekejap." panggilnya.

Hud dan Harraz menoleh. Mereka memandang sesama sendiri.

Tiara berjalan laju mendekati mereka.

"Yer, Cik Tiara."

"I sebenarnya nak ajak you dinner dengan I malam ni. You free ke?"

Hud senyum hambar. Dia garu dagunya. "Hmm malam ni I ada dinner dengan someone, maybe next time." Tipunya sengaja ingin melarikan diri daripada Tiara.

Senyuman di bibir Tiara pudar. "Okay, sure. Bila-bila jer…"

"Okay, Cik Tiara, I need to go. Bye."

Hud dan Harraz melangkah masuk ke dalam lift. Sempat Hud melemparkan senyuman kepada Tiara.

Tiara membalas senyum. Dia membuntuti langkah mereka sehingga pintu lif tertutup. Dia mendengus perlahan. Senyumannya mulai mati.

"Hud Aariz," bisiknya.

Sampai sahaja di tingkat bawah, laju sahaja langkah Hud dan Harraz menapak keluar daripada bangunan tetapi langkah Hud berhenti apabila dia melihat figura seseorang berjalan laju keluar dari bangunan. Keningnya berkerut.

"Kenapa ni, datuk?" soal Harraz pelik.

"Takda apa, jom…"

Mereka langsung meninggalkan bangunan tersebut. Hud masih lagi terbayang-bayangkan figura orang yang dia lihat tadi. Mustahil jika tiba-tiba sahaja figura itu muncul di sana. Keluhan kecil keluar daripada mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience