MAWAR: BAB 20

Romance Series 69343

HUD Aariz merenung wajah Harraz, mengharap Harraz akan berbuat sesuatu supaya Dhia Safiya tidak bertanya soal bunga tersebut. Harraz seperti faham maksud renungan mata Hud Aariz. Harraz segera mengambil bunga di tangan Dhia Safiya lalu dimasukkan ke dalam tong sampah.

"Anje, apa kata kalau anje balik dulu. Mandi, rehat, makan. Kesian anje dari semalam lagi kan kena jaga hubby. Hubby taknak anje pula yang jatuh sakit…" ujar Hud Aariz sambil memandang wajah Dhia Safiya.

"Betul tu, Cik Dhia, apa kata Cik Dhia balik dulu. Lagipun saya rasa Cik Dhia perlukan rehat. Biar saya temankan datuk." Kata-kata Hud Aariz disambut oleh Harraz.

Kening Dhia Safiya berkerut. "Hurm tapi anje nak jaga hubby kat sini. Nanti macam mana kalau hubby jadi apa-apa?"

"Taklah, hubby okay jer ni. Anje janganlah manjakan hubby sangat. Harraz kan ada..."

Dhia Safiya memandang wajah Harraz. "Hurm yer lah tapi petang nanti anje datang tau."

"Okay, anje." Hud Aariz tersenyum.

Dhia Safiya bangun daripada tempat duduknya, belum sempat dia melangkah keluar dari bilik rehat itu, kedatangan Tiara mengubah fikirannya. Dia kembali duduk.

"Hi, Datuk Hud. Macam mana you hari ni?" Soal Tiara lalu meletakkan sebakul buah-buahan di atas meja. Dia melabuh duduk dibirai katil di sebelah Dhia Safiya.
Hud Aariz dan Harraz saling memandang. Pandangan Hud Aariz dialihkan ke arah Dhia Safiya. Terlihat jelas ketidakselesaan pada riak wajah tunangnya itu.

"Ehem…" Dhia Safiya berdeham.

"Eh, Cik Dhia pun ada ke. Sorry lah tak perasan." Senyum sinis dilemparkan kepada Dhia Safiya.

Dhia Safiya mendecit. "Macam mana nak perasan kalau mata tu cuma tengok tunang orang jer." Jelingan tajam diberikan kepada Tiara.

Tiara tertawa kecil. "Ops you perasan ke. Benda elok depan mata, takkan I nak tolak kan. Betul tak, datuk?" Paha Hud Aariz digosok perlahan.

Dhia Safiya mengetap gigi. Dia menepis tangan Tiara. Tiada senyuman di wajah itu. Hanya kerutan yang menghiasi.

"Ehem… errr thanks Tiara untuk buah tangan tu. I okay jer. Bukannya sakit teruk pun. You tak perlu datang melawat I pun. I tahu you mesti busy kan." Hud Aariz memandang wajah Dhia Safiya sekilas.

Tiara menggeleng. Sekali lagi peha Hud Aariz diusap. "Hari ni I memang free, so I teringatkan you. Seriously, I terkejut sangat bila tengok berita semalam yang you kena tikam. I tak sangka Lisa sanggup buat you macam tu. Kan, datuk."

"Patutnya orang macam you ni yang kena tikam!" Kata Dhia Safiya sambil menolak kasar tangan Tiara.

"Anje, please." Rayu Hud Aariz.

Tiara senyum hambar. Dia mula berdiri. "I think your fiance memang tak sukakan I lah, datuk. Maybe dia takut kalau I rampas you daripada dia. Betul tak, Dhia Safiya?" Sinis soalannya. Anak matanya menilik wajah Dhia Safiya.

Dhia Safiya bangun. "You mampu ke nak rampas dia daripada I, huh? You tu siapa? And you jangan lupa I ni siapa! Sekelip mata jer I boleh keluarkan you daripada dunia you sekarang!" Tajam anak mata Dhia Safiya merenung wajah Tiara.

Hud Aariz menggaru kepalanya. Keluhan perlahan keluar daripada mulutnya.

"Oh really? My god! You ingat I takut ke? Try me!" Balas Tiara dengan senyuman sinis.

Dhia Safiya mengetap gigi. Jemarinya mula dikepal. Anak matanya bergerak-gerak memerhatikan sosok tubuh di hadapannya itu.

Hud Aariz menggenggam jemari Dhia Safiya. Dia mula mendengus dengan kasar. "Tiara, thank you for visiting me today and I think you should go now."

Tiara menoleh memandang wajah Hud Aariz. "But, datuk… I belum lagi…"

"Please, Tiara. Harraz…"

Harraz mendekati Tiara. "Cik Tiara, sini."

Tiara mengetap bibir. Keningnya mula berkerut. Pandangannya tajam menatap wajah Dhia Safiya. Dia langsung melangkah pergi dengan dengusan kasar.

Sebaik sahaja kelibat Tiara dan Harraz keluar daripada bilik rehat, Hud Aariz merenung wajah Dhia Safiya. Dia senyum nipis.

"Anje, kenapa nak marah-marah ni? Garang betul anje hari ni…"

Dhia Safiya melabuh duduk kembali. "Anje tak suka lah dengan perempuan tu. Berlagak sangat. Dah la suka menggatal. Dia tak tahu ke yang hubby ni anje punya…"

Hud Aariz tertawa kecil. "Mestilah dia tahu dan semua orang dalam negara ni tahu yang hubby ni milik anje." Matanya dikenyitkan.

"Hurm tapi anje tak suka dia. Hubby tengok lah dia suka nak pegang-pegang hubby. Anje tak suka lah!"

"Dia pegang jer kan, dia bukannya buat benda lain pun," ujarnya sengaja ingin mengusik Dhia Safiya.

Ternganga mulut Dhia Safiya. Satu cubitan singgah di lengan Hud Aariz.

"Aduh, sakit lah anje. Sejak bila anje ada kuasa ketam ni?" Usiknya lagi tetapi tidak dapat membuat Dhia Safiya tersenyum. "Okay, okay. Hubby gurau jer lah. Hmm anje pergilah balik yer. Pergi rehat. Hubby dah beritahu dekat Pn. Siti yang anje ambil cuti 3 hari. Rest tau…"

Dhia Safiya merenung wajah Hud Aariz. Dia mula tersenyum nipis. "Hurm yer lah. Anje balik dulu tau."

"Okay, anje. Pak Samad dah tunggu anje dekat bawah. Nanti sampai, call hubby, okay."

Dhia Safiya angguk. Dia melemparkan senyuman manis kepada Hud Aariz sebelum keluar dari bilik rehat. Harraz telah sedia menunggu di luar pintu bilik rehat itu.

Datin Seri Badriah menapak naik ke tingkat atas mencari kelibat Zanita. Dengusan perlahan dilepaskan. Dia terus ke bilik Zanita apabila sampai ke tingkat atas. Berdiri sahaja di muka pintu, dia menarik nafas dalam. Pintu bilik Zanita diketuk.

"Zanita?" Panggilnya perlahan.

Tiada sahutan. Datin Seri Badriah cuba memulas tombol pintu pula tetapi pintu dikunci dari dalam.

"Zanita, umi tahu Zanita ada dekat dalam. Buka pintu ni sekarang sebelum umi panggil abi naik atas." Ugutnya pula.

Click

Pintu dibuka dari dalam. Muncul sosok tubuh Zanita yang sedang berdiri di muka pintu dengan riak wajah muram.

Datin Seri Badriah menolak tubuh Zanita masuk ke dalam bilik lalu pintu bilik ditutup dan dikunci. Dia membawa Zanita ke arah katil dan menolak tubuh gadis itu supaya duduk di atas katil.

"Kamu nak pergi mana dengan beg ni? Kamu nak lari dari rumah?" Soal Datin Seri Badriah apabila melihat beg pakaian di atas katil.

Zanita diam tidak berkutik sambil menekur lantai. Dadanya turun naik dengan laju. Takut ingin menatap wajah garang uminya.

"Zanita, umi tanya kamu nak buat apa dengan beg besar ni?" Pipi Zanita dicengkam kuat.

Zanita menolak tangan Datin Seri Badriah. "Lolita nak pergi. Lolita dah taknak tinggal dalam rumah ni lagi!"

Pang!

Satu tamparan singgah di pipi Zanita dan sekali lagi dagunya dicengkam kuat. "Kamu jangan buat kerja gila, Zanita! Kamu nak lari dengan datuk kesayangan kamu tu? Betul kan?"

Mata Zanita mula berkaca. Tangisannya merembes keluar. "Ya! Memang Lolita nak pergi dengan Datuk Halim! Lolita nak pergi jauh dari sini! Sini bukan rumah Lolita!"

Rambut Zanita dicengkam pula. "Kamu ingat Datuk Halim tu boleh bagi kebahagiaan dekat kamu? Kamu ingat Datin Mastura tu nak duduk diam jer bila dia dapat tahu kamu ada hubungan dengan suami dia?"

Zanita menolak tangan Datin Seri Badriah tetapi tidak dapat melawan kekuatan uminya itu. "Lolita tak kisah! Buatlah apa dia nak buat dengan Lolita!"

Datin Seri Badriah melepaskan cengkamannya. Dia mula ketawa. "Zanita, Zanita, kamu dah berani melawan kan sekarang. Kamu dah berani nak malukan abi dan umi yang membesarkan kamu hanya sebab cinta palsu yang Datuk Halim bagi dekat kamu! Umi tak sangka, Zanita. Macam ni kamu balas jasa kami."

Zanita bangun dan berdiri di hadapan Datin Seri Badriah. "Buat apa Lolita nak tinggal dekat sini lagi. Semua orang dalam rumah ni tak pernah sayangkan Lolita." Tangisannya semakin kuat. Dia menangis teresak-esak sambil menekup wajahnya.

Datin Seri Badriah menolak Zanita supaya duduk semula. "Ingat, Zanita. Abi dan umi bersusah-payah jaga Zanita sejak dari Zanita kecil. Bila dah besar macam ni, kamu nak ikut jejak mak kamu pula. Kamu nak sakitkan hati wanita lain demi kepentingan kamu sendiri?" Luahnya disusuli dengan gelengan. Air matanya mula mengalir. "Umi berusaha terima kamu dalam hidup umi tapi kamu pula berusaha nak malukan umi. Kamu conteng arang dekat muka kami. Kalau bukan sebab umi nampak dengan mata kepala umi sendiri, sampai hari ni kamu tipu kami semua. Sampai hati kamu, Zanita."

Tangisan Zanita mula berhenti. Hanya kedengaran esakan kecil sahaja. Tangannya dijatuhkan ke atas paha. Dia menekur jemarinya yang basah dengan air mata.

"Umi tak pernah halang apa yang kamu nak buat selama ni. Umi tak pernah paksa kamu ikut cakap umi tapi kali ni, umi harap kamu kasihankan kami, tolong jaga nama baik abi. Cukuplah umi berusaha nak tutup apa yang kamu lakukan dekat belakang kami, umi dah tak mampu." Datin Seri Badriah mendekati Zanita dan menilik wajah gadis itu. "Ingat Zanita. Sekali kamu melangkah keluar dari rumah ni, umi dan abi akan pastikan kamu hidup merempat dekat rumah nenek kamu dekat kampung sana! Jangan lupa, Zanita. Kamu hidup senang lenang hari ni sebab umi yang bersungguh-sungguh bela kamu. Jangan ingat umi tak mampu nak buat hidup kamu merana!" Tegas amarannya.

Laju Datin Seri Badriah melangkah keluar dari bilik Zanita. Dia terus masuk ke dalam biliknya yang berada di tingkat tiga. Hatinya terguris mendengar kata-kata Zanita. Banyak dia berkorban untuk anak bekas madunya itu tetapi langsung tidak dihargai, malah Zanita lebih memilih orang luar daripada ahli keluarganya sendiri.

Anak mata Zanita membuntuti langkah Datin Seri Badriah keluar dari biliknya. Dia bangun dan terus mengunci pintu biliknya. Dia bencikan uminya. Dia bencikan semua orang dalam rumah itu. Hanya Datuk Halim sahaja yang faham perasaannya selama ini. Dia harus berbuat sesuatu supaya dia dapat melarikan diri dari rumah umi dan abinya esok malam. Dia perlu berkahwin dengan Datuk Halim. Tiada sesiapa yang dapat menghalang keinginannya.

"Harraz, macam mana dengan Lisa?" tanya Hud Aariz apabila Harraz muncul.

Harraz menutup pintu bilik rehat itu. Dia mendekati katil lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Saya dah tanya pegawai polis yang menyiasat tu, Lisa bukan di bawah arahan sesiapa. Apa yang dia buat tu sebab dia nak balas dendam atas apa yang berlaku."

"So, dia memang takda kena mengena dengan kes tembakan hari tu?"

"Tak, datuk. Seratus peratus tiada kaitan. Tak lama lagi kita dah dapat mengesan dekat mana orang kanan mendiang Datuk Andrew tinggal. Minggu lepas dia ada balik ke tanah air. Saya rasa memang ada orang yang bagi arahan dekat dia." Jelas Harraz panjang lebar.

Hud menggaru dagunya. "Hurm siapa agaknya? Harraz, I nak you siasat latar belakang, Tiara. I think something fishy about her."

"Baik, datuk. Err sebenarnya datuk, sejak semalam lagi ramai wartawan dekat pintu pagar. Datuk jangan risau, saya dah arahkan Murni supaya tidak beri apa-apa maklumat pasal apa yang berlaku."

"Okay, thanks. Lagi satu Harraz, I nak you tengok-tengokan Dhia. I taknak apa-apa berlaku dekat dia."

"Baik, datuk. Errm datuk?"

Hud Aariz dongak. "Kenapa?"

"Boleh tak kalau saya nak makan buah ni?"

Hud Aariz mengecilkan kelopak matanya. "Hmm makan lah." Dia tunduk semula menatap telefon pintar di tangannya.

Harraz bangun dan mengambil buah epal beberapa biji di dalam bakul lalu diletakkan di dalam pinggan. Selepas buah itu dicuci, dia duduk di sebelah Hud Aariz sambil menikmati buah tersebut. Hud Aariz hanya mampu menggeleng melihat gelagat Harraz.

Ting!

Bunyi nada pesanan ringkas masuk ke dalam telefon pintar milik Harraz. Harraz mengeluarkan telefon pintar daripada poket suits yang dia pakai.

Abang Harraz, Lolita dah tak sanggup nak tinggal dekat dalam rumah ni. Boleh tak abang tolong bawa Lolita pergi jauh. Please. -Lolita

Ting!

Satu lagi pesanan ringkas masuk.

Lolita tunggu abang dekat cafe yang abang jumpa dengan ex makcik tu. -Lolita

Okay. Tunggu, abang dekat sana. -Harraz

Dengusan perlahan keluar daripada mulut Harraz.

"Kenapa?" tanya Hud Aariz sambil menatap wajah Harraz.

"Err takda apa, datuk. Boleh tak kalau saya nak keluar sekejap?"

"Hmm pergilah. Nanti balik tolong belikan nasi bungkus kat kawan you kat luar tu." arahnya pula.

"Baik, datuk." Harraz terus keluar dari bilik rehat. Sempat dia menegur dua orang bodyguard yang berada di luar bilik rehat Hud Aariz.

Harraz memandu keretanya meninggalkan pekarangan hospital. Dia terus memecut keretanya ke arah cafe yang diberitahu oleh Zanita di dalam pesanan ringkas. Tidak sampai 10 minit, dia sampai ke cafe tersebut.

"Lolita, kenapa ni?" Soal Harraz sebaik sahaja melabuh duduk di hadapan Zanita.

"Abang…" Tangisannya mula kedengaran. "Umi…" Jemari Harraz digenggam kuat.

"Kenapa dengan umi?"

"Umi dah tahu yang Lolita nak lari daripada rumah. Abang tolong Lolita, please." Luahnya disusuli dengan esakan kecil.

Harraz mendecit. "Lolita, abang rasa adik kena batalkan niat adik tu."

"Taknak!" Mata Zanita mencerlung tajam ke arah Harraz.

"Apa yang adik nak sebenarnya? Adik memang betul-betul cintakan Datuk Halim ke?"

Laju Zanita mengangguk.

"Adik, tolonglah. Dia tak sesuai dengan adik. Ramai lagi yang sayangkan adik, yang boleh jaga adik."

"Takda siapa yang sayangkan, Lolita. Semuanya penipu!"

"Adik, abang sayangkan adik. Abang rela gantikan tempat Datuk Halim!"

Terbuntang mata Zanita sebaik sahaja mendengar luahan jujur daripada Harraz. Dia menilik wajah lelaki di hadapannya itu. Anak matanya bergerak-gerak merenung wajah Harraz. Setakat mana kebenaran kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki itu, Zanita juga tidak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience