TANPA membuang masa, Hud Aariz dan Harraz menuju ke bilik cctv yang berada di kawasan tempat meletak kenderaan di tingkat bawah tanah. Nasib mereka baik kerana kebetulan ada dua orang pengawal keselamatan yang sedang bertugas pada masa tersebut.
“Datuk Hud, Encik Harraz, selamat petang.”
Tegur salah seorang pegawai yang sedang bertugas. Mereka terus berdiri apabila melihat Hud Aariz dan Harraz.
“Selamat petang, Encik David. I nak minta tolong you buatkan something untuk I, boleh ke?”
“Sure, datuk. Apa yang boleh saya tolong?”
“I nak you check cctv dekat parking area 2 hari lepas dalam pukul 5 hingga 7 petang.”
“Okay, boleh datuk.”
David membuka rakaman video pada hari dan waktu yang diminta oleh Hud Aariz. Mereka berdua berdiri di sebelahnya memerhatikan sahaja apa yang dilakukan oleh David.
“David, boleh revised dalam pukul 6 petang. I nak tengok masa Cik Dhia turun ke parking area.”
“Boleh, datuk. Di sini, kalau datuk perhatikan masa dekat atas ini adalah masa Cik Dhia keluar daripada lift. Pukul 6 lebih dia dah ada dekat parking area. Saya cuba percepatkan sikit.”
“David, sekejap. Putar semula yang tadi, sebelum barang-barang dia terjatuh. Here. You nampak tak apa yang I nampak?”
Mereka saling memandang antara satu sama lain dan mata mereka kembali tertumpu pada skrin komputer. Terlihat kelibat seseorang sedang mengekori Dhia Safiya dari belakang.
“David, revised masa I masuk ke parking area. Masa I duduk dalam kereta, ada sebuah kereta yang agak mencurigakan tiba-tiba sahaja masuk.”
Sekali lagi mereka tertumpu pada skrin komputer. Kali ini David putar semula video pada masa Hud Aariz baru turun ke kawasan meletak kenderaan.
“Datuk, ini ke kereta yang datuk maksudkan?”
“Yes, memang dia. Dah tak ada kereta lain yang masuk selepas dia. I syak memang dia yang follow Dhia.”
“David, boleh zoom muka dia?”
“Boleh, datuk. I cuba yang terbaik.”
David cuba membesarkan gambar wajah sosok tersebut tetapi kerana keadaan tempat yang agak gelap dan dia pula memakai penutup muka, maka agak sukar untuk mereka melihat wajah orang tersebut.
“I dah cuba tapi muka dia tetap tidak jelas. Wajahnya ditutup dengan penutup muka. Kita juga tidak dapat pastikan yang dia lelaki atau wanita. Maaf datuk, setakat itu sahaja yang saya mampu lakukan.”
“It’s okay, David. Good job. Hurm I rasa, dia memang pekerja syarikat kita.”
Teka Hud Aariz. Dia yakin 100 peratus orang yang mengekori Dhia Safiya adalah pekerja di syarikat mereka. Hanya itu yang bermain di fikirannya sejak mula dia melihat kelibat orang itu.
“Tapi datuk, bangunan ni disewa oleh tiga syarikat lain. Mungkin dia bekerja dengan syarikat lain ke dan dia tersalah masuk ke parking lot kita…”
“Nope, I tak rasa macam tu. Kalau betul dia pekerja syarikat lain, macam mana dia boleh masuk ke dalam parking area kita? Okay fine, maybe dia tersalah masuk. So, David I nak tanya you, boleh ke pekerja company lain masuk ke parking area company I?”
“Errr sepatutnya tidak boleh datuk, sebab setiap kereta yang masuk ke bangunan ini telah didaftarkan nombor plate kereta mereka. Lagipun nanti tayar kereta mereka akan dikunci. Rasanya tidak ada staf yang nak keluarkan duit hanya untuk hal remeh macam tu. Semua staf yang bekerja di sini juga diberikan access card untuk masuk ke parking area dan staf syarikat lain takkan boleh ceroboh masuk ke parking area syarikat yang lain.”
Terang David panjang lebar supaya mereka berdua tidak salah faham. Setiap bangunan yang disewa telah diberikan kad pengimbas supaya tidak akan berlaku penceroboh dan jika berlaku, orang tersebut perlu membayar denda yang telah ditetapkan.
“That's why I rasa dia ni memang staf kita or maybe dia ada access card untuk masuk ke parking area tu. I rasa dia bersubahat dengan orang dalam untuk ugut Dhia atau apa-apa saja tapi disebabkan I ada masa tu, so dia batalkan niat dia.”
Harraz dan David menganggukkan kepala mereka. Mereka bersetuju dengan andaian Hud Aariz. Memang tidak dinafikan lagi, kelibat itu berniat jahat terhadap Dhia Safiya.
“Harraz, ambil nombor plate dan selidik siapa pemilik kereta tu. I nak sangat tahu siapa yang berani nak sentuh Dhia.”
“Baik, datuk. Saya akan selidik secepat yang mungkin.”
“Datuk, ada apa-apa masalah ke?”
David yang sedari tadi hanya mendengar sahaja perbualan mereka mula menyoal. Dia tertanya-tanya apa yang sedang berlaku kepada mereka. Benar ke ada penceroboh di sini seperti yang mereka katakan?
“Tak ada apa. David, I nak you perketatkan lagi security dekat bangunan ni. I tak nak hal ini berulang lagi. Mana tahu sekarang kami jadi mangsa, selepas ini company lain pula yang jadi sasaran dia.”
“Baik, datuk. I akan bawa isu ini kepada atasan I. Jika ada apa-apa feedback daripada mereka, I akan maklumkan kepada you. Sorry datuk atas apa yang berlaku. Ini semua terjadi kerana kecuaian kami.”
“After this, I don't want the same thing to happen again.”
“Okay, datuk. I'm very sorry.”
David menundukkan kepala. Dia merasa kesal atas apa yang telah berlaku kerana kecuaian mereka. Nasib mereka baik kerana tiada kecelakaan yang berlaku, jika tidak, pasti akan disaman oleh syarikat Hud Aariz dan mereka juga akan dibuang kerja.
*
Dhia Safiya terus melabuhkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Datuk Halim yang sedang duduk menatap telefon pintar mengangkat wajah melihat anaknya itu. Matanya langsung tidak berkelip sedari tadi memerhatikan tindak tanduk Dhia Safiya.
“Baru balik ke? Lewat Dhia balik hari ini? Kena buli dengan Hud lagi?”
“Assalamualaikum, papa. Papa ni banyak tanyalah, bagilah Dhia rehat dengan tenang dulu.”
Balasnya dengan mata yang masih tertutup rapat. Dhia Safiya menarik nafas lega. Nasib baik pak cik Anuar yang memandu tadi, dapatlah juga dia berehat di dalam kereta.
“Waalaikumsalam. Eh, tanya pun salah ke? Sejak-sejak bertunang dengan datuk ni, nak bertanya pun dah tak boleh.”
“Hurm bukan macam tu papa tapi papa ni sukalah cakap yang bukan-bukan pasal Hud. Hud tu bakal menantu papa tau. Tak baik tuduh yang bukan-bukan.”
“Menantu konon. Itu bukan menantu tapi hantu penanggal. Luar lain, dalam lain.”
“Astaghfirullahalazim. Apalah yang papa merepek ni. Akhir-akhir ni, papa dah jadi macam mama. Asyik membebel saja. Hurm papa, dekat luar tu kereta siapa? Papa beli kereta baru ke?”
Dhia Safiya memandang wajah Datuk Halim dengan riak wajah yang terkejut. Tiada angin dan tiada ribut tiba-tiba ada kereta baru. Rajin pula papanya membeli kereta baru.
“Hurm nak tukar topiklah tu. Itu bukan kereta papa tapi kereta Nazir.”
“Nazir? Nazir anak pak uda dan mak uda tu ke?”
Nada suaranya agak kuat dan bola matanya terus terbeliak. Sudah lama dia tidak mendengar khabar daripada sepupunya yang bernama Nazir. Tiba-tiba malam ini, lelaki itu sudah berada di rumahnya.
“Yalah, Nazir mana lagi.”
“Dia ada dekat rumah kita ke?”
“Ya, Safiya. Saya ada dekat dalam rumah awak ni.”
Muncul seorang lelaki yang tinggi lampai dan bertubuh tegap daripada ruang dapur. Dia berjalan mendekati mereka di ruang tamu. Bibirnya mengukirkan senyuman manis sambil anak matanya melirik Dhia Safiya.
“Nazir…”
Dhia Safiya terus menjerit dan berlari ke arah Nazir yang sedang berdiri tidak jauh dengannya. Dia terus merangkul tangan Nazir sambil ketawa.
“Dhia, awak tu anak dara, tak baik buat macam tu.”
Tegur Datin Mastura kerana merasa kurang sopan melihat tindakan Dhia Safiya sementelah Dhia Safiya sudah menjadi tunangan orang.
“Errr baik mama. Nazir, bila awak sampai? Bila awak balik daripada United Kingdom?”
“Errr semalam.”
“Semalam? Awak balik semalam tapi baru datang jumpa saya hari ini? Huh, merajuklah.”
Dhia Safiya terus melepaskan rangkulan dan berdiri memeluk tubuh. Mulutnya sengaja dimuncungkan. Keningnya pula berkerut. Sengaja dia berkelakuan begitu untuk menarik perhatian daripada Nazir.
“Hahaha dah tua pun nak merajuk lagi. Okay akak Safiya, meh sini adik pujuk. Nah…”
Nazir menghulurkan sebuah kotak baldu kecil berwarna merah kepada Dhia Safiya. Dia tahu hadiah itu dapat melembutkan hati sepupunya.
“Wahhh. Apa ni?”
“Cubalah buka. Mesti awak suka.”
Dengan wajah yang teruja, Dhia Safiya terus membuka kotak baldu tersebut. Matanya terbeliak sebaik sahaja melihat isi di dalam kotak baldu tersebut. Seutas gelang silver bersinar sebaik sahaja dikeluarkan daripada dalam kotak.
“Wow cantiknya. Jangan kata ni daripada Annie Haak?”
Nazir menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Seronok pula melihat wajah Dhia Safiya yang teruja.
“Biar betul? Masyaallah, lawanya. Hurm terima kasih awak. Tak sangka awak belikan hadiah untuk saya.”
Dhia Safiya mendekati Datin Mastura yang sedang duduk di atas sofa dan duduk di sebelahnya.
“Mama, tengok ni, cantik kan?”
“Ya, cantik.”
Balas Datin Mastura pendek sambil tersenyum nipis.
“Nampak excited saja bila dapat hadiah daripada Nazir. Hud memang tak ada hadiahkan you apa-apa ke?”
Soalan Datuk Halim membuatkan senyuman Dhia Safiya mati. Gelang yang berada di pergelangan tangan terus disimpan semula ke dalam kotak.
“Apa kaitan dengan Hud pula papa ni?”
“I tanya sebab you nampak excited macam tak pernah dapat hadiah daripada Hud, kalau dapat okaylah.”
Senyuman sinis Datuk Halim benar-benar membuat Dhia Safiya makan hati. Ada sahaja yang salah dimata papanya itu. Entah apa yang Hud Aariz telah lakukan sehingga papanya berulang kali menyindir tunangnya itu.
“Siapa Hud tu? Tunang awak ke?”
Nazir yang sedari tadi hanya mendengar sahaja perbualan mereka mula mencelah. Nama lelaki yang disebut-sebut itu menarik perhatiannya.
“Ha ah, tunang saya. Nama dia Hud Aariz.”
“Hud Aariz ya? Hurm…”
Nazir mengusap dagunya yang licin berulang-ulang kali seperti sedang memikirkan sesuatu. Nama Hud Aariz masih bermain-main di dalam fikirannya.
“Macam pernah kenal saja nama tu. Hurm dia dulu pernah study dekat Universiti Malaya kan?”
“Macam mana awak tahu?”
“Hahaha kalau betul itu dia, memang saya kenal sangatlah.”
“Ya ke? Mungkin Hud Aariz bin lain kot. Hud Aariz kan ada ramai dalam dunia ni. Manalah tahu Hud Aariz yang awak kenal tu yang jenis yang tak ada hidung ke…”
“Hahaha mungkin juga tu. Mak long, sejak bila Safiya yang saya kenal ni pandai buat lawak? Dulu serius saja muka dia.”
“Hurm ni mesti si Hud tu yang ajar.”
Datuk Halim masih tidak mahu mengalah. Dia tetap ingin menyakiti hati Dhia Safiya seperti mana hatinya sakit kerana tidak dapat memiliki Zanita.
Paha Datin Mastura dipukul perlahan. Dhia Safiya menggenggam jemari tua itu. Wajahnya seakan sedang meminta simpati daripada Datin Mastura supaya memberi perhatian kepadanya.
“Mama tengok papa ni, dah lain sangat sekarang. Dulu tak macam ni pun. Perangai mengalahkan orang baru putus cinta saja.”
“Merepeklah. Nazir, pak long naik atas dulu ya. Nanti kirim salam dengan mommy and daddy kamu.”
“Ya, pak long. Nanti saya sampaikan salam pak long.”
“Nak larilah tu, kan mama.”
Terhambur ketawa daripada mulutnya. Dhia Safiya terus menutup mulut dengan telapak tangan.
“Biarlah papa kamu tu. Jangan dilayan sangat.”
Hilang sahaja kelibat Datuk Halim, mereka terus sambung berbual. Banyak perkara yang Dhia Safiya ingin tahu daripada Nazir sementelah mereka sudah lama tidak berjumpa. Sesekali terdengar suara mereka ketawa.
*
Tepat jam 1 petang, Hud Aariz sudah terpacak di hadapan bilik Dhia Safiya. Dia bersandar pada bingkai pintu yang sudah terbuka luas sambil memerhatikan Dhia Safiya yang sedang fokus bekerja. Hari ini dia merancang untuk mengajak tunangnya itu untuk keluar makan tengahari bersama-sama.
“Hi anje.”
Dhia Safiya terus mendongak memandang Hud Aariz dengan wajah yang terkejut tetapi selepas itu senyuman mula terbentuk di bibirnya.
“Eh hubby.”
“Busy ke?”
“Tak busy pun. ”
“Jom pergi lunch.”
Dhia Safiya menilik jam yang tergantung pada dinding dan bersandar pada kerusi sambil memeluk tubuh. Dia tersenyum senget melihat Hud Aariz yang selamba itu. Entah apa mimpinya semalam tiba-tiba sahaja hari ini mahu mengajak dia keluar makan tengahari.
“Sejak bila pula hubby ada masa nak lunch dengan anje ni? Tiba-tiba saja. Hubby tak ada mesyuarat ke hari ini?”
“Ada nanti lepas lunch. Lama kita tak keluar lunch sama-sama. Jom, kita pergi makan dekat restoran yang anje suka tu.”
“Ya ke? Wahhh sedapnya. Jom…”
Laju tangan Dhia Safiya mengemas file dan kertas yang berselerak di atas meja. Hud Aariz yang masih bersandar pada bingkai pintu sabar menunggu Dhia Safiya siap mengemas meja kerjanya.
“Jom, hubby. Dah siap dah. Tak sabarnya nak dating dengan hubby.”
Kata-kata Dhia Safiya dibalas dengan tawa kecil. Mereka berjalan beriringan ke arah lift sambil bergurau senda di sepanjang jalan.
“Eh datuk, Dhia. Nak keluar lunch ke?”
Murni yang berselisih dengan mereka mula menegur. Rancak mereka berbual hingga tidak perasan kehadiran Murni di sebelah mereka.
“Eh Murni. Ha ah, nak keluar lunch. Sorry tau tak dapat nak temankan awak lunch hari ini.”
“Takpa, akak Siti kan ada. Lagipun bukan selalu awak dapat keluar lunch berdua dengan datuk.”
“Itulah, susah betul nak dapat peluang macam ini. Nanti kita berbual lagi ya. Bye Murni.”
“Okay, enjoy your lunch. Bye.”
Habis berbual, mereka terus masuk ke dalam lift dan menuju ke tempat meletak kenderaan di tingkat bawah tanah. Banyak kenderaan yang keluar masuk kerana sudah tiba waktu makan tengahari.
Hud Aariz dan Dhia Safiya terus masuk ke dalam perut kereta yang diletakkan tidak jauh dengan ruang menunggu lift. Hud Aariz perasan ada gelang baru yang berkilau di pergelangan tangan tunangnya itu. Gelang itu kelihatan mahal, seperti pemberian seseorang yang istimewa. Anak matanya tajam menikam gelang di tangan Dhia Safiya.
Dia mula merasa tidak selesa. Hatinya dirundung rasa cemburu. Dia belum pernah melihat Dhia Safiya memakai gelang itu sebelum ini, dan tidak pula dia membelikan barang aksesori baru kepadanya. Dengan perasaan curiga, Hud Aariz bertanya dengan nada lembut.
"Cantik gelang yang anje pakai, anje baru beli ya?"
“Gelang ni?”
Dhia Safiya menatap gelang di pergelangan tangannya sambil tersenyum. Bahagia rasanya dapat memiliki gelang yang telah lama diidamkan.
"Ni hadiah daripada sepupu anje. Dia baru saja balik dari luar negara."
Hud Aariz mengerutkan dahi. Dia tidak pernah pula mendengar tentang sepupu Dhia Safiya sebelum ini, apatah lagi seseorang yang rapat sehingga memberi hadiah sebegitu mewah.
Fikirannya mula bermain-main dengan pelbagai kemungkinan. Siapa sebenarnya sepupu Dhia Safiya, dan kenapa tunangnya itu tidak pernah menceritakan tentang sepupu itu kepadanya?
Dia cuba menutup perasaan cemburunya dengan tersenyum, tetapi dalam hatinya, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Pertanyaan tentang siapa sepupu Dhia Safiya itu semakin mendesak dalam fikirannya.
“Lelaki atau perempuan?”
“Lelaki.”
“Lelaki?”
Wajah Hud Aariz kelihatan agak terkejut. Matanya terbeliak sambil menatap wajah Dhia Safiya. Dia mula tertanya-tanya, seistimewa mana sepupunya itu di dalam hati Dhia Safiya sehingga Dhia Safiya asyik tersenyum apabila menatap gelang di tangannya?
Share this novel