"HAPPY birthday, Dhia Safiya…" ucap Hud sebaik sahaja Dhia masuk ke dalam perut kereta. Dia menghulurkan sejambak bunga gerbera daisy berwarna merah jambu kepada Dhia.
Riak wajah Dhia nampak teruja tetapi dia cuba mengawalnya supaya tidak nampak terlalu ketara di hadapan Hud. Senyuman manis terukir di wajah Dhia apabila menyambut jambakan bunga tersebut. Dia mencium bunga itu perlahan.
"Thank you, datuk. Macam mana datuk tahu hari ni birthday saya?"
"Mestilah I tahu. You kan staff I. Errr janganlah panggil I datuk. Dah rasa cam masuk meeting pula."
Terhambur ketawa Dhia selepas mendengar kata-kata Hud. "Haha okay lah. Datuk suka kalau saya panggil datuk apa?"
"Hmm something yang orang panggil untuk kesayangan dia. Yang sweet, manja, happy..."
Dhia menggigit bibir bawah. Anak matanya bergerak-gerak. "Hmm kalau saya nak panggil datuk ni hubby, boleh?"
"Hubby?" Hud mengusap dagunya. "Okay, I suka. Jadi I panggil you anje. Boleh tak anje hubby?" Soalnya sambil merenung wajah Dhia.
Dhia tersenyum lebar. Laju dia mengangguk. Wajahnya mula bertukar merah merona apabila Hud menatapnya lama.
"Janganlah tengok anje cam tu. Malulah."
Semakin galak Hud merenung Dhia. Dia tahu Dhia malu apabila direnung lama tetapi gelagat seperti itulah yang membuatnya jatuh hati kepada Dhia. Dhia seorang yang manja dan pandai mengambil hatinya. Pertama kali dia melihat Dhia, dia sudah mula jatuh hati. Perasaan cintanya semakin kuat apabila Dhia tidak cepat melatah apabila dituduh sebagai pengirim bunga misteri itu.
"Anje, malam ni hubby nak bawa anje pergi dinner. Lepas maghrib anje siap-siap tau. Hubby tunggu kat depan rumah anje…"
"Malam ni?" Soal Dhia terkejut. "Hmm tapi anje kena tanya papa dulu. Hubby pun tahu kan papa tu macam mana, semua benda tak boleh."
"Nanti hubby tanya Datuk Halim. Mesti Datuk Halim izinkan anje keluar dengan hubby…"
"Okay, thank you, hubby." Dhia mahu melentokkan kepalanya di atas dada Hud tetapi dia membatalkan niatnya apabila dia tersedar yang mereka masih lagi belum menjadi suami isteri.
Hud yang sedar akan kelakuan Dhia itu hanya ketawa kecil melihat riak wajahnya.
"Sabar yer, anje. Lepas kahwin body hubby ni milik anje sorang jer. Anje nak peluk taknak lepas pun takpa." Usik Hud lalu mencuit hidung Dhia.
Dhia melarikan wajahnya. Jantungnya mula berdegup laju. Peluh halus mula mengalir di dahinya. Entah mengapa dia tidak dapat mengawal dirinya apabila berada disamping lelaki itu. Mungkin juga kerana dia benar-benar sudah jatuh cinta terhadap insan bernama Hud Aariz.
"Anje okay ke? Cam tak sihat jer ni?" Hud menghulurkan tisu kepada Dhia apabila melihat Dhia tidak senang duduk.
Terketar-ketar Dhia mengambil tisu di tangan Hud. "Anje okay jer. Hurm kenapa Harraz tak ikut hubby?"
Hud mula bersandar. Di mengalihkan pandangannya ke depan. "Dia ada kerja katanya. Anje nak dia ada ke?" Soalnya lalu memandang wajah Dhia semula.
"Eh taklah. Kalau dia takda lagi bagus. Boleh lah…" Dhia memandang ke arah Pak Samad lalu mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Hud. "Boleh kita berbual berdua jer…" bisiknya di telinga Hud.
Terjongket kening Hud. "Hmm betul tapi anje kan tahu hubby tak boleh kalau dia takda. Dia kan PA hubby."
Tinggi muncung Dhia. "Ala… anje pun boleh jadi PA hubby. Anje pun pandai lah buat kerja-kerja PA."
"Anje pandai karate tak?"
Dhia menggeleng.
"Silat?"
Dhia menggeleng juga.
"So, dia kenalah ada. Okay, nanti hubby minta harraz duduk jauh dengan kita. Boleh?"
Wajah Dhia masam mencuka tetapi akhirnya dia mengangguk. Dia mula mengukir senyum. Kata-kata Hud ada benarnya. Jika ada sesiapa yang tiba-tiba sahaja datang menyerang, Harraz boleh selamatkan mereka tetapi dia tidak sukakan Harraz kerana ada ketika Harraz merenungnya seperti mahu menelannya hidup-hidup.
Hud dan Dhia berjalan beriringan masuk ke laman rumah Dhia. Hud menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan kotak kecil berwarna merah jambu. Kotak itu dihulurkan kepada Dhia.
"Untuk you…"
Dhia mengambil kotak itu di tangan Hud. "Apa ni? Soalnya terus membuka kotak tersebut. Mulutnya ternganga apabila melihat seutas rantai yang mempunyai loket berbentuk hati. "Untuk anje?"
Hud angguk. "Sorry, tadi hubby terlupa nak bagi. Malam nanti anje pakai yer. Mesti cantik kalau anje yang pakai…" puji Hud ikhlas.
Dhia angguk. "Nanti anje pakai."
Hud senyum. "Hubby bagi salam yer. Assalamualaikum…"
Datuk Halim dan Datin Mastura yang sedang duduk di ruang tamu memandang sesama sendiri.
"Waalaikumsalam…" jawab Datin Mastura dan Datuk Malik serentak. Mereka bergegas ke pintu masuk.
Terpacul figura Hud dan Dhia di muka pintu sebaik sahaja daun pintu dibuka dari dalam.
"Eh Datuk Hud, masuklah," ujar Datin Mastura.
"Takpa, I berdiri dekat luar jer. Datin janganlah panggil I datuk. Panggil jer Hud. Segan pula rasa…"
"Kalau macam tu, Hud jangan panggil aunty ni datin, panggil jer aunty."
Hud angguk disusuli dengan senyuman.
Dhia memeluk tangan Datin Mastura. "Mama, kejap lagi Hud nak bawa Dhia pergi dinner, boleh yer?" Rengeknya manja.
"Yer aunty, uncle, I nak minta izin untuk bawa Dhia pergi dinner. I akan hantar dia balik sebelum pukul 10 malam."
Datin Mastura mengulum senyum. "Eh apa pula nak minta izin bagai. Bawa jer lah. Lagipun kamu berdua kan dah bertunang. Asalkan kamu bawa dia balik, jangan tak balik pula. Kan abang?"
Keluhan lemah keluar daripada mulut Datuk Halim. "Hmm yer lah. Baik-baik bawa anak dara I tu, dia bukannya jadi hak you lagi. Macam mana you bawa dia keluar, macam tu lah you hantar dia balik…" bebelnya lalu berjalan masuk ke dalam rumah.
Suara menyampah Datuk Halim masuk ke gegendang telinga Datin Mastura. Dia mendecit. "Abang ni dah kenapa, takda angin takda ribut tiba-tiba nak marah-marah." Keningnya berkerut tetapi kembali tersenyum apabila memandang wajah Hud. "Hurm kamu jangan layan uncle kamu tu. Dia memang cam tu, macam lah kamu tak kenal dia. Jangan tak bagi projek pula dekat uncle…" ujarnya sambil tersenyum.
"Baik, uncle." Jawab Hud kuat. "Err it's okay, aunty. Takda kaitan dengan projek pun. Hmm aunty jangan risau, I akan jaga Dhia baik-baik. I takkan buat sesuatu yang tak baik dekat Dhia." Luah Hud jujur.
"Hisy kamu ni. Jangan la terasa dengan kata-kata uncle kamu. Takpa, aunty izinkan kamu bawa Dhia keluar. Takkan lah aunty nak peram jer Dhia dalam rumah kan. Apa salahnya kalau dia keluar sekali sekala dengan tunang dia kan…"
"Thank you, mama. Sayang mama…" Ucap Dhia lalu melemparkan senyuman menggoda kepada Hud. Dia sempat menkenyitkan matanya apabila Datin Mastura tidak memandang ke arahnya.
Hud tersentak melihat perilaku Dhia. Dia menelan liur apabila Dhia melempar senyum kepadanya. "Errr aunty, I balik dulu lah. Hmm Dhia, nanti I datang jemput you. Bye, assalamualaikum."
"Waalaikumsalam…" jawab Dhia dan Datin Mastura serentak.
Hud berjalan mendekati keretanya lalu masuk ke dalam perut kereta. Sempat dia melambai ke arah Dhia dan Datin Mastura sebelum kereta yang dipandu Pak Samad meninggalkan pekarangan rumah mereka.
Bernyanyi kecil Hud menaiki anak-anak tangga sebaik sahaja dia sampai ke rumah. Langkah kakinya laju menapak ke arah biliknya. Nasib baik umi dan abinya tiada di rumah, kalau tidak pasti malam ini dia terpaksa mendengar tazkirah panjang lebar daripada uminya kerana ingin keluar makan dengan Dhia. Uminya pasti risau jika hubungan mereka berdua akan terbabas.
Zanita yang sedang melukis di balkoni biliknya terus masuk ke dalam bilik apabila dia terdengar suara orang menyanyi. Bibirnya mengulum senyum. Terjengket-jengket dia berjalan ke arah pintu bilik.
"Along!" Sergahnya kuat apabila membuka pintu bilik.
"Oh Dhia…" Terbeliak mata Hud kerana terkejut. "Hisy budak ni, terkejut I. Nasib baik tak mati!"
"Hahaha… tu lah, siapa suruh seronok sangat, kan dah terkejut. Kalau along mati, nanti Lolita tolong sedekahkan bacaan yasin yer…"
Hud mengetap bibir. Kecil besar kecil besar sahaja dia melihat figura yang sedang berdiri di hadapannya ini.
"Along ni dah kenapa, orang nak bergurau pun tak boleh ke? Kalau tak boleh pergilah duduk dalam hutan…"
Hud tergelak kecil. Anak matanya tajam merenung Zanita. "Kalau nak gurau-gurau, pergilah duduk kat dalam zoo. Eloklah tu, dah sesuai sangat dah dengan pakaian you ni. Stoking warna warni macam burung merak, baju belang-belang cam kuda belang. Sepadan sangat…"
"Biarlah, dengki. Malaslah nak layan," rajuknya lalu masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas kuat.
"Ha eloklah tu. Runtuh rumah ni karang, bawah jambatan lah you tidur. Hisy budak ni kan, habis hilang mood happy I. Kacau jer lah…" Hud berjalan masuk ke dalam biliknya. Malas dia hendak melayan Zanita yang perangainya seperti kanak-kanak itu.
Masuk sahaja ke dalam bilik, Hud terus berbaring di atas katil. Telefon pintar yang berada di dalam poket seluarnya dikeluarkan. Dia menatap skrin telefon pintar lalu mengukir senyum. Pesanan ringkas daripada Dhia dibuka.
Hubby dah sampai rumah ke? Nanti chat anje tau. -Dhia
Hud mula membalas pesanan Dhia.
Hubby dah sampai rumah dah. Anje jangan risau, hubby selamat sampai dan masih handsome lagi. -Hud
Ting!
Tidak sampai beberapa saat, bunyi pesanan ringkas masuk.
Anje tahu, hubby sentiasa handsome di mata anje. Miss you so much, hubby. -Dhia
Hud mula tersengih-sengih. Dia mengambil gambarnya beberapa keping lalu dikirim kepada Dhia.
Hubby pun rindukan anje. Sangat-sangat rindu. Tak sabar nak jumpa anje kejap lagi. -Hud
Ting!
Pesanan ringkas masuk lagi.
Handsomenya hubby ni. Hihi. Anje pun tak sabar nak jumpa hubby. Hubby, anje nak siapkan baju, kejap lagi kita jumpa tau. Love you, hubby. -Dhia
Okay, anje. Pakai cantik-cantik tau. Love you more, anje. -Hud
Hud mula mengirim pesanan ringkas kepada Harraz pula.
Harraz, pukul 8 nanti you tunggu I dekat hotel yang I beritahu. Jangan lewat! -Hud
Baik, datuk. -Harraz.
Sebaik sahaja Hud membaca pesanan ringkas daripada Harraz, dia langsung bangun dan menuju ke bilik air. Dia perlu kelihatan segak malam ini kerana inilah kali pertama dia menyambut hari lahir wanita yang telah menghuni hatinya. Yang paling penting, dia perlu kelihatan segak di depan Dhia Safiya.
Pak Samad berhentikan kereta di hadapan sebuah hotel yang diberitahu oleh Hud. Malam ini Hud segak memakai suits berwarna hitam. Dhia pula memakai gaun labuh berwarna merah jambu. Mereka beriringan masuk ke dalam lobby hotel tersebut.
Sampai sahaja ke restoran di dalam hotel tersebut, bunga mawar berwarna merah jambu dan putih memenuhi ruang makan. Ada juga kelopak bunga mawar yang bertaburan di atas lantai. Belon berwarna sama berterbangan di dalam restoran tersebut.
Dhia tersenyum gembira sambil memaut tangan Hud. Hud membawa Dhia ke arah meja makan yang telah disediakan untuk mereka. Meja makan pula dihiasi lilin dan bunga gerbera daisy berwarna merah kesukaan Dhia.
"Hubby, kenapa takda orang?" Soal Dhia sebaik sahaja melabuh duduk di atas kerusi.
"Hubby reserve untuk majlis anje malam ni. Khas untuk anje sorang jer. Hubby taknak orang lain ganggu dinner kita malam ni…"
"Really?" Melopong mulut Dhia selepas mendengar luahan Hud.
"Ya, anje. Cantik anje malam ni dan rantai tu sesuai sangat dengan anje."
Dhia kembali senyum. Sungguh dia tidak menyangka yang Hud seorang yang sangat romantik. Selama dia bercinta dengan lelaki lain, mereka hanya tahu minta duit setiap hari. Kerana itulah dia ingin merahsiakan statusnya sebagai anak datuk kerana tidak mahu orang mengambil kesempatan terhadapnya. Tidak sia-sia juga dia jatuh hati dengan Hud sejak pertama kali dia melihat Hud di majlis pembukaan cawangan baru syarikat papanya baru-baru ini.
Hud bangun lalu menghampiri Dhia. "Kita potong kek yer. Come, anje…"
Mereka berjalan lalu berdiri di tengah-tengah ruang makan yang tidak jauh dengan meja makan mereka. Pelayan hotel menolak kek hari jadi ke arah mereka. Mata Dhia mula berkaca apabila membaca kad ucapan yang dihulurkan kepadanya.
[Happy birthday, anje. Semoga apa sahaja yang dihajati anje akan jadi kenyataan. Hubby berdoa semoga hubungan kita akan kekal hingga hujung nafas kita. Love you more, Dhia Safiya.]
Dhia merasa sangat dihargai malam ini. Hud yang sedar dengan perubahan wajah Dhia mula menggenggam jemari Dhia. Berharap supaya Dhia kembali tenang.
"Anje jangan nangis, nanti hubby gigit tau," bisik Hud di telinga Dhia.
Dhia menumbuk lembut dada Hud.
"Haha okay, sorry. Anje potong kek…"
Beberapa orang pelayan hotel tersebut mula menyanyikan lagu ulang tahun kepada Dhia disusuli dengan tepukan gemuruh. Perlahan-lahan Dhia memotong kek yang berada di hadapannya.
"Happy birthday, anje…" ucap Hud sambil bertepuk tangan.
"Terima kasih, hubby sebab dah bersusah-payah untuk anje. Anje happy sangat malam ni. Anje tak sangka yang hubby sweet sangat. Hubby, nanti kan, kek ni kita share dengan dia orang, boleh?"
"Boleh. Apa-apa jer untuk anje. Jom, kita duduk. Makanan kita dah siap dah."
"Jom." Balas Dhia selamba.
Sebaik sahaja melabuh duduk di tempat duduknya, Dhia terlihat Harraz yang sedang berdiri di pintu masuk restoran. Harraz juga memandang ke arahnya. Sempat dia menjelirkan lidah kepada Harraz. Harraz membalas.
Hud yang sedar akan tingkah laku Dhia hanya mampu menggeleng sahaja. Dia tahu Dhia dan Harraz memang tidak sekepala. Entah apa salah Harraz dimata Dhia, dia juga tidak tahu. Harraz juga sepertinya tidak sukakan Dhia. Asalkan tidak mengurangkan wang dalam akaunnya, dia membiarkan sahaja.
Share this novel