DHIA bergegas masuk ke dalam kereta kerana risau Hud akan mengekorinya. Baru sahaja tadi dia melihat figura Hud di hadapan pejabat Datuk Halim dan dia yakin Hud memang ternampak dirinya. Nasibnya baik kerana dia tidak berselisih dengan Hud dan Harraz di tingkat atas. Jika tidak, entah apa nasib dirinya nanti.
"Pak Hamid, tolong cepat yer. Saya dah lewat ni…" minta Dhia sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta.
"Ya, Cik Dhia. Cik Dhia nak singgah mana-mana ke?"
"Tak, terus jer hantar saya pergi kerja. Cepat Pak Hamid. Nanti kalau boss saya nampak saya kat sini, habislah saya."
"Baik, Cik Dhia."
Pak Hamid memandu kereta meninggalkan pekarangan syarikat A&B Enterprise. Sempat Dhia menoleh ke belakang melihat kereta Hud yang masih lagi berada di tempat meletak kenderaan.
Nafas lega dihembus perlahan. Dia mula tersenyum. Mungkin hari ini dia bertuah kerana dapat melarikan diri daripada Hud tetapi akan datang, dia juga tidak pasti. Riak wajahnya bertukar risau. Dia mula menelan liur apabila memikirkan soal itu.
Hud yang masih lagi berdiri memandang ke arah jalan tiba-tiba melepaskan keluhan perlahan. Dia yakin orang yang dia lihat tadi ialah Dhia tapi kalau benar Dhia, apa yang dia buat di sini. Ada urusan apa Dhia di syarikat Datuk Halim, sedangkan Dhia bekerja dengannya. Dia menggeleng disusuli dengan dengusan lemah.
"Pak Samad, tadi you nampak tak staf kita dekat area-area sini?" tanya Hud tiba-tiba.
"Nampak."
Hud senyum senget. Betul tekaannya. Memang dia yang aku nampak!
"Pak Samad nampak siapa?"
Sebut nama dia!
Sebut nama dia!
Desis Hud dalam hati. Bibirnya mengukir senyum.
"Datuk dan Harraz."
Senyum Hud mati. Dia melarikan pandangan kosong ke arah jalan raya lalu melangkah masuk ke dalam kereta.
"Kita balik office," arah Hud kecewa.
"Datuk okay ke?" tanya Harraz apabila melihat Hud yang tiba-tiba sahaja muram.
"Hah?" terjongket bahu Hud kerana terkejut. "Errr takda apa. Jom kita balik office. Pak Samad, let's go…"
"Baik, datuk." Balas Pak Samad.
Suasana di dalam kereta sunyi sahaja. Sesekali Harraz merenung Hud dengan ekor matanya.
"Harraz, ada dapat maklumat apa-apa tak pasal accident tu?" Hud mula menyoal setelah agak lama diam.
"Hmm tak ada lagi, datuk tapi saya cuba usahakan. Pasal perempuan pengirim bunga tu, saya dah terima maklumat orang yang menghubungi penjual bunga tu."
Hud menoleh memandang wajah Harraz. "Really? Cepatnya. So, mana maklumat tu. Bagi I…"
Hud menghulurkan tangannya.
Harraz menggenggam tangan Hud.
Hud kerutkan keningnya.
"I nak maklumat tu."
Harraz menggaru kepala. "Errr saya tinggalkan dekat office."
Hud senyum sumbing. "Its okay, nanti sampai office, you bagi I."
"Okay, datuk." Balas Harraz. Dia membetulkan duduk. "Err datuk, kalau datuk dapat tahu siapa pengirim bunga tu, datuk nak buat apa?"
Hud menjongket keningnya sedikit. "Kenapa you tanya?"
"Errr saja jer. Hehehe…"
"You ni macam pelik jer. You takut ke kalau I jumpa siapa pengirim bunga tu?" tanya Hud pelik.
"Takdalah, datuk. Saya okay jer. Takda apa pun."
"You ni kan, lately ni memang pelik. You ada masalah ke?"
Hud menilik wajah Harraz. Anak matanya tajam menikam wajah itu sehingga Harraz melarikan anak matanya.
Harraz menggeleng. "Saya okay jer. Errr takda masalah."
Hud angguk. "Okay, kalau macam tu. I taknak ada apa-apa masalah."
"Baik, datuk. Saya takkan buat masalah."
"Make sure you cari siapa yang berani aniaya I. Ingat Harraz, I tak suka you buat kerja main-main," ujarnya sambil memandang wajah Harraz sekilas.
"Ya, datuk."
Kereta yang dipandu oleh Pak Samad tiba di pekarangan syarikat Aariz Enterprise. Hud keluar daripada kereta lantas menapak laju masuk ke dalam lobby.
Seorang lelaki gempal tiba-tiba menghampiri dan menghalakan kamera ke arah Hud.
"Datuk, dengar cerita datuk accident? Betul ke?" soalnya.
Hud berpaling membelakangkan lelaki itu. Dia menapak laju ke arah lift lalu masuk ke dalam lift ke tingkat atas.
Harraz menghalang lelaki itu daripada mendekati Hud. "Security, tolong bawa lelaki ni keluar!" Panggilnya kuat.
"Datuk… datuk. Apa sebenarnya berlaku? Datuk ada musuh ke?" jerit wartawan itu lagi.
"Encik, tolong keluar sebelum kami panggil polis," arah salah seorang pengawal keselamatan.
"Hisy… jangan tolak lah, aku tahu keluar sendiri!" Dengusnya kasar. Dia berjalan keluar daripada lobby.
Harraz mendekati pengawal keselamatan yang masih berdiri di pintu utama. Mereka memerhatikan sosok tubuh wartawan tersebut.
"Lepas ni jangan benarkan sesiapa sahaja masuk. Terutama yang pegang kamera macam tu. Faham tak! Saya tidak akan teragak-agak untuk pecat sesiapa sahaja yang melanggar arahan!" Marah Harraz tanpa memandang wajah mereka.
"Faham, tuan."
Wajahnya menyinga. Senyumannya mati apabila berhadapan dengan mereka. Mungkin kawalan keselamatan bangunan ini terlalu longgar sehingga ada yang berani masuk ke dalam bangunan sesuka hati sahaja. Keluhan berat keluar daripada mulut Harraz. Dia mengatur langkah naik ke tingkat atas tanpa pedulikan mata-mata yang memandang.
"Selamat pagi, datuk…" sapa Murni apabila melihat kelibat Hud.
"Morning, Murni." Balas Hud. "Murni, kalau ada wartawan yang call tanyakan soal accident hari tu, jangan sambungkan ke pejabat saya. Awak bagi jer alasan apa pun dan jangan benarkan sesiapa sahaja yang bukan staf sini masuk ke pejabat saya. Faham?"
"Faham, datuk." jawab Murni disusuli dengan anggukan.
"Hisy… macam mana dia boleh tahu pasal kejadian tu, mesti ada orang yang bocorkan rahsia ni…" bebel Hud sambil berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Tidak lama kemudian, muncul Harraz dengan wajah yang masih menyinga.
"Harraz, kenapa ni?" soal Murni cemas.
"Hmm ada wartawan tiba-tiba jer ada kat lobby…"
"Owh, apa dia nak?"
"Pasal datuk accident tu lah. Awak ada beritahu siapa-siapa tak yang datuk accident?"
Murni geleng. "Takda, memang saya tak cakap pun."
"Peliklah tiba-tiba wartawan boleh tahu. Ke ada orang yang cuba kenakan datuk," teka Harraz sambil mengusap dagunya. Dia memandang Murni.
Murni mengangkat kedua-dua bahunya tinggi.
"Takpalah, saya masuk dalam dulu."
Murni angguk. Dia membuntuti sosok tubuh Harraz dengan ekor matanya.
Harraz berlalu ke biliknya. Dia mengambil satu fail yang berada di atas meja kerjanya.
"Datuk…" panggil Harraz sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Hud.
"Yes."
"Ni makkumat orang yang datuk minta." Harraz meletakkan fail tersebut di atas meja Hud. "Datuk nak telefon sendiri atau nak saya yang telefon?"
Hud memerhatikan nama-nama di dalam fail itu. "Takpa, biar I call sendiri," ujarnya. "Errr Harraz, you dah settlekan wartawan tadi?"
"Dah, datuk. Saya rasa kita perlu hantar security kita pergi training. Sistem keselamatan kita ni terlalu lemah. Patutlah senang sangat orang nak pecah masuk," cadang Harraz.
Hud angguk. "Okay, buat jer." Balas Hud tanpa memandang wajah Harraz tapi tiba-tiba Hud dongak. "You duduk sekejap. Temankan I."
"Errr baik, datuk."
Hud mendekatkan kertas di atas meja kepada Harraz. "You tengok nama-nama ni, I rasa cuma 2 orang ni jer yang berada jauh dengan kita. Mesti salah seorang daripada mereka."
Harraz mengerutkan keningnya. "Saya pun rasa macam tu. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki ni saya rasa bukan orangnya. Mungkin dia stay jauh dengan girlfriend dia sebab tu dia kerap hantar bunga. Takda yang pelik. Tapi yang perempuan ni pelik sikit. Dia bekerja di pusat kebajikan tetapi sanggup tempah bunga hanya untuk bagi datuk. Tak logik lah…"
Hud dongak memandang wajah Harraz. Anak mata mereka saling bertaut. Hud menjatuhkan wajahnya apabila Harraz kenyitkan matanya. Dengusan lemah keluar daripada mulut Hud.
"I rasa kita tak perlu contact dia. You cari masa untuk I. I akan cari siapa dia…"
"Tapi datuk, dia terlalu jauh."
Hud bangun lalu berdiri sambil memandang ke luar tingkap. "Takpa, I sanggup asalkan I dapat jumpa dia. I nak tahu apa alasan dia hantar bunga kepada I."
"Baik, datuk. Datuk taknak cuba call dia dulu?"
Hud menggeleng. "Kita surprisekan dia…" balasnya sambil senyum sinis.
Harraz masih lagi menatap nama orang yang disyaki di atas kertas itu. Tidak lama lagi mereka pasti akan menemukan siapa orang yang sanggup mengirim bunga walaupun berbatu jauhnya. Orang itu pasti tidak akan terlepas.
"Murni…" panggil Hud dari dalam bilik.
"Yer, datuk." Murni berjalan masuk ke dalam bilik pejabat Hud. Berkelip-kelip mata Murni memandang Hud yang sedang membuka butang bajunya. Dia berpura-pura membetulkan cermin matanya apabila melihat Hud menanggalkan tali leher.
Hisy, nak buka tali leher rupanya. Ingatkan nak buka baju. Terkejut tau! Desis Murni dalam hati.
"Murni, beritahu Dhia yang I nak ajak dia pergi lunch pukul 1 nanti."
Murni ternganga. "Hmmm datuk serius ke?"
"Yup. Ada nampak macam I tengah buat lawak ke, Murni?" soal Hud menjongket keningnya sedikit.
"Takda, datuk."
"Kalau takda apa-apa, you dah boleh keluar," arah Hud tanpa memandang wajah Murni.
"Baik, datuk."
Sebaik sahaja Murni melangkah keluar dari biliknya, Hud senyum sendiri. Nampaknya dia akan keluar lunch dengan Dhia. Untung juga Harraz tiada tengahari ini, dapatlah dia bertemu janji dengan Dhia.
"Datuk…" panggil Harraz kuat.
Senyuman di bibir Hud mati. "Hurm you pergi mana?" soalnya berpura-pura. Dia melabuh duduk di atas kerusi.
"Pergi bawah jer. Ni saya belikan datuk air Starbucks hot cappuccino. Khas untuk Datuk Hud." Harraz meletakkan sebekas cawan di atas meja Hud.
"Thank you, Harraz." Hud memusingkan badannya membelakangkan Harraz. "Lunch nanti I nak pergi lunch dengan someone, so you pergilah mana you suka…"
Harraz berjalan ke arah Hud. Dia menarik kerusi supaya Hud menghadapnya. "Datuk nak pergi makan dengan siapa?"
Hud tersentak. Matanya membulat.
"Datuk, beritahu saya datuk nak jumpa siapa?"
Hud menolak tubuh Harraz. "You ni dah kenapa, Harraz?" marahnya lalu membetulkan lengan bajunya. "I nak keluar dengan Dhia, so you pergilah mana-mana you nak. Jumpa someone jugak ke."
"Tak boleh, datuk."
Hud dongak. "Kenapa?"
"Saya kena ikut datuk. Nanti kalau tiba-tiba ada orang yang nak apa-apa datuk, macam mana? Cik Dhia tu boleh ke selamatkan datuk? Dia pandai karate ke?"
Kening Hud berkerut. Betul jugak kata Harraz ni. "Hurm you boleh ikut tapi make sure you duduk jauh dengan I. I taknak you kacau I dan Dhia."
Senyuman di bibir Harraz mati. "Baik, datuk."
Hud kembali menatap skrin komputer. Dia memberi isyarat kepada Harraz supaya meninggalkan bilik pejabatnya. Hud mencapai telefon pintar yang berada di atas meja. Dia menghantar pesanan ringkas kepada Dhia.
Tunggu I dekat lobby pukul 1 nanti. -Hud
Ting!
"Dah balas. Lajunya."
Hud senyum.
Okay, datuk. -Dhia
Hud meletakkan telefon pintar di atas meja semula. Senyuman manis terukir di bibirnya. Akhirnya dia dapat keluar berdua bersama Dhia, walaupun hanya waktu lunch sahaja tetapi sudah cukup untuk buat hatinya berbunga-bunga.
Hud dan Dhia sampai di sebuah hotel mewah untuk makan tengahari. Mereka duduk di tepi cermin menghadap laut. Harraz pula duduk tidak jauh dengan mereka. Matanya tidak berkelip memerhatikan figura mereka berdua.
"Datuk, kenapa datuk tiba-tiba ajak saya keluar lunch?" soal Dhia lalu melempar senyum kepadanya.
"Saja. I nak kenal dengan you lebih dekat."
Dhia tunduk. Jantungnya berdegup laju. Dia dongak semula. "Errr kan selama ni kita dekat jer," bisiknya perlahan. "Hmm kenapa datuk nak kenal saya lebih dekat?"
Hud senyum senget. "Ibaratnya seperti, kalau you tahi, I lah lalatnya." Kening Hud berkerut.
"Hah?" Mata Dhia membulat.
Hud menggaru kepalanya. "Maksud I, kalau you bunga, I lah kumbangnya."
Dhia menggigit bibir bawah. Dia melemparkan senyuman menggoda. "Datuk sanggup ke jadi kumbang dalam hidup saya?"
Hud menelan liur. Geram pula dia melihat bibir lembap yang sedang mengukir senyuman menggoda itu, namun dia cuba berlagak tenang.
"I sudi jer kalau you izinkan I stay dalam hati you." Hud senyum senget. Melihat wajah Dhia yang penuh menggoda, dirinya menjadi lebih bersemangat melemparkan kata-kata.
"Datuk nak saya temankan datuk sampai hujung nafas datuk ke?" Dhia masih lagi cuba mengusik Hud.
Hud tunduk. Bibirnya masih mengukir senyum. "Dhia, you suka main tarik tali dengan I kan. Of cause I nakkan you. You just say yes jer…"
Dhia melarikan pandangannya ke arah Harraz. Harraz mencebik lalu menjelirkan lidahnya kepada Dhia. Dhia mengerutkan keningnya.
Dia ni dah kenapa? Aku potong lidah tu kang, baru tahu. Jealous lah tu dia tak dapat. Huh!
Dhia memandang Hud semula. "Datuk tak kisah ke kalau saya as a accountant datuk tiba-tiba jadi girlfriend datuk. Datuk tak risau reputasi datuk akan jatuh?" tanya Dhia sekadar menguji Hud. Dia menongkat dagu sambil melirik ke arah Hud.
"Kenapa I nak risau? Tu hal personal I kan. Tak ada siapa boleh masuk campur dengan siapa I nak bercinta. Now I nak bercinta dengan you. Nak jadikan you teman hidup I," balas Hud dengan suara yang mendatar.
Tersipu-sipu Dhia dibuatnya. Wajahnya merah merona. Malu hendak menatap wajah Hud.
Hud ketawa kecil apabila melihat wajah Dhia yang seperti udang separuh masak.
"You nak makan apa?" soal Hud tiba-tiba.
"Errr saya nak makan berat sikit lah. Rasa cam lapar jer," Dhia menjenguk ke arah makanan yang telah disediakan. "Errr saya nak makan nasi putih dengan ayam masak merah tu. Pastu nak ikan tiga rasa tu, nak sayur goreng tu dan nak buah tembikai dan nak cake butter tu. Eh kat hujung sana ada dessert lah. Aiskrim pun ada jugak. Err nak salad kat hujung tu. Nampak sedap jer. Hmmm pastu nak…"
Hud melopong. Dia menggaru kepalanya.
Dhia berhenti apabila melihat mulut Hud ternganga. "Hehehe saya gurau jer lah…"
"Ingatkan betul. Terkejut I." Hud menghembuskan nafas lega.
"Dhia Safiya?"
Hud dan Dhia menoleh melihat orang yang menegurnya. Hud terdiam. Dia melempar senyum ke arah orang itu.
Dhia tunduk. Jantungnya mula berdebar-debar.
Habislah aku! Desis Dhia perlahan.
Share this novel