MAWAR: BAB 4

Romance Series 69343

"DATUK, ada orang nak jumpa," beritahu Murni yang berdiri di muka pintu.

Hud memandang ke arah Murni. Dia mendengus perlahan.

"Siapa tu, Murni?" soal Hud.

"Err wartawan hiburan," jawab Murni.

"Wartawan?" jerit Hud dan Harraz serentak. Mereka saling memandang.

"I taknak jumpa siapa-siapa pun especially wartawan. Suruh dia balik! Sejak bila pulak wartawan boleh naik sampai office I ni. Company ni memang dah tak ada security ker? Semua dah resign agaknya. Senang-senang jer biar sesiapa nak masuk. Hisy…" Hud mula mengamuk.

"Baik, datuk." Murni kembali menutup pintu.

"Hmmm datuk," panggil Harraz.

"Apa?"

"Security kita ada lagi beberapa orang dekat bawah. Datuk nak saya suruh Pn. Siti call En. Zahid untuk datang interview ke esok?"

Hud memejamkan mata. Tulang rahangnya bergerak-gerak. Hidungnya kembang kempis. Jemarinya mula dikepal.

"Datuk?" panggil Hud lagi. "Datuk nak saya beritahu dekat…"

"Tak payah!" potong Hud. "Call, Pak Samad. I nak balik!" Hud masih memejamkan matanya.

Harraz mendekati Hud. Tangan Hud diraih. Anak matanya menilik wajah Hud yang muram.

"Datuk penat ke?" tanya Harraz sambil menggenggam jemari Hud.

Hud dongak. Keningnya berkerut. Anak matanya memandang wajah Harraz yang sedang tersenyum. Dia menelan air liur. Dia bangun lalu menarik tangannya. Dia berdiri kaku sambil tunduk merenung jemari yang dipegang oleh Harraz sebentar tadi.

"Datuk okay ke?"

Hud angkat wajahnya. Mukanya pucat.

"Datuk?"

Hud berjalan ke arah pintu. Dia menoleh melihat Harraz lalu berlari keluar daripada bilik pejabatnya. Telefon bimbit di dalam poket seluar dikeluarkan. Tangannya laju mencari nombor telefon.

"Hello, Pak Samad. Tolong ambil saya kat office, sekarang!"

Hud berdiri di hadapan pintu lift. Dia menekan butang lift berkali-kali supaya pintu lift cepat terbuka. Wajahnya cuak apabila Harraz berjalan mendekatinya.

"Datuk… datuk… kenapa datuk lari?" panggil Harraz kuat.

"Cepatlah. Cepatlah." Hud menelan liur.

"Datuk…"

Pintu lift terbuka. Hud berjalan masuk ke dalam lift lalu menekan butang tutup berkali-kali.

"Datuk… tunggu…"

"Jangan. Jangan masuk. You tunggu kat sana. Ja… jangan masuk…" pinta Hud separuh merayu dengan suara yang bergetar.

Harraz diam. Dia menggaru kepalanya. Dia hanya melihat sahaja wajah Hud yang pucat seperti sedang melihat hantu.

Pintu lift mula tertutup. Tangan Hud masih lagi menekan butang tutup untuk memastikan pintu lift tidak akan terbuka. Harraz hanya memerhatikan sahaja perlakuan Hud yang berada di dalam lift. Mulutnya senget dan fikirannya buntu melihat Hud yang berperangai pelik.

Hud menghembus nafas lega apabila lift mulai turun ke tingkat bawah. Dia mengesat jemari yang digenggam oleh Harraz tadi dengan sapu tangan.

"Apa kena dengan Harraz tu. Dia buang tebiat ke? Ke dia gay? No. Sebelum ni dia okay jer. Impossible! Haishhh…"

Hud melangkah laju menuju ke arah pintu utama. Pak Samad sedang menunggu Hud di depan pintu masuk. Sebaik sahaja melihat figura Hud, Pak Samad pantas membukakan pintu untuknya.

"Pak Samad, hantar I balik." Hud memberi arahan sebaik sahaja melabuh duduk di dalam kereta.

"Baik, datuk." Pak Samad membetulkan cermin pandang belakang. "Datuk okay ke?" soalnya apabila melihat Hud yang sedang memicit kepalanya.

Hud angguk. Dia menjatuhkan tangannya. "I okay. Jangan risau. I nak lelap sekejap, nanti sampai kejutkan I."

"Baik, datuk."

Pak Samad hanya mampu memandang Hud melalui cermin pandang belakang. Mahu bertanya, risau jika nanti menaikkan darah Hud lagi. Pak Samad menggeleng. Dia membiarkan Hud berehat buat seketika.

"KENAPA dengan datuk tadi?" tanya Murni apabila melihat wajah Harraz di depan pintu lift. Dia yang baru sahaja keluar daripada bilik pejabat bahagian sumber manusia tadi terkejut apabila melihat Hud bergegas masuk ke dalam lift.

"Entah. Tiba-tiba jer dia lari. Saya pun tak tahu kenapa dengan dia tu. Hurm pelik kan datuk kita tu?"

"Dia tu tak pelik, yang peliknya awak tu. Selalu sangat buat dia sakit kepala," ujar Murni.

"Saya ke? Mana ada lah. Saya okay jer dengan dia. Apa salah saya?" kata Harraz selamba.

"Yer lah tu. Awak memang tak salah. Dah jangan kacau saya. Saya nak buat kerja. Kejap lagi dah nak balik. Tak siap pula kerja saya asyik melayan awak."

"Yer lah." Harraz kembali semula ke biliknya. Dia masih lagi menggaru kepalanya dengan wajah yang keliru. Terkumat-kamit mulutnya berbual dengan dirinya sendiri.

DATIN Seri Badriah yang sedang duduk di halaman rumah agak terkejut apabila kereta Hud masuk ke perkarangan rumah. Tidak pernah Hud balik awal dari pejabatnya jika tiada perkara yang mustahak tetapi hari ini, belum sampai pukul 4.30 petang, Hud sudah berada di rumah. Dia memerhatikan Hud sehingga Hud keluar daripada kereta itu. Dari jauh dia dapat melihat wajah Hud yang muram.

"Assalamualaikum. Kenapa anak umi ni? Masam jer, ada masalah ke kat office?" tegur Datin Seri Badriah sambil bertanya.

"Waalaikumsalam…" balas Hud. Dia menarik kerusi di hadapan Datin Seri Badriah lalu melabuh duduk. "Hmmm sakit kepala lah umi. Rasa cam tak sihat jer."

"Kenapa pula tiba-tiba anak umi tak sihat ni." Datin Seri Badriah meletakkan belakang tapak tangannya di dahi Hud. "Tak demam pun. Okay jer ni. Umi rasa umi tahu apa yang Hud kena buat."

"Apa, umi?"

"Hud kena kahwin."

"Kahwin. Haha…" Hud tergelak kecil.

"Yer lah, kalau dah kahwin, takda lah sakit kepala lagi."

"Makin sakit kepala lagi ada lah umi."

"Eh, kenapa macam tu?" soal Datin Seri Badriah dengan wajah yang terkejut.

"Yer lah, nanti isteri Hud banyak cekadak cam mana? Tak ke lagi sakit kepala."

"Hmmm kamu cari lah isteri yang tak banyak cekadak. Ke kamu nak umi carikan calon untuk kamu?"

"No no no. Hud taknak," tegas Hud. Laju dia menggeleng.

Keluhan kecil keluar daripada mulut Datin Seri Badriah. "Hud, kamu tu dah masuk 35 tahun tahu tak. Orang lain yang sebaya kamu ni dah ada 3 atau 4 orang anak dah. Kamu pula, girlfriend sorang pun takda lagi. Kamu ni lurus ke…" Datin Seri Badriah memandang Hud dari atas hingga ke bawah. "bengkok sebenarnya?"

"Astaghfirullahalazim… apa umi ni. Tak baik tau kata macam tu dekat anak sendiri. Hud ni lurus. Hud suka perempuan lah," tegasnya. Wajah Harraz muncul di ingatannya. Hud menelan liur. "Umi tengok Hud ni tak cukup jantan ke? Punyalah handsome macam ni umi boleh kata bengkok."

"Sebab kamu terlebih handsome tu lah yang umi risau. Kalau betul kamu dah ada girlfriend, bawa la girlfriend kamu tu jumpa umi dan abi cepat-cepat."

"Insyaallah, umi. Hud usahakan lah ni. Err umi, Hud masuk dalam dulu lah yer."

"Kamu ni, tiap kali bercakap soal kahwin jer, ada lah alasan dia tu. Yer lah. Pergilah rehat."

"Umi taknak masuk ke?"

"Kejap lagi lah."

"Hud masuk dalam dulu. Umi jangan lama-lama kat luar tu."

"Umi tunggu abi kamu balik, nanti umi masuk."

"Okay, umi." Hud mencium ubun-ubun Datin Seri Badriah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Hud berlari naik ke tingkat atas. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, dia melompat naik ke atas katil. Dia berbaring menelentang sambil menutup matanya. Tangan kanannya diletakkan di atas dahi.

Tok Tok Tok!

Hud menjatuhkan tangan lalu mengangkat kepala. Anak matanya memandang pintu bilik.

Pintu dibuka dari luar. "Along, meh RM300."

Kening Hud berkerut. Dia bangun daripada perbaringan. "You ni kalau nampak jer muka I, asyik nak mintak duit jer. Dengan salam tak bagi, tiba-tiba nak duit. You ingat I ni kerja cop duit ke?" soalnya sambil memerhatikan Zanita dari atas hingga ke bawah.

"Kan along memang kerja cop duit. Meh lah, bak sini RM300," minta Zanita yang dikenali juga sebagai Lolita.

Hud mengesot turun daripada katil dan menghampiri Zanita yang sedang bersandar pada bingkai pintu. Wajah Zanita direnung tajam. Hud mengeluarkan 4 keping wang kertas RM50.00 dan sekeping wang kertas RM100.00 lalu dihulurkan kepada Zanita.

Zanita senyum. "Thanks, along."

"Takda salam peluk-peluk cium tangan ke?"

Zanita mengecilkan kelopak matanya. "Ceh, along ingat hari ni hari raya ke? Nak peluk-peluk cium-cium tunggu raya ar. Bye," ucapnya sebelum berlari turun ke tingkat bawah.

"Lolita, you jangan lupa selama ni I yang support hidup you tahu. Patutnya hari-hari you kena peluk cium along you ni." Hud menutup pintu bilik. Dia berjalan ke arah cermin. "Hisy apa punya adik lah. Nama jer perempuan tapi dah macam lelaki rupanya. Dengan rambut tak bersikat, mengerbang macam hantu langsuir, pakai entah apa-apa, buat rugi jer jadi lawa. Tengok macam I ni, gunakan kehandsomeman yang ada dengan sebaiknya," pujinya sambil mengusap wajahnya di hadapan cermin. "Handsome betul you ni, Hud Aariz. Patutlah ramai wanita tergila-gilakan you. Hahaha. Hmmm aku nak mandi lah…"

Hud berjalan ke bilik air sambil bersiul. Dia terbayang-bayangkan wajah Dhia yang baru sahaja dia kenal hari ini. Membayangkan wajah Dhia dapat membuatkan hatinya berbunga-bunga.

"Dhia Safiya…"

Nama itu meniti di bibirnya apabila menatap wajahnya pada cermin di dalam bilik air. Dia melakar senyum penuh makna. Dia akan pastikan wanita yang bernama Dhia Safiya jatuh cinta kepadanya. Niat Hud dalam hati.

PAGI ini Hud nampak ceria dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya sebaik sahaja pijakkan kaki ke lobby syarikat. Dia membetulkan rambutnya sebelum masuk ke dalam lift. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar dan bersiul sementara menunggu lift sampai ke tingkat 10. Dia melihat jam di pergelangan tangan dan kembali bersiul.

Murni berdiri sebaik sahaja melihat Hud keluar daripada lift. "Morning, datuk."

"Morning, Murni. Err nanti pukul 10 tolong panggil Cik Dhia masuk bilik I."

"Baik, datuk."

Hud berjalan masuk ke biliknya. Sempat dia melirik ke arah bunga mawar di dalam pasu bunga di tepi pintu sebelum masuk ke dalam pejabatnya. Keningnya berkerut tetapi dia kembali tersenyum.

Langkah kakinya berhenti di hadapan meja kerja di dalam pejabatnya. Anak matanya merenung setangkai bunga mawar yang berada di atas meja kerjanya. Keningnya terjongket sedikit.

"Siapa letak kat sini…" gumamnya.

Setangkai bunga mawar tanpa nota yang berada di atas meja diambil. Keningnya berkerut. Dia merasa pelik kerana dia tidak pernah membeli bunga mawar untuk dirinya sendiri.

"Hmmm mesti Harraz. Hisy, dia ni memang nak kena dengan aku. Dia ingat aku golongan pelangi ke apa. Murni… Murni…" panggil Hud kuat.

"Yer, saya." Terdengar sayup-sayup suara murni di luar bilik pejabatnya. "Saya, datuk."

Berkelip-kelip mata Murni apabila berdepan dengan Hud. Wajah Hud kelihatan marah. Tidak seperti tadi.

"Murni, ni siapa letak bunga mawar ni atas meja I?"

"Err…" Murni mengangkat tangannya tinggi. "Saya, datuk."

"You bagi I bunga ni? You tahu kan I tak suka bunga mawar. I tahu I ni handsome tapi you jangan ingat I senang-senang jatuh cinta dengan siapa-siapa pun…"

"Bukan, datuk. Bukan saya," sangkal Murni sambil menatap wajah Hud.

"Owh… so siapa bagi?" Mata Hud masih merenung bunga mawar di tangannya.

"Err saya tak pasti, datuk. Tadi masa saya datang kerja, tiba-tiba ada sorang pak cik security tu bagi saya bunga ni. Dia kata ada seorang lelaki minta dia sampaikan kepada datuk," terang Murni panjang lebar.

Wajah Hud bertukar muram. "Bunga kat depan tu?"

"Owh, tu bunga Cik Tiara bagi semalam. Saya rasa sayang nak buang, jadi saya masukkan ke dalam pasu bunga. Datuk suka ke? Nanti saya boleh bawa ke dalam bi…"

"No! I tak suka. Kalau you suka you boleh simpan bunga tu."

Belum sempat ayat Murni habis, Hud memotong kata-katanya.

"Mana Harraz?" soal Hud.

"Errr Harraz, dia… errr dia…" tergagap-gagap Murni hendak menghabiskan ayat-ayatnya.

"I tanya mana Harraz?" Hud dongak memandang wajah Murni.

"Dia… errr… dia…"

Hud mendengus kasar. "You ni…"

"Datuk, saya di sini. Selamat pagi, datuk. Selamat pagi, Murni." Harraz mendekati Hud dan Murni sambil tersenyum.

Hud menoleh menatap wajah Harraz yang tersenyum manis. Wajahnya menyinga.

Kecil besar kecil besar jer I tengok dia ni. Nanti kang kalau I tumbuk dia kat sini, masuk news pula esok pagi. Desis hati Hud.

"Datuk, datuk okay ke?" panggil Harraz perlahan.

Harraz dan Murni saling memandang. Murni menggeleng. Harraz juga menggeleng.

"Murni, you dah boleh keluar," arah Hud.

"Baik, datuk." Murni menundukkan kepalanya sedikit sebelum berjalan keluar daripada bilik pejabat Hud.

"Datuk… kenapa ni?" Harraz mendekati Hud. Senyumannya pudar.

"You yang bagi I bunga ni kan?" soal Hud sambil membesarkan matanya. Renungannya tajam seperti pisau yang baru siap diasah.

Harraz memandang bunga mawar di tangan Hud dan anak matanya beralih pula memandang wajah Hud. Peluh mula mengalir di pipinya. Jantungnya terasa berdebar. Tubuhnya terasa panas. Wajahnya merah merona. Tangannya mula bergetar.

"You yang bagi I bunga ni?" soal Hud sekali lagi. Kali ini lebih tegas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience