BUNYI hon yang kuat dari arah jalan raya mengejutkan Hud daripada lamunan. Dia menatap wajah Harraz yang berada di hadapannya. Wajah Harraz ditatap lama tetapi fikirannya sibuk memikirkan nota yang berada di tangannya. Dia tidak percaya pengirim bunga tersebut semakin berani mengirim bunga kepadanya.
"Datuk okay ke?" tanya Harraz apabila Hud hanya diam sahaja.
"I okay, don't worry."
Harraz angguk. Anak matanya jatuh pada bunga mawar di tangan Hud. "Errr datuk, saya dah tengok cctv dekat bangunan kita ni. Memang tak ada yang mencurigakan. Orang yang sama jer keluar masuk bangunan ni melainkan lelaki pengirim bunga tu…"
Hud diam. Sepertinya dia sedang berfikir. "Harraz, I nak you cari siapa perempuan yang call penjual bunga tu."
"Baik, datuk. Saya akan cari orangnya secepat yang mungkin."
"And, I nak you buat something untuk I." Hud membisikkan sesuatu di telinga Harraz.
Harraz mengangguk.
"Lepas lunch, you masuk bilik I. I nak information pasal dia."
"Okay, datuk. Errr sekarang datuk nak pergi lunch dekat mana?"
"I tak lapar. Lebih baik I naik office jer. You and Pak Samad pergilah makan dulu," ujar Hud langsung melangkah keluar daripada kereta. Dia berjalan masuk ke dalam bangunan dan terus masuk ke dalam lift.
Harraz keluar daripada perut kereta lalu membuntuti figura Hud dengan bola matanya sehingga kelibat Hud hilang daripada pandangan.
"Pak Samad, kita nak makan kat mana ni?" soal Harraz kepada Pak Samad.
"Pak Samad ikut Harraz jer. Mana-mana pun takpa."
"Kita pergi tempat biasa lah. Nanti saya nak bungkuskan untuk datuk sekali."
"Okay, Harraz."
"Err Pak Samad…" panggil Harraz.
Pak Samad menatap Harraz melalui cermin pandang belakang.
"Pak Samad ada pergi mana-mana tak sebelum kita accident hari tu?"
Pak Samad diam. Keningnya berkerut. "Hmm…" gumamnya. "Haa hari tu ada lah Pak Samad pergi service kereta tapi dekat kedai yang kita selalu pergi tu. Kenapa, Harraz?"
"Saya rasa ada orang yang selalu perhatikan tindak tanduk kita dan dia mesti ada niat tak baik dengan datuk."
Terdengar keluhan keluar daripada mulut Pak Samad. "Yer lah, Pak Samad rasa ada orang dengki dengan datuk. Siapa jer yang suka nampak orang lain senang."
"Tu lah. Selagi kita masih hidup dalam dunia ni, memang tak boleh lari daripada sifat dengki. Tak faham betul…" luah Harraz pula.
"Biasalah, Harraz. Dah nama pun manusia. Ada jer tak kena. Baik salah, jahat lagilah salah."
Harraz angguk. Setuju dengan kata-kata Pak Samad. Dia dan Pak Samad hanya diam sahaja sepanjang jalan. Masing-masing membuat hal sendiri sambil melayan perasaan.
HUD berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya. Terdengar dia mengeluh. Bunga yang masih berada di dalam genggamannya diletakkan di atas meja. Dia melabuh duduk pada kerusi sambil bersandar santai. Tangannya meraup muka lalu menyelak rambut ke belakang. Dia memejamkan matanya. Tangannya diletakkan di atas pemegang kerusi.
Ketak.
Ketak.
Ketak.
Bunyi tapak kasut mendekati meja Hud. Hud membuka mata. Mata membulat.
"Dhia…" desisnya.
"Sorry, datuk sebab saya mengejutkan datuk. Datuk tengah rehat yer?"
Hud senyum hambar.
"Errr takpa."
"Saya ingatkan datuk tak masuk office lagi tapi saya nampak pintu office datuk terbuka. Kaki datuk dah okay ke?"
"Dah okay dah. Lagipun sikit jer ni. Kalau makan tidur jer kat rumah, nanti malas pula nak masuk office."
"Ha ah. Betul tu, datuk. Nanti kang jadi…" Dhia mengembungkan pipinya.
Hud tergelak kecil. "Ada-ada jer you ni."
"Saya gurau jer, datuk."
"It's okay. Hmmm you tak pergi lunch ke?" tanya Hud.
"Saya nak pergi pantri. Dah janji dengan Murni nak makan sekali tapi saya tengok pintu office datuk terbuka, tu yang saya masuk. Datuk okay ke?"
Hud geleng.
"Datuk ada masalah ek?"
Hud mendengus lemah. "Masalah yang sama." Dia menunjuk bunga mawar di atas mejanya.
"Bunga?" Kening Dhia berkerut.
"Hmm kali ini dia kirimkan nota juga."
Terjongket kening Dhia. Dia mendekati meja lalu mengambil bunga mawar. Dia membaca tulisan di dalam kad kecil itu. "I can't tell you how many nights I've fallen asleep in the arms of your ghost. Sincerely, your lover, Mawar." Dia memandang wajah Hud. "Datuk pernah ada girlfriend nama mawar ke?"
Hud geleng. "Tak pernah. I pun tak tahu siapa mawar."
Dhia melabuh duduk di hadapan Hud. Dia meletakkan semula bunga mawar di atas meja. "Saya rasa orang ni sukakan datuk lah."
Hud senyum sinis disusuli dengan gelengan.
"Betul, datuk. Kalau dia bencikan datuk, takkan dia nak hantar bunga bagi datuk. Kerap pulak tu. Selalunya secret admirers jer yang akan bagi bunga dekat orang yang dia suka setiap hari."
"Make senses tapi kenapa dia nak bagi I bunga mawar? I bukannya perempuan." Hud tergelak kecil.
Dhia gigir bibir bawah. Dia senyum nakal. "Entah-entah orang ni…"
Riak wajah Hud mula bertukar muram. Dia menelan liur lalu membetulkan duduk.
"Hmm maybe dia lelaki tak, datuk. Nama panjang dia… hmm Mawardi tapi dia letak mawar jer sebab nak buat datuk keliru."
"Nonsense! Kenapa seorang lelaki nak bagi I bunga?" sangkal Hud dengan wajah yang cemberut.
Dhia tersengih. "Manalah tahu kan. Datuk kan ramai peminat," usiknya lagi. Dia mengulum senyum.
"Tak tak tak. I bukannya lelaki lembut yang nakkan belaian lelaki. I masih lagi waras. I sukakan perempuan and sampai bila-bila pun I tetap akan suka perempuan," jelas Hud panjang lebar.
Dhia ketawa melihat riak wajah Hud yang seperti ketakutan. Sengaja dia hendak mengusik lelaki di hadapannya itu.
Hud senyum senget. Dia menilik wajah Dhia dengan ekor matanya. Suara ketawa Dhia yang mendayu-dayu membuat jiwanya meronta-ronta ingin memiliki wanita yang bernama Dhia Safiya itu. Matanya merenung bibir mungil Dhia. Mahu sahaja dia mengucup bibir merah milik wanita di hadapannya itu.
Dhia berhenti ketawa. Dia menatap wajah Hud.
"Datuk?" panggilnya lembut.
"Hmmm kenapa?"
"Datuk jangan lah risau. Saya rasa esok lusa dia stop lah hantar bunga ni. Sekejap jer ni. Maybe dia sengaja nak test datuk…" pujuk Dhia.
"Harap-harap macam tu lah. I pun dah start sakit kepala. Lately ni macam-macam berlaku," ujar Hud disusuli dengan keluhan berat.
Dhia mula bersimpati dengan nasib Hud. "Sabar yer, datuk. Datuk jangan fikir sangat. Nanti bertambah kedut muka datuk tu."
Hud mengecilkan matanya. "Memang muka I dah berkedut ke?"
"Ada jugak tu, kat area mata, mulut. So, datuk kenalah selalu senyum. Cuba datuk senyum…"
Hati Hud merasa berbunga-bunga mendengar pujian Dhia. Dia mula melempar senyum kepada Dhia.
Dhia tersengih. "Macam tu lah. Kan handsome tu. Hmm datuk tak lunch ke?"
Hud menggeleng sambil senyum senget. "Tak. I dah kenyang."
"Yer ke? Hmm nah…" Dhia meletakkan sebungkus sandwich di atas meja. "Untuk datuk."
Hud mengambil sandwich itu. "You buat sendiri?"
Dhia angguk.
"Thanks. Nanti I makan. You pergilah lunch."
"Okay. Errr saya keluar dulu yer. Kalau ada apa-apa, nanti datuk whatsapp saya."
Hud angguk seraya tersenyum.
Dhia bangun lalu berjalan ke arah pintu. Dia menoleh melihat Hud yang masih memerhatikannya. Dhia melambai-lambai ke arah Hud. Hud juga turut melambai-lambai kepada Dhia. Dhia ketawa gedik lalu keluar daripada bilik pejabat Hud. Hud menjatuhkan tangannya sambil tersengih-sengih.
"Dhia… Dhia…" sebutnya perlahan. Dia mengukir senyum tipis. Dia semakin jatuh cinta dengan sikap Dhia yang malu tapi mahu itu. Dia tahu Dhia ada menyimpan perasaan terhadapnya. Mungkin Dhia yang mengirim bunga mawar itu kepadanya tetapi mengapa Dhia perlu bersembunyi, bukankah lebih baik jika Dhia berterus-terang sahaja kepadanya. Kening Hud mula berkerut. Dia membiarkan sahaja andaianya itu. Jika orang itu adalah Dhia, dia rela merungkai teka teki itu tanpa keluhan lagi.
"PAK Samad, tunggu sini sekejap yer. Nanti saya datang," kata Harraz lalu keluar daripada perut kereta. Dia masuk ke sebuah kedai gambar yang kelihatan agak usang. Dia keluar semula selepas hampir 15 minit berada di dalam kedai tersebut.
"Jom, Pak Samad." ujar Harraz setelah masuk ke dalam kereta. Matanya masih merenung kedai gambar tersebut.
"Harraz ada nak pergi mana-mana lagi ke?" soal Pak Samad.
"Errr kalau Pak Samad berhentikan saya dekat cafe simpang sana boleh ke?"
Pak Samad mengangguk.
"Nanti saya balik sendiri. Pak Samad tolong bagi makanan ni dekat datuk," sambung Harraz lagi.
"Okay, Harraz. Harraz nak jumpa siapa? Girlfriend ke?"
"Eh, tak lah Pak Samad. Saya mana ada girlfriend."
"Yer lah tu. Macam lah Pak Samad tak tahu. Harraz selalu minta Pak Samad hantar pergi cafe tu. Mesti nak jumpa girlfriend lah tu," usiknya sambil melempar senyum.
Harraz menggaru kepalanya. "Mana ada lah Pak Samad. Harraz jumpa kawan jer."
Pak Samad senyum.
"Betul, kawan jer. Errr kawan lelaki. Harraz ni manalah ada girlfriend. Siapa jer nakkan Harraz ni. Dah lah muka biasa-biasa jer. Duit pun tak banyak…"
Pak Samad menjuihkan bibir. "Yer lah tu. Merendah diri sangat kamu ni. Hmmm Murni kan ada. Pak Samad tengok Murni tu baik jer. Sopan lagi. Kamu tak sukakan dia?"
Harraz tersengih. "Eh tak boleh lah Pak Samad. Nanti datuk marah pula saya kacau assistant datuk tu. Lagipun Murni tu cantik, mana sesuai dengan saya. Saya ni dah la gelap. Mana ada perempuan nak…"
"Habis tu, kamu nak putih gebu macam Cik Dhia tu ke? Ha nanti Pak Samad tanyakan Cik Dhia dia makan beras cap apa, boleh bagi ke kamu," seloroh Pak Samad.
"Hahaha nanti ramai pula yang sukakan saya ni. Bahaya tu, Pak Samad. Silap hari bulan, saya pula yang dapat bunga. Takut jugak tu. Biar datuk sorang jer lah yang dapat bunga, saya taknak…" balas Harraz bergurau.
Pak Samad tergelak mendengar kata-kata Harraz. Harraz juga turut ketawa. Pak Samad berhentikan kereta di hadapan sebuah cafe. Kereta yang dipandu Pak Samad meninggalkan cafe tersebut sebaik sahaja Harraz melangkah masuk ke dalam cafe.
"Sayang, dah lama ke sampai?" tegur Harraz apabila duduk menghadap temannya lalu jemarinya menggenggam jemari temannya itu.
"Tak lama pun. Kenapa baby lambat?" soalnya manja.
Jemari temannya dikucup. "Sorry, sayang. Baby ada kerja sikit tadi. Sayang pun tahu kan kerja baby macam mana."
"Hmmm tahu tapi sayang rindukan baby tau. Rindu sangat-sangat."
Harraz senyum. "Yer ker, rindu? Jumpa selalu pun rindukan baby lagi ke?"
"Setiap masa sayang rindukan baby. Tak pernah nama baby hilang daripada hati sayang ni."
Jemari temannya dikucup. "Baby pun sayangkan sayang sangat-sangat. Tak pernah terlintas di hati ini nak biarkan sayang tunggu baby lama-lama."
"Kalau macam tu, kita kena cepat kahwin lah, baby. Barulah boleh jumpa hari-hari.."
Harraz bungkam. Wajah temannya itu ditatap. Terasa tenang melihat senyuman di bibir orang di hadapannya. "Baby pun nak kita cepat kahwin tapi sayang tahu kan kerja baby ni bahaya. Baby takut kalau sayang nanti terluka sebab baby. Baby taknak sayang terluka. Baby tak boleh tengok sayang sakit," luah Harraz ikhlas.
"Baby tahu kan sayang sanggup buat apa saja untuk baby. Walaupun sayang terluka, sayang tak kisah. Asalkan baby sentiasa ada dengan sayang."
Harraz mengusap pipi temannya. "Sayang, terima kasih selalu ada dengan baby. Baby nak kena balik dulu tau. Nanti kita jumpa lagi. Love you, sayang."
"Love you more, baby." balas teman Harraz sambil melayangkan satu kucupan.
Langkah Harraz terasa berat kerana terpaksa meninggalkan orang yang dia cinta tetapi kerana terpaksa, dia relakan. Sebelum melangkah keluar dari cafe, sempat Harraz menoleh melihat temannya itu. Senyuman manis dihadiahkan kepadanya.
DATIN Seri Badriah melempar senyum kepada Datin Mastura yang baru sahaja melabuh duduk di sebelahnya. Mereka baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat kelab yang mereka sertai yang diadakan di salah sebuah hotel ternama.
"Datin Seri, I dah lama tak jumpa you. Sihat ke?" soal Datin Mastura sambil menghulurkan tangannya.
Dari Seri Badriah menyambut huluran tangan Datin Mastura. "Alhamdulillah, sihat. Tu lah kan, lama kita tak jumpa. Last hari tu masa you buat kenduri anniversary you tu kan. Tahun lepas agaknya…"
"Yer, tahun lepas. Dah setahun kan. Cepat masa berlalu. Eh you, baru-baru ni I tengok berita, company anak you si Hud tu makin maju kan. Pandai dia handle business, sama cam umi dan abi dia," puji Datin Mastura pula sambil menepuk lembut tangan Datin Seri Badriah.
"Biasa-biasa jer lah. Anak you si Dhia tu pun, I tak sangka akan bekerja dengan company Hud. Lagipun dia baru jer habis degree dia kan."
"Baru habis tak lama lagi pun. I pun tak sangka dalam ramai-ramai tu dia boleh pilih Dhia. Kira anak I ni bertuah lah kan…" ujar Datin Mastura disusuli dengan tawa halus.
"Bertuah sangat. Dah la cantik, bijak pulak tu. Berkenan I tengok anak dara you tu. Dhia tu dah berpunya ke belum?"
Senyuman Datin Mastura semakin lebar. "Mestilah single lagi. Dhia tu susah nak puas hati kalau bab-bab jodoh ni. Ada jer yang tak kena. I pun tak tahu nak buat macam mana dah. Nak dicarikan calon, tak mahu pula dia."
"Biasalah tu budak-budak moden kan. Mana mahunya kita carikan calon. Kalau boleh memang dia orang nak cari sendiri tapi kalau dah ada calon baik-baik depan mata, takkan nak tolak kan," tutur Datin Seri Badriah penuh makna.
Share this novel