MAWAR: BAB 13

Romance Series 69343

"DHIA Safiya?" tegur satu suara.

Hud dan Dhia menoleh ke arah suara tersebut. Dhia melarikan wajahnya. Hud pula melemparkan senyuman.

Hud bangun. "Datuk Halim. Tak sangka boleh jumpa you dekat sini. You nak lunch ke?" soal Hud dengan wajah yang ceria.

Datuk Halim senyum. "Yer, hmm I ada lunch date dengan client I. Dhia…" tegurnya.

"Eh papa, hmm Dhia tak perasan," ujar Dhia berpura-pura. Dia melakar senyum paksa.

Hud menjongket keningnya sedikit. "Papa? Datuk Halim ni papa you ke?"

"Ha ah. Ni papa saya." Balas Dhia teragak-agak.

"Owhhh I baru tahu yang you ada anak perempuan. Hmm jemput duduk, Datuk Halim. Kita boleh lunch sekali."

"No, it's okay Datuk Hud. I pergi makan dekat sana. Enjoy your food and Dhia, malam ni kita berbual sekejap…" ujar Datuk Halim sambil memandang tepat ke wajah Dhia.

Dhia angguk. "Okay, papa…" balasnya lalu tunduk rapat dengan meja. Takut hendak membalas tatapan Datuk Halim.

Hud senyum sambil mengerutkan keningnya. Dia duduk semula selepas Datuk Halim berlalu pergi.

"Tu papa you ke? I tak pernah tahu sebelum ni yang Datuk Halim tu papa you," kata Hud kepada Dhia.

Dhia angkat wajah. "Errr yer, papa saya. Hmm apa kata kalau kita pergi ambil makanan. Nanti lewat pula kita balik office," ujarnya lalu bangun ke arah meja yang menghidangkan makanan.

Hud mengekori Dhia dari belakang. Dia masih lagi terkejut dengan apa yang sedang berlaku.

Harraz yang memerhatikan mereka tadi hanya diam di tempatnya tetapi matanya menangkap satu figura orang yang dia kenal. Seorang wanita yang sedang bersembunyi di sebalik dinding. Dia bangun dan perlahan-lahan mendekati figura itu. Belum sempat Harraz mendekatinya, wanita itu berjalan ke arah meja Datuk Halim. Dia pula mengintai wanita itu disebalik dinding tempat wanita itu berdiri tadi.

"Apa yang dia buat dekat situ? Dia kenal Datuk Halim ke?" desis Harraz sendirian.

Harraz tergamam apabila wanita itu meraih jemari Datuk Halim. Mulutnya ternganga luas tetapi dia mula ketawa perlahan.

"Darling, kenapa you susah sangat nak jumpa dengan I. Tadi I pergi office you tapi you taknak jumpa dengan I. Kenapa?" soal Zanita sambil muncungkan mulutnya.

"Baby, you tahu kan I dah kahwin. I dah ada anak and I ni client abang you. You bayangkan kalau dia tahu you dan I sedang bercinta, habislah company I nanti," balas Datuk Halim.

"I tak kisah semua tu! I nak you datang rumah I dan jumpa umi dan abi I. I nak you kahwin dengan I!" tengking Zanita tetapi dalam nada berbisik.

"Sshhh… you tahu tak abang you ada dekat sini and abang you dengan anak I ada hubungan. Macam mana I nak kahwin dengan you kalau abang you kahwin dengan anak I? Impossible!"

"I tak kisah lah impossible ke tak. Yang I tahu, I nak you masuk meminang I. Sekarang jugak!"

Zanita cuba mendesak Datuk Halim. Dia mengetap gigi dengan wajah yang menyinga.

"No! I taknak. Please jangan cari I lagi. Hubungan kita sampai setakat ni jer. Kita putus!" Balas Datuk Halim sebelum meninggalkan Zanita sendirian.

"You… you! I belum habis cakap lagi! You!"

Zanita menutup wajahnya dengan telapak tangan. Dia menangis teresak-esak tanpa pedulikan mata yang memandang.

"Hai, Lolita. Tengah sedih ke?" soal Harraz yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di hadapan Zanita.

Tangannya dijatuhkan. Zanita dongak.

"Apa abang buat dekat sini?"

"Abang curi-curi ikut Lolita lah," seloroh Harraz sambil tersenyum.

Zanita mencebik. "Kenapa?"

"Lolita ingat abang tak nampak ke pagi tadi Lolita pergi syarikat Datuk Halim. Nasib baik datuk tak nampak tau," kata Harraz sambil senyum mengejek.

Zanita mendengus perlahan. "Biarlah kalau dia nampak pun. Lolita tak kisah lah."

Harraz menghulurkan tisu kepada Zanita. "Nah, lap muka tu. Dah macam panda dah."

"Hah?" Zanita mengeluarkan cermin kecil di dalam beg tangannya. Mulutnya ternganga. Dia membersihkan sisa maskara di bawah matanya.

"Hmm Datuk Halim tu boyfriend Lolita ke?" bisik Harraz perlahan.

Zanita angguk.

"Owh…habis tu kenapa tiba-tiba Lolita nangis?"

"Kami dah putus."

Harraz muncungkan mulutnya. "Ooo macam tu. Kasihannya…"

Zanita menatap wajah Harraz dengan ekor matanya. "Kalau abang beritahu kat along, siap abang. Lolita pijak-pijak abang. Faham tak?"

"Amboi garangnya. Tak padan dengan kecik. Yer lah, abang rahsiakan tapi dengan satu syarat."

Zanita mengecilkan matanya. "Apa?"

"Lolita kena berlakon jadi teman wanita abang. Boleh tak?"

Lagi sekali mulutnya melopong. "Abang ni dah gila ke?"

"Belum lagi tapi lepas ni maybe akan gila."

"Kenapa tiba-tiba nak jadi gila pulak, kan memang abang dah gila. Tak sedar lagi ke?"

Kening Harraz berkerut. "Takpalah gila pun. Boleh ke tak?"

"Hmm boleh tapi Lolita nak abang pun berlakon jadi boyfriend Lolita. Berlakon depan along. Deal?"

Harraz menggeleng. "Taknak taknak. Lolita nak abang mampus ke. Cari orang lain. Abang taknak."

"Okay, kalau abang taknak, hmm nampaknya Lolita pun taknak lah jadi girlfriend abang," balasnya lalu bangun daripada kerusi.

"Okay okay, deal. Abang setuju."

Zanita duduk semula. "Okay, good. Errr kenapa tiba-tiba abang nak Lolita berlakon jadi girlfriend abang."

"Hmmm sebab girlfriend abang dah ada lelaki lain. So, abang nak tunjuk yang abang pun ada girlfriend lain. Biar dia tahu yang abang ni pun laku juga…"

Zanita mencebik. Dia bangun lali melangkah meninggalkan Harraz yang masih lagi duduk termenung.

Harraz mendengus lemah. Dia kembali semula ke tempatnya tadi. Dari jauh dia melihat Hud dan Dhia sedang ketawa. Dia melarikan pandangan ke arah laut. Keluhan kecil keluar daripada mulutnya.

Hud kembali ke keretanya bersama-sama Dhia. Harraz pula membuntuti mereka dari belakang. Harraz langsung menghidupkan enjin kereta sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta. Hud dan Dhia berdiri di luar sementara menunggu enjin kereta dipanaskan.

"Datuk, ada bunga lah." Beritahu Dhia sambil memandang ke arah Hud.

Hud mendekati Dhia. Dia mengambil sekuntum bunga mawar berwarna merah yang diletakkan pada pengelap cermin kereta.

Keningnya berkerut. Seperti biasa, terdapat nota kecil diikat pada tangkai bunga mawar tersebut. Hud menilik tulisan pada nota itu.

[I don't trust easily because my sixth sense speak loudly to me. If I've leave you in my universe, than know there is something there… you are uniquely special. Please don't take my trust for granted.

Your lover,
Mawar.]

Hud mengetap giginya. Puas dia berfikir bagaimana pengirim bunga ini tahu yang dia berada di sini. Mustahil.

"Siapa yang bagi tu?" soal Dhia hairan.

"Kita balik office," balas Hud tanpa senyuman.

Hud bukakan pintu untuk Dhia. Dia masuk ke dalam kereta melalui pintu di sebelah. Dhia hanya menurut sahaja apabila melihat wajah Hud yang nampak seperti sedang marah.

"Harraz, jalan." Arah Hud tegas.

"Baik, datuk."

Sepanjang jalan balik ke pejabat, Hud hanya diam sahaja. Dia membuang pandang ke luar tingkap. Dhia juga tidak berani bersuara kerana tidak mahu mengganggu fikiran Hud yang nampak gelisah. Sesekali Dia merenung bunga mawar di dalam genggaman tangan Hud.

Sampai sahaja di pejabat, Hud mengarahkan supaya tiada sesiapa masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dia mahu bersendirian tanpa diganggu oleh sesiapa pun termasuk Dhia. Baru sahaja dia ingin merasa gembira bersama Dhia, ada sahaja masalah yang datang mengganggu.

"Harraz, kenapa dengan datuk?" soal Murni ingin menyibuk.

"Hmm mood tak okay."

"Kenapa? Tadi masa nak keluar lunch, bukan datuk okay jer ke."

"Tu tadi, sekarang dia dah tak okay." Balasnya selamba.

"Kenapa?" soal Murni lagi. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan Harraz.

Harraz mendengus lemah. "Ada orang hantar bunga lagi."

"Bunga?"

"Ya lah. Bunga yang hari tu. Hmm Murni, awak ada nampak tak orang yang pelik dekat-dekat sini?"

Murni geleng. "Takda pun. Awak sorang jer yang pelik pun."

Harraz menjuihkan bibir. "Apa pula saya. Saya ni mana pelik. Cakap jer lah awak sukakan saya. Kan senang."

Murni melarikan anak matanya apabila Harraz merenungnya. Dia tunduk. Wajahnya merah merona.

"Awak memang sukakan saya ke?" tanya Harraz separuh berbisik.

Murni geleng. "Taklah."

"Yer lah tu. Malu tapi mahu kan?"

"Hisy merepek lah awak ni. Dah la saya nak sambung buat kerja. Jangan lupa petang nanti datuk ada temujanji dengan Datuk Wong. Awak ingatkan datuk tau," maklumnya tanpa memandang wajah Harraz.

"Baiklah, Cik Murni ku sayang." Balas Harraz sengaja mengusik. Dia ketawa kecil.

Murni tidak angkat kepalanya sehinggalah Harraz berlalu ke biliknya. Dia mengintai bilik Harraz di sebalik pokok hiasan yang berdiri teguh di sebelahnya. Bibirnya mengukir senyum.

Selesai sahaja temujanji Hud bersama Datuk Wong, dia langsung balik ke rumah tanpa singgah ke mana-mana. Dia perlu jernihkan fikirannya semula. Dia perlu buang segala teka teki tentang pengirim bunga itu. Dirinya akan gila jika terus-terusan memikirkan tentang pengirim bunga itu.

Hud melabuh duduk di atas pondok di luar rumah sambil merenung kolam renang di hadapannya. Otaknya masih ligat memikirkan Dhia dan Datuk Halim. Siapa sangka Dhia sebenarnya anak kepada Datuk Halim. Selama dia mengenali Dhia, tidak pernah dia mengambil tahu siapa diri Dhia yang sebenar. Keluhan ringan keluar daripada mulutnya. Dia terlalu ambil ringan soal pekerjanya selama ini.

"Along…" tegur Zanita. Dia melabuh duduk di sebelah Hud.

"Hmmm, tak keluar ke?"

"Tak. Malas lah. Saja nak luangkan masa dengan along tercinta."

Wajah Hud berkerut kehairanan. "Tiba-tiba jer ni. Ada apa-apa ke? Nak mintak duit lagi?"

"Mana ada pun. Hisy along ni," balas Zanita sambil muncungkan mulutnya.

"Habis tu nak apa?" Hud masih lagi hairan dengan sikap adiknya itu.

Zanita diam. "Along tahu ke dengan siapa umi nak jodohkan Lolita?"

Terhambur ketawa kecil di mulutnya. "Hahaha kata taknak. Tiba-tiba tukar fikiran ke?"

Zanita tunduk. Dia melepaskan satu keluhan kecil. "Taklah. Lolita cuma… nak tahu jer."

Hud melanggar perlahan bahu adiknya dengan bahunya. "Kenapa ni? Macam orang baru putus cinta je?"

Zanita diam, tiba-tiba esakan kecil mula kedengaran.

Semakin berkerut wajah Hud melihat tindak balas Zanita. "You dah kenapa tiba-tiba nangis?"

"Mana ada Lolita menangis. Lolita selsema jer lah. Hurm Lolita taknak kahwin dengan pilihan umi. Lolita ada pilihan Lolita sendiri dan Lolita hanya akan kahwin dengan pilihan Lolita jer," terangnya panjang lebar.

"Okay… okay, so cakap jer lah dengan umi. Apa susah?"

Zanita dongak menatap wajah Hud dengan matanya yang berkaca. "Along cakap lah dengan umi. Along pujuklah umi. Please…"

"Errr kenapa along pula yang nak kena pujuk. Tu kan masalah Lolita." Hud mengesot sedikit. "Siapa boyfriend adik tu?" tanyanya sambil membuang pandang ke arah kolam renang.

Zanita menggeleng. Dia langsung bangun dan berlari masuk ke dalam rumah.

Hud menggaru kepalanya. "Hisy budak ni. Nak ajak aku main kejar-kejar ke. Hmmm…"

Dia membiarkan sahaja Zanita. Dia sambung termenung semula. Fikirannya sahaja sudah serabut, inikan pula dia hendak memikirkan masalah orang lain. Semakin serabut dibuatnya. Lebih baik jika dia fikirkan cara untuk mendapatkan Dhia Safiya.

Anak mata Harraz tertumpu pada seorang mekanik yang sedang sibuk membaiki sebuah kereta di bengkel kereta yang Pak Samad hantarkan kereta Hud sebelum ini. Lelaki itu kelihatan takut dan seringkali memandang ke arahnya. Pasti ada sesuatu dengan lelaki itu. Duganya.

Harraz mendekati bengkel kereta itu. Belum sempat dia bertanya, lelaki itu melarikan diri. Harraz mengejar lelaki itu dari belakang. Lelaki itu melompat masuk ke kawasan rumah setinggan yang berdekatan dan masuk ke lorong yang agak kecil. Harraz masih lagi mengejarnya.

"Berhenti!" Teriak Harraz kuat.

Lelaki itu masih juga berdegil. Semakin laju langkah kakinya. Harraz juga semakin laju mengejar. Satu lorong demi satu lorong mereka berkejaran sehinggalah lelaki itu terlanggar seorang lelaki tua yang sedang menolak tanah dengan kereta sorang. Lelaki itu tersungkur di atas tanah. Harraz tangkas mengunci tangannya dan tangannya dilipat ke belakang.

Harraz menanggalkan tali pinggangnya lalu mengikat tangan lelaki itu.

"Mana kau nak lari, hah?" Tengking Harraz kuat.

Lelaki tua tadi berdiri kaku sambil memandang ke arah mereka.

"Lepaskan aku! Aku tak bersalah!" Jerit lelaki itu kuat.

"Kalau kau tak salah, kenapa kau lari?"

"Aku takut. Tolong, bukan aku yang buat!"

Harraz mengangkat lelaki itu supaya duduk. "Apa yang kau buat?" soalnya ingin menduga lelaki itu.

Lelaki itu memandang wajah Harraz tetapi dia langsung tunduk.

Harraz duduk mencangkung di hadapannya. Dia mengangkat dagu lelaki itu.

"Kau beritahu aku sekarang, apa yang kau buat dan kenapa kau lari?"

Lelaki itu menggeleng. "Aku cuma ikut arahan jer."

"Arahan apa?"

"Dia orang yang suruh aku potong wayar dashcam tu. Yang lain aku tak tahu."

"Siapa yang bagi arahan?"

Lelaki itu tunduk.

"Aku tanya kau, siapa yang bagi arahan?" Tengking Harraz lagi.

"Aku tak tahu. Betul. Aku tak… tak tahu."

"Macam mana kau boleh tak tahu. Cakap!"

Bang!

Satu tembakan terkena dada lelaki itu. Harraz jatuh terduduk kerana terkejut. Lelaki itu jatuh berbaring di atas tanah. Badannya meronta-ronta. Lelaki tua yang tadinya berdiri kaku terus berlari masuk ke dalam rumah.

Harraz langsung bangun dan matanya meliar melihat sekeliling. Dia mencari kelibat orang yang melepaskan tembakan tetapi tiada yang nampak mencurigakan. Dia mendengus kasar.

"Tak guna!"

Dia duduk mencangkung sambil meraup wajahnya. Rambutnya ditolak ke belakang. Dia menatap wajah lelaki yang sedang berbaring itu. Dia meletakkan jarinya di leher lelaki itu. Sudah tidak bernyawa.

Harraz bangun lalu mengeluarkan telefon pintar di dalam poket seluarnya. Dia menghubungi seseorang.

"Hello, tuan…"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience