MAWAR: BAB 19

Romance Series 69343

DHIA Safiya masih menunggu di luar bilik pembedahan sambil duduk menekur wajahnya di atas lantai. Tangisannya masih lagi tidak berhenti. Tangan dan bajunya dipenuhi dengan darah. Jemarinya mula bergetar apabila melihat darah di telapak tangannya.

"Err Cik Dhia, apa kata kalau Cik Dhia balik dulu. Biar saya yang tunggu datuk." Cadang Harraz yang sedari tadi berdiri di hadapannya.

Dhia Safiya menggeleng.

Harraz mendengus lemah. Dia tahu perasaan Dhia Safiya sekarang ini tidak tenteram. Apa yang berlaku hari ini benar-benar mengejutkan mereka.

"Dhia…" panggil Datin Mastura sebaik sahaja melihat figura Dhia Safiya.

"Mama…"

Tubuh Dhia Safiya dipeluk. Belakang tubuhnya ditepuk perlahan. "Sshhh mama ada ni, sayang. Dah jangan menangis."

"Mama, Hud ma… Hud kena tikam.." beritahunya disusuli dengan tangisan.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Datuk Halim kepada Harraz.

"Errr tiba-tiba jer datuk. Kami pun masih terkejut dengan apa yang terjadi." Jawab Harraz.

"Orang yang serang Hud tu macam mana? Dah kena tangkap?"

Harraz angguk. "Dia dah dibawa ke balai polis. Saya pun dah bagi keterangan tadi, cuma pihak polis tunggu nak ambil keterangan daripada Datuk Hud jer…"

Datuk Halim diam. Dia mengetap bibir. "Siapa orang tu? Kenapa tiba-tiba jer dia serang hud?"

"Dia tu, Lisa. Datuk pun kenal dia. Tak tahulah, datuk. Mungkin dia ada dendam dengan Datuk Hud. Kan dia ada kes dengan Datuk Hud tempoh hari." Terangnya lagi.

Datuk Halim mengerutkan keningnya. "Hurm takpalah. Nasib baik dia dah kena tangkap." Ujarnya lalu melabuh duduk di sebelah Dhia. "Dhia, kamu pergilah basuh kesan darah dekat tangan kamu tu. Mastura, bawa Dhia pergi tandas."

"Yer lah. Jom, Dhia. Kita pergi tandas."

Dhia Safiya dan Datin Mastura berlalu ke arah bilik air. Hanya tinggal Harraz dan Datuk Halim sahaja sedang menunggu di luar bilik kecemasan.

Hampi 1 jam Hud berada di dalam bilik pembedahan. Datuk Seri Hisham, Datin Seri Badriah dan Zanita tiba di hospital. Wajah Datin Seri Badriah kelihatan sembap sahaja.

"Harraz, macam mana dengan Hud?" Soal Datuk Seri Hisham dengan nafas yang masih tercungap-cungap.

"Datuk masih lagi ada dekat dalam."

Datuk Seri Hisham menggeleng. "Hurm macam mana benda ni boleh terjadi? Siapa yang cuba bunuh Hud ni? Kamu kenal dia?"

Lagi sekali Harraz terpaksa menerangkan kepada Datuk Seri Hisham dan Datin Seri Badriah pula.

"Orang tu, Lisa. Dulu dia pernah jadi duta produk datuk tapi sebab dia buat masalah, datuk dah batalkan kontrak dengan dia. Mungkin sebab tu dia marahkan datuk dan berniat nak cederakan datuk."

Keluhan berat keluar daripada mulut Datuk Seri Hisham. "Hurm macam-macam lah perangai manusia ni." Dia mendekati Datuk Halim yang sedang duduk di atas bangku. "Datuk Halim, dah lama sampai?"

"Baru jer tadi. I turut bersimpati dengan apa yang berlaku." Tuturnya dengan wajah yang muram.

"Hurm… tak sangka benda macam ni boleh berlaku." Kata Datuk Seri Hisham dalam nada kesal.

Tidak lama kemudian, Dhia Safiya dan Datin Mastura mendekati mereka. Datin Seri Badriah memeluk Dhia Safiya. Sekali lagi tangisan Dhia Safiya kedengaran. Bersambung dengan esakan kecil Datin Seri Badriah.

Selepas 30 minit, pintu bilik kecemasan terbuka. Seorang doktor yang menjalankan pembedahan ke atas Hud Aariz mendekati mereka.

"Semua ni ahli keluarga pesakit ke?" Soalnya kepada mereka.

"Yer betul." Jawab Datuk Seri Hisham.

"Okay macam ni. Kami dah jalankan pembedahan ke atas pesakit dan alhamdulillah tikaman pisau tersebut tidak terkena organ dalaman pada bahagian yang lain. Buat masa ni, pesakit masih lagi tidak sedarkan diri, nanti pihak kami akan pindahkan dia ke wad biasa lah…" terang doktor tersebut.

"Alhamdulillah." Ucap mereka serentak.

"Terima kasih, doktor dah banyak membantu," tutur Datuk seri Hisham.

Doktor itu melemparkan senyuman sebelum meninggalkan mereka.

Datin Seri Badriah memeluk Zanita yang duduk di sebelahnya. Manakala, Datin Mastura dan Dhia Safiya juga saling berpelukan. Semua yang berada di situ mengucap rasa syukur yang tidak terhingga.

DHIA Safiya melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil merenung sayu wajah Hud Aariz yang masih lagi terbaring lemah di atas katil. Tangisannya tidak lagi kedengaran tetapi senyuman di bibirnya tidak lagi kelihatan. Hanya kesedihan yang menemaninya saat itu.

"Dhia, pergilah balik rehat. Biar aunty jer yang jaga Hud." Ujar Datin Seri Badriah.

Dhia Safiya menggeleng. "Aunty, biar saya jer yang jaga Hud. Aunty jangan lah risau." Wajah Datin Seri Badriah dipandang sekilas.

Datin Mastura dan Datin Seri Badriah saling memandang. Suasana sayu menyelubungi ruang bilik rehat itu.

Zanita yang sedang berdiri di sebelah Dhia Safiya turut merasa simpati terhadap tunang abangnya itu. Bahu Dhia Safiya ditepuk perlahan.

"Akak Dhia, jangan sedih yer. Along dah takda apa-apa." Zanita cuba memujuk.

Dhia Safiya angguk. Senyuman hambar diberikan kepada Zanita. Kata-kata pujukan atau rayuan tidak dapat menenangkan perasaannya ketika ini. Dia hanya mahu melihat Hud Aariz sedar sahaja.

"Kalau macam tu kami minta diri dulu yer. Dhia, kami balik dulu. Nanti kalau ada apa-apa beritahu papa dan mama." Kata Datuk Halim kepada Dhia. "Datuk seri, datin seri, kami minta diri dulu. Harraz, tolong tengok-tengokan Dhia…" pesannya sebelum melangkah keluar daripada bilik rehat itu. Sempat dia menoleh memandang Zanita.

Selepas bersalam dengan Datin Seri Badriah dan Zanita, Datin Mastura membuntuti Datuk Halim ke luar.

"Dhia, aunty nak minta diri dulu yer. Dhia jangan lupa berehat. Insyaallah, Hud dah takda apa-apa. Jangan risau…" Bahu Dhia Safiya diusap perlahan.

Dhia Safiya senyum disusuli dengan anggukan.

Datuk Seri Hisham, Datin Seri Badriah dan Zanita meninggalkan bilik rehat. Kini, hanya tinggal Harraz dan Dhia Safiya yang masih berada di samping Hud Aariz.

"Cik Dhia, nanti kalau ada apa-apa, cari saya dekat luar."

"Ya." Dhia Safiya melirik sosok tubuh Harraz yang berlalu pergi. Matanya kembali merenung wajah Hud Aariz.

"Hubby, cepatlah sedar. Anje tunggu hubby kat sini…" rintihnya disusuli dengan esakan kecil. Kepala dijatuhkan di atas tangan yang diletakkan di atas katil. Matanya rapat terpejam dengan air mata yang masih tersisa.

Hampir 1 jam berlalu, suasana sunyi menyelubungi di dalam bilik rehat. Harraz sedang berehat di ruang menunggu. Dhia Safiya masih lagi berada di sebelah Hud Aariz.

Hud Aariz mulai sedar. Kelopak matanya bergerak-gerak dan perlahan-lahan terbuka. Dia memerhatikan sekeliling di dalam bilik rehat itu. Anak matanya menangkap figura yang berada di sebelahnya. Bibirnya mengukir senyum.

"Anje…" Tangannya diangkat menyentuh kepala Dhia Safiya.

"Hmm…" Dhia Safiya mengangkat kepalanya. Matanya terbeliak sebaik sahaja melihat wajah Hud Aariz. "Hubby, hubby dah sedar?"

"Hmm anje…"

"Hubby…" Air mata Dhia Safiya laju mengalir. Dia menangis teresak-esak di bahu Hud Aariz.

"Anje, kenapa ni? Janganlah menangis, hubby okay jer lah." Pujuk Hud Aariz sambil mengusap kepala Dhia Safiya.

Dhia Safiya dongak. "Anje takut hubby tinggalkan anje. Anje taknak hubby tinggalkan anje. Anje taknak…"

"Hahaha, kan hubby okay jer ni. Sshhh jangan la nangis. Nanti kan orang ingat hubby buli anje…" Hud Aariz cuba membuat lawak jenaka.

Bahu Hudd Aariz ditepuk perlahan.

"Aduh, anje. Sakit lah."

"Kat mana? Anje panggilkan doktor."

Belum sempat Dhia Safiya berdiri, tangannya terus ditarik. "Anje, hubby gurau jer lah. Dah, jangan menangis yer. Hubby kuat lagi kan. Tengok bukannya sakit pun." Ujar Hud Aariz dengan muka yang berkerut.

Dhia Safiya mengetap bibir. "Berlagak kan hubby ni." Dia menjuihkan bibir. "Hubby jangan lah banyak bergerak. Nanti terbuka pula jahitan tu."

"Yer, anje. Hubby tak bergerak, okay. Kenapa anje tak balik rehat dekat rumah?"

Dhia Safiya menggeleng. "Anje nak temankan hubby dekat sini."

"Anje jangan nak manjakan hubby tau. Nanti hubby taknak lepaskan anje." Senyuman nakal dilemparkan kepada Dhia Safiya.

"Anje lagi suka kalau hubby taknak lepaskan anje…" balasnya selamba.

"Yer lah. Hubby kalah. Anje pergilah rehat. Kesian anje hubby ni terpaksa jaga hubby malam ni."

"Taknak, anje nak temankan hubby. Anje taknak pergi mana-mana."

"Thanks, anje. Anje tidurlah. Hubby taknak anje pula yang sakit nanti."

Dhia Safiya angguk. Dia meletakkan kepalanya di atas lengan Hud. Matanya perlahan-lahan terpejam. Hud Aariz merenung wajah Dhia Safiya. Tangannya mengusap lembut kepala Dhia Safiya. Hatinya terasa lega apabila melihat wajah Dhia Safiya yang tersenyum.

AWAL-awal pagi lagi Harraz telah membelikan sarapan buat Dhia Safiya. Selepas membersihkan badan dan solat subuh, Dhia Safiya duduk di sisi katil Hud Aariz. Wajahnya kelihatan ceria apabila melihat Hud Aariz yang sedang bertengkar kecil dengan Harraz.

"Harraz, kenapa you ada dekat sini?" Soal Hud Aariz sambil terjongket sedikit keningnya.

Harraz duduk di birai katil. Jemari Hud Aariz digenggam. "Saya nak temankan datuk. Saya risaukan datuk."

Hud Aariz cuba menarik tangannya. "Harraz, boleh tak duduk jauh sikit." Marahnya dengan kening yang berkerut.

"Datuk, bagilah saya jaga datuk. Saya tahu datuk sunyi kalau saya tak ada."

"Jangan nak merepek lah. Anje, please bawa Harraz keluar. Harraz, you keluar sekarang."

Harraz berdiri di sebelah Hud Aariz. "Sampai hati datuk." Dia menapak ke luar bilik rehat dengan wajah yang muram.

Hud Aariz menggeleng. Dhia Safiya masih lagi ketawa melihat riak wajah Harraz. Dia tahu Harraz memang suka mengusik bosnya itu. Walaupun Harraz kelihatan garang tetapi ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati.

Tidak lama selepas itu, ahli keluarga Dhia Safiya dan Hud Aariz datang melawat. Harraz yang sedang duduk santai di ruang menunggu terlihat Datuk Halim dan Zanita berjalan ke arah tangga kecemasan. Perlahan-lahan di mengekori mereka berdua. Mereka turun ke tingkat bawah.

"Baby, I rindukan you. I tak boleh tidur lepas kita berpisah hari tu. Baby, kita mulakan hubungan kita semula. Please, baby?" Jemari Zanita diraih dan dikucup lembut.

Zanita menatap wajah Datuk Halim. Matanya mula berkaca. "Kenapa hari tu you tinggalkan I? You kata you dah tak sayangkan I."

"No, baby. I sentiasa sayangkan you. Please, baby. Kita mula balik hubungan kita dan kali ni I serius. I dah plan, kita kahwin dekat Thailand."

"Kahwin?" Zanita mengerutkan keningnya.

"Ya, baby. Kita kahwin dekat Thailand, lepas tu baru kita balik dan daftar dekat Malaysia. Masa tu dia orang dah tak boleh halang hubungan kita. Please, baby. I betul-betul cintakan you. I makan tak kenyang, mandi tak basah bila you tak ada di sisi I." Rayu Datuk Halim lagi.

Zanita diam tidak berkutik. Anak matanya merenung dalam wajah Datuk Halim.

"Baby, macam mana? Baby nak kehilangan darling ke?"

Laju Zanita menggeleng.

"Kalau baby setuju, malam esok darling tunggu baby dekat simpang rumah baby. Jangan hampakan darling. I love you, baby. I naik dulu, lepas 5 minit baru baby naik. Okay?" Datuk Halim menepuk bahu Zanita. Dia terus beredar daripada situ.

Zanita berdiri kaku sambil menekur lantai. Kata-kata Datuk Halim terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Perlu ke dia menurut kata-kata Datuk Halim.

"Lolita…"

Zanita mengangkat wajah. Figura Harraz berada di hadapannya.

"Lolita, abang dah dengar semua perbualan Lolita dan Datuk Halim. Lolita jangan buat kerja gila boleh tak?" Bahu Zanita digoncang.

"Lepaslah!" Zanita berdiri membelakangkan Harraz. Air matanya tumpah. "Apa yang abang tahu pasal adik? Abang tahu tak yang adik betul-betul cintakan dia. Dia nyawa adik!"

"Lolita, awak dah gila ke? Dia tu suami orang! Ayah kepada bakal kakak ipar adik sendiri! Adik sanggup ke tengok along kecewa? Adik nak tengok umi dan abi sedih?"

"Habis tu, hati dan perasaan adik ni macam mana? Kenapa takda siapa pun ambil tahu pasal adik? Kenapa semua orang asyik fikirkan pasal along jer? Adik pun nak bahagia jugak."

Harraz menghadap Zanita. Bahu Zanita digenggam. "Masalahnya adik cintakan orang yang salah. Adik boleh bahagia tapi bukan dengan dia. Dia tu tak layak untuk adik. Dia suami orang! Tolonglah buka mata, Lolita. Kalau betul dia cintakan adik, kenapa dari dulu lagi dia tak berterus-terang dengan umi dan abi. Kenapa dia nak ajak adik kahwin lari? Cuba adik fikir?"

Zanita menolak dada bidang Harraz. "Abang sengaja kan nak racun fikiran adik? Abang nak adik lupakan dia kan?"

"Memang patut adik lupakan dia. Dia tak layak untuk adik!"

Zanita menggeleng. "Tak! Abang dan semua orang sama jer. Semua pentingkan diri sendiri! Takda yang sayangkan Zanita!" Langkah kakinya laju menapak ke tingkat atas.

Harraz mendengus perlahan. Dia kembali semula ke bilik Hud Aariz selepas beberapa minit. Figura Zanita tidak kelihatan, pasti Zanita sedang merajuk dengannya.

"Harraz, nampak Zanita tak?" Soal Datin Seri Badriah.

"Tak, datin seri." Balas Harraz.

"Hurm mungkin dia dah balik rasanya. Abang, jom kita balik. Biarkan Hud rehat. Lagipun masa melawat pun dah nak habis ni. Dhia, jaga diri yer. Jaga kesihatan tu…" ujar Datin Seri Badriah.

"Ya, aunty. Aunty jangan risau. Aunty jaga diri juga."

Selepas bersalaman, mereka langsung berangkat pulang. Mereka berselisih dengan seorang lelaki penghantar bunga di muka pintu.

"Datuk Hud Aariz?" Tanya penghantar bunga tersebut.

"Yer, saya."

"Ni ada bunga untuk datuk. Tolong sign dekat sini. Terima kasih." Selepas meletakkan sekuntum bunga mawar, dia langsung meninggalkan bilik itu.

Dhia Safiya bangun dan mengambil bunga mawar di atas meja. Dia menilik tulisan pada kad kecil yang diikat pada tangkai bunga mawar itu.

["Remember, every experience good, bad and in between is a lesson.

I pray that you get well soon. Aamiin."

A broken heart,
Mawar.]

"Hubby…" Wajah Hud Aariz dan Harraz dipandang silih berganti.

Hud Aariz masih berbaring tenang. Tiada tanda yang dia akan berang dengan penghantar bunga tersebut. Malah, dia memilih untuk senyum dan mengangkat kedua-dua bahunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience