MAWAR: BAB 8

Romance Series 69343

"DATUK pasti ke tak nak turun?" soal Harraz apabila melihat Hud sedang memerhatikan sebuah kedai bunga di hadapan mereka.

Hud menoleh memandang Harraz. "Yes," balasnya pendek. Dia mengambil senarai nama kedai bunga yang Harraz berikan kepadanya. "Ni kedai yang paling dekat dengan company kita, but I think that boy not from here. You know why?"

Kening Harraz berkerut. "Kenapa, datuk?"

"Sebab kedai bunga ni terlalu dekat. I tak rasa orang tu bodoh nak beli bunga yang dekat dengan company kita. But we can try. You boleh masuk tanya."

"Saya pun rasa macam tu. Biar saya pergi tanya dulu orang dalam kedai…"

Hud angguk. Dia membetulkan topinya.

Harraz berjalan mendekati kedai bunga tersebut. Tidak lama kemudian, dia keluar semula dan berlari masuk ke dalam kereta.

"Betul kata datuk. Saya dah tanya, dia orang kata kat kedai dia orang takda penghantar bunga lelaki. Yang ada semua perempuan…"

Hud angguk. Badannya bersandar pada kerusi. Terlihat jelas di wajahnya yang dia sedang memikirkan sesuatu.

"Datuk fikirkan sesuatu?" soal Harraz.

"I cuma nak tahu kenapa dia bagi I bunga and siapa orang tu, musuh I atau peminat misteri…"

"Datuk rasa orang tu Lisa? Sebab Lisa yang selalu bagi masalah dekat datuk. Datuk dah baca kan berita yang saya hantar kepada datuk tengahari tadi. Lisa cuba nak sabotaj produk kita…"

"Hmmm I dah baca. Thanks, Harraz. Make sure appointment I dengan Datuk Wong tak ada masalah nanti. I ada benda penting nak bincang dengan dia…"

"Baik, datuk. Saya akan pastikan tak ada masalah."

"Kita pergi kedai yang lain. I harap sangat dapat jumpa pelaku ni as soon as possible…"

"Insyaallah, datuk. Jangan risau."

Hud melempar pandang ke luar tingkap. Cermin matanya ditanggalkan. Dengusan perlahan dilepaskan. Otaknya serabut apabila memikirkan masalah yang dia sedang hadapi. Dia tertanya-tanya mengapa terlalu ramai orang yang bencikannya.

DHIA mendekati meja Murni sebaik sahaja sampai ke tingkat 10, di mana bilik pejabat Hud berada. Dia melihat Murni yang sedang sibuk menekan papan kekunci sambil mulutnya melontarkan lagu daripada kumpulan Black Pink. Bibirnya mengukir senyum.

"Murni, seronoknya dia nyanyi…" sergah Dhia sambil tersengih.

Murni langsung berdiri kerana terkejut. "Cik Dhia, terkejut saya. Errr minta maaf Cik Dhia, saya tak perasan Cik Dhia datang," ujarnya sambil menunduk.

"Takpa, saya takkan beritahu datuk. Ni fail yang datuk nak. Dia minta saya bagi dekat awak." Dhia meletakkan fail di atas meja Murni.

"Owh okay, Cik Dhia."

"Errr Murni, saya nak tanya awak. Hurm awak dah lama ke kenal En. Harraz tu?"

Murni mengerutkan keningnya. "Kenapa, Cik Dhia?"

"Takda apa pun. Saja jer tanya. Hmmm saya tengok dia cam lain sikit. Dia tu sukakan lelaki ke?"

"Hah?" Mulut Murni melopong. "Hahaha…" Dia mula ketawa. "Cik Dhia, kenapa tiba-tiba Cik Dhia tanya soalan cam tu?"

Dhia menggaru kepalanya. "Saya tengok dia tu cam sukakan datuk jer."

"Hisy takdalah, Cik Dhia. Harraz tu memang cam tu. Cik Dhia tahu tak dia tu sebenarnya siapa?" Murni senyum senget.

"Siapa?" Dhia membesarkan bola matanya. Perasaan ingin tahu membuak-buak.

"Harraz tu bekas polis. Dia tu antara bodyguard terlatih tau. Dalam 300 orang yang ambil ujian, dia yang paling terbaik..."

"Yer ker? soal Dhia terkejut. Dia seperti tidak percayakan kata-kata Murni.

Murni angguk. "Betul. Cik Dhia ingat datuk tu saja-saja ke ambil dia bekerja kalau dia tak layak. Dia tu PA merangkap bodyguard sekali tau. Memang dia tu agak pelik tapi dia okay jer. Dah lama saya kenal dia…"

"Owh…tak sangka pula dia tu hebat kan. Patutlah body dia nampak gagah jer. Ingatkan dia jenis yang..." Dhia tersengih.

"Hahaha takdalah cam tu. Hurm Cik Dhia takut dia mengorat datuk ke? Cik Dhia suka kat datuk ek?"

Dhia ketawa. "Eh takda lah. Mana boleh suka. Datuk tu orang kaya, saya ni orang biasa-biasa jer. Mana layak pun…"

"Cik Dhia ni suka sangat merendah diri lah. Mana tahu kalau datuk pun sukakan Cik Dhia ke…"

Dhia menggeleng. "Takdanya, ni bukannya dalam drama melayu. Orang kaya kahwin orang miskin, datuk tiba-tiba jatuh hati dengan pekerja dia. Semua tu tak wujud lah…"

Murni angguk. Membenarkan kata-kata Dhia.

"So, kalau tiba-tiba datuk tu sukakan saya, saya okay jer. Rugi kalau tolak. Hihihi…" seloroh Dhia pula.

"Cik Dhia nak lah tu kan. Saya doakan datuk jatuh cinta dengan Cik Dhia nanti, aamiin."

"Aamiin…" sahut Dhia pula.

Mereka ketawa sesama sendiri. Nasib mereka baik kerana Harraz tiada di pejabat, dapatlah juga mereka berdua bergosip tetapi dalam diam, ada hati yang terluka.

Lisa yang sedari tadi mencuri dengar perbualan Dhia dan Murni mula melangkah laju ke arah lift dalam keadaan yang marah. Dia menghentak-hentak kakinya ke atas lantai lalu masuk ke dalam lift dengan wajah yang cemberut.

"Tak guna! Kau tunggu lah nasib kau perempuan. Kau jangan ingat kau bekerja bawah Hud, kau boleh dapatkan dia. Kau belum kenal lagi siapa Lisa!"

Genggaman jemari Lisa semakin kuat. Kukunya yang panjang menyebabkan tapak tangannya mula berdarah tetapi tidak dihiraukan. Sempat dia menyumpah mereka sebelum dia meninggalkan bangunan tersebut.

HUD dan Harraz mendekati sebuah kedai bunga yang berada agak tersorok sedikit. Mereka berdiri di hadapan kedai bunga tersebut sambil memerhatikan sekeliling kawasan bangunan. Bangunan di sekitar kawasan tersebut kelihatan agak usang. Tidak ramai orang yang lalu lalang.

"Harraz, you yakin ke sini tempatnya?" Hud berdiri sambil bercekak pinggang.

"Ya, datuk. Memang ini tempatnya. Ni antara kedai bunga yang agak jauh dengan syarikat kita…"

Hud melangkah masuk ke dalam kedai. Dia menolak pintu yang diperbuat daripada kayu.

Ting Ting

Loceng yang diikat pada pintu berbunyi.

Hud memerhatikan isi dalaman kedai. Nampak bersih dan kemas tetapi di dalam kedai hanya ada beberapa jenis bunga sahaja termasuk bunga mawar. Barangan yang dijual juga tidak banyak. Kedai tersebut kelihatan seperti kedai lama.

"Siapa?" tanya satu suara.

Muncul seorang wanita berusia awal 20-an keluar daripada bahagian dalam kedai. Wajahnya yang mulanya muram bertukar manis apabila melihat Hud dan Harraz.

"Encik berdua nak beli bunga ke?" tanya wanita itu lagi.

Hud menatap wajah wanita 20-an itu. Wajahnya sembab, kelihatan seperti baru sahaja habis menangis.

"Saya nak beli bunga mawar…" ujar Hud.

Wanita itu angguk. "Boleh, encik. Encik nak bunga mawar warna apa?"

"Hurm yang warna merah…" balas Hud sambil matanya tajam melihat ke bahagian belakang kedai. Dia melihat kelibat seseorang sedang bersembunyi. Hud menoleh ke arah Harraz. Dia memberi isyarat mata supaya Harraz pergi ke bahagian belakang kedai.

Harraz angguk. Dia berlari ke luar kedai.

"Arghhh… lepaskan aku!"

Terdengar suara seorang lelaki teriak.

"Diam!" Harraz menengking kuat. Lelaki itu dibawa masuk ke dalam kedai. Tangan lelaki itu dilipat ke belakang. Kaki lelaki itu pula dibengkokkan supaya dia duduk berlutut di atas lantai.

"Encik, kenapa… abang…" jerit wanita itu lalu berlari ke arah Harraz. Dia mendekati lelaki itu. "Encik, lepaskan suami saya. Tolong lepaskan dia…"

Harraz tidak pedulikan rayuan wanita itu. Malah dia mula menarik rambut lelaki itu pula.

"Arghhh…" jerit lelaki itu lagi.

"Tolong, jangan apa-apakan suami saya. Tolong…" rayu wanita itu disusuli dengan tangisan yang semakin kuat.

"Lepaskan dia…" arah Hud. "Kenapa kau nak lari?"

"Kan aku dah kata aku akan bayar. Tolong jangan kacau keluarga aku…" rayu lelaki itu.

Hud duduk mencangkung di hadapan lelaki itu. Dia mencabut topi yang dipakai oleh lelaki itu. Dia menarik jemarinya. Ada plaster luka yang melekat di jarinya, sama seperti yang diceritakan oleh Pak Mail.

"Kau kenal aku?" soal Hud.

Lelaki itu menggeleng.

"Ada tak sesiapa yang arahkan kau untuk hantar bunga ke Aariz Enterprise?"

Lelaki itu menatap wajah Hud.

"Ada ke takda???" tengking Hud kuat. Anak mata Hud bergerak-gerak memandang tepat ke anak matanya.

Lelaki itu diam. Dia tunduk.

Harraz mula menarik rambut lelaki itu sehingga suara jeritannya bergema di dalam kedai.

"Encik… tolong jangan apa-apakan suami saya. Saya beritahu. Saya akan beritahu… Hurm memang kami ada dapat pesanan daripada seorang perempuan minta kami hantar bunga mawar ke syarikat tu tapi suami saya cuma hantar bunga jer. Tolong lah encik, kami takda niat buruk…"

Harraz melepaskan cengkamannya. Dia berdiri di sebelah Hud.

"Ya, encik. Saya cuma hantar bunga. Saya takda niat lain…" beritahu lelaki itu jujur.

"Kau kenal siapa perempuan tu?" Hud menyoal lagi.

"Tak, kami tak kenal. Kami cuma dapat pesanan melalui telefon dan dia bayar terus ke akaun kami. Kami tak pernah jumpa dia…"

Hud bertenggek di tepi meja. "Boleh kau hubungi nombor tu sekarang?"

Mereka memandang sesama sendiri.

"Errr… boleh," balas wanita itu. Dia mengeluarkan telefon bimbit di dalam apron yang dipakai. Dia cuba menghubungi nombor telefon orang yang telah membuat pesanan tetapi dia menggeleng.

"Buka speaker…" arah Harraz.

Terdengar suara operator di dalam talian.

"Nombor yang anda dial, tiada dalam perkhidmatan. Terima kasih."

Hud mendengus perlahan. Dia meraup wajahnya. "Tadi kenapa kau lari?"

"Errr saya ingatkan encik berdua ni ah long. Tu yang saya lari…"

"Jadi kau nak tinggalkan isteri kau lah?" soal Hud tegas.

Lelaki itu diam.

"Berapa kau hutang?"

Mereka saling memandang.

"Berapa?"

"Errr tiga… tiga puluh ribu…" beritahu lelaki itu tergagap-gagap.

Hud memanggil Harraz supaya mendekatinya. "Bawakan I cek…"

"Tapi, datuk…"

"Now."

Harraz angguk. Dia berlari ke arah kereta dan kembali semula membawa buku cek lalu dihulurkan kepada Hud. Hud mengambil buku cek di tangan Harraz. Cek tersebut diserahkan kepada lelaki pengirim bunga itu.

"Encik, ini…" Mata lelaki itu mula berkaca.

"Bayar hutang dan lepas ni kalau I nampak you hantar bunga dekat company I lagi…" Hud menoleh menatap wajah lelaki itu. "you takkan selamat," katanya langsung melangkah keluar dari kedai.

"Terima kasih, encik. Terima kasih…" ucap lelaki dan wanita itu.

Hud berjalan masuk ke dalam kereta tanpa pedulikan mereka. Harraz mengekori Hud dari belakang.

"Kenapa datuk bagi dia orang tu duit? Kalau dia orang tipu macam mana?" soal Harraz hairan. Dia menghidupkan enjin lalu kereta itu meninggalkan kawasan tersebut.

"I kasihankan dia orang." Hud yang sedari tadi hanya membuang pandang ke luar tingkap mula bersuara. "You faham kan apa perasaan bila kita terdesak? I taknak dia ulang kesalahan yang sama dekat orang lain…" katanya lalu menoleh memandang Harraz.

Harraz diam. Dia mengiyakan kata-kata Hud dalam hati. Walaupun bosnya itu nampak sombong dan berlagak tetapi dalam hatinya dia mudah kasihankan orang lain.

DATIN Seri Badriah jalan mundar mandir di ruang tamu. Wajahnya kelihatan risau. Sesekali terdengar dia mengeluh. Datuk Seri Hisham dan Zanita hanya mampu melihat sahaja gelagat isteri dan umi mereka itu.

"Umi, duduk lah dulu. Nanti Hud balik lah tu…" suruh Datuk Seri Hisham. Pandangan matanya mula terganggu melihat isterinya berjalan ke hulu dan ke hilir di hadapannya.

Datin Seri Badriah melabuh duduk. Keluhan ringan dilepaskan. "Kenapalah Hud tak balik lagi ni. Saya risaulah, abi."

"Kan Harraz ada dengan Hud. Apa yang umi nak risaukan. Sekejap lagi balik lah tu…" ujar Datuk Seri Hisham lagi disusuli dengan gelengan.

"Ya lah, umi. Kan abang Harraz ada dengan along. Umi jer risaukan sangat along tu. Along tu kan dah besar…"

Dengusan kasar keluar daripada mulut Datin Seri Badriah. "Kenapa semua tak faham apa yang umi rasa. Umi risaukan Hud. Dah la kakinya terseliuh lagi. Ke manalah hud ni pergi. Sengaja nak buat kita risau," luahnya risau. Dia kembali berdiri. Kepalanya terjenguk-jenguk ke arah pintu.

Datuk Seri Hisham menarik tangan isterinya supaya duduk semula di atas sofa. "Umi ni, kaki Hud tu dah okay dah pun. Bukannya teruk pun. Pandailah dia bawa diri. Lagipun dia dah besar, kalau budak umur 5 tahun barulah kita perlu risau."

"Betullah, umi. Along tu…"

"Hisy, kamu diamlah, Zanita." Datin Seri Badriah melepaskan marahnya kepada Zanita.

Zanita mengulum bibir. Dia mula tunduk.

Tok Tok Tok

"Kak Ros, pergi tengok siapa yang datang…" arah Datin Seri Badriah.

"Baik, datin." balas Kak Ros. Dia berlari ke arah pintu langsung membukakan pintu.

Sebaik sahaja pintu dibuka dari dalam, Hud dan Harraz menapak masuk ke dalam rumah. Mereka menuju ke ruang tamu.

"Assalamualaikum umi, abi…"

"Waalaikumsalam…" jawab mereka serentak.

"Hud pergi mana ni? Malam baru nak balik," soal Datin Seri Badriah.

"Kejap lah, umi. Bagilah Hud duduk dulu." Hud melabuh duduk di atas sofa berbentuk L.

Harraz pula melabuh duduk agak jauh sedikit dengan mereka.

"Kalau lah perangai Hud macam ni, lebih baik Hud kahwin jer. Bila dah kahwin, jarang lah sikit balik lewat malam," saran uminya.

Hud tergelak kecil. "Takda maknanya, umi. Tu, suruh si Lolita tu kahwin dulu. Dia dah sesuai dah kahwin. Anak dara mana boleh simpan lama-lama, nanti expired…"

Zanita muncungkan mulutnya.

"Hisy, umi cakap pasal kamu, bukan Zanita. Lagipun umi dah jumpa calon yang sesuai untuk Zanita. Boleh lah kamu berdua menikah sekali nanti…"

"Taknak! Lolita taknak!" teriaknya kuat. "Lolita dah ada pilihan Lolita sendiri!" beritahunya jujur lalu berlari naik ke tingkat atas.

Semua yang berada di situ terkejut dengan teriakan Zanita yang tiba-tiba itu. Datin Seri Badriah hilang kata-kata. Begitu juga Datuk Seri Hisham. Hud tersengih sambil menggelengkan kepalanya. Harraz hanya diam tidak berkutik. Dia menggaru kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience