MAWAR: BAB 7

Romance Series 69343

MULUT Hud ternganga apabila ternampak Harraz yang tiba-tiba sahaja berdiri di hadapannya. Dengan senyuman yang terukir di bibir Harraz membuatkan Hud rasa ingin mencekik leher lelaki itu.

"Datuk, saya di sini…" ujar Harraz sambil mengangkat tangannya tinggi.

"You buat apa lagi kat sini. Pergi turun. I nak mandi."

"Tadi bukan datuk cari saya ke?" Harraz menggaru kepalanya.

"I panggil Zanita, bukan you. Dah, keluar. Tutup pintu…" arah Hud sambil berjalan terkedek-kedek ke bilik air.

Harraz berlari mendekati Hud. "Sini datuk, saya dukung."

Hud menepis tangan Harraz. "No no no. I boleh jalan sendiri. You turun bawah sekarang!" marah Hud sambil bercekak pinggang.

Harraz muncungkan mulutnya. Dia berjalan meninggalkan Hud. "Jual mahal betul lah datuk ni, orang nak tolong pun tak bagi. Nanti kalau jatuh, jangan panggil saya…" gumamnya agak kuat.

Kening Hud berkerut. "I dengar tau…"

Harraz menoleh. "Hehehe maafkan saya, datuk." Dia tersengih-sengih lalu menutup pintu bilik.

Hud menggeleng apabila pintu bilik ditutup. Dia berjalan masuk ke dalam bilik air. Sayup-sayup kedengaran dia bersiul dan menyanyi. Pagi ini dia dapat melihat wajah Dhia. Mahu sahaja dia minta supaya Dhia tinggal di sini bersamanya sepanjang hari tetapi apakan daya, Dhia belum menjadi hak miliknya.

DHIA duduk di ruang tamu sambil memerhatikan sekeliling. Pertama kali dia datang ke rumah Hud. Ternyata bosnya itu tinggal bersama keluarganya. Matanya meliar pula melihat susun atur perabot di dalam rumah. Sungguh kemas dan bersih. Matanya tertancap pada sekeping gambar di dalam almari hiasan berkaca di tepi dinding. Dia berjalan mendekati almari tersebut. Dia mengukir senyum apabila melihat gambar seorang budak lelaki comel sedang ketawa.

"Tu gambar Hud…"

Dhia tersentak. Dia menoleh ke belakang. Datin Seri Badriah sedang tersenyum ke arahnya.

"Eh datin. Maafkan saya sebab tak minta izin dulu nak tengok gambar…"

"Takpa, tengok jer. Tu dalam tu semua gambar Hud masa kecik. Dari kecik dia memang suka bergaya. Turun abi dia agaknya…" cerita Datin Seri Badriah sambil ketawa kecil.

Dhia membalas senyum. "Yang ini siapa?" soalnya sambil menunjuk gambar budak perempuan di sebelah Hud pula.

"Tu Zanita, anak dara aunty."

"Owh… tadi masa saya datang saya ada jumpa dia. Cantik orangnya, sama cantik cam datin," puji Dhia ikhlas.

"Aunty ni dah tua dah, dah tak cantik. Duduk lah dulu, nanti Hud turun lah tu. Sekejap yer, aunty nak masuk dalam…" ujar Datin Seri Badriah. Dia berlalu ke ruang dapur.

Dhia angguk. Dia melabuh duduk semula di tempatnya tadi. Dia menjenguk ke arah tangga mencari kelibat Harraz.

"Mana En. Harraz ni," bisiknya sendiri.

"Cari siapa tu?" soal Datin Seri Badriah. Dia juga turut melihat ke arah tangga.

"Errr tak, saya tunggu En. Harraz."

"Dia kat atas lagi yer. Nanti dia turun lah tu..."

Dhia angguk. Bibirnya masih lagi mengukir senyum.

Muncul Mak Minah dari ruang dapur membawa dulang berisi air kopi dan kuih karipap. Dulang diletakkan di atas meja kopi.

"Datin, cik, jemputlah minum," ujar Mak Minah.

"Terima kasih, Mak Minah. Dhia jemputlah minum. Kopi kosong jer tu…"

"Takpa, datin. Ni pun dah syukur dah."

Datin Seri Badriah senyum "Datin Mastura sihat ke?"

"Alhamdulillah, sihat jer datin. Sekarang ni sibuk sikit dengan kelab sokongan wanita . Datin pun joint sekali kan?"

Datin Seri Badriah angguk. "Yer, aunty ada juga joint kelab tu. Kadang-kadang jer lah kami berkumpul ramai-ramai…"

"Owh yer ker…"

Harraz yang baru turun dari tingkat atas mendekati mereka di ruang tamu. Dia berdiri agak jauh sedikit.

"Ha Harraz, duduk lah. Lama lagi tu Hud nak siap. Kamu dah breakfast?" soal Datin Seri Badriah sambil menatap wajah Harraz.

"Belum lagi, datin. Tadi saya masuk office terus bawa Cik Dhia datang sini," beritahu Harraz sopan.

"Oh yer ker. Minum air ni dulu, kalau kamu nak makan, pergi masuk dalam. Minta dekat Mak Minah…"

Harraz tersengih. "Kalau cam tu, saya masuk dalam lah," katanya lalu berjalan masuk ke ruang dapur.

Dhia terkejut melihat Datin Seri Badriah melayan Harraz dengan baik. Riak wajahnya mula berubah.

"Kenapa, Dhia? Harraz tu dah lama kerja dengan Hud. Dah biasa dah dia dengan rumah ni. Selalu kalau dia datang, aunty suruh jer dia makan dekat dalam. Kamu dah breakfast ke? Lupa pula aunty nak tanya…"

"Takpa, datin. Saya dah makan tadi sebelum masuk office. Errr pagi tadi tiba-tiba En. Harraz ajak saya datang sini. Dia kata datuk tak sihat. Lagi, dia kata datuk suruh saya datang. Tu yang saya datang tu," terang Dhia jujur. Dia tidak mahu Datin Seri Badriah salah faham dengannya.

"Oh macam tu. Kamu ni PA Hud yang baru ke? Takda pula Hud beritahu apa-apa pasal dia nak ambil PA baru…"

"Saya ni hmmm accountant dia jer, datin." Dhia merasa serba salah. Tidak pernah dibuat orang seorang accountant tiba-tiba datang ke rumah bos mereka hanya kerana ingin melawat sahaja.

Datin Seri Badriah terkejut. "Hurm macam tu…"

"Hud yang nak dia datang, umi." beritahu Hud yang tiba-tiba muncul. Dia duduk di atas kerusi roda.

"Ha Hud. Kesian Dhia, lama dia tunggu Hud," ujar Datin Seri Badriah.

Dhia terkejut apabila melihat Hud duduk di atas kerusi roda. Dia bangun mendekati Hud lalu membantu menolak kerusi roda. "Errr takpa, datin. Saya okay jer. Kaki datuk okay sikit?"

"Jangan risau. Dah okay dah ni." Hud dongak melihat wajah Dhia.

Hud dan Dhia saling menatap. Lama.

"Ehem… ehem…" Datin Seri Badriah berdeham. Senyuman terlakar di bibirnya.

Dhia menolak kerusi roda mendekati sofa lalu membantu Hud untuk duduk di atas sofa tersebut.

"Eleh. Along tu sengaja jer buat-buat teruk. Tadi okay jer Lolita tengok. Kalau tak percaya tanya Harraz," ujar Zanita yang entah datang dari mana. Dia memandang Harraz yang baru sahaja keluar dari dapur.

Semua memandang Harraz. Harraz melopong sambil meggaru kepalanya.

Hud merenung Zanita seperti ingin menelan adiknya itu. "You nak pergi mana ni?"

"Ada lah. Hurm umi…" Zanita mendekati Datin Seri Badriah. Dia membisikkan sesuatu di telinga uminya itu.

Terdengar Datin Seri Badriah mendengus perlahan. "Dhia duduk lah dulu. Aunty ada kerja sekejap. Hud, jemput Dhia minum." suruhnya lalu menapak ke tingkat atas.

Zanita membuntuti uminya naik ke tingkat atas. Sempat dia menjeling ke arah Harraz yang sedang tersenyum kepadanya.

Harraz tunduk. Takut dengan jelingan tajam Zanita. Dia mendekati Hud dan Dhia.

"Datuk, kaki datuk sakit lagi ke? Kenapa datuk duduk atas kerusi roda?" soal Harraz tiba-tiba.

Hud memandang wajah Dhia lalu memandang pula wajah Harraz. "Mestilah sakit lagi. Nampak ni bengkak."

"Owhhh tadi saya rasa datuk dah…"

Hud membesarkan matanya.

"Errr takpalah. Hurm datuk, khamis ni datuk ada appointment dengan Datuk Halim dan Tiara pun ada sekali. Dia orang nak bincangkan soal produk baru yang nak dilancarkan minggu depan. Datuk setuju ke?"

"Wow. Produk baru lagi. Bukan biasa-biasa Datuk Halim ni. Okay, proceed. Appointment lain ada tak hari tu?"

"Errr petang datuk ada appointment dengan Datuk Wong, yang hari tu dibatalkan. Secretary dia kata urgent. Apa yang terjadi pun datuk tetap kena jumpa dia."

Hud mengerutkan keningnya. "Okay. Lagi?"

"Lagi, datuk nak makan apa-apa tak? Saya boleh ambilkan…"

"No, thanks. Nanti I boleh pergi makan. Errr Cik Dhia dah makan ke?"

"Dah, datuk. Sebelum masuk office lagi. Hurm datuk, kalau tak ada apa-apa, boleh saya minta diri dulu?"

"Dah nak balik ke? Cepatnya. Lunch la dekat sini dulu…" ujar Hud.

"Yer, Cik Dhia. Kita makan lah kat sini, lagipun dah tak payah makan kat mana-mana kan," cadang Harraz.

Hud menggeleng. Harraz ni kalau bab makan free, memang laju jer.

"Datuk…" panggil Pak Mail.

Semua memandang ke arah Pak Mail yang sedang berjalan masuk ke dalam rumah.

"Yer, ada apa Pak Mail?"

Pak Mail menghulurkan setangkai bunga mawar kepada Hud. "Ada orang suruh bagi kepada datuk."

Hud mengambil bunga mawar itu. "Siapa?" soalnya terkejut.

Pak Mail menggaru kepalanya. "Saya pun tak tahu lah, datuk."

"Harraz, you pergi tengok ada lagi tak orang pelik kat luar."

"Baik, datuk."

Harraz berlari ke luar. Dia keluar dan berdiri di tepi pintu pagar. Anak matanya meliar melihat kawasan sekeliling tetapi tiada sesiapa di kawasan tersebut. Dia mula berjalan sekitar kawasan banglow tetapi masih tidak menemukan figura manusia.

Hud mengetap gigi. Tulang rahangnya bergerak-gerak.

"Err Pak Mail.."

"Yer, datuk."

"Pak Mail nampak tak muka orang yang bagi bunga tu?"

"Dia pakai penutup muka, datuk. Dia pun pakai topi tapi saya rasa orang tu lelaki. Dekat tangan dia ada plaster luka."

Kening Hud berkerut. Anak matanya bergerak-gerak. Mungkin orang yang sama jumpa dengan Pak Samad.

"Takpa, Pak Mail. Pak Mail boleh sambung buat kerja," arah Hud.

"Okay, datuk." Pak Mail keluar meninggalkan Hud dan Dhia.

"Kenapa ni, datuk? Ada apa-apa masalah ke? Errr kenapa dengan bunga ni?" Dhia mula menyoal. Terlihat riak wajahnya yang keliru. Dia menelan liur.

Wajah Dhia dipandang. Perlu ke aku cerita dekat Dhia atau mungkin juga Dhia salah seorang suspek yang aku kena hati-hati lepas ni. Desis Hud.

"Hurm I rasa ada orang nak kenakan I," beritahu Hud selamba. Bunga mawar diletakkan di atas meja.

Dhia membetulkan duduk. "Maksud, datuk?"

"Lately ni I selalu dapat bunga mawar. Selain Tiara, ada lagi seorang yang bagi I bunga and I tak tahu orang tu siapa."

"Maybe juga Tiara tu datuk." Dhia cuba meneka.

"No, I tak rasa orang tu dan Tiara orang yang sama sebab Tiara dia takkan bagi I sekuntum jer bunga. Yang pelik tu, dia tak letak note or apa-apa hints pasal diri dia…" terang Hud. Dia menatap wajah Dhia.

Dhia menelan liur. Dia melarikan anak matanya apabila Hud beralih ke arahnya. Jemarinya digenggam kuat.

Hud mengerutkan kening. Anak matanya memerhatikan Dhia yang tidak senang duduk. Orang tu Dhia ke? Impossible tapi kenapa dia macam takut-takut. No no no, I don't believe it!

HARRAZ berlari masuk ke dalam rumah. Nafasnya tercungap-cungap. "Datuk, saya dah cari di sekitar banglow, memang tak jumpa sesiapa. Saya rasa orang tu dah lari…"

Hud mendengus perlahan. "Takpa, Harraz but please rahsiakan perkara ni and you, Dhia, please I taknak you cerita dekat sesiapa dekat office pun termasuk Murni or Pn. Siti."

Dhia angguk.

"Harraz, you bawa Cik Dhia balik office. Petang ni, you ikut I. Kita ada something nak buat."

"Baik, datuk."

Harraz dan Dhia berjalan ke pintu utama. Sesekali Dhia menoleh memandang Hud yang masih lagi duduk di ruang tamu. Tangannya memicit kepalanya. Dhia tahu Hud pasti memikirkan tentang orang yang memberinya bunga mawar tadi. Ada senyuman di hujung bibir.

Hud pasti ada seseorang yang sedang mempermainkannya. Pasti orang itu ada menyimpan dendam dengannya. Jika peminatnya yang mengirim bunga tersebut, pasti mereka akan berikan nota atau surat. Hud meraup wajahnya. Dia perlu tahu siapa yang berani mengirim bunga hingga ke rumahnya.

"Rumah? Dia tahu rumah I? Hmmm semua orang tahu dekat mana rumah I," kata Hud. Dia mula memikirkan sesuatu. Dia senyum senget.

PETANG itu Harraz membawa keretanya ke rumah Hud. Terlihat Hud sudah menunggu di halaman rumah.

"Selamat petang, datuk."

"Selamat petang. Harraz, you dah beritahu Murni berapa lama I tak masuk office."

"Dah, datuk. saya pun dah ingatkan dia supaya jangan benarkan sesiapa masuk ke dalam bilik datuk selama datuk takda termasuk dia..."

"Okay, good Harraz. Jom kita pergi."

"Ehem…"

Harraz dan Hud menoleh melihat empunya suara.

"Nak pergi mana tu?" soal Zanita. Dia memeluk tubuh.

"Eh, ingatkan keluar. Along ada kerja sikit. Jom Harraz."

"Dah beritahu umi ke?" soalnya sambil menjongket keningnya sedikit.

Hud mendengus perlahan. "Boleh tak you jangan masuk campur urusan I. Just shut your mouth, please…"

"No! Bak sini RM200.00," Zanita menghulurkan tangannya.

Keluhan kecil keluar daripada mulut Hud. Dia mengambil dompetnya daripada poket belakang lalu mengeluarkan wang kerja RM100.00 dua keping. "Harraz, you tolong bagi kat Lolita."

Harraz mengambil wang di tangan Hud. Dia mendekati Zanita lalu menghulurkan wang tersebut kepadanya. Keningnya terjongket sedikit.

Zanita mencebik. Dia mencapai wang di tangan Harraz lalu masuk ke dalam rumah.

Anak mata Harraz membuntuti langkah Zanita sehingga kelibat itu naik ke tingkat atas. Sempat Zanita menjelir ke arahnya. Harraz tersenyum.

"Harraz, you mengorat adik I ke? Yang you senyum-senyum tu dah kenapa?"

Harraz mendekati Hud. Dia menelan liur. "Tak, datuk. Saya tak berani."

"Good. Adik I tu special sikit. Siapalah lelaki yang nakkan dia tu. Mesti kesian," kutuknya disusuli dengan gelengan.

Harraz menggaru kepalanya. "Jom, datuk. Errr kita nak start dekat mana?"

"You dah buat list yang I suruh?"

"Dah datuk. I dah listkan semua yang ada dekat bandar ni…"

"Good. Akhirnya you kembali ke diri you yang sebenar…" Hud menepuk bahu Harraz.

"Maksud datuk?"

"Nevermind… but ingat Harraz, ni rahsia kita berdua. I taknak benda ni sampai ke pengetahuan umi dan abi I. Faham?"

"Faham, datuk."

Mereka masuk ke dalam perut kereta. Hud duduk di bahagian depan di sebelah Harraz. Dia mengenakan topi dan cermin mata gelap supaya tiada yang mengenalinya. Kereta Harraz perlahan-lahan meninggalkan pekarangan banglow itu.

Tanpa mereka sedar, mereka sedang diperhatikan. Kereta jenama Toyota itu perlahan-lahan mengekori kereta Harraz tetapi dia mula membelok ke kanan apabila kereta Harraz berhenti di lampu isyarat. Ada senyuman di bibir itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience