HAMPIR jam 10 malam, kereta Hud berhenti betul-betul di halaman rumah Dhia. Mereka keluar daripada perut kereta dan berjalan beriringan ke pintu. Hud menghulurkan bungkusan berisi kek kepada Dhia. Di tangan Dhia pula ada sejambak bunga daisy berwarna merah jambu dihias bersama bunga baby breath berwarna putih.
"Anje, hubby nak balik dulu tau. Pergi lah masuk dalam…" ujar Hud sambil tersenyum lebar.
Dhia menggelengkan kepalanya. "Hubby pergi lah dulu. Anje tunggu hubby pergi…"
"Takpa, anje masuk dulu. Lepas anje masuk, hubby balik la."
"Hmm…" Dhia menggeleng lagi. "Hubby pergilah masuk dalam kereta. Anje tunggu hubby kat sini."
"Anje lah…"
"Ehem…" Terdengar suara orang berdeham. "Bila nak habis kalau anje hubby daripada tadi lagi?" Tegur Datuk Halim tiba-tiba dengan riak wajah yang masam.
Dhia menunduk lalu bergerak ke belakang Datuk Halim. Sesekali dia mencuri pandang Hud yang sedang berdiri di hadapan mereka.
"Eh, datuk. Errr I memang nak balik dah. I minta diri dulu. Selamat malam, assalamualaikum." Hud melambai ke arah Dhia. Dia berjalan laju ke arah keretanya.
Dhia juga melambai ke arah Hud sambil mengukir senyuman manis. Bibir bawah digigit. Anak matanya memerhatikan kereta Hud.
"Waalaikumsalam…" jawab Datuk Halim. "Kamu, Dhia. Taknak masuk ke dalam? Nak tidur dekat luar ke?"
"Nak masuk lah ni. Papa ni kenapa tiba-tiba jer garang." Anak matanya masih memerhatikan kereta Hud yang keluar daripada halaman rumah mereka. "Papa, Dhia ada kek, jom kita makan sama-sama."
Datuk Halim mendecit. "Taknak lah. Papa mampu beli sendiri. Bukannya papa takda duit." Sinis kata-kata Datuk Halim. Dia melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Dhia.
Kening Dhia berkerut. "Papa ni dah kenapa?" Rengeknya manja. Dia membuntuti Datuk Halim masuk ke dalam rumah. Jambak bunga tadi diletakkan di atas meja di ruang tamu. Dia langsung masuk ke dapur meletakkan kek ke dalam peti sejuk. "Papa, Dhia naik atas dulu tau." Ujarnya kepada Datuk Halim yang sedang duduk di ruang tamu.
"Yer lah. Mimpi Hud lah kamu malam ni…" perli Datuk Halim disusuli dengan dengunan kasar.
"Mestilah!" Jerit Dhia sebelum panjat anak-anak tangga naik ke tingkat atas. Sempat dia menegur Datin Mastura sebelum masuk ke dalam biliknya.
Datin Mastura melempar senyum lalu menapak turun ke tingkat bawah. Dia menuju ke ruang tamu. Dia tersenyum apabila melihat sejambak bunga di atas meja.
"Abang, tu bunga Dhia ke?" Tanya Datin Mastura terus mrlabuh duduk di sebelah suaminya.
"Hmm…" balas Datuk Halim sekadar ingin mengambil hati isterinya.
"Abang ni kenapa? Dah buang tebiat ke malam-malam ni." Datin Mastura menggeleng. Dia mendengus perlahan.
Datuk Halim hanya diam sahaja. Hatinya meronta-ronta cemburukan Hud. Jika bukan kerana Dhia bercinta dengan Hud, pasti dia dapat menjadikan Zanita isteri keduanya tetapi niatnya terbatal apabila anaknya tiba-tiba sahaja suka kepada Hud. Melepas peluang dia untuk berkahwin dengan kekasih hatinya itu. Terpaksalah dia menipu Zanita untuk berpisah dengannya.
Dhia menutup pintu biliknya perlahan-lahan. Dia sendiri tidak sangka yang Hud betul-betul cintakan dia. Selama ini dia ingatkan yang Hud dikelilingi gadis jelita dan suka berfoya-foya tetapi hakikatnya, Hud seorang yang sukar didekati. Sebaliknya, Hud banyak habiskan masa untuk bekerja. Boleh dikatakan dia antara wanita yang beruntung kerana memiliki hati Hud.
Perlahan-lahan Hud menapak menaiki anak-anak tangga ke arah biliknya. Hujan mulai turun turun membasahi bumi. Bunyi dentuman guruh yang kuat mengejutkan Hud yang sedang berjalan di dalam gelap. Kedua-dua bahunya terangkat tinggi. Langkahnya terhenti apabila melihat bayangan hitam sedang berdiri di tepi tingkap. Hud senyum sinis.
"Lolita, you buat apa dekat situ? Nak kena patah dengan kilat ek?" Tegur Hud sambil berdiri memeluk tubuh.
Zanita mendengus perlahan. "Along ni orang baru nak takutkan diri lah. Kenapa tak buat-buat terkejut jer."
"Tak payah nak mengada. Ingat along takut ke benda-benda macam ni. Along lahir dulu tau dalam rumah ni, satu bayang hantu pun along tak pernah nampak lagi. Pergi masuk dalam bilik!"
Zanita mula berjalan mendekati Hud.
"Arghhh…" terjerit kuat Hud apabila memandang wajah Zanita.
Zanita menoleh ke kiri dan ke kanan. "Ke… kenapa along jerit?" Soalnya mulai takut.
"You ni kan, you pakai apa sampai muka putih macam tu?"
Zanita tersengih. "Ni bedak sejuk lah. Tadi kata tak takut. Apa lah. Dah tua bangka pun takut dengan bedak sejuk."
"Siapa yang tak takut tengok muka you macam tu. Hantu pun takut tau. Isk… pergi masuk dalam bilik lah."
"Yer…" Zanita mengatur langkah masuk ke dalam biliknya. Sempat dia menjeling ke arah Hud.
Hud mengekori langkah Zanita dengan ekor mata sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.
Ting!
Bunyi pesanan ringkas masuk ke telefon pintar milik Hud. Dia membaca pesanan ringkas yang baru masuk.
Good night, hubby. Terima kasih untuk malam ini. Love you. -Anje
Hud mengukir senyum.
Sama-sama, anje. Anything for you. Good night, sleep tight. Love you more, anje. -Hud
Telefon pintar diletakkan di atas meja kecil di tepi dinding. Hud membuka butang bajunya satu persatu. Suits yang melekat di tubuhnya ditanggalkan. Terserlah tubuhnya yang putih dan berotot. Tuala di dalam almari dicapai lalu dililit pada pinggangnya.
Ting!
Sekali lagi telefon pintar itu menerima pesanan ringkas. Hud mengukir senyum. Dia mengambil telefon pintarnya lalu duduk di birai katil. Wajahnya bertukar muram apabila membaca pesanan ringkas tersebut.
Datuk, saya dah dapat maklumat orang yang tembak lelaki mekanik tu. -Harraz
Dengusan kasar dilepaskan. Hud menggenggam kuat telefon pintar di dalam tangannya.
"Kau takkan terlepas!" Teriak Hud masih mengawal suaranya. Tulang rahangnya bergerak-gerak menahan marah.
MASUK sahaja ke dalam bilik pejabatnya, Hud mengarahkan Murni supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja masuk ke dalam biliknya. Harraz yang sedari tadi membuntuti Hud hanya diam sahaja. Dia tahu emosi Hud tidak stabil pagi ini kerana pesanan ringkas yang dia hantar malam semalam. Dia tidak mahu menambah lagi kemarahan dalam hati Hud.
"So, Harraz. Siapa orang yang melepaskan tembakan tu?" Soal Hud apabila Harraz berdiri di sebelahnya.
"Dia orang kanan mendiang Datuk Andrew."
"Datuk Andrew?" Hud menoleh ke arah Harraz. "Macam mana orang kanan dia boleh lepaskan tembakan lagi walaupun bukan arahan daripada mendiang? Mendiang tu dah lama mati dan kumpulan mereka pun dah lama berpecah."
Harraz diam. Dia menundukkan wajahnya. Tidak sampai beberapa saat, dia dongak semula. "Saya rasa ada orang yang bagi arahan dekat dia. Mustahil kalau dia memandai sendiri."
"You kenal tak orang yang rapat dengan mendiang Datuk Andrew sebelum ini selain daripada orang kanannya?"
Harraz menggeleng.
Hud berjalan mendekati meja kerjanya. "So, mereka dah jumpa tempat dia bersembunyi?"
"Belum, datuk. Dia sempat melarikan diri ke luar negara."
"Tak guna!" Hud terus menumbuk meja.
"Datuk!" Harraz berlari mendekati Hud. Matanya terkebil-kebil memandang wajah Hud yang bengis.
"Apa pun yang terjadi, I nak you dapatkan juga maklumat ke mana dia pergi. As soon as possible! I taknak benda ni berlarutan lama sangat. I risau nanti tiba-tiba ada antara kita yang menjadi mangsa dia!"
"Baik, datuk. Saya cuba dapatkan maklumat dia. Saya rasa kita perlu guna khidmat penyiasat tu sekali lagi."
Hud angguk. Dia memejamkan matanya lama. Apa yang terjadi ni benar-benar membuatnya rasa tertekan.
"You dah boleh keluar." Arahnya kepada Harraz.
"Baik, datuk."
Hud melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tangannya diletakkan di atas pemegang kerusi. Kepalanya pula disandarkan pada belakang kerusi. Matanya rapat terpejam. Tangannya mula terasa berdenyut-denyut tetapi dia biarkan sahaja.
Semakin hari semakin ramai musuh baru yang mencari peluang untuk menjatuhkan dia. Mungkin mereka suka jika melihat dia jatuh tersungkur dan merempat. Sangat kejam makhluk yang bernama manusia. Demi kepentingan diri, mereka sanggup melakukan apa sahaja sehingga sanggup membunuh.
Dhia dan Murni menghabiskan masa rehat tengahari mereka di dalam pantri yang berada di bilik bahagian sumber manusia. Sedang mereka asyik berbual, tiba-tiba muncul Pn. Siti lalu melabuh duduk bersama mereka.
"Kak Siti, anak macam mana? Dah keluar hospital?" Soal Dhia sebaik sahaja Pn. Siti duduk di hadapannya.
"Alhamdulillah, dah sihat dah. Dah keluar hospital pun. Syukur takda apa-apa yang serius."
"Oh yer ker. Alhamdulillah. Syukur sangat kan." Balas Dhia.
Pn. Siti mengukir senyum. "Dhia, tahniah tau atas pertunangan Dhia. Sorry lah, akak tak sempat nak datang. Sibuk uruskan budak-budak tu."
"Takpalah, akak. Saya faham. Kesihatan nak-anak lagi penting. Lagipun majlis tu biasa-biasa jer. Tak buat besar pun."
"Okay lah kan, Murni. Walaupun tak besar, asalkan majlis berjalan lancar. Tu pun dah puas hati. Tak sangka akak, dalam diam tiba-tiba jer boleh bertunang dengan bos kita. Untung kamu ni, Dhia." Pn. Siti mengusap perlahan jemari Dhia.
"Kan akak, untung Dhia. Dah namanya jodoh kan. Dapat datuk muda, handsome, kaya pulak tu." Ujar Murni pula disusuli dengan senyuman.
Pn. siti angguk. "Ya lah, bagai pinang dibelah dua orang kata."
Merah merona wajah Dhia dipuji sebegitu. "Takdalah sampai macam tu. Saya pun tak sangka Datuk Hud boleh sukakan saya."
"Tu yang namanya jodoh. Akak doakan semoga hubungan Dhia dan datuk kekal berpanjangan dan bahagia sampai jannah. Aamiin." Pn. Siti menadah tangan lalu menyapu wajahnya tanda mengaminkan doa tersebut.
"Aamiin…" ucap Dhia dan Murni serentak.
Bergema ketawa mereka bertiga di dalam pantri tersebut sehingga ada yang menjengukkan kepala mereka ke dalam pantri.
Seusai makan tengahari dan solat, Dhia kembali semula ke bilik pejabatnya. Sejambak bunga tulip berwarna merah jambu berada di atas meja kerjanya. Bibirnya mengukir senyum lebar. Dia mengambil kad kecil yang diletakkan bersama bunga tersebut.
[Happy working, anje. Muka tu jangan berkerut sangat masa buat kerja. Hubby perhati jer anje hubby ni, jangan stress tau. Love you, anje.
Your fiance,
Hubby.]
Perasaan Dhia berbunga-bunga sebaik sahaja membaca tulisan pada kad kecil itu. Dia mencium bunga itu berkali-kali. Laju tangannya mencapai telefon pintar yang diletakkan di atas meja.
Hubby, thank you so much sebab dah buat surprised dekat anje. Anje suka bunga yang hubby bagi ni. Love you too, hubby. -Anje
Pesanan Dhia tidak dibalas. Dengusan lemah keluar daripada mulutnya. Mungkin Hud sedang sibuk. Dhia meneruskan kerjanya semula. Setiap kali memandang bunga itu, senyuman Dhia kembali terukir di bibirnya.
Tret
Tret
Tret
Hampir 1 jam kemudian, telefon pintar Dhia bergetar. Dia terus mencapai telefon pintar yang berada di atas meja kecil di sebelahnya. Pesanan ringkas dibaca di dalam hati.
Sorry, anje. Biy ada meeting tadi. Jangan merajuk yer. Sama-sama. Just for you, anje. Jangan lupa senyum. -Hubby
Meleret senyuman Dhia. Dia merasakan ada rama-rama sedang terbang di dalam perutnya. Pasti rama-rama itu akan terbang keluar jika mulutnya terbuka. Tulisan pada kad tersebut dibaca berulang-ulang kali. Terasa bahagia memiliki lelaki bernama Hud Aariz.
Sepanjang hari Dhia hanya tersenyum sahaja sehingga habis waktu pejabat. Dia mendapat panggilan daripada Hud minta supaya dia menunggunya di lobby. Pasti Hud akan menghantarnya pulang lagi hari ini. Sejambak bunga tulip tadi kemas dalam pelukannya.
"Dhia, taknak balik lagi?" Tegur Pn. Siti yang melewatinya.
"Kejap lagi, kak Siti." Balasnya perlahan.
Pn. Siti menepuk bahu Dhia perlahan. Dia tersenyum sahaja apabila melihat bunga di tangan Dhia.
Murni yang baru sahaja keluar daripada perut lift terus mendekati Dhia. "Cik Dhia tunggu siapa?"
"Tunggu datuk." Balas Dhia pendek.
"Owh, datuk on the way. Tadi dia ada kerja dengan Harraz. Dia suruh saya balik dulu. Hmm okay lah, saya balik dulu yer. Bye."
Dhia angguk. "Yer ker. Takpa saya tunggu jer datuk dekat sini. Bye, Murni. Hati-hati..."
Dari jauh ada seseorang sedang memerhatikan Dhia. Dia mengetap gigi. Kembang kempis hidungnya menarik dan menghembuskan nafas. Dia akan memastikan wanita itu mati hari ini.
Anak mata Dhia memerhatikan orang yang keluar daripada perut lift tetapi masih juga wajah hubby kesayangannya itu tidak kelihatan. Puas dia menunggu sehingga lobby mula lengang. Kerutan mula timbul di wajahnya tetapi dia kembali tersenyum apabila melihat wajah Harraz.
"Datuk ada kat belakang…" beritahu Harraz kepada Dhia yang sedang berdiri di tepi dinding.
Dhia mengangguk.
"Anje…" panggil Hud sambil mengangkat tinggi tangan kanannya. Dia melambai-lambai ke arah Dhia.
Tersenyum lebar Dhia apabila Hud menapak ke arahnya. "Hubby, cepatlah…" panggilnya sambil melambai-lambai ke arah Hud.
Riak wajah Hud yang tadinya manis mula berubah muram. "Anje, jaga-jaga…" jeritnya kuat. Hud berlari laju ke arah Dhia. Dia terus menghalang tubuh Dhia dan menolak Dhia ke tepi.
Kting!
Sebilah pisau terjatuh ke atas lantai.
Harraz yang berada di luar bangunan terkejut dengan jeritan Hud dengan pantas menangkap orang yang cuba melarikan diri melaui pintu utama. Tangan orang itu dilipat ke belakang. Dia dibawa masuk ke dalam bangunan.
Dhia jatuh terjelepok di atas lantai. Dia menoleh memandang Hud. Hud sedang terduduk sambil memegang perutnya.
"Hubby!!!" Teriak Dhia kuat. Dia merangkak ke arah Hud yang berada tidak jauh dengannya. "Hubby… hubby…" panggil Dhia apabila melihat darah yang mengalir keluar daripada perut Hud. Tangisannya semakin kuat. Tubuh Hud diangkat supaya berbaring di atas pahanya.
Dua pengawal yang bertugas turut berlari mendekati mereka. Mereka turut terkejut dengan apa yang terjadi. Salah seorang pengawal mendekati Harraz dan berdiri di sebelah pelaku tersebut. Harraz mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi ambulance.
Share this novel