MAWAR: BAB 2

Romance Series 69343

HUD memalingkan wajahnya ke luar tingkap. Tangannya diletakkan di atas pemegang pintu sambil jemarinya memicit kepala. Fikirannya terus menerus memikirkan apa yang berlaku di dalam dewan sebentar tadi. Berani Lisa memalukannya di hadapan Tiara dan semua orang yang berada di dalam dewan. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia hapuskan wanita tersebut. Dengusan kasar dilepaskan.

"Datuk okay ke?" Soal Harraz risau.

"I okay jer." Hud menjatuhkan tangan dan menoleh memandang Harraz yang berada di sebelahnya. "So, Harraz. Mana file yang I minta you siapkan as soon as possible tu, dah siap?"

"Oh. Dah datuk. Ni list nama yang datuk mintak saya susun ikut abjad A sampai Z."

Kening Hud berkerut. Dia mencapai fail yang dihulurkan kepadanya. "I ada cakap macam tu ke? Hmmm takpalah." Dia membuka fail. Matanya berkelip-kelip. Wajah Harraz dipandang. "Betul ke file ni?" Soalnya hairan.

"Betul, datuk. Tu lah file yang datuk mintak."

Kening Hud hampir bercantum. "Tiga orang jer ke yang nak datang interview? Company kita ni dah nak bankrupt ke apa sampai takda orang yang apply kerja dengan kita?"

"Err tak, datuk. Ni list yang datuk kata bila datuk tengok jer, terus datuk rasa nak ambil dia orang bekerja," ujar Harraz tersengih-sengih.

Hud menggeleng. Dia tunduk melihat nama di dalam senarai. "Dhia Safiya ni nak minta kerja sebagai apa?"

"Owh. Cik Dhia Safiya ni nak minta kerja sebagai accountant, datuk."

"Okay, esok you minta Puan Siti call untuk tetapkan date datang interview. Yang Fatimah dan Zahid ni nak minta accountant juga ke?"

"Tak, datuk. Fatimah tu nak minta kerja sebagai cleaner. Zahid pula nak minta security."

Hud memandang tepat ke wajah Harraz. Kecik besar sahaja dia melihat lelaki di hadapannya itu. Mahu sahaja Hud campak Harraz keluar daripada kereta.

"Encik Harraz."

"Yer, saya datuk."

"I rasa masa Murni bagi I resume candidate yang apply untuk position accountant hari tu, tebal ni tau." Hud menunjuk buku yang berada di tangan Harraz. "Sekarang you bagi I list 3 orang termasuk position untuk cleaner dan security. Mana nama-nama yang lain?"

"Err…" Harraz menggaru kepalanya. "Ada datuk tapi saya tengok resume dia orang tu macam nak minta jadi model jer jadi saya tak masukkan dalam list lah. Saya risau dia orang tak pandai buat kerja."

"God! You ni kan!" Hud mengetap gigi. "You pergi cari balik nama-nama tu and pass dekat I esok pagi and untuk jawatan cleaner dan security ni you bagi nama dekat staf kita yang handle bahagian tu. Faham tak? Takkan semua you nak I yang interview. Semua benda biar I jer yang buat." Herdik Hud dalam nada suara yang masih dikawal.

"Okay, datuk. Saya faham. Datuk jangan lah marah. Nanti datuk kena depression."

Hud memicit kepalanya. "I kena pun sebab you puncanya." Luahnya seraya memandang ke luar tingkap. "Pak Samad, nanti hantar I balik dulu baru Pak Samad hantar Harraz balik. Esok Pak Samad datang ambil I awal sikit." Arahnya kepada pemandu yang berusia awal 50-an itu.

"Baik, datuk." Balas Pak Samad.

"Datuk…" panggil Harraz.

"Sshhh…" Hud meletakkan jari telunjuk di bibirnya. "Ada apa-apa, esok jer you beritahu I."

"Okay, datuk." Harraz menelan liur. Dia tahu Hud sedang marahnya. Nasib baik Hud tidak melemparnya keluar.

Keadaan di dalam kereta sunyi sepi sehingga kereta Bmw x6 itu berhenti di perkarangan rumah selepas hampir 30 minit perjalanan. Hud keluar daripada perut kereta tanpa memandang wajah Harraz. Dia menapak masuk ke dalam rumah banglow tiga tingkat itu perlahan-lahan kerana tidak mahu orang di dalam rumah terjaga daripada tidur.

Hud berjalan ke ruang tamu dan melabuh duduk di atas sofa. Badannya bersandar pada sofa, matanya terpejam rapat dan tangannya memicit kepala. Lampu yang menyala secara tiba-tiba mengejutkan Hud. Matanya terbuka luas. Dia mengangkat kepalanya dengan mata yang terbuka.

"Hud, kenapa ni?" Soal Datin Seri Badriah.

"Umi. Kenapa umi tak tidur lagi?" Balas Hud dengan soalan.

"Umi turun ambil air sekejap. Kamu kenapa? Tak seronok ke majlis dia orang tu? "

"Biasa jer, umi. Lagipun umi pun tahu kan Hud tak suka sangat pergi majlis-majlis macam tu."

"Sebab tu yang muka kamu masam. Lain kali kalau kamu tak suka, beritahu jer lah dia orang tu baik-baik. Dia orang mesti faham."

"Mana boleh lah, umi. Kalau Hud tak pergi, nanti takda orang kenal siapa Hud. Rugi lah Hud."

"Kamu hantar jer lah wakil. Mintak si Harraz tu wakilkan kamu pergi sana."

"Tak boleh, tak boleh. Daripada saya mintak si Harraz tu pergi, baik saya minta Pak Samad yang pergi. Dia tu bukannya boleh harap, nanti entah apa-apa pula yang dia buat dekat sana." Hud menelan liur. Menyebut sahaja nama Harraz sudah membuatnya rasa berdebar-debar.

"Hurm kalau dah begitu, umi pun tak boleh nak tolong. Susah-susah sangat, biar umi jer lah yang pergi."

Hud menoleh memandang Datin Seri Badriah. "Umi ni, malam-malam pun nak buat lawak lagi kan. Umi pergi lah tidur. Tak baik tidur lewat-lewat," suruhnya lembut. Dahi uminya dikecup perlahan.

"Haha yer lah. Hud jangan tidur lewat yer. Umi naik atas dulu. Nanti abi kamu terjaga, tercari-cari umi pula. Selamat malam, Assalamualaikum."

"Yer lah. Selamat malam, umi. Waalaikumsalam." Hud melemparkan senyuman manis kepada Datin Seri Badriah.

Hud kembali bersandar pada sofa. Hampir 15 minit dia dalam keadaan begitu. Setelah penat, dia bangun dan mula menapak ke tingkat atas. Terasa berat kaki hendak melangkah menaiki anak-anak tangga. Fikirannya kusut memikirkan apa yang berlaku hari ini. Masalah Lisa dan Tiara belum lagi selesai, ditambah pula dengan masalah Harraz. Lama kelamaan, pasti dia terkena serangan jantung.

KRINGGG!!!

Jam penggera di sisi katil berbunyi dengan nyaring. Hud membuka lampu meja lalu mencapai jam penggera tersebut. Jarum jam ditilik lama. Pukul 5.30 pagi. Dia meletakkan semula jam di atas meja lalu bangun daripada perbaringan. Dia duduk bersandar pada kepala katil dan mencapai buku di atas meja. Masih terlalu awal untuk dia bersiap-siap sementelah hari ini dia perlu pergi ke suatu tempat.

Tepat pukul 6 pagi, Hud turun daripada katil. Dia berjalan ke bilik air dan membersihkan badannya. Seusai mandi, dia solat dahulu sebelum bersiap-siap. Laju sahaja Hud bersiap pagi ini. Dia tidak mahu lewat kerana pagi ini dia ada misi yang perlu diselesaikan.

Hud berjalan turun ke tingkat bawah. Dia langsung ke ruang makan. Kelihatan Datin Seri Badriah sudah berada di ruang dapur ditemani Mak Minah dan Kak Ros.

"Selamat pagi, tuan." Tegur Kak Ros apabila mendekati meja makan.

"Selamat pagi, Kak Ros. Umi buat apa kat dalam?"

"Datin Seri tengah susun cawan." Maklum Kak Ros sambil menuang air teh ke dalam cawan.

"Owh. Tak apalah Kak Ros, nanti saya cedok sendiri. Terima kasih." Ujar Hud apabila melihat Kak Ros ingin mencedok bihun goreng ke dalam pinggan.

Datin Seri Badriah mendekati Hud di meja makan. Dia duduk berhadapan dengan Hud. "Awal anak umi pagi ni. Nak pergi mana-mana ke?"

"Ha ah. Hud ada kerja sikit pagi ni." Beritahunya sambil mencedok bihun goreng lalu menyuap ke dalam mulut dengan gelojoh.

"Kalau yer pun nak cepat, makan tu pelan-pelan lah." Tegur Datin Seri Badriah.

Hud mengangguk. Satu lagi suapan bihun goreng masuk ke dalam mulut. Hud meneguk air teh yang masih tersisa. "Umi, Hud pergi dulu yer," ujarnya kalut. Dia mencapai jemari Datin Seri Badriah lalu mengecupnya.

"Hud, hati-hati memandu tu. Pesan Pak Samad jangan laju-laju." Laung Datin Seri Badriah.

Balas Hud dengan anggukan. Dia berjalan laju ke pintu utama. Sempat dia menegur Datuk Seri Hisham yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

"Mana anak awak nak pergi tu? Kalut semacam jer. Nak kata ada girlfriend, takda lah pula. Ke nak jumpa budak-budak model tu. Hisy tak habis-habis buat masalah lah budak ni." Rungut Datuk Seri Hisham.

"Entah lah, abang. Saya pun tak tahu. Hurm tak faham saya dengan si Hud ni." Datin Seri Badriah menggeleng.

Keluhan berat keluar daripada mulut Datuk Seri Hisham. Ada-ada sahaja masalah anaknya itu.

HUD berdiri di hadapan sebuah flat tepat pukul 7.30 pagi. Jarak antara rumahnya dan flat tersebut hanya 15 minit sahaja. Mudah untuk Hud berulang-alik nanti.

"Pak Samad tahu kan tingkat berapa?" Soal Hud.

"Tingkat 6, datuk."

"Jom kita naik. Pak Samad ada cakap apa-apa tak dengan dia?"

"Takda, datuk. Dia pun tak tahu datuk nak datang pagi ni."

"Okay, good. Jom…"

Hud dan Pak Samad berjalan masuk ke blok 2. Mereka menuju ke pintu lift yang berada di tengah-tengah bangunan. Nasib mereka baik kerana tidak perlu alat pengimbas untuk menekan lift.

Sampai sahaja di tingkat 6, Hud dan Pak Samad mencari nombor rumah yang tertera di dalam borang permohonan pekerjaan dahulu. Puas mencari, akhirnya mereka menjumpai rumah tersebut yang berada di tengah-tengah koridor.

Hud berdiri di hadapan pintu. Sempat dia menoleh melihat Pak Samad yang berdiri di sebelahnya. Pak Samad angguk.

Tok Tok Tok!

Tiada sahutan.

Tok Tok Tok!

Masih tiada sahutan.

Tok Tok Tok

"Sekejap…"

Terdengar suara teriakan dari dalam rumah. Hud dan Pak Samad senyum.

"Hurm ada apa ni…" soalnya. Matanya berkelip-kelip apabila memandang wajah Hud dan Pak Samad. "Datuk?"

Hud angguk dan senyum nipis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience