MAWAR: BAB 9

Romance Series 69343

TANGISAN Zanita semakin kuat sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya. Dia melempar semua bantal yang berada di atas katil sehingga bertaburan di atas lantai. Selimut dan kain cadar juga ditarik sehingga tercabut dan terkumpul di satu tempat.

"Benci umi dengan abi. Semua tak faham Lolita. Lolita benci semua orang. Lolita taknak kahwin. Kenapa semua orang tak faham Lolita?" bebelnya seorang diri.

Click!

Pintu bilik dibuka. Hud berdiri sambil bersandar pada bingkai pintu. Dia memeluk tubuh. Dia ketawa kecil melihat Zanita yang sedang menangis. Gaya adiknya itu tidak ubah seperti seorang kanak-kanak berumur 3 tahun.

"Kenapa yang sedih sangat ni? Merajuk sebab umi suruh kahwin ke?" soal Hud sengaja ingin mengusik Zanita.

Jelingan tajam dilemparkan kepada Hud.

"Eh marah. Takkan dengan along pun nak merajuk. Along tak salah apa pun. Ke merajuk sebab suka…" sakat Hud lagi.

"Lolita benci dengan semua orang!"

Hud senyum senget. "Termasuk along ke?"

Lolita menggeleng.

"Okay kita serius. Lolita dah ada boyfriend?"

Soalan Hud membuatkan Zanita berpaling ke arahnya. Bibirnya mancung tetapi dia angguk perlahan.

Hud ketawa. "Owhhh sebab tu yang marah sangat bila umi kata nak carikan dia calon suami. Hurm boleh along tahu siapa boyfriend Lolita?"

Zanita menggeleng. "Tak boleh. Rahsia."

"Kalau dah rahsia macam mana along nak tolong. Nanti kalau umi dan abi paksa Lolita kahwin dengan pilihan dia orang, hmmm along tak tahu…"

Zanita turun daripada katil lalu mendekati Hud. Lengan Hud dipegang. "Along, Lolita taknak kahwin dengan orang lain. Lolita nak kahwin dengan boyfriend Lolita sorang jer…"

"Kalau macam tu… hmmm Lolita kena beritahu lah boyfriend Lolita tu siapa?"

Kening Zanita berkerut. "Lolita kena tanya dia dulu tapi nanti along jangan marah."

"Kenapa along nak marah?" soal Hud pelik.

"Sebab dia boyfriend Lolita lah."

"Hisy takkan lah along nak marah. Taklah. Along kan abang yang baik lagi handsome. Orang handsome mana boleh marah-marah. Jatuh saham I tau…"

Lolita menjuihkan bibir. "Perasanlah along ni. Hurm along jangan lupa pujuk umi dan abi tau. Lolita sayang boyfriend Lolita," luahnya perlahan. Dia tunduk memandang jemarinya.

Hud menepuk bahu Zanita. "Sejak bila adik along ni jadi romantik. Lain betul ni. Siapalah lelaki yang malang tu dapat girlfriend macam you ni…"

"Along ni…" rengeknya dengan mulut yang muncung.

"Yer lah. Nanti along cuba pujuk umi dan abi tapi satu jer permintaan along. Please jangan pakai macam ni. Pelik tahu tak."

Kening Zanita terjongket sedikit. "Mana pelik lah. Boyfriend Lolita suka jer."

"Yer ker? Takkan dia suka?" Mulut Hud ternganga.

Zanita angguk dengan riak tidak bersalah.

"Hurm dia dengan you sama jer. Dua-dua pelik. Okay lah, you rest dulu. Nanti ada masa I akan cakap dengan umi dan abi and you have to introduce him to us. Okay?"

Zanita angguk disusuli dengan senyuman. Matanya mula berkaca. "Thank you, along. Alonglah abang yang paling hebat dekat dunia ni."

"Hebat jer? Handsome?"

"Handsome jugak…hehehe."

Hud menggeleng. "Okaylah. Pergilah rehat. Good night, Lolita."

"Night, along. Sayang along sangat-sangat," ucap Zanita. Dia memeluk tubuh Hud.

Hud membiarkan sahaja perlakuan Zanita. Dia menggeleng sambil senyum senget. Dia terus turun ke tingkat bawah selepas meninggalkan bilik Zanita. Dia menuju ke ruang tamu. Datin Seri Badriah dan Datuk Seri Hisham masih lagi menunggu di ruang tamu. Harraz juga masih setia di tempatnya.

"Zanita macam mana? Merajuk lagi?" soal Datin Seri Badriah.

Hud menggeleng. "Dia dah okay dah. Hud rasa umi patut biarkan jer dia tu. Dia dah pilih jalan hidup dia sendiri. Dia kan budak zaman moden, bukannya budak zaman dulu nak ikut telunjuk kita jer…" usulnya lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.

Datin Seri Badriah mendecit. "Umi tak kisah lah dia budak zaman bila. Umi tetap akan kahwinkan dia dengan pilihan umi. Umi tak suka kalau dia berkawan dengan entah siapa kat luar tu."

"Umi, biar jer lah budak tu. Kenapa suka sangat nak kongkong dia," tegur Datin Seri Hisham pula.

"Hurm eloklah. Korang ni memang bersekongkol kan nak kenakan umi. Entah siapa-siapa pilihan dia tu. Entah baik entah tidak. Buatnya perogol bersiri ke, tak ke teruk anak kita nanti…"

Datuk Seri Hisham mendengus perlahan. "Umi ni, baik lah budak tu kalau dia yang pilih. Pandai lah si Zanita tu buat pilihan. Dah besar panjang dah anak dara kita tu. Dah 23 tahun dah pun."

"Abi dan Hud sama jer…" marah Datin Seri Badriah. "Kamu pun sama," katanya kepada Harraz pula.

Harraz menggaru kepalanya.

"Eh umi ni, Harraz yang tak tahu apa-apa pun terkena jugak ke. Isk isk isk. Harraz, jangan dilayan datin kamu tu. Orang perempuan kalau datang bulan memang macam tu, asyik nak membebel jer kerjanya…" seloroh Datuk Seri Hisham.

"Umi dengar tau..." balas Datin Seri Badriah dari jauh.

Datuk Seri Hisham mengulum tawa. Hud dan Harraz hanya tersengih sahaja melihat telatah datuk dan datin. Ada-ada sahaja gurauan umi dan abinya itu.

"GOOD morning, Murni…" ucap Hud apabila berdiri di hadapan meja Murni.

"Good morning, datuk. Cepatnya datuk masuk pejabat. Saya ingatkan datuk bercuti lagi. Kaki datuk dah okay ke?" tanya Murni sambil menunduk melihat kaki Hud.

"Alhamdulillah, I dah okay. Selama I takda, ada apa-apa yang pelik tak berlaku?"

"Pelik?" Kening Murni berkerut. "Errr takda pulak, datuk. Semuanya okay…" Murni mengangkat ibu jarinya.

"Good." Hud panjangkan lehernya ke bilik Harraz. Harraz tiada di tempatnya. "Mana Harraz? Tak masuk lagi?"

Murni menggeleng. "Belum lagi rasanya, datuk."

"Kenapalah si Harraz tu selalu lewat. Sebelum ni takda pula dia lewat. Rasanya sebab dia suka main game agaknya," gumam Hud sambil menggaru dagunya.

"Apa datuk?"

"Takda apa. Nanti kalau Harraz dah sampai, suruh dia masuk bilik I. I ada benda nak bincang dengan dia…"

"Baik, datuk."

Hud berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya. Murni pula mengekori Hud dari belakang. Hud berpaling.

"You nak pergi mana ni?" soal Hud.

"Errr saya nak letak fail ni. Cik Dhia bagi semalam…"

"Okay tapi kenapa tak letak jer semalam?"

"En. Harraz pesan jangan sesekali masuk bilik datuk walau apa pun yang terjadi. Dia kata arahan daripada datuk," beritahu Murni.

"Owh okay. Pekerja yang mengikut arahan. Good, Murni."

Murni angguk sambil tersenyum. Dia meletakkan fail di atas meja Hud lalu melangkah keluar daripada bilik pejabat Hud.

Hud mengeluarkan telefon daripadanya poket seluarnya lalu diletakkan di atas meja. Dia melabuh duduk di atas kerusi. Sebelah kiri tangannya diletakkan di atas pemegang kerusi, sebelah kanan pula mula memegang tetikus. Matanya tertumpu pada skrin komputer.

"Datuk…" panggil Murni di muka pintu.

"Yes, Murni. Ada apa?"

"Lisa nak jumpa dengan datuk. Boleh ke dia masuk?"

Dahi Hud mula berkerut. Dengusan kasar dilepaskan. "You suruh dia masuk. Thanks, Murni."

"Sama-sama, datuk."

Lisa melangkah masuk dengan penuh gaya. Berlenggang-lenggok dia berjalan ke arah Hud. Sengaja dia menggoyangkan pinggul supaya Hud akan tertarik kepadanya. Dia bertenggek pula di sisi meja Hud. Sisi meja itu telah menjadi tempat kegemarannya.

"Hi, datuk. I rasa macam dah lama kita tak berjumpa kan. You tak rindukan I ke?" soalnya dengan senyuman menggoda. Pipi Hud dibelai penuh manja.

Hud menepis lembut tangan Lisa. "Ada apa you nak jumpa I?"

"I datang jumpa you ni sebab I rindukan you lah."

"Oh really?" Hud menjuihkan bibir. "You jangan ingat I tak tahu apa yang you buat dekat company I. Apa penjelasan you?"

"Datuk…" Lisa memusingkan kerusi Hud supaya berpaling menghadapnya. "I tak sengaja. You tengok tangan I ni, sakit tau…" rengeknya pula sambil menunjuk tapak tangannya yang berbalut. "You tahu kan I terjatuh dekat set, I bukannya sengaja nak sabotaj you. Macam lah you tak tahu reporters dekat negara kita ni macam mana. Dia orang kan suka buat cerita palsu. See, sekarang you dah tak percayakan I…" sambungnya lagi dengan mulut yang muncung. Butang baju Hud dibuka.

Hud mendecit. Dia bangun dan berdiri di sebelah Lisa. "You nak I percayakan you? You tahu tak berapa banyak I rugi disebabkan you? You boleh bayar ganti rugi tu?"

Lisa memeluk pinggang Hud. Dia dongak. "Datuk, please jangan lah marahkan I. You kena percayakan I. I betul-betul tak sengaja."

"Eh apa yang you buat ni? Lisa, lepaskan I…" suruh Hud dengan wajah yang berkerut. Dia cuba menolak tangan Lisa.

Lisa mendekatkan bibirnya dengan wajah Hud. Pipi Hud dikucup.

"Lisa, what are you doing?" tengking Hud. Tubuh Lisa ditolak lalu tangan Lisa dilipat ke belakang.

"Arghhh…" jerit Lisa kuat.

Pintu bilik pejabat Hud tiba-tiba dibuka. "Datuk, apa yang berlaku?" soalnya terkejut.

Tangan Lisa dilepaskan. Lisa berlari bersembunyi di belakang Murni sambil mengusap tangannya. Terkebil-kebil mata Murni memandang wajah Lisa dan Hud. Lagi mengejutkan apabila dia melihat kesan lipstick pada pipi Hud.

"Murni, you bawa Cik Lisa keluar and make sure lepas ni jangan benarkan dia datang jumpa I lagi!" arah Hud dengan wajah yang menyinga.

"Baik, datuk. Cik Lisa, jom kita keluar." Murni mendepang tangan kanannya ke arah pintu.

"I akan saman you! You tunggu surat dari peguam I!" teriak Lisa. Dia mengetap gigi.

"Cik Lisa, please…" minta Murni sekali lagi.

Anak mata Lisa menerkam wajah Murni. Mahu sahaja dia menelan wanita di hadapannya ini hidup-hidup. "I tahulah! I bukannya buta!"

Murni senyum.

Lisa mendengus kasar. Semakin membuak-buak rasa marahnya terhadap Murni apabila melihat Murni hanya tersenyum sahaja. Dia berjalan laju ke arah pintu. Murni mengekori Lisa dari belakang.

Lisa menjeling kepada Harraz yang baru sahaja masuk ke bilik pejabat Hud. Harraz menjongket kening.

"Datuk, kenapa dengan Cik Lisa?" tanya Harraz.

Hud mengesat kesan lipstick yang ada pada pipinya. "Entah. Gila agaknya."

"Apa dia buat?"

Riak wajah Hud berubah muram. Keluhan berat keluar daripada mulutnya. "Takda apalah."

Hud berdiri di tepi tingkap. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia merenung bangunan pencakar langit di hadapannya.

"So, apa kata pegawai polis tu?" sambung Hud.

Harraz mendekati Hud. "Macam ni datuk. Dia orang kata area tu memang tak ada cctv dan tak ada saksi yang nampak kejadian tersebut."

"Eh, kan dashcam kita ada, takkan tak boleh siasat?"

"Masalahnya datuk, dashcam tu kameranya dah pecah. Pegawai polis tu kata, masa kejadian dashcam tu memang tak function langsung…"

Kening Hud berkerut. "Tak function? Maksudnya?"

"Ada orang dah potong wayar dashcam sebelum accident berlaku."

"Impossible! Kereta tu cuma Pak Samad sorang jer yang drive. Macam mana tiba-tiba wayar boleh kena potong. You tahu kan Pak Samad takkan tikam I dari belakang. I kenal Pak Samad."

"Saya bukan menuduh Pak Samad, rasanya ada orang memang perhatikan Pak Samad selama ni. Nanti saya akan tanya Pak Samad kalau dia ada bawa kereta tu pergi mana-mana…" kata Harraz.

"Good. Make sure perkara ni dirahsiakan. I taknak wartawan dapat tahu pasal ni. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut." Hud menoleh memandang Harraz.

"Baik, datuk." Harraz menundukkan kepalanya sedikit sebelum keluar daripada bilik pejabat Hud.

Hud kembali duduk di tempatnya. Fail yang diletakkan oleh Murni sebentar tadi dicapai. Dia mula menyemak setiap helaian kertas satu demi satu.

Hampir 2 jam Hud menyemak fail itu. Dia menilik jam di pergelangan tangannya. Hampir waktu makan tengahari. Dia berjalan keluar daripada biliknya lalu berdiri di hadapan bilik Harraz.

Harraz membuka pintu biliknya. "Datuk dah nak pergi lunch ke?"

"Ha ah." Hud berjalan mendekati meja Murni. "Murni, you dah boleh pergi lunch."

Murni angguk. "Baik, datuk." ujarnya lalu mengatur langkah ke arah bilik bahagian sumber manusia.

Hud dan Harraz berlalu turun ke tingkat bawah. Sampai sahaja di lobby, tiba-tiba Harraz dipanggil ke bilik kawalan keselamatan oleh pengawal keselamatan yang bertugas. Hud pula menapak ke arah pintu utama tanpa pedulikan Harraz.

Keluar sahaja daripada pintu utama, seorang kanak-kanak mendekati Hud.

"Pak cik… pak cik…" panggil kanak-kanak itu.

Hud berhenti melangkah. Dia menoleh ke arah kanak-kanak tersebut. "Yer, adik panggil pak cik ke?"

Kanak-kanak itu mengangguk. Dia berlari menghampiri Hud lalu menghulurkan sekuntum bunga mawar.

Hud tergamam. Dia mengambil bunga mawar di tangan kanak-kanak itu. "Terima kasih," ucap Hud sambil mengusap lembut kepalanya.

"Sama-sama," balas kanak-kanak itu lalu berlari ke arah jalan dan hilang di dalam kesesakan manusia.

Hud menatap bunga mawar di tangannya. Matanya meliar melihat sekeliling tetapi tiada orang yang kelihatan mencurigakan. Hud masuk ke dalam perut kereta. Dia melihat ada kad kecil yang diikat pada tangkai bunga mawar. Dia lantas membaca tulisan pada kad itu.

[I can't tell you how many nights I've fallen asleep in the arms of your ghost.

Sincerely,
Your lover, Mawar.]

Hud mengerutkan keningnya. Dengupan jantungnya mulai laju. Jemarinya dikepal kuat. Dia mengetap gigi.

"Datuk okay ke?" soal Pak Samad yang baru sahaja masuk ke dalam kereta.

Tiada balasan daripada Hud.

"Datuk, tadi saya…" kata-kata Harraz terhenti. Dia menatap bunga mawar dan sekeping kad kecil di tangan Hud.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience