MAWAR: BAB 6

Romance Series 69343

HUD duduk termenung sambil memandang ke luar tingkap. Fikirannya melayang memikirkan lelaki yang Pak Samad maksudkan sebentar tadi. Untuk apa lelaki tersebut memberinya bunga, sedangkan boleh sahaja jika lelaki itu berdepan dengannya. Hud memicit kepalanya. Terasa berat dengan persoalan.

"Pak Samad, lepas ni kalau ada yang bagi you bunga, tolong jangan ambil. I risau kalau orang yang bagi tu ada niat tak baik dengan kita," kata Hud tegas.

Wajah Hud dipandang. "Err baik, datuk."

"I rasa pelik kenapa tiba-tiba ada yang bagi bunga dekat I…" gumam Hud sambil menongkat dagu.

Harraz sedari tadi hanya diam sahaja. Sepertinya dia sedang memikirkan sesuatu. Hud yang melihat keadaan Harraz yang begitu merasa pelik.

"Harraz, you okay?"

"Saya okay, datuk. Hurm datuk rasa orang yang bagi bunga tu orang yang sama ke?" soal Harraz.

"I rasa orang yang sama. Dia memang berani datang ke company I. Dia belum kenal siapa Hud Aariz agaknya…"

"Datuk rasa dia siapa?"

"I'm not sure tapi dia pasti orang yang dekat dengan kita."

"Maksud datuk?"

"Yang ada disekeliling kita."

"Tapi siapa, datuk?

"Manalah I tahu, kalau I tahu tak payah I pening kepala nak fikir." Suara Hud mula meninggi. Wajah Harraz dipandang.

"Hehe, betul juga tu datuk."

Hud menilik wajah Harraz. Anak matanya bergerak-gerak memerhatikan sosok tubuh itu. "Bukan you ke yang bagi I bunga tu?"

"Eh taklah, kenapa saya pula."

"Maybe. How should I know. Lately ni you nampak lain. That's why I rasa you yang bagi I bunga."

Harraz mengerutkan kening. "Apa yang lainnya, datuk? Saya kan okay jer…"

Hud mencebik. "Hari-hari you pelik. Hari-hari you buat I sakit kepala. Ingat Harraz, I tak suka you main-mainkan I. Kalau betul you yang bagi, why not you berte…"

Gedegang!

"Allahuakhbar…"

"Arghhh…" jerit Harraz kuat.

"Pak Samad, be careful!" teriak Hud pula.

Kereta yang dipandu oleh Pak Samad tiba-tiba sahaja dilanggar dari belakang. Pak Samad membelok ke kiri lalu merempuh penghadang jalan. Nasib mereka baik kerana tiada kereta yang lalu lalang ketika itu.

Pak Samad keluar daripada kereta lalu menuju ke bahagian belakang. "Astaghfirullahalazim…"

Hud mengheret kakinya perlahan-lahan mendekati Pak Samad. "Pak Samad nampak siapa yang langgar kita?"

"Tak pasti, datuk. Saya hilang kawalan, terus tak sempat nak memerhatikan sekeliling."

"Datuk, saya takut. Macam mana ni? Aduh…" Harraz memegang dahinya yang benjol.

"You okay, Harraz? Pak Samad, okay?" soal Hud risau.

Harraz angguk.

"Saya okay, datuk. Datuk macam mana?"

"Kaki saya sakit. Arghhh…" ujar Hud mengerang sakit.

Pak Samad dan Harraz tunduk melihat kaki Hud. Kakinya bengkak dan lebam.

"Saya rasa datuk terseliuh ni. Harraz, tolong Pak Samad bawa datuk masuk kereta."

Harraz dan Pak Samad membawa Hud masuk ke dalam kereta. Pak Samad mengeluarkan telefon bimbit dan menghubungi seseorang. Tidak lama selepas itu, dua buah kereta menghampiri mereka. Dua orang lelaki turun daripada kereta masing-masing lalu menghampiri Pak Samad.

Pak Samad memberi arahan kepada dua orang lelaki tersebut. Terlihat mereka terangguk-angguk. Kemudian, Pak Samad masuk ke dalam kereta Hud pula.

"Datuk, kami bawa datuk ke hospital dulu. Nanti orang-orang kita akan settle kat sini."

"Thanks, Pak Samad." tutur Hud.

"Jom, Harraz."

Pak Samad dan Harraz membawa Hud masuk ke dalam kereta yang lain. Mereka bergegas ke hospital yang berhampiran.

Kaki Hud dibalut dan dia disarankan untuk menggunakan kerusi roda supaya kakinya tidak akan bengkak lagi.

"Datuk, kesian kat datuk." Mata Harraz mula berkaca.

Hud memejamkan mata. "Harraz, I belum mati lagi. I sihat jer ni. You pun nampak kan keadaan I…"

"Tahu tapi kaki datuk berbalut macam tu," ujarnya disusuli dengan tangisan. Dia duduk berlutut di hadapan Hud.

Wajah Hud berkerut. Dia menutup mukanya dengan tapak tangan. "Pak Samad, please. Kita kena cepat balik."

"Okay, datuk." Pak Samad menepuk bahu Harraz perlahan. "Harraz, jom kita balik. Dah jangan nangis. Semuanya okay."

Harraz mengangkat wajahnya menatap Pak Samad. Air matanya diseka dengan hujung jari.

Pak Samad yang melihat wajah Harraz basah dengan air mata mula mengesat air mata Harraz.

Hud mendengus perlahan. "Pak Samad, Harraz, jom kita balik. Dah dah lah drama tu. Semakin sakit pula kaki I ni layan drama petang-petang."

"Baik, datuk." balas Pak Samad.

"Datuk jangan lah stress yer…" pujuk Harraz pula.

Sempat Hud beristifar di dalam hati. Entah mengapa Harraz dan Pak Samad memiliki sikap yang sama. Lama kelamaan dia pasti terkena penyakit tekanan perasaan. Hud menggeleng lemah.

"Astaghfirullahalazim. Apa yang dah jadi ni. Ya Allah, Hud. Kenapa ni?" Datin Seri Badriah berlari mendekati Hud yang berada di muka pintu.

"Sayang, bagilah Pak Samad dan Harraz tu bawa Hud masuk dulu," tegur Datuk Seri Hisham pula. Dia dikejutkan dengan berita kemalangan yang melibatkan Hud lalu berangkat pulang ke rumah dengan tergesa-gesa.

Hud dibawa ke ruang tamu dan dibiarkan berbaring. Kakinya pula diletakkan di atas bantal. Semua yang berada di dalam rumah berdiri mengelilingi dia yang sedang berbaring.

"Boleh tak jangan tengok Hud macam tu? Hud bukannya sakit teruk. Kaki terseliuh sikit jer," bebel Hud disusuli dengan dengusan perlahan.

"Mak Minah, Kak Ros, boleh masuk dalam," arah Datuk Seri Hisham.

Mak Minah dan Kak Ros berlalu ke ruang dapur. Pak Mail yang sedari tadi mengekori Harraz dan Pak Samad juga kembali menjalankan tugasnya di luar rumah.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" soal Datin Seri Badriah. Dia duduk menghadap Hud.

Datuk Seri Hisham pula melabuh duduk di sofa bersebelahan. "Cuba cerita dengan kami, apa yang berlaku sebenarnya?" soalnya pula.

"Saya pun tak pasti, datuk seri, datin seri. Tiba-tiba ada kereta langgar dari belakang. Nasib baik lah kereta kami tak terbabas. Kalau tak, saya tak tahu apa nasib kami bertiga," cerita Pak Samad.

"Ya datuk seri, datin seri. Saya terkejut. Takut sangat. Kepala saya ni sakit," beritahu Harraz pula.

Datuk Seri Hisham dan Datin Seri Badriah memandang wajah Harraz. Benjol di dahinya masih lagi kelihatan.

"Alhamdulillah, nasib baiklah kamu semua takda apa-apa. Hisy, kamu ni Hud, kenapa tak beritahu umi? Kenapa diam jer? Nasib baik umi tak sakit jantung tadi tau," marah Datin Seri Badriah. Dia mendengus perlahan. Wajahnya masam memandang ke arah Hud.

"Umi, Hud taknak umi terkejut. Lagipun kami pun takda apa-apa kan."

"Sikit apa macam tu, nasib baik tak patah kaki kamu tu," bebel uminya pula.

"Kan sikit jer ni, umi. Esok okay lah ni. Umi ni jangan la layan Hud cam perempuan. Tu umi patut layan budak tu cam perempuan…" Hud menunjuk ke arah Zanita.

Semua yang berada di situ memandang Zanita yang baru sahaja mendekati mereka di ruang tamu.

"Kenapa semua pandang Lolita?" soal Zanita dengan kening yang berkerut. "Kenapa dengan along?" soalnya lagi lalu melabuh duduk agak jauh sedikit. Dia menoleh memandang Harraz yang sedang memerhati dengan ekor matanya.

Harraz melarikan anak matanya. Risau jika Hud melihatnya memerhatikan Zanita. Dia juga takut dengan renungan tajam Zanita.

"Along accident," beritahu Datin Seri Badriah.

Zanita berdiri sambil menjenguk kaki Hud. "Hmmm bukannya teruk pun. Along hidup lagi kan. Kenapa semua nak risau. Dah la, Lolita naik atas dulu," katanya lalu menjeling ke arah Harraz.

Hud mengetap gigi. "Tak guna punya adik. You tunggu nasib you nanti. Lolita, bulan depan jangan nak mintak duit dengan I," jeritnya kuat.

"Tak kisah pun…" balas Zanita selamba. Dia tahu, Hud hanya bercakap sahaja. Buatnya belum tentu. Dia kenal sangat abangnya itu.

Datin Seri Badriah menggeleng. "Apa nak jadi lah dengan Zanita ni."

Datuk Seri Hisham menepuk lembut bahu isterinya. Dia senyum. "So, esok kamu rest dekat rumah jer. Biar Harraz settle semua appointment kamu. Abi taknak nanti wartawan serbu company kamu macam hari tu."

Harraz angguk. "Setuju. Saya ak…"

"No, abi. Tak boleh!" Hud memandang Harraz.

Belum sempat Harraz berkata apa-apa, Hud memotong kata-katanya terlebih dahulu.

"Esok Hud tetap kena pergi office. Hud taknak Harraz batalkan appointment Hud lagi," ujar Hud sambil memandang wajah Harraz.

Harraz tunduk.

"Macam mana kamu nak pergi kalau kaki macam ni? Kamu duduk rumah jer. Jangan siapa-siapa pun yang bawa Hud pergi office esok. Dengar tak Pak Samad, Harraz?" Datin Seri Badriah membesarkan bola matanya ke arah mereka berdua.

"Baik, datuk." balas Pak Samad.

Harraz menggaru kepalanya. "Saya rasa kan datuk, mesti orang yang langgar kita ni, orang yang sama dengan yang bagi datuk bunga," duganya tanpa rasa bersalah.

Hud membeliakkan bola matanya. Bibirnya diketap geram.

"Bunga apa?" soal Datuk Seri Hisham.

"Ye, Hud. Bunga apa tu? Kamu sembunyikan apa-apa ke daripada kami?" Datin Seri Badriah pula mula menyoal.

"Ala bunga. Bunga biasa jer. Rasanya bukan orang yang sama. Hihihi… errr Pak Samad, tolong bawa Harraz balik office or pergi mana-mana jer lah. Hahaha…" arah Hud. "Dia ni memang sengaja nak cari pasal dengan I…" gumamnya perlahan.

Pak Samad menarik tangan Harraz keluar dari ruang tamu.

"Datuk… datuk… saya tak habis cakap lagi. Saya rasa me…"

Pak Samad menutup mulut Harraz dengan tapak tangannya. Dia mengheret Harraz keluar. Semakin lama Harraz di dalam rumah, semakin banyak rahsia Hud dia bongkarkan.

Datuk Seri Hisham menggaru kepalanya. Kepala digeleng berkali-kali. Keluhan lemah keluar daripada mulutnya.

"Hud, kamu rehat jer lah kat rumah ni. Abi risau kalau dia orang tu masih memerhatikan kamu. Abi pun selalu dengar khabar tak baik pasal kamu. Buat masa ni, kamu rehat dan tenangkan dulu fikiran kamu."

Datin Seri Badriah meraih jemari Hud. "Ya lah, umi pun rasa macam tu. Kamu rehat jer lah kat rumah. Umi risau nanti entah apa pula yang berlaku."

"Tapi umi, abi…"

"Hud, dengar la cakap kami ni," rayu Datin Seri Badriah.

"Hurm yer lah…" balasnya lemah.

Hud akur. Terpaksalah dia habiskan masa di rumah. Mungkin itu yang terbaik untuknya. Dia tidak perlu melihat wajah Harraz untuk beberapa hari. Jiwanya juga akan tenang. Sempat dia menarik nafas lega.

"SELAMAT pagi, datuk."

"Hmmm pagi…"

Perlahan-lahan Hud membuka kelopak matanya tetapi dia pejam kembali. Matanya kembali buka. Bola matanya terbeliak sebaik sahaja melihat Harraz berada di hadapannya.

"You? Apa you buat dekat sini?" soal Hud lantang.

"Kan semalam datuk yang pesan suruh saya bawa Cik Dhia hari ni. Datuk lupa yer. Hurm saya rasa otak datuk dah bergegar sebab hentakan tu, so datuk cepat lupa tapi takpa, ni Cik Dhia…" ujar Harraz sambil menunjuk ke belakangnya.

Dhia yang berada betul-betul di belakang Harraz melangkah ke tepi. "Selamat pagi, datuk. Macam mana kaki datuk? Dah baik sikit?"

Hud menggosok-gosok matanya. Mungkin dia bermimpi. Dia kembali berbaring sambil menutup mata.

"Dhia Safiya?" bisiknya perlahan.

Hud mengangkat kepalanya. Dia merenung wajah Dhia.

Dhia senyum sambil merenung wajah Hud. "Saya, datuk."

Hud memandang wajah Harraz dan Dhia silih berganti. Dia tunduk pula melihat tubuhnya yang separuh bogel. Wajahnya pucat. Dia berselubung di bawah selimut.

"Kenapa pagi-pagi you dah ada kat sini?" soal Hud pelik.

"Datuk kata pagi ni saya kena datang bawa Cik Dhia. Sebab tu lah saya… errr… datang."

"Masalahnya I suruh you datang waktu petang. Bila I dah bersedia sambil duduk santai, bukannya sekarang!" marahnya sambil mengetap bibir.

Dhia tergelak kecil.

Wajah Hud merah merona. Dia menutup wajahnya dengan selimut. "Harraz, bawa Cik Dhia turun. I nak bersiap."

"Takpa, datuk. Kami boleh tunggu kat dalam bilik."

Hud intai di celah selimut. "No! Turun bawah!"

"Errr En. Harraz, kita tunggu kat bawah jer lah," ujar Dhia sambil melakar senyum.

"Errr…"

"Jomlah," Dhia melangkah keluar dari bilik.

"Datuk, kami tunggu datuk kat bawah yer. Datuk jangan lama-lama…" pesan Harraz sebelum menutup pintu bilik.

Hud melepaskan nafas lega. Dia segera bangun dan mengesot turun daripada katil. Terhinjut-hinjut dia melangkah ke arah cermin.

"Ada ke patut Harraz bawa Dhia pagi-pagi tengok muka I yang handsome ni. Nasib baiklah takda air liur basi, kalau tak, habis jatuh saham I." Hud menoleh ke arah pintu. "Siapalah yang memandai suruh dia orang naik atas. Siap lah kalau I tahu!" Hud mengepal jemarinya.

Pintu bilik ditolak dari luar.

"Along!" panggil Zanita.

"Ops mak kau…" Hud menutup tubuhnya dengan tangan. "Fuhhh nasib baik pakai seluar. Nak apa?"

Zanita tersengih-sengih. Dia bersandar pada bingkai pintu sambil memeluk tubuh. "Tadi Lolita yang suruh dia orang naik atas. Bukan main sedap along tidur, siap ternganga lagi. Isk isk isk buat malu jer kat awek cun tadi," tipunya sambil menggelengkan kepala.

Hud memerhatikan Zanita yang memakai skirt kembang paras betis, blouse pendek paras pinggang dan stoking paras lutut. Dia mengerutkan kening. Agak pelik pemakaian Zanita tetapi nampak kemas.

"Yer lah tu. Macam lah along percaya. Ni nak pergi mana ni?" soal Hud dengan kening yang masih berkerut.

"Tak pergi mana. Kan bank Lolita hari ni tak sihat so tak dapat lah duit. Hmmm…" beritahu Zanita sambil menggigit kuku tangannya.

Terhambur ketawa Hud. "Tak habis-habis dengan duit. Baru jer I bagi RM300, you buat apa cepat sangat habis?"

"Ala, ada lah yang Lolita buat. Takkan semua nak kena cakap."

"You bela gigolo ek?"

"Hisy apa lah along ni. Muka Lolita ni memang nampak cam sugar mama ke?"

"Sama dah sikit-sikit. Dengan makeup cam tu. Harraz pun tak hingin dengan you tau."

"Dah lah. Merajuk. Bye." Zanita berlari keluar bilik tanpa menutup pintu.

"Lolita… Lolita…" jerit Hud kuat.

"Datuk cari saya?" soal Harraz yang tiba-tiba sahaja muncul.

Share this novel

Zue
2023-09-13 03:02:29 

bole dah datuk tempah batu nisan siap²????????????


NovelPlus Premium

The best ads free experience