MAWAR: BAB 14

Romance Series 69343

SEBAIK sahaja pihak polis tiba di tempat kejadian, seorang pegawai polis mendekati Harraz yang masih lagi berdiri di sebelah mayat lelaki yang ditembak sebentar tadi. Orang ramai mula mengerumuni kawasan kejadian.

"Tuan…"

"Yer, Harraz."

"Saya cuba cari orang yang mencurigakan di sekitar kawasan ini tapi tak ada yang pelik. Mungkin selepas dia lepaskan tembakan, dia terus melarikan diri." Maklum Harraz kepada pegawai polis itu.

Bahu Harraz ditepuk perlahan. "Takpa, Harraz. Serahkan semuanya kepada kami. Buat masa sekarang, awak jangan ambil apa-apa tindakan. Saya takut awak jadi sasaran mereka selepas ni."

Harraz angguk. "Jangan risau, tuan. Saya akan lebih berhati-hati."

Pegawai polis itu duduk mencangkung di hadapan mayat lelaki tadi. Dia memakai sarung tangan. "Kalau kita tengok keadaan bekas tembakan pada badan mangsa, orang yang melepaskan tembakan ni bukan orang yang biasa-biasa. Dia pasti penembak yang mahir sebab tembakan dia tepat ke dada mangsa. Kami akan siasat pemilik butir peluru yang ada pada mangsa…"

"Baik, tuan. Saya harap kes ni akan cepat selesai. Semakin menjadi-jadi pula puak-puak ni. Sebelum ini mereka cuba nak bunuh datuk tapi sekarang, orang yang tidak bersalah pula menjadi mangsa mereka," balas Harraz.

"Itulah. Manusia sekarang ni memang semakin berani. Sanggup melanggar undang-undang negara demi kepentingan sendiri. Apa-apa nanti, kami akan maklumkan kepada awak. Nanti kita jumpa lagi," ujar pegawai polis itu.

"Baik, tuan. Saya balik dulu."

Pegawai polis itu mengangguk.

Harraz segera balik ke bengkel kereta semula dan mendapatkan keretanya. Masuk sahaja ke dalam kereta, telefon pintarnya tiba-tiba sahaja berdering. Bibirnya mengukir senyum.

"Hello." Terdengar suara Hud di talian.

"Hello, datuk. Saya dah hubungi pihak polis. Esok saya akan maklumkan kepada datuk."

"Okay. Apa-apa pun you kena hati-hati, Harraz. I taknak apa-apa terjadi terhadap you."

"Baik, datuk. Okay, bye." Harraz mengulum senyum.

Telefon pintar diletakkan di atas katil sebaik sahaja Hud menamatkan panggilan. Dia mendengus kasar. Dia berjalan mundar-mandir di dalam bilik sambil bercekak pinggang. Sesekali dia memeluk tubuh pula. Menjadi seorang lelaki bernama Datuk Hud Aariz ini bukanlah mudah. Ada sahaja masalah yang datang. Hud berjalan ke arah cermin besar di tepi tingkap. Dia menilik tubuhnya yang separuh bogel pada cermin.

"Handsome sangat ke aku ni sampai ramai betul yang sukakan aku?" desisnya.

Pelbagai gerak dan gaya Hud persembahkan di hadapan cermin. Bibirnya mengukir senyum.

"Patutlah ramai yang suka, rupanya memang handsome pun. Hahaha…"

Click

Bunyi tombol pintu dibuka membuatkan Hud menoleh ke arah pintu.

"Siapa tu?" Laungnya dari dalam bilik.

"Cakkk…" Muncul Zanita sambil tersengih-sengih.

Hud menjuihkan bibir. "Apa cak cak?" soalnya yang masih lagi menatap cermin.

"Umi panggil along turun bawah."

Umi ni, macam tahu-tahu jer aku dah balik. Bersusah payah aku lari. Hisy.

"Along dengar tak Lolita kata umi panggil," ulang Zanita lagi sekali.

"Yer, along dengar. Kejap lagi along turun lah."

"Umi kata, now!"

Hud berpaling lalu merenung wajah Zanita. "Sejak bila you rajin sangat jadi orang suruhan ni?" soal Hud sambil bercekak pinggang.

"Biarlah. Umi kata turun sekarang!" Jeritnya sebelum menghempas pintu bilik kuat.

"Hisy budak ni kan. Runtuh rumah ni nanti…" laung Hud kuat. "Hmm baik aku mandi…"

Hud bernyanyi sambil berjalan masuk ke dalam bilik air. Siap sahaja membersihkan badan dan berpakaian, Hud langsung turun ke tingkat bawah. Matanya meliar melihat sekeliling ruang tamu dan ruang rehat. Kelibat uminya tidak kelihatan. Dia senyum senget. Dia mula mengatur langkah ke arah pintu utama.

"Ha, Hud. Nak pergi mana tu?" Tegur Datin Seri Badriah.

Belum sempat Hud melangkah keluar daripada rumah, uminya terlebih dahulu menegur.

Hud menoleh. "Tak pergi mana-mana pun, umi. Harraz kata nak jumpa kejap, ada benda nak beritahu. Pasal kerja…" tipunya selamba.

"Hurm tak habis-habis dengan si budak Harraz tu. Apa kata kalau kamu minta si Harraz tu duduk dengan kita jer, kan senang."

"Eh mana boleh cam tu, umi. Rumah kita ni dah la ada anak dara. Mana boleh suruh orang luar duduk sekali. Umi ni…" balas Hud lagi disusuli dengan gelengan.

Datin Seri Badriah menggeleng. "Ha yer lah. Kamu ke sini sekejap. Ada benda umi nak bincang."

Hud mendengus lemah. "Umi nak bincang apa lagi? Hud betul-betul ada kerja lah." Rengeknya seperti budak-budak lalu berdiri di sebelah uminya.

"Hisy kamu ni kan. Duduklah dulu." Datin Seri Badriah menarik tangan Hud supaya duduk di sebelahnya.

"Ni mesti nak cakap pasal nak jodohkan Hud kan? Hud dah kata Hud ada calon Hud sendiri. Umi janganlah risau. Umi ni buat Hud cam budak-budak lah."

Datin Seri Badriah menampar lembut paha Hud. "Dengar lah dulu umi nak cakap ni. Pilihan umi tu anak Datin Mastura. Umi pun dah berbincang dengan dia, dia pun dah setuju. So, bila-bila Hud free nanti boleh lah kita masuk meminang…"

"Siapa Datin Mastura tu? Hud taknak lah umi. Hud dah ada pilihan hati Hud sendiri."

"Along memang tak kenal Datin Mastura ke?" soal Zanita tiba-tiba.

Hud mengerutkan keningnya. "Siapa?" Tanya Hud sambil menatap wajah mereka silih berganti.

"Datin Mastura tu mama si Dhia Safiya yang along suka tu lah. Suami dia Datuk Halim. Dah puas hati?" Beritahu Zanita disusuli dengan gelengan. Dia mendecit perlahan.

Mulut Hud melopong. Seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Betul ke umi?" Soalnya kepada Datin Seri Badriah pula.

"Astaghfirullahalazim, budak ni. Betullah. Tu yang umi nak berbincang dengan kamu. Yang kamu pula asyik lari jer bila nampak umi…"

Kepalanya digaru. "Manalah Hud tahu. Ingatkan siapalah Datin Mastura ni. Rupanya mama Dhia, bakal mak mentua Hud. Hmm Lolita, macam mana you tahu? Ha mesti ada something ni. Beritahu cepat!" Matanya tajam terarah ke arah Zanita.

Zanita menelan liur. "Errr tahu lah… kan masa anniversary Datin Mastura dulu tu. Ha masa tu. Kan umi?"

Datin Seri Badriah memukul paha Hud lagi sekali. "Yang kamu tiba-tiba nak soal adik kamu dah kenapa? Masalahnya sekarang ni kamu. Setuju ke tidak?"

Hud bangun lalu menyeluk tangannya ke dalam poket seluar. "Kalau orang dah nak, Hud tak kisah pun. Suruh jer dia masuk meminang Hud. Hud setuju jer…"

"Kamu ni mengada-ngada betul. Takkan lah perempuan nak meminang lelaki." Datin Seri Badriah menarik telinga Hud.

"Umi ni, jatuh lah saham Hud kalau umi asyik buat macam ni jer. Nanti depan orang, umi jangan nak tarik telinga Hud ek. Depan Harraz pun jangan. Ni amaran tau."

Kata-kata Hud dibalas dengan tamparan kecil berulang-ulang kali di bahunya. "Budak ni nak mengajar umi yer. Nak kena ni."

"Hahaha padan muka…" ejek Zanita disusuli dengan ketawa.

Hud berlari mengelilingi ruang rehat dan dikejar oleh uminya. Semakin rancak mereka ketawa apabila Hud tergelincir lalu terjatuh di atas sofa berbentuk L.

"SELAMAT pagi, Murni. Saya nak jumpa datuk boleh?" Sapa Dhia lembut.

Murni dongak. "Eh Cik Dhia. Selamat pagi. Boleh, kejap ek saya beritahu datuk" Murni menelefon Hud. "Datuk, Cik Dhia nak jumpa?"

"Suruh dia masuk." Terdengar suara Hud di dalam telefon.

"Okay, datuk." Balas Murni. "Cik Dhia, masuklah."

"Terima kasih yer, Murni." Dhia melempar senyum.

Balas Murni dengan anggukan. "Sama-sama."

Dhia berjalan ke bilik pejabat Hud. Sempat dia membetulkan rambutnya sebelum masuk ke dalam.

Tok Tok Tok

"Masuk."

Dhia menolak daun pintu lalu masuk ke dalam bilik. "Saya ganggu datuk ke?"

Hud dongak. Badannya bersandar pada kerusi. "I suka diganggu oleh you."

Dhia melarikan anak matanya apabila Hud menatapnya lama.

"Datuk ni. Errr sabtu ni datuk sibuk tak?"

Hud menatap nota lekat pada kalendar. "Hmm sabtu ni I nak jumpa dengan Datuk Khairul dekat kelab golf. Petang, maybe I will be free. Kenapa?"

Dhia menghampiri meja kerja Hud. "Hmmm kalau kita keluar tengok wayang, datuk nak tak?"

Hud senyum senget. "You nak ajak I pergi dating ke? Patutnya I yang kena ajak you. Hurm, why not. I okay jer…"

Dhia menepuk tangan. "Yeayyy, kalau cam tu kita jumpa sabtu ni lah."

"Sure," balasnya pendek.

Dhia gigit bibir bawah. "Errr saya keluar dulu lah cam tu."

"Okay." Hud masih merenung Dhia sehingga Dhia keluar dari biliknya. "Yes, I akan pergi dating dengan Dhia." Hud memainkan muzik di komputernya lalu dia bangun dan menari. Pelbagai gaya dan jenis tarian dia menari.

Selepas puas menari, Hud melabuh duduk di atas kerusi. Dia berpaling menghadap komputernya semula.

"Oh mak kau Dhia…"

Mata Hud terbeliak apabila melihat Harraz yang sedang berdiri menatapnya.

"Errr datuk dah habis menari ke?" soal Harraz sambil menggaru pipinya.

"Bila you masuk?"

"Errr baru jer datuk. Start datuk menari tarian cucuk bulan…"

Hud menepuk dahinya dengan telapak tangan. "Hmmm takpalah. So, macam mana kes tu?" tanya Hud ingin mengubah topik perbualan.

"Kes tu pihak polis akan selesaikan, jadi dia orang kata buat masa ni jangan ambil apa-apa tindakan. Maybe datuk masih lagi menjadi target dia orang."

Hud mengepal jemarinya. "I tak faham lah siapa punya kerja ni. Lepas accident, macam-macam perkara pula terjadi. Siapa yang bencikan I sangat ni. Hmmm…" gumamnya perlahan.

"Saya pun tak pastilah datuk. Sabtu ni datuk nak saya temankan datuk pergi jumpa Datuk Khairul ke?"

"Takpa, I boleh pergi sendiri. You buat lah kerja you." Balas Hud sambil menatap telefon pintarnya. "Harraz, you dah boleh keluar."

"Baik, datuk."

Kening Hud berkerut apabila melihat tajuk berita di dalam media sosial. "Datuk Hud penyebab Datuk Andrew bunuh diri? Siapa yang pandai-pandai tulis berita macam ni? Aduh…" keluhnya perlahan.

PAGI ini habis sahaja temujanji Hud bersama Datuk Khairul di kelab golf, dia langsung bersiap-siap untuk keluar menonton wayang bersama Dhia. Hud duduk lepak di sebuah cafe di dalam pusat membeli belah sementara menunggu Dhia datang.

"Hi, datuk." Tegur seorang perempuan.

Hud menoleh melihat kelibat orang yang menegurnya.

"Eh Tiara, hi…"

"Sorang jer ke, datuk?" tanya Tiara lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Sengaja dia melentikkan punggung dan duduk menopang dagu supaya Hud melihat lurah dadanya.

Hud melarikan pandangan matanya. "I tunggu kawan I. Errr you shopping ke?"

"Ha ah. Isnin ni kan I ada event, so saja lah nak cari baju. You dijemput kan untuk event tu?" Tiara membelai jemari Hud yang diletakkan di atas meja.

Hud angguk. Dia melarikan tangannya lalu diletakkan di atas pemegang kerusi.

"Yes."

"If you don't mind, apa kata kalau kita pergi sekali. You single and I pun single kan, why not kalau kita…"

"Datuk Hud dah ada partner." Sampuk Dhia yang muncul tiba-tiba.

Hud dan Tiara menoleh ke arah Dhia yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh. Tiada senyuman di wajah itu.

"Errr you…"

"Excuse me, Tiara. Ni date partner I hari ni. Perkenalkan, Dhia Safiya." Hud mengukir senyum kepada Tiara. "Dhia, ni Tiara." Sambungnya lagi.

Dhia berdiri di sebelah Hud. "Hi, Tiara." Dia melabuh duduk lalu merangkul tangan Hud yang berada di atas pemegang kerusi. Anak matanya menatap tajam wajah Tiara. "I kenal you. Tiara ni model untuk produk papa I kan. Betul tak biy?" Dhia menyoal Hud yang berada di sebelahnya.

Hud ternganga sedikit. Terkejut dengan perlakuan Dhia. "Err yes, betul."

"Oh anak Datuk Halim." Tiara menatap Dhia dari atas hingga ke bawah.

Dhia menghadiahkan Tiara renungan maut. "Hmm biy, jom lah kita pergi. Nanti tak sempat nak tengok wayang." Dhia menarik tangan Hud supaya bangun. "Nanti kita berbual lagi yer. Bye, Tiara. Jom biy…" ujarnya sambil sekali lagi menjeling ke arah Tiara.

Hud angguk. "Okay, sayang. See you later, Tiara."

"Bye, datuk." Balas Tiara dengan wajah yang merah merona. Dia mengetap gigi.

"Biy…" rengek Dhia manja sambil melentokkan kepalanya di atas bahu Hud. Sempat dia menoleh ke arah Tiara. Dia senyum puas.

Padan muka kau! Puas hati aku! Nak sangat kacau cinta hati aku! Desis Dhia.

"Tak guna punya perempuan! Takpa, ni hari kau, kau jangan ingat kau boleh dapatkan Hud sekarang, selama-lamanya dia akan jadi milik kau. Kau tunggu lah!"

Tiara menghentak kakinya sebaik sahaja Hud dan Dhia berlalu pergi. Keluhan berat dilepaskan. Jemarinya dikepal kuat. Langkah kakinya diayun laju meninggalkan kawasan cafe tersebut.

Hud menoleh menatap Dhia yang sudah melepaskan rangkulan. "Hmmm sejak bila you jadi pelakon ni?" soalnya sambil senyum senget.

Dhia muncungkan mulutnya. "Datuk memang suka ek perempuan yang pakai baju seksi macam tu?"

"Taklah. I suka you."

Dhia tersentak. Dia yang tadinya muncung, langsung tersenyum lebar. "Datuk ni, memang straight to the point kan…"

"I tak suka nak berkias-kias. So, you sukakan I tak?"

Dhia tunduk. Malu hendak menatap wajah Hud.

"Kalau tak suka takpalah. I sedar I ni siapa. Bagi pungguk rindukan bulan jer…"

Terhambur ketawa Dhia. "Manalah datuk dapat semua peribahasa ni. Tak sesuai lah."

"I belajar lah. Ingat I tak tahu ke. So, you suka I ke tak?"

"Hmm suka lah." Balas Dhia perlahan.

Hud senyum senget. Gelagat Dhia nampak comel di matanya. Hatinya melompat gembira apabila Dhia membalas cintanya.

Tak sabarnya nak kahwin! Jeritnya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience