[FREE READING] HUD AARIZ iaitu seorang lelaki yang tampan, tegas, berstyle dan sempurna di mata para gadis sentiasa menarik perhatian mereka walau di mana sahaja dia pergi, bahkan ada yang sanggup buat apa sahaja demi lelaki itu. Hud Aariz merupakan seorang ahli peniagaan yang berjaya sehingga produk hasil ciptaannya telah menembusi pasaran luar negara dan telah dianugerahkan gelaran datuk pada usia yang muda kerana kekayaan yang dia miliki setaraf dengan jutawan di tanah air. Kebijaksaan yang dia miliki telah menarik ramai pelabur untuk melabur di syarikatnya tetapi dalam masa yang sama dia juga seorang yang mementingkan kesempurnaan dan tidak suka bergaul. Dia juga mendapat kepercayaan pelabur dari luar negara. Kehidupannya yang sempurna dan serba mewah itu sentiasa mengundang kebencian oleh pesaing-pesaing perniagaannya sehingga ada yang mengugutnya setiap hari. Bunga mawar tanpa nama pengirim di atas meja pejabatnya pada hari itu telah mengubah segala-galanya. Bunga mawar tersebut dikirim tanpa nota mahupun kata-kata indah atau kata kutukan telah menyebabkan Hud sentiasa berwaspada dengan siapa dia berkawan dan berjumpa. Hud berusaha untuk mencari pengirim bunga mawar sehingga dia sanggup mengupah seorang penyiasat persendirian tetapi masih juga tidak dapat mencari siapa pengirim tersebut. Pertemuannya dengan Dhia Safiya sedikit sebanyak telah mengubah persepsinya terhadap pengirim bunga mawar itu dan kerana sikap Dhia yang selalu mengambil berat terhadapnya, Hud Aariz telah jatuh cinta dengan Dhia Safiya dan dijadikan sebagai suri hidupnya. Dapatkah Hud Aariz menemukan siapa pengirim bunga mawar itu? Atau mungkin juga pengirim tersebut adalah Dhia Safiya? SEKALI TERJERAT, KAU TAKKAN AKU LEPAS!
View All Chapters (Total 13 Chapter)
Update 23 September 2023
2023-09-23 1 Replies
wowwwww semakin xtreme nih..tiber ade aksi kejar mengejar bunuh membunuh..biau betik...
2023-09-23 1 Replies
Alamak..apa yg kt jangka sume salah…ingtkn lolita dgn harraz..penyondol rupanya ko ni ye…entah2 dhia dgn mak dia dah tau kot adik hud ni ada huhungan dgn bapk dhia..sbb tu dhia tackle hud..n planning menjadi…datuk halim terus putus dgn lolita…entah2 yg buat hud accident pun dhia…ni mcm kes dendam ni…sbb adik hud kacau rumahtangga mak bapak dhia…
2023-09-23 1 Replies
masih menjadi tanda tanya.. sapa yg selalu bagi bunga dkt hud ni