LANGKAH diayun laju masuk ke dalam lobby. Hud langsung tidak membalas sesiapa sahaja yang menegurnya. Dia mendengus kasar sebaik sahaja masuk ke dalam lift. Sampai sahaja di tingkat atas, Hud terus masuk ke dalam biliknya. Harraz mengekori Hud dari belakang.
Harraz meletakkan bunga mawar di atas meja Murni. "Murni, nah bunga untuk awak."
"Errr Harraz, kenapa…" Ayat Murni tergantung apabila Harraz menghilang masuk ke dalam pejabat Hud. Dia mencium bunga mawar itu lalu mengukir senyum.
Harraz memasukkan nota kecil ke dalam poket seluarnya. Dia mendekati Hud yang sedang berdiri sambil memicit kepalanya.
"I tak sabar nak tahu siapa pengirim bunga ni! I pasti dia sedang perhatikan gerak geri I selama ni!"
"Datuk, saya rasa dia memang ada dekat dengan kita lah. Kalau betul dia duduk jauh, takkan apa saja yang datuk buat dia tahu. Entah-entah…"
Hud menoleh. Keningnya berkerut. "You panggil Dhia masuk pejabat I sekarang."
"Baik, datuk."
Harraz berjalan keluar dari bilik Hud. Dia turun ke tingkat bawah mendapatkan Dhia dan kembali semula bersama Dhia.
Murni yang berada di muka pintu hanya mampu memerhatikan sahaja.
"Murni, tolong tutupkan pintu." Arahnya kepada Murni. Apabila pintu ditutup rapat, Harraz memandang Hud semula. "Datuk, Cik Dhia…"
Dhia memandang wajah Hud dan Harraz silih berganti. "Err datuk nak jumpa saya ke?"
"Dhia, I nak tanya you. Selama ni you kirmkan bunga mawar kepada I, kan?" Soal Hud sambil menatap tajam wajah Dhia.
Dhia menelan liur. "Bunga mawar? Errr tak. Kenapa?"
"Betul ke?"
Dhia angguk laju.
Dengusan lemah keluar daripada mulut Hud. "Dhia, boleh tak you beritahu family you yang sabtu ni family I akan datang merisik, sekali meminang."
Mulut Dhia ternganga luas. "Sabtu ni? Ta… tapi… errr datuk serius ke?"
"Yes. I serius. I tak pernah main-main dalam hal macam ni."
"Saya… errr saya tak bincang lagi dengan papa dan mama saya. Boleh tak kalau saya bincang dulu dengan dia orang?" Tangannya yang menggigil mula memegang sisi seluar labuh yang dipakai.
Hud merapat dengan Dhia. Dia merenung wajah Dhia dalam. Anak matanya memandang tepat ke dalam anak mata Dhia sehingga gadis itu melarikan anak matanya.
"Malam ni, you balik and you beritahu papa dan mama you. I nak sabtu ni family I boleh pergi merisik. Faham?"
"Errr fa… faham, datuk." Menggigil bibir seksi Dhia hendak membalas kata-kata Hud.
Hud senyum lebar. "Okay, good Dhia. You dah boleh keluar."
Dhia memandang wajah Harraz. Dia mengerutkan keningnya. Harraz mengangkat kedua-dua bahunya tinggi.
"Saya keluar dulu." Ujarnya lalu meninggalkan bilik pejabat Hud. Terkumat-kamit mulutnya memarahi Hud yang suka buat keputusan tiba-tiba itu. Memang dia sukakan Hud tetapi bukannya dia mahu berkahwin dengan Hud secara mengejut. Pasti papa dan mamanya tidak akan setuju.
"Eh Cik Dhia, kenapa ni?" Murni merasa pelik melihat tingkah laku Dhia.
Dhia berdiri di hadapan meja Murni sambil menopang dagu. "Murni, awak rasa kan, saya dan datuk tu sesuai tak?"
Murni menggaru kepalanya. "Maksud Cik Dhia?"
"Hmm takpalah. Saya turun bawah." Langkah kaki Dhia diatur perlahan-lahan ke arah lift. Dia masih lagi tidak percaya dengan apa yang diberitahu oleh Hud. Mungkin Hud sedang permainkan dia.
"Cik Dhia…" panggil Murni perlahan.
Dhia tidak membalas.
Murni semakin hairan. "Kenapa dengan Cik Dhia tu?" Desisnya. Murni meneruskan semula kerjanya.
Di dalam bilik Hud pula, Hud ketawa kecil melihat riak wajah Dhia. Pasti Dhia terkejut dengan apa yang diberitahu olehnya tadi.
"Datuk, betul ke apa datuk buat ni?" Soal Harraz yang juga terkejut dengan keputusan Hud.
Hud memalingkan tubuhnya ke arah Harraz. "Betullah. I nak tengok sejauh mana permainan Dhia."
"Tapi datuk, saya tak rasa lah orang yang mengirim bunga tu Dhia. Hmm datuk nak kahwin dengan dia sebab datuk cintakan dia atau datuk nak tangkap si pengirim bunga tu?"
Terjongket kening Hud. "Mestilah sebab I cintakan dia. You pun tahu kan selama ni I memang sukakan dia. Pedulikan si pengirim bunga tu, yang pasti I nak kahwin dengan Dhia secepat yang mungkin…"
"Hmm kalau macam tu takpalah. Datuk kahwin lah dengan dia." Balas Harraz lalu menjatuhkan wajahnya.
Semakin pelik Hud melihat Harraz. Harraz cemburu ke dengan aku.
"Kenapa ni?"
Harraz menggeleng.
"You mesti ada something kan nak beritahu I. You boleh terus terang jer. I tak kisah."
"Hmm nanti datuk mesti dah taknak keluar makan dengan saya kan lepas kahwin. Mesti saya dah jadi nombor dua dalam hidup datuk."
Hud menelan liur. Dah kenapa dengan si Harraz ni. Buang tebiat agaknya.
"Harraz, walaupun I dah kahwin, you tetap errr nombor satu kat company I so you jangan risau. Ha, apa kata kalau you cari girlfriend…"
Harraz mengerutkan keningnya. "Hurm siapa?"
Hud menggaru dagunya. Senyuman senget dilemparkan kepada Harraz.
"Murni?"
"Murni?" Ulang Harraz.
"Ha ah. Murni. So you boleh keluar makan dengan dia. Macam mana?"
Lolita macam mana? Tak boleh! Aku kena setia dengan Lolita!
"Tapi… errr nanti lah saya fikir. Buat masa ni saya single jer lah."
Hud bertenggek pada sisi meja. "Hurm you ni memilih kan. Murni pun you taknak. Single jer lah sampai bila-bila."
Harraz menggaru kepalanya. Bukannya dia tidak mahukan Murni tapi mahu ke Murni dengan dirinya. Lagipun dia telah berjanji dengan Lolita yang dia akan berlakon menjadi teman lelakinya, pasti Lolita tidak akan mengizinkan dia untuk mencari teman wanita lain.
Dhia mendekati Datuk Halim dan Datin Mastura yang sedang duduk di ruang tamu rumah mereka. Dia menelan liur. Dia risau jika papanya akan naik angin apabila diberitahu soal keluarga Hud yang ingin datang merisik sabtu ini.
"Err papa, mama…" panggil Dhia perlahan.
"Yer, Dhia. Ada apa?" Datin Mastura mula menyoal.
"Err Dhia ada benda nak beritahu. Hmm pasal Hud."
Datuk Halim menoleh laju ke arah Dhia. "Kenapa dengan Hud? Kali ni apa pula? Hari tu bukan main lagi kamu keluar makan dengan dia, takda pula kamu nak cerita dengan kami ni…"
"Bukan macam tu, papa. Err Dhia pun tak sangka yang datuk nak ajak Dhia keluar." Balasnya lalu menundukkan wajahnya.
Datin Mastura memukul lembut paha suaminya. "Abang ni dah kenapa? Biarlah budak tu nak keluar dengan Hud tu. Abang tak suka ke?" Merasa pelik dengan sikap suaminya.
"Saya bukannya apa. Awak rasa kalau wartawan nampak Hud tu keluar makan dengan anak kita, dia orang akan duduk diam ke. Nanti tiba-tiba keluar pula dalam surat khabar yang kita ni sengaja nak suruh anak kita mengorat si Hud tu. Malu tahu tak…" keluh Datuk Halim panjang lebar.
"Hisy abang ni. Takkan lah sampai ke situ. Hal budak-budak, biar jer lah. Takkan kita nak halang. Hmm Dhia, kamu nak beritahu apa tadi?" Pandangan dialihkan kepada Dhia.
Dhia menatap wajah Datuk Halim dan Datin Mastura silih berganti. "Err sabtu ni err family Hud nak datang merisik."
"Merisik?" Datuk Halim langsung berdiri. Mulutnya ternganga.
"Abang ni dah kenapa? Terkejut saya. Kenapa yang sampai terkejut sangat tu. Pelik lah orang tua ni." Bebel Datin Mastura. Dia menoleh memandang Dhia. "Jadi sabtu ni mereka nak datang lah yer. Alhamdulillah. Mama setuju. Beritahu Hud yang kami dah setuju. Nanti mama akan berbincang dengan datin seri."
Datuk Halim duduk semula. "Awak ni dah kenapa senang-senang sangat nak setuju. Kita berbincang lah dulu."
Datin Mastura mendecit perlahan. "Datuk Halim oi, biarlah budak-budak ni nak kahwin. Yang abang kalut semacam jer ni dah kenapa? Dah buang tebiat? Dah nak mampus?"
Dhia ketawa kecil apabila mendengar kata-kata mamanya. Dia berhenti ketawa apabila Datuk Halim memandang ke arahnya.
"Dhia naik atas dulu lah. Sabtu ni tau. Yeayyy Dhia nak kahwin…" jerit Dhia lalu berlari naik ke tingkat atas.
"Dhia… Dhia… papa belum habis cakap lagi ni…" panggil Datuk Halim.
Paha Datuk Halim ditepuk perlahan. "Abang ni pun, biarlah dia. Dah dia happy nak kahwin ke abang nak kahwin lagi satu ni?" Kening Datin Mastura terjongket sedikit.
Datuk Malik menelan liur. "Taklah. Kenapa pula saya yang nak kahwin?"
"Manalah tahu, abang jangan main-main dengan saya. Saya potong anu abang nanti kang…"
"Sayang, jom kita tengok cerita. Best pula cerita ni kan." Datuk Halim menghembuskan nafas lega apabila Datin Mastura kembali senyum.
Seminggu kemudian. Suasana heboh di pekarangan rumah Datuk Halim dan Datin Mastura dengan kedatangan keluarga Hud dan saudara mara mereka untuk majlis merisik dan meminang anak tunggal mereka iaitu Dhia Safiya.
Sebaik sahaja semua tetamu masuk ke dalam rumah, perbincangan antara dua keluarga pun berlangsung dan kata sepakat telah pun dibuat. Dhia dipanggil turun ke bawah untuk acara menyarungkan cincin.
Perlahan-lahan langkah kaki diatur naik ke atas pelamin. Dhia cantik memakai baju kurung moden berwarna merah jambu dan selendang berwarna yang sama.
"Tu ke besan you, datin?" Soal salah seorang tetamu.
"Ha ah, tu lah Datin Seri Badriah. Umi kepada Datuk Hud Aariz." Balas Datin Mastura berlagak.
"Untung you kan dapat berbesankan datin seri dan bermenantukan datuk pula tu."
Datin Mastura senyum lebar. "Alhamdulillah. Ni namanya rezeki. Nanti jemput makan yer, jangan segan-segan."
Seusai sahaja majlis menyarungkan cincin, semua tetamu dijemput untuk menjamu selera. Hud yang sedari tadi berada di dalam kereta dipanggil untuk bergambar bersama Dhia.
"Cantik you hari ni…" puji Hud sebaik sahaja berdiri di sebelah Dhia.
"Terima kasih. Bukan ke setiap hari saya cantik?"
"Tapi hari ni lebih cantik lagi. Untung I dapat you kan."
Dhia mengulum senyum. "Saya pun untung sebab dapat datuk." Balasnya malu-malu.
"Jangan lah panggil datuk. Panggil lah darling ke, sayang ke…"
"Hisy datuk ni. Malulah saya…" Wajah Dhia merah merona. Dia melarikan wajahnya apabila Hud menatapnya lama.
Hud mengulum senyum. "Comelnya dia bila malu-malu ni."
Semakin lebar senyuman Dhia apabila diusik begitu.
Murni dan Lolita melemparkan senyuman manis sambil memerhatikan Dhia dan Hud di atas pelamin mini di dalam rumah. Harraz pula berdiri sambil bersandar pada dinding. Wajahnya nampak muram.
Zanita mendekati Harraz. "Abang, abang dah kenapa?"
Harraz senyum terpaksa. "Takda apa pun. Seronok tengok datuk dah bertunang."
"Seronok ke tapi cam marah jer. Abang sukakan along ke sukakan akak Dhia?" Kening Zanita berkerut.
Harraz menutup mulut Lolita dengan tapak tangannya. Dia memandang sekeliling. "Hisy budak ni, kalau orang dengar, habis abang tau. Diam boleh tak?"
"Ya lah, Harraz. Awak kenapa muram jer? Nanti jodoh awak datang lah. Jangan risau," kata Murni pula.
Harraz memandang Zanita dan Murni silih berganti. "Takda apa pun, cuma datuk pun dah nak tamatkan zaman bujang. Saya ni entahlah bila."
Zanita menepuk bahu Harraz perlahan. "Sabar yer. Jodoh abang on the way tu, mungkin dia sesat lagi, so jangan mengalah…"
Anak mata Zanita tiba-tiba terpandang Datuk Halim yang sedang bergambar bersama Dhia dan Hud. Riak wajahnya berubah.
"Jomlah kita keluar, kita pergi cari makan." Harraz menarik tangan Murni dan Zanita ke luar dari ruang tamu.
Dengan langkah terpaksa, Murni dan Zanita mengekori Harraz ke meja makan. Mereka menjamu selera tanpa pedulikan sesiapa. Yang penting perut mereka kenyang.
"Harraz, sini kejap…" panggil Pak Samad tiba-tiba."
Harraz bangun dan berjalan ke arah Pak Samad. "Kenapa ni, Pak Samad?"
"Nah…" Sebuah kotak kecil berwarna merah hati dihulurkan kepada Harraz.
Harraz mengerutkan keningnya. "Siapa bagi ni?"
"Tak tahu, Pak Samad tak berani nak buka…"
"Takpalah, pak Samad. Nanti saya bagi kat datuk." Kotak kecil itu dimasukkan ke dalam poket blazer yang dipakainya. Harraz kembali semula ke meja makan lalu kembali menyuap makanan ke dalam mulutnya.
"Abang, kenapa dengan Pak Samad?" Soal Zanita.
Harraz menggeleng. "Takda apa pun. Makan lagi, pergi tambah."
Zanita duduk bersandar pada kerusi. "Dah kenyang lah. Taknak dah. Nak balik lah. Lambat lagi ke dia orang ni. Bosanlah."
"Tunggulah kejap, nanti habis lah ni…" balas Harraz.
Murni hanya duduk diam di tempatnya.
Selesai sahaja majlis, semua tetamu beransur pulang. Keluarga Hud juga meminta diri untuk pulang. Datuk Seri Hisham, Datin Seri Badriah dan Zanita menaiki sebuah kereta, manakala Hud dan Harraz menaiki kereta yang lain.
"Datuk, nah untuk datuk." Harraz menghulurkan kotak kecil kepada Hud.
Hud tersenyum. "Wow nampaknya you pun bagi I hadiah ke. Thanks, Harraz."
"Bukan saya yang bagi tapi pengirim misteri tu."
Senyuman Hud mati. Dia membuka kertas pembalut pada kotak kecil itu. Kelopak bunga mawar bersama gambar Hud berada di dalam kotak tersebut. Sekeping nota kecil menarik perhatiannya.
["You've never understood the kind of person I am, you betrayed my heart and assumed that I won't believe in love anymore. But, I choose to be smarter and stronger than before. I choose to be not this facile that people can cheat my heart."
A broken heart,
Mawar.]
"Kenapa dengan dia ni? I tak faham lah apa yang dia nak daripada I. Apa salah I dekat dia?" Keluh Hud perlahan.
Harraz menepuk bahu Hud. "Datuk, saya rasa orang ni mmenag sukakan datuk. Gerik geri datuk selalu dalam perhatian dia."
"Kenapa dia perlu buat macam ni? Tu yang I tak faham. Kenapa dia tak muncul jer depan I?"
Harraz mengangkat kedua-dua bahunya tinggi.
Ting
Bunyi pesanan yang masuk mengejutkan Hud. Dia mengambil telefon pintar dari dalam poket seluarnya lalu membuka pesanan tersebut.
Tahniah atas pertunangan you dan Dhia. I doakan semoga hubungan you dan Dhia akan berpanjangan. -Tiara
Telefon pintar diletakkan di atas pahanya. Dengusan perlahan dilepaskan. "Kita balik lah, Pak Samad."
"Baik, datuk."
Share this novel