"TAHNIAH, Datuk Hud kerana telah berjaya mencapai target lagi sekali untuk tahun ini dan tahniah juga sebab semakin ramai pelabur yang percayakan produk kita. Yes!" Puji Harraz sambil menghulurkan fail kepada Hud Aariz.
Hud memandang wajah Harraz sekilas. Hampir 5 tahun Harraz bekerja di syarikatnya sebagai setiausaha dan menjadi orang kepercayaannya, namun Harraz tetap menghormati Hud sebagai majikannya. Hud tersenyum senget lalu membuka fail yang berada di tangannya.
"Thanks, Harraz. You kenal kan siapa I. I tak akan buat sesuatu yang sia-sia dan yang tak mendatangkan hasil untuk company I." Ujarnya. Hud menghulurkan semula fail kepada Harraz.
"Saya tahu, datuk bukannya orang yang macam tu sebab tu lah saya suka bekerja dengan datuk." Harraz mula memuji Hud.
Hud menggeleng. "Yer lah tu. Kerja yang I mintak you buat, dah settle ke?" Soal Hud lalu bangun daripada kerusi dan mula menapak ke pintu pejabatnya.
"Err… belum lagi, datuk. Malam ni saya siapkan. Ala, kacang jer, datuk. Pejam mata pun boleh siap lah."
Hud mendecit. Langkahnya terhenti. "You ni kalau bab bersembang tu, gajah dekat hutan tu pun boleh terbang."
Harraz ketawa. Merasa geli hati dengan kata-kata Hud.
Tok Tok Tok
Hud dan Harraz menoleh memandang pintu pejabat.
"Err, datuk. Maaf mengganggu. Ada orang nak jumpa dengan datuk. Saya dah beritahu yang datuk taknak diganggu tapi dia tiba-tiba…"
"Tepi lah!" Marah Lisa lalu menolak tubuh Murni, staf penyambut tetamu yang berada di hadapan bilik pejabat Hud.
"Takpa, Murni. You boleh keluar." Arah Hud.
"Datuk Hud, dah lama I tak jumpa you. I rindu dengan you sangat-sangat." Goda Lisa dengan suara yang sengaja dilunakkan. Dia mendekati Hud lalu merangkul tubuh itu.
Kening Hud berkerut. Tangannya mendepang supaya tidak memeluk sosok tubuh Lisa yang memakai dress ketat bertali halus paras pahanya. "Harraz, you boleh keluar. Selepas 10 minit, you masuk semula."
"Baik, datuk." Balas Harraz disusuli dengan anggukan. Dia meninggalkan Hud dan Lisa di dalam bilik pejabat Hud.
Selepas pintu pejabatnya ditutup, Hud menolak lembut tubuh Lisa agar berjarak dengannya. Dia berjalan ke arah tempatnya lalu melabuh duduk di atas kerusi.
"Cik, sila duduk. Ada apa yer you nak jumpa I?" Soal Hud tenang. Jemarinya bersilang dan diletakkan di atas meja.
Lisa mendekati Hud. Dia bertenggek pada sisi meja sambil memeluk tubuh. "You ni, nama I Lisa lah, kenapa you nak panggil I, cik?" rengeknya manja. Tangannya mula menarik tali leher Hud. Senyuman nakal dilemparkan kepada Hud.
Hud menarik tali lehernya. Dia menghadiahkan senyuman hambar kepada Lisa. "Err, Cik Lisa. I rasa I memang tak kenal you or maybe I dah lupa dekat mana I jumpa you. By the way, I ada meeting penting dengan client I, so why not you…" katanya sambil menunjuk ke arah pintu.
Riak wajah Lisa berubah muram. Dia memeluk tubuh. Terdengar dengusan kasar keluar daripada mulutnya.
"Tapi I belum pun lagi berbual panjang dengan you, Datuk Hud." Wajah Hud dipandang. Bibirnya sengaja dimuncungkan.
"Cik Lisa, silakan…" ujar Hud sambil tersenyum sinis.
"Huh! Okay fine!" Keluhnya. Lisa membetulkan rambut lalu melangkah meninggalkan pejabat Hud. Sempat dia menoleh dan menjeling sebelum pintu bilik ditutup.
Terdengar sayup-sayup suara Lisa menjerit. Dia merasa kelakar dengan riak wajah yang ditunjukkan oleh Lisa sebentar tadi. Pasti Murni sedang kelam-kabut memujuk Lisa supaya tidak mengamuk. Hud ketawa berdekah-dekah apabila memikirkan keadaan itu.
"Datuk, kenapa dengan Cik Lisa tu? Mengamuk bukan main. Datuk ada buat apa-apa ke?" Soal Harraz risau. Dia menelan liur.
"Hahaha. Perempuan tu ada lagi ke kat luar? Biar jer lah dia. Suka-suka hati jer nak datang office orang, lepas tu nak menggatal. Pakai baju pun dah macam nak telanjang. Risau betul." Hud menyelak rambutnya ke belakang.
"Dah blah dah tadi, datuk. Datuk tak takut ke nanti kalau dia beritahu wartawan yang bukan-bukan pasal datuk? Yer lah, dia kan model terkenal."
"Model terkenal? Haha. Terkenal lah sangat. Abaikan lah dia, bosan I bila cakap lebih-lebih pasal dia. So Harraz, malam ni kita kena pergi ke jemputan majlis perasmian cawangan baru dengan Syarikat A&B Enterprise kan?"
"Yer, datuk. Jam 8 malam. Datuk nak saya pergi jemput atau datuk nak drive sendiri?"
Hud bertenggek pada sisi meja. Dia menggaru dagunya. Sejenak, dia berpaling memandang Harraz yang berada hanya jarak satu kaki dengannya.
"You datang ambil I. I malas nak drive." Beritahu Hud sambil membetulkan tali leher.
"Okay, datuk. Tepat jam 8 malam saya tunggu depan halaman rumah datuk. Err datuk, kita ada meeting sekarang."
Keluhan kecil keluar daripada mulut Hud. "Hurm… ni salah perempuan tadi lah. Tergendala semua kerja I. Tak boleh ke kalau kita ikat dia dekat mana-mana pokok, biar dia tahu macam mana nak pakai baju yang sopan sikit…" cadang Hud sambil berjalan. Tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket seluar. Tangan kanannya pula membetulkan rambut yang jatuh ke wajahnya.
"Err yang tu tak pasti, datuk. Datuk rasa patut ke kita buat macam tu? Bila kita patut upah orang?" Soal Harraz tanpa rasa bersalah. Dia membuka pintu untuk Hud.
Hud menggeleng. "No no no. You ni…" Langkah kaki Hud terhenti di hadapan meja Murni. "You tahu tak maksud bergurau? Huh nevermind." Keluhan halus dilepaskan.
"Err… baik, datuk." Balas Harraz dengan wajah yang masih keliru.
Hud menganggukkan kepalanya kepada Murni lalu melangkah dengan laju ke arah pintu lift. Sempat dia ditegur oleh beberapa orang staf yang berselisih dengannya. Bilik pejabatnya yang berada di tingkat 10 itu memudahkan pergerakannya kerana tidak perlu berselisih dengan staf yang lain. Hanya staf bahagian Sumber Manusia, Murni dan Harraz sahaja yang berada satu tingkat dengan pejabat Hud.
KERETA jenama Bmw x6 milik Hud berhenti di hadapan pintu masuk hotel bertaraf lima bintang itu. Hud melangkah keluar daripada keretanya dan berjalan masuk ke dalam lobby hotel diiringi Harraz dan diekori oleh dua orang pengawal peribadi di belakang mereka. Dia disambut oleh Datuk Halim dan setiausahanya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam dewan tersebut.
"Thank you for coming, Datuk Hud." Ucap Datuk Halim sambil menghulurkan tangannya.
Huluran tangan Datuk Halim disambut. "My pleasure, Datuk Halim. Tahniah, Datuk Halim atas pembukaan cawangan baru syarikat you.."
"Thanks again, Datuk Hud. Ini semua kerana jasa datuk yang banyak tolong saya. Please, come..."
Hud diperkenalkan kepada para pelabur dari seluruh tanah air. Ada juga beberapa orang pelabur dari luar negara. Pekerja yang terlibat juga dijemput untuk memeriahkan majlis. Para model dan wartawan juga turut dijemput. Kedatangan Hud menarik perhatian mereka yang berada di dalam dewan. Semua memandang ke arah Hud. Ada yang berbisik sesama mereka.
"Hai semua. Saya Zack. Saya akan menemani anda semua malam ini. Korang enjoy tak?" Jerit juruacara.
"Enjoy!" Teriak semua yang berada di dalam dewan.
Juruacara majlis tersebut memanggil Datuk Halim untuk berucap. Selepas hampir 5 minit berada di atas pentas, Datuk Halim selesai memberikan ucapannya dan diserahkan semula kepada juruacara majlis.
"Okay, dah tiba masanya kita menjemput Datuk Hud Aariz untuk memberikan sepatah dua kata. Dipersilakan…" panggil juruacara majlis.
"Terima kasih kepada juruacara majlis. Alhamdulillah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah saya ucapkan kepada pihak Syarikat A&B Enterprise kerana telah berjaya membuka satu lagi cawangan mereka. Masuk cawangan ni sudah 5 buah cawangan di seluruh tanah air kalau tak silap saya. Insyaallah, lepas ni semakin banyak cawangan akan dibuka. Sama-sama kita doakan untuk Datuk Halim dan semua yang terlibat. Saya rasa itu saja ucapan saya, risau kalau saya bercakap lama-lama nanti ada yang tertidur pula. Good night and take care."
Seusai Hud memberikan ucapan, bergema suara sorakan mereka di dalam dewan. Hud seperti biasa, hanya senyuman hambar dilemparkan kepada para wartawan yang sibuk menggambar dirinya. Dia pula lebih suka berbual dengan para pelabur kerana di dalam mindanya hanya berbisik perkataan kerja, kerja, kerja sahaja.
"Datuk Hud, ini saya perkenalkan model syarikat kami, Tiara." Beritahu salah seorang pelabur yang berbual dengan Hud.
"Hai, Datuk Hud." Tegur Tiara lembut. Dia menghulurkan sejambak bunga mawar kepada Hud.
Hud mengambil jambakan bunga mawar itu lalu diserahkan kepada Harraz. Keningnya berkerut. "Hai, Tiara. Nice to meet you." Sapanya sopan.
"I memang tak sabar nak jumpa you. Nak tengok you depan-depan. Sebelum ni I just tengok you dalam magazine jer. Tak puas."
"Owh, yer ker. Now you dah jumpa I depan-depan kan, so boleh lah tengok I puas-puas. Haha…" kata Hud lalu melarikan pandangannya. Dia mencari kelibat Harraz tetapi tidak kelihatan.
Seorang pelayan membawa dulang yang berisi air lalu dihulurkan kepada Hud. Hud mengambil segelas air sparkling soda lalu dihulurkan kepada Tiara dan dia juga mengambil air yang sama. Air dihirup perlahan-lahan.
"Auch… you so sweet, Datuk Hud. No wonder lah kalau semua wanita tergila-gilakan you." Kata puji-pujian diberikan kepada Hud.
Hud senyum. "I prefer that people praise me for running my business, not just for personal reasons."
"Haha… you ni kelakar lah datuk. Of cause semua suka cara you handle your business kan. I pula suka cara you layan wanita." Tutur Tiara perlahan. Dia memegang lengan Hud.
Hud mengangguk sambil melempar senyum paksa. Dia meneguk air sparkling soda yang masih tersisa di dalam gelas. Bola Matanya masih lagi meliar mencari kelibat Harraz. Mana pula budak ni pergi, kata Hud di dalam hati.
Dari jauh terlihat Lisa sedang memerhatikan Hud dan Tiara yang sedang rancak berbual. Dia mengetap gigi. Rahangnya bergerak-gerak kerana menahan geram. Langkahnya laju meluru ke arah mereka berdua.
Pang!
Satu tamparan kuat singgah di wajah Tiara. Wanita itu jatuh tersungkur di atas lantai. Lisa duduk di atas badan Tiara lalu menarik rambut wanita itu.
"Arghhh…" jerit Tiara kuat sehingga menarik perhatian semua tetamu yang berada di dalam dewan.
"Perempuan tak guna. Perempuan sundal. Berani kau menggedik dengan Datuk Hud. Kau memang tak tahu malu!" Tengking Lisa di wajah Tiara.
"Arghhh lepaskan aku… help me… help me…" jerit Tiara lagi.
Para tetamu mula mengerumuni Tiara dan Lisa. Keadaan mula kecoh dan tidak terkawal. Pelayan yang berada di dalam dewan hanya mampu menyaksikan pergaduhan antara dua wanita itu sahaja..
Hud menjarakkan dirinya dengan Tiara dan Lisa. Dia berdiri agak jauh kerana tidak mahu terlibat dengan masalah mereka berdua. Harriz yang baru sahaja masuk ke dalam dewan berlari mendekati Hud.
"Datuk okay ke?" Soal Harraz sambil memeriksa tubuh Hud.
"Okay, I takda apa-apa."
"Kenapa ni, datuk?"
"I don't know. Just two woman fighting over… me?"
Harraz dongak memandang wajah Hud.
"Let's go back. I don't think this is the right place for me anymore." Kata Hud lalu mengatur langkah untuk keluar daripada dewan. Dia mendekati Datuk Halim yang sedang berdiri berdekatan pintu masuk dewan. "Sorry, Datuk Halim. I need to go. Just enjoy your majlis…" Hud menoleh ke arah Tiara dan Lisa yang masih lagi bergaduh.
"Thank you again for coming, Datuk Hud. Sorry for the mess that happened. See you again next time."
"It's okay, Datuk Halim. Not you fault."
Hud dan Harraz berjalan meninggalkan dewan beriringan. Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata yang mengekori figura mereka berdua sehingga mereka meninggalkan hotel tersebut.
Share this novel