NUHA memeluk erat tubuh Encik Kalil sebaik saja dia dan Rafiq menghantar Encik Kalil dan juga Naufal pulang dari bercuti bersama.
Nuha meleraikan pelukan sambil tersenyum. Manakala Rafiq sedang menolong Naufal mengangkat beg baju dari bonet kereta.
“Ayah jaga diri elok-elok tau? InshaAllah lepasni Nuha datang jumpa Ayah lagi.“ ujar Nuha dengan senyuman. Kak Ilya dan juga Abang Emir sudahpun berangkat pulang ke rumah mereka.
Encik Kalil hanya tersenyum. Dia mengusap kepala anak perempuannya itu.
“Baiklah. Kamu dengan Rafiq pun jaga diri sama ya?” Kata Encik Kalil dengan senyuman. Dia memandang Rafiq yang berjalan ke arah mereka.
“Terima kasih ya, Rafiq. Siap bawak Ayah dengan Naufal keluar jalan-jalan lagi. Segan pula Ayah ni.” Kata Encik Kalil
Rafiq hanya ketawa kecil.
“Tak ada apa lah, Ayah. Sekali-sekala kita keluar bercuti satu family. InshaAllah. Lepasni kita ajak Mama dan Papa sekali. Ramai-ramai baru best.” Ujar Rafiq ramah.
Encik Kalil tersenyum. Senang hati dengan menantunya itu.
Naufal memandang mereka silih berganti. Dia menoleh ke arah Rafiq.
“Abang! Pssst.. psst!” Panggil Naufal pada abang iparnya itu.
Rafiq terus menoleh ke arah Naufal dan mendekati adik iparnya.
“Kenapa, Fal?” Soal Rafiq.
Naufal terus membisikkan sesuatu di telinga Rafiq.
“Abang Rafiq tahu tak birthday Kak Nuha minggu depan?” Bisik Naufal.
Rafiq terkejut.
“Hah?” Soal Rafiq sehingga Nuha dan Encik Kalil memandang ke arah mereka.
Rafiq berbisik pada Naufal.
“Serius lah?” Soal Rafiq lagi.
Naufal mengangkat keningnya.
“Aik? Takkan lah Abang Rafiq tak tahu birthday Kak Nuha?” Soal Naufal pelik.
Rafiq tersedar seketika. Dia terus pura-pura ketawa.
“Eh… tak ada lah.. tadi tu saja aje buat-buat terkejut. Hahaha.” Dalih Rafiq sambil berdehem.
Naufal hanya memandang sambil berfikir.
“Ohhh.. Ya ke… ingatkan tak tahu.” balas Naufal bersahaja.
Rafiq hanya tersenyum kelat. Dia menoleh ke arah Nuha yang sedang berbual dengan Encik Kalil.
Hari jadi Nuha tak lama lagi? Kenapa gadis itu langsung tidak memberitahunya?
Sebaik saja dia dan Nuha ingin beredar pulang, Encik Kalil telah memesan sesuatu pada Rafiq.
“Rafiq tolong jaga anak Ayah elok-elok ya? Bimbing dia dengan baik.. Nuha tu cuma satu-satunya anak perempuan yang Ayah ada. Sejak arwah dah pergi, dia dengan Naufal aje lah penguat hati Ayah ni..” Encik Kalil ketawa sedikit. Dia melihat Nuha yang sedang berbual dengan Naufal di dalam kereta.
Encik Kalil senyum lagi.
“Kalau mereka berdua tu tak ada. Tak tahu lah macam mana Ayah nak teruskan hidup..Lagipun, Ayah tak nak tengok Nuha menangis lagi seperti mana Irfan buat kat dia dulu. Boleh tak kamu janji dengan Ayah?” Soal Encik Kalil sambil memegang bahu Rafiq.
“Jangan biarkan Nuha menangis lagi.” Kata Encik Kalil sambil melihat Rafiq dengan penuh harapan.
Rafiq terkedu. Hatinya mula sebak. Sekiranya Encik Kalil mengetahui tentang alasan dia dan Nuha berkahwin, pasti Ayah mertuanya itu sangat kecewa dengannya.
Rafiq menundukkan wajahnya. Perasaan bersalah mula menyelubungi hatinya. Dia tidak mahu lukakan ayah mertuanya itu. Tapi dalam masa yang sama, dia juga tidak mahu melukai hati Nuha.
Rafiq menarik nafasnya. Ayah mertuanya itu sangat mengharapkan dirinya. Jadi, buat masa ini, dia perlu meyakinkan ayah mertuanya itu.
“InshaAllah, Ayah. Rafiq pun.. taknak tengok Nuha menangis lagi. Rafiq akan jaga Nuha.. selagi dia masih bersama dengan Rafiq.” Ujar Rafiq perlahan.
Encik Kalil tersenyum. Dia menepuk-nepuk bahu menantunya itu.
“Alhamdulillah. Lega hati Ayah ni. Ayah cuma berharap kat kamu seorang aje. Kamu berdua tu jaga diri baik-baik. Nanti datang lah sini lagi. Lagi satu, Bawa kereta tu elok-elok.” Pesan Encik Kalil.
Rafiq mengangguk. Dia menyalam tangan ayah mertuanya itu dan terus masuk ke dalam kereta. Nuha sedang menunggunya di dalam.
“Bye Ayah! Assalamualaikum!” Kata Nuha dari dalam kereta. Dia melambai-lambaikan tangannya pada Encik Kalil melalui tingkap kereta.
“Waalaikumsalam..” Encik Kalil hanya senyum dan turut melambaikan tangannya bersama dengan Naufal.
Sebaik saja mereka beredar, Nuha melihat Rafiq yang tiba-tiba saja diam dan seolah-olah hanyut dengan perasaan sendiri.
“Awak okey? Korang berbual apa aje tadi?” Soal Nuha sambil melihat Rafiq yang tenang memandu.
Rafiq menoleh sekilas. Dia tersenyum.
“Hm.. tak ada apa.” Balas Rafiq perlahan.
Nuha mengerutkan dahinya namun dia hanya menyandarkan tubuhnya dan memandang ke arah luar tingkap kereta.
“Jarang saya tengok Ayah happy macam tu.. Sejak arwah Ibu pergi, Ayah banyak diam dan suka sangat pendam perasaan dia sendiri..” kata Nuha tanpa melihat Rafiq. Dia masih lagi melihat di tepi tingkap.
Rafiq hanya mendengar.
Nuha senyum.
“Tapi kan? Lepas aje awak muncul, Semuanya berubah.. Ayah nampak happy sangat.. dia dah tak macam dulu. Sekarang ni dia lebih banyak luahkan apa yang dia rasa. Mungkin dia taknak tengok saya sedih lagi.. sebab tu lah dia overprotective sikit.” Kata Nuha sambil ketawa kecil.
Rafiq masih lagi mendengar. Dia kini berperang dengan perasannya sendiri. Seolah-olah dia telah mengikat hati Nuha dengan perkahwinan itu. Bagaimana jika Nuha langsung tidak bahagia? Bagaimana jika Nuha inginkan kebebasan dan mahu kembali semula pada Encik Kalil dan Naufal?
Nuha menoleh ke arah Rafiq. Dia tersenyum.
“Sebenarnya.. saya bersyukur sangat. Sebab awak yang jadi suami saya.. dan bukannya Irfan. Tak pernah saya rasa happy macam ni. Kalau tak, entah apa lah nasib saya nanti kalau kahwin dengan dia..” Ujar Nuha sambil ketawa sedikit.
Rafiq tersentak. Dia menghentikan keretanya di bahu jalan.
Nuha terkejut. Dia melihat Rafiq dengan tanda tanya.
“Kenapa awak berhenti?” Soal Nuha polos.
Rafiq merenung Nuha dengan lama.
Jika Nuha bahagia dengannya.. patutkah dia melupakan saja perjanjian mereka dahulu?
“Nuha.. apa kata.. kita..” nada suara Rafiq bergetar.
Kita?
Teruskan perkahwinan ini? Sampai bila-bila?
Tapi..
Rafiq melihat Nuha lagi. Hatinya sakit tiba-tiba. Bagi Nuha, mereka berdua hanyalah rakan dari kecil. Mana mungkin Nuha mempunyai perasaan itu padanya.
Rafiq sedar..
Dia sudahpun bermain dengan api. Api yang telah membakar perasaannya sendiri.
Rafiq menarik nafas dan memegang setereng kereta dengan kuat. Dia menyambung semula perjalanan mereka.
Nuha hanya memandang Rafiq dengan terpinga-pinga.
“Apa yang awak nak cakap tadi?” Soal Nuha.
Rafiq tidak menoleh ke arah Nuha.
“No. It’s nothing.” Ujar Rafiq tanpa melihat gadis itu.
Akhirnya Nuha turut terdiam. Mereka hamya mendiamkan diri sepanjang perjalanan itu.
****
KEESOKAN PAGINYA, Nuha dan Rafiq terus sarapan pagi bersama di meja makan. Namun masing-masing mendiamkan diri.
Nuha berdehem dan terus melihat Rafiq yang sedang menjamah nasi goreng.
“Erm.. nanti awak balik lambat ke?” Soal Nuha.
Rafiq hanya melihat sekilas. Dia senyum sedikit.
“Mungkin. Petang nanti saya ada meeting dengan client.” Balas Rafiq. Dia menyambung suapannya ke mulut.
Nuha terdiam. Dia menundukkan wajah dan melihat nasi di pinggannya itu. Masih lagi tidak terusik.
Rafiq melihat Nuha buat seketika.
“Nuha? Awak okey? Kenapa awak tak makan nasi tu?” Soal Rafiq.
Nuha tersentak. Dia tersenyum kelat.
“Entahlah. Tak ada selera pula.” Balas Nuha.
Rafiq melihat Nuha lagi. Bukannya dia tidak tahu dengan pandangan gadis itu, dia cuma terpaksa menjauhkan dirinya dari Nuha kerana dia takut sekiranya dia tidak dapat mengawal perasaannya sendiri. Perasaan yang dia langsung tidak fahami.
Mereka berdua sudah berjanji untuk tidak saling jatuh cinta. Jadi dia perlu menghormati keputusan gadis itu.
Walaupun.. ada perasaan aneh yang mula muncul dalam hatinya.. namun dia terpaksa menidakkan semua itu.
Rafiq menarik nafas sebaik saja dia selesai sarapan pagi lalu dia menoleh ke arah Nuha yang masih lagi duduk di situ.
“Okey lah. Saya nak kena pergi office dah ni. Take care. Awak cuti lagi kan?” Soal Rafiq.
Nuha mengangguk perlahan. Dia turut bangun dan mendapatkan Rafiq yang berada di muka pintu rumah.
Rafiq terkejut sebaik saja Nuha menyalam tangannya.
Nuha melihat Rafiq.
“Sa.. saya ada buat salah ke?” Soal Nuha polos.
Rafiq terkedu. Dia terus menggeleng.
“Kenapa awak cakap macam tu?” Soal Rafiq sambil melihat Nuha.
Nuha menundukkan wajah.
“Awak macam cuba.. nak jauhkan diri dari saya? Saya ada buat salah apa-apa ke?” Soal Nuha lagi. Dia mendongak dan melihat suaminya itu.
Rafiq memandang Nuha dengan lama. Dia terus menggeleng sambil tersenyum. Cuba untuk menenangkan isterinya itu.
“Tak lah.. saya okey aje. Awak tu jangan lah risau.” Kata Rafiq dan senyum hambar.
Nuha terdiam. Masih lagi tidak berpuas hati dengan kata-kata suaminya itu.
Rafiq menarik nafasnya dan tersenyum. Dia mengusap kepala Nuha dengan lembut.
“Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Kata Rafiq dengan senyuman.
"Waalaikumsalam.." Jawab Nuha perlahan. Dia melihat Rafiq beredar dengan perasaan yang bercampur-baur di dalam hatinya.
Apabila Rafiq seolah-olah jauh darinya, hatinya begitu sakit. Dia sangat keliru dengan perasaannya sekarang.
“I miss us.” Bisik Nuha sendiri. Matanya berkaca.
Saya rindu 'KITA'.
Nuha melihat kereta Rafiq yang sudahpun berlalu pergi dengan hati yang keliru.
Share this novel