NUHA Alisya terus mengemas barang-barang kerjanya lalu dia melihat salah seorang dari pekerjanya yang sedang mengukur baju pengantin.
“Saya balik dulu ya? Apa-apa hal nanti boleh inform saya terus.” Kata Nuha dan mengambil beg sandangnya di atas meja.
“Baik, Kak Nuha.” Jawab Aisya sambil menyambung kerjanya semula.
Nuha terus pulang dari butik pengantin miliknya sendiri lalu dia berjalan dengan tenang menuju ke arah kereta honda civic miliknya. Namun belum sempat Nuha membuka pintu kereta, ada tangan lelaki menghalang.
Nuha mendongak dan terkedu setelah melihat lelaki di hadapannya itu. Irfan. Bekas tunangnya. Mana mungkin dia boleh melupakan semua yang sudah terjadi antara mereka. Sudah hampir 6 tahun mereka bercinta dan baru saja mereka berdua mengikat tali pertunangan, lelaki itu telah berlaku curang tanpa pengetahuannya. Pada mulanya, Nuha langsung tidak mempercayai apa yang diberitahu oleh rakan-rakannya tentang lelaki itu. Tetapi setelah dia melihat sendiri pelakuan lelaki itu di hadapan matanya sendiri, cukup membuatkan hatinya hancur.
“Apa yang awak nak, Irfan? Saya dah taknak tengok muka awak lagi faham tak?” marah Nuha.
Irfan terus menarik nafasnya dan memandang Nuha dengan wajah yang sedih.
“Nuha. Please maafkan saya. Saya tahu, saya dah banyak buat salah dekat awak. Tapi tolonglah maafkan saya. Saya janji takkan lukakan hati awak lagi. Kita kahwin okey? Saya janji takkan buat semua tu lagi.. Please, Nuha.” Pujuk Irfan.
Nuha memandang lelaki itu degan rasa tidak percaya. Selepas apa yang lelaki itu lakukan padanya, boleh pulak lelaki itu mengajaknya untuk berkahwin?
“Awak dah gila ke, Irfan? Awak lupa ke? Awak sendiri yang tinggalkan saya untuk perempuan tu? Sekarang ni, awak nak ajak saya kahwin dengan awak pula? Awak ingat saya ni tak ada perasaan ke hah?!” Marah Nuha.
Irfan menundukkan wajahnya.
“Ya.. saya tahu saya salah.. Tapi saya betul-betul minta maaf, Nuha.. Saya taknak kehilangan awak.. Saya masih cintakan awak.. Tolonglah. Bagi saya peluang untuk kalini aje.”rayu Irfan lagi.
Nuha mengetap bibir. Dia perlu mencari jalan untuk membuat lelaki itu putus asa dengannya. Cukup lah hatinya sudah terluka dengan lelaki curang itu.
“Tak lama lagi saya akan berkahwin, Irfan. Awak dah terlambat.” Balas Nuha dingin.
Irfan membuntangkan matanya. Dia mengetap bibir dengan kuat.
“Awak jangan nak tipu lah, Nuha! Saya kenal awak! Awak masih sayangkan saya lagi, betul kan? Awak saja nak reka cerita untuk buat saya give up. But no! Saya tak percaya! Kalau betul awak nak kahwin, siapa lelaki tu?! Bagitahu saya sekarang!” Tempik Irfan dengan wajah berkerut.
Nuha menelan liur.
“Kenapa awak nak kena tahu? Biarlah saya nak kahwin dengan siapa pun. Awak siapa nak menghalang? Kalau awak tu boleh nak ada perempuan lain. Kenapa saya pula tak boleh?” Soal Nuha dengan geram.
“Sebab awak masih lagi milik saya, Nuha.” Celah Irfan.
“Bekas tunang.” Nuha menekan perkataan ‘bekas’ itu.
“Saya tanya awak lagi sekali ya.. siapa lelaki tu?” Soal Irfan. Kalini nadanya seolah-olah seperti mendesak.
Nuha mengetap bibirnya. Dahinya mula berpeluh. Dia terus memandang sekeliling kawasan kedai bunga dan butik di situ. Tiba-tiba dia melihat seorang lelaki keluar dari kedai bunga di hadapannya.
Nuha terus tersenyum lebar. Dengan cepat dia melambaikan tangannya ke arah lelaki itu.
“Baby! Datang sini kejap!” panggil Nuha dengan kuat.
Lelaki yang sedang memegang sejambak bunga itu memandang Nuha dengan pelik. Dia melihat belakangnya. Manalah tahu, gadis itu memanggil orang lain dan bukan dirinya.
“Baby!” Nuha tahu tindakannya itu memang gila. Tapi dia sudah tidak mempunyai pilihan yang lain lagi.
Lelaki itu memandang ke arah Nuha dan Irfan, dia melihat Irfan yang sedang melihat ke arahnya dengan wajah yang tegang.
Nampaknya gadis itu seperti meminta pertolongan darinya. Dia terus melangkah ke arah mereka berdua.
Lelaki itu terus memberikan sejambak bunga itu kepada Nuha.
“Kenapa, sayang? Siapa lelaki ni?” soal lelaki itu pada Nuha.
Nuha pula yang terkedu.
‘Wah! Seriouslah? Dia tolong aku ke?!’ Jerit hatinya.
Irfan mengetap bibir.
Nuha tersenyum sinis.
“Ini lah bakal suami saya, nama dia..” Kata-kata Nuha terhenti. Siapa nama lelaki tu? Alamak. Nuha rasa ingin menjerit.
‘Aku tak tahu nama dia lah!’ Jerit hatinya lagi.
Lelaki itu melihat Nuha dengan sekilas lalu dia menahan tawanya. Dia terus menghulurkan tangannya ke arah Irfan
“Rafiq Zuhayr.” Ujar lelaki itu dengan senyuman.
Irfan mengetap bibirnya dengan kuat dan langsung tidak menyambut huluran tangan Rafiq.
“Awak jangan nak tipu lah! Saya tak percaya! Tak mungkin lah awak akan kahwin dengan dia ni! Jangan sesekali nak cabar saya, Nuha!” marah Irfan. Dia terus meluru ke arah Nuha dengan rasa marah namun tubuhnya ditolak oleh Rafiq.
“Stay away from her. And please respect her. Awak ni tak ada adab ke?” Soal Rafiq dan mendang tajam wajah Irfan.
Nuha menelan liur. Perasaan takut mula menyelubungi hatinya.
Irfan mengetap bibirnya dengan geram. Dia mengundurkan tubuhnya dan terus berlalu dari situ. Namun sempat lagi menoleh ke arah Nuha.
“Awak ingat ya, Nuha? Saya takkan mengalah macam tu aje!” ugut Irfan lalu dia pergi dengan hati yang membara.
Nuha menghela nafas dengan lega sebaik saja Irfan pergi. Kemudian dia melihat ke arah Rafiq. Jujur dia katakan, dia berasa sangat malu dan kekok setelah menarik lelaki itu dengan masalahnya.
Nuha memandang Rafiq yang berdiri di sebelahnya.
“Erm.. saya nak berterima kasih sangat-sangat. Lagi satu.. saya minta maaf sebab dah tarik awak dengan masalah saya ni.” ujar Nuha dengan rasa bersalah.
Rafiq hanya tersenyum ke arah Nuha.
“Eh, tak ada apa lah. Yang penting, awak tu selamat. Oh, by the way. Awak okey tak ni? Taknak call polis?” Soal Rafiq.
Nuha terus menggelengkan kepalanya.
“Tak.. tak apa. Saya okey. Terima kasih.” Kata Nuha dengan senyuman segan.
Rafiq hanya mengangguk faham.
“Kalau dia cuba buat apa-apa kat awak, baik awak call polis. Lagipun awak tu kena jaga diri. Awak dah la perempuan.” pesan Rafiq lagi.
Nuha mengangguk. Masih terkejut dengan kehadiran Irfan tadi.
“Ya..” jawabnya perlahan.
Rafiq tersenyum sedikit.
“Em, by the way.. what’s your name?” Soal Rafiq.
Nuha membalas senyuman lelaki itu.
“Nuha. Nuha Alisya.” Jawab Nuha tergagap-gagap. Tinggi betul lelaki di hadapannya ini.
“Nuha..” Rafiq mengangguk faham.
“Well, Nuha.. Can i go now?” Rafiq ketawa kecil.
Nuha tersedar. Wajahnya berona merah.
“Oh ya! Ni bunga awak tadi...” katanya sambil hulurkan semula jambangan bunga milik Rafiq tadi.
“Thank you so much.” Kata Nuha lagi sekali.
Rafiq tersenyum.
“You’re welcome.. Okey lah. Saya pergi dulu ya? Take care..” ujar Rafiq lalu dia melangkah pergi dari situ.
Nuha tersenyum sendiri.
Tiba-tiba Rafiq berhenti. Dia menoleh ke arah Nuha lalu dia melihat jambangan bunga ros di tangannya itu. Perlahan-lahan dia mengambil sebatang bunga ros dan dia berjalan ke arah Nuha.
Rafiq menghulurkan sebatang bunga ros pada Nuha.
“Here for you.. Bye, Assalamualaikum.” Kata Rafiq dengan senyuman lalu dia beredar pergi meninggalkan Nuha yang terpinga-pinga.
"Waalaikumsalam.." Nuha terlopong.
Nuha melihat sebatang bunga ros di tangannya itu dengan wajah yang terkejut. Kemudian dia memandang tubuh Rafiq yang semakin jauh.
“Pergh.. Dah macam prince charming lah..” Nuha tersengih sendiri. Dia terus membuka pintu keretanya dan turut berlalu pergi.
****
PAGI itu, Nuha membetulkan dress beropol berwarna putih pada badan patung dengan senyuman. Kerjayanya sebagai pereka fesyen merupakan minatnya sejak dari kecil lagi. Dia cukup gembira dengan pencapaian yang dia miliki setelah menjadi pereka fesyen dan membuka butiknya sendiri.
Tiba-tiba pintu butiknya dibuka oleh seorang wanita berumur 50-an yang masih lagi kelihatan anggun bergaya.
“Assalamualaikum, Nuha sayang…”
Nuha tersenyum setelah melihat Datin Haida berjalan ke arahnya.
Mereka berpelukan.
“Waalakumsalam Datin. Have a seat.” Kata Nuha dengan ramah. Dia terus membawa Datin Haida ke arah sofa butiknya.
Datin Haida ketawa lalu dia menepuk lembut bahu Nuha.
“Berapa kali dah Aunty cakap.. Jangan panggil Datin. Panggil aje Aunty Haida. Lagipun kamu tu dah macam anak Aunty sendiri, tahu tak?” Katanya sambil ketawa.
Mereka terus duduk di atas sofa itu sambil berbual bersama.
Nuha ketawa.
“Baiklah Aunty. I’m so sorry.” Jawab Nuha dengan segan.
Datin Haida merupakan kawan baik arwah ibunya. Sejak arwah ibunya meninggal dunia, Datin Haida sering melawatnya di butik itu. Dengan kehadiran Datin Haida di situ sekaligus membuatkan rasa rindu Nuha terhadap ibunya terubat sedikit.
“So macam mana dengan dress yang Aunty nak tu? Dah siap ke? Mesti cantik kan?” Kata Datin Haida dengan ceria. Tak lama lagi anak perempuan sulungnya bakal berkahwin dengan lelaki pilihannya. Datin Haida berasa sangat teruja untuk menyiapkan majlis perkahwinan anak perempuannya itu nanti.
“Untuk Aunty.. Saya dah siapkan secepat yang mungkin. Ini dia.” Nuha terus menunjukkan gaun pada badan patung tadi.
Datin Haida terlopong.
“Ya Allah! Cantik sungguh lah, Nuha... Ni kalau anak Aunty pakai masa wedding dia nanti mesti nampak cantik. I can’t wait to see the wedding.” Kata Datin Haida dan berjalan ke arah gaun itu. Tangannya menyentuh lembut gaun cantik itu.
Nuha tersenyum segan.
“Alhamdulillah. Harap semuanya berjalan dengan lancar.. Aunty nak air tak? Saya buatkan.” Nuha bersedia untuk berlalu namun dia dihalang oleh Datin Haida.
“Tak apa Nuha, lagipun, Aunty ada appointment kejap lagi.. Tapi sebelum tu Aunty nak tanya kamu.” Datin Haida melihat wajah Nuha dengan lama.
Nuha mengangkat keningnya. Dia tersenyum dan duduk semula di sebelah Datin Haida.
“Tanya apa aunty?” Soal Nuha.
“Maaf la kalau aunty tanya ni.. Tapi, kamu dah okey ke Nuha? Sejak si Irfan tu..” Datin Haida terdiam seketika.
Nuha tersenyum hambar.
“InshaAllah.. Saya okey, Aunty. Saya dah boleh terima yang Irfan tu bukan jodoh saya. Jujur saya cakap.. memang saya sedih. Tapi nak buat macam mana.. dah tak ada jodoh kami.” Kata Nuha sambil menundukkan wajahnya.
Datin Haida memegang bahu Nuha dengan rasa simpati.
“Aunty doakan yang kamu akan dapat jodoh lagi baik dari si Irfan tu. He’s not a good guy. Aunty yakin. Akan ada seorang lelaki yang boleh cintakan kamu selayaknya.” Pujuk Datin Haida dengan lembut.
Nuha mengangguk sebak.
“InshaAllah.. Thank you aunty.” Ujar Nuha dengan terharu lalu dia memeluk Datin Haida dengan erat.
****
“ASSALAMUALAIKUM.” sebaik saja Nuha memberi salam, dia terus masuk ke dalam rumah teres 2 tingkat milik keluarganya.
Encik Kalil yang sedang membaca surat khabar di atas sofa memandang anak gadisnya yang baru saja pulang.
“Waalaikumsalam.. Kamu dah balik? Macam mana kerja harini? Okey ke?” Soal Encik Kalil.
Nuha terus duduk di sebelah ayahnya.
“Letih sikit aje lah, Ayah. Tapi biasa la tu. Eh, mana Naufal?” terus dia mencari kelibat adik lelakinya namun tiada.
Encik Kalil melipat surat khabar yang dipegangnya
“Macam biasa lah adik kamu tu, keluar main futsal dengan kawan-kawan dia.” Kata Encik Kalil sambil membuka televisyen.
Nuha mengeluh.
“Kesian dekat Ayah. Seorang-seorang aje dekat rumah. Mesti bosan..” Kata Nuha. Dia merangkul lengan ayahnya itu. Kepalanya dilentokkan di atas bahu Encik Kalil.
Encik Kalil ketawa.
“Ish, kamu ni. Mana ada bosan. Tv ada. Kucing ada. Semua ada. Kamu tu ha, pergi naik atas dan berehat. Dah lah kamu tu baru balik kerja.” Bebel Encik Kalil sambil mengusap kepala Nuha yang masih lagi dilitupi dengan tudung.
Sejak dia pencen dari bekerja sebagai askar. Dia hanya berehat saja di rumah.
Nuha tersenyum.
“Nuha naik dulu ya?” Soal Nuha lalu dia naik ke dalam biliknya. Sebaik saja dia menutup pintu bilik, dia terus merebahkan tubuhnya dia atas katil.
Entah kenapa senyuman lelaki yang bernama Rafiq Zuhayr itu bermain-main di fikirannya. Nuha menghela nafas.
Telefonnya tiba-tiba berdering. Nuha terus menjawab nombor yang tidak dikenalinya itu.
“Hello?” Nuha menguap.
“Nuha! Tolonglah jangan buat saya macam ni..” rayu Irfan.
Nuha terkejut. Dia terus bangun dari katil. Bagaimana lelaki itu boleh mendapat nombor telefonnya yang baru itu?
“Irfan? Awak dapat mana nombor saya ni? Apa lagi yang awak nak? Kita bukannya ada apa-apa dah pun. Cukuplah.. Jangan ganggu saya lagi!” Nuha mula berasa rimas.
Irfan ketawa.
“Nuha, Nuha.. Awak ingat saya percaya ke yang lelaki tu bakal suami awak? Jangan nak tipu saya lah, Nuha.” Kata Irfan dengan sinis.
Nuha mengetap bibirnya.
“Saya memang akan berkahwin dengan dia lah! Berapa kali saya nak bagitahu awak, hah?” Marah Nuha.
“Okey then.. Kalau macam tu, bila awak akan kahwin dengan dia?” Soal Irfan dengan geram.
Nuha menelan liur. Dia mula berasa serabut dengan Irfan.
“Well.. This month! Hujung bulan ni kitorang kahwin! Lepastu jangan muncul dalam hidup saya lagi!” Kata Nuha sambil memicit kepalanya.
“Show me the wedding card!” laung Irfan di corong telefon.
Nuha terus menutup panggilan. Dia meraup wajahnya, Irfan tak habis-habis dengan menganggu hidupnya! Dan kali ini dia tidak boleh melepaskan diri lagi!
“Apa aku nak buat ni? Ya Allah..” getus Nuha dengan gelisah.
****
RAFIQ membaca surat wasiat arwah Tokbanya dengan berulang kali.
“Mama, Papa. Apa semua ni? Kenapa arwah Tokba suruh Rafiq kahwin juga tahun ni?!” Soal Rafiq dengan keliru.
Datuk Ilham memandang wajah Datin Haida dengan wajah yang cuak.
“Papa pun tak sangka yang arwah Tokba kamu tu suruh kamu kahwin sebaik saja kamu menjangkau umur 27 tahun, Rafiq.. Sebaik saja kamu dah tunaikan wasiat tu, barulah kamu akan dapat sebahagian dari harta pusaka arwah Tokba kamu tu. Papa dengan Mama tak rancang pun semua ni.” Datuk Ilham mengehela nafasnya dengan dalam.
Rafiq terduduk dia atas sofa milik keluarganya itu.
“Tapi.. Fiq tak bersedia lagi lah..” Ujarnya dengan keluhan. Dia terus memandang kakaknya yang sedang bersedia untuk keluar makan malam dengan tunangnya itu.
“Kakak.. Tolong lah Rafiq, kak! Rafiq taknak kahwin lagi!” Kata Rafiq dengan wajah simpati.
Ilya memandang adiknya sambil ketawa kuat.
“Nasib kau lah, Rafiq. Dah yang tu wasiat arwah Tokba untuk kau.. Kau kena terima aje lah. Okeylah. Ilya pergi dulu ya?” Kata Ilya dan menyalam tangan Datuk Ilham dan juga Datin Haida. Dia terus beredar pergi.
Rafiq mendengus. Kahwin? Calon pun dia langsung tak ada! Inikan pula nak berkahwin? Sejak gadis yang dia sukai dari zaman universiti itu berkahwin dengan lelaki lain, Rafiq berasa sangat kecewa dan merasakan yang dia tak mungkin boleh mencintai sesiapa lagi.
Datin Haida tersengih.
“Err.. Rafiq dah ada calon ke? Nak Mama pilihkan?” Soal Datin Haida dengan senyuman lebar.
Rafiq mengeluh.
“Mama. Semua ni tak masuk akal lah. I’m not ready yet!” Kata Rafiq dengan keluhan.
Datuk Ilham terus berdiri.
“Rafiq. Semua ni untuk kebaikan kamu juga.. Dah sampai masa untuk kamu fikir pasal semua ni. Lagipun takkan lah kamu tak kenal Arwah Tokba kamu tu? Kamu sampai hati ke nak tolak permintaan arwah? Walaupun arwah dah tak ada lagi, tapi kena tunaikan juga wasiat ni. Wasiat yang arwah bagi ni, kamu kena ikut.” Kata Datuk Ilham dengan tegas.
Rafiq menghela nafas berat.
"Bagi Rafiq masa untuk fikir semua ni." Ujar Rafiq dengan nada yang dingin lalu dia naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam biliknya.
Datin Haida melihat ke arah suaminya sambil menggeleng-gelengkan kepala dengan tingkah anak teruna mereka itu.
“Apa kita nak buat ni, bang?” Soal Datin Haida sambil menghela nafas.
“Entah la.. abang pun tak sangka juga dengan wasiat arwah tu.. mahunya tak terkejut beruk anak kita tu bila tahu pasal benda ni.” Ujar Datuk Ilham sambil meghirup air teh di hadapannya.
Datin Haida melihat pintu bilik Rafiq yang tertutup rapat itu dengan wajah kasihan.
****
NUHA tekun memandang skrin laptop di hadapannya. Dia menaip nama Rafiq di akaun facnya itu.
“Apa nama dia eh? Afiq? Ke Hafiq?” Soal Nuha sendiri sambil menaip keyboardnya itu.
Dia terus menaip perkataan Afiq namun yang keluar sangat menghampakan. Dia cuba ingat semula nama lelaki itu.
“Rafiq Zuhayr.”
“Rafeeq Zuhair?” Nuha terus menaip nama lelaki itu. Turut menghampakan.
Nuha tersandar pada kerusi.
“Macam mana nak eja nama dia ha?” Soal Nuha dengan hampa. Dia terus menarik nafas dan mendekatkan wajahnya ke skrin laptop.
“Okey ini last. R.A.F.I.Q Z.U.H.A.Y.R” ejanya sendiri.
Nuha terus menekan button search lalu dia tersenyum lebar setelah melihat profile gambar lelaki itu.
“Yas! Finally jumpa juga!” Jerit Nuha sambil tersengih.
“Eww. Stalker.” ujar Naufal sambil bersandar di tepi pintu bilik Nuha.
Nuha terkejut. Dia melihat adiknya itu.
“Naufal! Kau buat apa kat sini! Keluar dari bilik kakak sekarang!” Marah Nuha.
Naufal tidak mengendahkan kata-kata kakanya sebaliknya dia terus duduk di atas katil Nuha.
“Stalk siapa tu?” Soal Naufal sambil melihat profile gambar Rafiq.
“Huish. Handsome betul.” Kata Naufal sendiri.
Nuha terus menutup skrin laptop dengan tangannya.
“None of your business. Keluarlah.” Marah Nuha lagi.
Naufal menepis tangan kakaknya dan membuka laptop itu.
“Rafiq Zuhayr? Siapa tu? Boyfriend kakak eh?” Soal Naufal. Tangannya terus menaip pada keyboard.
“Kalau mamat ni nak try kakak, dia kena jumpa Naufal dulu lah.” Kata Naufal dengan kerek. Dia terus tersenyum mengejek.
- Hello! :D - Nuha Alisya
Naufal terus menekan butang ‘send’ pada mesengger itu ke Rafiq.
Nuha terkejut. Dia menolak tangan adiknya itu dengan kuat.
“No!! Naufal kau buat apa ni! Aduh! Macam mana ni???” Nuha melihat laptopnya dengan gelabah.
Naufal terus pelik.
“Eh? Dia bukan boyfriend kakak ke?” Soal Naufal sambil menggaru-garu keningnya.
“No!!” Nuha menekan-nekan keyboardnya itu dengan wajah yang gelisah. Aduh habislah…
“Oopsiee..” Naufal tersengih. Alamak. Harimau betina bakal mengamuk.
Nuha terus meluru ke arah Naufal dan menolak tubuh adiknya ke muka pintu.
“Keluarrrr…..!” marah Nuha.
Naufal mencebik.
“Okey,okey! Fine!” Naufal terus berlalu.
“Ayah! Kakak gatal! Dia jadi stalker!” laung Naufal dari luar.
Nuha menarik rambutnya sendiri.
“Kenapa aku ada adik macam ni?!” Getus Nuha sambil meraup wajahnya.
Aduh macam mana ni??
Nuha melihat sebatang bunga ros yang diberi oleh Rafiq di atas mejanya itu dengan wajah yang keliru.
Hello! Terima kasih sudi baca novel ketiga saya ni. Support dan juga komen dari semua readers bermakna sangat bagi saya. Thank you so much! <3 Happy reading! :D
Share this novel